Completed
152245
ADRIAN hanya sekadar memandang daripada jauh aksi mesra seorang lelaki dan gadis yang duduk tidak jauh dari tempat dia berdiri dengan suatu perasaan yang tidak mampu digambarkan.
Sejambak bunga ros merah yang berada dipegangannya digenggam kuat.Hatinya berasa sakit tetapi tidak tahu mengapa.Dia terus mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan merakam gambar sepasang kekasih itu.
Dan kerana itu dia meneruskan langkahnya ke arah Mercedez miliknya selepas sejambak bunga ros merah itu dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.
Adrian mengetap rahangnya kuat sebelum memandu pergi meninggalkan tempat itu.
"Kenapa aku rasa macam ni?" soal Adrian sendiri.
"Argh...!Siapa lelaki itu?" soal Adrian lagi.Pen yang dipegang terus dicampakkan ke arah pintu pejabatnya.
Saat itu juga pintu pejabatnya di tolak dari arah luar hingga menyebabkan pen itu terkena kepada Tan Sri Hashim yang berada di hadapan pintu.
"Kenapa ni abang?" soal Tan Sri Hashim.Pen yang berada di lantai itu terus dikutip.
Apalah salah kau pen,sampai dicampak oleh tuan sendiri?
"Papa!" kata Adrian terkejut.Air liurnya segera ditelan.
Tan Sri Hashim terus duduk berhadapan dengan anak sulungnya.Pen yang dikutip tadi diletakkan di atas meja.
"Adrian ada masalah ke dengan Aireena?" soal si papa seperti dapat menghidu sesuatu.Wajah anaknya dipandang lama.
"Tak ada lah pa.Masalah pejabat sahaja." dalih Adrian.
"Sejak bila anak papa pandai beremosi kalau melibatkan masalah pejabat?" soal Tan Sri Hashim lagi.
Dia sudah agak yang dia tidak akan pernah mampu menipu papanya kerana Tan Sri Hashim seolah olah dapat menangkap segala masalahnya.
"Kamu tak nak share dengan papa?" tambah Tan Sri Hashim lagi.
Terdengar bunyi keluhan yang dilepaskan oleh Adrian.
"Entah lah papa.Abang sendiri tak tahu kenapa dengan diri abang sekarang ni." luah Adrian.
"Maksud abang?" soal Tan Sri Hashim.
"Tadi abang nampak Aireena dengan lelaki lain." jawab Adrian.Sakit hatinya apabila mengingati kejadian itu.Terlayar aksi mesra diantara mereka berdua.
Tan Sri Hashim terus mengukir senyuman.
"Kamu cemburu?" Tan Sri Hashim cuba menduga.
Kedua dua kening Adrian terus bercantum.
"Kenapa pula abang nak cemburu?Cemburu tu untuk orang yang kita sayang sahaja tau pa.Jadi apa kaitan cemburu dengan kes abang nampak dia dengan lelaki lain?" bidas Adrian.
"Abang marah bila tengok mereka berdua.Abang rasa cemburu.Maksudnya,abang dah sayang Aireena lah." Tan Sri Hashim memberikan fakta yang masuk akal.
Adrian tersenyum sinis."Sayang?Papa...Sayang abang hanya untuk arwah Adriana sahaja..."
Ego!Ego kamu tinggi sangat Adrian sampai kamu tak boleh melihat kasih sayang yang telah hadir dalam diri kamu untuk isteri kamu yang sah.Sampai bila kamu nak junjung ego kamu yang setinggi langit itu Adrian?soal hati Tan Sri Hashim.
"Suka hati kamulah abang.Tapi papa cuma nak nasihatkan abang satu benda.Jangan pernah melepaskan permata bernilai yang sudah sah menjadi milik kamu hanya untuk seseorang yang telah tiada." kata Tan Sri Hashim.
"Papa tak mahu kamu berasa kehilangan untuk kali kedua.Ingat tu!" tambah Tan Sri Hashim lagi sebelum beredar.
Betulkah apa yang papa cakap tu?muncul soalan itu di dalam fikirannya.Dia terus meraup kasar wajahnya.
Bunyi ketukan pintu membuatkan Adrian tersedar daripada lamunannya.Kelihatan Moon iaitu setiausaha Adrian melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Encik Adrian,saya cuma nak ingatkan encik tentang mesyuarat dengan client kita dari Seremban pada pukul tiga petang nanti." beritahu Moon.
"Nasib baik awak ingatkan saya.Saya hampir terlupa tadi." balas Adrian.
Moon hanya tersenyum."Kalau macam tu saya keluar dulu."
Adrian hanya mengangguk.
....................
ADRIAN memandang kafe di hadapannya.Dekat sini juga dia nak jumpa.Tiada tempat lain ke?omel Adrian geram.Kakinya melangkah dengan malas menuju ke dalam kafe itu.
Kelibat seseorang dicari.
"Hai,Adrian!" sapa seseorang yang sudah berdiri di hadapannya.
"Eh,hai Cinta!You buat apa disini?" soal Adrian kepada gadis yang manis bertudung di hadapannya itu.
Cinta terus mengambil tempat di hadapan Adrian.Wajahnya memandang ke arah Adrian.
"OMG...!You forgot that we need to meet to discuss the project in Seremban?" soal Cinta.
Adrian mengerutkan dahinya.
"Wait...So you lah yang perlu handle projek ni?" Soal Adrian kembali.
Cinta hanya mengiakan.Senyuman manis terus dilemparkan ke arah lelaki kacak dihadapannya.
"Before that,I heard you were married.So how is your live after becoming a husband?" soal Cinta lagi.
"Biasa sahaja.Tak ada apa yang menarik pun." jawab Adrian.Matanya memandang ke arah kaunter seperti mencari seseorang dan lebih tepat seseorang itu adalah Aireena.
Gadis di hadapan Adrian memandang pelik.
"Cari siapa Adrian?" soal Cinta.Matanya juga turut memandang ke arah tempat yang sama Adrian pandang.
Automatik mata Adrian kembali memandang ke arah Cinta.Adrian hanya tersenyum sambil menggeleng gelang kepalanya.
"Tiada apa.Jomlah kita bincang sekarang.Nanti lambat pula." kata Adrian.
Hai,Good morning...New chapter untuk para readers semua...Agak agak kan betul ke apa yang papa cakap tu?? Cuba korang komen...
Share this novel
awl chapter 30..knape adrian bnding2 arwah ngan aireen..ala...x paham..smthing missing