Completed
152245
FAIL FAIL di hadapan matanya disemak satu persatu dengan penuh teliti tanpa ada sebarang pegecualian.Jam sudah menunjukkan pukul satu tengah hari tetapi Adrian masih lagi dengan kerja kerjanya yang tidak habis itu.
"Rian jom lunch?" panggil Izwan yang berada dimuka pintu yang sudah dibuka itu.Hanya kepalanya sahaja yang menjengah masuk ke dalam.
"Engkau lunch lah seorang.Banyak lagi ni fail fail yang perlu aku semak dan memerlukan tandatangan aku." Adrian terus menolak ajakan Izwan tanpa memandang ke arah kawan baiknya itu.Adrian masih lagi tidak berganjak daripada duduknya.
Selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh kawannya,Adrian terus masuk kedalam pejabat Adrian itu.
"Sudahlah tu!Engkau ni workholic sangatlah.Sampai makan pun tidak menentu pukul berapa.Cepatlah Muhammad Emir Adrian bin Tan Sri Hisham!" Izwan mula membebel hingga menyeru nama dalam kad pengenalan bosnya.
Adrian memandang ke arah Izwan.
"Engkau ini memang kuat membebelkan?Kalah mama aku dirumah..." Adrian berkata sambil tangannya menutup fail yang baru sahaja dia semak.
Dia akui yang Izwan adalah satu satunya rakan yang mengambil berat tentang dirinya selain Adriana.Daripada kecil lagi,pemuda itu sering mengingatkan dia tentang makan dan akan memarahinya jika dia terlupa untuk makan.Jadi memang patutlah kalau dia samakan Izwan dengan mamanya.Lagi satu dia paling tidak tahan apabila mendengar lelaki itu membebel.Boleh jadi tiga hari tiga malamlah kalau lelaki itu tidak penat untuk memberinya ceramah free.Dan kerana itu dia amat amat menyayangi rakan baiknya itu
Izwan tersenyum kemenangan apabila Adrian akhirnya akur dengan ajakannya.Dia terus mengatur langkah keluar daripada pejabat Adrian sambil memegang tangan Adrian kerana takut lelaki itu akan berpatah balik ke biliknya.Staff yang berada berdekatan dengan mereka hanya membiarkan sahaja aksi 'romantis' yang dilihat di hadapan mata. Mereka semua tahu yang Izwan ada alasannya yang tersendiri mengapa dia memegang tangan bos mereka itu.
"Nak makan di mana?" soal Adrian sewaktu mereka berada di dalam kereta miliknya.Izwan berfikit seketika.
"Hazel's Cafe.Aku sudah lama tidak makan di sana." Izwan terus memberikan cadangan.
Sampai sahaja di tempat yang dicadangkan,mereka berdua terus sahaja turun daripada kereta dan mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan counter bayaran.Adrian memandang sekeliling cafe itu.
"Iman order!" Adrian memanggil Iman yang berada di counter ketika itu.
"Lama abang berdua tidak datang berkunjung ke cafe ni?" soal Iman mesra.
Izwan tersenyum mesra."Bukan abang yang tidak mahu datang tetapi bos abang nilah yang tak nak.Puas sudah abang pujuk baru hari ni dia nak datang sini." sakat Izwan.
Adrian mengeluh perlahan.
"Sudah tiada apa di sini.Semua hanya tinggal kenangan." balas Adrian dengan suara yang dikendurkan.
Iman mula bersimpati kepada abang angkatnya itu.Dan kerana itu Iman cepat cepat bertanya apa yang mereka berdua ingin makan agar Adrian tidak lagi seperti itu.
"Iman bagi abang nasi goreng kampung dan ice lemon tea satu." Izwan terus memesan makanan.
"Abang pun sama." Adrian berkata pendek.Iman terus pergi ke belakang selepas mengambil pesanan makanan.
MATA Izwan tertumpu ke arah seorang pelanggan yang baru sahaja masuk ke dalam cafe ituCantik! fikirnya.Adrian yang perasan tentang tingkah laku Izwan terus mengalihkan pandangan ke arah pintu masuk.Kelihatan seorang gadis manis yang tidak bertudung berjalan ke arah counter.
"Iman macam biasa ya."gadis itu terus memberitahu Iman dan hanya anggukan sahaja diberikan.
Si gadis terus mengambil tempat di meja makan yang bersebelahan dengan pintu cafe.
Pap!
Bahu Izwan ditepuk perlahan oleh Adrian.Mata Izwan terus kembali memandang Adrian yang sudah tersengih.Dia mengangkat sebelah keningnya tanda bertanya.
"Bukan main khusyuk lagi engkau memandang gadis itu?" soal Adrian.
Izwan sudah termalu sendiri.Adrian yang melihat pula hanya menggelengkan kepala.
"Engkau sudah order ataupun belum?" soal Aireena kepada Dhirah yang ralit memegang telefon bimbitnya.Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja lalu anggukan diberikan sebagai jawapan.
Izwan memandang pelik ke arah gadis dan rakannya itu.
"Itu Aireenakah?" soal Izwan sambil bibirnya dimuncungkan ke arah mereka berdua.Soala yang diberikan oleh Izwan berjaya menarik perhatian Adrian.
Kepalanya dipusingkan sembilan puluh darjah mengadap ke arah gadis yang membelakanginya itu.Dia terus mengerutkan dahi.
Aireena menoleh ke arah meja makan yang berhadapan dengan counter bayaran apabila Dhirah memberitahunya ada seseorang yang memerhatikan gerak gerinya daripada tadi.
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...mata Adrian dan Aireena saling bertembung.
Selepas tersedar akan hal itu masing masing segera melarikan wajah memandang ke arah hadapan mereka.Wajah Aireena mula berubah kepada kemerahan.Aireena menundukkan pandangannya.Apa pula dia buat disini?
Share this novel