Completed
152232
HAMPIR sebulan Adrian cuba untuk mengelak daripada berjumpa dengan Aireena.Apabila gadis itu berada di luar bilik pasti dia akan berkurung di dalam bilik tidurnya atau berada di dalam bilik kerjanya di tingkat bawah.Apabila gadis itu sudah masuk ke dalam bilik barulah dia akan kelaur dan menonton televisyen.Tetapi bukan dia yang menonton televisyen sebaliknya televisyen yang menonton dia yang asyik termenung.
Saat ini Adrian buntu.
Dia cuba untuk melupakan Adriana tetapi dia akui bukan mudah untuk dia membuang segala kenagan antara dia dan gadis itu yang telah menajadi orang pertama yang singgah dihatinya.Raut wajah Aireena menambahkan lagi rasa rindu dia kepada gadis yang telah tiada itu.
"Temenung?"
Aireena memberanikan dirinya untuk menegur Adrian yang masih tidak menyedari kedatangannya di situ.
Adrian yang tersedar terus sahaja bangun daripada sofa dan melangkah menujun ke biliknya yang berada bersebelahan dengan ruangan keluarga itu.Tetapi belum sempat tangannya memulas tombol pintu Aireena pantas bersuara.
"Sampai bila awak nak jadi seperti ini?" soal Aireena dengan wajah yang serius.
"Maksud awak?" adrian pula menyoal seolah olah tidak memahami maksud di sebalik pertanyaan daripada Aireena.
"Kenapa awak cuba mengelak daripada berjumpa dengan saya?Saya lihat sejak saya berpindah ke dalam rumah ini awak selalu dengan dunia awak." Aireena menyoal lagi.Adrian pula saat itu sudah buntu memikrkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada gadis itu.
"For your information encik Emir Adrian,awak hanya kehilangan seorang tunang sahaja tau.T-U-N-A-N-G!Sepatutnya saya yang lebih bersedih atas pemergian kembar saya.Saya ni darah daging dia,kami sudah berkongsi satu rahim yang sama,kami berdua adalah kembar yang selalu kalau ada masalah kami share berdua dan yang paling awak patut tahu kami membesar sama sama..." kata Aireena dengan nada yang mendatar.
"Tetapi kenapa saya tidak menunjukkan kesedihan saya?Awak nak tahu sebab apa?sebab saya tahu dan saya percaya Allah akan meletakkan kembar saya itu disisiNya dan bersama orang orang yang beriman..."tambahnya lagi.
Saat itu Adrian sudah terdiam.Tiada apa yang mampu keluar daripada mulutnya untuk membahaskan apa yang diperkatakan oleh Aireena.Dia hanya melihat Aireena yang sudah berpatah balik masuk ke dalam bilikk tidurnya,.
Itulah Aireena daripada dahulu hingga sekarang mudah sangat untuk marah jika amarahnya itu tidak lagi mampu ditahan berbeza pula dengan Adriana yang tidak cepat melenting dan kadangkala lebih matang daripada yang di sagka.Tetapi kedua duanya mempunyai persamaan daripada segi raut wajah yang sama, pilihan makanan dan kedua duanya tampak sangat ceria.Jadi tidak hairanlah jika ada yang kata mereka tidak pernah melihat sepasang kembar itu bersedih ataupun mereka tertukar nama pasangan kembar itu.
Aireena termenung sendiri di dalam bilik tidurnya.Saat itu dia benar benar memerlukan Adriana di sisinya dan kerana itu membuatkan perasaan rindu terhadap kembarnya semakin bertambah.
Aireena terus mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas katil dan terus mendail nombor telefon sahabatnya namun hampa panggilannya tidak bersambut.Kalim ketiga barulah Dhirah mengangkat panggilannya.
"Assalamualaikum.Engkau busy kah?"
"Waalaikumussalam.Tidaklah harinikan aku cuti.Kenapa?" soal Dhirah pula.
"Kita berjumpa jom?Tempat biasa."
Aireena terus menamatkan panggilannya sejurus selepas mendapat persetujuan daripada kawan baiknya itu untuk berjumpa dengannya selepas waktu zohor.
Share this novel