Bab 41

Romance Completed 152245

ADRIAN segera memarkir kereta mercedez miliknya ditempat parking berdekatan dengan restoran yang telah diberitahu oleh Izwan di dalam telefon.Saat dia menolak pintu restoran itu kelihatan tiada seorang pun pengunjung yang berada didalam restoran yang terkenal itu kecuali para pekerja.

Telefon yang berada ditangan segera dibuka dan nombor Izwan segera didail.Tak sampai beberapa saat panggilannya terus disambung.

"Kau kat mana Wan?" soal Adrian sambil memerhatikan sekeliling ruang restoran itu.

"Aku baru nak gerak.Tadi ada hal sikit,dalam lima belas minit lagi aku sampai," jawab Izwan dihujung panggilan.

"Cepat sikitlah.Lima belas minit kalau kau belum sampai,aku caw.." ugut Adrian tanpa rasa serba salah.

Panggilan terus sahaja dimatikan setelah Izwan memberikan jawapan.

Tanpa ragu ragu,dia terus mendorong kakinya untuk melangkah ke arah tingkat atas restoran itu dan sampai sahaja di atas derap langkah kakinya terus sahaja terhenti apabila melihat figura tubuh seseorang yang amat dikenalinya.

Adrian cuba untuk tidak mempercayai apa yang dilihatnya namun tidak boleh.

"Nur Aireena Dania," Adrian terus memanggil sang pemilik nama yang indah itu dengan suara yang kuat dan lantang.

Aireena segera menoleh kerana nama itu bukan kedengaran daripada mulut Zahim namun keluar daripada mulut seseorang yang berada tidak jauh daripada tempat mereka berada sekarang ini.

Aireena sudah menelan air liurnya apabila melihat gerangan yang memanggil namanya itu.

Ya Allah apa pula ujian yang Engkau akan berikan ini Ya Allah,bisik hati Aireena.

Penumbuknya digenggam kuat hingga menampakkan urat urat yang berada ditangannya.Dia tidak menyangka lokasi yang diberikan oleh Izwan akan membawa dia kepada drama yang berlangsung di hadapan mata saat itu.Dia benar benar tidak menyangka yang Aireena akan bermain kayu tiga di belakangnya.

Dengan pantas kakinya melangkah ke arah pasangan yang berada di hadapan mata itu dengan hati yang panas.

Kolar baju kemeja Zahim terus ditarik hingga membuatkan lelaki itu berdiri menghadapnya dan sepantas kilat sebiji penumbuk dihadiahkan diwajah putih bersih milik Zahim.

Aireena sudah kelihatan terkejut melihat dua orang lelaki dihadapannya saat itu sedang beradu kekuatan.

"Engkau tahu kan dia siapa?" soal Adrian berang.

Senyuman sinis terus dilemparkan ke arah Adrian.Bibir yang pecah itu disentuh perlahan.

"Aku tahu," hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Zahim.

"Kalau kau tahu siapa dia kenapa kau boleh jadi bodoh dengan melamar isteri aku?" soal Adrian berang dan sebiji lagi penumbuk diberikan kepada Zahim.

"Sudah lah tu Adrian!" celah Aireena yang sudah tidak tahan melihat dua orang lelaki itu bergaduh.Tangan kanan Adrian turut dipegang namun sepantas kilat Adrian menarik tangannya semula.Dia berasa jijik dengan sentuhan gadis itu.

Wajah Aireena dipandang dengan pandangan yang cukup menakutkan hingga membuatkan wajah gadis itu pucat.Saat itu Adrian memang bagaikan dirasuk dan sudah dikawal dengan api cemburu.

Ya.Dia cemburu melihat gadis itu bersama lelaki lain.

"Engkau memang perempuan murahankan?Tak cukup ke dengan kemewahan yang aku berikan selama ni sampai sanggup curang belakang aku?Engkau tidak sedar ke yang engkau tu isteri aku,Aireena?" soal Adrian geram.

Tangannya mahu sahaja menyakiti wanita yang berada dihadapannya saat itu namun dia tidak mampu.Dia bukan seorang lelaki yang mudah menyakiti seorang wanita kerana dia telah diajar untuk tidak menyakiti para wanita.

"Tapi dia bukan isteri yang engkau cinta dan bukan juga isteri yang kau sayang.Sebab apa?Sebab cinta dan sayang engkau tu hanya untuk Adriana Damia seorang!" dengan berani Zahim membalas kata kata Adrian.

"Jadi engkau tiada hak untuk melarang aku untuk melamar dia menjadi isteri aku yang sah selepas engkau menceraikan dia," tambah Zahim lagi.

Pandangan Adrian terus bertukar ke arah Zahim.

"Jangan kau mimpi yang aku akan melepaskan orang yang aku sayang," ujar Adrian tanpa rasa takut untuk menyembunyikan lagi perasaannya.

Aireena sedikit terpana dengan kata kata yang keluar daripada mulut suaminya.

"Adrian..." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut gadis itu.

Adrian terus memegang jari jemari isterinya yang sudah mula mengeluarkan air mata.

"Ya Aireena.Saya sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya.Mungkin dulu saya ego dengan perasaan saya,sampai saya tak nak mengaku tapi sekarang saya tak akan melepaskan awak hanya kerana saya nak sanjung ego saya," luah hati Adrian dengan ikhlas.

Adrian terus mencium kedua belah tangan Aireena.Zahim dibelakangnya pula hanya tersenyum sinis.

....................

TIBA TIBA tiga pasang telinga itu dapat mendengar bunyi tepukan gemuruh yang semakin lama semakin mendekat ke arah mereka bertiga.Adrian dan Aireena terus melihat sekeliling mereka.

Kelihatan wajah wajah yang cukup dikenali mereka berdua iaitu Tan Sri Hashim,Puan Sri Malia,Encik Hadi,Puan Zelina,Danish,Eisha,Yani,Dhirah dan juga Izwan.

Adrian dan Aireena saling berpandangan kerana tidak mengerti sejak bila mereka semua berada disitu.

Izwan terus menepuk bahu sahabatnya dan tersenyum.

" Aku ingat sampai bila bila engkau akan tetap dengan ego kau tu.Rupa rupanya takut juga kalau isteri kena kebas dengan lelaki lain," perli Izwan bersahaja.

"Sekejap apa semua ni?" soal Aireena yang kehairanan.

"Ini semua rancangan kami bertiga," jawab Dhirah pula.

"Bertiga?" soal Adrian dan Aireena serentak.

Dhirah dan Izwan hanya mengangguk.Zahim juga turut merapati Adrian dan mengangguk.

"Cerita dia macam ni,"

...................

ZAHIM memandang ke arah sekeliling restoran itu untuk mencari seseorang yang sudah berjanji untuk bertemu dengannya.Dia terus melangkah ke arah meja yang terdapat sepasang kekasih disitu.

"Assalamualaikum," sapa Zahim.

Sepasang kekasih itu terus menoleh ke arahnya.

"Zahim kenalkan ini bakal tunang saya,Izwan..." kata Dhirah sebagai permulaan.

Zahim hanya sekadar mengangguk.

"Zahim," balas Zahim lalu tangan yang dihulur itu disambut baik oleh Izwan.

"Duduklah," pinta Izwan dengan senang hati.

Zahim hanya mengangguk lalu menarik kerusi di hadapan Izwan yang masih kosong.

"Ada apa ya kau orang berdua nak berjumpa dengan saya?" soal Zahim ingin tahu.

Dhirah memandang ke arah Izwan sebelahnya agar lelaki itu memberitahu tujuan sebenar mereka berjumpa pada hari itu.

"Kami berdua nak minta tolong kau," jawab Izwan bersahaja namun dengan wajah yang serius.

Zahim mengerutkan dahinya.

"Maksud kau?Tolong daripada segi apa?" soal Zahim masih lagi tidak mengerti.

"Aireena!" saat nama indah itu keluar daripada celahan bibir Dhirah membuatkan wajah Zahim berubah drastik.

"Kami berdua nak kau dekati Aireena dan buat dia semakin rapat dengan kau," terang Izwan dengan lebih jelas.

Zahim memandang pelik wajah orang orang di hadapannya.Saat pandangan jatuh ke arah wajah Dhirah,gadis itu hanya mengiakan sahaja.

"Kenapa?" soal Zahim.

"Kami berdua nampak yang mereka berdua sudah saling mencintai tetapi di antara mereka berdua tiada seorang pun yang memilih untuk meluahkan tetapi mereka lebih memilih untuk memendam.Saya yakin awak sendiri boleh nampak dengan jelas betapa sayangnya Aireena kepada suaminya kan?" jawab Dhirah dengan penuh keyakinan.

Zahim hanya mampu terdiam.Ya,dia nampak dengan jelas betapa sayangnya gadis itu kepada suaminya.Dan kerana itu,dia memilih untuk mengundurkan diri daripada memiliki gadis itu kerana dia tahu betapa kuatnya cinta gadis itu melebihi cinta dia sendiri.

Tetapi untuk mendekati gadis itu kembali mungkin agak sukar baginya kerana dia sekarang sedang melalui fasa fasa untuk melupakan gadis itu.Dia tidak mahu lagi hatinya terluka kerana gadis yang sama untuk kali kedua tetapi dia juga tidak sanggup untuk melihat gadis yang disayangi itu terluka kerana cinta pertamanya.

"Tapi kenapa saya?" soal Zahim setelah lama menyepi.

"Sebab engkau mencintai Aireena.Jadi aku yakin engkau mampu untuk melakukannya," jawab Izwan pula.

Jawapan daripada Izwan membuatkan Zahim sedikit terpana.Bagaimana lelaki itu tahu tentang perasaannya kepada Aireena?

Izwan hanya tersenyum kerana tahu apa yang berada difikiran lelaki di hadapannya saat itu.

"Aku tahu tentang perasaan kau tu.Tapi engkau jangan risau,aku tidak akan memberitahu Adrian tentang perasaan kau sekarang ni.Tapi kau perlu bantu kami berdua untuk membuatkan mereka berdua sedar dan mengakui tentang perasaan masing masing," tambah Izwan lagi.

"Baik aku setuju.So apa rancangannya?" tanpa berfikir panjang Zahim terus sahaja bersetuju untuk menjadi salah satu ahli dalam rancangan yang bakal mereka rancangkan.

Aireena memang cinta pertamanya tetapi untuk sekarang ini dia sanggup mengenepikan tentang perasaannya dan membantu gadis itu dalam mengakui cinta kepada suaminya sendiri dan mendapatkan cinta yang sudah lama terkubur daripada Adrian.

assalamualaikum n hai guys..So Ini new chapter untuk korang yang sudi tunggu n rindu nk baca lagi.hehe kali ni panjang sikit so harap chapter kali ni tak membosankan tau..tq :)

Share this novel

Nora Muhamad
2021-09-08 13:36:39 

best..next chapter bila lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience