Completed
152245
TERTERA nama Adrian di atas sampul surat itu berwarna putih itu.Sampul surat yang diberi oleh adik iparnya sewaktu mereka makan tengahhari bersama.Hatinya mula berdebar debar saat membuka sampul surat itu.Dengan ucapan bismillah dia membaca surat itu.
Assalamualaikum Adrian...
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada awak seandainya apa yang ditulis di dalam surat ini akam membuatkan air mata awak yang berharga itu jatuh.Saya memohon maaf kepada awak kerana telah lama merahsiakan tentang penyakit yang saya hidapi kerana saya tidak mahu membebakan awak dengan perasaan risau.
Adrian...Saya bersyukur sangat kepada Allah S.W.T. kerana Dia telah mempertemukan saya dengan lelaki sebaik awak.Awak satu satunya lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati saya untuk mencintai.Awak adalah lelaki yang sempurna pada pandangan mata saya.Awak menjaga solat awak.iman awak,menjaga batas awak apabila bersama yang bukan muhrim awak.Dan yang paling membuatkan saya yakin untuk memilih awak tanpa sebarang keraguan adalah kerana pegangan awak terhadap agama kita.Awak bepegang teguh kepada agama Allah.
Terima kasih kerana sanggup berbuat apa sahaja demi melihat saya bahagia.Awak langsung tidak pernah merungut dalam melayan kerenah saya yang kadangkala seperti seorang kanak kanak.Awak tidak pernah pun menjatuhkan air mata saya walaupun setitik.
Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berada di dalam hati awak selama dua belas tahun ni.Awak adalah cinta pertama dan terakhir saya buat selama lamanya.Terima kasih sebab awak sanggup menunaikan permintaan saya dengan menikahi adik saya Aireena.
Saya yakin Allah hantarkan awak kepada saya agar saya dapat merasai apa itu makna cinta.betapa manisnya cinta itu.Allah datangkan saya kepada awak pula adalah untuk menjadi sebahagian dalam jalan cerita hidup awak dan AireenaMengajar awak tentang betapa pentingnya kesetiaan dalam sesuatu hubungan dan sentiasa mencintai dan menyayangi orang yang kita sayang.
Awak tidak perlu bersedih atas pemergian saya kerana Allah telah menghadiahkan seorang bidadari syurga kepada awak.Bidadari itu akan melengkapi hidup awak,menjadi peneman siang dan malam awak dan sentiasa berada di sisi awak sewaktu awak senang ataupun susah.Yang paling penting,bidadari dari syurga itulah yang akan melahirkan zuriat dan menjadi ibu kepada bakal anak anak awak.
Akhir sekali,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada awak kerana selalu mengambil berat tentang saya.Saya berharap sangat yang awak juga dapat menjaga Aieena sepertimana awak menjaga diri saya.Mencintai dan menyayangi dirinya dengan sepenuh hati.Bukan kerana rupa paras kami yang serupa dan awak melihat saya dalam dirinya tetapi kerana diri dia sendiri.Saya ingin awak tahu bahawa nama awak akan sentiasa berada di dalam hati saya.
Salam sayang,
Adriana.
Hanya allah S.W.T. sahaja yang mengetahui betapa sedihnya dia saat ini.Dia berdoa agar Adriananya itu ditempatkan dikalangan orang orang beriman.
Air matanya dibiarkan jatuh.
Ya Allah,terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk merasai cinta daripada orang sebaik Nur Adriana Damia.Insan yang banyak mengajar aku tentang nikmatmu...Sungguh saat ini aku masih tidak dapat menghilangkan perasaan sayang dan cintaku kepadanya.Engkau letakkanlah dia di samping orang orang yang bertaqwa kepadaMu...Aaminn,doa Adrian sendiri.
*
*
*
*
*
*
....................................................................................................................................................:
Hai everyone!!Okey hari ini miss double update chapter sebab saya tidak tahu esok saya ada
masa atau tidak untuk update sebab busy dengan online class semua..So kalau esok saya
sempat update saya akan update tapi kalau tidak......Stay Tuned Guys>3 :)
Enjoy reading!!!!!!!!>3
...................................................................................................................................................... :
Share this novel