Bab 32

Romance Completed 152245

"AKAK siapa dengan abang Adrian tu?" soal Iman ingin tahu.

Aireena hanya menjungkit bahu.Dia hanya memerhati kemesraan diantara mereka berdua.Aireena memandang ke arah Dua gelas air yang berada di atas dulang yang berada ditangan Iman.

"Air siapa ni?" soal Aireena.

"Abang Adrian dengan akak tu." balas Iman.

" Akak nak hantar." kata Aireena.

Dengan teragak agak Iman memberikan dulang tersebut kepada Aireena.Iman hanya memerhatikan langkah bosnya yang sudah menghampiri meja Adrian.

Adrian memandang wajah Aireena sewaktu gadis itu meletakkan air yang dipesan di atas meja.Aireena tidak menghiraukan langsung pandangan Adrian.Dia buat buat tidak mengenali lelaki itu.

Aku ingat dia dah balik?soal Adrian sendiri.

"Adrian." tegur Cinta apabila melihat lelaki itu seperti tidak fokus mendengar cadangannya.

Cinta memandang ke arah Aireena dan Adrian silih berganti.Mereka berdua ni kenal ke?Adrian terus memandang ke arah Cinta selepas dia keluar daripada lamunan.

"You kenal ke dengan perempuan tu?" soal Cinta selepas Aireena meninggalkan meja mereka berdua.

Adrian hanya menggeleng.

"Tak." jawab Adrian.Mereka berdua meneruskan perbincangan.

.....................

AIREENA cuba menghidupkan kembali keretanya apabila kereta Honda Civic itu terhenti dibahu jalan.Dia terus keluar daripada keretanya dan membuka bonet hadapan keretanya.Apa yang tak kena?Aireena menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia cuba mendail nombor Adrian namun hampa kerana panggilannya tidak dijawab.Mana pula dia ni?

Kebetulan ada sebuah kereta yang turut berhenti di hadapan keretanya.Aireena terus tersenyum apabila melihat gerangan sang pemilik kereta yang sudah keluar.

"Assalamualaikum Aireena.Kenapa dengan kereta awak ni?" soal Zahim.

"Waalaikumussalam.Saya pun tak tahu kenapa dengan kereta ni.Tak pernah pernah buat hal." adu Aireena.

" Awak sudah call Adrian or mekanik ?" soal Zahim lagi.Wajah gadis itu dipandang.

Aireena hanya menggelengkan kepala.

"Saya dah call Adrian tapi dia tak angkat."

Zahim terus mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor seseorang.

Aireena hanya melihat Zahim yang sedang bercakap dengan seseorang agak jauh daripadanya.

" Saya dah call kawan saya.Kebetulan dia seorang mekanik,nanti dia datang bawak kereta awak ke bengkel." kata Zahim selepas menamatkan perbualannya ditelefon.

Aireena hanya mengangguk.Kepalanya seakan akan teringat sesuatu.Aku nak balik naik apa ni?

"Jom..." pinta Zahim.

"Jom pergi mana?" soal Aireena kerana tidak faham.

"Saya hantar awak balik."

"Tak menyusahkan ke?" soal Aireena menginginkan kepastian.

Zahim menggeleng.Tiada apa yang menyusahkan saya kalau melibatkan tentang diri awak Aireena,kata hatinya.Aireena terus kembali ke keretanya untuk mengambil beg tangan yang diletakkan di dalam kereta lalu membuntuti langkah Zahim me dalam kereta.

"Rumah awak pun area sini juga ke?" soal Aireena bagi memecahkan tembok kesunyian diantara mereka.

Zahim memandang Aireena sekilas sebelum menggeleng.

"Akak saya yang duduk area sini.Saya nak ke sana sebenarnya sebab mak saya dari kampung datang." jawab Zahim.

Aireena hanya tersenyum.Wajahnya dikalihkan ke arah tingkap kereta.Rindunya aku dekat akak Adriana.

...................

ADRIAN yang kebetulan turun ke keretanya memandang ke arah susuk tubuh seorang wanita yang sedang berbual dengan seseorang berdekatan dengan kereta yang dia tidak kenali.Dia pantas naik ke rumahnya ditingkat lapan kerana tidak mahu bertembung dengan susuk tubuh itu.

"Terima kasih Zahim sebab sudi hantar saya balik." ucap Aireena.

"Sama sama." balas Zahim sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Aireena terus menuju ke arah lif berdekatan untuk naik ke rumahnya.

"Seronok keluar dengan jantan?Maghrib baru nak balik kenapa tak balik esok je?Boleh bermanja dengan jantan dekat luar tu lama sikit." herdik Adrian sewaktu Aireena sudah naik ke tingkat atas.

Aireena memandang ke arah Adrian yang duduk di sofa sambil menonton televisyen.

"Apa masalah awak Adrian?Jantan mana awak sebutkan ni?Sudah lah,saya malas nak layan awak.Saya nak masuk bilik mandi dan solat daripada melayan awak yang entah apa apa sahaja." kata Aireena lalu meneruskan langkahnya.

Sepantas kilat Adrian memegang lengan kiri Aireena hingga membuatkan langkah gadis itu terhenti.

"Ingat lagi kau pada tuhan.Kau buat apa ha dengan jantan tu sampai penat sangat?" jerkah Adrian.

Aireena sedikit terkedu dengan jerkahan daripada suaminya.Ini adalah kali pertama dia melihat suaminya marah dan panggilannya juga sudah bertukar kepada aku-kau.

"Awak ingat saya ni macam perempuan murahan dekat luar sana ke?" soal Aireena menahan rasa marahnya.

"Memang!Memang kau perempuan murahan kan?Sebab tu kau boleh keluar dengan jantan lain sampai kau lupa kau tu sudah bersuami.Eh,Aireena!Aku nak ingatkan kau sikit eh.Kalau kau nak jadi pelacur sangat tunggu sampai kita bercerai.Waktu tu aku dah tak kisah berapa ramai jantan nak ratah kau..." kata Adrian sinis sambil suaranya masih ditinggikan.

"Adrian!"

Pang!

Satu tamparan hinggap diwajah sempurna milik Adrian.Aireena sudah tidak tahan lagi mendengar kata kata hinaan daripada lelaki bergelar suami itu.

"Awak jangan pernah hina saya sampai macam tu sekali,Adrian.Awak ingat saya tiada maruah ke?Kalau awak pun saya tidak bagi sentuh apatah lagi lelaki di luar sana." marah Aireena.Air matanya tumpah jua akhirnya.

Adrian memegang wajahnya yang telah ditampar.Dia tersenyum sinis.

"Lagi satu,kereta saya rosak dan kebetulan Zahim berada di situ.Jadi Zahim tu hanya tolong hantar saya balik.Itu sahaja!" jelas Aireena dengan suara yang tekah dikendurkan.

"Kau dah tiada suami ke sampai perlu minta tolong dengan jantan lain?" soal Adrian.

"Saya dah telefon awak banyak kali.Satu pun panggilan saya awak tak jawab.Mana awak masa tu?Sibuk dengan perempuan lain?" soal Aireena pula.

Kali itu,Adrian pula terkejut dengan jawapan yang Aireena berikan.Ya,Aireena memang ada menelefonnya tetapi dia sengaja membiarkan panggilan itu tidak berjawab.

Argh...!Kau bodoh Adrian!Kau bodoh!kutuk dirinya.

Aireena menarik lengannya yang masih berada dipegangan Adrian dan berlari masuk ke dalam bilik tidurnya.

Assalamualaikum dan hai korang...maaf tau sebab miss baru update malam ni...apa apa pun harap korang semua enjoy baca cerita yang miss tulis ni...jgn lupa komen tau... >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience