3 tahun kemudian
Laju Tengku Syamil mengorak langkah diikuti Meo."Tengku nak ke mana laju sangat berjalan ni?"Meo menyoal.Kakinya lenguh mengejar langkah Tengku Syamil.Dia tidak tahu ke mana Tengku Syamil ingin membawanya di kawasan 'suite' ekslusif hotelnya.
Meo penasaran.Tengku Syamil berdiam dan meneruskan gerakan kakinya."Kita buat apa kat sini?Nak spotcheck bilik ke,Tengku?"tanya Meo lagi.Dia hairan dengan perangai pelik Tengku Syamil.Ketika itu,Tengku Syamil melihat nombor bilik dan telefonnya silih berganti.
Dia menarik nafas apabila berhenti di pintu bilik bernombor 606.Meo pelik dan memandang lama kepada Tengku Syamil."Kenapa dengan bilik ni,Tengku?Ada kerosakan ke?Kenapalah tak panggil technician saja?Tengku bawa saya pun bukan boleh buat apa-apa."Meo membebel panjang.Bukan tugasnya membaik pulih kerosakan bilik.
Oleh sebab malas menjawab segala pertanyaan Meo,Tengku Syamil menyerahkan telefon pintarnya kepada Meo.Meo membaca satu persatu mesej melalui Whatsapp yang dikirim oleh seorang pengirim misteri."Datang ke suite 606 sekarang seorang diri.You akan tahu siapa I.Family you dalam perhatian I sekarang,so jangan tak datang.Ingat datang seorang."
Setelah membaca habis ayat-ayat kiriman itu,Meo membeliakkan matanya sambil menutup mulut.Sekeping gambar Ammara dan pasangan kembarnya turut dihantar selepas mesej tersebut."OMG..Siapa ni,Tengku?Mana dia dapat gambar Ammara dengan Si Kembar ni?"Dia mula rasa gundah.
Tengku Syamil menggaru kepalanya yang tidak gatal."Ni saya bingung ni,Meo.Saya tak tahu siapa.Dari hari pertama kita sampai Cherating ni,saya mula dapat gangguan daripada dia.Mula-mula saya ignored tapi bila melibatkan isteri dan anak-anak,saya tak senang duduk,"jelas Tengku Syamil.Dia ke Cherating bersama Meo untuk memantau pembinaan beberapa chalet baru di hotel miliknya.
Meo memikirkan sesuatu."Hmmm...Lelaki ke perempuan?"
"Saya tak tau,Isma Danial.Orang ni sangat misteri.Sebab tu saya ajak awak datang sini."
"Tengku nak ajak saya bergaduh ke?Alahai...Kalau geng dorang tu ramai macam mana?Patah renyuk tulang kita.Silap-silap,kita yang arwah.Baik kita report polis,serbu bilik ni."Meo memberi idea.Dia sememanganya takut bergaduh kerana dia tiada kemahiran seni pertahankan diri.
Tengku Syamil mengetap bibirnya."Macam ni,saya masuk ke dalam dulu.Awak tunggu di sini jaga line.Kalau saya tak keluar dalam masa setengah jam,awak terus call polis.Lagipun,kalau ada orang nak fitnah saya macam dulu,at least awak ada jadi saksi saya."Salah satu sebab dia mengajak Meo sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.Tengku Syamil cukup serik dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya tiga tahun lepas.
Apabila dia memegang tombol pintu,Meo menarik lengannya."Tengku,janganlah masuk.Entah-entah dorang tu mafia ke gangster ke,naya nanti.Kita report polis ya,Tengku?"Meo cuba berunding.Pada pendapatnya,menelefon polis lebih afdal waktu genting sebegini.
Tengku Syamil menghela nafas."Setengah jam saya tak keluar,awak call polis.Stay here,"kata Tengku Syamil berdegil.Dia memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam 'suite' itu.Gelap.Langsir-langsir tebal yang tergantung pada pintu 'sliding' mengadap laut ditutup rapat.Lampu-lampu juga sengaja dimatikan.'Suite' itu sangat kemas dan teratur.Cadar katil juga masih berlipat kemas.Sekeliling 'suite' itu tenang.Tak adalah geng-geng mafia atau gangster yang disebut-sebut oleh Meo tadi.
Tengku Syamil menapak perlahan-lahan dengan telefon di tangan.Dia menekan butang rakam untuk merekod perbualan yang berlaku antara dia dan Si Pengirim Misteri.Nun di bucu 'suite',berdirinya seorang wanita bergaun merah ketat tali halus paras lutut.Seksi.Wanita itu membelakangi Tengku Syamil.
"I ingat kau tak datang tadi,"kata wanita berbaju merah itu.
Tengku Syamil mengerutkan dahinya.Sepertinya dia mengenali suara wanita tersebut tetapi sangat mustahil.Pelanduk dua serupa Tengku Syamil rasakan."Maaf.Cik ni siapa?Atas sebab apa cik nak jumpa saya di sini?"tanya Tengku Syamil takut-takut.
"I ada perhitungan yang belum selesai dengan you."
"Selesaikan segera.Awak nak apa?Saya akan tunaikan.Saya tak nak awak ganggu isteri dan anak-anak saya."Tengku Syamil cuba berunding dengan wanita aneh itu.
Wanita itu melepaskan tawa kecil."Betul you akan tunaikan permintaan I?"Wanita itu menyoal lagi.
"Ya,kalau kena dengan permintaannya."
"Well,I dah lama perhatikan you.I'm very sure my feeling for you is true.Setiap kali I nampak you,jantung I berdebar-debar.So,hari ini I ambil peluang jumpa you depan-depan.I rasa sangat bertuah."Wanita itu tidak menjawab persoalan yang Tengku utarakan sebaliknya meluahkan perasaan pula.
Tengku Syamil tidak berminat mendengar kisah hati wanita itu."Cik,saya datang sini bukan sebab nak dengar luahan hati cik.Jangan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah,saya banyak kerja yang nak dibuat lagi."
"Eh,you marah!Sorrylah I kacau masa you.I straight to the point yang I sebenarnya dah jatuh cinta dengan you.Permintaannya,I nak you jadi husband I.Boleh?"Wanita itu berterus-terang.
Ternganga Tengku Syamil.Matanya membulat.Permintaan tidak masuk akal daripada seorang wanita yang dia tidak kenal."Excuse me,cik.Saya tak dapat tunaikan permintaan cik."
Nada wanita itu kecewa."Kenapa?"
"Saya dah berkeluarga.Ada isteri,ada anak.Semuanya cukup sempurna.So,awak carilah lelaki lain.Ramai lagi yang bujang kat luar sana."Tengku Syamil menolak.
"Lelaki kan boleh kahwin empat.Lagipun,you mampu nak sara family,apa salahnya kahwin lebih daripada satu.Anak ramai,mesti meriah."Perempuan itu memancing.Dia gigih memujuk Tengku Syamil agar menerima dirinya.
Tengku Syamil melepaskan helaaan nafas."Cik ni dah salah orang agaknya.Saya tak ada niat nak duakan isteri saya.She is the one forever and ever.Cik desaklah macam mana sekalipun,saya tak akan menduakan isteri saya.Cik carilah dato'-dato' atau lelaki kaya yang lain dijadikan suami.I'm not available."
Perempuan tersebut tidak berputus asa."You pasti you tak akan terima I?"
"Yes.I keluar dulu."Tengku Syamil ingin mengundurkan diri.Dia tidak senang berdua-duaan dalam 'suite' itu.Dia malas melayan perempuan gila yang tiba-tiba mengajaknya kahwin.
"Wait.I yakin you tak akan menolak jika you nampak I yang sebenarnya dengan mata you sendiri,"kata perempuan itu menuju ke langsir.Tangannya bersedia membuka tirai tersebut agar cahaya matahari menerangi bilik itu.Wajah sebenarnya akan ditonjolkan kepada Tengku Syamil.
Tengku Syamil tersengih.Perempuan itu betul-betul gila."Cik jangan buang masalah.Saya tetap dengan keputusan saya."Tengku Syamil membelakangkan Tengku perempuan itu dan mula menapak.Dia ingin tinggalkan bilik itu.
Wanita tersebut mula gelabah."Tunggu dulu.You kena tengok I sebelum you keluar.Selepas itu,I akan akur dengan keputusan you,"rayu perempuan baju merah tersebut.Dia cepat-cepat menyelak langsir agar cahaya matahari menerangi ruang tersebut.Dia menoleh ke arah Tengku Syamil yang tegap berdiri.
Tengku Syamil melopong.Bulat matanya memandang susuk itu tidak berkerdip.
"Suprise..."kata wanita cantik dan seksi itu.Wanita itu menapak selangkah demi selangkah menghampiri Tengku Syamil yang terkejut.
Tengku Syamil menelan air liurnya.Dia mengusap matanya berkali-kali dan mencubit paha kanannya.Adakah dia bermimpi di siang hari?"Sayang buat apa kat sini?Mana anak-anak?"Melilau matanya mencari kelibat Adam dan Aisya.
Ammara mengukir senyuman lalu rapat ke tubuh Tengku Syamil.Dia memaut tengkuk suaminya itu."Anak-anak ada dengan mama dan nenda."
Berkerut dahi Tengku Syamil."Rara tinggal Adam dan Aisya di KL?Bila Rara sampai sini?Kenapa tak beritahu abang?"tanya Tengku Syamil lagi.
"Anak-anak ada sini juga.Dorang duduk di rumah penginapan tepi pantai tu.Kami memang nak buat kejutan untuk abang.Kami datang nak holiday dan family day di sini.Saja tak nak bagitau abang.Suprise kononnya.Terkejut tak?"
"Terkejutlah.Abang ingat perempuan desperate mana tadi rupanya sayang."Tengku Syamil menarik pinggangku rapat ke tubuhnya.Mata kami saling bertaut.
"Kan Rara dah cakap yang abang takkan menolak kalau abang tengok dulu tadi.Sekarang abang pula melekat dengan Rara."
Tengku Syamil mengucup pipi isterinya."Abang rindulah,sayang.Actually,dah lama kita tak berdua macam ni kan?Kalau Adam dengan Aisya nampak abang peluk cium Rara ni,mesti dorang jealous,"ujar Tengku Syamil.Peluang dapat memeluk isterinya sangat tipis jika Si Kembar bersama mereka.
Tengku Syamil menjatuhkan tali baju Ammara sebelah kanan.Senyuman nakal diukirkan."Alang-alang line clear,abang nak lebih dari kiss,"bisik Tengku Syamil.
"Tadi abang cakap tak ada masa.Ada kerja nak buat."Ammara mengulangi kata-kata Tengku Syamil tadi.
"Dengan Rara,abang sentiasa ada masa."Bibir Tengku Syamil menapak di bahuku.
Tengku Syamil mengangkat tubuhnya dibawa ke atas katil.Dia menindih dari atas dan tangannya kedua-dua tangan Ammara diangkatkan ke atas.Jari-jari mereka saling bertautan.Tengku Syamil menyatukan bibirnya dengan bibir Ammara.Lama mereka dalam keadaan begitu menikmati saat-saat berdua tanpa si cilik menempel di sisi.Berkali-kali Tengku Syamil mengucapkan kata-kata cinta kepada Ammara disulami kucupan kasih antara mereka berdua.
Tiba-tiba,Tengku Syamil berhenti."Alamak..."Dia teringatkan sesuatu.
Ammara pelik."Kenapa,abang?"
"Isma Danial..."Tengku Syamil teringatkan Meo sedang menantinya di luar.Dia melihat jam tangan tidak sampai setengah jam lagi.Dia terlupa Meo setelah Ammara berada di depan mata.
"Meo?Kenapa dengan dia?"
"Abang ajak dia teman abang ke sini tadi.Abang suruh dia tunggu kat luar.Kalau dia dah panggil polis,kecoh satu hotel nanti."Tengku Syamil segera menuruni katil.
"Apasal libatkan polis pula,bang?"
"Nanti abang cerita.Rara tunggu kejap,abang pergi jumpa Meo.I love you my sexy wife."Tengku Syamil mengucup dahi Ammara lalu mendapatkan Meo.
Tengku Syamil menguak pintu 'suite'.Ketika itu,Meo mundar-mandir di hadapan 'suite' tersebut dengan wajah yang cuak.Kukunya digigit manakala telefonya diperhatikan saja.
Dia cepat-cepat berdiri depan Tengku Syamil."Macam mana,Tengku?Ada tak mafia tu?"
Tengku Syamil tersengih."Ini lebih daripada mafia.Dia benarkan saya keluar.Dia nak ikat saya kat dalam."
Meo mengintai-intai ke belakang mencari susuk mafia yang dimaksudkan."So,Tengku buat apa?Nak saya call polis sekarang?"Meo bersedia dengan telefonnya di tangan.
"Saya terpaksa akurlah.Mafia yang ni sangat bahaya daripada mafia lain.Hati dan jiwa saya dah dicurinya.Saya nak menyerah diri kepada mafia ni dulu.So,awak boleh berehat di biliklah.Dah tak ada kerja awak untuk hari ini."
"Tengku nak menyerah diri?Bahayalah."Meo semakin gelabah.
Tengku Syamil memegang bahunya."Calm down,Isma Danial.Tak bahaya pun.Yang kat dalam ni mafia yang awak kenal sangat.Kawan baik awak."Tengku Syamil berbasa-basi.
Meo masih berfikir dan akhirnya dia dapat menangkap maksud Tengku Syamil."Ammara?"Terpacul nama Ammara di bibirnya.Tengku Syamil mengangguk.Riak cuak tadi berubah ceria.
"Patutlah rela menyerah diri,mafia kesayangan rupanya.aya rehat kat bilik.Baiklah,saya faham.Saya berehat dululah ya.Enjoy your day."Meo memahami.Dia tidak ingin menganggu privasi Tengku Syamil dan Ammara.
"Tengku kena guna yang ni.Barulah ada privasi,orang tak ganggu."Dia menukar nota "Don't Disturb" pada tombol pintu sebelum beredar.
****
Kedengaran ombak berdesir di Pantai Cherating mengamankan jiwaku.Desiran ombak itu mengubati kerinduan aku pada kampung halaman di Pantai Seri Tujuh,Kelantan.Dalam samar-samar cahaya lampu,aku merenung ke arah bentangan lautan luas.Terdapat kerlipan lampu kapal-kapal yang sedang belayar.Bayu yang bertiup mengelus lembut rambutku.
Aku memandang bintang-bintang bersinar di kaki langit.Wajah abah dan opah bermain di mataku kini.Sungguh aku kerinduan ditemani kegelapan malam dan irama ombak yang menghempas pantai.
"Rara rindu opah dan abah.Mama rindu adik.Tenanglah kamu bertiga di alam sana.Rindu ini tidak pernah berpenhujung untuk kalian bertiga.Doa juga Rara titipkan buat abah dan opah.Begitu adik,mama tak pernah berhenti doakan adik."Aku bermonolog sendirian.Ketiga-tiga insan yan sangat aku sayang dan rindui.Walaupun aku tidak sempat menatap raut anak sulungku tetapi aku tahu dia mengenaliku.Dia hadir dalam bayangan dan khayalanku cukup memadai bagiku melepaskan rasa rindu.
"Sayang.."Tengku Syamil menyapa.Aku tersedar daripada khayalanku.Aku menoleh ke sebelahku,Tengku Syamil berdiri tegap merenung laut.Bahuku dipegang rapat ke sisi tubuhnya.
"Tak sejuk ke Rara lepak sini?"soal Tengku Syamil.Dari tadi dia mencari kelibat isterinya tetapi tiada di perkarangan chalet penginapan kami.Ahli keluargaku yang lain riuh menimati BBQ dan sambil menghayati lagu yang diputarkan.
Aku menggeleng."Rara suka pantai.Angin,ombak,air dan segalanya tentang pantai.Dulu kalau Rara stres dan rasa down,Rara akan bersiar-siar di pantai.Selepas itu,jiwa Rara akan kembali tenang."
Kelainan dalam nada isterinya menyebabkan Tengku Syamil berasa sedikit hairan.Ada satu perasaan yang Ammara simpankan di dalam hati berdasarkan percakapannya."
"Rara stres sekarang?Beritahu abang,mana tahu abang boleh tolong Rara."Tengku Syamil mengambil langkah bertanya isterinya dahulu.
Aku terus memeluk kemas tubuhnya dari sisi.Beberapa titis air mata aku mengalir."Rara rindu abah,rindu opah dan rindu adik,"luahku.
Aku mendengar helaan nafasnya."Abang tahu Rara rindu.Sedekahkan doa untuk mereka di alam sana kalau sayang mereka."
"Rara tak pernah lupa doakan mereka,abang.Jasad mereka telah bersemadi tetapi di hati Rara mereka tetap hidup.Cuma kadang-kadang rindu itu bertandang."
Tangan Tengku Syamil melekap pada kedua-dua bahuku.Wajahku monyok memandang pasir."Rindu tu tak boleh elak,Rara.Sedangkan yang masih hidup,kita akan rindu inikan pula orang yang dah pergi selamanya.Ingat sayang,kenangan mereka masih hidup dalam ingatan kita.Dan abang nak Rara tahu yang abang sayang Rara sangat-sangat.Abang tak nak Rara sedih-sedih."Tengku Syamil mengesat kering air mataku.Tengku Syamil banyak memberi kata-kata perangsang dan semangat kepadaku.Apa yang aku lakukan,dia akan sokong asalkan tidak terkeluar daripada landasan ajaran agama.
Senyuman terukir di bibir merekah aku."Rara pun sayangkan abang sepenuh hati Rara."
Kening Tengku diangkat ke atas."Betul ke sayang abang?Prove it."
"Haaa...Nak Rara buktikan macam mana?"
"Hhmmm...Senang saja.Kiss me.Kiss kat sini."Tengku Syamil memuncungkan bibirnya.Matanya tertutup.Namun,aku tidak endahkan.Aku merenung wajahnya.
Kemudian,dia membuka kelopak matanya."Cepatlah,sayang kiss abang.I'm waiting."
Aku memandang sekeliling."Abang,ada oranglah.Nanti orang nampak."Aku mengelak walaupun tidak ramai bersantai di kawasan itu.
"Kat sini gelaplah,sayang.Mana ada orang nampak.Please..."Tengku Syamil memanjangkan perkataan 'please'.Kedua-dua pipiku dipegang kemas.Dia segera mendapatkan bibirku.Ditekannya bibir basah miliknya ke atas bibir aku.Tidak semena-mena aku membalas pelukannya.Kucupan yang hangat daripada Tengku Syamil ditemani alunan ombak sungguh mengasyikkan.'So,romantic.'Aku tidak lepaskan peluang emas ini.Sejak dulu aku bermimpi mengucup putera rajaku di bawah kerlipan bintang dan disaksikan pantai.
'Eh,gatal kau Ammara!Malu tapi mahu.'
Tengku Syamil gembira menunjukkan sengihnya setelah meleraikan ciuman kami."Hmm...Perfect kiss from my wife.Terima kasih untuk semuanya pengorbanan sayang selama menjadi isteri abang."
"Pengorbanan apalah sangat yang Rara buat untuk abang."
"Banyak,sayang.Terima kasih sebab Rara setia di samping abang dalam apa jua keadaan abang.Terima kasih sebab Rara sudi jadi mama kepada anak-anak abang yang comel tu.Terima kasih Rara terima baik buruk abang.Terima kasih sebab Rara tidak pernah merungut dan mengeluh hidup bersama abang dan anak-anak.Abang sayang isteri abang,"ucap Tengku Syamip buat aku terharu.Dia selalu menghargai aku dan tidak pernah berhenti mengucapkan terima kasih kepadaku.
Aku mengusap pipinya yang ditumbuhi jambang nipis."Selagi ada rasa kasih dan cinta dalam hati kita,Rara takkan pernah tinggalkan abang sendiri melainkan ajal yang memisahkan kita,"balasku.Aku menghargai setiap detik bersama suami dan anak-anakku.
"Andai diberi pilihan,abang nak mati dulu pada sayang sebab abang tahu abang tak mampu hidup tanpa Rara di sisi abang."Dia terus menyambung mencium bibirku tanpa sempat aku membalas kata-katanya.Aku juga berharap seperti yang Tengku Syamil katakan.Hidup tanpa orang yang kita sayang sangat menyakitkan.Tapi biarlah takdir yang menentukan ajal kami.Selagi nyawa tidak berpisah dari jasad,aku ingin mencipta memori bersama suami dan anak-anak.
"Mama...Papa..." Si Kembar menyampuk riang berlari-lari kepada kami.Tengku Syamil melepaskan bibir aku.
"Dah terlepas budak dua orang ni?"bisik Tengku Syamil di telingaku.Aku senyum saja.Aku terus mendukung Aisya manakala Tengku Syamil mendukung Adam.
"Adam nak main pantai boleh?"Adam meminta izin dengan papanya.
"Hmmm...Boleh main.Tapi pagi esoklah ya?Papa teman Adam dan Aisya mandi pantai."
Adam menjawab kecewa."Alaa..."
"Sayang papa,malam-malam ni tak nampak pantai.Nanti tengah-tengah mandi,datang ikan jerung.Tak sempat nak lari,kena ngap kaki."Tengku Syamil menakutkan anak-anaknya.Mereka berasa gerun terutamanya Adam menunjukkan reaksi cuak dan berdebar.
"Dahlah takutkan anak.Jomlah kita join dorang.Mama laparlah."
****
"Alia tak menyesal pilih saya jadi suami?"tanya Tengku Amir dengan agak kekok kepada Alia.Dia baru saja melamar gadis itu menjadi teman hidupnya.Dia tidak menyangka Alia yang merupakan sahabat di bangku sekolahnya menerima lamaran tersebut.Tengku Amir tidak tahu selama persahabatan mereka,Alia menyimpan perasaan cinta kepadanya juga.Betapa menyesal dia tidak berterus-terang rasa cintanya dari awal.
"Tak pernah menyesal pun,Amir,"jawab Alia malu-malu.Perbualan mereka sekadar di hadapan chalet yang Alia diami.Tengku Amir gembira tidak terkata.
Alia masih segan-segan dan janggal beromantik dengan Tengku Amir kerana status kawan berubah menjadi status bakal suami.
"Tak sangka kan,lama kita berkawan tapi sekarang baru luahkan perasaan.Dah memang jodoh kita agaknya.Tak sia-sia Amir menunggu."Tengku Amir membuka topik perbualan.
Alia tersenyum.Senyumannya manis menampakkan lesung pipit dalam pada pipinya."Nasib Amir cepat sikit,kalau tak ibu dan walid nak jodohkan Alia dengan orang lain."
"Hmmm....Mujurlah.Kalau tak melepas Amir.Penantian yang sia-sia kalau macam tu."
Tengku Syamil menyampuk."Haaa...Nanti apa,Amir?Dah malam ni tak reti-reti nak masuk tidur ke?"Tengku Syamil memerli.Dia membawa anak-anaknya berjalan di sekitar chalet dan hotel tadi.Dia mengendong Adam yang sudah terlelap.Aisya pula menggosok-gosok matanya yang mengantuk.
"Tak boleh tidurlah,Abang Syamil."
"Aikk..Tak boleh tidur datang sini?Kau jangan,Mir.Anak dara orang tu.Sabar sikit,majlis Amir bulan depan."Tengku Syamil bergurau.Chalet Alia bersebelahan dengan chalet yang dia dan Ammara bermalam.Alia tersengih-sengih.
"Alaa..Abang Syamil.Borak je,bukan buat apa-apa pun.Abang dengan kak long kan ada kat sebelah."
Tengku Syamil ketawakan adik iparnya yang nampak gelabah."Dah la,Mir.Amir boraklah sampai pagi.Abang nak masuk dah.Budak-budak ni penat sangat.Adam ni belum apa-apa dah lena ni,"kata Tengku Syamil.
"Papa,hurry up.Aisya mengantuk ni."Aisya merengek menarik-narik baju Tengku Syamil.
"Alright,sayang.Papa lupa puteri papa mengantuk."Tengku Syamil memujuk Aisya.Mereka beralih ke depan pintu chalet mereka.
"Sayang,buka pintu ni,"panggil Tengku Syamil dari luar.Apabila pintu dibuka,Aisya teruk memeluk mamanya.
"Laaa..Adam dah tidur,"kata Ammara melihat Adam terlentuk di bahu papanya.
"Penat sangat.Aisya ni pun dah mengantuk ni."
Tengku Amir dan Alia memerhati saja kelakuan keluarga bahagia itu.
"Sweet kan kak long dengan Abang Syamil walaupun dah ada anak,"ujar Alia.Gelagat mereka suami isteri manis sangat.Alia tersenyum sendiri.
"Nanti dah kahwin,Amir sweet-sweet macam Abang Syamil layan kak long."
"Sweet?Amir sweet ke?"
"Dah kahwin nanti Alia tahulah Amir sweet macam mana."
****
"Lambat lagi ke sayang nak siap tu?"soal Tengku Syamil sejurus melangkah ke dalam bilik.Dari tadi menanti isterinya di bawah tetapi tidak turun-turun.
"Siap dah ni."Aku mengoles lipstik di hadapan cermin.
Tengku Syamil terasa bosan pantas merapati aku dari belakang.Tubuhku didorang rapat dengannya.Leherku dicium berkali-kali.Aku terasa geli dan bulu romaku tegak ke atas."Abang,gelilah.Stop it."Leherku terlentuk-lentuk dek kegelian.
"Aaahhh...Rara tu lambat sangat.Abang tunggu tadi lagi,"jawab Tengku Syamil.Dia sengaja mahu mengenakan aku.'Nak suruh aku siap cepatlah tu.'
"Rara nak pastikan Rara nampak cantik,barulah abang tak malu berjalan dan bergambar dengan Rara.Lagi satu,tak adalah mata abang tu usya perempuan lain."
"Nur Ammara Binti Saifuddin ni wanita paling cantik di mata abang.Tapi perempuan lain abang tetap pandang."Tengku Syamil bergurau.Aku menolak dia dari memelukku.
Pinggangnya aku cubit."Eee...Gatalnya."
"Rara,sakit.Abang pandang sebab abang takut terlanggarlah sayang.Takkan abang jalan tak tengok orang."Tengku Syamil menjelaskan maksudnya tadi dalam gelak.Aku memuncungkan bibirnya.Dia berdiri di sebelahku di hadapan cermin.
Lengannya diletakkan atas bahuku."Dah make up cantik-cantik,buat muka macam tu bila nak nampak cantik.Senyum sikit barulah manis,"usik Tengku Syamil apabila Ammara menarik muka.Tengku Syamil geli hati melihat gelagat isterinya yang kuat merajuk itu.
Aku malas melayan.Aku ingin pergi tetapi dia sempat menangkap pinggang."Rara nak ke mana?"
"Turun bawahlah.Tadi suruh turun,"kataku dengan nada merajuk.Tengku Syamil merenung wajahku yang semakin merona merah.Renungan redup yang mencairkan hati.Malu aku direnung begitu walaupun telah lama berkahwin."Haaa..dah merah-merah pipi tu.Hmm...Sekejaplah,sayang.Nak manja-manja sekejap sementara berdua ni.Nanti Si Kembar tu ada tak bolehlah nak romantik-romantik macam ni.Mama kan hak dorang kononnya."
Bibir merah jambu aku lebarkan dengan senyuman."Rara tetap hak milik abang seorang sampai bila-bila."
"Hak milik abang tapi nak peluk cium kena sorok-sorok."
Aku melepaskan tawa kecil.Tengku Syamil mengomel tentang anak-anaknya yang cemburu jika aku melebihkan papa mereka.Mereka mula mencelah di tengah-tengah jika papa dan mama mereka menempel rapat-rapat.Geli hati aku dengan gelagat anak-anak aku.
"Abang ni dengan anak-anak pun nak jealous."
"Sebab anaklah,abang mengalah."
Anak mata Tengku Syamil aku renung dalam-dalam.Dia menghadiahkan senyuman kepadaku.Senyuman yang selalu buat aku terbang melayang.Selagi nyawa aku dikandung badan,cintaku,setiaku dan kasihku hanya untukmu dan anak-anak.
"Macam-macamlah abang ni."
Tengku Syamil mengecilkan matanya memandang rautku."Abang rasa sayang lainlah."
"Haaa..Kenapa?Make up Rara tak kena ke?"Aku menggelabah.
"Entahlah,abang pandang Rara macam nampak sesuatu."
"Nampak apa?"
"Abang nampak seorang bidadari dengan senyuman manis berdiri di hadapan abang."
'Haaa..Sudah..Dia main pick up line pula.'Aku malu-malu kucing.Tersipu-sipu aku dibuatnya.Seluruh wajahku terasa panas.
"Tapi serius Rara nampak makin berseri-serilah."
Aku memaut tengkukku dan geselkan hidungku dengan hidung mancung dia."Abang...I have something want to tell you."
"Apa?Nak cakap abang handsome ke?"
Aku menggeleng."I just want to tell you that I am pregnant,"kataku dengan ceria.Tengku Syamil mempamerkan muka terkejut seperti tidak percaya.
"Betul ke ni sayang?"Tengku Syamil mendapatkan kepastian.Aku mengangguk laju.Tengku Syamil terus memeluk aku dengan erat.
"Alhamdulillah.Twins lagi ke?"
"Tak tahu lagi sebab Rara test sendiri guna pregnancy test.Nak sahih,nanti kita check up dengan doktor,"kataku dengan gembira dalam pelukan Tengku Syamil.Gembira yang tidak terkata kerana kami bakal menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga kami.
"Kali ni abang janji abang akan jaga Rara baik-baik.Abang akan pastikan Rara takkan stres lagi,"kata Tengku Syamil di telingaku.
"Astagfirrullahalazim.Dua ketul ni boleh beromantik kat sini.Orang tunggu kat bawah tu.Issshhh..Mengalahkan pengantin,"tegur nenda yang tiba-tiba muncul.Tengku Syamil meleraikan pelukannya.Adam dan Aisya berlari-lari memeluk aku dan papa mereka.
"Mama...Papa..Jomlah turun."Si Kembar mengheret tanganku dan Tengku Syamil.
"Laaa...Apa kena-mengena dengan kami,nenda?Amir yang nak kahwin.Syamil dengan Ammara turun lambat pun akad nikah tetap sah."Tengku Syamil menjawab.Begitulah perangainya dengan nenda,suka loyar buruk.Nenda mencerlungkan mata kepada Tengku Syamil.
"Eh..eh..eh..Budak ni.Merenyamnya lain macam.Silap haribulan Ammara dulu yang bunting pelamin nanti."
Tengku Syamil tergelak kecil."Alaaa..Nenda juga yang untung.Cicit ramai,meriah apa."
"Sudahlah,Syamil.Cepat turun.Makin dilayan makin menjadi-jadi kamu ni."Nenda membebel lalu beredar.
"Mama...Papa..Cepatlah turun."Adam dan Aisya menarik-narik tangan kami.
"Okay.Mama dengan papa turun."
"Yeeaayy!!!Mama..nak dukung."Serentak Adam dan Aisya meminta didukung.
"Papa dukung boleh?Mula sekarang,mama dah tak boleh dukung Adam dengan Aisya lagi sebab mama kena bawa adik,"kata Tengku Syamil.
"Nak-nak."Si Kembar menjawab dengan girang.
Tengku Syamil meraih kedua-dua anaknya ke dalam dakapannya.Pipi anak-anak dicium dengan rasa kasih yang mendalam.
****
"Mama..."Adam dan Aisya menerkam aku yang sedang bersantai setelah penat bermain.Kedua-duanya duduk di atas ribaan aku.Aku menyelak rambut Aisya.Berpeluh-peluh main bersama papa.
Tengku Syamil yang kelelahan duduk di sebelah aku."Aisya,Adam meh duduk dekat papa.Mama tu keding,ramai-ramai duduk atas riba mama nanti patah tulang mama,"sakat Tengku Syamil.Aku mengerling.Adam dan Aisya berdegil tidak mahu turun.Dipeluk eratnya aku.
"Amboi,sedap abang mengata orang keding!"Aku membalas.
"Yang keding ni abang sayang sangat.Tak ada sesiapa yang dapat ganti pengarang jantung hati abang ni,"jawab Tengku Syamil tanpa rasa segan di hadapan ahli keluarga yang lain.
"Kau tu Syamil mengalahkan pengantin baru sweetnya.Tengok pengantin baru ni rileks,tenang je,"bidas Kimi pula yang geli geleman mendengarnya.Amir dan isterinya,Alia tersipu-sipu malu.
"Betul cakap kamu tu,Kimi.Gatal Syamil tu mengalahkan ulat bulu.Pengantin dua orang ni tak adalah gatal macam dia."Nenda menyokong Kimi mengenakan Tengku Syamil.Mama tersenyum saja mendengarnya.
"Mana aci dua lawan satu.Dorang baru kahwin,malu lagi nak sweet-sweet.Lagipun,dengan isterilah kita nak sweet-sweet.Barulah rumah tangga bahagia.Kan,sayang?"Tengku Syamil membela diri.Aku hanya mengangkat bahu tidak mahu menyokong kata-kata Tengku Syamil.Aku sibuk menyuap Adam dan Aisya makan kek.
"Eleh..Kau tu memang merenyam,Mil.Bukan aku tak kenal kau."Kimi berseloroh.
"Alia nak stew daging tak?Mama cedokkan untuk Alia,"tanya mama melayani menantu baharunya yang masih malu-malu dengan keluarga kami.
"Boleh juga,mama,"jawab Alia dengan bersopan.
"Mama,Adam want stew with bread,"pinta Adam.
"Me too,"sampuk Aisya.
Lenguh tulang pahaku menampung Si Kembar.Aku membetulkan kedudukanku agar lebih selesa.
"Adam,Aisya.Mari duduk dekat papa.Kasihan mama.Mama tak larat,Adam dengan Aisya berat.Mama ada adik lagi dalam perut dia,"kata Tengku Syamil buat semua orang memandang kami berdua dengan pandangan yang tidak percaya.
"Sofia mengandung ke?"pantas mama menyoal dengan klu yang Tengku Syamil ujarkan.Memang kami ingin mengumumkan kepada semua semasa berkelah di kawasan villa nenda yang dulunya tempat permainan Tengku Syamil dan Tengku Amir ketika kecil.
Aku tersenyum mengiakan pertanyaan mama.Tengku Syamil buat-buat tidak bersalah dengan pandangan orang lain terhadapnya.Dia menarik anak-anak duduk di ribanya.
Apabila dia menyedari pandangan nenda,Kimi dan Amir masih tidak beralih,dia bersuara."Hmm...Normallah kan ada anak lagi?Lagipun,Adam dan Aisya dah tiga tahun.Tak salah pun ada adik baharu."
"Kan nenda dah cakap Ammara yang bunting pelamin,bukan Alia."Nenda mengusik Tengku Syamil.Aku menunduk malu.
"Alaaa...Takkan nenda tak nak cicit ramai-ramai.Dulu masa Syamil tak kahwin,sibuk nak cicit.Ni Syamil nak tunaikan impian nendalah."Tengku Syamil mengomel.Kimi dan Amir berbisik sesama sendiri
Mereka berdua itu tiada kerja lain jika berbisik,mesti mengumpat Tengku Syamil.
"Aku rasa Syamil ni kalau tak plan,mahu tiap-tiap tahun kakak kau mengandung.Apalagi,kau kena belajar dengan dia.Minta petua dan tips,"sarang Kimi kepada Tengku Amir dalam separuh berbisik.Tengku Amir menutup mulut menahan ketawa.
"Aku dengarlah korang cakap apa,"kata Tengku Syamil memecahkan gelak tawa Tengku Amir dan Kimi.
"Kali ni baby twins lagi ke,Sofia?"Mama yang duduk di sebelahku mencelah.
"Sofia tak tahu lagi.Hajatnya esok nak pergi scan.Menurut kata doktor,peratus untuk kembar anak kedua tinggi.Tapi Sofia tak kisah pun kembar ke tak,yang penting selamat dan sihat."
Tengku Amir menyampuk."Kali ni lepas scan bagitau terus.Kak long jangan nak rahsia-rahsia lagi,"Tengku Amir mencelah perbualan.Aku hanya melebarkan senyuman.
"Papa,boleh tak nak main lagi?"tanya Aisya.
"Boleh..Jom main dengan papa.Adam nak ikut?"ajak Tengku Syamil.Dia memimpin anak-anak kami bermain di tepi kolam.
Aku memandang kegirangan dan keseronokan Tengku Syamil dan kembarku bermain kejar-kejar di tepi kolam.Tengku Syamil rajin melayan anak-anaknya bermain.Aku senyum sendirian melihat gelagat mereka sambil menyentuh perutku.Suatu hari nanti,bayi dalam kandungan ini juga akan menyertai papa,abang dan kakaknya bersama jika diizinkan Allah.Melihat Si Kembar membesar dengan sihat cukup buat hati seorang ibu sangat gembira.Walaupun dilahirkan tidak cukup bulan,namun mereka membesar dengan normal.Aku panjatkan syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku menikmati kebahagiaan.
Perkahwinan yang tidak aku pinta tetapi berakhir dengan kebahagiaan.Aku mengharapkan bahagia ini akan terus menjadi milik kami.Pengalaman lalu banyak mengajar aku erti kesabaran,kesetiaan dan kepercayaan di samping mendewasakan pemikiran aku.Aku percaya tiada rumah tangga yang tenang sepanjang masa.Dalam ketenangan pasti akan dilanda badai tetapi terserah kepada diri masing-masing menguruskannya.Aku faham sesuatu perkara yang kita perlu turunkan ego dalam rumah tangga jika inginkan kebahagiaan.Dalam perhubungan,kita bukan mencari kesempurnaan tetapi melengkapkan kekurangan pasangan.Bagiku,Tengku Syamil pelengkap kepada kekurangan diriku.
Dalam kebahagiaan yang aku kecapi,aku tidak pernah lupa akan abah,opah dan adik yang pernah singgah dalam hidupku.Doaku tidak pernah putus untuk mereka.Bertemu di dalam mimpi sudah cukup buat aku rasa bahagia walaupun aku tahu mimpi itu mainan tidur.
****
Tamatlah sudah kisah Ammara dan Tengku Syamil.Pertama sekali Miss J nak ucap terima kasih yg tidak terhingga atas sokongan semua pembaca HMKTH ni.Miss J harap you alls semua terhibur membaca novel pertama Miss J.You alls memang sporting.Ada yang mengecam TS,ada yg bagi idea.Miss J seronok baca komen-komen korang walaupun Miss tak sempat nak balas satu-satu.Miss J hargai you alls semua.Miss J minta maaf dah buat emosi you alls terganggu.Ada yg siap dm bebel Miss J buat watak TS macam tu.Ada yang dm tak sabar tggu next chapter kalau Miss J lmbat update.Ada yg dm tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.Semua ni buat Miss J semangat nak lengkapkan novel ni.Tanpa pembaca semua,siapalah Miss J.Tak lupa juga yang donate coin,terima kasih banyak-banyak.Actually,Miss J tak meletakkan harapan yg tinggi utk novel ni sebab Miss J menulis untuk suka2 dan release tension.Tak sangka ada sambutan.Jutaan terima kasih sekali lagi untuk you alls.Next projek ada dua novel tapi Miss J tak decide lagi nk publish yg mana dan bila sebab Miss J pun agak sibuk sekarang.You alls tunggu tau.Harap2 you alls sudi membaca karya Miss J seterusnya nanti.Miss J sayang korang.Marilah meriahkan komen korang utk chapter akhir ni.Lepas ni,dah tak ada Rara dan TS.I love you alls.Thank you very much.
Dah tamat.Maaf Miss J nak update chpter lbh awal tapi coverage kat tmpat Miss J problem 2 3 hari ni.Tak tau nak maklum mcm mana sbb ig pun xleh post.Hari ni,line dah okay,Miss J update Hak Milik Kekal,Tengku Hot utk terakhir kalinya.Enjoy it guys.I love you.
Share this novel
Alhamdulillah..tahniah miss j...best/cerita trrbaik wlu byk rintangan&happy ending
alhamdulillah...tahniah miss J...best sgt..happy ending...x sabar nak tggu novel baru miss J
thanks and congrats miss j...novel ni memang best sangat..sentiasa menunggu hingga ke hujung nye..finaly tamat dah...semoga miss j teris berjaya...