Bab 3

Romance Completed 152232

AIR mata yang tidak mampu ditahan akhirnya keluar membasahi pipi seperti tangki air yang pecah.Sungguh perit untuk dirinya menerima berita yang baru sahaja disampaikan oleh kakaknya.

Kenyataan yang perlu dia terima bahawa kakaknya itu mempunyai kanser iaitu barah otak yang sudah berada di peringkat terakhir.

"Kenapa kakak tipu angah?Selama ini kakak cuma cakap yang kakak sihat sahaja.Kenapa akak perlu tanggung semua sakit ni sendiri?" soal Aireena tidak percaya.

"Akak minta maaf.Kakak ada sebab tersendiri kenapa akak tak ceritakan penyakit akak pada sesiapa pun.Kakak tidak mahu melihat sesiapa pun menangis kerana akak termasuk adik perempuan akak ni." Adriana cuba memujuk adiknya.

"Adrian tahu tentang semua ni?" soal Aireena.

Adriana hanya menggeleng.

Aireena meraup wajahnya dan mengambil telefon pintar dan tas tangan yang berada di sisi sebelum keluar daripada bilik.Dia juga sempat mengambil tudung bawal yang di sangkut di belakang pintu.

Adriana segera mengejar langkah adiknya.

"Angah,akak merayu.Jangan bagitahu dia please.." Adriana sempat merayu sebelum pintu rumah dibuka.Aireena terus merentap tangan kanannya daripada terus dipegang.

.....................

SUASANA yang cukup mendamaikan ketika itu tidak mampu untuk menenangkan fikirannya yang sering memikirkan tentang berita yang baru dia dengar.

" Kenapa akak?Kenapa?" soal Aireena sendiri.

Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa kakaknya Nur Adriana Damia yang dilihatnya kuat daripada luaran tetapi mempunyai penyakit yang serius.

"Assalamualaikum Adrian.Awak di mana?" soal Adriana apabila panggilannya dijawab.

"Waalaikumussalam.Ada dalam bilik ni,kenapa?" balas Adrian di hujung panggilan.

Adriana yang setia mendengar jawapan menarik nafas lega.Walau apa pun yang berlaku Reena tetap menjaga rahsia ku itu.Alhamdulillah.

"Okey lah,saya letak dulu.Assalamualaikum."

"Adriana nan.."

Adrian terus menghentikan percakapannya apabila Adriana terlebih dahulu menamatkan panggilan.

.....................

SELEPAS puas menangis seorang diri,Aireena mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Jam menunjukkan tepat ke angka sebelas malam.Walauoun hati masih terasa tetapi dia tetap merisaukan keadaan kakaknya yang seorang diri di rumah.

"Angah!" Adriana menapak ke arah Aireena yang berada di muka pintu.

"Angah nak tidur.Jangan ganggu angah." hanya mendatar sahaja suaranya.Adriana tahu adiknya itu masih tidak boleh menerima apa yang di sampaikan.

Sampai sahaja di bilik Aireena terus menanggalkan tudung yang di pakai.Sungguh,dia terlalu penat untuk menangis.

Aireena meraup wajahnya menggunakan kedua dua belah tapak tangan.

Di luar,Adriana hanya memerhatikan adiknya di sebalik pintu yang dibuka kecil.Tanpa sedar air matanya terus mengalir dipipi.

Maafkan akak...

Pagi yang indah.Hari baru untuk memulakan langkah.Dia berharap apa yang disampaikan oleh kakaknya malam tadi hanya sekadar mimpi.Mimpi ngeri yang tidak akan pernah terjadi dalam hidupnya.Tetapi dia tahu,dia hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk melawan takdir yang telah diatur sebaiknya oleh pencipta.

Aireena tersentak apabila menyedari ada seseorang memegang bahunya."Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.Eh,Dhirah!" Aireena memandang ke arah seorang wanita yang cukup elegant di hadapannya.

Adat orang perempuan jika sudah lama tidak berjumpa mestilah berpelukan.Begitu juga dengan mereka.Hampir empat tahun mereka tidak bersua muka,pasti begitu banyak benda yang ingin dikongsi.

"Rindunya pada bff aku yang seorang ini.Eh,engkau seorang sahajakah yang berada di kafe?!Mana Riana?" soal Dhirah yang sudah duduk berhadapan dengan Aireena.

"Itulah kau.Belajar lagi jauh jauh.Ni aku seorang sahaja di kafe.Akak waktu weekend sahaja dia berada di kafe ni." kata Aireena.

Selepas pesanan yang dipesan sampai,mereka berdua menyambung lagi perbualan.

"Engkau bila lagi?" soal Dhirah tiba tiba.

Aireena yang tidak faham dengan soalan yang diberikan pula menyoal."Maksud kau?"

"Iyealah,Riana memang sah sah sudah ada Adrian,tinggal nak langsung sahaja.Tapi engkau tu bila nak ada pilihan hati?"

Aireena hanya menjongkit bahu.Dhirah yang melihat hanya menggeleng.

"Engkau ni memilih sangat.Ramai sahaja lelaki yang nak dekat engkau waktu zaman uni dulu.Bersusun tau yang teringin,tetapi engkau sahaja yang jual mahal." kata Dhirah mengungkit cerita dahulu.

"Aku ingat lagi mamat sotong yang cuba dekat dengan kau dulu.Bersungguh sungguh tahu dia nak dapatkan engkau tapi kau sebelah mata pun tak pandang." tambah Dhirah lagi.

Dhirah memandang wajah sahabatnya yang kelihatan sudah berada didunianya sendiri.

"Reena,kau dengar tak?" soal Dhirah.Tangannya dilambaikan di hadapan wajah teman baiknya.

"Aku dengarlah.Engkau ni tidak baik tau cakap dia macam tu.Dia bukanlah sotong tetapi dia cuma pemalu sahaja.Takut nak tegur orang.Tetapi sekarang sudah tak macam dulu lagi kalau engkau jumpa dia pasti engkau tidak percaya dengan apa yang mata kau lihat." ujar Aireena.

Bersungguh sungguh Aireena membela lelaki itu.

"Engkau ni macam pernah jumpa sahaja dengan Zahim tu?Berbakul bakul engkau bela dia." Dhirah memberikan soalan cepu emas kepadanya.

Aireena hanya tersenyum dan mengangguk.

"Aku terserempak dengan dia dua hari yang lepas.Dia yang tegur aku.Dan kalau kau nak tahu aku hampir hamoir tidak dapat mengecam wajah dia .Gaya dia pun dah berubah."

Dhirah menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita yang disampaikan.

.....................

"AIREENA DANIA?" tegur seseorang.Aireena yang pada waktu itu sedang makan di luar kafenya memandang ke arah datangnya suara itu.Aireena membuat muka oelik apabila otak tidak dapat memproses siapa lelaki di hadapannya itu.

" Awak tidak ingat siapa saya?" pemuda itu meneka.

Aireena dengan muka yang blur hanya menggeleng kepala.Handsome,hanya itu sahaja yang terlintas difikirkannya masa itu.

Baju kemeja berwarna biru navy yang lengannya dilipat hingga ke siku menunjukkan bahawa lelaki itu bekerja di syarikat besar..

Pemuda itu tersenyum.

"Saya Zahim." pemuda itu memperkenalkan diri.

"Zahim mana ya?Saya rasa dalam senarai nama kawan kawan saya tidak ada pula nama Zahim dan saya pun tidak ada ramai kawan lelaki." soal Aireena.

"Boleh saya duduk?"

Aireena menepuk dahinya sebelum mengangguk.Zahim menarik kerusi dihadapannya.

"Awak tidak ingat ke pada mamat sotong yang kejar awak dahulu?" soal Zahim lagi.

Aireena mula memproses sistem data otaknya..Ramai yang kejar aku dahulu..Haish dia suruh otak aku berfikir pula,desis hati Aireena.

Apabila dia sudah dapat mengingati 'mamat sotong' yang dikatakan dia mula tersenyum.

"Awak ke Zahim a.k.a mamat sotong yang budak budak universiti panggil dahulu?" kali Aireena pula menyoal untuk kepastian.Lainnya penampilan dan wajah dia.

Zahim ketawa apabila Aireena menyoalnya begitu.Dia hanya mengangguk.

"Tapi..Itu dahulu.Sekarang ni tiada lagi sotong macam yang mereka katakan."

Aireena mengangguk.Kalau dahulu pakaiannya seperti budak skema tetapi sekarang dengan kemeja yang tersarung ditubuhnya itu menampakkan lagi kekacakkanya.

Sebelum pulang ke ofis,Zahim sempat meminta nombor telefon Aireena.

"Kau biar betul Reen?"

Dhirah terus menyoal kerana tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Aireena.

"Aku tidak menipu lah Dhirah.Dia memang sudah lain.Handsome tau sekarang."

Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience