Completed
152245
KELAS lima Amanah sunyi sepi apabila seorang guru disiplin disekolah mereka berjalan di kaki lima berhadapan kelas mereka. Cikgu Fazrul a.k.a Cikgu Mike yang diberi oleh pelajar sekolah itu kerana suaranya yang cukup kuat ialah salah seorang guru yang paling garang di dalam sekolah.
"Kak Riana apa kata suruh kekasih akak tu pandang depan? Dua puluh empat jam asyik pandang sini rimas tau. Buah hati dia tidak hilang ke mana pun..." rungut Aireena apabila melihat Adrian leka memandang ke arah kakak merangkap kembarnya.
Adriana ketawa selepas mendengar rungutan adiknya itu. Adrian dan Adriana merupakan sepasang kekasih yang cukup diketahui seluruh sekolah itu. Walaupun begitu,pelajaran tetap menjadi keutamaan mereka dan mereka juga tersenarai dalam lima pelajar yang terbaik di dalam sekolah begitu juga Aireena.
"Ehem..." Adriana berdeham kecil dan tangannya dilambaikan di hadapan muka si buah hati apabila melihat tiada sebarang respon diberikan.
Adrian tersedar daripada lamunannya apabila terasa bahunya dipukul oleh Adriana menggunakan kotak pensel.
" Ha..Dah tiada kerja ke nak dibuat?Tenung orang macam nak tembus," Adriana berpura pura marah. Adrian tersenyum senyum apabila aktivitinya itu diketahui oleh sang kekasih. Alamak 'kantoi'.
"Sebab tak adalah saya tenung muka awak,"
"Kalau awak nak tahu, sehari tak melihat muka awak hidup saya macam serba tidak kena tau,"
Adrian cuba untuk membuat si dia tersenyum. Adriana yang tadinya berpura-pura marah tidak lagi meneruskan lakonannya tetapi sebaliknya muka sudah bertukar menjadi warna tomato. Uishh..cair awak cair, bisik hatinya.
.....................
8 Tahun Kemudian.......
"I'M SORRY. Saya tahu saya lambat. Awak sudah lama menunggu?" Adrian meminta maaf kepada si buah hati kerana kesalahannya itu.
"Tak ada apalah. Lagipun saya sendiri baru aje sampai," Adriana memberikan senyuman. Adrian terus menarik kerusi di hadapan Adriana.
Adrian terus memanggil pelayan untuk memesan makanan. Selepas pelayan yang mengambil pesanan itu pergi mata Adrian terus memandang wajah manis si buah hati yang terserlah keayuannya apabila memakai tudung. Adriana yang sudah biasa dengan perangainya yang satu itu terus berdeham.
"Kenapa nak jumpa saya?" Adriana terus mengajukan soalan. Orang di hadapannya ini tidak boleh merenungnya kerana takut dirinya akan cair memandang wajah itu ditambah pula dengan sepasang lesung pipit yang sungguh dalam di kedua belah pipi apabila dia tersenyum menambahkan lagi kecairannya. Seperti aiskrim yang cair apabila diletakkan di tengah tengah panas cahaya matahari.
"Saya nak jumpa buah hati," Kata Adrian.
"Suka nak buang masa saya," Adriana berpura-pura marah. Adrian yang berada di hadapan dijeling.
"Gelak pula dia. Nasib baik sayang, kalau tidak......"
"Saya tahu awak sayang saya. Siapa tidak mahu orang macam saya?Handsome,baik dan kaya.Senang cerita lelaki idaman malayalah," Adrian berkata dengan megahnya sambil mengibas kilat T-shirt berjenamanya itu Dia juga memberikan sebuah senyuman kepada Adriana.
"Ada singki tak kat sini? Rasa macam ada benda lah nak keluar daripada tekak ni,"
Adrian memandang Adriana yang sibuk memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari singki.
"Iyealah. Nampaknya orang depan saya ni dah tak nak dekat orang handsome macam saya ni," Adrian berpura-pura berjauh hati.
"Awak ni memang perasankan? Okey lah part handsome tu memang betul.Tapi part yang orang depan saya ni dah tak nak dekat saya tu..Tak betul. Siapa cakap saya tidak mahu awak lagi?" kata Adriana.
"Yelah tu?" soal Adrian.Dia pura pura merajuk.Si dia yang berada di hadapan mata sudah gusar.
"Okey fine! Awak tidak mahu percaya saya,"
Suasana diantara mereka kembali sunyi apabila seorang pelayan datang untuk menghidangkan makanan.
"Riana,awak merajukkah?" Adrian mengajukan soalan apabila Adriana berdiam diri. Adriana hanya menggeleng sewaktu dia menguis nasi goreng kampung yang di pesan menggunakan garpu.
Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik.
Share this novel