Bab 37

Romance Completed 152245

AIREENA berlari lari anak ke arah Zahim yang sabar menunggu di hadapan pintu masuk sebuah pusat membeli belah di tengah ibu kota.

"Bha...!" Aireena menerpa ke arah Zahim yang seakan akan tidak menyedari kehadirannya disitu.

"Uish,takutnya...Awak ingat saya tak perasan awak dah sampai?" kata Zahim sambil tergelak kecil.

Aireena terus berpeluk tubuh sambil matanya dikecilkan sewaktu memandang lelaki itu tanda geram.

"Ish,sudahlah.Jom masuk," balas Aireena sambil kakinya sudah melangkah ke arah pintu masuk pusat membeli belah itu.

Perangai Aireena yang seakan akan budaj kecil itu sesikit sebanyak mencuit tangkai hati Zahim yang sudah sedia terbuak untuk gadis itu.Zahim terus mengejar langkah Aireena dari belakang.

"Merajuk ke puan Aireena?" soal Zahim apabila dapat mengejar langkah gadis itu.

Soalan Zahim hanya dibiarkan sepi.

Baru sahaja mereka berdua masuk ke dalam beberapa buah butik pakaian,langkah mereka berdua terus serentak berhenti apabila secara tidak sengaja bertembung dengan seseorang yang tidak disangka sangka akan bertemu disitu.

Sepasang anak mata Aireena bertembung dengan sepasang mata milik Adrian yang memandangnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan.Zahim pula hanya memandang mereka berdua silih berganti.

Habis kau Zahim.Banyak banyak tempat sini juga lah tempat dia pergi,kata hati Zahim.

Adrian pula sudah menggenggam kedua dua penumbuknya tanda menahan amarah yang tiba tiba muncul buat kedua pasangan itu.

"Hai,Adrian!" sapa Zahim apabila dia dapat merasakan ada bahang di antara mereka berdua.Mata Adrian secara automatik memandang ke arah orang yang menyapa dirinya.

"You cantik tak baju ni?" soal Cinta yang tiba tiba datang dari sebuah butik pakaian yang terdapat di sisi mereka dengan sehelai baju di tangan.

Tiga pasang mata yang terdapat di situ terus memandang ke arah Cinta yang sudah berada dekat disisi Adrian.

Entah apa yang difikirkan,tangan cinta itu terus digenggam oleh Adrian dan menarik Cinta untuk mengikutnya.Cinta yang tidak tahu apa apa itu hanya membiarkan sahaja tangannya dipegang dan terus mengembalikan baju itu di sebuah rak yabg berada di dalam butik itu.

Mata Aireena sudah membulat apabila melihat aksi mesra mereka berdua.

"Seriuslah?" soal Aireena sendiri.Zahim pula sudah tercengang melihat perlakuan Adrian yang selamba memegang tangan wanita lain dihadapan isterinya sendiri.

....................

"SIAPA TU?" soal Cinta apabila mereka sudah menjauh daripada tempat Aireena dan Zahim berdiri.

"Wife," hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Adrian.

Cinta mula mengerutkan dahi."Kenapa tak kenalkan pada I?" soal Cinta lagi.

"You tak perlu kenal kot.Esok atau lusa mungkin I akan bercerai dengan dia," sekali lagi perkataan 'Cerai' keluar daripada mulut lelaki itu.

Egonya seorang Adrian.Betul kata Izwan,Adrian memang ego dengan perasaan dia sendiri.

"Hati hati tau," tiba tiba sahaja Cinta menasihatinya.

Kedua dua kening Adrian sudah berpaut.

"Maksud you?" soal Adrian tidak faham.

"Hati hati dengan kata kata you.Jangan disebakan rasa amarah dan cemburu yang tak mampu you kawal,you hilang orang orang yang you sayang." nasihat Cinta.Tangan lelaki itu digenggam lembut.

Kata kata Cinta sedikit sebanyak menyedarkan Adrian.Sayangkah pada dia?soal hati Adrian.

...................

"Awak kenal ke dengan perempuan yang bersama Adrian tu?" soal Zahim apabila dia dapat melihat wajah tidak puas hati Aireena yang muncul sejak kejadian tadi.

Aireena hanya menggelengkan kepala.

" Kalau saya nak balik dulu boleh?Saya rasa penat," soal Aireena tiba tiba.

Zahim hanya mengangguk tanda mengiakan.Aireena terus bangun daripada kerusi dan melangkah meninggalkan Zahim sendirian di dalam restoran itu.

Kereta yang dipandu terus memasuki kawasan yang menempatkan sebuah tasik yang tidak ramai pengunjung waktu itu.Aireena terus mematikan enjin kereta yang sudah terparkir di ruang memakir jenderaan sebelum keluar meninggalkan keretanya dan berjalan ke arah tasik yang berada agak jauh daripadanya.

Air tasik yang tenang itu dipandang.Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan perasaannya ketika itu.

"Argh...!" Aireena terus menjerit dengan harapan dapat mengeluarkan segala rasa yang terbuku dihati selama dia menjadi isteri kepada lelaki yang mencintai kakaknya.

Air mata beriringan tumpah dengan suara jeritannya.Air mata yang penuh dengan segala masalah dan rasa yang tidak mampu ditafsirkan.

Zahim yang tidak senang melihat keadaan Aireena terus mengikut ke mana Aireena pergi dan mengawasi gadis itu dari jauh.Dengan matanya sendiri,dia dapat melihat betapa sayangnya gadis itu kepada sang suami yang tkdak pernha mengakui tentang perasaannnya.

Aku akan jaga kau Aireena Dania,kata hati Zahim.

Assalamualaikum n hai awak awak semua.Maaf sebab buat awak semua tertunggu tunggu untuk chapter yang terbaharu.Btw saya tak tahu lah chapter kali ni seronok atau pun tak so please komen oke...luv you guys >3

Share this novel

Nora Muhamad
2021-08-27 17:54:08 

Tak sabar nak baca next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience