Bab 10

Romance Completed 152245

PINTU bilik ofisnya dibuka dari luar.Sudah lama dia tidak msuk ke dalam ofisnya itu.Tidak sampai beberapa minit dia masuk,pintunya telah dibuka dari luar.Terpampang wajah Izwan sahabat baiknya merangkap pegawai di bahagian IT di dalam syarikat terkemuka itu.

"Hai bro,sudah dapat isteri cantik pun masih duduk termenung?" Izwan menyoal sambil tersenyum sewaktu melangkah mmasuk ke dalam pejabat Adrian.

"Riana lagi lawa!" hanya itu sahaja jawapan yang diberikan.Izwan terus terdiam apabila bosnya berkata begitu.

"so how life after married?" soal Izwan ingin tahu.

Adrian menjungkit bahunya."Biasa sahaja.Engkau nak apa masuk ke dalam bilik aku ni?"

"Tidak ada apa.Kerja aku sudah settle so aku datanglah sini melawat pengantin baharu."

Izwan sengaja mengusik.Adrian yang tidak sibuk pada waktu itu hanya menjeling tajam orang di hadapannya.

"Aku suruh papa bagi kau banyak kerja baru tau." Adrian pula mengusik.Izwan yang mendengar terud mebulatkan mata.

"Engkau jangan eh.Engkau ni kenapa masuk lambat?"

Izwan sempat memberi amaran sebelum bertanya.

"Ada meeting dengan client di luar tadi.Itu yang aku masuk lambat sikit." jawab Adrian.

Selepas sahaja Izwan keluar daripada biliknya,mata Adrian terus tetancao oada sebingkai gambar kenangan dia dan Adriana yang diletakkan di atas meja kerjanya itu.Dia mengambil gambar tersebut.

Kenapa begitu cepat sangat awak pergi meninggalkan saya Riana?Macam mana saya ingin meneruskan kehidupan saya tanpa awak?soal hatinya sewaktu merenung gambar tersebut.

Tanpa sedar Tan Sri Hashim sudah lama menunggu di hadapan pintu pejabatnya.Kerana tidak mahu menganggu anaknya ,Tan sri Hashim kembali menutup pintu.Niat untuk membincangkan tentang tender bersama Syarikat Maju Jaya Bestari Holdings ditangguhkan dahulu apabila melihat anaknya itu seperti memerlukan masa untuk sendiri.

...................

PENAT melayan pelanggan yang tidak putus putus masuk ke dalam Hazel's cafe,Aireena terus mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik ofisnya.

Dia melabuhkan punggung di kerusi empuk miliknya.Tidak tahu ingin membuat apa,kakinya terus melangkah ke arah meja kerja Adriana yang berdekatan dengan meja kerjanya.Saat ini dia benar benar merindukan gelak tawa gadis itu.Dia kembali ke mejanya selepas beberapa minit berada di meja kerja kakaknya.

Adriana merenung gambar yang telah dibingkaikan yang diambil di atas meja kerjanay.Gambar yang dirakam sewaktu Hazel's cafe secranya rasminya dibuka.Di dalam gambar itu jelas kelihatan wajah Encik Hadi,Puan Zelina,Aireena,Adriana dan Danish tersenyum ceria di hadapan kafe itu.

"Alhamdulillah.Tercapai juga hasrat kita untuk buka Hazel's Cafe ni kan?" soal Adriana kepada Aireena dengan wajah yang jelas terpancar keceriaan.

"Itulah...Walaupun kita masih belajar tetapi kita tetap dapat buka cafe ni." balas Aireena gembira.

Mereka kedua duanya memanjatkan rasa syukur apabila kafe ni berjaya dibuka.

Hari pertama kafe ini dibuka pelanggan tidak putus putus nasuk membawa rezeki ke dalam kafe mereka sehingga sekarang.Dia akan memastikan yang hazel's Cafe akan tetap beroperasi kerana itu adalah janji yang dibuat oleh mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience