Aku berlari-lari anak ke pesisir Pantai Seri Tujuh,tempat bermainku sewaktu kecil setiap kali aku pulang ke kampung.Aku mendepakan tangan menghirup udara segar pantai.Betapa aku merindui pantai ini walaupun tidaklah sepopular pantai lain di Kelantan.Nilai sentimental zaman kanak-kanakku di sini.
Tengku Syamil yang mengekori aku tadi mendakapku dari belakang.Terperanjat aku.Dia fikir dia romantik agaknya.Aku memandang sekeliling,terdapat ramai pengunjung tempatan di situ.
Pelukan di pinggang aku longgarkan."Tengku malulah.Ini kan tempat awam.Ramai orang tengok."
"Suka hati akulah,isteri aku kan?Bukan aku peluk anak dara orang atau isteri orang."Tengku Syamil membantah.Sukarnya mahu memahamkan orang keras kepala seperti dia.
"Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung,Tengku Syamil.Kita bukan di bandar tapi di kampung.Di bandar tak ada siapa kisah Tengku nak berpeluk di khalayak ramai.Kampung ni nanti boleh jadi buah mulut orang pula.So,jaga tingkah laku."
"So,di kampung lagi ramai mak cik dan pak cik bawang yang suka jaga tepi kain orang?Semua benda nak dikecohkan satu kampung?"Tengku Syamil menyoalku.Aku menggaru kepalaku untuk menjawab.
"Bukan macam tu,mereka menegur atau nasihat supaya kita tidak keterlaluan dalam perbuatan dan perlakuan."
Tengku Syamil mengukirkan senyuman sinis."Kalau satu kampung cerita dicanang itu bukan nasihat tetapi mengumpat namanya.Nasihat datang tegur personal orang yang terlibat.Ada beza tu,Ammara."Definisi yang baru Tengku Syamil ajukan buat aku berfikir sendiri.Ada benarnya kata Tengku Syamil itu.Aku merasai kehidupan di bandar dan kampung,banyak perbezaannya.Di bandar tiada siapa kisah apa yang kita lakukan kerana tak ada masa menjaga tepi kain orang.Di kampung,pantang ada cerita panas pasti akan tersebar di pelosok kampung.
"Hhmm..Kali ni mungkin Tengku betul tapi sikit sajalah.Tak 100% betul."
"Aahhh..Ada aku kisah dengan markah kau tu.Duduk sini.Penatlah nak jalan."Tengku Syamil mendarat di atas pasir pantai beralaskan selipar saja.Dia menarik tanganku duduk sama dengannya sambil menikmati keindahan pantai dan angin sepoi-sepoi bahasa.
"Mesti kau banyak kenangan di sini kan?"
"Sangat banyak walaupun hidup berpindah-randah tetapi kami tetap akan kembali ke sini."
"Apa maksud kau pindah-randah?"
"Opah asal sini tetapi menetap di Melaka agak lama selepas berkahwin dengan arwah atuk.Masa umur saya setahun,rumah yang kami tinggal tu terbakar.Jadi,opah bawa kami berpindah ke Bentong,Pahang dan jual nasi berlauk secara kecil-kecilan sampailah umur saya 14 tahun baru kami berpindah semula tapi sekejap saja.Setahun selepas itu,saya dan abah berpindah pula ke KL dan menetap di sana sampai sekarang.Cuma opah saja yang masih di sini."Aku bercerita perjalanan hidupku kepada Tengku Syamil.Banyak yang dia tidak tahu tentang diriku termasuklah hal mama aku.Sejujurnya aku tak suka bercerita soal mama kepada sesiapa jika keadaab tidak mendesak.
"Hmmm...Banyak tempat persinggahan kau nak sampai umur sekarang.Mesti boyfriend pun ramai juga."
'Eh,ke situ pula mamat ni!'Dalam banyak-banyak perkara,tentang teman lelaki juga yang dia berminat hendak tahu.Dia fikir aku spesis 'buaya betina' yang sesuka hati mempermainkan perasaan lelaki agaknya.
"So,what?Ada masalah ke kalau saya ada ramai boyfriend?Apa kena-mengena dengan Tengku pula?"Aku menduga Tengku Syamil.
"Memang kau banyak boyfriend la kan jawab macam tu?Kau isteri aku,mestilah ada kena mengena.Siapa exboyfriend kau kat kampung ni?"Tengku Syamil tak senang hati dengan jawapan aku.Dia gelabah semacam pula.Cemburu atau tercabar?Tak kisahlah,aku suka kenakan dia dengan muka masam macam itu.
Aku mengira jari aku,"Sekejap,saya kira.Hmmm..Hakim,Fattah,Awie,Shah,Luqman,Elman,Kamal,Azrul,Zaki...Eee..tak ingatlah Tengku.Ramai rupanya boyfriend saya."Galak pula aku mengira padahal nama-nama itu semua nama kawan lelaki yang aku ingat.Tak pernah ada hubungan cinta pun dengan mereka.Hanya teman sepermainan masa kecil.
"Dah la tu.Aku malas dengar.Boleh tahan juga nakal kau ni.Nampak macam innocent,naif tapi ligat."
Aku mengangkat bahuku."Well,orang hot kan?Saya tak minta tapi yang datang ramai.Apa saya boleh buat,Tengku?Layankan sajalah."
Aku mengerling ke arah Tengku Syamil yang menjeling tajam kepadaku tapi aku buat-buat tak perasaan.Lain macam mukanya dengan omongan aku.
Aku bangun mengibas pasir yang melekat pada seluarku.Aku hulurkan tangan aku kepada Tengku Syamil."Jom."
"Ke mana?"Tengku Syamil tidak menyambut tanganku.'Merajuk lagilah tu.Kuat cemburu'.Cemburu tanda sayang tapi sayangkah Tengku Syamil kepadaku?'Aahhh...Kenapa aku nak fikir sayang-sayang pula.'
"Mandi pantai."
"Tak mahulah aku.Basah nak balik nanti."
"Rumah kita dekat saja,Tengku.Basah pun boleh balik tukar baju."
Aku mula berfikiran nakal.Marah atau tidak aku tidak kisah asalkan aku puas hati.Aku menarik tangan dia dengan kuat."Alaa..Jomlah Tengku."Aku memanjakan suaraku memujuk.Harap berjayalah aku mengheret dia menemaniku mandi pantai.
"Bukan selalu,Tengku dapat main pantai.Di KL tak dapat dah nak merasa.Pleaseee!!!!!!"Aku merengek manja dan akhirnya dia mengalah.
'Yess!!!Menjadi juga umpan aku.'
Dengan berat,dia mengikuti ke pantai tanpa membantah.
****
"Zana nak ke mana?"tanya Saifuddin melihat Tengku Zanariah tergopoh-gopoh mengisi pakaian dalam beg.Air matanya turut meleleh ketika ini kerana terlalu kecewa.Kecewa akan herdikan ibu mentuanya kerana dia tertumpahkan dulang saja.Oleh sebab itu,dia dimaki teruk oleh ibu mentuanya.
"Zana nak balik JB,rumah bonda dan ayahanda."
"Kenapa tergesa-gesa ni?Kan kita dah janji nak balik dua tiga hari lagi nak selesaikan hal kita.Tunggulah dulu,sayang."
Tengku Zanariah duduk di atas tilam.Air matanya tidak berhenti lagi."Zana tak boleh tunggu.Zana dah tahan tinggal dalam rumah ini.Hari-hari Zana dimaki dan diherdik oleh mek.Kehadiran Zana di sini hanya akan mengundang amukan mek."Zana meluahkan rasa.Sudah banyak kali dia mengadu kepada suaminya tentang layanan buruk ibu mentuanya malahan Saifuddin sendiri nampak bagaimana layanan ibunya kepada Tengku Zanariah.
"Jangan macam ni,Zana.Sehari dua lagi,sayang."Saifuddin memujuk isterinya supaya bertahan.
Tengku Zanariah mencapai kembali pakaian di atas katil dan masukkan ke dalam beg.Dia berkeras ingin keluar dari rumah ini malam ini juga.Dua bulan dia mengalah dengan karenah ibu mentuanya yang sangat menguji kesabaran.
"Zana tahu Zana bukan menantu pilihan mek tetapi Zana cuba memenangi hati mek tapi tak berjaya.Macam-macam yang saya cuba lakukan tapi tetap buruk di mata mek.Saya tak sesempurna Salbiah yang lemah lembut,pandai masak,pandai segala hal tapi Zana belajar demi abang."Segala yang terbuku di hati diluahkan kepada suaminya.
Saifuddin berdiri di hadapan Tengku Zanariah.Dipegang kedua-dua tangan Tengku Zanariah."Jangan cakap macam tu.Zana cukup sempurna di mata abang.Sayang dah jadi pelengkap hidup abang.Sebab tu abang memilih Zana daripada Salbiah.Ada keistimewaan yang orang lain tak nampak dalam diri sayang yang abang nampak."
"Itu bagi abang tapi bagi mek,Zana seorang yang tak ada guna langsung.Maafkan Zana,abang.Saya tak ada niat nak ingkar arahan abang tapi izinkan saya balik dulu.Saya takut saya kurang sabar dan terbiadab dengn mek.Saya tunggu abang di sana."Tengku Zanariah meminta kebenaran dengan Saifuddin.
Saifuddin menghembuskan nafasnya.Berat hati untuk dia izinkan isterinya pulang sendiri.
Saifuddin memeluk erat Tengku Zanariah dengan penuh rasa kasih.Ubun isterinya dikucup berkali-kali."Maafkan abang tak mampu pertahankan Zana.Abang sayangkan Zana.Lagi tiga hari abang balik kepada Zana dan jumpa bonda dan ayahanda."Lembut Saifuddin berkata Tengku Zanariah.Betapa dia menyayangi isteri dan anaknya yang sedang lena di atas tilam.
"Jangan salahkan diri abang.Abang tak salah dengan Zana.Saya tahu abang juga tersepit antara saya dan mek.Biar Zana yang mengalah."
Mata mereka memandang Tengku Sofia yang enak dibuai mimpi.Hasil perkahwinan rahsia itu,mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel berusia setahun."Zana amanahkan Sofia kepada abang untuk tiga hari ni.Saya tunggu abang dan Sofia di rumah bonda."
"Jaga diri sayang.Tunggu abang dan Sofia ya.Abang hantar sayang ke stesen bas."
Tengku Zanariah membuka pintu bilik dan terkejut dengan kehadiran ibu mentuanya yang mencuri dengar perbualan mereka.Dia tetap bersangka baik lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak mentuanya tetapi tak disambut.
"Zana balik rumah bonda dulu,mek,"kata Tengku Zanariah.Matanya masih merah kerana menangis.
"Pergilah.Mu toksoh kelik mula pun takpo,aku tok kisoh lasung.Mugo aku meme tok brehi ke mu jadi natu aku.Mu jange ingat mu oghe kayo,kerabat rajo aku suko ko mu.Aku tok here lasung nge keturune mu,"kata mek Saifuddin dengan berlagak.
Pedihnya hati Tengku Zanariah mendengar kata mak mentuanya itu.Mentuanya terlalu lantang bersuara dan tidak segala tutur katanya tidak berlapik langsung apabila bercakap dengan Tengku Zanariah.Dia sikit tidak melawan namun air matanya deras mengalir.
"Mu toksoh jerit nok mitok simpati.Gi lah mu kelik ghumoh mu.Mu ado sini pun nyusoh ko aku nge anok aku.Aku ni dea beci sapa mati aku beci."
"Doh la tu,mek.Apo saloh Zana pado mek hok mek nok beci diyo lagu tuh?"Saifuddin menyampuk.Geram juga dengan perangai mek dia yang kadang-kadang dirasakan agak melampau.Walaupun ditegur berkali-kali,meknya tetap begitu.
"Meme aku beci.Sebab diyo mu tokse nikoh nge Salbiah.Apo kurenyo Salbiah?Diyo tu tok kayo tapi gak cukup sempurna untuk mu.Mu tu hok buto,tergilo-giloke puan ni."
"Bo lah mek.Cukuplah mek hino dea maki Zana.Mek beci setaro mano pun,Din tetap saye diyo.Terimolah takdir hok Salbiah tu buke jodoh Din."
"Jak mu nikoh nge tino ni,mu doh berani lawe aku."Mercerlung mata mek Saifuddin memandang Tengku Zanariah yang termangu di ruang tamu.Perbalahan dua beranak ini semakin rancak pula.
"Tok ado keno-mengeno nge Zana pun.Din buke nok lawe mek tapi nok oyak ko mek,bio mek sedo sikit apo hok mek wat tu saloh.Kalu gini perangai mek,tok uboh-uboh,jange salohke Din tokse kelik sini doh.Silap hari bule,cucu mek pun tok kenal mek."Saifuddin mengingatkan meknya.
Meknya itu terdiam dengan kata Saifuddin.
"Jom,Zana.Abang hantar ke stesen bas.Lagi tiga hari abang datang dengan Sofia,"kata Saifuddin sambil mengambil beg pakaian di tangan Tengku Zanariah.
Tanpa diduga,itulah malam terakhir dia bersama suami dan anak sulungnya sebagai sebuah keluarga.Itulah kali terakhir dia mengucup anak dan suaminya.Perpisahan yang sangat menyakitkan di mana dia kehilangan suami dan anak bukan kerana mati tetapi angkara fitnah ibu mentuanya.
"Fikir apa jauh sangat termenung tu?"sapa Tengku Aminah,ibu saudaranya mengambil tempat di sebelahnya.
"Tak adalah,bonda."Tengku Zanariah berdalih.
"Mesti Zana fikirkan Sofia kan?"Tengku Aminah meneka.Dialah tempat Tengku Zanariah mengadu selepas kematian bonda dan ayahandanya.Tengku Aminah ibu mentua kakaknya merangkap mak saudara mereka juga.
Tengku Zanariah mengangguk dengan mata yang berkaca.Apabila nama Tengku Sofia disebut,hatinya cukup sayu dan sedih.Dia terlalu rindukan anak gadisnya itu.Rindu seorang ibu kepada anak yang tiada penghujung dan sentiasa mengalir selagi nyawa dikandung badan.
"Pergilah jumpa dia.Kan Zana kata dah jumpa dia semula?Mana tau dia dah lembut hati untuk terima Zana."
Tengku Zanariah membaringkan kepalanya pada bahu Tengku Aminah."Tak mungkin,bonda.Sofia bencikan Zana.Tapi Zana tak salahkan dia jika dari kecil lagi dia dimomokkan dengan cerita yang tak betul.Sesiapapun akan rasa sangsi jika tiba-tiba begini.Walau berbuih mulut Zana terangkan,Sofia tak akan percaya."
"Bersabarlah,Zana.Doa dengan Allah agar satu hari nanti ditunjukkan siapa yang benar dan siapa salah.Kita tak ada bukti yang kukuh untuk jelaskan tapi kita ada Allah.Bonda yakin,bekas mentua Zana sendiri yang akan buka mulut beritahu Sofia segalanya."Jari-jemari halus Tengku Zanariah digenggam.
"Dah lama Zana bersabar,bonda.Hati Zana terlalu sakit yang Zana sendiri tak dapat nak ungkap.Zana saja yang merasainya keperitan tu.Zana hidup mengejar bayang-bayang anak sendiri.Hanya mampu dipandang,dipegang tak dapat."Teresak-esak Tengku Zanariah.Sebagai ibu,dia teringin memeluk anaknya dan menyatakan kasih sayangnya tetapi itu hanya khayalan.Dia kecewa kerana anak kandungnya sendiri menganggap dia orang paling asing.Makin dikejar,makin menjauh.
****
Aku menyusun pinggan yang berisi nasi di atas meja untuk penghuni dalam rumah kayu opah.Opah pula menghidangkan lauk-pauk kegemaran aku dan abah di atas meja.Abah dan Tengku Syamil baru pulang dari surau.Mata aku sempat mengerling kepada Tengku Syamil yang nampak segak dengan baju Melayu warna hitam dan berkain pelikat.Macam lelaki Melayu terakhir pula.Tidak pernah aku nampak dia mengenakan pakaian begitu.'Hansome juga suami aku ni.'
Abah dan Tengku Syamil mengambil tempat masing-masing.Tengku Syamil mestilah duduk sebelah aku.
"Maaf deh,Teku.Makane oghe kapung jah hok opah mapu masok,"kata opah dengan loghat Kelantannya.Walaupun lama tinggal di luar Kelantan,lidah opah terbiasa dengan dialek Kelantan.
"Saya tak kisah,opah.Saya tak memilih bab makanan ni.Cuma yang ni saja tak pandai makan."Tengku Syamil menunjukkan mangkuk yang berisi budu.Tetapi memang betul pun,dia tak memilih makan sebab apa yang aku masak,elok saja dia melantak.
"Moleklah gitu.Jatung opah ni gak dup dap dup dap nak masok gapo ko Teku.Mugo opah ni oghe kapung,tok panda nok masok supo makane hotel."
Tengku Syamil terpinga-pinga memandang aku.Dia tidak faham apa yang opah katakan dan akulah jurubahasanya menterjemahkan percakapan opah.
"Opah cakap dia berdebar nak masak,takut awak tak makan makanan kampung."Aku terjemahkan kepada Tengku Syamil.Jika opah cakap dalam ayat yang panjang dan berjela-jela,dia tidak begitu faham.
"Ooo..Tak apa,opah.Ni pun dah cukup sedap.Menyelerakan sangat ni."
Opah senyum saja dengan gelagat Tengku Syamil.
"Esok ado bekwoh kat ghumoh Mek Lah,anok diyo nikoh.Sakni diyo jupo opah,jeput pakat mari make bekwoh belako."
"Alaa..opah,Rara tok bawok kelik baju kurung.Hok ado dress trebe-trebe nok ootd tepi pata jah.Tok sung paka gi bekwoh baju tuh."Aku merungut.Sebenarnya aku nak mengelak dari pergi kenduri itu.Bukan apa,terlalu ramai mak cik bawang yang banyak tanya.Tambahan pula,aku baru saja kahwin dengan Tengku Syamil.Apalagi,jadi bahan bualan kami.
"Rara tok soh nawok.Tu baju hok Rara beli kat Vietnam tu opah doh siap jahit.Pakai hok tu jah.Banyok alase teh."Opah membebel.Opah lagi bijak membaca fikiranku dan lebih pantas mengatur strategi.Terpaksa jugalah aku tunjuk muka ke kenduri itu.
"Teku buleh kea ikut g bekwoh esok?"tanya opah kepada Tengku Syamil.
"Beg apa,opah?"Tengku Syamil tanya dengan muka 'blur'.'Alahaaii...comel pula aku tengok.'Nak gelak,kasihan pula.Memang dia kurang faham dialek Kelantan.
"Bekwohlah,Tengku.Bekwoh ni maksudnya kenduri.Tak ada kena-mengena dengan mana-mana beg pun."Aku menjelaskan kepadanya.Barulah dia faham dan menggangguk.
"Mu ni Rara,panggillah tok laki tu nge namo manjo sikit.Panggillah saye ko,abe ko,darling ko.Ini duk panggil ko namo Teku."Opah membebel.
"Haaa..betul tu,opah.Lidah tu liat sangat nak panggil saya sayang.Asyik Tengku je dari mula kahwin sampai sekarang."Tengku Syamil mencelah sebelum aku membalas.'Eh,yang ni faham pula opah cakap apa!'Tangan aku di bawah meja sudah mendarat atas peha dia tetapi aku tidak sempat cubit sebab dia pantas memegangnya.'Eeee....'
"Buke tokse,opah.Dah beso panggil Tengku.Mugo tepat kijo pun keno panggil Tengku jugok.Raso nakal ekpon panggil saye-saye ni."
"Doh nikoh ni,keno gelar hok molek-molek ko tok laki.Barulah raso manih jah ghumoh tanggo.Oghe puteh oyak,sweet."
"Baiklah,opah."Aku turuti saja.Sebelum opah menyambung ceramah yang panjang,lebih baik aku mengalah saja.Jika tidak,tiga hari tiga malam opah buka kitab rumah tanngga untuk aku dengar.Tak sanggup aku.
"Rara dengan Syamil ada ke mana-mana ke esok lepas pergi kenduri."Abah baru bersuara.Dari tadi dia senyap saja.
Cepat Tengku Syamil respon"tak ada,abah.Ammara ni bukan nak pun bawa Syamil jalan-jalan pun."
'Amboi,dah pandai mengadu sekarang!'Dia yang banyak alasan kalau aku ajak keluar.
"Abah nak ajak Syamil pergi laut esok tapi tengah hari panaslah sikit.Saja suka-suka,dah lama tak turun laut.Syamil nak ikut?"Abah mempelawa Tengku Syamil.
"Boleh saja,abah."Pantas Tengku Syamil bersetuju.
****
Aku mengeringkan rambut basahku dengan tuala duduk di hujung katil.Segarnya rasa badanku selepas mandi.Tengku Syamil yang baru masuk mengambil tuala di tangan aku lalu mengelap rambutku dari belakang.
Dia berbisik ke telingaku,"kau tak sejuk ke mandi malam-malam macam ni?"
"Tak.Rumah opah ni panas.Selesa sikit nak tidur selepas mandi."Aku layankan saja urutan Tengku Syamil di kepalaku.Leganya rasa macam pergi spa.Tapi kenapa dia baik lain macam pula malam ini?'Hmmm...Ada niat lain ke baik sangat ni?'
"Abah dengan opah dah tidur ke?"Tengku Syamil menyoalku lagi.Bahuku pula dipicit lembut.Tak senang hati aku dengan layanan dia malam ini.Ada sesuatu yang tidak kena.
"Dah agaknya.Tadi saya masuk,ruang tamu dah sunyi.Kenapa?Nak pergi tengok TV?Jangan ajak saya teman,saya nak tidur."
"Rugilah aku tengok TV."
Aku mengerutkan dahiku.'Rugi apa?Kenapa lain sangat dia ni bercakap.Jarang dia sebaik ni dengan aku.'
"Rugi apa,Tengku?Ada masalah dengan hotel ke?"Aku bingung.Setahu aku,kewangan hotel dalam keadaan kukuh.Takkan tinggal beberapa hari boleh rugi?
Tengku Syamil melepaskan ketawa."Pending sangat kau ni,Rara.Mana sikat?Aku tolong sikatkan rambut kau."Tengku Syamil mencari-cari sikat di meja solekku,kemudian datang kembali kepadaku.
"Rara?Tengku jangan ngada-ngada nak panggil saya dengan nama tu.Opah dengan abah saja guna nama tu."Pertama kali orang lain memanggilku 'Rara' selain abah dan opah.Bertambah mengada-ngada Tengku Syamil sekarang.
Rambutku yang disisir tadi diselak ke tepi semuanya menonjolkan tengkukku yang putih.Dia mencium tengkukku dari belakang."Hmmmm...Wanginya bau kau.Rasa macam nak makan-makan je,"kata Tengku Syamil buat aku rasa seram sejuk.
Dia menggerakkn jari telunjuknya dari bahu hingga ke telapak tanganku."Kau dah habis cuti kan?
Gullp!!!Aku menelan air liurku.'Haa..Sudah.'Aku termangu dengan pertanyaan itu.Darah panas mula mengalir ke seluruh tubuhku tetapi tanganku sejuk.Memang ini saat yang dia nantikan.Aku tidak boleh mengelak lagi kerana aku sudah habis haid.
"Mana ada."Aku berbohong.
"Jangan tipu aku,tadi kau dah boleh solat.Maknanya kau dah habis cuti kan?"Tengku Syamil tidak berputus asa.
'Alamak..Apa yang harus aku lakukan?Aku dah tak boleh lari.'Saat ini jantung aku lebih pantas mengepam darah daripada aku berlari 100 m.Macam mahu pecah jantung aku sekarang.
"Jangan seksa aku,Ammara.Seminggu tau aku puasa.Pleaseee..."Dia memujukku dengan bisikan yang menggoda.Siapa yang tidak lemah kalau begini?Aku bangun tetapi tanganku ditarik kuat oleh Tengku Syamil.Kini,aku terduduk di atas ribanya.Aku bertaut pada tengkuknya dan wajahnya aku pandang.Dia senyum kepadaku.'Kenapa aku rasa senyuman dia sangat menggoda?'
Menggigil suaraku,"saya tak biasa,Tengku.Saya tak tau..."
Jari Tengku Syamil hinggap pada bibir mungilku sebelum aku habiskan ayat."Shhh...Rilex.Aku takkan kasar dengan kau.Kau layan saja.Cium aku,"arah Tengku Syamil kepadaku.Aku menundukkan kepala dan menyatukan bibir aku dan dia.Lama aku membalas ciuman yang sangat hangat itu.Lama-kelamaan,aku semakin selesa dan aku tidak lagi mengikut rentak bibir Tengku Syamil.
Setelah lama berkucupan,Tengku Syamil merenggangkan bibirnya.Aku agak kecewa kerana tidak puas menikmati bibir dia.Kedua-dua pipiku dipegang dan mata kami bertentangan."Nur Ammara,sekarang aku nak kau buang Adri dan semua lelaki yang pernah singgah dalam hidup kau.Aku nak kau hanya fikirkan aku,bukan Awie,Hakim,Elman dan yang lain-lain tu.Semua milik kau hak aku.Faham?"
Sempat lagi Tengku Syamil memberi amaran kepada aku.Aku sudah pun terbang dengan dunia khayalan yang dia baru ciptakan untuk aku.Mana mungkin aku bayangkan jejaka lain sedangkan yang di hadapanku ini cukup panas.Aku tidak pedulikan kata-kata dia sebaliknya aku mendapatkan terus mendapatkan bibir pedasnya itu apabila mengeluarkan kata-kata.'Rakusnya aku.Aaahh...Pedulikan.'
Dia menikmati ciuman kami begitu juga aku.Tubuhku dipeluk semakin kemas dan rapat dengan tubuhnya.Tangannya pula menjalar melonggarkan butang baju tidur satin aku satu demi satu.Bajuku dibuka dan dicampak ke lantai namun bibir kami saling bertautan.Sukar untuk aku lepaskan bibir itu.Kemudian,giliran aku pula menarik tshirt daripada tubuh sasanya lalu kucampak entah ke mana.
Dalam cahaya lampu yang masih terang,tiada pakaian yang menutupi bahagian atas tubuh kami.Tengku Syamil merenung dadaku yang dilindungi dengan coli yang masih kukuh.Aku malu lalu aku menyilangkan tanganku menutup dadaku daripada dijamah mata Tengku Syamil.Tengku Syamil melonggarkan tanganku lalu mengucup leherku dengan rakus manakala tangannya galak melucutkan bra aku.Dicampaknya juga ke lantai.
Aku lemah,tak mampu menolak kerana aku juga menikmati belaian Tengku Syamil.Sungguh aneh perasaan ini.Dia pandai mencari titik kelemahanku.Dan malam ini aku yakin,aku akan hanyut dengan sentuhan Tengku Syamil.Aku kalah dengan keinginan nafsuku.
Tengku Syamil membaringkan aku di atas tilam lalu menutup lampu.Namun,aku masih dapat melihat Tengku Syamil dengan kesamaran cahaya lampu dinding.Dia mendekati aku.Kali ini,dia naik ke atas badanku."Aku akan pastikan yang kau akan ingat malam ini sampai bila-bila,"kata Tengku Syamil dengan nafas yang turun naik.Dia sudah turun ke dadaku yang terdedah.Dia tidak melepaskan peluang yang terhidang di depan mata.Dilayani aku sehingga tiada seurat benang pun melekat pada tubuh kami.Aku biarkan bibirnya menjalar ke dadaku lalu turun ke perutku.Cadar tilam aku tarik sekuat hati menahan kenikmatan.
Tengku Syamil sangat tenang mengawal aku.Dalam debaran,aku merelakan dia meneroka seluruh tubuhku.Tanpa dipaksa,aku menyerahkan segalanya kepada Tengku Syamil dan aku menjadi miliknya secara mutlak.
Malam yang hening ini terus berlalu.Aku dan Tengku Syamil tidur dalam kepenatan setelah beberapa kali dia melepaskan segala miliknya ke dalam tubuhku.
****
Aku menggayakan baju kurung moden hasil jahitan opah warna 'baby blue' di hadapan cermin.Aku mengintai-intai leherku untuk pastikan tiada 'tanda cinta' yang ditinggalkan oleh Tengku Syamil.'Okay,clear.'
Aku senyum sendiri di hadapan cermin apabila terbayangkan malam tadi.Aku masih dapat merasakan kehangatan tubuh Tengku Syamil bersentuhan denganku.'Hot.'
Aku pejamkan mata dan menepuk-nepuk pipiku berkali-kali.'Wake up,Ammara.Jangan miang sangat.'
"Kau kenapa?"tanya Tengku Syamil ketika masuk ke bilik.Dia bertuala dan memakai tshirt putih saja.Rambut basahnya yang berjuraian di dahi menambahkan lagi keseksiannya.Tidak puas aku pandang.
"Hmmm....Tak ada apa-apa.Saya cuma mengantuk."
Mendengar jawapan itu,aku nampak Tengku Syamil tersengih nakal dari dalam cermin.Aku tahu apa yang bermain dalam fikirannya.Sama seperti aku.Dia membuka tshirt sementara yang dipakai tadi.Aku tidak lepaskan peluang mencuri pandang badannya yang berketul-ketul ditambah dengan garisan six pack pada bahagian perutnya.'Seksi gitu.'Nakal seorang Ammara rupanya.
Aku mengalihkan pandangan apabila dia memandangku kembali.Dia mengambil baju tshirt lain lalu disarungkan ke tubuhnya.Kenapa aku baru perasan elok sangat kemenjadian suami aku?
"Kau kenapa pandang aku macam tu?Tak pernah tengok orang pakai baju?Atau kau hanya pandai buka baju orang saja?"soal Tengku Syamil.Merah padam muka aku ketika itu.Memerli aku nampak gayanya.'Haissh!!!'
"Mana ada.Saya nak tengok baju yang Tengku pakai tu sesuai ke tak."Aku tidak mengakui.Teruk aku kena bahan dengan Tengku Syamil kalau aku mengiakan katanya.Malu tujuh keturunan aku.Keturunan aku maksudnya keturunan dia juga kan?'Aahhh...Apa yang aku merepek ni sampai keturunan pula?'
"Memang tak sesuai pun.Ini saja yang aku bawa.Tak apalah,asal pakai baju."Tengku Syamil mengenakan tshirt berkolar warna merah belang hitam seluar jeans.Bolehlah daripada tiada.
Aku membuka penutup 'foundation' untuk dioleskan ke wajahku sebagai alas solekan tetapi bekas itu dirampas dari tanganku."Tak payah pakai ni."Tengku Syamil melarangku.
"Tapi kenapa,Tengku."
"Kau lebih cantik tanpa benda alah ni.Tak perlu make up tebal-tebal mengalahkan pengantin.Kau tu tetamu saja."
'Huh!! Lelaki memang tidak faham erti solekan bagi orang perempuan.Aku tetap mahu pakai tetapi dilarang keras oleh Tengku Syamil."Aku cakap tak payah pakai.Jangan degil."
Aku malas mahu bertikam lidah dengan dia,jadi aku simpan kembali 'foundation' tersebut.Aku hanya mengoleskan pelembab,sunscreen,dan bedak diserikan dengan lipstick warna merah jambu.'Cantik,'puji aku dalam hati.Masuk bakul angkat sendiri kau,Ammara.
Kemudian,aku memakai tudung bawal berwarna kuning pastel,sesuai digayakan dengan warna baju 'baby blue' aku.'Colour blocking' tapi aku suka gayakan pakaian aku begitu.Aku berpusing beberapa kali di hadapan cermin.'Gaya itu penting,okay.'
Tengku Syamil berdiri di belakang aku."Ini kain yang aku belanja masa di Vietnam dulu kan?"
Aku memusingkan badan menghadap Tengku Syamil."Yup.Tapi jangan cakap Tengku nak claim balik."
Tengku Syamil senyum.Entah kenapa sejak balik kampung,dia banyak senyum dan ada masanya dia ketawa.Jauh beza personalitinya ketika kerja.Mungkin di sini dia tidak perlu fikirkan kerja atau tidak stres.Tengku Syamil menarik aku ke dalam dakapannya.Wajahku dipandang."Kenapa kau tak pakai macam ni pergi kerja?Manis sangat kau bertudung."
Aku tersipu-sipu dengan pujian Tengku Syamil."Tak ada hidayah lagi saya nak bertudung."
"Klise sangat alasan kau.Hidayah kalau tak dicari,bila kau nak jumpa?"
"Saya memang tak bertudung tapi saya tak pakai pakaian mencolok mata pun kan?Saya masih sopan berpakaian."Aku membela diriku.Mana aku pernah pakai busana yang seksi dan terdedah.
Tengku Syamil menjungkitkan bahunya di hadapanku."Kadang-kadang tak."
Bulat mataku memandang anak matanya.'Kan aku dah cakap mulut dia ni tak ada insurans.'Mulut 'laser' dia memang tidak boleh disimpan langsung.
"Bila masa saya pakai seksi?"
"Baju ketat ikut bentuk body,baju putih yang kadang-kadang terbayang sampai ke dalam.Pada aku,itu kira seksilah.So,elakkan pakai baju yang macam tu lepas ni.Aku akan pantau."
What?Pemakaian aku pun dia mahu tentukan?Selepas bergelar isteri,baru aku tahu yang Tengku Syamil kuat 'control'.Berapa lama aku boleh bertahan jika begini?
****
Selepas menghadiri kenduri siang tadi,Tengku Syamil menemani ayah ke laut.Masa mula-mula pergi bukan main bersemangat,apabila pulang dia dipapah oleh abah.Mabuk laut katanya.'Haaa..Baru tahu penangan mabuk laut macam mana.'Sebab itu aku tidak mahu ke laut walaupun abah suka.Serik.Aku tersangat yakin,Tengku Syamil juga serik turun ke laut begitu saja.
Tengku Syamil terbaring lemah di atas tilam.Dahinya diurut-urut.Aku membawa secawan air limau nipis suam untuk mengurangkan rasa loya.
"Tengku,bangun minum air limau ni dulu."Aku gerak Tengku Syamil.Dia membuka kelopak matanya dengan gerakan perlahan.'Teruk sangat gayanya.'Aku menyuakan air limau tersebut ke dalam mulutnya.
"Masamlah,"rungut Tengku Syamil.
"Masam tu yang elok.Habiskan cepat."Aku memaksa dia meneguk habis air tersebut.Terpaksa jugalah dia menelan kemasaman air limau itu dengan mimik muka yang dikerutkan berulang kali.
Selepas itu,dia berbaring semula.Aku menyapu minyak angin pada kepalanya."Lain kali kalau mabuk laut jangan turun ke laut.Ini tak,berlagak nak pergi juga.Kan susah sendiri."
"Aku teman abah saja.Kasihan dia sorang-sorang.Kau bukan nak teman abah pun."
"Sebab saya tahu saya mabuk laut,buat apa saya pergi."
"Sementara dia masih ada ni,kita layankan saja kehendak dia.Nanti kau akan rindu dan kenang saat-saat macam ni apabila dia dah tiada."
Aku diam.Aku tidak bersedia untuk kehilangan abah.Aku tidak dapat bayangkan jika abah tinggalkan aku nanti.Tiba-tiba,air mataku mengalir tetapi kuusap dengan cepat supaya Tengku Syamil tak perasan."Diam pula.Tadi bukan main pot pet pot pet..Rara..Oh..Rara,"panggil Tengku Syamil dengan mata tertutup.
Aku tidak suka dia panggil aku 'Rara'.Pantas jari-jariku mencubit lengan kental Tengku Syamil."Kan saya dah cakap jangan saya Rara.Saya tak suka."
"Aku sakit,Ammara.Kau ni ganas sangatlah.Apa beza aku panggil kau Ammara dengan Rara?Kau tetap orang yang sama kan?"
"Dua orang saja yang boleh panggil saya dengan nama tu.Orang lain tidak dibenarkan sama sekali termasuk Tengku."Aku melarang.
"Dah tu,aku panggil kau sayang."Mulut Tengku Syamil masih terbuka walaupun matanya tertutup.
"Eeuwww...gelilah,Tengku."Aku menggeliatkan badanku.Geli-geleman aku.
Tengku Syamil bergolek dan kepalanya mendarat di atas riba aku.Dia membuka sebelah matanya dengan senyuman nakal."Ammara,aku rindulah yang malam tadi.Agak-agak aku dapat lagi tak?"
'OMG.Jujur sangat ni.'Aku menjegilkan mataku kepadanya.Hidup mancung Tengku Syamil aku tarik."Eeee..Sakit-sakit pun nak menggatal lagi."
"Aku tak cakap hari ni.Mungkin esok lusa atau seterusnya.Aku tau kau pun suka kan?"
Aku tidak mengiakannya.Namun,memori itu melintas dalam bayanganku serta-merta.'You're damn hot,Tengku.'
****
Cik Puan Salina mencampakkan kunci keretanya di atas meja.Raimi yang ketika itu sedang makan mi segera terkejut."Apa hal dengan kau,kak?"tanya Raimi.
"Si Syamil tak guna tu punya pasallah.Eee..sakit hati aku."Dia menyilangkan kakinya sambil menyandar pada sofa.Panas hati apabila teringatkan wasiat arwah suaminya minggu.
"Kenapa dengan anak tiri kau tu?"
"Semua harta laki aku diwariskan kepada dia.Mana aku tak panas hati?Aku yang susah-susah jaga orang tua tu,dia yang dapat semuanya.Bodoh."Cik Puan Salina membentak.
"Kau tuntutlah balik."Raimi memberi cadangan.
"Aku nak tuntut tapi Syamil tak ada.Bercuti dengan bini dia di Kelantan katanya Si Lembut kat office dia."
"Yang kau nak marah sangat kenapa?"Penuh mulut Raimi dengan mi segera.
"Macam mana aku tak marah?Aku hanya dapat 10% saja harta arwah laki aku.Itupun rumah banglo ni dengan 100k duit pampasan.Kau ingat cukup nak tanggung kau yang pelahap ni?"Cik Puan Salina menunjal kepala adiknya.Dia merasakan apa yang diperoleh tidak berbaloi langsung.Tengku Syamil tidak mungkin ingin melunaskan permintaannya.
"Kau tu yang hidup bermewah,cakap aku.Belum lagi kau bayar anak-anak ikan kau."Raimi dengan bersahaja mengata kakaknya depan-depan.Bukan sehari dia hidup dengan kakaknya,malahan dari kecil lagi.Dia sudah masak dengan perangai kakaknya yang tidak semenggah itu.
"Mulut kau ni memang tak ada insurans kan?Kalau aku kaya,kau juga yang senang.Bolehlah kau makan tidur,membesarkan badan kau tu."
"Habis tu,kau nak aku buat apa?"
"Kau plan sesuatu untuk aku.Dah dapat harta tu,kau juga yang senang nanti."
Cik Puan Salina yang kekeringan idea meminta bantuan daripada adiknya.
Baru sempat update..hehehe.. Tengku Syamil sengih memanjang le...Sape team TS dgn Ammara,sila komen..hehehehe
Share this novel