Bab 34

Romance Completed 152232

YANI memandang ke arah Iman yang sejak tadi melihat ke arah luar kafe hingga tidak nampak dia di situ.

"Iman pandang apa tu?" soal Yani kehairanan.

Iman terus memandang wajah rakan sekerjanya.Dia terus menjuihkan bibirnya ke arah kereta yang terparkir elok di hadapan kafe.

"Kenapa?" soal Yani lagi.

"Itu bukan kereta abang Adrian ke?Buat apa di sini?" soal Iman pula.

Yani menggeleng gelengkan kepalanya.Ingatkan apalah tadi.

"Dia hantar bos lah tu..." jawab Yani.

"Ha...Pagi pagi dah gosip?" soal Aireena yang sudah masuk ne dalam kafe.

Yani dan Iman yang agak terkejut dengan soalan yang muncul daripada mulut Aireena hanya tersenyum.

" Akak?Mana kereta?" soal Iman ingin tahu selepas Yani meminta diri untuk ke belakang.

" Dekat bengkel.Kereta akak rosak." jawab Aireena.

Iman baru sahaja ingin bertanyakan tentang sesuatu tetapi Aireena lebih lantas melarikan diri ke pejabatnya.

....................

"AIREENA,engkau okey tak ni?" soal Dhirah sewaktu dia singgah untuk makan tengahari di kafe itu.

Aireena hanya mengangguk dan memberikan senyuman hambar.Dia berpura pura menyibukkan dirinya dengan fail yang dibawa keluar daripada pejabatnya walaupun sebenarnya tiada apa yang perlu disemak.

Kerana geram,Dhirah terus menutup fail tersebut dan terus diambilnya.

" Kalau orang lain bolehlah engkau tipu.But not me!Cakap dengan aku kenapa mata kau sembap sahaja tu?Engkau menangis kan?" soal Dhirah dengan wajah yang serius.

Aireena terus mengalihkan wajahnya daripada bertentangan mata dengan si kawan baik.

"Tiada apalah." jawab Aireena kerana malas mahu ingat kembali apa yang tekah berlaku malam tadi.

"Tipu...!Beritahu aku Aireena,kenapa dengan mata kau?Adrian buat kau menangis kan?" soal Dhirah lagi.

Aireena hanya mengeluh dan menganggukkan kepalanya.

"Kenapa?"

"Aku tak boleh cerita di sini?" balas Aireena.

Dhirah mengangguk faham lalu .menarik tangan rakan baiknya menuju ke pejabat yang berdekatan dengan tempat mereka duduk.

"Sekarang tell me everything." arah Dhirah sewaktu mereka sudah berada di dalam pejabat.

"Semalam Zahim tolong hantar aku balik sebab kereta aku ada di bengkel.Tapi Adrian salah faham tentang itu." luah Aireena.

Dhirah mengerutkan dahinya."Apa maksud kau?Tapi kenapa kau tak call and minta tolong daripada suami kau sahaja?"

Satu lagi keluhan dilepaskan.

"Aku dah try call dia.Bukan sekali dua tetapi berkali kali.Dia langsung tak angkat."

"Tapi bila aku sampai sahaja dirumah dia terua tuduh aku macam macam.Dia hina aku Dhirah.Dia merendah rendahkan maruah aku sebagai seorang perempuan.Engkau tahu tak,Adrian sanggup sama kan aku seperti seorang pelacur." tambah Aireena sambil menahan airmatanya.

Dhirah terus membulatkan matanya.Dia sendiri sudah hilang kata kata untuk membalas kata kata Aireena.

"Aku tak sangka Adrian macam tu." hanya itu sahaja kata kata yang keluar daripada mulut Dhirah.

"Dia ada kata apa apa lagi?" soal Dhirah prihatin.

Aireena mengangguk sambil mengesat airmatanya yang kian tumpah.

"Dia kata dia akan menceraikan aku."

Sekali lagi berita yang disampaikan oleh Aireena membuatkan Dhirah terkejut.Dia perlu segera menyampaikan berita itu kepada Izwan dengan harapan lelaki itu dapat memujuk sahabatnya agar tidak menceriakan Aireena.

hai korang...sorry sesangat sebab chapter kali ni pendek..Miss Tak ada idea sebenarnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience