Bab 23

Romance Completed 152232

Dhirah dan Aireena memandang ke arah satu sama lain.Aireena tahu sudah sampai masanya untuk dia memberitahu perkara sebenar kepada Zahim agar lelaki itu berhenti mencintai dirinya.Pandangan Aireena dialihkan semula kepada Zahim.

"Adrian." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulu Aireena ketika itu.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan di meja mereka telah menyelamatkan keadaan.Harap harap dia tidak berfikiran buruk tentang aku.

"Muhammad Emir Adrian bin Tan Sri Hashim?CEO Dynamic Megah Holdings Sdn.Bhd?" soal Zahim sedikit tinggi kerana tidak percaya.

Aireena hanya mengangguk.

"Tapi bukankah Adrian ke..."

Belum sempat Zahim menghabiskan kata katanya,Aireena lebih pantas memotong.

"Saya berharap awak tidak akan berfikir buruk tentang diri saya.Ya saya bernikah dengan Adrian tetapi atas permintaan akak saya sendiri.DEngan alasan agar saya dijaga oleh orang yang dia percaya." jelas Aireena.

"Awak ingat saya boleh terimakah?Lepas saya bernikah akak pergi tinggalkan saya.Sampai sekarang saya rasa yang saya ni pengkhianta akak saya tau." dalam bercerita air mata yang ingin jatuh terus diseka.

Zahim yang mendengar betul betul kasihan terhadap apa yang perlu ditempuhi gadis kesayangannya itu.Mungkin jika dia berada ditempat gadis itu pasti dia akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan.

Dhirah yang sedari tadi menjadi pendengar melihat mereka berdua.Seorang lap airmata dan seorang lagi boleh pula termenung.

"Jadi engkau sudah tahukan tentang cerita sebenar.So kami berdua tiada lagi simpan apa apa rahsia daripada pengetahun engkau." Dhirah berkata untuk memecahkan tembok kesunyian di antara mereka bertiga.

Zahim yang baru tersedar hanya mengangguk.

"Tak apalah.Saya gerak dahulu dan duit ini saya letak disini sebagai tanda saya belanja awak berdua." Zahim bangun dan dia juga ada meletakkan not 50 di atas meja sebelum pergi.

Mata Dhirah sudah bersinar sinar.Suka betul dia mendengar perkataan 'belanja' itu.Tak payah susah susah nak keluarkan duit.

Saya harap awak dapat temui kebahagiaan yang awak cari,doa hati Aireena.

"Engkau kenapa?" soal Dhirah.

Aireena mengerutkan dahi."Kenapa?

"Muka tu lain macam.Rasa serba salah ke?" soal Dhirah lagi apbila soalnnay tadi dibalas dengan soalan.Aireena hanya mengiakan sahaja.

....................

DANISH menjengah ke luar rumah apabila dia melihat sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan rumahnya.Siapa datang malam malam ni?Dia terus memanggil Puan Zelina yang berada didapur ketika itu.Danish tersenyum apabila melihat Adrian keluar daripada kereta lalu tangan abang iparnya disalam.

"Umi apa khabar?" soal Adrian ramah sewaktu Puan Zelina sampai ke arah mereka berdiri.Tangan si ibu mertua disalam penuh hormat.

Puan Zelina tersenyum.

"Mana angah?" soal Puan Zelina sambil mata tuanya itu tertinjau tinjau ke arah tempat duduk penumpang.

"Dia tidak ikut.Kebetulan ada kerja di sini jadi saya nak minta izin tidur di sini malam ini dan esok saya akan kembali ke KL semula." Adrian memberikan penjelasan.Mereka berdua hanya mengangguk.

"Abah mana?" soa Adrian.

"Abah waktu macam ni ada dekat mana lagi kalau bukan dekat masjid." jawab Puan Zelina.

Danish sudah menggaru lengan kanannya yang digigit nyamuk.

"Umi dan abang,kita memang nak berdiri dekat luar ni sampai abah balikkah?Nyamuk banyak ni." rengek Danish.

Mereka berdua yang mendengar terus ketawa serentak.Puan Zelina terus mengajak anak dan menantunya ke masuk kedalam.

"Lamakah kamu disini Adrian?" soal Encik Hadi sewaktu mereka semua berehat diruang tamu.Sudah dimaklumkan oleh isterinya bahawa Adrian datang.

"Tidaklah bah.Esok saya sudah balik semula ke KL." jawab Adrian.

"Jika begitu pergilah berehat.Pasti badan kamu letih kerana seharaian memandu." ujar Encik Hadi.

Adrian hanya tersenyum dan mengangguk sebelum meminta izin untuk masuk ke dalam bilik dan berehat.Masuk sahaja ke dalam bilik dia terus menapak ke arah meja belajar milik Aireena.Satu persatu buku buku dia atas meja itu ditilik dan terdapa satu nota yang ditampal didinding mengamit perhatiannya.


Janganlah menatap masa lalu dengan berduka.Hadapilah masa sekarang

dengan bijaksana dan sambutlah bayangan masa depan dengan tanpa keraguan

dan disertai keteguhan hati.

"Pakcik google?" soal Adrian sendiri apabila membaca nama yang terdapat di hujung kertas

....................

MATA dilemparkan ke arah sawah padi yang luas terbentang di hadapan mata.Burung burung berkicauan menenagkan hatinya itu.Banyak sungguh kenangan dia bersama Adriana suatu ketika dahulu.

"Riana janganlah kacau saya nak buat kerja sekolah ni." mendatar sahaja suara yang dikeluarkan.

Adriana hanya mencebik.

"Awak ni saya ajak buat sama sama,awak tolak.Bila dekat rumah saya baru awak nak buat?" bunyinya seperti orang sedang berjauh hati.

Adrian hanya membiarkan sahaja.Siap kerja rumah ni baru aku pujuk.Sekarang aku nak siapkan so merajuklah dulu.

Adriana yang masih lagi bosan tetap mengacau Adrian yang masih lagi fokus dengan kerjanya.Daun lalang itu ditujukan ke arah wajah Adrian.Adrian yang malas mahu melayan hanya membiarkan sahaja.

"Adriana." dengan lembut nama kekasihnya diseru agar berhenti.

Adriana pula membuat wajah mengalah lalu daun lalang yang berada di pegagangannya itu dibuang.Kata nak ulangkaji bersama tetapi dia buat homework pula.

Selesai sahaja menyiapkan kerja sekolahnya,Adrian terus mengemas buku sebelum memandang Adriana yang sudah membelakanginya.

Adrian tersenyum."Sudah sudahlah merajuk tu."

Adriana hanya membatu.

"Tidak mengapalah.Awak merajuk sahaja sampai esok.Baru sahaja tadi saya ingat nak belanja awak ABC Mak Limah tu.Tapi awak dah merajuk biar saya pergi makan seorang sahajalah." Adrian pura pura mahu pergi.

Adriana yang mendengar tentang air batu campur Mak Limah itu cepat cepat memandang Adrian.

"Nak nak.Awak belanja." ceria sahaja wajahnya.

Danish berjalan menuju ke arah abang iparnya yang berada di pondok.

"Abang jom makan.Umi dah siapkan sarapan tu." tegur Danish.

Adrian mengangguk.Dia bangun dan berjalan beriringan dengan Danish ke dalam rumah.

Adrian menarik kerusi bersebelahan dengan Danish di meja makan.

"Kamu gerak balik ke KL bila?" soal si ayah mertua.

"Selepas ni abah.Sebelum tu saya nak singgah ke kubur arwah Adriana sekejap." dia memberikan jawapan dengan senyuman yang masih lagi tidak lekang dibibir.

.....................

Dihadanpannya saat ini terdapat sebuah pusara yang tertera nama Nur Adriana Damia binti Mohd Hadi di batu nisan.Rumpur rumput dan daun kering yang terdapat di atas pusara itu dibersihkan.

"Assalamualaikum Adriana.Saya ni Adrian.Saya minta maaf sangat sebab hari ni baru saya datang melawat awak.Saya bukan tak nak datang tapi saya masih tidak kuat untuk menerima kehilangan awak lagi." kata Arian seolah olah gadis itu berada di hadapannya.

Yassin terus dibuka dan dibaca sebelum dia pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience