Bab 40

Romance Completed 152232

AIREENA berasa terkejut apabila tubuhnya didakap seseorang dari arah belakang sewaktu dia sedang bercakap dengan salah seorang pekerjanya kaunter pembayaran.Aireena mula berasa tidak sedap hati kerana pekerjanya itu langsung tidak membuka mulut.

"Rindunya dekat kesayangan seorang ni," kata lelaki itu tiba tiba.Aireena sudah menelan air lur apabula mendengar kata kata yang keluar daripada mulut lelaki itu.

Alamak,lelaki mabuk mana yang tiba tiba peluk aku ni?bisik hatinya.

Dengan berani dirinya bersuara." Encik,encik salah orang ni.Saya tidak kenal siapa encik dan saya bukan orang yang encik sayang,"

Lelaki itu mula mengerutkan dahinya.Dia memandang wajah pekerja Aireena yang masih tetap berdiam dihadapan mereka.

"Mana boleh saya silap orang.Betullah hanya Nur Aireena Dania sahaja orang yang saya sayang.Sayang sudah lupa dekat saya ke sejak dah berumah tangga ni?" soal lelaki itu dengan nada yang kecewa.

Ah sudah!Apa patut aku buat ni?Dia ni pun kenapa daripada tadi hanya berdiri dan diam seperti patung cendana sahaja di depan aku?marah hati Aireena kepada pekerjanya.

"Jadi encik sudah tahu kan saya sudah bersuami?Kalau dia nampak perlakuan encik ini,encik ingat dia tak akan marah ke?" soal Aireena geram.

"Suami sayang tak akan berani nak marah saya," jawab lelaki itu angkuh.

"Sayang sudah melupakan janji janji sayang ke pada saya?" soal lelaki itu lagi.

"Siapa encik?Saya janji apa pada encik?Encik saya merayu sangat tolong lepaskan saya.Kita bukan muhrim yang encik boleh peluk sesuka hati encik.Tolong lepaskan saya!" arah Aireena tegas.

Lelaki itu hanya menggelengkan kepala.

"Tak!Saya tak akan lepaskan orang yang saya sayang.Lagipula, siapa yang tidak izinkan saya memeluk sayang?" soal lelaki itu yang masih juga berdegil.Pelukannya semakin dieratkan.

Tanpa suara Aireena menyuruh pekerjanya itu menelefon pihak polis namun ditolak pekerja itu dengan gelengan.

Aireena mula melepaskan keluhan.

"Allah tak izinkan," kata Aireena berani.

"Allah izinkan," balas lelaki itu pula.

Mazhab mana pula lelaki ni ikut ini?Ya Allah selamatkan lah hambaMu ini,rintih hatinya.

"Encik sudah gilakah?" soal Aireena.

"Tergila gilakan awak," bisik lelaki itu di telinganya yang terlindung dengan tudung yang dipakai.

"Happy birthday to you.Happy birthday to you..." tiba tiba nyanyian hari lahir buat dirinya berkumandang daripada seluruh kakitangannya selepas Dhirah datang dari arah dapur dengan membawa sebiji kek yang tertera namanya.

"Happy birthday to Aireena Dania.Happy birthday to you..." habis sahaja lagu itu dinyanyikan,lelaki itu sepantas kilat menghadiahkan sebuah ciuman dipipi Aireena dan melepaskan pelukannya.

Aireena sedikit terkejut apabila mengetahui yang memeluknya tadi adalah adiknya sendiri iaitu Danish.Secara automatik tangan Aireena menampar lembut bahu adik kesayangannya itu.

Air mata milik Aireena juga tumpah kerana tidak menyangka yang dirinya akan diraikan seperti itu selepas meniup lilin yang berada di atas kek itu.Dia juga sudah terlupa akan hari lahirnya memandangkan dirinya terlampau sibuk dengan kerja.

Dia terus memeluk Dhirah kerana terharu.

"Sampai hati kau kan dik?" soal Aireena.

Danish hanya tergelak sahaja.

"Macam mana?Hebatkan Danish berlakon?" soal Danish dengan nada bergurau.

Aireena hanya tersenyum seraya mengangguk.

"Nasib baik akak tak ada sakit jantung tau.Kau tiba tiba peluk akak dan memanggil akak dengan gelaran sayang kenapa?Sudah buat tabiat?" soal Aireena geram.

"Tak salah pun," balas Danish bersahaja.

"Sudah sudahlah dengan keromantisan kau orang berdua tu.Jom lah potong kek,Iman dah tak sabar ni nak makan," celah Iman tiba tiba apabila puas melihat dua beradik itu bergurau.Mereka yang berada disitu hanya sekadar tergelak.

"Alah alah,dia pun nak juga," balas Danish dan terus memeluk Iman yang berada di sebelahnya dan membuatkan yang lain ketawa senang melihat keakraban mereka berdua.

" Weh malulah," marah Iman apabila diperlakukan begitu.Walaupun dirinya itu orang luar namun lelaki yang hanya tua beberapa tahun darinya itu masih melayan dia seperti seorang keluarga.

Selamat hari lahir akak,ucap Aireena di dalam hati.

Tanpa sedar ada seseorang dengan sebuah senyuman yang tidak lekang dibibir sedang memerhatikan setiap kelakuan Aireena dari arah luar kafe.Sejak Danish memulakan lakonannya lagi,seseorang itu sudah memerhatikannya.Seseorang yang telah merancang kejutan tersebut.

....................

SELAMAT HARI LAHIR Adriana!Saya yakin awak sudah bahagia di sana.Terima kasih kerana sudah hadir didalam hidup saya.Maafkan saya kerana masih tidak mampu menerima sepenuhnya tentang kematian awak.Tolong doakan kebahagiaan saya di sini juga,ucap Adrian didalam hati.

Wajah Adriana didalam gambar itu ditatap lama.Senyuman gadis itu yang sentiasa dirinduinya namun telah terubat dengan senyuman sang isteri yang persis senyuman gadis yang telah tiada itu.

Masih terlakar di matanya saat Aireena ketawa dan menangis kerana terharu dan tidak menyangka yang dirinya akan disambut sedemikian rupa.Jelas terpancar senyuman di wajah gadis yang sedikit sebanyak menjentik tangkai hatinya namun masih dinafikan.

"Kamu tidak balik lagi abang?" soal Tan Sri Hashim yang muncul di sebalik pintu.

Adrian hanya sekadar menggelengkan kepalanya.

"Baru nak balik papa," balas Adrian.

"Cinta ada datang rumah semalam," kata Tan Sri Hashim sewaktu meraka berdua singgah di kedai makan yang berdekatan dengan pejabat sebelum pulang ke rumah.

"Cinta nak apa?" soal Adrian.

"Biasalah Cinta tu.Rindu sangat dengan masakan mama kamu.Maklum lah sudah lama dia tidak pulang ke rumah.Sibuk sangat uruskan syarikat di Johor.Jadi bila ada peluang dia ke mari dia datanglah ke rumah.Mama kamu tu pun bila dapat tahu yang Cinta nak datang bukan main gembiralah dia.Semua lauk kesukaan Cinta mama kamu masakan," cerita Tab Sri Hashim.

Adrian mula tersenyum.

"Sayang sungguh mama dengan Cinta," balas Adrian yang tidak menafikan tentang hal yang satu itu.

...................

TELEFONNYA yang berada di atas meja itu terus berbunyi menandakan ada mesej masuk.Mesej yang dihantar oleh Izwan itu dibaca.

Jumpa aku dekat restoran ni malam ni. - Izwan.

Izwan juga turut memberikan lokasi dimana mereka perlu berjumpa malam itu.Dia melemparkna pandangan ke arah pintu bilik Aireena yang tertutup rapat.

Dia ni memang tak nak keluar bilik ke? soal hati Adrian.

"Pandang apa?" soal Aireena yang baru muncul dari tingkat bawah.Adrian hanya sekadar menggelengkan kepala.

"Malam ni saya nak keluar," beritahu Adrian kepada Aireena.

Aireena hanya mengangguk lalu memikirkan tentang sesuatu.

"Saya pun nak keluar juga malam ni," balas Aireena.

Adrian terus memandang ke arah Aireena yang sudah duduk disebelahnya.

"Pergi mana?" soal Adrian serius.

Tidak pernah gadis itu mahu keluar malam.Ini tiba tiba sahaja membuatkan dia berasa pelik.

"Adalah.Sibuk sahaja nak tahu," jawab Aireena bersahaja.

...................

AIREENA melangkah masuk ke dalam sebuah restoran terkenal yang terletak elok di tengah bandar itu setelah berjanji dengan Zahim untuk berjumla disitu.Saat melangkah masuk ke dalam tiada seorang pelanggan pun yang berada di dalam restoran itu dan seolah olah sudah ditempah khas untuk mereka berdua sahaja.

Tiba tiba ada salah seorang pekerja wanita yang menyapa dirinya dan memberitahu bahawa mata gadis itu perlu ditutup dengan sehelai kain dan pekerja itu sendiri akan membawa dirinya ke meja makan yabg telah ditempah ditingkat atas.

Sampai sahaja ditingkat atas,Aireena terus ditinggalkan sendirian dan dengan pantas Aireena membuka ikatan kain tersebut.Dia benar benar terkejut dengan apa yang telah dilihatnya waktu itu.Sebuah meja yang telah dihiasi kelopak bunga mawar merah dan beberapa batang lilin dan dua pinggan makanan ala ala barat sudah terhidang di atas meja.

"Untuk awak," ucap Zahim yang muncul dari belakang Aireena.

"Apa semua ni Zahim?" soal Aireena dengan nada yang masih terkejut dengan kejutan itu.

"Awak sendiri tahu yang saya masih mempunyai perasaan terhadap diri awak Aireena.Jujur saya cakap saya benci melihat awak disakiti oleh Adrian.Saya cukup kecewa bila saya dapat tahu yang awak mempunyai perasaan terhadap Adrian dan bukannya saya," luah Zahim secara tiba tiba.

"Za...Zahim," panggil Aireena secara tergagap gagap.

Zahim mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya sebelum melutut dihadapan Aireena.

"Zahim awak tak boleh buat macam ni," tegur Aireena secara baik.

Kotak kecil berwarna merah itu dibuka dan kelihatan sebentuk cincin bertahtakan berlian di atasnya.

"Nur Aireena Dania!" nama itu bukan kedengaran daripada mulut Zahim namun keluar daripada mulut seseorang yang berada tidak jauh daripada tempat mereka berada sekarang ini.

Aireena sudah menelan air liurnya apabila melihat gerangan yang memanggil namanya itu.

agak agak korang kan siapa Cinta yang sebenarnya dan siapa pula gerangan yang memanggil nama penuh Aireena tu??so bye ii korang tak tau bila lagi miss akan update..stay waiting n happy reading...luv you guys =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience