Completed
152232
AIREENA DAN ADRIAN sedikit tercengang apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Izwan sebentar tadi.Tidak sangka selama ini,itu hanya sekadar lakonan yang dirancang mereka bertiga dan diketuai oleh Izwan sendiri.
"So lamaran ni semua tipulah?" soal Aireena bagaikan tidak percaya.
Adrian memandang wajah isterinya geram.Amboi, memang nak sangat ke kena lamar dengan mamat ni?!soal hati Adrian.Wajahnya cuba beriak tenang.
Zahim hanya tersenyum.
"Lamaran ni sebenarnya tak tipu," jawab Zahim bersahaja.
Jawapan Zahim sedikit sebanyak membuatkan Adrian menjadi cuak.Weh,bini aku ni.Tak akan kau nak cantas pula daripada aku?geram sahaja Adrian melihat wajah tidak bersalah yang ditunjukkan oleh Zahim.
"Tetapi lamaran ni sebenarnya bukan untuk awak tetapi untuk..." Zahim memberhentikan ayatnya.Nafasnya ditarik perlahan.
"Yani," sambung Zahim lagi.Saat itu semua mata sudah tertumpu ke arah Yani yang seakan akan sudah terkena renjatan elektrik disisi Dhirah.Jantungnya saat itu sudah berdegup laju dan matanya tepat memandang ke arah Zahim yang semakin menghampirinya.
Saat cincin di dalam kotak itu selesai disarung ke jari manis milik Yani,semua orang yang berada disitu terus bersorak kegembiraan dan meraikan pasangan itu.
"Maaflah lamaran saya untuk awak ni bukan sepertimana yang awak impikan macam pasangan yang lain.Well kalau pasangan lain mereka akan membawa kekasih mereka ke tempat yang romantik tetapi saya lamar awak di hadapan mereka semua dengan keadaan diri saya yang sudah serabai ni saya harap awak akan menerima diri saya seadanya," ujar Zahim agak segan.
Yani hanya menggeleng lalu airmatanya jatuh kerana gembira bakal memiliki orang yang dicintainya dalam diam.
Aireena terus melangkah ke arah Yani lalu memeluk gadis itu.Sebenarnya,Aireena juga perasan yang gadis itu akan memerhatikan Zahim setiap kali lelaki itu datang ke kafenya.Tetapi dia tidak menyangka yang lelaki itu juga akan jatuh suka sama pekerjanya itu.
"Bro,aku minta maaf pasal muka kau ni," kata Adrian sedikit menyesal dengan tindakannya.
Zahim hanya sekadar menggeleng.
"Terima kasih sebab plan kau orang bertiga ni aku dapat luahkan perasaan aku pada Aireena," ucap Adrian lagi kepada mereka semua.
"Tidak ada hal lah bro.By the way jaga Aireena baik baik.Jangan risau sebab sayang aku pada Aireena tidak akan sama sayang dia pada kau," balas Zahim yang berada di sisinya.
"Jadi selepas ini kami semua berharap tiada lagi sengketa di antara kamu berdua.Kalau ada masalah duduk semeja dan berbincang baik baik.Kalau tidak boleh juga jumpa kami sebagai orang tua kamu berdua.Ingat Adrian dan Aireena!Jangan dibanggakan sangat ego kamu berdua tu sebab ego tu tak boleh membawa kamu berdua kemana mana," celah Tan Sri Hashim pula.
Mereka berdua hanya sekadar mengangguk tanda faham.
...................
SELEPAS hampir sebulan mereka berdua berbaik dan menjalani hidup seperti pasangan halal yang lain,Izwan dan Dhirah pula membuat keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam masa yang terdekat kerana sudah lama mereka berdua menjalinkan hubungan bercinta.
Segala persiapan dilakukan seperti kehendak daripada bakal pengantin perempuan iaitu tidak mahu majlis secara besar besaran.
"Amboi,cantiknya bakal pengantin ni," puji Aireena sewaktu melangkah masuk ke dalam bilik Dhirah yang sudah dihias cantik.
Dhirah hanya tersenyum malu apabila dipuji begitu.Dia tidak menyangka yang dia juga akan melalui fasa dimana saat menjadi isteri kepada seseorang dan saat itu juga dia dapat rasa apa yang rakan baiknya itu rasa sewaktu dihari pernikahan.
"Cantik?" soal Dhirah tiba tiba walaupun dia sudah mendapat pujian ikhlas daripada rakan baiknya itu tadi.
Aireena mengangguk."Cantik sangat.Jangan risaulah kalau kau berkawan dengan orang yang bernama Aireena Dania sudah pasti engkau akan cantik,"
Dhirah terus mengangkat keningnya.
"Yelah wahai Puan Aireena.Awak sudah semestinya cantik lagi lagi bila dah dapat kehidupan yang awak inginkan seperti pasangan yang lain," kata Dhirah ikhlas.
"Wait!Mana suami kau?Engkau boleh pula sesat sampai ke sini," soal Dhirah pelik.
"Dia dekat homestay lah.Dia kan belah lelaki dan aku pula belah perempuan," jawab Aireena tanpa rasa serba salah.
Dhirah terus keluar daripada kamarnya dengan berbusana baju pengantin ditemani oleh Aireena di sisinya setelah dimaklumkan oleh ibunya yang rombongan pengantin lelaki sudah tiba.
Akhirnya setelah hampir setahun menjalin hubungan cinta,Hadhirah Sofea binti Alias sah menjadi milik Danial Izwan bin Darus dengan sekali lafaz sahaja.
Mereka semua yang hadir bagi meraikan majlis itu terus sahaja keluar ke bawah khemah untuk mengambil makanan yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah.
"Tahniah bro!So lepasni aku bolehlah dapat anak buah kan?" usik Adrian bersahaja.
"Eh,kami berdua yang patut dapat anak buah dulu tau!Kau orang berdua kan sudah lama berkahwin,tak akan kau orang berdua tak terfikir nak ada anak kan?" balas Izwan pula.
Adrian hanya menyembunyikan senyumannnya lalu memandang ke arah Aireena yang sudah menahan malu apabila diusik begitu.
"Hm...Sekarang ni dah boleh rancanglah kan nak ada berapa ramai anak nanti.Kalau anak kami perempuan,make sure anak kau orang berdua mesti lelaki tau.So bolehlah kita jadi besan nanti," ujar Dhirah pula.
Aireena sudah membulatkan matanya.
"Amboi,pengantin perempuan ni sudah tidak sabar nak ada anak ya?!" usik Aireena pula.
Mereka terus sahaja ketawa selepas Aireena berkata begitu.
....................
SETAHUN KEMUDIAN...
AIREENA berjalan jalan menyusuri gigi pantai itu.Pada hari itu,sudah genap dua tahun dia mendirikan rumahtangga bersama suaminya iaitu Adrian.Banyak perkara yang telah dia lalui sepanjang perkahwinan itu.
"Jauh termenung?Fikir apa tu?" soal Adrian yang baru muncul.Tubuh Aireena terus dipeluk dari arah belakang.
Aireena hanya tersenyum manis.
"Dah dua tahun akak pergi kan?Sepanjang dua tahun ni banyak benda kita lalui bersama.Saya berharap moga selepas ni tiada lagi ujian yang akan menimpa rumahtangga kita," balas Aireena bersama senyuman yang menghiasi wajahnya.
"Ujian akan sentiasa Allah datangkan untuk menguji setiap hambanya yang kuat.Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar dipermudahkan di dalam setiap ujian yang datang tetapi bukan menolak ujian tersebut.Insya Allah,kalau kita ada masalah,kita akan duduk bersama dan berbincang," balas Adrian pula.
Adrian segera mencium pipi kanan isterinya dan membuatkan wajah Aireena bertukar rona.
"I love you Nur Aireena Dania," bisik Adrian di telinga isterinya.
"I love you more Muhammad Emir Adrian," ucap Aireena pula.
Semoga awak tenang di sana Adriana.Perpisahan kita telah menyatukan saya dan Aireena,saya berjanji kepada awak yang saya tidak akan sesekali menyakiti hati Aireena lagi selepas ini.Saya tahu awak sayangkan Aireena ni sangat sangat.Betul lah kata awak dahulu yang saya akan berbahagia dengan Aireena,bisik Adrian di dalam hati.
Jodoh,ajal,rezeki dan maut semuanya terletak ditangan yang Maha Penguasa.Kadangkala kita tidak menyangka seseorang yang rapat dengan orang yang kita sayang bakal menjadi jodoh kita sendiri begitu juga dengan Aireena.Dia tidak menyangka,Adrian yang dahulunya benar benar mencintai Adriana kini cinta lelaki itu telah beralih kepada dirinya pula.Begitu hebat perancangan yang diaturkan oleh Allah SWT untuk mereka berdua.
Kini mereka berdua bahagia dengan kehidupan yang mereka miliki sekarang.Jika dahulu niat Adrian menikahi seoarang gadis bernama Aireena Dania hanya kerana amanat oleh sang kekasih kini dia akan menjaga gadis itu kerana amanat yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirinya.
Terima kasih Ya Allah untuk semua kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada kami.Segala ujianMu akan kami lalui dengan penuh rasa sabar dan redha.Terima kasih kerana menghadirkan lelaki yang sempurna seperti dirinya kepadaku.
............................TAMAT.................................
assalamualaikum n hai para readers...huwarhh tamat sudah novel pertama saya yang berjudul Nikahi Aku Kerana Dia ni...Hmm lepas ni tak tahu lah apa yang saya akan buat untuk mengisi masa lapang saya sebab novel ni sudah selesai dikarang..So harap chapter terakhir ni seronok lah untuk korang semua tau...By the way,enjoy guys... luv you all >3
Share this novel