Nur Ammara,satu nama yang cukup ringkas untuk diingati.Seorang wanita berkerjaya sebagai setiausaha hotel bertaraf lima bintang.Memiliki rupa paras yang cantik mampu meleburkan hati jejaka yang memandangnya apatah lagi dengan personalitinya yang mudah didekati dan peramah.
Ammara menjalani kehidupan seperti gadis-gadis biasa yang lain.Jika dilihat pada rupanya dan fizikalnya persis model,dia pernah ditawarkan sebagai model pentas peragaan tetapi dia lebih memilih untuk hidup sederhana.Lebih tenang dan bahagia.
Cinta?Sudah tentu.Dia punya kekasih bernama Adri Watson,pewaris sebuah syarikat pembinan terbesar di Johor Bharu.Sudah semestinya segak dan tampan.Cinta jarak jauh bukan penghalang antara dua hati itu.Bagi Ammara,selagi ada cinta di hati mereka,jarak bukan tembok yang dapat memisahkan mereka.
****
Tengku Muhammad Syamil Bin Tengku Muhammad Fakhry,CEO Royal Pacific Hotel.Seorang yang sangat tegas dan sentiasa serius.Jarang sekali tersenyum tetapi baik orangnya.Tidak terlalu banyak yang diketahui tentang dirinya kerana dia terlalu perahsia.Segala kehidupan peribadinya seolah-olah terkunci dalam kotak harta karun,kemudian dibenamkan ke dasar laut.Semua orang tahu mengenai asal-usul keluarganya tetapi dia tetap menjadi misteri kerana sikapnya yang pendiam,tidak punya rakan ramai,dan tiada gosip mengenainya walaupun dia berketurunan diraja.Terlalu 'low profile'.
-----------------------------AWAS-------------------------------------
Pembaca bawah umur tidak digalakkan membaca novel ini.Faham-fahamlah,romantiknya dan manisnya boleh dapat diabetes.Hehehe.Sesiapa yang berminat boleh follow Miss J.Boleh add Miss J di Ig miss.jebat atau fb Mis Jebat.
Miss J baru join novelplus.Ini merupakan novel pertama Miss J.Pembaca boleh komen dan follow ig miss.jebat..:-)
Share this novel
Menarik cerita ni :)
miss j org Malaysia ke??
bila nak sambung? last update 25/7