Bab 20

Romance Completed 152232

DHIRAH memandang wajah Aireena yang dilihat masam.Dia terus meletakkan telefonnya di atas meja.

"Engkau okey Reen?" soal Dhirah.

Aireena memberikan senyuman hambar kepada kawan baiknya.

"Aku doakan agar engkau dapat apa yang engkau impikan selama ini.Aku berharap agar engkau perolehi kebahagiaan yang engkau ingini tidak seperti aku..." Aireena memberhentikan ayatnya.

Dhirah terus membuat muka tidak faham.

"Tidak seperti aku?Apa maksud engkau?" soal Dhirah.

Aireena menarik nafas berat.Kebetulan seorang pelayan di kafenya datang membawa hidangan yang dipesan oleh mereka berdua.

"Reena." Dhirah terus memegang tangan Aireena yang diletakkan di atas meja.

"Maksud engkau?" soal Dhirah ingin tahu.

Aireena kembali memberikan senyuman hambarnya.Dia sedang cuba menyusun kata kata yang sesuai untuk diberikan.

"Tidak seperti aku yang terikat dengan hubungan yang tidak ada kebahagiaan di dalamnya.Yang sedang menati masa untuk retak." Aireena terus menghabiskan kata katanya yang tergantung tadi.

Dhirah memandang wajah sayu sahabatnya.

"Aireena,dengar betul betul apa yang aku ingin cakapkan.Engkau tidak pernah langsung terikat dengan mana mana hubungan termasuk perkahwinan ni.Engkau akan bahagia,percayalah cakap aku ni." kata Dhirah.

Aireena terus mendemgus kasar.Dia tidak percaya akan kata kata kawan baiknya itu.

"Bahagia?Aku tidak pernah nampak pun secebis kebahagiaan dalam perkahwinan ni.Adrian hanya menikahi aku hanya kerana dia sahaja tau.Kerana akak Adriana yang ingin perkahwinan ini dilangsungkan.Hati dia tidak akan pernah terbuka u ntuk menerima sesiapa sahaja termasuk aku dalam hidup dia.Untuk mengantikan tempat akak Adriana?Jauh sama sekali.Dalam hati dia hanya ada Nur Adriana Damia seorang sahaja." balas Aireena.

"Engkau cemburu?Engkau sudah menyayangi Adrian?" Dhirah cuba menduga.

Membulat mata Aireena.

"Cemburu dan sayang?Weh,aku tidak akan ada lah dua perasaan itu pada dia.Aku tidak akan menyayangi dia dan untuk pengetahuan engkau,aku tidak akan mengkhianati kebahagiaan akak aku sendiri." Aireena berkata dengan nada yang cukup geram.

"Aireena Dania!Engkau berkata ni seolah olah tidak mengetahui tentang hukumkan?Jodoh,rezeki,ajal dan maut itu semua di tangan Tuhan.Sipa kita untuk menidakkan takdir yang telah disusun olehNya?Hati kita ni Dia yang pegang.Engkau yakinkah yang engkau tidak akan sesekali menyayangi dan mencintai seorang lelaki yang bernama Muhammad Emir Adrian?"

"Kun faa yakun.Jika Allah kata jadi maka jadi lah sesuatu perkara itu tanpa sedikit kelewatan atau pun tercepat.Tiada siapa yang akan dapat menghalang sesuatu itu berlaku termasuk diri engkau sendiri.Allah tu belum meniupkan rasa kasih sayang dan cinta dalam hati kau untuk dia,jadi engkau mampu untuk menidakkan.Tetapi jika perasaan itu sudah mulai hadir dalam hati kau pasti engkau tidak sanggup untuk melihat dia pergi." tazkirah panjang terus diberikan khas kepada rakan baiknya itu.

Haih tidak pasal pasal jadi ustazah segera di sini.Ish!Ini memang perlu buka kelas khas untuk fahamkan si Aireena ni.

Aireena yang mendengar apa yang dikatakan oleh Dhirah terus terdiam.

"Tapi hati dia hanya untuk Kak Adriana seorang.Adrian tidak akan membuka pintu hatinya untuk sesiapa pun." Aireena mengulangi kata katanya semula.

Mata Dhirah terus tertumpu ke arah Aireena yang duduk menekur ke arah lantai.

"Engkau sayangkan Adrian?" Dhirah masih menyerkap jarang.

Aireena hanya menggeleng.Betulkah dia masih tidak mempunyai apa apa perasaan terhadap lelaki itu?Sejujurnya dia sendiri tidak pasti akan jawapan yang patut diberikan tentang soalan itu.Kenapalah susah sangat mahu bagi jawapan ni Ya Rabb?

Dhirah mula mengeluh.

"Aireena Dania,engkau pandang mata aku sekarang.Pandang tepat ke arah anak mata aku dan kau cakap pada aku yang engkau tidak mencintai dan meyayangi Adrian sepanjang tujuh bulan kau orang berdua mendirikan rumahtangga." Dhirah terus memberikan arahan.

"Aireena mungkin orang dengan orang lain engkau boleh menipu.Tetapi bukan aku dan bukan juga hati kau." tambahnya lagi.

"Aireena Dania pandang anak mata aku!" Dhirah mula meninggikan suaranya sedikit.

Oleh kerana terkejut apabila Dhirah meninggikan suaranya cepat cepat Aireena mengangkat wajahnya memandang ke arah wajah Dhirah yang sudah seperti singa kelaparan.

Dhirah semakin serius."Engkau betul membencikan Adrian?"

Aireena hanya mengetapkan bibir.Akhirnya gelengan menjadi jawapan.

Wajah Dhirah yang tadinya serius terus bertukar kepada ceria semula.Senyuman mula menghiasi wajah gadis itu.

"Engkau sayangkan dia dan engkau tidak mampu membuang diri dia daripada hidup engkau.Betul?" Dhirah menyoal lagi.

Kepala dianggukan.

"So jangan menipu tentang perasaan engkau pada dia.Aku yakin akan ada kebahagiaan di penghujung jalan cerita engkau dan dia." Dhirah mula memberikan semangat.

Tiba tiba sahaja perasaan sebak muncul dalam diri Aireena.

"Engkau tidak rasa kah Aku ni pengkhianat?Adrian sepatutnya milik akak dan bukannya aku." soal Aireena.

Dhirah menepuk perlahan bahu kawan baiknya.

"Engkau bukan pengkhianat Aireena.Aku tahu yang Adriana cuma ingin melihat kau orang berdua bahagia."

....................

"ENGKAU tidak mahu mengakukah tentang perasaan engkau pada Aireena?" Izwan mula menyoal.

Adrian mengangkat sebelah keningnya."Maksud engkau?"

"Maksud aku kat sini adalah,engkau mula sayangkan wife kau tetapi engkau sendiri yang cuba menafikan tentang itu." balas Izwan.

Adrian terus menutup failnya yang baru sahaja dibuka.

"Sejak bila pula aku mula sayangkan dia?Engkau perlu ingat tau hati aku ini tidak akan pernah beralih arah daripada mencintai Adriana Damia seorang." kata Adrian dengan nada mendatar.

"Wajah Aireena mirip arwah Adriana. Mirip sangat.Kadang kadang tu perangai mereka boleh sama.Engkau yakinkah yang hati engkau tidak akan pernah terpaut pada dia?Perangai budak budak dia?" Izwan menyoal lagi.

Adrian hanya terdiam.

Izwan memandang tepat ke arah Adrian yang seperti sedang memikirkan jawapan yang ingin diberi.

"Atau engkau mula sayangkan dia tetapi engkau sendiri masih ragu ragu tentang perasaan engkau?" tambah Izwan.

Kenapa susah sangat jawapan yang ingin diberikan ini?Lebih susah daripada nak jawab kertas exam SPM lah.Benarkah hati ini sudah terpaut dengan diri si gadis itu?

"Aku tidak mempunyai jawapan untuk soalan engkau tu." balas Adrian.

Ya Allah,Engkau bukakanlah pintu hati kawan baikku ini agar dapat menerima wanita yang sudah bergelar isteri buatnya itu untuk duduk di hatinya.Bantulah teman baikku ini agar tiada lagi keraguan tentang perasaannya terhadap isterinya itu,Aamiin....bisik hati Izwan.

Izwan tersenyum puas.

"Balik nanti,lepas engkau solat,engkau mintaklah pada Allah agar Dia dapat memberikan jawapan kepada kau.Aku tidak mahu melihat kawan baik aku ini sekali lagi hilang orang yang dia sayang.Cukuplah sebulan selepas Adriana pergi engkau nampak murung." nasihat Izwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience