Completed
152232
IZWAN memandang wajah Iman sewaktu pemuda itu menghantar pesanan di mejanya.Dia terfikir fikir patutkah dia menanyakan soalan yang daripada tadi bermain di fikirannya.
"Siapa perempuan dengan Aireena tu?" Izwan memulakan sesi soal jawab selepas beberapa minit dia berfikir.
Adrian pula hanya memasang telinga mendengar perbualan di antara dua lelaki di hadapannya saat itu.Tidak memasang niat untuk masuk campur.
"Itu akak Dhirah,dia bff dengan kak Aireena.Kenapa abang tanya?Abang minat eh dekat akak tu?" Iman menaikkan kedua dua keningnya beberapa kali.
"Hadhirah Sofea binti Alias?" Izwan sedikit menjerit sewaktu dia ingin memastikan yang tekaan dia tepat.Habis semua pelanggan di dalam kafe itu memandang ke arahnya termasuk gadis yang memiliki nama itu.
"Encik panggil sayakah?" soal Dhirah walaupun daripada jauh.
Sudahnya Izwan termalu sendiri dengan tingkah lakunya.Para pelanggan yang memandang ke arahnya sebentar tadi telah kembali dengan aktiviti mereka.
Adrian yang berada di hadapan mata sedaya upaya menutup mulut daripada menghamburkan gelaknya.Izwan hanya berlagak tenang walaupun sebenarnya di dalam hati lelaki itu sudah berkocak hebat.
"Sorry..." hanya itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut Izwan ketika itu.
Amboih dia ni!Ingat orang tidak nampakkah yang dia sudah mahu bantai gelak kat sini jugak.Konon menahan...marah Izwan dalam hati.Lelaki itu terus mencebikkan bibir.
Iman yang tidak tahu tentang apa apa segera angkat kaki.
Dhirah memandang ke arah rakan baiknya.
"Siapa tu?Bagaimana dia boleh tahu nama penuh aku?" Dhirah terus menyoal.
"Kawan baik Adrian."
Wait...Who?
"Danial Izwan bin Darus a.k.a bff sampai mati Adrian.Engkau pernah minat pada dia kan sewaktu sekolah menegah dulu?" tambah Aireena lagi apabila dia melihat rakan baiknya itu masih terkebil kebil.Sambil menjelaskan sempat lagi Aireena mengusik temannya.
Dhirah pula terus tersipu sipu malu.
"Mana ada!" Dhirah cuba menafikan tentang perkara itu.
Aireena tergelak kecil."Beb,orang lain engkau bolehlah nak kelentong.Tapi maaf...Bukan aku.Seluas mata engkau memandang aku sudah tahu yang engkau sukakan dia sebab aku selalu sahaja nampak engkau tidak habis habis pandang dia sewaktu di dalam kelas dahulu."
Ceh!Kalau sudah namanya Nur Aireeena Dania anak kepada Encik Hadi,memang tidak adalah yang mampu dia sorokkan daripada gadis itu.Walau dia cuba sorokkan dengan pelbagai cara sekali pun pasti gadis itu akan ketahuan juga.See,sudah terbukti pada hari ini.
"Alah engkau nampakkah?Benci ah macam ni.." Dhirah pura pura merajuk.
Aireena ketawa seraya mengangguk.
...................
DI PEJABAT,Izwan terus duduk di dalam bilik ofis yang tertera jawatan dan nama Chief Executive Officer,Muhammad Emir Adrian.Di dalam itu juga,Adrian terus menyambung ketawanya dari dalam kereta tadi.
"Gelak!Ha...Gelaklah puas puas selagi engkau boleh gelak." marah Izwan kepada bosnya itu.
Adrian terus memberhentikan ketawanya secara automatik.
"Merajukkah kawan baik aku yang seorang ni?" soal Adrian.
Izwan...Izwan macam perempuan sungguh,kata hati Adrian.Izwan terus menjeling tajam.
"Engkau perlu tolong aku." Izwan terus meminta tolong daripada Adrian hingga membuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya.
"Dapatkan nombor telefon Dhirah.Please!" tambah Izwan lagi.Ketika ini dia sudah seperti anak kecil yang menginginkan sebuah robot daripada seorang ayah.Terbit rasa kasihan kepada rakannya yang sudah merayu rayu itu.
"Engkau mahu cari dimana?" soalan kurang bijak dikeluarkan.Mata Izwan mula bersinar sinar.
"Isteri engkaulah.Sah sah lah yang mereka berdua itu bff.Hashtag till jannah tau." Izwan siap menunjukkan tanda pagar menggunakan jari telunjuk dan jari hantu kiri dan kanan yang telah dicantumkan kepada Adrian.
"Tengoklah nanti." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Adrian.Fail fail yang masih berada di atas meja kembali disemak.Izwan kembali memasamkan muka.
"Engkau mesti nak tengokkan kawan baik kau ni mendirikan masjid.Boleh eh?Please..,!" Izwan masih lagi memujuk.
"Yalah." akhirnya Adrian mengalah dan bersetuju untuk membantu rakan baiknya itu.
Wajah Izwan kembali bercahaya.Dia tahu yang kawan baiknya itu boleh diharapkan.
"Macam nilah baru brotherhood.Terima kasih Rian.Engkaulah sahabat dunia dan akhirat aku."
Adrian hanya angguk kepala.
"Sudah lah.Engkau ni tidak ada kerjakah?Bertenggek sahaja di sini." soal Adrian pelik.Izwan tersengih.
"Saya pergi buat kerja dahulu ya bos." Izwan terus menggunakan perkataaan formal.
Share this novel