Bab 14

Romance Completed 152232

Usai sahaja dia selesai menunaikan solat zohor,Aireena terus menukar pakaian untuk keluar berjumpa dengan Dhirah seperti yang telah dijanjikan.Mukanya di make up ala kadar kerana dia tidak suka dengan make up yang tebal tebal.Dia melihat penamapilannya di cermin.Dengan memakai baju blouse berwarna turqoise dan seluar jeans berwarna dark blue dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih bercorak bunga bungaan.Selepas dia puas meneliti pemakaiannya di hadapan cermin barulah dia keluar daripada bilik.

Adrian yang kebetulan baru sahaja keluar daripada bilik kerjanya hanya memerhatikan Aireena yang baru sahaja melangkah ke anak tangga yang terakhir dan mengatur langkah ke arah pintu tanpa menyedari kelibatnya di situ.

Sampai sahaja di restoran,Aireena terus melangkah ke arah kawan baiknya yang sudah menunggu di meja makan.

"Beb engkau keluar ni sudah mintak izin suami engkau ke belum?" soalan pertama terus meluru keluar daripada mulut Dhirah.

Dengan wajah tidak bersalah Aireena menggelengkan kepalanya.

"Weh berdosa tau jika seoramn isteri itu keluar tanpa mendapat keizinan daripada suaminya." Dhirah terus menegur rakan baiknya itu.

Aireena melepaskan keluhan.

"Biarlah,Dia bukan suami pilihan aku pun." selamba sahaja Aireena memberikan jawapan.

"Tidak baik engkau berkata begitu,seolah olah engkau sedang menidakkan takdir Allah.Engkau perlu ingat yang Adrian itu mungkin bukan pilihan engkau tetapi dia adalah pilihan Allah untuk engkau." Dhirah cuba untuk mengingatkan.Kata kata Dhirah itu membuatkan Aireena sedikit tersentap.

"Engkau sepatutnya besyukur kerana Allah telah menghantar lelaki sebaik Adrian untuk melindungi di kau.Kau jangan tidak suka sangat kepada Adrian kerana aku tidak mahu melihat andai satu hari nanti ditakdirkan Adrian pergi daripada hidup engkau saat itu baru kau nak menyesal." tambah Dhirah memulakan tazkirah percumanya.

Aireena pula hanya mendengar dan menerima baik nasihat daripada Dhirah itu.Saat itu dia memang amat amat memerlukan seseorang untuk menasihati dirinya.Sewaktu mereka sedang rancak berborak,Zahim kebetulan yang berada di situ terus menegur mereka.

"Assalamualaikum.Aireena." saoa Zahim.

"Waalaikumussalam.Eh,Zahim buat apa di sini?" soal Aireena.Dia memberikan segaris senyuman kepada pemuda itu.

"Kebetulan saya berjumpa dengan rakan tadi.Boleh saya join?"

Zahim sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka yang Aireena akan mengizinkan dia untuk berada di situ.

"Eh,saya hampir terlupa,ini rakan baik saya Dhirah!"

"Dhirah ini tentu engkau kenal siapakan?"

Dhirah mengamati wajah di hadapannya itu untuk beberapa saat.

"Mamat sotong?" Dhirah cuba meneka.Zahim hanya tersenyum sambil sebelah tangannya menggosok belakang tengkuknya yang tidak sakit.Mahu atau tidak dia terpaksa terima yang orang lebih mengenali nama gelarannya iaitu mamat sotong daripada nama sebenarnya iaitu Zahim semasa di zaman universiti dahulu.

"Dulu saya selalu melihat awak dan Adriana sentiasa bersama.Sekarang dia bagaimana?Sihat dan di mana dia sekarang?" soal Zahim yang tidak tahu tentang kematian Adriana.

Aireena yang tadinya ceria bertukar sedih apabila nama kakaknya disebut.Aireena menarik nafas dalam dan Dhirah di sebelahnya mengalihkan pandangan kearahnya.

"Akak sudah tiada.Hampir sebulan dia meninggal dan meninggalkan saya." Aireena tetap menceritakan hal sebenar.Zahim yang mendengar tentang itu agak terkejut.

"Allah.Maaf kerana saya secara tidak sengaja sudah melukakan hati awak dan membuatkan awak teringat akan kakak awak itu." kata Zahim.

"Bagaimana dengan Adrian sekarang?" tambahnya lagi.

"Adrian sekarang..."

Belum sempat Dhirah menghabiskan kata katanya tangan Aireena lebih pantas memukul peha Dhirah secara perlahan.

....................

SELEPAS sahaja Zahim meminta diri untuk pulabg,Dhirah terus memukul bahu kawannya itu dengan agak kuat hingga membuatkan Aireena mengaduh kesakitan,Aireena terus memandang Dhirah tajam.

"Kenapa engkay tidak beri aku berterus terang pada Zahin tentang hubungan engkau dan Adrian?" soal Dhirah geram.

"Perlukah dia tahu tentang itu?" soal Aireena.

Perlu ke dia tahu akan hal itu?Seriuslah,dia boleh tanya perlukah?Soalan bodoh apa yang diberikan oleh si Aireena ni oi!

"Zahim itu sayang kan engkau Aireena.Dan melalui cara dia memandang engkau aku dapat melihat yang dia masih menyimpan perasaan yang sama pada engkau.Engkau nak ke Zahim menyimpan perasaan pada engkau yang telah menjadi isteri Adrian?Aku yakin engkau tahu yang perkara itu tidak baik untuk dilakukan..." bicara Dhirah dengan lembut.

"Aku tahu.Tetapi engkau tidak terfikirkah yang dia akan berfikir bahawa aku ni kejam?Kejam kerana merampas orang yang akak aku sayang dan cinta." Aireena membuat andaian sendiri.

"Reen listen!Siapa yang suruh engkau menikahi Adrian?" soal Dhirah dengan wajah yang diseriuskan seserius yang mungkin.

Aireena menundukkan wajahnya."Arwah akak yang suruh aku berkahwin dengan Adrian sebaba arwah nak aku menjaga orang yang dia sayang."

Dhirah yang mendengar tersenyum.

"So...Engkau bukan perampas atau penghancur kebhagiaan orang tetapi engkau hanya menjalankan amanah yang telah diberikan oleh arwah kepada engkau.Aku yakin arwah nak yang terbaik untuk engkau dan Adrian." Dhirah sedaya upaya menyangkal andaian yang dibuat oleh Aireena.

Aireena beristghfar panjang.Betul juga apa yang dikatakan oleh Dhirah. Tiba tiba Dhirah tersenyum sendiri.

"Tapi,betul apa yang engkau cakap tentang Zahim.Penampilannya sangat bebeza weh daripada yang zaman uni dulu.Handsome,boleh jadi jodoh." kata Dhirah sambil tersengih sengih seperti kerang busuk.Aireena yang mendengar tergelak sakan

"Amboi!Dahulu engkau yang bukan main panggil dia mamat sotong.Tidak boleh dijadikan calon suami tetapi sekrang bukan main gatal lagi engkau kan?" Aireena memerli rakan baiknya itu.

"Itu dahulu,sekarang sudah boleh dijadikan calon." Dhirah selamba berkata.

Aireena hanya menggelengkan kepala.Parah sudah si Dhirah seorang ni.Gatal bukan main lagi.

....................

SAMPAI sahaja di rumah Aireena terus mengatur langkah untuk ke tingkat atas.

"Pergi mana?Sudah maghrib baru pulang.Kenapa tidak tunggu maghrib esom sahaja baru nampak batang hidung?" Adrian yang berada di dapur menyoal sinis.Aireena yang terkejut apabila dirinya ditegur automatik memberhentikan langkah.

"Kalau tunggu esok bukan maghrib lagi baru nampak batang hidung tetapi selepas isyak dalam pukul sebelas malam sebab esok saya kerja." sinis juga jawapan yang diberikan.

Aireena terus mengatur langkah ke tingkat atas.Lebih baik dia masuk ke dalam bilik tiudrnya untuk mandi dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba daripada berlama lama di situ dan bergaduh dengan Adrian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience