"Bila Syamil nak kahwin?"tanya Tengku Aminah usai makan malam bersama.
Tengku Syamil tidak terkejut kerana acap kali diasak dengan soalan itu oleh nendanya.Inilah salah satu sebab dia malas berjumpa Tengku Aminah.
"Calon pun tak ada,Syamil nak kahwin macam mana?"Soalan dibalas dengan soalan.Auntie Salina mendengar saja perbualan mereka.
"Apa kata nenda carikan calon isteri untuk Syamil?Anak kawan-kawan nenda ramai yang cantik-cantik."
"Macam mana Syamil nak cakap ya,nenda?Syamil tak ready lagi untuk ada isteri.Tentang calon tu,biarlah Syamil pilih sendiri.Yang nak kahwin nanti Syamil."
Perbualan di meja makan itu agak tegang.Syamil tidak suka nenda Tengku Aminah membangkitkan soal kahwin.
Tengku Aminah mengerling kepada Syamil yang bersahaja."Baiklah.Nenda bagi masa sampai hujung tahun untuk Syamil pilih calon isteri.Jika tiada,Syamil perlu kahwin dengan calon pilihan hati nenda."Tengku Aminah mengangkat kening dengan sengihan bangga memerangkap Tengku Syamil.
"What?Nenda,it's not fair."Syamil bengang.
"Dengarlah cakap nenda tu,Syamil.Takkan nak tunggu dah berjanggut baru nak nikah?Umur Syamil tu pun dah 31 tahun."Cik Puan Salina,ibu tiri Tengku Syamil mencelah perbualan mereka.
"Auntie jangan masuk campur hal peribadi Syamil."Tengku Syamil tidak gemar ibu tirinya mencampuri urusannya.Seumur hidupnya dia tidak pernah menganggap wanita itu keluarganya.Dia hanya menganggap Cik Puan Salina sebagai perampas yang telah merampas kebahagiaan arwah bondanya.
Bercakap dengan Tengku Syamil memang memerlukan kesabaran.Cik Puan Salina menghela nafasnya."Auntie cuma cakap yang betul.Apa lagi yang Syamil nak tunggu?Auntie dengar Syamil rapat dengan secretary Syamil.She is special to you?"Cik Puan Salina menduga.
Lama Tengku Syamil diam.Tidak berminat untuk menjawab pertanyaan itu.
"Ammara?"Sepatah keluar daripada mulut Tengku Aminah.Dia mengenali Ammara,wanita yang bekerja sebagai setiausaha cucuandanya.
Tengku Syamil diam lagi.Dia tidak menafikan mahupun mengiakan.Tengku Aminah masih ternanti-nanti jawapan Tengku Syamil.
"She is just my secretary."
"Don't hiding from us.Auntie tahu Syamil selalu bersama dia.Masa ke Vietnam pun hari tu,Syamil dengan Ammara ambil masa sehari untuk spend time together kan?"Cik Puan Salina membuka cerita lagi.
Tengku Syamil memandang tajam ke arah ibu tirinya."Banyak yang auntie tahu pasal saya.Maksudnya auntie ada pasang mata-mata mengekori saya kan?"Tengku Syamil tidak puas hati.Perempuan itu sengaja mahu sakitkan dia.
"Eh,auntie cuma dengar daripada mulut orang!Auntie nak ingatkan,carilah orang yang setanding dengan Syamil.Ada pangkat,harta dan gelaran.She is nothing.Just a secretary."
Tengku Syamil mencampakkan napkinnya ke atas meja."Orang yang beri nasihat kepada saya ni patutnya cermin dirinya sendiri dulu sebelum bercakap.Seperti ketam mengajar anaknya berjalan pula.Auntie dulu pun asal-asalnya seceretary ayahanda juga.Then,dalam diam auntie rampas ayahanda daripada bonda.Jangan pandai nak nasihatkan orang kalau diri sendiri pun tak betul.I think she is better than you.At least,dia spend time dengan orang bujang bukan suami orang."
Merona merah muka Cik Puan Salina.Dia bingkas bangun meninggalkan meja makan.Tinggallah Tengkus Syamil dan nenda.
"Kan dah merajuk Auntie Salina tu."
"Biarkan dia,nenda.Tak salah kan apa yang Syamil cakap?Atau nenda pun sokong auntie?"
"Of course not.Nenda akan terima sesiapa saja pilihan hati Syamil.Nenda akan terus merisik."
****
"Good morning everyone!"Aku menyapa rakan-rakanku yang berada di dalam pejabat itu.Aku mengedarkan nasi lemak kepada kepada staf yang berada di dalam pejabat itu.
"Haaa...Ini Kak Pah punya."Aku memberi sebungkus nasi lemak kepada Kak Pah.Kak Pah ialah pekerja pembersihan di situ.
Kak Pah malu-malu nak ambil prmberianku."Ala..Cik Ammara.Susah-susah saja.Kak Pah ni dah la setaraf dengan korang semua.Kamu semua layan Kak Pah dengan baik."Kak Pah merendah diri.
"Eh,Kak Pah ni!Semua manusia sama sajalah.Setiap manusia perlu dilayan dengan baik.Tak kisahlah kaya ataupun miskin.Ada rezeki kita kongsi sama-sama."Aku memberitahu Kak Pah.
Meo dan Kak Nani seperti biasa sudah menarik kerusi rodanya ke mejaku untuk makan sama-sama.Mereka mengajak aku dan Kak Pah makan sama tetapi ditolak.Katanya mahu menyelesaikan kerja sebelum Tengku Syamil datang.
"Cik Ammara tahu tak Tengku masuk kerja pukul berapa hari ini?"Kak Pah bertanya.
"Pukul 9.00 nanti dia masuk kerja.Kak Pah nak jumpa Tengku ke?Ammara boleh beritahu Tengku."
"Tak mengapalah.Nanti saja.Kak Pah masuk dulu nak sambung kerja."Kak Pah meminta izin untuk masuk ke bilik kerja Tengku Syamil membawa peralatan pembersihannya.
Aku,Kak Nani dan Meo bersarapan bersama.Aidil yang merupakan kerani kami masih di mejanya.Dia seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Dia melakukan kerja-kerjanya saja.Bercakap pun hal yang penting.Tidak seperti aku bertiga,pasti riuh sepejabat.
"Kau ni lepas balik dari Vietnam,ceria saja akak tengok.Ada berita gembira ke?"Kak Nani bertanya.
"Ala Kak Nani...Takkan tak tahu Cik Ammara cantik kita ni pergi Vietnam dengan Tengku Syamil yang handsome tu?Kalau aku pun senyum sampai telinga.Menang besarlah dia."
Aku mencubit lengan Meo."Kau ni Meo.Aku pergi sana atas urusan kerja la.Kau jangan fikir bukan-bukan."
Tapi aku memang menang besar pun.Tika ini terbayang pula keseksian Tengku Syamil.Rasa seperti tak mahu mengalihkan pandangan daripada menatap tubuh Tengku Syamil yang berketul dan sado itu.Aku senyum sendiri dengan kenakalan aku.Patutlah kita disuruh menjaga pandangan mata lagi-lagi tengok Tengku Syamil yang memukau itu.Rezeki aku.
"Kau sengih sorang-sorang ni kenapa?Ada peristiwa manis dengan Tengku ye?Story kat kitorang."Kak Nani ingin tahu.
"Kau happy semacam ni,mesti Tengku melamar kau kan?Cakaplah Ammara.Aku curious nie."Meo pula menggesa.Dua orang ini memang suka korek rahsia aku.Tapi keseksian Tengku Syamil biarlah menjadi kerahsiaan aku.
"Tak ada yang manis pun di sana.Untuk soalan Meo tu,memang aku dilamar tapi bukan dengan Tengku Syamil."Aku ceria membongkar ceritaku.
"Taadaa!!!!"Aku mengangkat tangan menunjukkan cincin di jari manisku.
"Siapa?Orang kaya kat Vietnam ke lamar kau?"
Kak Nani dan Meo cukup teruja dengan berita itu.
"Buah hati akulah,Adri Watson.Dia lamar aku sebelum aku fly ke Vietnam.Weekend ni dia nak hantar rombongan merisik dan bertunang terus."
Tidak semena-mena Meo menampar kuat bahu aku.Pedih tamparan dengan tangan lembut dia."Adoii!!Sakitlah.Kau ni main kasar ya."
"Padan muka kau.Kau nak bertunang beberapa hari lagi baru nak cakap dengan kitorang.Teruk betul perangai."Meo membebel.
Aku masih mengusap kesan pedih tamparan Meo."Aku bukan nak berahsia.Perkara ni terlalu cepat berlaku.Minggu lepas,dia lamar aku.Dua tiga hari lagi nak bertunang dah."Aku sendiri tidak menduga bakal menjadi tunangan Adri.
"Akak tumpang gembira untuk kau.Adri tu handsome,kau pula cantik.Bagai pinang dibelah dua,serasi sangat,"kata Kak Nani dengan gembira.Riak Meo saja berbeza.
"Kau kenapa Meo?Tak suka aku happy?"
Meo menghela nafas.Tergambar sedikit kekecewaan pada wajahnya."Aku sebenarnya lagi suka kau dengan Tengku Syamil.Tapi sebagai kawan aku tetap happy untuk kau.Congratulations,beautiful Ammara."Meo kurang gembira aku bersama Adri.Kali pertama bertemu Adri,dia terimbau kembali memori pahit yang terpaksa dilaluinya dulu.Mungkin Adri sudah lupa tetapi tidak baginya.
"Tinggi sangat imaginasi kau ni,Meo.Hubungan aku dan Tengku Syamil hanya sebagai bos dan setiausaha saja."
"Hmm...Aku tau.Apa-apa pun aku happy untuk kau.Tapi aku masih mendoakan agar ada plot twist untuk kau."Meo gelak manja menutup mulutnya.Aku menjegilkan mata.Apa punya doalah Si Meo ini?
****
Kak Pah berdebar-debar masuk ke dalam bilik Tengku Syamil.Ada hal penting yang perlu dimaklumkan kepada Tengku Syamil.Dia berdiri di hadapan Tengku Syamil.
"Duduklah,Kak Pah.Lenguh berdiri lama-lama nanti,"Tengku Syamil menyuruh.Kak Pah mengikut arahan Tengku Syamil.Kedua-dua tangannya digenggam antara satu sama lain.Seram sejuk berhadapan sendiri dengan Tengku Syamil.
"Ada apa Kak Pah mahu jumpa saya?Ada masalah dengan gaji Kak Pah?"Tengku Syamil agak hairan.Berkali-kali Kak Pah datang mencarinya di pejabat kata Ammara.
"Bukan.Gaji yang Tengku bagi cukup sangat untuk Kak Pah dan keluarga."
Tengku Syamil mengerutkan dahinya.Masih tidak mengerti mengapa Kak Pah mahu bertemunya.
Kak Pah membuka beg lusuhnya.Diambil sesuatu daripada beg itu diserahkan kepada Tengku Syamil.Objek itu dibungkus kemas dalam plastik oleh Kak Pah.
"Saya jumpa benda ini dalam bilik air dua hari lepas."
"Kak Pah dah tengok apa isinya?"tanya Tengku Syamil.
"Saya tak tahu membukanya tetapi saya tahu apa kegunaannya.Orang lain juga tak tahu tentang ini.Jadi,saya serahkan kepada Tengku untuk tindakan selanjutnya,"kata Kak Pah menunduk.Garis tua terlihat pada dahinya.
Tengku Syamil seakan tidak percaya perkara itu akan berlaku dalam pejabatnya.Bungkusan plastik yang diberi oleh Kak Pah diambil dengan cermat.
"Nasiblah baiklah Kak Pah jump dulu.Kalau benda ni kembali kepada pemiliknya,entah apa yang akan dia lakukan."Tengku Syamil kesal.Dalam bayangannya mula menangkap beberapa wajah yang disyaki.'Siapa punya angkara buat kerja bodoh macam ni?'
"Mungkin Allah nak tunjuk kebenaran dan menutup aib mangsa-mangsa teraniaya.Kak Pah risau benda ni dah lama berlaku tapi kita baru dapat tahu.Kasihan dengan orang yang terlibat tu,Tengku."
Tengku Syamil mengangguk.Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Kak Pah.Dia mesti mencari tahu dalang yang sebenarnya.
"Betul cakap Kak Pah.Ini melibatkan staf-staf saya.Kak Pah rasa siapa yang buat kerja terkutuk ni?"
"Wallahualam.Kak Pah tak berani nak syak sesiapa.Bukan hak saya untuk menuduh sesiapa.Takut tersalah tuduh,berdosa saya."
"Hmmm...Baiklah.Saya faham.Apa-apa pun terima kasih sebab Kak Pah peka dengan benda ni.Saya hargai tindakan Kak Pah tak hebohkan perkara ni. Pandailah saya uruskan nanti."
"Sama-sama.Kalau tak ada apa-apa,saya keluar dulu ya,Tengku."Kak Pah meminta izin untuk keluar.Lapang dadanya dapat menyerahkan sendiri benda itu kepada Tengku Syamil.
****
Sepuluh minit sebelum balik,aku berjumpa dengan Tengku Syamil di biliknya.Tengku Syamil memandang hairan kepada aku yang senyum.Senyumku tidak dibalas.Dia mengalih pandangan ke arah kerjanya.
Aku senyum tak balas pun.Hati kau keras Tengku Syamil.Lantaklah.Dia senyum ke tak aku tetap mahu cuti.
"Kau nak apa ni?Tersengih-sengih macam selipar koyak."Tengku Syamil bertanya.
Ada ke patut dia cakap muka lawa macam ini selipar koyak?Agak-agaklah Tengku Syamil.
Aku hulurkan borang permohonan cuti aku kepadanya.Dia membaca dan memandangku beberapa kali."Mohon dua hari?Kenapa?Tak tulis sebab pun dalam borang ni."Tengku Syamil menyerahkan kembali borang itu.
"Sebab nilah saya datang nak bincang dengan Tengku.Saya nak cuti hari Sabtu dan Isnin.Ahad kan memang dah cuti."Aku berbasa-basi untuk berterus-terang niatku.
"So,kau nak sambung cuti untuk tiga hari?Nak ke mana sambung cuti?"
Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal."Hmmm...Sebenarnya saya nak tunang hari Ahad tu.Sabtu tu saya nak buat persiapan.Isnin nak kemas."Susah betullah nak minta cuti.
Dengan cepat dia memandang ke arah aku.Terkejut atau tidak percaya apa yang didengar.Aku pun tidak pasti.
"Kau nak tunang dengan siapa?Meo?Abang Salleh jiran kau?"Tengku Syamil menyoal aku tapi soalannya menyakitkan hati juga.Pak cik Salleh pun masuk dalam carta.
"Tengku ingat saya tak ada taste ke?Pak Cik Salleh tu sebaya dengan abah saya."Aku beria menafikan.Agak-agaklah nak bergurau,Tengku.Lambat pula dia mahu meluluskan cuti aku.
"Habis tu siapa?"
"Adri.Boyfriend saya."Yakin aku berkata.
Aku perasan wajah Tengku Syamil berubah ketika itu.Mungkin terkejut.Lama dia memandang aku.Serba salah aku dibuatnya.Aku tidak dapat membaca apa yang berada di fikirannya sekarang.
Tanpa banyak bicara,dia mengambil kembali borang permohonan cuti aku.Dia terus menandatangan pada borang tersebut lalu dikembalikan kepadaku semula.Pelik?Tengku Syamil berubah tiba-tiba.Aku tidak berniat untuk bertanya banyak.Silap hari bulan dia tarik baik kelulusan cuti aku.
"Congratulations,Ammara.Kahwin nanti jangan lupa jemput aku."Dia tidak memandang aku.Matanya kembali fokus kepada skrin komputer.
"Terima kasih,Tengku."
****
Hari Pertunangan
"OMG.You are so beautiful,Ammara."Meo memujiku mengenakan baju kurung moden berwarna putih yang serba ringkas.Aku tidak begitu beria kerana majlis pernikahanku dijangka sebulan lagi.Adri tidak ingin bertunang terlalu lama katanya.Mahu segera menikah.Mungkin tidak tahan menanggung rindu.Cewaahh...Aku terperasan sendiri.
Jemputan untuk majlis tunangku juga agak ringkas.Hanya ahli keluarga terdekat yang hadir serta beberapa orang teman rapatku termasuk Kak Nani dan Meo.Majlis pertunangan kami diadakan di Johor Bahru,rumah keluarga Adri Watson atas permintaan mama dan papa.Aku dan abah terpaksa akur dengan permintaan mereka.
Perasaan aku?Sudah tentu aku gembira dan teruja.Aku telah melangkah selangkah ke hadapan menuju gerbang kebahagiaanku.Tujuh tahun aku menyemai cinta bersama Adri,akhirnya aku bakal memiliki sepenuhnya.Tak sabarnya!!
"Ammara,aku tumpang gembira untuk kau dan aku selalu mendoakan kegembiraan kau."Meo mengesat air matanya yang bertakung.Jauh di sudut hatinya akan ada keajaiban untuk Ammara.
"Kenapa kau sedih?Aku tunanglah,Meo bukannya mati."Aku menenangkan Meo.Aku tidak tahu mengapa dia sangat emosi.Dia sangat mengharapkan aku bersatu dengan Tengku Syamil bukan Adri.Sepanjang berkawan dengannya,dia hanya berseloroh biasa apabila aku bercerita tentang Adri.Selebihnya Meo banyak memadankan aku dengan Tengku Syamil daripada Adri.
"Nanti aku akan kehilangan sorang kawan yang sangat memahami aku dan menerima aku seadanya."Meo meluahkan rasanya kepadaku.Ketika itu hanya aku dan dia di dalam bilik aku bersiap.
Aku yang memandang cermin berpaling mengadapnya yang duduk di hujung katil.Dia menunduk kesedihan."Kau ni cakap macamlah aku tak boleh bertemu dengan kau lagi.Aku yakin Adry faham dan takkan halang kita berkawan.He is very understanding."
Meo melepaskan nafasnya."Tak sama,Ammara.Ianya akan berbeza nanti sebab aku tahu apa yang kau tak tahu."
Keningku hampir bercantum dengan kerutan dahiku.Aku hairan.Apa yang aku tidak tahu?Adakah Adri ada buat sesuatu yang aku tidak tahu?Tapi bagaimana Meo tahu pula sedangkan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
"Apa yang aku tak tahu?"Aku tanya lagi.
"Love dah siap?Kenapa lama sangat ni?"Adri menanti di hadapan pintu.Adri memakai baju Melayu berwarna putih sedondon dengan aku.Tampan dan segak anak kacukan itu mengenakan baju tradisional Malaysia.Hatiku tidak habis-habis memuji ketampanan buah hatiku sehingga terlupa Meo pun ada di situ.
"Dah siap,Bie.Love nak turunlah ni."Aku bangun lalu keluar dari bilik.Tinggallah Adri dan Meo di situ.
****
Adri menjenguk ke luar pintu bilik.Meo masih duduk di atas katil menunduk.Adri cepat-cepat menutup pintu dan datang kepada Meo.
Perlahan-lahan Meo mengangkat mukanya apabila terasa ada bayang yang berdiri di hadapannya.Adri sudah bercekak pinggang di hadapanya.Muka Adri bengis dan serius.Takut juga Meo dibuatnya.
Adri menarik leher baju Meo dengan kuat.Meo tidak mampu melawan."Apa yang kau cuba sampaikan kepada Ammara?"Adri marah.Giginya diketap.
"Aku ingat kau dah berubah,Adri tapi aku silap.Kau masih sama seperti dulu.Kau memang tak layak untuk Ammara.Dia perempuan baik."Meo membalas kata-kata Adri.Dalam ketakutan dia cuba melawan.
Adri makin berang.Dia menolak Meo.Meo terhempas di atas tilam."Kau tak ada hak nak menentukan aku layak atau tidak untuk Ammara.Hoi,pondan!!Kau dengar sini,jangan sesekali kau buka mulut tentang aku kepada Ammara.Nahas kau aku kerjakan nanti."Adri memberi amaran keras kepada Meo.
Meo mengubah kedudukannya.Dia berdiri berhadapan dengan Adri.Dengan kelembutannya,dia menunjukkan jari telunjuknya ke muka Adri."Aku akan pastikan Ammara tahu siapa kau sebenarnya.Kau berselindung di sebalik topeng kekayaan kau."
Kini,rambut Meo pula ditarik.Meo meronta kesakitan.Dia memegang tangan Adri yang menarik rambutnya."Kau ingat dia akan percayakan kau?Dalam masa sebulan lagi dia akan jadi isteri aku.Apa yang kau boleh buat?Ammara is mine."
Sekali lagi tubuh Meo dihumbankan.Kali ini ke arah dinding pula.Meo membetulkan rambutnya.Sakit kepalanya masih terasa.
"Kau keji,jijik dan kejam.Tak layak jadi manusia.Jangan jadikan Ammara mangsa untuk menutup kerakusan nafsu kau sendiri."
Adri ketawa.Dia bertepuk-tepuk tangan dan memandang sinis kepada Meo."Pondan tetap pondan selamanya.Pondan lembik macam kau tak setanding nak berlawan dengan aku.Okaylah,aku keluar dulu sebelum orang luar ingat aku cabul kau pula.Kasihan tunang aku menanti di bawah."
Pipi Meo ditepuk beberapa kali.Adri bersiul keluar dari bilik itu dengan senang hati.
Meo menyandar pada dinding.Air matanya jatuh ke pipi.Dia perlukan selamatkan Ammara.Meo nekad untuk membongkarkan segala sisi gelap Adri kepada Ammara.Tapi bagaimana?Dia sendiri tidak terdaya untuk melawan Adri apatah mahu melindungi Ammara.
So sad..Ammara dh bertunang dgn Adri.Mcm mana dgn Tengku Syamil?Apa rahsia Adry sebenarnya?Tunggu next chapter k..Thank you guys..
Share this novel
adakah adri gay