Completed
152245
ADRIAN memandang wajah Aireena sewaktu gadis itu ingin melangkah ke tingkat atas selepas selesai mencuci pinggan yang digunakan sewaktu makan malam.
"Awak marah saya lagi ke?" soal Adrian.
Adrian terus memegang lengan baju Aireena kerana gadis itu tidak mengendahkan soalannya.
"Awak marah saya lagi?" soal Adrian untuk kali kedua.
Aireena masih berdiam diri.Dia terus membuat muka bosan.Sepantas kilat tubuhnya dipusingkan oleh Adrian hingga membuatkan mata mereka berdua bertembung.
"Aireena,I'm talking to you!Awak marah saya lagi ke?" soal Adrian untuk kali ketiga namun kali ini suaranya ditinggikan sedikit.
"Siapa je yang tidak marah kalau diri dia dibanding bandingkan oleh suami sendiri?" balas Aireena.Suaranya juga ditinggikan.
Adrian terus terdiam apabila Aireena menjawab pertanyaannya.
"Let me go." kata Aireena dan suaranya juga dikendurkan.
"No.Saya tak akan lepaskan awak selagi awak tak maafkan saya." kata Adrian.Kedua dua lengan isterinya masih lagi dipegang erat.
"Let me go Muhammad Emir Adrian!" kata Aireena lagi dengan suara yang lebih tinggi.Kedua dua belah tangannya direntap dari pegangan sang suami.
Adrian terkedu.Doa hanya melihat Aireena melangkah ke arah anak tangga dengan pandangan yang kosong.
....................
"PAGI PAGI lagi sudah termenung?" tegur Izwan apabila melihat wajah masam sahabat baiknya di dalam ofis.
Adrian memandang wajah Izwan yang berada di hadapannya saat itu.
Keluhan terus dilepaskan.
"Engkau okey tak?Masih bergaduh dengan wife kau?" soal Izwan prihatin.
Adrian sekadar mengangguk.Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin membuat gadis itu memaafkan dirinya.
"Sabarlah...perempuan kan memang complicated sikit.Tapi kau dah minta maaf belum pada dia? kata Izwan.
"Sudah.Tapi itulah,dia yang tidak mahu maafkan aku." jawab Adrian.
"Aku rasa aku ada idea terbaik untuk kau pujuk bini kau tu." kata Izwan tiba tiba.
Kedua belah kening Adrian bercantum.
"Maksud kau?" soal Adrian tidak mengerti.
"Apa kata kau pergi beli bunga atau sesuatu yang dia suka dan kau berikan pada dia tanda kau minta maaf." cadang Izwan.
"Agak agaklah lah weh.Engkau ingat aku tahu ke apa yang dia suka.Lagi satu bunga?Engkau ingat aku nak pergi date ke sampai nak berbunga bagai." ujar Adrian geram.
"Dan lagi satu,aku bila aku bagi bunga pada dia nanti dia akan fikir yang aku ni dah jatuh cinta dekat dia sedangkan tak pun." tambah Adrian lagi.
Izwan menarik nafasnya sebelum dihembuskan.
Tak jatuh cinta lah sangat.Orang tu tidak maafkan engkau pun muka dah macam orang hilang bini.Risau semacam sahaja,itu engkau kata tak jatuh cinta Adrian?kata Izwan di dalam hati.Dia tidak mahu melontarkan kata kata itu kepada orang dihadapannya ini kerana tahu orang di hadapannya itu tidak akan mengaku.
"Mana kau tahu yang dia akan fikir macam tu?" Izwan pura pura menyoal.
Adrian hanya menjungkit bahu.
....................
"TERIMA KASIH!Datang lagi!" ucap Aireena mesra apabila salah seorang pelanggannya selesai membuat pembayaran.
"Hai,Aireena..." sapa seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam kafe.
Aireena terus mengalihkan pandangannya ke arah orang yang menyapanya.Terbit sebuah senyuman selepas sahaja dia melihat siapa yang datang.
"Zahim.Lamanya tak datang kafe?" soal Aireena.
Mereka berdua terus duduk di salah sebuah meja selepas Zahim membuat pesanan.
"Saya ada kerja di tempat lain sebab tu saya dah lama tak datang." jawab Zahim.
Aireena hanya mengangguk faham.
"Saya ingat awak sudah tak mahu berkawan dengan saya lagi selepas dapat tahu tentang status saya sekarang." kata Aireena.
Zahim hanya tersenyum.
"Saya tak pernah kisah tentang status awak sekarang.Saya faham situasi awak sekarang ni.Lagipun tak salahkan kalau saya nak berkawan dengan awak." kata Zahim walaupun hakikatnya dia masih tidak mampu menerima kenyataan itu.
"Terima kasih sebab faham keadaan saya." ucap Aireena.
Sori... idea tak de ni.. :( jangan lupa komen oke..sebab miss nak tahu oke ke tak chapter kali ni.....
Share this novel