Completed
152232
SAMPAI di hadapan pintu rumah mewah itu loceng yang berada di tepi pintu ditekan.Mak Wan iaitu pembantu rumah dirumah itu terkocoh kocok membuka pintu untuk menyambut tetamu yang datang.Ran sri Hashim dan Puan Sri Malia juga turut pergi ke arah pi tu untuk menyambut kedatangan anak dan menantu.
"Akak!" Eisha menjerit memanggil kakak iparnya.Dia berlari lari anak menuju ke arah mereka semua.Aireena yang berada di sebelah Adrian terus disalam dan dipeluk.
"Amboi,tengok tu mama papa!Kita ni abang dia tidak mahu pula dia salam.Leoas ni kalau dia minta apa apa memang tidaklah abang nak bagi." Adrian pura pura merajuk.
Tan Sri Hashim dan Puan Sri Malia saling menggeleng Melihat perlakuan anak anak mereka.Eisha tersengih sengih kerana menyedari kesalahannya.Terus tangan abangnya itu disalam penuh hormat.Selepas itu tangan kakak iparnya terus ditarik.
"Jom lah makan.Perut adik sudah lapar.Abang lah ni lambat sangat sampai.Duduk depan pintu ni bukan boleh kenyang pun." mulut Eisha sudah membebel.
Mereka semua terus berjalan menuju ke arah meja makan yang sudah terdapat makanan di atasnya.
"Banyaknya lauk mama.Ini semua mama yang masak atau Mak Wan yang masak?" soal Adrian dimeja makan.
Puan Sri Malia hanya tersenyum.
"Mestilah mama yang masak.Anak kesayangan mama balik.Adrian kena makan banyak banyak tau sebab ada lauk kegemaran Adrian." Puan Sri Malia berkata sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan Adrian.
"Mestilah abang perlu makan banyak banyak mama.Biar abang ni gemuk nanti puas lah kak Aireena peluk abang Eisha ni." Eisha bergurau sambil matanya memandang Aireena.
Aireena yang berasa malu saat itu hanya menundukkan wajahnya.Merah pijar pipinya apabila diusik begitu.Mata Adrian dilirik ke sebelah.
Selepas sahaja Adrian membaca doa makan,mereka semua terus menjamu selera.
"Aireena macam mana dengan kafe kamu tu.Semua okey?" soal Tan Sri Hashim sambil memandang wajah menantunya.
"Alhamdulillah.Semua okey.Reen pun nak berterima kasih dekat papa sebab kalau bukan di atas pertolongan papa pasti Hazel's Cafe tidak berjaya seperti sekarang." jawab Aireena.
Mereka yang mendengar hanya mengangguk.
"Baguslah kalau begitu betul tak abang?Nanti Aireena boleh lah buka lagi satu cawangan.Mungkin di negeri lain pula." Puan Sri Malia pula menyampuk.
"In Syaa Allah." balas Aireena.
....................
SEWAKTU mereka sekeluarga duduk di ruang tamu menonton televisyen,tiba tiba Puan Sri Malia bersuara.
"Haih,rumah ni sunyi betul.Dulu adalah juga dengar suara budak menangis,bising bising dengan suara budak dalam rumah."
Mata Puan Sri Malia memandang tepat ke arah wajah anak lelakinya yang leka menonton televisyen.
Sudah bau bau hanyir ni."Kamu berdua ni bila nak bagi mama dan papa cucu?" ha sudah agak dah.
Soalan daripada mamanya membuatkan Adrian terbatuk batuk.Wajah Aireena sudah berubah memerah merahan.
Kenapa soalan ni pula mama tanya?Anak?Biar betul mama aku ni,macam tak tahu saja apa alasan aku kahwin dengan dia?Ini kan pula anak?Tunggulah Eisha kahwin baru mama merasa nak ada cucu,bebel hati Adrian.
Sesekali matanya dijeling ke arah Aireena yang sedaya upaya menutup malunya.Comeilah weh muka dia macam tu.Bini siapalah ni?
...................
TIBA di hadapan pintu bilik langkah Aireena terhenti.Dia menelan air liurnya berkali kali.Aku kena tidur dalam bilik inikah?Tidur dengan dia sekali?soal hati Aireena.Badannya terus dipusing untuk masuk ke dalam bilik tidur Eisha yang berada berdekatan dengan bilik tidur Adrian.
Belum sempat pergi lagi pintu bilik itu sudah dibuka daripada dalam.
"Nak pergi mana?Sudah malam,tidak tahu nak tidur kah?" soal Adrian dengan nada biasa.
Aireena memejamkan matanya.Kedua belah telapak tangannya digenggam kuat dan badannya kembali dipusing menghadap pemilik suara yang menegurnya.
"Masuk!" arahan diberikan.
"Saya nak tidur di dalam bilik Eisha." bila hati mula cuak mulut berani sahaja bersuara.
"Tak payah!Masuk sekarang!Awak tahukah kalau suami tak izinkan apa yang awak akan dapat?" suaranya sengaja dikeraskan.
Dahi dikerutkan."Eii...Mentang mentang suami nak cakap macamtu" kakinya dihentak berkali kali seperti kanak kanak sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.
"Tidak baik merungut.Bukan saya buat apa pun.Masuk bilik sahaja.Ini awak sudah solat atau belum?" soalan terus sahajq diajukan sewaktj melihat sang isteri sudah memuncung di atas katil.
Eii...kalau aku gigit muncung itik tu baru tahu,kata Adrian dalam hati.
Alamak nak cakap apa ni?Malunya.Takkan aku nak cakap aku cuti kot?Malulah...Huwarh...sebiji bantal twrys ditekupkan ke muka.
"Tak boleh solatkah?" soalan kedua terus diajukan apabila soalan pertama tidak dijawab.
Kepalanya digeleng berkali kali sambil wajahnya tetap ditekup dengam bantal.Adrian hanya mengangguk randa faham.
"Pergilah tidur.Saya nak solat isyak sekejap." Adrian memberikan cadangan.Bial suami suruh tidur apalagi tidur sahajalah walaupun dihujung hujung katil.
..................
AIREENA tersedar daripada tidurnya apabila mendengar seseorang membaca Al quran dengan suara yang lunak.Dia melihat jam di skrin telefonnya.Pukul tiga pagi.Dia memandang ke arah suami yang membelakanginya.
Adrian yang tidak sedar dirinya sedang diperhatikan hanya meneruskan bacaannya dengan khusyuk.
Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah,kerana Engkau memberikan aku seorang pelindung yang sentiasa berpegang teguh dengan agamaMu.Yang tidak pernah lalai dalam menjalankan segala perintahMu.Ya Allah izinkanlah diri ini untuk terus menjadi makmum untuk dirinya,doa hati Aireena.
Aireena terus menarik selimut hingga menutupi wajahnya apabila Adrian sudah selesai membaca Al Quran
Hai korang..Maaf sebab miss baru update lagi..Terima kasih tau sebab sudi baca karya miss.. lagi satu boleh tak tolong follow ig saya sebab saya baru je buat ig...@aisyah__065....Hehe tq.. :) sayang awak semua..>3 n jangan lupa baca karya ketiga saya iaitu IZASYAH QURANTUL :)
Share this novel