Bab 26

Romance Completed 152245

Telefon ditilik beberapa kali.Kerja kerjanya langsung tidak disentuh.Izwan yang berada di depan mata juga sudah pening melihat dia begitu.

"Engkau kenapa asyik tengok telefon kau tu?" soal Izwan.

Adrian memandang wajah Izwan sekilas.

"Engkau rasakan patutkah aku hantar mesej pada Aireena suruh dia tak payah masak makan malam?" Adrian pula menyoal.Izwan yang melihat terus sahaja tersenyum.

"Engkau nak bawak dia pergi candlelight dinner kah?" soalan serkap jarang diberikan.

Adrian menjeling tajam."Engkau nampak ni?Aku debik engkau baru tahu." Adrian menunjukkan penumbuknya.

Izwan hanya tersengih.

"Habis kenapa?"

"Mama suruh ajak dia makan malam dirumah.Esokkan weekend so mama suruh aku dan dia tidur di sana sekali." Adrian terus menjelaskan.

Izwan masih lagi tersengih.Dia terus mengambil telefon pintar milik Adrian yang masih lagi dalam genggaman tuannya.Adrian hanya mengerutkan dahi tetapi dia tidak pula mengambil telefonnya semula.

"Aku dah hantar mesej pada bini engkau." selamba sahaja Izwan berkata sambil wajahnya tidak lekang dengan senyuman.

Adrian membulatkan mata.

"Engkau biar betul?" soal Adrian dan merampas telefon tersebut.

....................

TELEFON pintarnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Aireena terus membuka telefonnya dan melihat siapa yang menghantar mesej.Berkerut dahinya apabila melihat nama yang tertera di mesejnya.

Adrian?Sudah kenapa pulak dia menghantar mesej pada aku?soal hatinya.Walaupun hati masih bersoal jawap tetap mesej yang dihantar itu dibuka.

Malam ni sayang tak perlu masak makan malam.Kita makan malam dan tidur dirumah keluarga abang saja. - Adrian.

Sayang?Abang?Dah kenapa dengan dia ni?

Tanpa sempat membalas satu lagi mesej masuk.

Sori! Izwan main phone tadi.Tapi betullah mama ajak datang sana. - Adrian.

Okey. - Aireena.

Telefonnya dimatikan.Matanya kembali menghadap rakan baik yang masih tidak lekang dengan senyuman.Saru jelingan tajam diberikan.

Izwan kembali serius."Marah nampak?"

Adrian memandangnya.

"Eh,mana ada!Tak nampak ke aku tengah happy sekarang ni?Bahagia sangat sebab ada kawan baik yang menyakitkan hati macam engkau ni." dia memegang sebatang kan dan meluruskan pen itu ke arah Izwan.

Bengang betul dia sekarang ni dengan Kawan.Harap harap Aireena tidak akan berfikir lain lah ya.

Pecah tawa Izwan."Aku tolong engkau ni sudah cukup baik tahu.Kalau tidak sampai ke sudah engkau tidak akan hantar WhatsApp pada dia dan dia pun takkan tahu."

"Tolong menyakitkan hati aku adalah.By the way,thanks." Marah marah pun dia tetap mengakui apa yang dikatakan oleh Izwan itu memang benar.Nak tunggu dia tidak tahu bila.

....................

GERAK GERI bosnya diperhatikan.

"Akak sudah nak balikkah?" tanya Iman sewaktu Aireena keluar daripada pejabatnya.

Aireena hanya tersengih dan mengangguk.Iman memandang ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Baru empat tiga puluh minit petang.Awalnya akak nak balik?Akak nak oergi dating dengan abang Adrian eh?" Iman menyoal sambil keningnya dijongket dan bibirnya pula mengukir senyuman.

Aireena membulatkan mata dan hati telunjuk nya dihalakan ke arah Iman.

"Iman jangan macam macam eh.Eh,dah lah akak nak balik! Bye,assalamualaikum." Aireena terus mengatur langkah keluar daripada kafe.

"Malu malu,betullah tu." Iman tersengih sengih.

"Iman cakap dengan siapa?Tersengih sengih sahaja daripada tadi." soal Yani sambil dahinya dikerutkan.Sesekali matanya memandang juga ke arah sekeliling.

"Mana ada siapa kak.Saya cakap dengan bos tadi sebelum dia balik."

....................

SAMPAI sahaja dirumah,Aireena terus masuk ke dalam bilik untuk mandi dan menunaikan solat.Sewaktu dia sedang menyikat rambut,tanpa sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gerak gerinya di celahan pintu yang terbuka sedikit.

Adrian yang baru pulang dari ofis hanya melihat Aireena tanpa berniat untuk menegur wanita itu.Wanita yang mula mencuri hatinya tanpa dia sedar.

Dia mengakui wajah Aireena saling tidak tumpah seperti wajah orang yang disayanginya suatu ketika dahulu.Kecantikannya lebih terserlah apabila Aireena melepaskan rambutnya.

Dia tidak terasa hati sedikit pun apabila Aireena memakai tudung sewaktu berhadapan dengannya di dalam rumah walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Adrian pasti suatu hari nanti dia bakal memiliki wanita itu sepenuhnya.Setelah beberapa minit dia berdiri di situ,akhirnya dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam biliknya.Nasib baik dia sudah solat asar di ofis tadi.

Adrian memandang wajah Aireena sewaktu gadis itu turun dari tingkat atas dengan mata yang tidak berkelip.Canti and simple but nice,dia sempat membuat pemerhatian tentang baju yang dipakai oleh Aireena.

"Awak!" suara Aireena dinaikkan satu oktaf sewaktu memanggil Adrian yang tidak lepas daripada memandang wajahnya.

Dua tiga kali dipanggil barulah Adrian tersedar.

"Eh,dah siapkah?!Kalau dah siap jumlah kita gerak sekarang takut lambat pulak."

Aireena hanya mengangguk walupun masih berada pelik apabila ditenung begitu.

"Adrian,awak tak bawak bajukah untuk esok?Bukan awak kata kita tidur sana ke malam ni?" Aireena menyoal apabila melihat Adrian yang tidak membawa beg.

Adrian hanya menggeleng."Malaslah.Lagipun baju saya banyak kat sana.Bukan saya bawak banyak baju pun sewaktu berpindah ke sini."

"Kita naik kereta siapa?" soal Aireena lagi.

"Saya."

Satu perkataan yang boleh buat Aireena berasa mahu pengsan.

Maaf semua sebab miss baru update lagi.. terima kasih sebab sudi baca..sayang semua..>3 please support ig saya aisyah__065

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience