Seorang perempuan mengusap lembut pipiku.Aku tidak tahu air matanya bergenang kerana gembira atau kesedihan.Dia mengukirkan senyuman tetapi ada air mata yang mengalir perlahan itu.Aku penasaran.Siapa perempuan ini sebenarnya?Kenapa dia datang menemuiku di kolejku?Tidak sampai sebulan aku melanjutkan pelajaran di kolej,wanita ini datang menemuiku.
Tubuhku didakap dengan erat seperti seorang ibu yang terlalu merindui anaknya.Aku kaget dan biarkan sahaja.Setelah puas,perempuan itu melonggarkan dakapannya.Direnungnya aku dengan lama.Kerinduan pada sinar matanya jelas terpancar.
"Tengku Sofia Ammara."Perempuan itu memanggilku.Haaa...Dia sudah salah orang rasanya.Aku bukan orang yang dicari.Mungkin perempuan ini salah faham dengan nama kami yang hampir sama.Lagi-lagi,yang dicari itu berpangkat Tengku,kerabat raja.
"Maaf puan,saya rasa puan salah orang.Nama saya Nur Ammara."Aku perbetulkan salah faham itu.Perempuan itu mencapai tanganku lalu digenggam kemas.
"Mama tak salah orang.Memang Sofia orang yang mama cari selama ini,"kata wanita tersebut.Aku semakin keliru kerana dia membahasakan dirinya mama.
Keningku hampir bercantum dahiku dikerutkan.Aku masih hairan.Tiba-tiba,seorang wanita datang mengakui aku anaknya sedangkan aku tidak pernah mengenali siapa ibuku.Aku mula rasa was-was.Mana tahu mungkin wanita ini sindiket pemerdagangan manusia yang datang menyamar mencari mangsa seperti aku.
"Saya betul-betul minta maaf,puan.Puan memang salah orang.Mama saya dah lama meninggal dunia,tak mungkin puan mama saya.Lagipun saya bukan keturunan Tengku.Apa sebenarnya modus operandi puan ke mari?"
"Sofia memang anak mama.Mama ada bukti."Cepat-cepat wanita itu keluarkan sebuah album lama dan tunjukkan kepadaku.Dibukanya satu persatu helaian album gambar tersebut.Bulat bebola mataku melihat foto-foto abah bersama wanita itu dan ada banyak keping gambar ketika aku masih bayi.Satu demi satu foto-foto itu aku belek.
"Ini gambar mama dengan papa masa kami mula-mula nikah dulu.Sekarang Sofia sudah percaya yang Sofia anak mama?"
Aku pandang wanita itu dengan genangan air mata."Tak mungkin,opah cakap mama saya meninggal semasa melahirkan saya."
Wanita itu menghela nafasnya."Susah mama nak jelaskan sekarang.Sofia habis kelas pukul berapa?Lepas habis kelas,mama hantar Sofia pulang ke rumah semua akan tahu semuanya."
Aku mengangguk.Macam-macam tanda tanya bermain dalam benak aku.Benarkah mamaku sudah meninggal?Tapi siapakah perempuan ini sebenar?Kenapa baru sekarang dia datang mencari aku?Apakah abah dan opah ada menyimpan rahsia yang aku tidak tahu?
Pap..Pap..Pap..Meo mengetuk mejaku.Bayangan Tengku Zanariah turut terbang dari mataku.
"Amboi-amboi,pengantin ni!Berangan je kerja kau kan?Baru 3 hari kahwin dah masuk kerja.Cuti-cutilah Ammara oii..Ajak bos kita tu cuti pergi honeymoon,tak adalah kau berangan teringatkan bos kita tu,"Meo berseloroh dengan kau.Kak Nani di meja sebelah sana turut ketawakan aku.
"Mana ada aku teringatkan dia."Aku berdalih.Aku memang tak ingat pun Tengku Syamil.Aku hanya mengimbau masa silam yang orang lain tidak tahu.
"Eleh,tengok muka pun tahu yang kau rindu kat dia.Tak nak mengakulah tu."Meo menyakat aku.
"Meo,kalau aku rindu sangat aku boleh masuk dalam bilik dia bila-bila masa aku sukalah,"kataku.Tiada erti rindu aku untuk lelaki itu.Selama tiga hari aku menjadi isterinya,aku tidak rasa apa-apa perasaan kepadanya.Mungkin terlalu awal untuk aku merasainya.
"Dah la tu,jom kita lunch,"Kak Nani mencelah menghala ke mejaku.Meo berlari-lari anak ke mejanya mengambil dompet.
"Kau nak lunch dengan kitorang ke lunch dengan dengan darling kesayangan kau?"tanya Kak Nani pula mengusikku.Dia mengenyitkan mata kepada Meo.Dua orang ini tak habis-habis mengenakan aku.
Tanpa berfikir panjang aku mengambil keputusan untuk makan bersama mereka berdua.Tengku Syamil?Dia faham-fahamlah yang aku makan tengah hari dengan mereka berdua.
****
Tengku Zanariah menjemput Saifudin duduk di kerusi hadapannya.Menu sudah terhidang di atas meja.
"Ada apa Tengku minta saya datang sini?"tanya Saifuddin.Dia hairan apabila Tengku Zanariah menghubunginya ajak berjumpa tanpa pengetahuan anak dan menantunya.
Terketar-ketar bibir Tengku Zanariah mahu mengeluarkan kata-kata."Abang memang tak ingat Zana langsung?"soal Tengku Zanariah.Bertahun-tahun mereka terpisah kerana banyak konflik yang berlaku dalam keluarga mereka.Suami yang dirindui dan disayangi terpaksa ditinggalkan bersama anak sulung mereka kerana dia bukan menantu pilihan.
Saifuddin cuba mengingati sesuatu tetapi hampa.Tidak ada satu pun kenangan indah yang dia mampu ingat bersama Tengku Zanariah.Dia hanya ingat wanita itu pernah dihalau ibunya ketika dia datang bertanya tentang Ammara dan dirinya belasan tahun dahulu.Kali kedua ketika dia menghantar Ammara pulang dari kolej dan terus dimarah oleh ibunya yang kebetulan menziarahi rumah mereka di KL.
Saifuddin merasakan sesuatu yang dia tidak mengerti tentang Tengku Zanariah.Ada rasa kasihan dan simpati kepada perempuan itu yang cuba menagih kasih dia dan Ammara.Benarkah wanita di hadapannya ini pernah menjadi isteri dan ibu kepada anaknya?
"Maafkan saya,Tengku.Saya betul-betul tak ingat tentang Tengku.Mungkin Tengku tersilap tentang kami.Saya ini orang biasa saja,mana mungkin pernah Tengku bersuamikan saya dulu,"kata Saifuddin agak tenang.
"Zana yakin sangat abang suami Zana dan Sofia Ammara anak kita.Tak mengapalah kalau abang tak ingat.Zana faham.Hmmm...Abang sihat?"Tengku Zanariah faham apa yang dilalui suaminya dahulu.Dia tidak mendesak Saifuddin mengingatinya.Cukup dia dapat melepaskan rindu dengan menatap wajah itu.Wajah itu tenang seperti selalu dan tidak mudah gelabah.
"Alhamdulillah,Allah masih berikan kekuatan dan kesihatan kepada saya untuk bernafas di bumi ini."
Lapang dada Tengku Zanariah mendengarnya."Zana tak sangka jodoh kita masih panjang.Walaupun terpisah lama tetapi Allah makbulkan doa saya untuk satukan keluarga kita.Saya dah cukup gembira Sofia Ammara berkahwin dengan Tengku Syamil,anak saudara saya."Semasa mendapat tahu Tengku Syamil ingin menikahi Ammara,Tengku Zanariah gembira tidak terkata.Dia mengikuti segala perkembangan Ammara tanpa diketahui sesiapa cuma takut untuk mendekati anak gadisnya.
Saifuddin menarik nafas dalam-dalam."Maafkan saya,Tengku Zana.Saya langsung tak ingat tentang kita dulu selepas insiden yang berlaku.Cuma saya ingin bertanya jika Tengku Zana tak keberatan untuk menjawab soalan saya."
Bercahaya mata Tengku Zanariah mula tertarik dengan pertanyaan Saifuddin."Silakan."
"Andainya benar kita pernah jadi suami isteri,kenapa Tengku tinggalkan saya dan Ammara?Apa Tengku tak boleh hidup susah bersama saya?Menurut mek saya,Tengku tak sanggup jaga saya dan Ammara selepas saya hilang daya ingatan."
Air mata Tengku Zanariah bertakung.Suaminya benar-benar lupa tentang mereka dan apa yang terjadi selepas insiden dia dipukul teruk.Memang dia salah kerana merajuk ketika itu tetapi dia tidak pernah berniat untuk tinggalkan suami dan anaknya."Semua tu tak benar,abang."Tengku Zanariah tidak sanggup bercerita panjang.Fitnah terhadap dirinya cukup besar sehingga dia menanggung derita merindui suami dan anaknya bertahun-tahun lamanya.
"Habis itu?Apa yang buat Tengku merajuk hati dengan saya dan Ammara?"Saifuddin menanti jawapan.
Tengku Zanariah mengelap air matanya dengan tisu."Zana tak merajuk.Nantilah Zana ceritakan semuanya kepada abang.Kita makan dulu."
****
"Ammara,kau tak cerita lagi macam mana kau boleh sangkut dengan Tengku Syamil,"tanya Kak Nani tiba-tiba.'Haaa..Sudah..Aku nak jawab apa?'
"Haah la...Dengan kitorang pun nak berahsia.Kau tackle Tengku atau Tengku tackle kau?Berapa lama kau bercinta dengan Tengku?"Meo pula menambah soalan Kak Nani.Aku berkira-kira mereka cerita yang paling logik untuk menjawab persoalan mereka.Selagi aku tak jawab mereka akan terus-terusan menyoal nanti.
"Isshhh...Korang ni.Mana ada bercintalah.Tengku ajak aku kahwin,aku pun setujulah.Kiranya bercinta selepas nikahlah."Aku berbohong.
"Macam mana dia lamar kau?Sweet macam Engku Emran melamar Nabila atau bawa kau naik helikopter atau candle night dinner?Aku curious nak tau ni."Meo menongkat dagunya berangan.
Aku gelak."Imaginasi kau setinggi bintanglah,Meo.Tak ada maknanya Tengku Syamil tu nak sweet-sweet macam yang kau bayangkan.Dia panggil aku dalam bilik,then ajak aku kahwin.Begitu sajalah."Aku menyedapkan cerita tetapi aku pun kekeringan idea.'Aahhh...Bolehlah macam tu.Kenalah cerita aku dengan personaliti Tengku Syamil yang sentiasa serius tu.'
Ternganga Kak Nani dan Meo memandangku yang menyedut straw."Seriuslah?Eeuuuwww...Tak romantik langsunglah Tengku Syamil ni.Tak gentleman langsung.At least buat yang suprise bagi-bagi bunga tu pun okay dah."
"Tak apalah,Meo.Tak kisahlah macam mana cara dia melamar tu,yang penting kawan kita ni happy dan jaga Ammara kita ni baik-baik."Kak Nani mempertahankan aku.Jika sama-sama tidak faham,jenuh aku nak kelentong.Tiada siapa yang patut tahu rahsia aku dan Tengku Syamil.
"Hmmm..yalah kan?Kenapalah aku ni bawang sangat,itu pun nak persoal.Maafkan aku,Ammara,"kata Meo sambil menepuk-nepuk lembut mulutnya.
"Excuse me,cik.Ada orang tinggalkan nota ni kepada cik."Seorang pelayan lelaki mencelah perbualan kami.Dia menghulurkan sekeping kertas yang berlipat kepadaku.Kami bertiga saling berpandangan,kemudian aku menyambut kertas yang diberikan kepadaku.
"Siapa yang bagi?"
"Lelaki yang duduk hujung sana pakai baju kemeja biru tu."Pelayan itu menghalakan jarinya ke arah seorang lelaki yang leka dengan telefonnya.Agaknya berpura-pura tidak nampak yang kami memandangnya.
"It's okay.Awak boleh pergi.Terima kasih ya."Sopan aku bercakap dengan pelayan muda itu.Dia menunduk hormat lalu pergi dari meja kami.
Kemudian,tidak semena-mena Meo merampas kertas itu daripada tanganku lalu membukanya."Meh sini,aku baca."
"Hai,saya Tengku Amir!Boleh kita berkenalan.This is my number...."Meo membaca kuat tulisan pada kertas itu.
"Amboi-amboi,inai di jari masih merah,dah ada yang nak tackle kau,Ammara!Ni kalau Tengku Syamil tau,aku rasa lunyai mamat tu kena belasah dengan Tengku Syamil."Meo mengomel lalu mengembalikan kertas itu kepada aku.Aku hanya mampu senyum.
Tiba-tiba,kertas itu dirampas satu tangan dari sisi aku.'OMG..Kantoi..Tengku Syamil membacanya.'Tengku Syamil merenyukkan kertas lalu diletakkan atas meja kembali.Tangan aku dicapai lalu menarik aku bangun dari tempat dudukku.
"Ambil duit ni,bayar makanan korang.Ammara saya ambil."Tengku Syamil meletakkan not RM100 di atas meja lalu menarik tanganku mengikuti langkah panjangnya.Ke mana pula dia mahu bawa pergi?
****
Suasana di dalam kereta sunyi sepi tanpa sepatah kata.Hanya kedengaran DJ radio yang berceloteh diselangi iklan dan lagu yang diputarkan.Tengku Syamil fokus memandu.Marahkah dia kepadaku pasal nota tadi?Bukan salah aku pun kalau dia nak marah.Lelaki itu tiba-tiba mengirimkan kepada aku ketika enak berbual.
"Kita nak ke mana,Tengku?"Aku memecah kesunyian itu.
"Lunch."Sepatah saja Tengku Syamil menjawab pertanyaanku.
Aku pandang dia."Tapi saya dah lunch tadi dengan Kak Nani dan Meo.Dah kenyanglah,Tengku."
"Aku tak suruh pun kau lunch dengan dorang."
'Eee...Menyakitkan hati sungguh kata-kata dari mulut mamat ni.Ada saja yang tak kena.'
"Memang waktu lunch,Tengku tak boleh halang saya keluar makan."Aku membalas.
"Isteri jenis apa kau ni,Ammara?Kau lunch dengan kawan-kawan,tinggalkan aku kelaparan di office.Bukan nak tanya aku lunch apa,makan kat mana.Baru tiga hari kahwin tau,belum tiga tahun lagi kau dah abaikan aku."Tengku Syamil membebel.
"Eh,ada dalam perjanjian kita ke tentang ni?"Aku cuba mengingat kembali perjanjian kami.
'Huh!!!'Rimasnya aku.Apa sebenarnya yang dia mahukan daripadaku?Belaian kasih sayang atau layanan bak putera raja?
"Kau sebagai isteri sepatutnya dah tau apa tanggungjawab kau untuk jaga aku.Tak perlu ada dalam perjanjian pun apa yang patut dan tidak harus yang kau perlu buat.Takkan itu pun aku kena ajar?Atau kau memang sengaja buat-buat tak tahu sebab boleh menggatal dan menggoda lelaki-lelaki di restoran tu?"
Aku menjegilkan biji mataku dan tanganku disilangkan."Excuse me.Apa Tengku kata?Saya menggatal?Tolong sikit,saya tak ada masalah nak menggatal atau menggoda sesiapa.Dah dia kirimkan nota itu,bukan salah saya.Saya hanya makan dan berbual dengan kawan-kawan saya."Aku menegakkan benang yang basah.Geram juga aku dituduh sebegitu oleh Tengku Syamil.'Ingat aku desperate sangat ke?'
"Tak buat,diam sajalah.Jangan banyak songeh."
Aku mengecilkan mataku.'Eeee....Kenapalah aku bersuamikan lelaki macam ni?Geramnya aku.Ikut hati,aku cekik kuat-kuat tengkuk dia.'
"Kenapa pandang aku macam tu?"tanya Tengku Syamil tanpa rasa bersalah.Baru saja tadi dia mengguris hati aku tetapi dia berlagak seperti tidak berbuat apa-apa.
"Nak terkam aku tunggulah kau habis cuti dulu."Selamba saja dia berkata-kata.Dia tidak tahukah aku terasa hati dengannya?Bukan reti nak pujuk atau ambil hati malah menambahkan sakit hati lagi.
Aku mengubah topik,"saya nak balik office.Waktu rehat saya dah nak habis."
"Nope.Kita dah nak sampai.Kita makan dulu."Tengku Syamil membelok kereta ke kanan memasuki perkarangan parkir sebuah restoran masakan kampung yang terkenal di ibu kota.
"Saya dah kenyanglah.Lagipun,apa kata kawan-kawan saya kalau saya masuk lambat.Mentang-mentanglah saya isteri bos,mana boleh keluar masuk office sesuka hati."
"Tak baik menolak ajakan suami.Kau teman aku makan saja,jangan banyak cikadak pula.Pasal masuk office tu,aku tau kawan-kawan kau akan faham.Lagipun kau isteri aku dan keluar dengan aku,dorang tak ada hak nak halang.Dorang membawang belakang kita,itu dorang punya pasal.Dengar cakap orang,sampai bila-bila pun takkan habis."
Aku mencebik.Malas mahu bertaki dengan dia.Semua kena ikut kepala dia saja.Melawan pun aku akan kalah juga.
Hidungku ditarik."Elok sangat buat muncung macam tu.Jom teman aku makan.Aku lapar ni."Dia tersengih kepadaku.Keseriusan dia tadi bertukar menjadi normal kembali.Mungkin emosi dia sudah pulih.
****
"Cik Puan Ammara,saya dah halang dia masuk ke sini tapi dia tak dengar.Maafkan saya,"kata seorang petugas kaunter dengan rasa bersalah.Dia mengekori langkah laju Adri Watson membolos pejabat,tempat kerja aku.
Aku tergamam seketika dengan kehadiran Adri di sini.Tiada yang berubah,Adri masih seperti dulu.Dia memandang aku.Ketika itu,Kak Nani dan Meo juga datang rapat ke sisi aku.Mereka takut Adri apa-apakan aku agaknya.'Sayang juga korang pada aku.'
"Tak apa,Juwita.Awak boleh teruskan kerja awak."
Juwita patuh dengan arahanku lalu keluar dari pejabat.Aku dan Adri saling berpandangan.Kemunculannya sedikit sebanyak mengubati kerinduan aku kepadanya.Selepas putus tunang,kami tidak lagi berhubungan malahan aku menyekat segala bentuk perhubungan dengannya supaya aku dapat melupakan dia dengan mudah.Di saat,bayangannya perlahan-lahan hilang dalam memoriku,dia muncul kembali.'Arrghhh...gawat..'
Adri berdiri di hadapan mejaku dan matanya sempat mengerling ke arah jari-jemariku yang masih merah."We need to talk,"katanya.
"Kau nak cakap apa lagi,Adri?Ammara dah tak nak kat kau.Ammara pun dah kahwin dengan Tengku.Apa lagi yang kau nak?"Kak Nani memarahi Adri.
"Saya datang bukan nak gaduh.Saya cuma nak bercakap dengan Ammara saja."
Meo pula menyambung,"kau tak puas-puas hati lagi menyakiti hati Ammara.Cukuplah,Adri.Moved on."
Adri menghela nafasnya."Meo,ada hal penting yang aku nak cakap dengan Ammara."Adri bertutur dengan tenang.
"Hal apa?"Suara Tengku Syamil mencelah dari belakang.Hatiku mula tidak senang.Tengku Syamil bukan mudah dibawa berbincang.Suara dia bertanya pun lain macam nadanya.Walaupun tidak terlalu tinggi tetapi tegas.Kecut perut juga aku dibuatnya apabila suamiku kini berhadapan dengan bekas tunangku.
Kak Nani sudah menjauhkan jarak dariku manakala posisi mereka diganti oleh Tengku Syamil seorang.Dia meletakkan tangannya di bahuku dan merapatkan aku dengan tubuhnya.Aku serba tidak kena.
"Apa yang kau nak katakan kepada Ammara?"
"It's personal,antara aku dan dia.Takkan aku nak beritahu kau?"
Tengku Syamil berdehem."Ammara isteri aku.Kau perlu minta izin aku untuk jumpa dia.Aku pula tak akan sewenang-wenangnya benarkan mana-mana lelaki jumpa isteri aku."
Ketegangan situasi di hadapanku membuatkan lidah aku kelu untuk berkata-kata.Tengku Syamil sangat tegas apabila ianya berkaitan dengan aku.
"Please,Tengku Syamil.Just once.Aku janji dengan kau yang aku takkan ganggu Ammara dah lepas ni."Beria-ria Adri meminta dengan Tengku Syamil.Kesugulan wajahnya buat aku rasa simpati dan kasihan.Aku menutup rapat mataku.
Dia pernah singgah di hatiku selama tujuh,bukan satu jangka masa yang singkat.Melihat dia kesedihan turut buat aku rasa sakit.Kenapa aku turut berasa pedih mendengar kata-kata Adri?
Aku mendongak memandang Tengku Syamil dengan seribu harapan."Saya merayu dengan awak.Izinkan saya jumpa dia untuk kali terakhir."Aku merayu kepada Tengku Syamil.Riak wajahnya ternyata berubah dengan permintaan aku.Dia melonggarkan pelukannya lalu terus masuk ke dalam milik tanpa sepatah kata.
****
"Ammara,maafkan saya untuk semua salah saya kepada awak.Saya tau sayalah punca keretakan hubungan kita dan menghancurkan impian kita.Saya kalah dengan bisikan nafsu saya sendiri,"tutur Adri dengan rasa kesal.Dia menunduk ke bawah dan terlihat air matanya menitis ke atas lantai.Kemudian,mataku dialihkan ke arah kolam,masih lengang Waktu-waktu begini kurang pengunjung bermandi-manda.
"Saya dah maafkan awak,Adri.Saya tak simpan sikit pun dalam hati saya."Aku tidak tahu mengapa tekakku tersekat-sekat.Semakin aku luahkan,semakin sebak dadaku.Aku sudah pun maafkan Adri tetapi aku tidak dapat menipu hatiku yang aku masih punya rasa kepadanya.
"Terima kasih,Ammara.Ini mungkin pertemuan kita yang terakhir.Esok,saya akan fly ke UK untuk sambung belajar.Doakan kesihatan saya dan semoga saya terus istiqamah untuk kembali ke jalan Allah."Sayu suara Adri berkata kepadaku.
Aku akui hatiku pedih dengan perpisahan ini.Namun begitu,aku bersyukur Adri sudah berubah dan perlahan-lahan mendalami ilmu agama sekarang serta telah meninggalkan 'syurga dunia' sementara itu.Apa yang berlaku antara kami membuka mata Adri untuk kembali ke pangkal jalan.
"Awak selalu ada dalam doa saya,Adri.Allah akan selalu lindungi awak di mana jua awak berada."
"Awak pun begitu.Saya doakan awak bahagia di sisi Tengku Syamil.Ammara,awak tak ada dendam dengan saya kan?"tanya Adri Watson.
Aku senyum dan kepala kugelengkan."Jujur saya katakan yang saya tak berdendam dengan awak.Anggap saja kita tiada jodoh dan saya dah pun reda."
Adri mengangguk-angguk kepalanya.Air matanya mengalir."Untuk terakhir kali,saya minta izin untuk hidup bersama kenangan-kenangan kita dulu walaupun hati kita tak lagi bersatu.Cukuplah saya bawa memori indah kita sebagai peneman.Saya dah cukup bahagia yang Nur Ammara Binti Saifuddin pernah menjadi sebahagian daripada hati saya."
Aku tidak tahan lagi.Ungkapan yang diluahkan Adri buat aku hilang nafas.Aku tahu dia sayangkan aku tetapi dia tersalah langkah dan tidak mampu melawan keinginannya sendiri yang buat dia tersungkur ke lembah kehitaman.Aku maafkan.'Pergilah Adri,andai pemergianmu akan memberi sinar baharu kepadamu.Aku rela lepaskan kau pergi.'
Aku menyapu air mataku apabila Tengku Syamil masuk ke dalam bilik.Dari aku pulang tadi,Tengku Syamil tidak menyapa aku malahan dia pulang sendirian tanpa aku.'Teruk betul.'Aku dibiarkan pulang sendiri.Nasib ada Meo tumpangkan aku balik.Terkial-kial juga aku mencari alasan supaya Meo tidak syak apa-apa.'Lama aku hidup dengan dia,boleh kemurungan aku.'Asyik ikut angin dia sahaja.
"Kenapa kau menangis?Rindu kekasih lama?"soal Tengku Syamil.Aku memandangnya dengan pandangan tajam.Lelaki di hadapanku ini selalu mengucapkan kata-kata yang tidak menyenangkan hati aku.'Heartless.'
Aku menarik selimut hingga ke paras dada.Pertanyaan yang diajukan oleh Tengku Syamil aku tidak jawab.Lantaklah dia.Aku tidak berminat berbalah dengan orang seperti dia.Lagi menyakitkan hati aku.
"Dah jumpa lama tadi tak puas hati lagi?Masih nak bersedih?"sindir Tengku Syamil lagi.
'Arrghhhh...Serabutlah dia ni.'
"Tengku boleh diam tak?Asyik nak menyindir saja.Apa yang Tengku tak puas hati sangat?"Aku meninggikan suaraku.Tak ada niat aku mahu derhaka tapi dia tidak faham perasaan aku.Otak dan emosi aku terganggu.
Tengku Syamil memegang kuat lengan aku."Kau bangun kejap,Ammara."Dia menarik kuat lenganku supaya aku bangkit dari pembaringan.'Eeeee...Apa lagi masalah dia?'Perangai Tengku Syamil betul-betul menguji kesabaran aku.
"Tengku ni kenapa?Malam-malam cari pasal dengan saya.Tidur diam-diam tak boleh ke?"Masam mencuka muka aku memarahi Tengku Syamil.Baru beberapa aku menjadi isterinya,aku mula serabut dengan karenah dia.
"Kau yang buat pasal,Ammara bukan aku."Tengku menyalahkan aku.Giginya diketap ketika bercakap dengan aku.Mungkin dia juga menahan geram.'Aahhhhh...Pedulilah.Ingat dia sorang ada rasa geram.Aku pun ada.'
Matanya aku renung tajam."Kejap.Tengku yang tinggalkan saya balik sendiri apasal?Sampai hati Tengku tinggalkan isteri Tengku sendiri."Aku menyambung omelan tadi.
"Sedar yang kau tu isteri aku?Tapi kau jatuhkan air mata kau demi lelaki lain depan aku boleh pula?Bukankah itu juga satu dosa?"
Aku diam kehilangan kata.
"Ammara,aku tak izinkan pun kau jumpa Adri tadi tapi kau tetap pergi.Kau tak jaga air muka aku sebagai suami dan tak hormatkan aku langsung."Tengku Syamil menggumam kepadaku.Lenganku masih dipegang kuat.Dia tidak meredai pertemuan aku dengan Adri Watson di hotel petang tadi.
"Yang awak terus masuk ke bilik selepas saya minta izin awak kenapa?Lain kali cakap yang awak tak bagi kan senang."
"Kau tu yang tak faham gerak-geri aku.Aku diam ertinya aku tak setuju.Bukan sehari kau kenal aku,Ammara."
Aku melepaskan nafasku dan memandang ke katil.Rambut ikal aku yang dilepaskan aku selit di sebalik telinga.Mana aku tahu yang Tengku Syamil marah dengan tindakan aku berjumpa Adri.Dalam tempoh tidak sampai seminggu perkahwinan,aku tidak dapat memahami gerak-gerinya tanpa diungkapkan.Aku hanya mengenalinya sebagai seorang bos bukan seorang suami.
"Saya minta maaf kalau awak tak suka.Pertemuan tadi hanya untuk ucap selamat tinggal dan selesaikan konflik antara kami supaya tiada dendam di hati masing-masing sebelum kami pilih haluan masing-masing."Aku menerangkan tujuan pertemuan kami agar Tengku Syamil tidak salah anggap.
"Aku tak kisah apa tujuannya,pokok pangkalnya kau perlukan persetujuan aku.Faham?"Tengku Syamil bertegas.Dia tetap dengan sikap diktatornya.Aku mengangguk faham kerana tidak mahu memanjangkan masalah.
Tengku Syamil mengangkat daguku bertentang mata dengannya."Kau dengar sini,Ammara.Kau buang nama Adri dalam hati kau mulai sekarang.Jangan kau berani meratapi Adri di hadapan aku macam tadi.Bukan Adri saja malahan lelaki lain jua diharamkan bertahta di kau.Hati kau dan tubuh kau hanya milik aku."
Aku tidak berani membuka mulut.Muka bengis Tengku Adri buat aku kecut perut.Lelaki ini seorang yang sangat autokratik.Segala arahan dan keinginannya perlu aku turuti tanpa banyak soal.
****
Aku membasuh tanganku usai makan malam yang dihidangkan oleh nenda dan dibantu oleh beberapa orang pembantu.Sedap juga air tangan nenda,masak lemak cili padi daging salai paling menyengat bagi aku.Aku mengelap bibirku menggunakan napkin dengan cermat.Dari segi protokol di meja makan,aku tidak kekok kerana aku sudah terbiasa menemani Tengku Syamil makan bersama golongan koporat.Jadi,aku tiada tidak susah untuk menyertai mereka.
"Ammara ada ibu?"tanya Tengku Zanariah.
Aku menggeleng."Tak ada.Opah cakap ibu saya dah lama tak ada."Aku menjawab dengan yakin.Berubah air muka Tengku Zanariah ketika itu,mungkin terasa hati dengan jawapanku.
"Ibu Ammara meninggal sakit apa?"Nenda pula bertanya.
Mahu atau tidak aku terpaksa juga menjawab pertanyaan nenda walaupun aku tidak suka orang bertanya tentang ibuku.
"Ammara tak tahu,nenda.Opah cakap ibu saya pergi tinggalkan abah sebab tak sanggup hidup susah.Selepas abah hilang ingatan,ibu tak sanggup terima abah dan menghilangkan diri sampai sekarang."Aku mengerling Tengku Zanariah dengan hujung mataku.Aku memang sengaja berkata begitu supaya dia rasa bersalah dengan aku dan abah.Tengku Zanariah ialah ibuku kandungku.Aku mengenali Tengku Zanariah apabila dia sendiri datang menemuiku di kolej dan mengakui dia ibu kandungku.
Nenda mengangguk faham.Tengku Syamil memegang jari-jemariku di bawah meja.'Jangan nak tunjuk prihatin sangatlah.Dari semalam kau tak tegur aku,'getus hatiku.Menyampah dengan lakonan Tengku di hadapan nenda dan Tengku Zanariah,kononnya dia sangat menyayangi aku.Hakikatnya dari semalam dia merajuk denganku.'Propa.'
"Tak mengapalah,Ammara.Sekarang Ammara dah ada nenda dengan Bonda Zana.Kami akan sayang Ammara macam keluarga kami sendiri.Jika ada apa-apa masalah,beritahu nenda lagi-lagi pasal Si Syamil ni."Nenda mengenakan Tengku Syamil.
"Eh,nenda ni petik nama Syamil pula!Macamlah Syamil ni jahat sangat."Tengku Syamil berseloroh.Perwatakannya bertukar ceria,riang,mudah senyum dan ketawa ketika bertemu nenda dan Tengku Zanariah.Dengan aku?Asyik serius saja.
"Nenda kenal cucu nenda sorang ni,kaki buli.Kalau Syamil buli Ammara,cakap dengan nenda,biar nenda piat telinga dia."
Aku senyum kepada nenda.Tangan miang Tengku Syamil menjalar pada pehaku pula.Aku tepis tetapi dia semakin galak.'Nak bergurau dengan aku?Jangan haraplah.'
"Saya baik kan,sayang?Mana ada buli-buli.Nenda ni prejudis sangat dengan Syamil.Ammara happy dengan Syamil,asyik nak bertepek saja.Pantang Syamil hilang dari mata,mulalah mencari."
Aku asyik bertepek dengan Tengku Syamil?Agak-agaklah kalau mahu bergurau atau nampak romantik.Aku bukan semiang itu.Pandai-pandai mereka cerita di hadapan nenda.
"Aduh!!"Tengku Syamil mengaduh kesakitan apabila pehanya aku cubit.Rasakan.
Serentak nenda dan Tengku Zanariah memandang Tengku Syamil.Aku menahan ketawa.
"Kenapa,Syamil?"tanya Tengku Zanariah.
"Tak ada apa.Ada semut gatal gigit Syamil."
"Ada-ada saja Syamil ni.Hmmm...Syamil tak ada plan nak honeymoon dengan Ammara ke?Tak sampai seminggu nikah,dah masuk kerja.Cutilah dulu,spend time together.Pergilah Switzerland ke,Paris atau Jepun.Cepat sikit nenda dapat cicit."
Aku segera menelan air yang baru kuteguk tadi agar tidak tersembur keluar.'Haaihh...Nenda ni topik cicit pula.'Honeymoon pun aku tidak terfikir,inikan pula mahu beri cicit kepada nenda dalam masa terdekat.
"Hmm...Syamil dah plan.Hujung minggu ni Syamil nak balik kampung opah Ammara.Honeymoon di sana saja,"kata Tengku Syamil buat aku tergamam.'Honeymoon' di kampung aku?Kenapa dia suka buat keputusan tanpa berbincang dengan aku dulu?'Huhh'.
"Hmm..Okay juga tu.Berapa lama Syamil ke sana?"Tengku Zanariah bertanya dengan penuh minat.
"Seminggu.Syamil dah janji dengan abah nak balik sama."
Berapa banyak kejutan lagi yang aku harus dengar malam ini?Maksudnya abah turut terlibat dengan percutian itu?Pandai awak gunakan abah dan membelakangkan saya,Tengku Syamil.Sepatah pun awak tidak pernah cakap apa-apa dengan saya.Serius memanjang.'Kita duduk serumah kot.'
"Baguslah tu.Syamil boleh juga kenal-kenal keluarga Ammara.Try juga duduk di kampung macam mana.Bonda pun teringin nak ke kampung Ammara tetapi kali ni bonda kasi chance Syamil dan Ammara bercengkerama dulu."Tengku Zanariah menyokong.
Aku tidak senang duduk.Aku kawal rasa marahku kepada Tengku Syamil agar tidak bertekak di situ.Aku tidak menyertai perbualan itu tetapi menjadi pendengar setia rancangan Tengku Syamil.
"Hotel dan office,Syamil dah contact Amir uruskan sementara Syamil bercuti.Amir pun dah setuju gantikan Syamil seminggu."
****
"Kenapa awak tak bincang dengan saya nak balik kampung nanti?"Aku bertanya dengan nada biasa tetapi gigiku diketap rapat menahan geram.Aku perlahankan suara agar isi vila itu tidak dengar perbualan kami di bilik.Malam ini aku dan Tengku Syamil bermalam di vila nenda.Tidak bolehlah aku bertengkar lebih-lebih dengan Tengku Syamil.
Tengku Syamil yang berbaring bingkas bangun dan duduk bersila di atas katil.Aku berdiri di hadapanya menyilang kedua-dua tanganku.Ya,aku tidak puas hati dengan dia.
"Ammara,apa lagi yang kau tak puas hati?Nak balik kampung kau pun marah juga?"Tengku Syamil menghela nafasnya memandang aku tegak di hadapannya.Sekali-sekala mata nakalnya merenung ke arah dadaku.'Aaahh...pedulikan mata itu.Bukan dia boleh dapat pun.'
"Memang tak puas hati.Awak buat keputusan tak bincang dengan saya pun.Awak pandai-pandai arrange cuti tanpa cakap apa-apa dengan saya."
"Calm down,Ammara.Boleh tak kau rilex?Aku saja nak suprise.Salah ke?Abah pun bersetuju nak balik sama.Katanya dah lama tak balik Kelantan,kira sekali harunglah tu."Kali ini lembut tutur katanya berbanding semalam.
Aku duduk membelakangi Tengku Syamil di birai katil.Tidak tahu mahu kata apa kepadanya.Diam sajalah.
Aku terasa hembusan hangat mengena leherku.Tengku Syamil menongkatkan dagunya pada bahuku manakala tangannya memeluk pinggangku dari belakang.Pelukannya menghangatkan tubuhnya.Aku teringin membalasnya tetapi malu.Malu jika Tengku Syamil menganggap aku menggedik pula.Aku biarkan saja.
Bibirnya dekat dengan cuping telingaku,"kau ni asyik marah-marah saja.Boleh tak kau tenang?Senyum?Macam kau dengan kawan-kawan kau.Dengan aku asyik masam,marah,stres."
Eh,selama ini dia yang muka ketat memanjang!Baru dia tahu erti stres tengok orang lain muka ketat.Aku stres sebab awaklah,Tengku Syamil.Dia sedar ataupun tidak dia selalu buat aku naik angin.
"Ammara."Manjanya suara Tengku Syamil berbisik apabila aku tidak memberi sebarang respon.Aku sebenarnya sudah mula suka dengan belaian dia.'Gatal juga kau,Ammara.'
"Hmm.."balasku.Aku memejam mata menikmati bibirnya mendarat di leherku.Setiap kucupan itu seperti tenaga elektrik menjalar ke dalam tubuhku.Bauan maskulinnya memamaikan aku.Marahku tadi tenggelam dengan belaian Tengku Syamil.
Tengku Syamil merapatkan tangannya ke dadaku.Tengkuk dan leherku menjadi sasaran bibirnya merah jambunya.Aku sungguh terbuai.
Aku menoleh ke kanan dan bertentang mata dengan Tengku Syamil.Lama-kelamaan renungan itu merapatkan bibir kami tanpa aku sedar.Aku membalas ciuman itu dengan berhati-hati kerana aku tidak biasa.Aku hanya mengikut rentak gerakan bibir Tengku Syamil.
'Nakal juga kau,Ammara.'
Sedang enak melayani kucupan hangat itu,Tengku Syamil menghentikannya.Aku membuka mataku memandangnya.'Kenapa berhenti?'Hanya bertanya dalam hati saja.
Dia tersenyum kepadaku."Kenapa,nak lagi?"tanya Tengku Syamil.Aku diam,malu mahu mengiakannya.
"Mana ada."Aku malu-malu sedangkan dalam hatiku meminta supaya Tengku Syamil menyambung kembali.
"Berapa hari lagi kau cuti?Aku tak boleh tahan kalau kau layan aku macam tadi,"kata Tengku Syamil tidak berselindung.
Aku melepaskan pelukan dia."Entah."Aku sengaja mainkan perasaan dia.
"Jangan main-mainlah,Ammara."
****
"Hello."Lelaki berkemeja putih riang menegur kami di dalam pejabat.Aku bertiga serentak memandang dari meja masing-masing.Gayanya segak dan tampan menarik perhatian kami.Mataku tidak berkelip memandang dia.
'Wake up,Ammara.Tengku Syamil di dalam.'
Aku lebarkan senyuman dan bertanya dengan ramah."Ya encik,boleh saya bantu?"
"Tengku Syamil ada di dalam?"Ramah lelaki itu menyoalku.Melihat wajahnya dari dekat seperti aku pernah lihat dia tetapi aku tak ingat.Pelanduk dua serupa agaknya.
"Ada.Encik siapa?Ada buat appointment dengan Tengku Syamil ke?"
Lelaki tampan itu menggoyang-goyangkan jari telunjuknya dan cuba ingat sesuatu."Awak yang saya jumpa kat restoran tempoh hari kan?Did you remember me?"soal lelaki itu buat aku terpinga-pinga.Aku ternampak Kak Nani mengisyaratkan tangannya dan mulut tapi aku tak faham apa maksudnya.
"Maaf encik.Saya tak ingat."Kerutan di dahiku menunjukkan aku tidak mampu mengingat siapa jejaka bergaya di hadapanku ini.'Good looking.'
"Saya yang bagi nota pada awak kat restoran hari tu.Takkan awak tak ingat?Atau awak tak baca pun nota tu?"
Patutlah aku macam pernah jumpa jejaka ini.Dia rupanya yang kirimkan nota kepadaku.Lain pula tengok dia dari dekat."Haaa...Ya,saya ingat.Maaf,saya..."
"Hhmmm..Yalah,orang cantik macam awak mana pandang lelaki yang hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong seperti saya."
Lelaki itu tak malu beramah denganku.Dia terus menenggek di atas mejaku.'Beraninya kamu.'Aku pula yang segan.Dari gaya percakapannya agaknya sudah biasa mengayat gadis-gadis.Mungkin boleh dikategorikan dalam kumpulan 'buaya darat.'Eh,pandai-pandai pula aku menghakimi orang!Yang penting aku perlu berhati-hati dengan lelaki mulut manis begini.
"Encik..."
"Haaa...Amir?Dah lama sampai ke?Apasal bertenggek kat meja tu?"Tengku Syamil menyapa sebelum sempat aku bertanya nama dia.
Jejaka yang digelar Amir oleh Tengku Syamil itu bergegas turun dari mejaku.Dia tersengih-sengih di hadapan Tengku Syamil."Tak adalah lama sangat.Sempat jugalah borak-borak dengan staf abang yang cantik ni?"
Mulut lelaki bernama Amir ini memang tak ada insurans.Tengku Syamil sudah mengerlingku dengan tajam.'Haa...Jangan salahkan aku.Bukan aku yang menggatal.'Kes nota tidak habis lagi ditambah pula dengan yang ini,masak aku kena ceramah berbakul-bakul.Tetapi apa hubunganya dengan Tengku Syamil?Abang?Sejak bila Tengku Syamil ada adik?
"Staf?Amir,ini isteri Abang Syamil.So,jangan nak usya-usya.She was taken."Tengku Syamil memberi amaran dan berdiri di sebelahku.Aku tersipu-sipu senyum kepada 'Amir'.
Matanya dibesarkan mendengar akuan Tengku Syamil."Seriuslah,abang?Melepaslah Amir."
"Aahh..tak payah mengada-ngada.Abang korek biji mata kau tackle kakak ipar sendiri."
Amir ketawa.Ditumbuk perlahan dada Tengku Syamil dengan tawa terbahak-bahak."Rileks bro,Amir tak caras hak orang lain."Amir menenangkan Tengku Syamil yang serius itu.Geli hati juga aku dengan gelagat mereka.
"Oh,ya!Ammara,kenalkan ini Tengku Amir.Adik sepupu saya.But be carefull,dia ni buaya.Jangan layan sangat.Awak tu isteri saya."Tengku Syamil mengingatkan aku.Cemburu sangat mamat seorang ini.Bukannya dia sayangkan aku pun.Dia cemburu sebab dia anggap aku hak milik dia yang orang lain tidak boleh dapat.
****
Tengku Syamil tergopoh-gapah membantu abah mengangkat barang-barang untuk disimpan dalam bonet kereta.Sekejap lagi kami akan bergerak ke Kelantan,kampung halaman aku.Tak sabar rasanya aku ingin bertemu dengan opah.Rindu rasanya.Aku rindu kehidupan di kampung yang lebih tenang dan nyaman daripada ibu kota.
Aku berlegar-legar di halaman rumah sementara menanti Tengku Syamil dan abah siap mengemas di dalam.Mereka melarang aku membantu sebaliknya menyuruh aku menanti di luar rumah saja.
Aku perhatikan tanaman orkid abah yang berwarna-warni.Abah sangat suka mengumpul bunga orkid.
"Sorang ke,Ammara?"suara Pak Salleh menyapaku dari tembok sebelah.Terjulur kepalanya di atas tembok pembahagi.
Meluat betul tengok muka dia.Boleh dia buat muka tidak bersalah dan menegur aku tanpa rasa segan pun dengan apa yang telah dia lakukan kepadaku.'Eeee...Sakit hati.'Kalau tidak kerana kebodohannya,aku bebas daripada cengkaman Tengku Syamil.
"Amboi,cantiknya kereta!Kereta suami Ammara ke?"tanya dia lagi.Dia sudah muncul di hadapan rumahku di mana Tengku Syamil parkirkan keretanya.Diusap sekeliling kereta itu dengan rasa teruju."Kalaulah Abang Salleh kaya macam Tengku,abang pun mahu beli kereta macam ni.Barulah ramai perempuan tergila-gilakan abang."
Abang?Tak serik-serik orang tua tak sedar diri ini.Tengok muka dia pun aku sudah meluat,jangankan nak panggil dia abang.Bergaya pula mengalahkan orang kaya.Cita-cita besar tetapi malas berusaha.
"Hmmm...Semua perempuan boleh gila kalau ah long datang cari."Aku menyindir Pak Cik Salleh.Adakalanya orang begini perlu diajar agar berpijak di bumi yang nyata.
"Ammara perli abang ke?"
"Eh,Pak Cik Salleh terasa ke?Ammara tak tuju kepada sesiapa tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedas."
Biarlah dia mahu kata aku kurang ajar ke apa.Orang yang tidak lalui apa yang aku lalui bukan faham perasaan aku.Aku memang geram dengan perbuatannya dan sikap tidak malu dia.Tua saja tapi otak tak guna.
"Ammara ni,kan dah cakap jangan panggil pak cik.Panggil abang kan lebih manis.Baru rasa kita rapat."
'Aduh,confident level dan muka tebal Pak Cik Salleh ni memang tak boleh bawa bincang!'Eee...Sakit pula hati kita.
Tengku Syamil yang kebetulan menarik bagasi terdengar perbualan kami lalu menyampuk,"Abang Salleh nak rapat dengan siapa tu?Tak salah kan saya panggil abang sebabnya saya pun nak kenal rapat dengan Abang Salleh merangkap jiran isteri saya."
'Haaa..Kan dah kena.'Kali ini aku sokong Tengku Syamil mengenakan Pak Cik Salleh yang tak berapa nak sedar diri itu.Terkebil-kebil Pak Cik Salleh nak menjawab.Pedas juga ayat Tengku Syamil memerli.Akhirnya,Pak Cik Salleh mengalah lalu meminta diri untuk pulang semula ke rumahnya.Baru ada akal.
"Jomlah gerak.Awak nak tunggu Abang Salleh awak ikut sama ke?"panggil Tengku Syamil ketika aku melilau di pohon orkid abah.Aku ingatkan mereka tidak siap lagi.
'Eee...Tengku Syamil ni kalau tak perli orang tak boleh ke?
"Saya datanglah ni.Jangan sebut nama abang kesayangan awak tu boleh tak?"Aku mengomel sebelum masuk ke dalam kereta.
Welcome home..Maaf,Miss J baru sempat update sebab bru balik dri hiking dalam belantara,takde coverage.Hehehehe..Sorry buat you alls tertunggu-tunggu...:-)
Share this novel
ow gitu
bertaki tu apa arr