Bab 25

Romance Completed 152245

ADRIAN reus mengajak mama dan papanya untuk duduk dimeja diskusi.Puan Sri Malia terus mengeluarkan bekal yang dibawa dan diletakkan di atas meja.

"Mama masakkah?" soal Adrian.

"Ini mama masak khas untuk anak mama.Makanan kegemaran Adrian." balas Puan Sri Malia.

Tangan Adrian terus mencapai bekas yang masih tertutup.Dia terus membuka penutup bekas makanan itu.

"Ayam masak kicap?Serius lah ma?" soal Adrian teruja sewaktu melihat isi di dalam bekas itu.

Puan Sri Malia tersenyum dan mengngguk.

"Adrian kan dah lama tak balik.Ha ni mama masak makanlah.Makan puas puas."

Mereka bertiga makan dengan penuh berselera di situ.Adrian yang terasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap kembali menyoal.

"Adik mana ma?"

"Adik ada kelas hari ini.Sebab tu dia tak ikut mama." jawab Puan Sri Malia.

Sedari tadi Tan Sri Hashim hanya menjadi pemerhati dan pendengar terus menoleh ke arah isteri kesayangan.

"Awak ke sini naik apa?Nak saya hantarkan balik?" Tan Sri Hashim pula menyoal.

"Tak payah susah susah abang.Saya naik kereta sayalah untuk datang ke sini."

"Ini abang bila nak balik rumah?Bawaklah isteri kamu sekali.Mama pun rindukan menantu mama tu jugak.Takkan kamu nak sorokkan isteri kamu tu?" tambah Puan Sri Malia.

Adrian hanya buat tak tahu sahaja tentang soalan yang diberikan.

"Adoi!" Adrian terjerit kecil apabila Puan Sri Malia memiat perlahan telinganya.

"Tengok anak abang ni.Saya piat sikit pun dah menjerit." Puan Sri Malia mengadu kepada suaminya.

Tan Sri Hashim benar benar geli hati melihat telatah anak dan isterinya.

"Abang,kita lelaki dan ketua keluarga.Takkan kena piat telinga dah sakit?" soal Tan Sri Hashim.

"Sakit papa.Mama ni abang dengarlah soalan mama tadi cuma abang malas nak fikir jawapan je." kata Adrian sambil tangan menggosok telinganya yang sakit.

Puan Sri Malia memandang ke arah suaminya sebelum mata dikalih ke arah anak lelakinya pula.

"Malas nak fikir jawapankah atau memang dah tak nak balik rumah tu?" soal Puan Sri Malia.

"Dua dua." selamba sahaja Adrian memberikan jawapan.

"Apa?!"

Suara Puan Sri Malia ditinggikan sedikit.Terkejut mendengar jawapan si anak.

"Mama...Mama.Abang gurau sahajalah.Takkan abang tak nak balik rumah tu.Dekat rumah tulah tempat kita sekeluarga berteduh selama ni." Adrian terus membetulkan ayatnya.

"Papa cuba tengok isteri kesayangan papa ni." Adrian mengadu kepada papanya.

Tan Sri Hashim tergelak kecil."Isteri papa,bidadari syurga papa.Mestilah hari hari papa tengok.Kalau abang nak tahu kan sehari papa tak tengok muka mama kamu ni tak lengkap dunia papa." usik Tan Sri Hashim.

Adrian pula yang geli hati.Mampukah dia juga bahagia seperti mama dan papanya?Atau perkahwinan yang terjadi hanya satu kesilapan dan perlu diakhiri segera?

"Awak pun Malia,garang sangat.Tak akanlah anak kita ni nak sorokkan menantu kita dalam rumah tu."

Tan Sri Hashim menyebelahi anaknya.Puan Sri Malia pula geram.Adrian yang sudah habis menjamu selera terus bangun dan duduk di seblah papanya.

Takut ketam datang lagi...

"Abang ni suka sangat sebelahkan si Adrian ni kalau bercakap dengana saya." jari telunjuknya dihalakan ke arah si anak.

"MestilahnAdrian ini lah wasiat teragung saya.Salah satu pewaris empayar Dynamic Megah Holdings Sdn.Bhd." ujar Tan Sri Hashim.

Adrian yang mendengar terus tersenyum dan memeluk erat papanya dari sisi.

"I love you pa." bisik Adrian ditelinga papanya.

"I love you too my son." papanya membalas.

Puan Sri malia hanya memandang.Terbit senyuman kecil menghiasi wajahnya saat ini.Dua orang heronya.Seorang pelindung dan seorang lagi nyawanya.Dua dua dia sayang.Tidak tahu bagaimana dia mahu meneruskan hidup tanpa suami dan anak anak disisi.

Selepas sahaja mereka berdua meleraikan pelukan.Ucapan yang sama turut diberikan kepada si ibu.Siap package flying kiss sekali.

Alhamdulillah,setakat ini keluarga mereka tidak pernah berpecah belah.Cukup segala didikan agama diberikan kepada dua orang pertama milik mereka.Sungguh mereka semua bersyukur apabila mendapat keluarga seperti ini.

....................

"AMBOI!Kenapa senyum senyum pulak datang ke kafe aku ni?" soal Aireena apabila melihat Dhirah masih lagi tersenyum.

Selesai sahaja mengambil pesanan Dhirah terus berkongsi cerita dengannya.

"Izwan ajak aku bertunag ." dia menyampaikan berita gembira itu kepada sahabatnya.Wajahnya juga masih lagi dihiasi senyuman manis.

Aireena yang mendengar juga turut menumpang bahagia.

"Wah patutlah dah bau nasi minyak!" Aireena mengusik.

"Kau ni malulah." beritahu Dhirah.

"Eleh,malu konon.Dalam hati melompat lompat bahagia."

Dhirah mula tersipu sipu malu apabila diusik begitu.Aireena yang melihat hanya tersenyum.

"Aku doakan semoga engkau bahagia dengan dia." ucap Aireena.

Share this novel

miss secret foreverr
2021-07-25 09:47:11 

ouh oke

AYKA
2021-07-25 09:08:54 

Kita x da ig awk, hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience