Completed
152245
TIGA bulan berlalu namun Aireena dan Adriana masih lagi tidak bertegur sapa.Aireena selalu mengelak apabila Adriana ingin bercakap dengannya.Adriana pula sekarang sudah tidak lagi ke kafe kerana badannya semakin lemah.Adriana mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya yang berada di Terengganu.
Dia mahu menghabiskan sisa hidupnya disamping ibu bapa yang berpenat lelah menjaga mereka tiga beradik daripada kecil.
Aireena pula seperti biasa,masih lagi menetap di Kuala Lumpur dan menguruskan kafe mereka.Hanya sekali sekala dia pulang ke kampung untuk melawat ibubapa dan kakaknya disana.
"Ibu dan abah tengok kamu berdua ni sudah tidak seperti dahulu lagi.Kalau dahulu kamu berdua ke mana mana sahaja walaupun di dalam rumah pasti bersama.Tetapi sekarang jika seorang di luar dan seorang lagi pasti di dalam bilik.Kamu berdua bergaduh ke?" Puan Zelina mula menyoal dah orang anak gadisnya itu.
Adriana memandang ke arah Aireena yang berpura pura menonton televisyen.
"Tidaklah ibu.Hubungan akak dan angah baik sahaja.Angah kan selalu ulang alik dari KL ke kampung,jadi itu yang menyebabkan ibu dan abah nampak kami begitu."
Adriana cuba untuk menjelaskan.Ya Allah maafkan aku kerana terpaksa membohongi kedua ibu dan abah ku.Aku tidak mahu membuat mereka risau apabila mengetahui punca aku dan adikku bergaduh,bisik hatinya.
Aireena yang sedari tadi memasang telinga terus memalingkan wajah menghadap kakaknya.Seumur hidupnya itu adalah kali pertama dia mendengar kakaknya berbohong.
Pintu biliknya dibuka dari luar.Kelihatan susuk tubuh adiknya Aireena masuk ke dalam biliknya itu.Aireena terus duduk di sisinya dibirai katil.
"Kakak maafkan angah sebab terlalu marah pada akak." Aireena terus memeluk kakaknya.Air mata yang tidak dapat ditahan mengalir sabah kakaknya.
Mereka berdua saling berpandangan.Air mata yang masih mengalir dibiarkan sahaja.
"Kakak yang patut minta maaf."
Aireena hanya menggelengkan kepala.
Dan malam itu keduanya tertidur sambil bertemankan air mata.
.....................
AIREENA melangkah ke arah kakaknya yang sedang termenung di dalam pondok di tepi rumah.
"Jauh termenung.Apa yang kakak fikirkan?" tegur Aireena apabila dia sudah berada di sebelah kakaknya.
Adriana hanya menggeleng walaupun sebenarnya ada sesuatu yang difikirkannya tadi.Aireena mengangkat sebelah keningnya.Adriana memalingkan tubuhnya menghadap ke arah Aireena kerana air muka Aireena sudah berubah seperti meminta kepastian.
"Akak ingat minggu depan akak nak ajak Adrian satu famili datang makan dirumah.Hmm..Okey tak idea akak tu?" Adriana menyatakan pandangannya.
"Akak nak beritahu mereka semua ke?" Aireena pula menyoal.
Adriana hanya diam.Menggeleng pun tidak dan mengangguk pun tidak.Sudahnya keluhan sahaja menjadi jawapan.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk akak beritahu benda sebenar kepada mereka.Kakak sendiri tidak tahu sampai bila akak mampu bertahan untuk meneruskan hidup." balas Adriana.
Sebak pula rasanya apabila mendengar kakaknya berkata begitu.
"Kalau begitu, angah ikutkan sahaja.Adik pun sudah habis belajar jadi dia mungkin tidak akan terlalu risau."
Lega rasanya apabila si adik perempuannya itu bersetuju dengan cadangannya itu.Selepas ini dia perlu memberitahu kepada ibu dan abahnya pula.
.....................
SEPERTI yang dirancang.Tepat jam satu tiga puluh minit tengahari,kereta mercedes berwarna hitam yang di bawa oleh Adrian masuk ke perkarangan rumah.
"Ibu dan abah, tetamu sudah sampai." Danish memanggil ke dua ibubapanya di depan pintu.
Adriana yang berada di dalam bilik hanya duduk sahaja di atas katil tanpa berniat untuk menjemput mereka masuk ke dalam.Dia memejamkan mata.
Ya Allah,aku harap sangat yang Engkau dapat meredhai apa yang bakal aku lakukan pada hari ini.Aku memohon agar Engkau dapat menguatkan hati mereka yang aku sayangi lebih kuat daripada hatiku ini,katanya Adriana sendiri.
"Mana Adriana?" Puan Sri Malia menyoal kepada Puan Zelina selepas mereka selesai berpelukan.
Pada waktu itu juga,Adriana melangkah keluar dari bilik.Dia terus mengatur langkah ke arah mereka semua.
"Hai kak Riana." sapa Eisha adik kepada Adrian.
Mereka semua terus menunaikan solat fardhu zohor selepas mendengar azan habis di dikumandangkan sebelum makan tengahari di dapur.Aireena dan Adriana membantu ibu mereka menghidangkan makanan untuk tetamu.
Selepas makan tengahari,mereka semua terus duduk di ruang tamu rumah kayu bercirikan moden itu.Adriana yang berada di sisi Aireena menarik nafas panjang sebelum memberitahu tentang niatnya yang difikirkan sejak minggu lepas.
Dia memandang wajah wajah orang yang berada di sekelilingnya.Semua itu orang orang yang disayanginya.
"Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak beritahu kepada semua yang berada di sini.Saya harap semua dapat menerima apa yang bakal saya sampaikan." Adriana memulakan percakapan.Aireena di sebelah memegang erat tangan kakaknya agar dapat menyalurkan kekuatan.
Mereka semua terus menumpukan sepenuh perhatian kepada Adriana.
"Sebenarnya saya nak beritahu yang saya sebenarnya sudah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pertunangan saya dan Adrian."
Semua yang berada di situ benar benar terkejut.Terutama sekali Adrian.
"Riana!" Adrian sedikit menjerit.
"Saya tahu apa yang saya sampaikan ini akan membuatkan semua orang kecewa.Tetapi saya mempunyai sebab tersendiri."
"Apa sebabnya?" soal Adrian.Suaranya dingin sahaja.
"Adrian." Tan Sri Hashim disebelah muka menegur.
"Apa sebabnya Riana?Kamu berdua bergaduh ke?" soal Puan Sri Malia.Diabjuga tidak menyangka Adriana akan berkata begitu.Dia memandang wajah Adrian dan Adriana silih berganti.
Adriana hanya menggeleng.
Satu saat...
Dua saat...Adriana melepaskan nafas berat.
"Sebenarnya saya menghidap barah otak dan sekarang berada di peringkat terakhir.Dan disebabkan itu juga saya ingin melamar Adrian untuk adik saya Aireena." jawab Adriana tanpa sebarang kesilapan.
Keputusan ini lagi membuatkan semua yang berada di situ terkejut.Genggaman ditangan Adriana terlepas.
"Adriana!"
"Akak!"
Adrian dan Aireena serentak menjerit.Aireena memandang wajah kakaknya itu.smSementara Adrian pula meminta izin untuk keluar sebentar.
Adriana menundukkan wajahnya.Dia berasa seperti berada di dalam kandang penjenayah.
"Kenapa kakak tidak pernah memberitahu kepada ibu dan abah tentang penyakit akak?" soal Puan Zelina.Tanpa sedar air mata tuanya mengalir.
Adriana yang tidak tahu untuk memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan terus meminta izin untuk keluar.
.....................
ADRIAN segera menepis tangan yang berada di bahunya.
"Awak."
"Awak dengarlah dahulu apa yang saya ingin jelaskan."
Adriana sedaya upaya memujuk.
"Apa lagi yang awak ingin jelaskan?Selama ini kenapa awak tidak pernah memberitahu kepada saya tentang penyakit awak?Setiap kali saya tanya mesti awak akan jawap yang awak tidak sakit,tapi tadi?"
"Adrian..."
"No!Saya belum habis cakap lagi Adriana." belum sempat Adriana menghabiskan ayatnya,Adrian pantas memotong.Adrian menunjukkan telapak tangannya ke arah wajah Adriana.
"Dan sekarang awak beritahu saya yang awak sakit?Nak putuskan hubungan kita dan paling saya tidak boleh untuk menerima adalah kahwin dengan Aireena?Awak ingat saya ni apa ha?" suara Adrian sedikit meninggi.Perkataan 'kahwin' itu ditekankan.
Adriana dapat melihat wajah Adrian sudah berona merah kerana marah akan dirinya.Buat pertama kalinya Adrian meninggikan suara kepadanya.
"Saya minta maaf." kata Adriana.Terasa ada butir butir manik mengalir dipipinya.
Adriana memandang wajah tunangnya.Adrian terus memegang tangan Adriana secara berlapik.
"Saya minta maaf sebab marah awak.Saya cuma nak awak tahu hanya awak sahaja yang berada di dalam hati saya dan tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempat awak di hati saya.Kalau awak betul betul nak saya kahwin...Baik,saya kahwin tetapi dengan awak seorang sahaja Nur Adriana Damia." Adrian membuat keputusan.
Adriana menundukkan wajahnya saat mata mereka bertemu.Tangan yang dipegang cepat cepat dileraikan.
Adriana menggeleng.
"Saya tidak mahu awak digelar duda sebelum waktunya.Saya nak tengok awak bahagia.Salah ke?"
Adriana mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.
"Lebih baik jadi duda sebelum waktunya daripada jadi suami kepada gadis yang tidak pernah saya cinta."
Adrian masih lagi dengan keputusannya.
Hai korang..Saya harap sangat yang baca novel saya ni dapat memberikan komen tentang penulisan saya.Sebarang kritikan akan saya ambil untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya terus membaiki penulisan saya menjadi yang lebih baik.
Share this novel