Completed
152245
Selesai sahaja solat fardhu,Aireena terus melipat sejadah dan dan diletakkan bersama sama dengan telekungnya di tempat penyidai.Dia mula termenung sendiri di atas katil sambil melihat wajah Adriana yang tersenyum manis di dalam gambar.
"Engkau perlu kuat Aireena.Engkau sayangkan dia dan aku percaya yang engkau tidak mahu kehilangan Adrian dalam hidup engkaukan?" kata kata Dhirah siang tadi kembali menerjah difikirannya.
Aireena mengusap gambar itu."Maafkan Aireena kak.Angah tahu yang angah tidak boleh jatuh cinta pada Adrian sebab dia hanya milik akak seorang.Tetapi angah tidak boleh membohongi perasaan angah sendiri.Angah sudah jatuh cinta pada orang yang akak juga cinta."
"Angah tahu yang angah tidak berhak memiliki cinta Adrian kerana cinta Adrian hanya milik akak seorang.Tapi angah sayangkan dia.Maafkan angah kak." tambah Aireena.Airmatanya mula berjuraian keluar dari tubir mata.Gambar itu dipeluk erat.
Telefon yang berbunyi di sebelah pantas diambil.Dia mengesat tubir matanya dan berdeham kecil agar tidak ketahuan sama si ibu bahawa dia sedang menangis.Butang hijau ditenyeh perlahan.
"Assalamualaikum angah." suara Puan Zelina menerpa di hujung talian.
Aireena memejamkan mata seketika agar air mata tidak lagi mengalir.
"Waalaikumussalam ya umi." jawab Aireena.
"Angah sihat tak?" Puan Zelina menyoal.
"Angah sihat sahaja.Umi dan abah sihat?Adik mana?" soal Aireena pula.
"Umi dan abah sihat sahaaj adik pula katanya tadi nak ke rumah kawan.Ni kenapa suara angah umi dengar lain sahaja.Angah baru lepas menangiskah?" Puan Zelina terus menyerkap jarang.
Air matanya laju sahaja mengalir kembali apabila mendengar soalan daripada si ibu.Sungguh dia tidak mampu untuk menipu kerana ibunya sudah seperti dapat menebak tentang dirirnya..
Si ibu mulai risau apabila si anak tidak menjawab pertanyaannya.
"Angah...!" si ibu mula memanggil.
Si anak yang baru tersedar daripada lamunannya cepat cepat menjawabpanggilan si ibu.
"Ya umi.Angah ada sahaja di sini.Kenapa umi call angah malam malam ni?" Aireena terus sahaja menyoal.
Sedaya upaya dia tidak mahu Puan Zelina mengetahui yang tekaannya itu tepat.
"Angah bila nak balik kampung?"
Aireena melepaskan keluhan."Belum tahu lagi umi.Ada masa nanti angah balik kampung jumpa umi dan abah ya.?"
"Umi sudah lewat ni .Angah masuk tidur dulu ya?Assalamualaikum." Dia terus mematikan panggilan.
Maafkan angah umi.Angah tahu yang angah tidak patut menipu umi,desis hatinya.
....................
ADRIAN duduk di atas katil miliknya setelah selesai membaca al-quran.Dia terus mengambil buku tentang sejarah nabi yang diletakkan di meja sisi.
Dia menyelak helaiam demi helaian muka surat yang terdapat do dalam buku itu.Mata Adrian terus beralih memandang ke lantai apabila ada sesuatu yang jatuh daripada salah satu helaian muka surat yang belum di selak.
Cepat cepat tangannya mengambil gambar milik Adriana yang jatuh tadi.Adrian menatap gambar itu lama.Betapa dia merindui cik tunangnya itu.Cik tunang yang telah pergi jauh daripada hidupnya.
Adriana hanya melihat tunangnya yang khusyuk menghadap skrin telefon bimbit di sebelah.
"Awak!" suaranya ditinggikan sedikit apabila si tunang di menjawab.
Adrian terus mematikan telefonnya,"Sorry."
Si buah hati hanya membuat wajah bersahaja.Marah tidak.Merajuk?jauh sama sekali.
"Nah"
Adriana menghulurkan senaskhah buku tentang sirah nabi kepada Adrian.
"Untuk saya?"saol Adrian yang masih blur.Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah diri sendiri.
Adriana membuat muka malas.
"Eh taklah!Buku ini untuk lelaki yang duduk di sebelah sana tu.Hensemkan dia?" Adriana mula berseloroh.Bibirnya juga dimuncungkan ke arah lelaki itu.
Selamba sahaja Adriana memuji lelaki lain di hadapan tunangnya sendiri. Terbuntang wajah Adrian apabila tunangnya berkata begitu.Wajah Adrian terus mencuka lalu dia bangun daripada duduknya.
"Nak pergi mana?" soal Adriana pelik apabila melihat tunangnya yang tiba tiba bangun.
"Nak bagi buku ni lah pada brother tu.Awak yang nak sangat bagi kan?" jawab Adrian berbaur cemburu.
Sepantas kilat tangan Adriana menarik lengan baju Adrian.
"Tak payah nak mengada.Duduk balik."
Adrian hanya menurut.Matanya hanya tertupu ke arah tasik yang berada di hadapan mata.
"Awak ni.Saya bergurau sahajalah.Buku ni hadiah daripada saya untuk awak.Jangan merajuk lagi tau.Buruklah muka lelaki kalau merajuk." ujar Adriana.
Pandangan Adrian terus dialihkan ke wajah Adriana.
"Buku sirah nabi?Kenapa awak bagi saya?" soal Adrian.
Adriana tersenyum kecil."Saja.Saya tahu yang awak pun suka baca buku macam ni.Lagipun nanti kalau saya sudah tiada,sekurang kurangnya saya tetap dekat dengan awak sebab buku ini akan sentiasa ada dengan awak."
"Sudahlah.Jom?" ajak Adrian tiba tiba.
"Pergi mana?" soal Adriana pula tetapi kakinya tetap melangkah beriringan dengan Adrian.
"Jalan jalan."
"Awak." panggil Adrian dengan suara yang lembut ,sewaktu mereka menikmati makan malam di restoran yang berdekatan dengan rumah Adriana.
Adriana terus mengangkat wajahnya.
"Hanya awak sahaja dalam hati saya.Tiada sesiapa yang akan mampu menadingini cinta awak.DAn saya hanya mengharapkan awak sahaja untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak anak kita nanti." kata Adrian.
Adriana yang mendengar hanya tersenyum.Dia tahu besar harapan Adrian untuk dia sentiasa ada di sisi lelaki itu.
"Insya Allah." ucap Adriana.
"Tetapi awak perlu berjanji yang awak akan terus bahagian walaupun bukan saya orang tu."
Adriana memberikan pesanan.Dia sedar yang dirinya bukan sesiapa.Dia mahupun sesiapa tidak akan mampu mengubah takdir yang telah Allah aturkan.
Share this novel