Completed
152245
ADRIAN memandang ke arah pintu yang ditolak dari luar.Kelihatan Izwan yang datang ke pejabatnya dengan wajah yang tegang pada petang itu.
"Hai bro.Kenapa, tiba tiba kau datang pejabat aku hari ni?" tegur Adrian.
Belum sempat Adrian menerpa ke arah rakan baiknya itu,satu tumbukan diberikan oleh Izwan tepat ke arah wajah bersih Adrian hingga menyebabkan lelaki itu terjatuh ke lantai.
Adrian terus menyentuh tepi bibirnya yang sedikit terluka.Dia terus bangun lalu matanya bertentangan dengan anak mata Izwan yang kelihatan begitu marah.
"Kau kenapa bro?" soal Adrian tidak puas hati.
Izwan tersenyum sinis." Aku atau kau yang kenapa?"
"Aku tak faham.Apa maksud kau?" soal Izwan lagi.
"Engkau tak faham atau kau buat buat tak faham?Engkau ingat aku tak tahu ke apa yang berlaku hari itu dekat rumah kau?Eh, aku tak pernah jumpa lah orang seego kau!Engkau sanggup merendah rendahkan maruah isteri kau sendiri?" marah Izwan dengan suaranya yang sudah meninggi.
"Pasal benda tu aku tak sengaja.Aku tak boleh kawal perasaan aku masa tu." jelas Adrian agar Izwan tidak memarahinya lagi.
Sekali lagi penumbuk Izwan melekat di wajah Adrian.Terasa suasana tegang di antara mereka berdua.
"Jangan disebabkan cemburu sampai kau sanggup hina dia.Apa salah dia pada kau sampai kau sanggup buat dia macam tu?Kalau kau sayang dan cintakan Aireena, turunkan ego kau dan berterus terang sahaja.Jangan sampai kau hilang orang yang kau sayang untuk kali kedua."kata Izwan.
Kini Adrian pula tersenyum sinis.Darah yang mengalir dilap menggunakan ibu jarinya.
"Sayang dan cinta?Izwan kau sendiri tahukan,sayang dan cinta aku hanya untuk Adriana Damia seoarang.Tiada perempuan main yabg mampu menandingi wanita sehebat dia." nafi Adrian sekeras kerasnya.
"Sudah lah Adrian! Tolong move on daripada kisah silam kau dengan arwah Adriana.Dia dah tiada Adrian.Kenapa kau perlu menghukum perasaan orang yang tidak bersalah?Engkau tak habis habis dengan ego kau.Engkau junjung lah ego kau tu sampai bila bila.Mulai hari ini, kita bukan lagi brotherhood." balas Izwan dengan lontaran suara yang masih sama.Izwan terus berjalan ke arah pintu.
Tangan Izwan terhenti saat berada di tombol pintu.
"Engkau pernah cakap nak melepaskan Aireena kan?Engkau lepaskan sahaja dia, kerana masih ada seseorang yang sedang menunggu masa yang tepat untuk memperisterikan Nur Aireena Dania." kata Izwan sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
"Argh...!" jerit Adrian sambil membaling fail yang berada di atas meja kerjanya ke lantai.Bukan sahaja fail tetapi semua yang ada di atas meja kerja itu sudah selamat mendarat ke lantai.
Adrian terus meramas rambutnya.Saat itu dia bukan sahaja akan kehilangan namun dia juga telah kehilangan orang yang sentiasa ada bersamanya sejak kecil lagi.
"Astagfirullah...Apa yang dah jadi dengan pejabat kamu ni Adrian?" soal Tan Sri Hashim yang kebetulan datang me pejabatnya untuk bertanyakan tentang sesuatu.beristighfar panjang lelaki tua itu apabila melihat keadaan pejabat anaknya yang seakan akan baru sahaja dilanda gempa bumi.
Habis berselerak kertas kertas dan fail serta barang barang yang berada di atas lantai.
Adrian hanya membiarkan sahaja soalan papanya.Saat itu fikirannya benar benar serabut.
"Moon masuk ke dalam bilik anak saya sekarang." arah Tan Sri Hashim saat yang interkom yang masih terselamat di tekan.Wajah anak lelakinya yang berserabut itu dipandang pelik.
Baru sahaja beberapa saat berlalu muncul Moon iaitu setiausaha Adrian dari luar.Dia juga agam terkejut seperti Tan Sri Hashim tadi apabila melihat keadaan bilik ofis bosnya yang berantakan.
"Moon, tolong kemaskan." pinta Tan Sri Hashim sebelum beredar.
Adrian juga turut beredar daripada pejabatnya.Sepas sahaja dua beranak itu keluar,Moon segera mengutip kertas dan fail di atas lantai itu satu persatu tanpa mengeluh.
...................
DHIRAH mula tersenyum apabila satu idea jahat muncul dimindanya.Sebenarnya bukan baru muncul tapi baru sahaja ingin digunakan.
"Aireena apa kata,kau gunakan si Zahim tu untuk buat Adrian cemburu.Mana tahu dengan cara tu Adrian akan mengaku dia cinta kan kau?" jelas Dhirah teruja.
"Engkau mengarut apa ni Dhirah?Adrian hanya cintakan arwah akak Adriana sahaja lah.Lagipun aku tidak mahu mempermainkan perasaan Zahim.Engkau pun tahu kan dia menyimpan perasaan terhadap aku." tolak Aireena.Idea itu langsung tidak terlintas difikirannya.
"Ish, aku tahu lah tentang perasaan Zahim tu.Sebab tu aku kata gunakan bukannya aku suruh bercinta dengan mamat tu betul betul pun." kata Dhirah yang masih lagi dengan perancangannya.
"Kalau kau tak buat macam ni, aku jamin sampai bila bila suami kau tu tak akan pernah nak mengaku tentang perasaan dia pada kau.Tentang cinta dia pada arwah?Itu semua dah berlalu lah wahai cik Aireena ku sayang.Sekarang ni yang dia perlu jaga adalah engkau sebagai isteri dia yang sah." tambah Dhirah lagi.
"Tak payah lah.Aku pun malas nak ambil tahu tentang perasaan dia pada aku.Cause eventually we will get divorced." balas Aireena berbunyi pasrah.
Dhirah memandang Aireena sambil tangannya diletakkan di pinggang tanda geram.
"Engkau jangan nak ego sangat eh macam si Adrian tu!" tegur Dhirah.
"Patutkah aku ikut cadangan Dhirah tu?" soal Aireena selepas dia puas termenung mengingati perbualannya dengan Dhirah di kafe siang tadi.
Aireena terus melangkah keluar daripada bilik kerana ingin minum air dibawa.
Baru sahaja beberapa langkah ke arah tangga, dirinya bertembung dengan Adrian yang baru sahaja pulang daripada kerja.Aireena terus melirik ke arah jam di skrin telefonnya.Sembilan tiga puluh minit malam.Lambatnya dia balik?kata hati Aireena.
"Kenapa dengan bibir tu?" Aireena memberanikan diri untuk menyoal apabila matanya dapat menangkap lebam ditepi bibir suaminya.
Adrian menyentuh lebam tersebut dan berdecit sedikit.
"Tak ada apalah." balas Adrian malas lalu terus berjalan melepasi Aireena.
Aireena pula terus melangkah ke tingkat bawah.
....................
LANGKAH Aireena terhenti saat melihat Adrian yang hanya memakai tuala sewaktu berada di dalam bilik tidur lelaki itu.Sepasang mata miliknya tidak berkelip melihat dada Adrian yang terdedah seperti ada tarikan magnet disitu.
"Awak buat apa dalam bilik saya?" soal Adrian apabila melihat susuk tubuh Aireena yang berdiri kaku di hadapan pintu sambil memeluk sebuah kotak.
Aireena yang terkejut apabila ditegur terus memalingkan pandangannya daripada menatap tubuh lelaki itu.
"Maaf..." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut gadis itu.
" Awak pakai lah baju dulu." tambahnya lalu memusingkan tubuh mengadap pintu.
Astagfirullah...Aireena jaga pandangan mata engkau tu.Engkau pun satu mata.Kenapalah kau pergi pandang dia macam tu?marah dirinya sendiri.
"Saya dah sudah...Masuklah." kata Adrian setelah beberapa minit.
Dengan berhati hati Aireena melangkah mendekati Adrian yang sudah berada di atas katil.
Adrian mengangkat sebelah keningnya.
"Meh sini, saya ubatkan muka awak tu!" kata Aireena setelah dia mengambil posisi di sebelah Adrian.
Aireena terus membuka kotak peti kecemasan yang dipegang sejak tadi lalu kapas dan ubat kuning dikeluarkan dari dalam bekas.
"Tak payah lah," tolak Adrian.
"Awak jangan degil boleh tak?Sini cepat." tegur Aireena sambil kapas yang telah dituang sedikit ubat kuning diletakkan ke tepi bibir Adrian.
"Adoi..." kata Adrian apabila Aireena menekan lebam di tepi bibirnya.
Dia ni nak balas dendam ke apa? Omel Adrian sendiri.
"Macam perempuan." kata Aireena perlahan namun cukup didengari di pendengaran lelaki itu.
Secara automatik Adrian menarik badan Aireena rapat ke badannya hingga membuatkan mata keduanya saling memandang antara satu sama lain.
assalamualaikum n hai korang...hmmm, agak agak lah kan,patut ke Aireena setuju dengan idea si Dhirah tu erk???cuba korang komen... =)
Share this novel