Completed
152245
AIREENA memandang ke arah kakaknya yang baru sahaja pulang.Alat kawalan jauh yang sedari tadi dipegang diletakkan di atas meja kecil.
"Pergi dating eh?" soal Aireena apabila kakaknya sudah berada di sebelah.
Budak ni macam tahu tahu sahaja aku jumpa siapa tadi,bisik hati Adriana.
"A'aah.Ni akak ada belikan makanan untuk Angah.Jangan lupa makan pula?"
Adriana menghulurkan makanan yang baru sahaja dibeli.Aireena mengambil makanan yang dihulur dan membawa makanan itu ke meja makan.
"Terima kasih." ucap Aireena kepada kakaknya sambil mengangkat makanan itu.Aireena terus bangun daripada duduknya dan berjalan ke arah meja makan.
Tiba tiba Adriana berasa sakit kepala dan pandangannya mula menjadi samar samar.Akhirnya, dia pun pengsan.Aireena yang sedang makan terus menoleh ke arah Adriana yang sudah terbaring di atas sofa.
"Kakak!" panggil Aireena daripada meja makan.
" Reena" Adriana yang baru sahaja sedar daripada pengsan terus memanggil adiknya yang berada disisi.
Aireena memandang wajah pucat kakaknya.
"Aireena,tolong jangan beritahu umi dan abah pasal tadi."
"Tapi.."
Belum sempat ayat Aireena dihabiskan,Adriana cepat cepat memotong.
"Please Aireena.Akak taknak susahkan mereka." Adriana mula merayu.Adriana betul betul berharap agar dirahsiakan tentang apa yang berlaku.
Aireena memandang pelik wajah kakaknya.
"Kakak ada sorokkan sesuatukah daripada pengetahuan Angah?" soal Aireena.
Adriana dapat merasakan saat itu peluh sudah meniti di dahi apabila disoal begitu.
"A..Apa yang Angah merepek ni?" bukan jawapan yang diberikan tetapi sebaliknya soalan yang diajukan kembali.Adriana masih mahu merahsiakan tentang sesuatu.
"Akak pengsan tadi."
"Adrian buat akak mengandung eh?" soal Aireena serkap jarang.
"Aireena!" suara Adriana terus dinaikkan seoktaf.Dia bukan gadis sebegitu.
"Okey lah,angah masuk bilik dahulu.Akak rehatlah." kata Aireena mengalah.
Adriana melihat adiknya yang sudah hilang disebalik pintu.Keluhan berat mula dilepaskan.
"Maafkan akak,Aireena." katanya sendiri.
.....................
HAZEL'S CAFE sering dipenuhi dengan ramai pelanggan.Lebih lebih lagi pada setiap hujung minggu.Kafe yang sudah beroperasi hampir tiga tahun itu diusahakan sendiri oleh Adriana dan Aireena.Berbantukan sedikit modal daripada Tan Sri Hashim iaitu ayah kepada Adrian kini mereka mempunyai kafe sendiri.
Tercetusnya ilham untuk membuka kafe ini adalah kerana ingin membantu pelajar graduasi yang masih belum mendapat peluang pekerjaan yang mereka inginkan dan juga membantu pelajar yang hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
Diambil sempena nama Hadi dan Zelina iaitu abah dan umi mereka sendiri terjadilah Hazel's Cafe.Kini mereka telah berjaya membuka tiga cawangan kafe mereka di sekitar Shah Alam.
"Bos!" Iman melambaikan tangan di hadapan wajah salah seorang bos kesayangannya yang sedang termenung.
"Eh,Iman!" Adriana terus membetulkan duduknya.
"Bos teringat pada abang Adrian ke?" soal Iman.
Iman menarik kerusi di hadapan bosnya itu.Adriana hanya tersenyum kepada pekerjanya yang sudah dianggap seperti adik angkat oleh Adrian,dia dan juga Aireena.
"Kalau dia puluh empat jam akak teringat pada dia,susahlah.Habis semua kerja akak tergendala tau."
"Ini kenapa Iman ada disini?Tidak ada kerja ke?" soal Adriana.
Iman tersengih.
"Nak pergilah ni." Iman menolak kembali kerusi ke dalam
"Perlukah aku memberitahu tentang semuanya kepada Reena?" soal Adriana sendiri.
"Awak perlu melakukan pembedahan.Ini peringkat terakhir untuk kanser yang sedang awak hidapi." Dr. Aira memberitahu keadaan yang dihidapi pesakitnya.
" Tidak mengapa doktor.Tidak perlu melakukan pembedahan ke atas diri saya.Saya sudah tidak lama lagi untuk hidup.Pembedahan itu pun tidak menjamin yang peluang untuk pembedahan itu berjaya adalah tinggi." ucap Adriana berbunyi pasrah apabila mengetahui tentang sakit yang dirinya hadapi beberapa bulan lalu.
Adriana teringat tentang perbualannya bersama Dr. Aira tentang penyakitnya yang sudah berada di peringkat empat iaitu peringkat terakhir.
Aireena hanya memerhati dari jauh.Masih terfikir apa yang cuba disembunyikan oleh Adriana daripada pengetahuannya.
.....................
"HAI,welcome to Hazel's Cafe." sambut Aireena yang berada di kaunter pembayaran apabila melihat seorang pelanggan masuk ke dalam kafenya.
"Boleh saya ambil pesanan?" soal Aireena.
"Just give me one spagetthi carbonara with one hot mocha.That's all."kata Adrian sambil matanya melilau memandang keadaan di sekeliling mencari si dia.
Aireena menggelengkan kepala.
"Kak Riana ada tu ha.Duduk dimeja luar,pergilah."kata Aireena sambil menunjukkan ke arah kakaknya yang masih termenung di luar.Adrian hanya tersengih apabila menyedari 'bakal adik ipar' masih berada di hadapannya.
Adrian membuka pintu keluar lalu berjalan menuju ke arah Adriana yang masih tidak menyedari kehadirannya ke kafe itu.
Adriana terkejut apabila dirinya disertai oleh orang yang benar benar dia kenali.
"Tumbuk nak?" Adriana memarahi Adrian kerana meyergah dirinya.
"Takutnya..Hahahahaha"
Adrian berpura pura takut apabila Adriana menunjukkan sebiji penumbuk ke arah mukanya.Adriana terus menjeling tajam.
"Kenapa datang?" soal Adriana.
Adrian mengangkat sedikit sebelah keningnya.
"Apa punya soalan tu?Saya datang sini sebab nak jumpa owner kafe ni lah." Adrian menjawab soalan dengan memangku rahangnya.
"Pemilik kafe ini ade dua orang.Seorang kakak dan seorang lagi adik.Mana satu?" Adriana pura pura bertanya.
Adrian mengecilkan matanya tanda geram apabila Adriana membuat penjelasan tanda tidak tahu siapa yang dia maksudkan.
"Hmm.Saya nak jumpa yang tinggi ala ala tinggi saya ni.Kulit dia putih dan cerah,cantik dan manis apabila dipandang.Tapi dua dua ada ciri ciri tu?" Adrian mula berfikir.
"Tak mau kawan." kata Adriana.
Adrian tergelak kecil apabila melihat tunangnya merajuk.Haih..Merajukkah,marahkah tetap cute.Manalah aku tak jatuh hati pada dia,bisik hati Adrian.
"Ni one spagetthi carbonara with one hot mocha and one ice mocha,siap." Aireena yang membawa pesanan Adrian meletakkan makanan dan minuman di atas meja.
"Wait.Kenapa ada ice mocha?Saya hanya pesan one hot mocha sahaja,tidak ada pula saya pesan one ice mocha kan?" soal Adrian apabila melihat segelas ice mocha di atas meja itu.
"Ice mocha untuk akak,awak belanja!Takkan nak dating tapi awak seorang sahaja makan dan minum kan,betul tak? Aireena memberikan jawapan.
Adriana tersenyum melihat adiknya itu.Dia mengangkat kedua dua ibu jarinya dan ditunjukkan kepada Aireena yang baru sahaja ingin melangkah.
Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik.
Share this novel