Tengku Syamil duduk di atas kerusi dengan helaan nafas yang panjang.Dia menarik tangan aku untuk duduk bersama.Sekarang,aku duduk bertentangan dengan Tengku Syamil bersaksikan cahaya langit gelap yang diterangi sinaran bulan dan bintang.Dia mengusap pipiku,matanya menjamah wajah polos aku dengan sayu."Sekali kau masuk dalam hidup aku,bukan mudah aku nak lepaskan kau pergi.Aku tak bodoh mahu menceraikan kau."Tengku Syamil bersuara.Lidah aku kelu ketika itu.Aku mengerti tiada erti bebas untuk aku lagi.Tengku Syamil tidak sewenang-wenangnya melepaskan aku daripada cengkamannya.Jujur aku katakan,ianya bukan khabar gembira buat aku.
"Habis tu,Tengku ajak saya akhiri semuanya untuk apa?"
"Ammara,aku nak kita duduk berbincang di sini sebagai orang dewasa atau lebih tepat sebagai pasangan suami isteri.Di sini aku bukan bos kau dan kau bukan setiusaha aku."Mendatar saja suara Tengku Syamil menyusun kata-kata.Melihat kepolosan dan kesayuan wajah Tengku Syamil,aku mula berasa simpati dengannya.Namun,aku tetap membisu dari tadi.Tadinya,Tengku Syamil agak kasar sudah bertukar lebih lembut dan waspada.
"Pertama sekali,aku nak kita bina kembali kepercayaan dalam hubungan kita."
"Maksud Tengku?"
"Kau sendiri pun tau yang aku tak akan sesekali ceraikan kau.Ini bermakna kau akan hidup dengan aku selagi nyawa dikandung badan.So,apa kata kita buat satu perjanjian yang tidak berat sebelah tanpa menyakiti mana-mana pihak."Tengku Syamil menggengam kedua-dua tangannya.Dia tidak lagi marah-marah atau mengeluarkan kata-kata kasar kepadaku.
"Perjanjian apa,Tengku?"
"Pertama sekali,aku nak kau laporkan segala aktiviti kau jika ianya tak melibatkan aku.Maksudnya,kau kena bagitau aku dgn siapa kau keluar,ke mana kau pergi,apa yang kau buat dan apa yang berlaku.Macam kau buat laporan kat sekolah tu tapi tak perlu formal."
"Tengku nak kongkong hidup saya selamanya ke?"
"Aku bukan nak kongkong tapi aku suami berhak tau segala aktiviti kau.Cuma beritahu,itupun berat ke bagi kau?Okay,kali ni aku tak akan control kau nak berkawan dengan siapa.Aku tak akan minta kau putuskan persahabatan kau lagi.Berkawanlah dengan sesiapapun tetapi beritahu aku.Boleh?"Tengku Syamil lebih berwaspada berkata-kata kali ini.Caranya bercakap sangat matang berbanding sebelum ini.
"Baiklah,saya setuju."
Senyuman pada bibir Tengku Syamil terukir indah."Good.Kau ada apa-apa nak cakap?Maybe kau juga ada syarat untuk aku."
"Boleh ke saya tetapkan syarat?"Aku memandang dengan penuh harapan.
"Yes,you will.Silakan."
Macam tidak percaya pula aku boleh meletakkan syarat untuk dirinya.Persoalannya,setujukah dia dengan syarat aku.Tak mengapa,aku cuba dulu."Hmm...Saya tak nak Tengku marah saya tak tentu pasal atas sebab-sebab yang saya tak tahu.Saya seorang sangat bertimbang rasa jika dibawa berbincang dengan baik.Tak adanya saya nak marah-marah Tengku balik."
'Kan senang kalau dari awal lagi dia boleh berbudi bicara begini.'Aku pun tidak sakit hati.Aku memang lantang bersuara tetapi aku juga punya budi bicara.
Tanganku aku digenggam semakin erat."Aku janji tak akan marah kau tanpa sebab.I am sorry for that."
Jarang Tengku Syamil mengucapkan maaf kepadaku.Tapi kali ini dia kelihatan sangat-sangat ikhlas memohon kemaafan.Pertama kali dalam hidup,aku melihat dia begini,menurunkan ego memohon maaf.Kelembutan dia meleburkan kemarahan aku kepadanya.
"Saya dah maafkan Tengku.Tapi saya ada permintaan lagi dengan Tengku."
Tengku Syamil mengangguk.
"Saya nak ada masa 'me time' dengan kawan-kawan saya termasuk Meo."Aku mencuba nasib,manalah tahu Tengku Syamil bermurah hati.
"Aku izinkan tapi dengan syarat kau jangan nak bersentuhan dengan Isma Danial lagi macam kau selalu buat.Pegang-pegang tangan,pegang pipi,lentuk-lentuk kepala pada bahu dia.Aku tak suka.Jaga batas pergaulan kau.Aku sorang saja lelaki yang kau boleh manja-manja macam tu."
"Hmmm...Okaylah.Saya cuba."
"No cuba-cuba.Kena buat."Tengku Syamil tidak berkompromi.Tak apalah,asalkan aku dapat meluangkan masa dengan mereka pun aku sudah cukup bahagia.Tak adalah aku mengadap Tengku Syamil hari-hari.Kalau emosi dia baik begini setiap hari,tenang hati aku.Datang perangai 'monster' dia boleh sakit jiwa aku dibuatnya.
"Hmm..baiklah.Saya faham tapi saya ada satu soalan lagi."
"Apa dia."Tengku Syamil bersandar pada tembok balkoni.
Muncung mulutku menghala ke bekas rokok di atas meja yang menjadia persoalan dalam benak aku.Di dalamnya terdapat beberapa puntung rokok."Tengku hisap rokok?"tanya aku.
"Habis tu kau nak aku hisap apa?Isteri aku mogok,rokok saja yang aku boleh hisap."
Panas terasa wajahku.Mungkin sekarang sedang kemerah-merahan.Tengku Syamil tidak segan-segan bercakap hal seumpama itu dengan aku.Walaupun secara kiasan,aku faham maksud nakal dia.Aku pula yang jadi malu.'Gatal betul dia ni.Aku serius kot.'
"Tengku ada nampak muka saya main-main ke?Saya tanya serius ni."Aku menggarangkan muka aku bertanya.
"Hmmm..Kadang-kadang saja aku hisap di kala otak aku tengah serabut."
Kepala kuanggukan.Selama ini,aku tidak pernah Tengku Syamil menhisap rokok,jadi aku hairan juga keberadaan puntung rokok di situ.
"Ammara,boleh aku pinjam telefon kau sekejap?"Aku mengerutkan dahi.Aku menghulurkan telefon bimbit aku kepada dia tanpa menyoal macam-macam.Tak ada apa yang aku ingin rahsiakan pun dalam telefonku.Jadi,ku serahkan bulat-bulat kepadanya.
Jari-jemarinya ligat mengetik dan menyentuh skrin telefon tetapi aku tidak tahu untuk apa yang dicari.Kemudian,dia memandang aku yang duduk di kerusi."Kenapa dalam akaun ig dan fac kau tak ada satu pun gambar aku?"
Aku meletakkan jari telunjukku pada bibir."Errr...err..Tengku kan tak suka bersosial."
"Biasanya orang yang dah kahwin tak letak gambar dengan suami takut market jatuh.Takut tak ada orang nak ngorat.Ni tengok komen dalam ni boleh tahan ramai juga lelaki.Kau kenal ke semua ni?"
'Haaa..Sudah.'
"Tak kenal semua."
Matanya terpacak pada skrin telefon memantau akaun media sosial aku."Ni Fahad Syahmi siapa?Kerap sangat komen kat gambar kau..Hai si cantik!Boleh tak nak kenal you."Tengku Syamil mengajuk komen yang ditulis oleh pemilik akaun Instagram bernama Fahad Syahmi.Gigihnya Tengku Syamil membelek satu persatu.
Bahu aku jungkitkan ke atas."Tak tahu.Saya pun tak kenal dia siapa.Selalu komen tapi saya tak pernah balas."Tidak semua pengikut media sosial aku kenal.Ada yang mengikuti aku untuk berkenalan dan sebahagiannya 'love scammer.'
"Aku nak kau unfollow atau unfriend dengan rakan lelaki yang kau tak kenal langsung dari akaun medsos kau.Tinggal yang kau kenal saja cukup.Tak payah nak tambah kenalan yang tak tau mana asal-usul.Faham."
"Ramai tu,jenuh saya nak unfriend satu-satu."
"Yang kau gatal-gatal accept dorang request kenapa?Dah tau tak kenal,ignore sajalah.Saja nak bajet kau tu hot?"
Masalahnya Tengku Syamil sudah berbalik ke perangai asalnya.Elok-elok sudah berbaik,sengaja menguji kesabaran aku.Aku pula pantang dikacau,lantanglah aku membalasnya.
"One more thing,aku nak kau upload gambar aku sekali dalam medsos kau.Biar lelaki-lelaki tu semua tahu yang kau dah kahwin.Kalau tak nak juga,deaktif saja akaun kau."Tengku Syamil menghulurkan kembali telefon kepadaku dengan syarat memuat naik gambarnya.
'Haihh..Tengku tetap Tengku.Selembut mana pun dia,sikap kepunyaan itu tetap utuh dalam dirinya.'
'Aku sehabis daya tidak mahu orang tahu.Bukan aku tidak suka Tengku Syamil tetapi aku tidak mahu rakan-rakanku tahu yang suami aku berpangkat Tengku.'
****
Cik Puan Salina mengoyakkan surat yang baru diterimanya tadi dengan marah.Dia bengang tuntutannya di mahkamah tidak berpihak kepada dirinya."Jahanam!!"tempik Cik Puan Salina seorang diri.
"Jangan stres,kak."Raimi menenangkan kemarahan kakaknya.Dia juga turut sakit hati dengan surat yang dibaca.Mahkamah menolak tuntutan mereka mentah-mentah kerana mereka tidak punya bukti yang kukuh.
Merah mata Cik Puan Salina.Kemarahan kepada Tengku Syamil membuak-buak."Aku yakin dia yang ubah wasiat arwah suami aku.Fakhry dah janji akan wasiatkan sebahagian hotelnya kepada aku.Si Syamil bedebah tu dah rosakkan segalanya."Cik Puan Salina merenyukkan cebisan kertas pada tangannya dengan geram.Ikutkan hatinya,Tengku Syamil juga ingin direnyuk seperti kertas itu.
Raimi menuangkan air oren sejuk ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Cik Puan Salina."Minum ni dulu.Bagi sejuk hati kau yang tengah panas tu."
Cik Puan Salina minun air tersebut dengan gelojoh sehingga habis namun tidak dapat mengurangkan sakit hatinya kepada Tengku Syamil."Syamil tu dari mula aku kahwin dengan Fakhry,dia dah buat hal dengan aku.Bertahun-tahun aku sabar dengan perangai keluarga gila mereka tu tapi aku tak dapat apa-apa.Cuma rumah buruk ni nak buat apa?"Cik Puan Salina membentak.
"Kau boleh sabar tak,kak?"
Cik Puan Salina mengerling tajam kepada adiknya."Kau apa tau?Kau tu tau nak makan hasil saja,usahanya tidak.Cuba kau tolong aku fikir macam mana aku dapatkan hotel tu."
"Aku tengah fikirlah ni."Raimi menjawab.
"Fikir apa asyik melopong saja dari tadi?"
"Simple saja,kak.Kalau kita tak boleh guna cara baik,kita boleh guna cara kotor."Dengan senyuman sinis Raimi berkata.
Cik Puan Salina memandang adiknya dengan hairan."Maksud kau?"
"Aku ada plan."
"Kalau plan kau tu tak ada plan yang baik pun.Semuanya plan jahat kan?"
"Alaah...kau tu macam tak biasa buat kerja jahat.Kau dengan aku sama saja,kakak.Berapa banyak kerja jahat yang kau dah buat?"Raimi mengingatkan kakaknya.Memang dari dulu Cik Puan Salina selalu menggunakan taktik kotor untuk memenuhi kehendaknya.
Cik Puan Salina tersenyum."So,apa plan kau?Aku nak plan yang boleh buat Syamil jatuh tersungkur."Tidak sabar dia mengenakan Tengku Syamil.
****
Aku melabuhkan punggungku di sebelah Tengku Syamil yang leka dengan telefonnya.Mataku sempat mengintai skrin hadapan telefonnya.Dia membaca buku "Sejarah Laut Termenung" secara atas talian.Minat Tengku Syamil jauh beza daripada aku.Dia sangat gemar bahan bacaan yang lebih ilmiah terutamanya berkaitan sejarah.Di dalam rak bilik kerjanya terdapat banyak buku-buku sejarah dan ensiklopedia.Jauh bezanya dengan aku yang lebih gemar bersosial dalam media sosial dan membaca isu terkini sepintas lalu.
Perbezaan umur aku dan dia tidaklah begitu ketara di mana dia tua empat tahun daripada aku.Cuma bagi aku,minat dia agak sendu dan membosankan.Mungkin bagi dirinya minat sebegitu menyeronokkan tetapi tidak bagiku.Jika disoal aku tentang Sejarah tingkatan lima dulu pun belum tentu aku dapat jawab dengan betul.
Dia gigih membaca tanpa hiraukan aku di sebelahnya.Mahu atau tidak aku mulakan perbualan."Tengku,could you pay attention to me?"
Tengku Syamil tidak memandangku."Apa,Ammara?Cakap sajalah."
Aku hulurkan telefon dan sekali lalu dia melihatnya tanpa apa-apa riak pada wajahnya."Saya nak ke sini,"kataku menunjukkan gambar percutian di Cameron Highlands.
"Kau nak ajak pergi ke?"acuh tak acuh saja Tengku Syamil menjawab.
"Tak.Bukan nak ajak Tengku.Saya nak 'me time' dengan Kak Nani dan Meo."Aku beritahu perancanganku tetapi dengan Meo dan Kak Nani pun aku tidak beritahu apa-apa lagi kerana aku tahu mereka pasti tidak akan menolak cadanganku.Pertama sekali,aku perlukan dapatkan keizinan daripada Tengku Syamil terlebih dahulu.
Tengku Syamil meletakkan telefonnya lalu memandangku.'Baru nak bagi tumpuan apa aku cakap.'
"Me time?"
"Hmm..Yalah.Tengku cakap Tengku izinkan saya me time dengan kawan-kawan saya?Jangan nak ubah fikiran pula."Aku mengingatkan perjanjian kami tempoh hari.
"Hmmm..Kau nak pergi bila?Menginap di mana?Naik kereta siapa?Balik bila?"Meleret-leret soalan Tengku Syamil untuk aku jawab.
"Cuti next week kan Tengku bagi kami cuti dua hari,tapi petang jumaat tu kami dah nak bertolak.Menginap homestay tapi tak cari lagi.Ahad baru balik.Naik kereta Meo tapi pandu gilir-gilir."Aku menjawab satu-persatu soalannya.Rasanya tiada soalannya yang aku tertinggal untuk jawab.
Tengku Syamil berfikir agak lama untuk memberikan jawapan.Aku menanti dengan sabar tetapi berharap mengizinkan aku pergi.
"Hmmm...Okay.Pergilah."
Aku girang tidak terkata apabila Tengku Syamil memberi lampu hijau untuk aku pergi.Tidak kuduga kali ini begitu mudah dia melepaskan aku pergi.Kerana terlalu gembira aku memeluk erat tubuhnya dari sisi lantas mengucup pipinya berkali-kali.
"Ammara,pleasa stop it sebelum aku terkam kau."Tengku Syamil memberi amaran.Aku melepaskan Tengku Syamil dengan senyuman lebar.Gembiranya hatiku.
"Jangan happy sangat.Ingat jaga tingkah laku kau.Then,beritahu aku homestay mana kau booking."
"Ya.Saya faham.Saya pergi jalan saja.Apa-apa pun,terima kasih,Tengku.Nanti saya belanja Tengku strawberi."
"Hmmm..."Tengku Syamil malas melayanku barangkali.Jadi,aku menyandar pada sofa di sebelahnya bermain telefon.Selepas malam perhitungan tempoh hari,dia tidak lagi baran denganku.Bertikam lidah itu biasalah cuma tiada amukan yang mengguris hati.
Aku ralit membalas komen sahabat lamaku dalam Instagram.Bertalu-talu komen masuk sejak aku memuat naik gambar pernikahan aku dan Tengku Syamil.
'Ammara,handsome siot husband kau.Kahwin tak ajak pun aku.'Seorang teman sekolah menengahku memberi komen.Aku tersenyum sendiri dengan komen-komen yang rata-ratanya memuji ketampanan Tengku Syamil.Bangga sekejap mereka memuji suami aku yang garang ini.
"Kau mesej siapa senyum sorang-sorang ni?"Tengku Syamil bertanya.Dia merapatkan badannya dengan aku.Kepalanya disangkutkan pada bahuku.
"Mana ada mesej siapa-siapa.Kan Tengku suruh saya upload gambar kita.Saya balas komen kawan-kawan saya tentang kita.Tak ramai yang tahu kita dah kahwin."Aku menunjukkan akaun Instagram aku kepada dia.
Kemudian,matanya tertumpu pada komen pemilik akaun Fahad Syahmi.Dibacanya komen itu,"Awak dah kahwin rupanya?Melepaslah saya.Frustnya..Bunga secantik awak menjadi milik orang."
'Aduh,komen ini boleh mendatangkan marah Tengku Syamil.Mendapatlah aku.'Aku risau Tengku Syamil naik angin.
"Kau block budak ni,"arah dia tanpa kompromi.Aku tidak banyak berkata,mengetik skrin dan menyekat akaun lelaki yang selalu muncul dia Instagram aku itu.Daripada darah panas dia menggelegak,lebih baik aku patuh saja kehendaknya.Lagipun,aku bukan kenal lelaki itu.
"Good,"katanya apabila aku menyekat lelaki itu di depan matanya sendiri.Nasib baiklah emosi dia stabil.
Telefonku diambil.Dia melihat kembali gambar-gambar lamaku semasa belajar dalam Intagram."Kau kenal Adri berapa lama?"Kini,dia merenung gambar kontinjen universiti aku menyertai temasya olahraga antara universiti.Dalam gambar itu,ada gambar Adri sekali.'Gambar ramai-ramai takkan dia nak marah.Yang sweet-sweet dengan Adri semuanya aku dah padam.'
"Tujuh tahun."
"Macam mana kau boleh rapat dengan dia."Tengku Syamil ingin tahu.
"Hmmm...Perlu ke saya cerita?Kenapa Tengku tanya?"Aku tidak enak dengan soalannya itu.
"Nak tau sejarah percintaan isteri aku dengan Adri.Macam mana kau boleh tangkap angau dengan dia sangat."Nadanya berbaur cemburu dan memerli.Sebab itu,aku kurang selesa untuk bercerita tentang Adri walaupun ditanya.
Aku melepaskan nafas."Saya mula kenal Adri masa latihan pemilihan olahraga yang ni la.Selepas pertandingan tu,kami jadi kawan rapat lebih kurang setahun,then couple.Itu sajalah,tak ada yang menarik pun."Aku bercerita secara ringkas.Aku dan Adri hanyalah kenangan lalu yang tidak harus aku endahkan lagi.
Tengku Syamil berfikir sejenak."Kau masih merindui dia?"aju Tengku Syamil kepadaku.Soalan jenis apakah ini?Aku yang hampir melupakan Adri Watson terkenang kembali memori lama.Apa motif Tengku Syamil mengajukan persoalan begini?
"Hmmm..Entahlah,Tengku.Ingat tu memang ingat tapi saya dah tak ada rasa apa-apa pun."Sejujurnya aku tidak ada apa-apa perasaan untuk Adri sama ada sedih atau kecewa.Hanya pada awal perpisahan saja aku merasa kecewa.Mungkin aku telah belajar untuk reda dengan apa yang berlaku.Aku pun malas mahu berfikir soal Adri,lagipun dia sudah berubah dan mencari sinar baharu dalam hidupnya.
****
Salmah terbongkok-bongkok menyapu halaman rumahnya.Bayangan Ammara membantunya di membersihkan halaman masih segar dalam ingatannya.Satu-satunya cucu kesayangan telah pun berumahtangga.Dalam hatinya tersimpan seribu satu rahsia yang dikunci kemas tanpa pengetahuan Ammara dan Saifudin.Terlalu zalim perbuatannya kepada darah dagingnya sendiri kerana bencikan pilihan Saifudin.
Masih terbayang dalam ingatannya ketika Tengku Zanariah datang ke rumahnya dengan penuh harapan yang ketika tinggal di Bentung.Dia mencekak pinggang apabila Tengku Zanariah tiba di perkarangan rumah kampungnya.
"Mek,apa khabar?Mek sihat?Abang dan Sofia sihat?"Tengku Zanariah merapatinya dengan air mata kesyukuran.Sekian lama dia menganggap keluarganya meninggal,akhirnya bertemu kembali dalam keadaan sihat walafiat.
Salmah menyorokkan tangannya ke belakang kerana tidak mahu bersalam dengan Tengku Zanariah.Terasa benci dia melihat wajah itu."Mu maghi sini nok wat gapo?Gigih sangat mu cari keluargo aku."
Tengku Zanariah mengawal perasaan dan mengesat air matanya perlahan-lahan.Setelah bertahun-tahun,kebencian ibu mentuanya tidak pernah pudar."Mek,Zana datang nak jumpa suami dengan anak Zana.Mana Sofia?Mana Abang Saifudin?Zana rindu sangat mereka berdua.Izinkanlah Zana jumpa mereka."Tengku Zanariah merayu dengan deraian air mata.Tengku Zuraidah yang menemannya memegang bahu menenangkan esakan adiknya.
"Mu nok wat gapo jupo anok nge cucu aku?Mu hok tingga anok mu,le ni mu nok maghi tengok pulok.Mu toksoh mipi dapat jupo Din nge Ammara.Mu lakoh mayat aku dulu,baru mu boleh jupo demo duo oghe."Salmah mencerlung matanya kepada Tengku Zanariah.Esakan Tengku Zanariah tidak dipedulikan.
"Mak cik,tak baik buat macam tu.Sampai hati mak cik pisahkan cucu mak cik dengan mama kandungnya.Nenek jenis apa mak cik ni?"Tengku Zuraidah menyampuk dan mula meninggikan suara membalas keangkuhan Salmah.
"Mu tu sapo nok masuk capo?Mu dok tau gapo-gapo jange nok masuk capo hal keluargo aku.Mu duo oghe kelik mulalah.Aku nyampoh tengok muko sep mu.Mu date sini pon tok diunde."Sombong sekali Salmah menghalau dua beradik itu.
Mendidih darah Tengku Zuraidah dengan omongan Salmah."Mak cik ni harap saja dah berumur tapi tak ada adab langsung.Saya berhak masuk campur sebab yang mak cik benci sangat ni,adik saya dan juga mak saudara Tengku Sofia.Saya tak sangka ada juga mak mentua sehitam hati mak cik."
"Aku oyak doh,sekali aku beci maksudnyo seumur hidup aku beci.Mu bawok kelik adik mu.Aku tokse kelih pon muko diyo."Berlagak sekali Salmah berkata-kata.
"Mak cik..."Percakapan Tengku Zuraidah terhenti apabila Tengku Zanariah memberi isyarat dengan memegang bahu kakaknya sambil menggelengkan kepalanya.Dia tidak mahu merumitkan keadaan.
Kemudian,Tengku Zanariah berdiri di hadapan Salmah dengan wajah yang sangat sayu disertai air mata yang mengalir bak air sungai yang tiada hentinya.Tidak semena-mena,dia melutut di hadapan ibu mentuanya.Tengku Zuraidah agak terkejut dengan tindakan adiknya.
"Mek,maafkan Zana jika Zana ada buat salah dengan mek selama ni.Zana merayu sangat dengan mek,Zana nak jumpa abang dengan Sofia.Zana rindu sangat nak tatap mereka berdua.Tolonglah faham,Zana.Mek juga seorang ibu,takkan mek tak faham hati seorang ibu."Tengku Zanariah menangis merayu di hadapan ibu mentuanya.Namun,tidak sedikit pun hatinya tersentuh dengan rayuan Tengku Zanariah sebaliknya dia menunjal kepada Tengku Zanariah sehingga terjelepok di atas tanah.
"Zana.."Tengku Zuraidah memaut lengan adiknya.
"Mu dengo sini molek.Jange berani-berani mu date sini lagi cari cucu nge anok aku.Aku hare kea mu jejok umoh aku lagi.Kalu mu maghi jugok,aku bawok Ammara dengan Saifudin lari dari sini.Nok oyak bui,Din nge Ammara lasung tok kenal mu.Ingat pon dok.Bagi Din nge Ammara,mu tu doh mati.Mu pehe dok?"Salmah menggila memarahi Tengku Zanariah.
Terhiris hati Tengku Zanariah dengan ucapan Salmah kepadanya.Tiada simpati dan kasihan kepadanya.Dia hanya mampu mengalirkan air mata.Penantiannya hanya sia-sia untuk bertemu dengan suami dan anak sulungnya.Kakinya lemah untuk menapak.Kekecewaan yang sangat sakit dirasainya waktu ini.Dia diperlakukan seperti orang bodoh.
Tengku Zuraidah memapah adiknya bangun."Mak cik terlalu sombong dan angkuh.Saya doakan mak cik akan menyesal satu hari nanti sebab menzalimi adik saya,"kata Tengku Zuraidah sambil berlalu.
Air mata Salmah mengalir di pipi tanpa dia sedar apabila terkenangkan peristiwa itu.Tengku Zanariah pulang dengan seribu keretakan di hatinya."Astagfirullahalazim.Mek mitok maaf,Zana."Dia berbicara sendiri.
"Moh."Satu sapaan membuatkan dia cepat-cepat mengesat air matanya.Apabila dia berpaling,ada jirannya datang menghulurkan semangkuk pulut durian.
"Terimo kasihlah.Susoh ke mu jah."Salmah menyambut pemberian itu dengan gembira.
"Dok susoh pon.Mugo cucu buje aku kelik sini nok make pulut duriye.Aku pon wak lebih ke mu etek.Buleh la menghaso sikit soghe."
"Sapo kelik?Zaidi ko?"tanya Salmah.Dia pun kurang mengenali anak muda di situ.Dia kenal Zaidi kerana dia kawan rapat dengan Ammara dahulunya.
"Holah.Zaidi la,sapo lagi?Tapi gak diyo kecewo benarlah bilo aku oyak Ammara doh nikoh.Diyo tu lamo doh ado hati ke Ammara tapi jenis nakut nok oyak.Doh putih mato gitu jah."Mek Senah bersungguh-sungguh bercerita dengan tangannya menyentuh bahu Salmah beberapa kali.
"Tak ado jodoh,nok wak gano,Senah?"
"Sungguh la takdok jodoh.Tapi gak aku nyesal jugok dok masuk mine Ammara cepat-cepat dulu.Aku ni kene sungguh la ke cucu mu,doh la lawo,rajin pulok tu.Dok tunggu ko Zaidi oyak sendiri kononnya.Pas ceroh tok oyak-oyak,sudohnyo putih mato."Mek Senah masih tidak berhenti bercakap.
"Takpolah,adolah tu jodoh Zaidi nanti.Maghi duk sembang kat tanggo.Lenguh kaki diri lamo gini."Salmah mengajak Mek Senah bersembang di tangga rumahnya.
****
"Guys,kita dah lama tak pergi me time.Apa kata kita pergi Cameron?Cuti weekend yang Tengku cakap nak bagi kita cuti dua hari."Aku mengajak Kak Nani dan Meo bercuti sama.
"Kau tu boleh ke?Kitorang ni single,tak ada siapa yang kisah.Kau tu,encik suami lepas ke kau pergi?"Meo bertanya dengan suara kepitnya sambil menggigit straw.
"Lepaslah.Aku dah tanya Tengku."Dengan yakin aku berkata kerana aku sudah bertanya dengan suamiku itu.Setakat ini,dia tidak melarang aku.
"Baiknya hati Tengku bagi kau jalan-jalan dengan kitorang.Aku no on saja,"kata Kak Nani.
"Kalau macam tu deal,okay.Kita pergi cuti dua hari yang husband aku yang baik hati kononnya tu bagi."Kami melakukan 'give me five' bersama-sama sebagai tanda setuju.
"Eee...Tak sabarnya.Aku tak sabar nak makan scone jem strawberi.Kecur air liur aku tengok orang review kat Fac."Aku menelan air liurku.
Kak Nani dan Meo memandang aku serentak.
"Kenapa korang pandang aku macam tu?"
"Kau ada isi ke,Ammara?"tanya Kak Nani membulatkan matanya.
"Isi apa pula?"Aku tidak faham.
Meo menyampuk sambil menepuk bahuku,"pendinglah kau ni.Maksud Kak Nani tu kau pregnant.Mengandung.Eee...Tak sabarnya nak tengok junior Ammara dan Tengku Syamil.Mesti comel."
"Ammara bergabung dengan Tengku Syamil,meletup.Keluarlah junior yang comel."
Tersedak aku dibuatnya."Pregnant?Agak-agaklah korang berdua ni."Aku mula tidak senang hati.'Janganlah mengandung lagi,'pintaku dalam hati.
"Kau ajak kitorang pergi Cameron semata-mata nak makan scone.Sesuatu sangat.Mesti kau pregnant ni."Kak Nani menambah lagi buatku debaran jantungku kian laju mengepam darah.
"Tak mungkinlah.Aku baru kahwin sebulan,takkan dah mengandung."Aku menafikan.Sebelum aku kahwin dengan Tengku Syamil lagi aku dah teringin nak makan skon sebab aku tengok 'review' di media sosial sangat mengiurkan.Lagipun,usia perkahwinanku hampir sebulan,terlalu awal untuk aku punya anak dengan Tengku Syamil.'No!'
"Bunting pelamin,Cik Puan Ammara oii.Kalau kau dah ehem-ehem dengan suami kau,tak pelik pun kau pregnant."Meo menyampuk.Berubah sudah riak aku ketika itu tetapi hatiku yakin yang aku tidak hamil.
"Betul tu,Ammara.Alaaa..kau tak payah rungsinglah,sah-sah papa baby ni Tengku Syamil yang helok tu.Dan anak kau nanti,mestilah helok macam mama dan papa dia kan?"Kak Nani mengusikku.Sesak nafasku mendengarnya.
"Merepeklah korang berdua ni.Aku tak pregnant pun.Aku taulah badan aku."Aku berdalih lagi.
"Balik nanti,kau singgah farmasi beli pregnancy test kalau nak sahih,"cadang Kak Nani mengenyitkan mata kepadaku.Aku alihkan pandangan aku kepada telefon,buat-buat tidak dengar.
"If you're really pregnant,tell us instantly.I can't wait the good news,"kata Meo.Aku malas melayan mereka berdua.Aku diam sahaja.Diam-diam aku tetap aku merasa gelisah.
****
Mata bundar aku dibuka sedikit demi sedikit.Seram sejuk aku mahu melihat keputusan ujian kehamilan yang baru aku jalani sekejap tadi.Jantungku tidak perlu cakaplah.Jika boleh melompat,dari tadi lagi jantungku itu sudah terkeluar dari dadanya.Balik kerja tadi aku sempat singgah di farmasi memandangkan aku dan Tengku Syamil menaiki kereta yang berlainan.Senanglah aku mengular sekejap sebelum balik.Tengku Syamil entah ke mana,setiap kali habis waktu kerja dia akan menghilang.'Biarlah dia.Tak penting pun di pergi ke mana.'
"Please.Please.Not this time."Mulutku terkumat-kamit serentak dengan gerakan perlahan kelopak mataku.Saat melihat tanda merah itu,aku rasa ingin melompat kegirangan dalam tandas tersebut.
"Yes,negatif."Hanya ada satu jalur merah pada alat tersebut menandakan keputusan negatif.Cerah kembali mataku.Jantungku tadi yang berdetak laju,perlahan-lahan kembali normal.
Aku membalut alat tersebut dengan kepingan tisu tandas sebelum kubuang ke dalam tong sampah supaya Tengku Syamil tidak perasan.Setelah selesai dan aku sudah yakin Tengku Syamil tidak akan perasan,aku masuk semula ke dalam bilik tetapi Tengku Syamil tiada di situ.
Aku agak dia di ruang tamu atau bilik kerja.Aku mencarinya di ruang tamu,tiada dan sunyi.Aku pergi ke bilik kerjanya.Ya,dia sedang duduk termangu di mejanya meratapi foto keluarganya.
Aku masuk walaupun tidak dijemput.Aku berdiri di belakang Tengku Syamil.Foto sebuah keluarga bahagia ditenungnya.Aku memicit kedua-dua bahunya tanpa berbicara.
"Ini keluarga aku.Foto ini foto terakhir aku sebagai keluarga,"tiba-tiba dia bersuara.Ya,melihat gambar itu sebelum ini,aku sudah mengagak itu ialah keluarga Tengku Syamil namun aku tidak pernah bertanya mengenai mereka.Dia pun tidak pernah bercerita tentang keluarganya kepada aku.
"Dulu keluarga aku sangat bahagia tetapi semuanya berubah selepas kehadiran Auntie Salina.Bonda kemurungan teruk semasa ayahanda berkahwin dengan Auntie Salina.Aku sedih tengok bonda hilang semangat untuk hidup.Kebetulan,masa tu Bonda Zana ada di Australia,jadi bonda hanya ada aku tempat mengadu.Ayahanda pula,selepas dapat pucuk muda,bonda dan aku diabaikan.Ayahanda tak pulang jenguk kami sehingga nenda bawa balik kami ke vilanya.Sebulan selepas itu,Bonda Zana balik dan memujuk hati bonda."Tengku Syamil sebak meluahkan kisah hidupnya kepada aku.Aku simpati dengan nasib suamiku ini.Aku sangkakan kehidupannya indah tetapi sebenarnya dia sangat terluka.Aku duduk di pengadang kerusi roda itu lalu mendakap Tengku Syamil.
"Bonda Zana dan nenda tidak putus asa menghantar bonda menjalani rawatan sehingga bonda kembali sihat.Akulah orang paling gembira apabila bonda sihat.Tak habis di situ,ayahanda balik ke rumah nenda bersama Auntie Salina tanpa rasa bersalah dengan bonda.Mereka nak tinggal bersama nenda tetapi nenda dan bonda tak benarkan.Walau bagaimanapun,mereka terpaksa terima sebab ayahanda ugut,akan serahkan segala syer bahagiannya kepada Auntie Salina seorang saja.Mahu ataupun tidak,aku dengan bonda yang mengalah keluar dari rumah nenda,"sambung Tengku Syamil lagi.Air mataku turut menitis mendengar cerita Tengku Syamil.
Aku biarkan Tengku Syamil meluahkan ceritanya kepadaku.Di saat ini,aku merasakan aku ingin berada di sisinya.Memeluk dia dengan penuh rasa kasih.
"Aku benci ayahanda masa tu.Setahun selepas itu,ketika umurku empat belas tahun,aku kehilangan bonda kerana kemalangan yang direncanakan tetapi kes itu ditutup begitu saja.Aku tau Auntie Salina dan ayahanda terlibat tetapi ayahanda menyogok wang supaya kes itu ditutup dan diklasifikasikan sebagai kes kemalangan saja.Ammara,adilkah bonda aku diperlakukan begitu?Hidupnya diabaikan malahan matinya tiada keadilan."
Aku menggeleng dengan deraian air mata.Memang tidak adil untuk arwah bonda Tengku Syamil diperlakukan begitu."Tak adil,Tengku."
"Ayahanda tamak.Dia turut mahukan syer bonda menjadi miliknya,sebab itu dia merancang membunuh bonda.Selepas bonda meninggal,aku tingga dengan nenda dibantu dengan Bonda Zana.Ayahanda menjagaku selama dua bulan tetapi aku sentiasa memberontak di bawah jagaannya.Aku selalu buat hal di rumah malahan di sekolah sehingga ayahanda dan Auntie Salina tidak mampu mengawal aku lagi.Setiap hari aku akan mencari pasal dengan mereka berdua.Dan akhirnya,ayahanda serahkan aku di bawah jagaan nenda dan Bonda Zana.Kau tau aku benci ada ayahanda sebegitu."
Tengku Syamil merintih dalam dakapanku.Air matanya jantannya gugur ke lantai.Tidak hairanlah jika dia menjadi sekasar begini.Dia kehilangan kasih sayang bonda dan ayahanda dengan sekelip mata.Ya Allah,selama ini aku fikirkan aku bernasib malang ditinggalkan ibu tetapi Tengku Syamil lebih berat ujiannya.Sekurang-kurangnya aku masih ada abah yang sangat sayangkan aku.Tentang kisah hidup Tengku Syamil,aku tidak dapat komen atau nasihat sebab aku faham betapa peritnya kehilangan.
Apabila tangisannya semakin reda,aku mengajaknya masuk tidur ke bilik,"Sudahlah,Tengku.Jom ke bilik,kita masuk tidur."
Tangan Tengku Syamil merangkul pinggangku dengan kemas.Mukanya mendarat di dadanya."Don't leave me alone."
"I never leave you alone,Tengku.Jom masuk tidur."
Miss j on air.hehehehe..Maaf lambat update.Chapter ni kita feeling2 dulu.:-)TS ni baik sebenarnya,kasar sikit je.
Share this novel
bl nk update..huhuhu
bl nk update..huhuhu
bl nk update..huhuhu