Bab 18

Romance Completed 152245

TEPAT jam dua belas tengah malam barulah Adrian sampai di hadapan pintu rumah.Seharian dia berada di pejabat kerana berbincang dengan para pekerjanya tentang projek di Damansara.Dia segera masuk ke dalam biliknya untuk membasahkan badan yang sudah melekit.

Selepas sahaja dia selesai mandi dan menunaikan solat isyak,Adrian terus melangkah masuk ke dalam bilik sebelah.Pintu bilik yang tidak berkuci itu dibuka secara perlahan lahan sebelum ditutup dari dalam.

"Kasihan isteri aku ni.Nasib baiklah sudah kurang sedikit panasnya." Adrian separa berbisik kepada diri sendiri.Dia duduk di sisi Aireena yang sudah tidur lena sambil membelaknginya.

Maaf sebab saya masih belum bisa membuka pintu hati saya untuk menerima sesiapa termasuk diri awak Aireena.Rambut hitam panjang milik Aireena itu di sentuh lembut.Akhirnya kerana penat Adrian juga tertidur disebelah Aireena.

Aireena tersedar saat dia merasakan ada sesuatu yang melingkari pinggangnya.Dengan mata yang masih mamai perlahan lahan dia cuba untuk menyentuh dan akhirnya tanggannya itu mendarat di atas jari jemari seseorang.Matanya automatik di besarkan.

"Argh...!" spontan Aireena menjerit.

adrian di sebelah juga terbangun.

"Kenapa ni?" soal Adrian dengan mata yang terpisat pisat.

Aireena membutangkan matanya.Kenapa?Dia tanya aku ke...na...pa?

"Awak buat apa dalam bilik tidur saya?" dalam kesamaran cahaya lampu tidur Aireena meninggikan suara sedikit.Adrian mula tersedar dimana dia berada sekarang ini.

"Sorry,saya tidak sengaja." kata Adrian sambil menuruni katil Aireena.

Kenapalah aku boleh tertidur dalam bilik dia?Engkau ini Adrian,marah hatinya.Sempat dia memicit pelipisnya.

....................

SEAWAL jam lapan tiga puluh minit pagi lagi Aireena sudah keluar daripada rumah.Sarapan semua sudah dihidangkan di atas meja.

"Awalnya dia keluar?" soal Adrian snediri.Makanan di atas meja disentuh.

Gelak tawa Izwan memenuhi segenap ruang bilik pejabat Adrian.Cerita yang baru sahaja disampaikan oleh bosnya itu benar benar menghiburkan paginya.Nasib baiklah gelakannya itu tidak didengari para pekerja di luar jika tidak pasti Izwan sudah dicop sebagai orang kurang siuman.

Adrian memandang serius wajah di hadapannya.

"Agak agak lah kan kalau aku buang nombor telefon Dhirah daripada phine aku apa perasaan engkau erk?" soal Adrian sambil mengugut.Iphonenya itu dipusing pusingkan.

Muka Izwan sudah mula berubahTiada lagi bunyi gelakan yang keluar daripada mulutnya.

"Engkau sudah dapatkan kah?" Izwan mula bertanya.

Adrian tersenyum senget lalu menjungkitkan kedua dua belah keningnya beberapa kali.

"Bagi aku." sepantas kilat tangan Izwan cuba untuk merampas telefon pintar Adrian tetapi kawan baiknya itu pantas melarikan telefonnya.

Pecah ketawa Adrian apabila melihat perangai Izwan yang bersungguh sungguh ingin mendapatkan nombor telefon Dhirah.

"Amboi kau,tak sabar sabar!"

"Bagilah.Engkau tidak mahukah mendapatkan pahala membantu kawan baik engkau ni mendirikan masjid." tazkirah pendek diberikan.

Adrian menilik telefon pintarnya."Aku sudah send.Pandai pandai engkaulah nak dapatkan hati dia.Engkau tahukan yang dia tu macam Aireena sedikit susah nak percaya and dekat dengan lelaki."

Sepantas kilat Izwan mengeluarkan telefon pintarnya daripada kocek seluar slack yang dipakai dan di hidupkan.Adrian terus menggelengkan kepala apabila melihat Izwan tersenyum sendiri.

"Sudah tiada urusan kan di sini?Engkau nak tersengih atau ketawa macam orang kurang siumankah dalam bilik kau.Banyak kerja aku perlu siapkan ni." halau Adrian. Izwan memandang ke arah bosnya.

"Baik bos.Nampaknya bos sudah menghalau jadi saya angkat kaki dulu ya." Izwan meminta diri.

Adrian hanya mengangguk kepala.

"Bos." Izwan memanggil kembali bosnya sebelum membuka pintu.Adrian mengangkat kepalanya.

"Apa dia?" soal Adrian.

Izwan tersenyum.

"Malam tadi terpeluk.Malam ni pun terpeluk jugakah?" Izwan menyoal sambil ketawa.

Muka Adrian sudah merah kerana menahan marah.

"Danial Izwan bin Darus...Vamoosh sekarang!" jerit Adrian.

Izwan cepat cepat berlari keluar sambil mulutnya masih lagi ketawa melekek lekek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience