Bab 33

Romance Completed 152245

"AKAK ADRIANA.Angah sudah tak kuat dengan perkahwinan ni.Kenapa Adrian perlu hina angah seteruk tu?Apa salah angah pada dia?" kata Aireena di dalam tangisan yang tiada penghujung untuk malam itu.

Wajah di dalam bingkai gambar itu ditatap sayu.Kenapa Allah perlu menarik seseorang yang sentiasa menjadi tempat dia meluahkan segala rasa pergi daripada hidupnya buat selama lamanya?

"Angah!Angah perlu ingat pesan akak ni sampai bila bila.Jangan pernah pertikaikan kerja dan urusan takdir Allah.Allah Tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." tiba tiba salah satu nasihat daripada arwah Adriana bermain ditelinganya.

Mampukah aku sebagai seorang hamba mengharungi ujianMu ini?Terlalu berat sangat ujian ini hingga membuatkan aku terasa mahu tersungkur.

"Kalau kita tersungkur kerana manusia atau sesuatu benda tu.Ingat!Kita perlu bangkit kerana Dia.Allah yang maha memiliki segala galanya." nasihat Puan Zelina pula muncul.

Kini,satu persatu nasihat yang pernah diberikan kepadanya bermain kembali didalam fikiran.

Apa pun dugaan yang datang,dia perlu tempuhi dengan penuh kesabaran.

Perceraian!kata kata Adrian tadi tiba tiba muncul difikirannya.Betulkah yang Adrian akan menceraikannya?Mulai sekarang dia perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan datang dalam hidupnya.Tidak mustahil suatu hari nanti lelaki itu akan menceraikannya dan mengembalikan dia kepada keluarganya semula.

Adrian termenung di balkoni biliknya.Satu persatu perbualan dia dan Aireena bermain semula difikiran.

"Kalau kau nak jadi pelacur sangat tunggu sampai kita bercerai." kata kata itu muncul difikirannya.

"Jangan pernah melepaskan permata yang bernilai yang sudah sah menjadi milik kamu hanya kerana seseorang yang telah tiada." kata kata Tan Sri Hashim pula muncul.

Tidak.Aku tidak akan melepaskan engkau pergi Aireena.Engkau hak aku dan hanya aku akan menjadi pemilik kau sampai mati...Aku tidak mahu berasa kehilangan buat kali kedua,kata Adrian nekad.

"Awak...Janji dengan saya tau." kata Adriana.

Adrian memandang Adriana pelik.

"Awak nak saya janji apa lagi cik Adriana?Saya dah ikut semua kemahuan awak.Sampai saya perlu bernikah dengan orang yang saya tak cinta tau." soal Adrian.

Adriana membuat muka bosan."Ha nak ungkit lah tu.Jadi selama ni awak tak ikhlas tunaikan kemahuan saya?"

"Bukan macam tulah.Okey,awak nak saya janji apa?" soal Adrian bagi memujuk si kekasih yang sudah berjauh hati.

Adriana memandang wajah bakal adik iparnya dengan sebuah senyuman.

"Janji dengan saya yang awak tidak akan pernah buat airmata adik saya jatuh.Kedua,tolong janji dengan saya yang awak tidak akan pernah memarahi adik saya walaupun hanya sekadar kesalahan kecil.Bukan saya tak bagi awak marah.Tapi...lebih baik menegur dengan cara yang lebih baik kan daripada kita melepaskan amarah kita.Sebab marah itukan hasutan syaitan."

"Dan terakhir sekali,jangan lupa untuk buat adik saya bahagia seolah olah dia lah wanita paling bahagia di dalam dunia ni kerana menikahi lelaki sehebat awak." tutur Adriana dengan nada yang lembut.

Adrian hanya mengangguk kerana tidak mahu mengecewakan gadis itu.

"Saya janji."

"Maafkan saya awak sebab yang dah langgar janji kita.Tapi saya janji saya akan perbetulkan semua kesalahan saya pada dia dan saya akan buat dia bahagia." kata Adrian sendiri seolah olah gadis yang bernama Adriana itu berada di situ.

....................

AIREENA memberikan jelingan maut kepada Adrian sewaktu mereka berdua bertembung di tangga.Dia terus berjalan di hadapan Adrian tanpa mempedulikan kewujudan lelaki itu.

Sembabnya mata dia.Adrian...!Pasal engkau lah dia menangis!Kau ni memang tak boleh pakai lah...kutuk hatinya.Dia terus mengejar langkah Aireena.

Adrian baru sahaja ingin memanggil isterinya yang terlebih dahulu berada di pintu utama namun hasratnya dimatikan apabila Aireena bergegas keluar dari rumah itu.

Sampai sahaja di kawasan meletakkan kereta,Aireena terus menepuk dahinya.Alamak!Aku nak naik kereta apa?Kereta aku kan kat bengkel.Aduh,kau ni Aireena,kata Aireena sendiri.

Adrian memberhentikan keretanya betul betul di hadapan Aireena.Cermin tingkap sebelah tempat penumpang diturunkan.

"Masuklah.Saya hantar awak pergi kerja." arah Adrian.

Aireena hanya sekadar memekakkan telinga.Dia terus berjalan meninggalkan Adrian yang masih berada di dalam kereta sambil tangannya sibuk mendail nombor seseorang.

Adrian cepat menanggalkan tali pinggangnya dan bergegas keluar dari kereta lalu mengejar langkah isterinya yang tidak berapa jauh.

"Assalamualaikum Za..."

Belum sempat Aireena menghabiskan kata katanya,Adrian segera merampas telefon pintar Aireena dari belakang dan terus mematikan panggilan.Telefon pintar itu terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Dah tiada jantan lain ke sampai semua benda nak minta tolong daripada dia?" soal Adrian geram.Nadanya sebaik mungkin dikawal.Mata isterinya direnung tajam.

"Aireena,I'm talking to you.Apa yang biadap sangat awak ni." tegur Adrian apabila melihat Aireena seolah olah tidak mengendahkan soalannya.

Aireena terus memusingkan badannya dan memeluk tubuh.Dia terus menunjukkan wajah seperti seorang gadis sombong.

"Memang lah awak bercakap dengan saya.Ada nampak sesiapa ke di sini melainkan kita berdua?" balas Aireena bersahaja sambil matanya memandang ke arah kiri dan kanan.

"Naik kereta saya.Biar saya yang hantar." arahan terus dikeluarkan.

Aireena mengangkat sebelah keningnya.

"Kalau saya tak nak?" provok Aireena.Dia ingin melihat sejauh mana lelaki di hadapannya itu sanggup melayan kerenahnya.

Adrian melangkah setapak demi setapak ke arah Aireena membuatkan gadis itu terus melangkah ke belakang hingga menyebabkan belakang badannya bertemu dengan tiang.Adrian terus mengepung isterinya menggunakan kedua dua belah tangan.

"Kalau awak tak nak..." Adrian semakin mendekatkan wajahnya ke wajah Aireena hingga membuatkan hidung mereka berlaga.

Saat itu,Aireena dapat merasakan yang jantung berkerja dengan lebih pantas berbanding hari biasa.Adrian mengembalikan badannya ke posisi asal.Dia dapat melihat wajah cemas gadis itu.

"Tak apalah.Mungkin awak sudah terlalu banyak mengumpul pahala sampai tak takut dapat dosa sebab tak nak dengar arahan suami." jawab Adrian bersahaja seperti mengugut.

Adrian terus melangkah meninggalkan isterinya yang terpinga pinga.Aireena membulatkan matanya.Dia terus mengetuk ngetuk lantai simen itu menggunakan kedua belah kaki.Mentang mentang suami ingat semua benda dia boleh nak ugut ke?

Di dalam kereta,Adrian terus meletakkan telapak tangannya ke dada.Dia dapat merasakan dengupan jantungnya seakan akan mengepam lebih laju.Jika dia tidak dapat mengawalkan perlakuannya tadi,sudah pasti bibir mungil itu dicium.

Mahu ataupun tidak Aireena tetap berjalan ke arah kereta suaminya yang masih berada di tempat yang sama.Masuk sahaja ke dalam kereta,pintu kereta itu terus dihempas kuat.

"Pakai seat belts tu.Atau awak nak saya yang pakaian?" tegur Adrian terus mendekatkan badannya ke arah Aireena.

"Tak payah nak dekat sangat.Saya tahu lah nak pakai sendiri." jawab Aireena sambil tangannya menarik tali pinggang keselamatan yang berada di tepinya dengan kasar.

Nasib kau lah kereta dapat mem besar macam ni.Semua benda dia nak jahanam kan kalau marah,omel Adrian.

hai,new chapter lagi untuk semua...Amboi,bukan main lagi korang semua beremosi ya dengan Adrian dalam chapter sebelum ni!hahaha...oke lah so harap chapter kali ni pun berjaya buat korang semua beremosi jugak.jangan lupa tinggalkan komen tau...luv you guys >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience