Completed
152245
"KAMU bila balik?" soal Tan Sri Hashim.
"Papa ni nak halau Adrian ke?" soal Adrian dengan nada gurauan.Wajah lamanya di hadapan mata dipandang.
"Bukan papa nak menghalau.Tapi kamu tu dah lama sangat tak balik ke sini.Jadi papa nak tahu kamu akan bermalam disini lagi atau pun tidak?" jawab Tan Sri Hashim.
Adrian hanya menggeleng.
"Tak lah pa.Esokkan dah kerja so Rian perlu balik harini jugak." kata Adrian.
"Alah abang...Duduk lah sini beberapa hari lagi.Adik dah lama tau tak bermanja dengan abang sejak abang dah kahwin ni." celah Eisha di sisinya.
Tangan Adrian dipeluk.Adrian melihat wajah adiknya disebelah.
Ada lah tu nak minta apa apa,kata hati Adrian.
"Nak apa cakaplah." kata Adrian kepada adiknya.Eisha sudah tersenyum senyum.
"Mana ada nak apa." Eisha pura pura menafikan kerana takut permintaannya akan ditolak oleh abangnya.
Adrian mengerutkan dahi.Tan Sri Hisham pula hanya memasang telinga kerana dia sudah tahu apa yang anak bongsunya itu mahukan.
"Betul ni?Kalau tak mahu cakap tak mengapa.Abang tak kesah." kata Adrian.Dia kurang percaya yang adiknya itu tidak mahukan apa apa daripadanya kerana setiap permintaan yang adiknya inginkan perlu diberitahu kepadanya dahulu.
Alamak kalau aku lepas kan peluang ni bila lagi aku nak minta daripada abang?Aduh,ni ada papa sekali minta jelah,omel Eisha di dalam hati.
"Wahai abang ku yang kacak lagi kan handsome..." puji Eisha tiba tiba.
"Ha ni kenapa tiba tiba puji pulak?" soal Adrian pelik.
"Adik nak bawa kereta sendiri pergi kolej boleh?" soal Eisha pula.Eisha membuat wajah secomel yang boleh.
"Tak boleh!"
Automatik permintaan adiknya ditolak mentah mentah oleh si abang.
Eisha sudah memandang wajah Tan Sri Hashim yang leka membelek surat khabar.Tan Sri Hashim yang perasan dirinya diperhatikan terus melipat surat khabar itu dan meletakkannya di atas meja.
"Biarlah adik bawa kereta sendiri.Dia kan sudah mempunyai lesen." celah Tan Sri Hashim.
Eisha mula tersenyum kemenangan apabila papanya menyokong keputusan yang dibuat olehnya.Adrian memandang wajah adiknya tidak puas hati sebelum pandangan dialihkan ke arahnya papanya.
"Tapi papa adik ni bukan boleh percaya sangat.Dibuatnya terjadi apa apa diluar sana nanti bagaimana?Papa tak ingat ke sebelum ni adik bawak kereta sampai melanggar kereta orang lain?" Adrian cuba mengungkit kisah lama.
Eisha mula kaget.Alamak dia ungkit kisah lama pula...Tipis lah peluang aku lepas ni nak membawa kereta sendiri,kata hati Eisha.Eisha mula melihat wajah Tan Sri Hashim yang mula berubah.
"Tak apalah abang.Waktu tu baru adik baru saja dapat lah.Lagipun apa gunanya jika ada lesen memandu tetapi tidak pernah memandu.Betul tak adik?" kata Tan Sri Hashim.
Eisha mula tersenyum apabila Tan Sri Hashim masih menyokong keputusannya.Wajah masam si abang di sebelah dipandang.Eisha menelan air liur apabila melihat wajah Adrian yang seakan akan tidak berpuas hati dengan dirinya.
"Okey, adik boleh bawak kereta." Adrian terus mengalah apabila papanya masih lagi menyokong keputusan adiknya.
"Yeay...terima kasih abang dan papa.I love you guys so much." ucap Eisha teruja.Dia terus memeluk Adrian dari sisi.
"Tapi ada syarat." kata Adrian tiba tiba.
Eisha mengerutkan dahinya.Main syarat pula abang aku ni...
"Apa dia?" soal Eisha.
"Setiap kali adik keluar ke mana mana perlu beritahu abang.Dan kalau sudah sampai ke tempat yang adik nak pergi perlu bagitahu abang." jawab Adrian.
Senang je syaratnya tu,omel Eisha lalu terus mengangguk tanda dia bersetuju.
....................
"MACAM mana hubungan kamu dengan Adrian?" soal Puan Sri Malia kepada menantunya sewaktu mereka berada di dapur.
"Okey sahaja." jawab Aireena yang sedang membancuh air di dalam jug.
"Okey sahaja?Sudah lapan bulan kamu berdua berkahwin.Takkan masih belum berisi?" soal Puan Sri Malia.
Air yang sudah siap dibancuh terus diletakkan di atas meja makan.
Aireena memandang ke arah wajah ibu mertuanya.
"Belum ada rezeki lagi mama." jawab Aireena acuh tak acuh.
Puan Sri Malia terus berjalan me arah menantunya yang sudah berada di meja makan.
"Reena maafkan anak mama ya kalau dia ada buat salah dengan Reen.Reena pun tahu kan macam mana sayangnya Adrian tu pada arwah kakak Aireena dulu." kata Puan Sri Malia sambil tersenyum.
Aireena membalas senyuman itu."Aireena tahu tentang tu mama.Lagipun Adrian tak pernah berbuat salah pada Aireena selama kami berkahwin."
"Aireena pergilah panggil papa,Adrian dan adik makan." kata Puan Sri Malia.
Aireena hanya menurutkan sahaja lalu mengatur langkah ke arah ruang tamu yang tidak berapa jauh daripada dapur itu.
...................
"AWAK sedang fikirkan apa tu?" soal Izwan kepada si buah hati yang sedari tadi seperti sedang memikirkan sesuatu.
Dhirah terus sahaja mengeluh.
"Saya geram tahu tak dengan sepasang halal couple ni." kata Dhirah tiba tiba.
Izwan menjungkit sebelah keningnya." Maksud awak Adrian dan Aireena ke?"
Si gadis hanya mengangguk.
"Kenapa?" soal Izwan.
"Saya yakin Aireena sudah jatuh hati kepada Adrian.Tetapi dia tak nak mengaku dan tak yakin dengan perasaan dia sendiri." jawab Dhirah.
"Jadi sekarang ni kita sedang memikirkan tentang pasangan yang sama dan merisaukan tentang hubungan pasangan yang sama." kata Izwan tiba tiba.
"Apa maksud awak?" soal Dhirah.
Keluhan kecil terbit dari celahan bibir Izwan.
" Macam awak.Saya juga yakin yang Adrian sudah mempunyai perasaan sayang dan cinta kepada Aireena tetapi dia sendiri menafikan perkara tu dan dia langsung tak nak mengaku." luah Izwan.
"Kenapa dia tak nak mengaku?" soal Dhirah lagi.
"Alasan dia,dia tak nak menduakan cinta arwah Adriana.Masalahnya sekarang ni,itulah apa yang arwah Adriana mahukan.Arwah nak orang yang dia sayang menyayangi dan mencintai adiknya seikhlasnya." kata Izwan.
Dhirah hanya mengangguk tanda mengiakan kata kata si buah hati.
Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik. -Maaf sebab dah lama miss tak update chapter baru untuk novel ni guys..tq sudi baca n tunggu untuk chapter terbaru ni... love you guys >3
Share this novel