Completed
152245
PAGI PAGI lagi Aireena sudah bangun untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan menyediakan sarapan sebelum dia dan Adrian keluar bekerja.
Sewaktu dia meletak semangkuk nasi goreng yang baru sahaja dimasak di atas meja,Adrian turun ke bawah dengab membawa beg bimbit ditangannya dan terus melangkah ke arah pintu.Aireena memandang tingkah laku Adrian yang seperti ingin cepat ke pejabat.
"Awak tidak sarapan dahulukah?" soal Aireena daripada meja makan.
"Nope." Adrian membalas pendek Pintu terus ditutup oleh Adrian sendiri selepas dia melangkah keluar dari rumah.
Aireena hanya membiarkan sahaja Adrian pergi bekerja.Sejujurnya,dia lebis selesa jika Adrian tiada dirumah.Setidaknya,dia tidak berasa janggal untuk berada dirumah itu.Tudung yang tersarung di atas kepala itu ditanggalkan sebelum dia masuk ke dalam bilik air.Ya.Sepanjang dia mengahwini lelaki itu dan duduk sebumbung dengannya Aireena tidak lagi mempamerkan rambutnya di hadapan lelaki itu walaupun lelaki itu telah melihat rambutnya sewaktu seminggu berada dikampung.
Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya dikerusi pejabat,notifikasi WhatsApp Aireena berbunyi.
OTW KL...Nanti sampai kita jumpa. - Danish.
Membulat mata Aireena sewaktu membaca mesej yang dihantar oleh adiknyaBuat apa dia di sini?
Naik apa? - Aireena.
Bawa kereta abahlah.- Danish.
Lagi sekali matanya membulat.Kereta?Boleh pula abah izinkan dia naik kereta.Mentang mentang baru sahaja dapat lesen kereta.aireena terus menutup telefonnya.dia perlu keluar dari bilil pejabat untuk membantu pekerja pekerjanya dan tidak hanya menunggu di dalam bilik sahaja.
"Hai welcome to Hazel's Cafe..."sambut Aireena mesra.Aireena memandang lelaki dihadapannya dan senyuman yang menghiasi wajahnya tadi terus mati apabila melihat Danish yang berada di situ.Dia teruus menejling Danish tajam seperti tajamnya mata pedang.
"Yani tolong jaga kaunter ya?" pinta Aireena apabila melihat Yani berada di situ.Aireena terus melangkah masuk ke dalam ofisnya diikuti danish dari belakang.
"Cuba engkau cerita dekat akak sikit bagaimana engkau boleh terlepas hingga ke sini?Bawa kereta pulak tu." Aireena terus memulakan sesi penyiasatan.Seingatnya,waktu dia dan arwah kakaknya sebaya Danish dahulu Encik Hadi memang tidak mengizinkan mereka berdua untuk membawa kereta walaupun sudah mendapat lesen.Alasannya jika berlaku apa apa kemalangan kan susah...
Belum sempat Danish mahu menjawab pertanyaan daripada kakaknya,pintu bilik pejabat dibuka dari luar.Kelihatan iman sedang mentang dulang yang terdapat tiga gelas minuman di atasnya.
"Nah!Hot mocha untuk engkau,one ice milo untuk bos dan satu hot choclate untuk saya." kata Iman.
selepas sahaja minuman diletakkan di atas meja,Iman terus mengambil tempat di sebelah Danish dan itu membuatkan Aireena sedikit bingung mengapa Iman turut serta dalam pertemuan dia dan adiknya Danish.
"Bila masa pulak adik order air?" soal Aireena pelik.
"Tadi adik wasap Iman suruh bawakan air." balas Danish.
Diam...
"Sebenarnya hari ini adik bukan sahaja datang ke sini semata mata ingin melawat angah tetapi..."
"Kami berdua ingin menyampaikan amanat yang diberikan oleh akak Riana kepada bos."
Iman terus menyambung kata kata Danish apabila Danish memandang ke arahnya dan meminta untuk menyambung.
Danish mengeluarkan sesuatu daripada beg sandang yang dibawanya.Aireena hanya memandang apa yang ingin dikeluarkan daripada beg sandang adiknya.
Sampul surat?
Danish segera menghulurkan sampul surat itu kepada Aireena.
Walaupun Aireena masih dengan seribu satu persoalan yang terdapat dalam benaknya tetapi huluran Danish itu disambut juga.Aireena membuka sampul surat itu dan mendapati terdapat sepucuk surat di dalamnya.
Aireena terus mengeluarkan dan membuka lipatan kertas itu.
Assalamualaikum adikku,Aireena...
Maaf andai surat yang Aireena terima ini akan mengundang lebih lagi rasa sedih dalam jiwa Aireena.Kakak cuma mahu adik tahu,akak betul betul menyayangi satu satunya adik perempuan yang kakak miliki ini.Terlalu banyak persamaan di antara kita.Kakak memang sudah tiada di sini lagi tetapi akak akan sentiasa berada di hati ingatan adik buat selamanya.
Aireena...Kakak tahu yang Reena melakukan semua ini semata mata ingin membahagiakan kakak.Terima kash kerana sanggup mengorbankan kebahagiaan adik hanya semata mata mahu menunaikan permintaan terakhir kakak.Jujur kakak cakap yang kakak bahagia kerana mengetahui bahawa adik perempuan akak ini akan dijaga oleh seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Walaupun kakak telah tiada di atas muka bumi ini,adik tataplah wajah kakak di dalam gambar.Insya Allah dengan izin Allah rindu Reena pada kakak pasti akan terubat,Kakak pasti akan menyayangi adik perempuan kakak yang bernama Nur Aireena Dania ini sampai bila bila.Adik sbelum itu jangan lupa pesanan yang pernah akak berikan kepada adik dahulu.Jika adik ada masalah tolong jangan pendan masalah itu seorang diri.Adik luahlah masalah itu kepada seseorang yang percaya selepas kakak pergi.
Sampai di sini sahaja warkah yang mampu kakak tulis buat adik.Ingat adik,jagalah diri,Adrian dan rumahtangga adik sebaiknya.
Salam rindu,
Adriana.
Saat ini tubir matanya mula digenangi air mata yang bila bila sahaja boleh jatuh.Surat yang baru sahaja habis dibaca itu dibawa ke dalam dakapan.
Adik akan sentiasa menyayangi kakak sampai bila bila,desis hati Aireena.Danish yang melihat kakaknya mula menangis terus bangun daripada kerusi lalu mnegatur langkah ke arah kakaknya sebelum dia memeluk kakaknya itu.
Share this novel