Completed
152232
MALAM itu Adrian memulakan misinya.Misi membantu rakan baik dunia dan akhiratnya mendirikan masjid.Hahahaha...Isteri di sebelah yang ralit menonton tv itu dipandang.
Adrian berdeham.
"Hadhirah Sofea tu kawan baik awakkah?" dia pura pura menyoal.Janggal pula rasanya apabila bercakap dengan gadis itu.
Aireena memandang sekilas wajah encik suaminya yang berada di hujung sofa sebelum dia kembali memandang ke arah kaca tv.
"Haah.Kenapa?Awak ada hati nak tambah kuota ke?" soal Aireena drastik.
Terus dia mengalihkan pandangan ke rah isterinya.Kening kanannya dijungketkan.
"Choi!Isteri seorang pun tidak dijaga dengan baik.Nak tambah seorang lagi?Memang tidak ler." kata Adrian.Kata kata Adrian itu menarik perhatian Aireena.
Sedar rupanya sudah ada isteri,kata kata itu tiba tiba terbit di fikirannya.Nak diluahkan apa kata orang di sebelahnya nanti.Argh Aireena!Kenapa dengan engkau ini?marah hatinya.
"Lagipun hati saya memang belum terbuka untuk menerima sesiapa termasuk diri awak." Adrian menambah.
Aireena mencebikkan bibir.Tak tanya pun...
"Habis tu kenapa awak tiba tiba tanya pasal Dhirah.?Ingatkan awak nak minta izin kahwin dengan dia.Mana lah tahu diam diam kau orang bercinta an." Aireena berkata sinis.
"Izwan lah yang menyuruh saya untuk mendapatkan nombor telefon Dhirah daripada awak.Awak adakan?Boleh bagi?" Adrian terus menjelaskan perkara sebenar seperti peluru berpandu.
Senyuman mula menghiasi wajahnya yang bertudung itu.
"Nanti saya bagi."
..................
MASUK sahaja kedalam bilik tidur terus sahaja pintu biliknya dikunci.Telefon bimbitnya di atas katil di ambil lalu diberikan nombor telefon kawannya kepada si suami.Kemudian telefon itu terus dimatikan.
Dia mengambil frame gambar dia bersama Adriana yang diletakkan dimeja sisi katil.Aireena mengusap gambar yang diambil sewaktu hari konvokesyen mereka beberapa tahun lalu.Senyuman Adriana itu dipandang sayu.Dia benar benar merindukan wajah dan senyuman itu.Wajah yang sentiasa memberikan dia nasihat dan senyuman yang tidak pernah pudar daripada wajah itu.Airmatanya terus mengalir deras di pipi.
"Kenapa Allah terlalu cepat meminjamkan akak kepada kami? Angah rindu sangat sangat pada kakak." soal Aireena.Bingkai gambar itu dirapatkan ke dadanya.
Hari ini dia malas untuk masuk kerja.Kepalanya berasa sakit sangat sewaktu bangun untuk solat subuh.Baru dia teringat yang dia terlalu banyak menangis malam tadi
Ketukan beberapa kali di pintu memaksa dia untuk menggagahkan diri untuk berjalan dan membuka pintu itu sehingga membuatkan dia terlupa untuk memakai tudungnya.
"Tidak kerjakah?" Adrian yang sudah menunggu pintu hanya menyoal.
Kepalanya yang sakit itu digeleng.
"Tidak sihatkah?"
Respon yang sama diberikan.
Tangan Adrian memgang kedua dua bahu Aireena yang hampir pitam.Dia segera memapah isterinya ke dalam semula dan perlahan lahan tubuh itu dibaringkan di atas katil.
Belakang telapak tangannya diletakkan di atas dahi Aireena.
Panas...Bisik hatinya.
Sebelum ke pejabat Adrian sempat meletakkan tuala basah di atas dahi Aireena agar panasnya itu boleh surut.
"Aireen,meh bangun." Dhirah yang baru sahaja sampai terus mengejutkan Aireena yang masih terlelap.
"Engkau buat apa di sini?" soalnya lemah.
"Engkau tidak berkerja kah?' soalnya lagi.Wajah pucat Aireena ditenung.Dhirah terus menggelengkan kepala.
"Aku ambil EL.Adrian call aku dan dia cakap engkau tidak sihat.Weh jomlah aku bawa kau pergi klinik.Risaulah beb aku tengok keadaan kau sekarang ni." sedaya upaya Dhirah memujuk rakan baiknya itu.
"Kenapa dia call kau?" soalan yang daripada tadi difikir akhirnya keluar.
Dhirah mengeluh.Apa punya soalanlah yang dia bagi ni?
"sebab dia risau.Sudahlah pergi siap cepat,aku tunggu kau." arahan terus dikeluarkan.
Aireena terus bangun dan menuju ke arah bilik air yang terdapat di dalam bilik itu apabila dipaksa oleh Dhirah.
Share this novel
New chapter for you guys .Harap korang suka k >3