Dua bulan berlalu,aku meniti hari-hariku dengan rutin yang sama.Hidupku tenang tanpa gangguan Tengku Zanariah lagi.Tengku Amir juga semakin menjauh daripadaku namun ianya tidak menjejaskan aku.Meskipun aku bahagia,aku kekok Tengku Amir tidak semesra dulu dengan aku.Tengku Zanariah juga tidak akan hadir dalam acara yang melibatkan aku.Terasa hati barangkali.'Arrghhh...Bukan masalah aku pun.'Aku membuang nama mereka berdua daripada bermain dalam kotak fikiran aku.
"Sorry abang lambat."Tengku Syamil menarik kerusi duduk di hadapanku.Menu yang dimintanya tadi telah terhidang di atas meja.
"Tak lama sangat pun.Jom makan,laparlah."Aku menepuk-nepuk perutku yang berkeroncong.Makan tengah hari aku dengan Tengku Syamil di banglo kami.Secara rasminya kami berpindah di banglo idaman Tengku Syamil dan aku pula telah menjadi suri rumah sepenuh masa sejak dua minggu lalu.Atas permintaan dan kehendak suamiku,aku tinggal di rumah dan sekali-sekala menemani nenda berpersatuan.
Aku menyuapkan nasi berlauk asam pedas dan telur masin.Aku memejam mata menikmatinya.Enaknya tidak terkata asam gabungan asam pedas dan telur masin tersebut."Hmm....Sedapnya.Salah satu lauk kegemaran arwah abah."Aku menggamit memori abah.Abah sentiasa hidup di dalam hatiku.
"Makanlah banyak-banyak.Badan tu kurus sangat,biar berisi sikit."Selamba Tengku Syamil mengata aku kurus.
"Si Kurus ni yang abang peluk hari-hari,"tempelak aku.Tengku Syamil mengukirkan senyuman.
"Hmm...Rara jadi ke ikut nenda pergi ke Majlis Anak Yatim tu hujung minggu ni?"
"Setakat ni tak ada perubahan.Abang ubah fikiran nak join Rara dengan nenda ke?"
"You know,Mr.Chin in your area this weekend.Abang perlu selesaikan kerja dengan dia dulu.Oh ya,nanti Rara serahkan cek sumbangan sekali tu wakilkan abang!"Aku mengangguk.Banyak kali Tengku Syamil mengingatkan aku pasal sumbangan tersebut.
"Ya,Rara ingat.Malam nanti abang balik awal ke lewat?"Soalan wajib yang aku tanya setiap hari semenjak bergelar suri rumah.Kepulangannya sentiasa aku nanti-nantikan.Rindu bercampur dengan kebosanan,mestilah aku mengharapkan Tengku Syamil ada dengan aku.
"Habis kerja pukul 5 abang balik terus.Rara ada nak ke mana-mana lepas ni?Shopping ke?"
"Tak.Rara di rumah saja.Nak sambung kemas dan tanam pokok bunga di belakang nanti."Itulah aktiviti aku di rumah setiap hari.
"Hmmm...Rara tak penat ke buat kerja seorang di rumah?"Tengku Syamil bertanya.
"Penat juga tapi itu saja yang Rara boleh buat selain makan dan tidur."
"Abang carikan maid untuk Rara nak?Taklah penat sangat Rara di rumah.Boring-boring Rara ada juga teman."Tengku Syamil memberi cadangan.Kasihan juga Ammara menguruskan rumah seorang diri.Beberapa hari dia melihat isterinya tidak bermaya kepenatan.
"Rara okay.Tapi kalau abang nak ambil juga,apa kata kita ambil Kak Pah?Yalah,nak duduk dengan kita lama,kena cari maid yang boleh percaya.At least,Rara dah kenal Kak Pah."Aku teringatkan Kak Pah.Aku rasa dia yang paling sesuai.Sebenarnya aku bukan inginkan seorang pembantu sangat,aku cuma mahu teman berbual di banglo besar ini.Kelihatannya,Tengku Syamil berfikir-fikir.
"Kat office,siapa yang nak kerja?Pengganti Meo pun abang tak jumpa lagi,ni Rara nak curi Kak Pah pula."Tengku Syamil berseloroh.Tugasku sebagai setiausaha diambil sepenuhnya oleh Meo manakala jawatannya masih kosong.Oleh sebab Tengku Syamil selesa dan lebih mengenali Meo,serta-merta dia menarik Meo menjadi setiausahanya.Pada masa yang sama,dia kata risau aku cemburu jika dia ambil setiausaha baharu yang lebih muda.
"Rara cadangkan saja.Rara tak nak ambil maid sembarangan,takut.Ada yang bawa lari baranglah,bawa lari suamilah dan yang paling Rara risau bawa lari anak."Aku khuatir dengan berita-berita yang terpampang di media massa tentang pembantu rumah.
Tengku Syamil pandang aku."Maknanya,kalau bawa lari abang,Rara tak risaulah?Hmm..Nampak sangat abang ni tak penting pun.Nampak gayanya ada anak nanti,abang dah boleh agak apalah nasib abang.Mesti abang akan tersisih."
Aku geli hati dengan rajuk suamiku yang pura-pura muncung."Abang ni,dengan anak pun nak jealous.Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak lagi pada kita,papanya kuat jealous.Hmmm..Ada anak ke tak,abang tetap nombor satu di hati Rara,"ujarku dengan gembira.Tengku Syamil kini terletak di tangga pertama dalam carta hati aku.
****
Aku terserempak dengan Tengku Amir dan Tengku Zanariah di Klinik Keluarga Damansara.Tengku Zanariah kelihatan pucat lesi dan lemah dipimpin oleh Tengku Amir.Kebetulan aku ke klinik tersebut kerana sakit perut.
Situasi itu menjanggalkan kami bertiga selepas apa yang terjadi.Namun,Tengku Amir terlebih dahulu menegurku."Kak long buat apa di sini?"tanya Tengku Amir tanpa senyum.Mungkin dia menyapa aku atas dasar kenalan terdekat atau isteri kepada sepupunya.
"Err..err..Kak long sakit perut dari pagi."Aku menggosok-gosok perutku yang semakin kurang memulas.Mataku sempat mengerling sekilas kepada Tengku Zanariah."Eh,Amir pula?"Aku berbasa-basi.Aku harap situasi kekok itu cepat berakhir.
"Amir hantar mama jumpa doktor.Mama demam,"jawab Tengku Amir.
"Ooo...okay."Aku membalas ringkas.Aku tidak tahu apa yang harus aku bicarakan.
"Amir,kalau lambat lagi,mama pergi ke kereta dulu.Mama tunggu dalam kereta saja,"sampuk Tengku Zanariah dengan suara yang serak-serak.
"Eh,tak mama!Amir pun balik ni.Hmmm..Kak long,kami minta diri dululah,"kata Tengku Amir.Dia memimpin lengan Tengku Zanariah untuk keluar.Begitu juga aku turut melangkah keluar daripada klinik.Aku berdiri melepaskan lelah di pintu hadapan klinik.
Dari kejauhan aku ternampak sebuah motosikal Ysuku melintas memacukan pistol ke arah kami.Aku tidak pasti siapa yang menjadi sasaran Si Penembak."Amir!!!"Spontan aku memanggil Tengku Amir yang berdiri dengan Tengku Zanariah.Tengku Amir memandang arah jari telunjukku dihalakan.Lelaki bertopeng itu bersedia melepaskan tembakan.
Tengku Amir segera menghalang aku dengan badannya lalu mendorong tubuhku jatuh ke lantai.
Boom...Boom..Boom..
"Ya Allah,anak aku!!!Sofia!!!Amir!!!"jerit Tengku Zanariah ketika itu sambil menutup telinga.Wajahnya yang sememangnya pucat bertambah cuak.Namaku juga disebut.
Tiga das tembakan ditujukan kepada kami namun satu butir peluru pun tidak berjaya menembusi badan kami.Sah,mereka bukan penembak profesional kerana peluru yang dilepaskan pun tersasar perginya.Mungkin juga penembak takut,maka ditembak saja tanpa arah yang tepat.
Aku merangkul erat pelukan Tengku Amir kerana terlalu takut dengan situasi tadi.Debaran di dadaku semakin kuat.Tidak pernah aku hadapi adegan tembak-menembak seperti filem Rambo.Sejuk seluruh tubuhku.Rasanya wajahku jua tiada darah yang mengalir waktu ini seperti Erward Cullen dalam movie Twilight.Deruan nafas aku laju bergerak.
"Kak long okay,"soal Tengku Amir kepadaku.Dia melepaskan pelukannya.Aku duduk lantai koridor klinik itu.
"Kaaak lonnng...Tak apa-apa."Terketar-ketar suaraku menjawab pertanyaan Tengku Amir.
Tengku Zanariah yang jelas risau mencelah."Syukur alhamdulillah,anak-anak mama tak apa-apa."Dia mengusap kepala Tengku Amir.Aku dibiarkan atas lantai lagi.Secara tiba-tiba,Tengku Zanariah rebah tidak sedarkan diri di hadapan klinik.
Tengku Amir cepat-cepat dapatkan mamanya yang terkulai layu."Mama."
****
Tengku Syamil,Kimi dan Tengku Amir termangu di sofa ruangan kerja Tengku Syamil memikirkan kejadian yang berlaku semalam.
"Kau memang tak nampak ke muka saspek tu?"tanya Tengku Syamil tidak puas hati.Berkali-kali dia bertanya perkara yang sama supaya dia dapat mengenal pasti saspek yang menyerang mereka bertiga.
"Tak nampaklah,abang.Dua-dua pakai topeng hitam,tinggal mata saja,"Tengku Amir memberitahu.
Tengku Syamil menumbuk meja."Shit!Siapa yang berani cabar aku?Huh...Nasib seorang pun tak cedera."
Kimi dan Tengku Amir saling berpandangan dengan amarah Tengku Syamil.Urat-urat tegang pada lehernya timbul."Amir,agak-agak masa tu siapa yang ditarget antara korang bertiga?"
Berkerut-kerut dahi Tengku Amir cuba mengingati peristiwa mendebarkan itu."Aku tak pasti siapa sebab peluru yang dilepaskan semuanya yang tersasar jauh daripada kami.Yang aku tahu penembak tu tak mahir guna senjata api.Tembakan dia meraban entah mana,"cerita Tengku Amir.
Kimi mengambil sekeping kertas A4 dan marken pen di atas meja Tengku Syamil.Dia melukis sesuatu di atas kertas tersebut lalu dibentangkan di atas meja tamu itu."Alright,ni pintu klinik.Kau ada di tengah-tengah kan?Mama dengan Ammara di sebelah mana?"soal Kimi dengan marker tersedia pada tangannya.
Tengku Amir ketika itu menggoyangkan tangannya ke kiri dan kanan."Mama kiri dan Ammara di kanan."
"Tembakan itu berat ke sebelah mana?Tengah,kiri atau kanan?"Kimi bertanya secara profesional.
"Tengah dan kanan,"jawab Tengku Amir terpinga-pinga.
"Mengikut teori aku,tembakan tu berat menghala ke kanan dan yang berada di kanan itu ialah Ammara.So,secara teknikalnya aku rasa dia target Ammara sebab peluru itu lebih menghala ke kanan,"terang Kimi dengan yakin.
"Sekarang ni,saspek target Ammara sebenarnya?"soal Tengku Amir kurang faham.
"Technically,yes.Itu teori akulah.Target sebenar dia ialah Ammara tapi disebabkan tak mahir,dia tembak meraban saja.Aku rasa kes ni kesinambungan kes kemalangan Ammara dulu.Orang ni memang nak apa-apakan Ammara,"jelas Kimi.
Tengku Syamil yang berdiam mencerlung tajam matanya."Fikiran aku sama dengan apa yang kau fikir.Aku rasa orang yang sama."
"Tapi kenapa sasarkan kak long?Apa yang kak long dah buat?"Tengku Amir masih tidak jelas dengan perbincangan mereka.
"Auntie Salina,Amir,"kata Tengku Syamil.
"I know her.Kenapa dia nak marah dengan kak long sampai nak bunuh-bunuh bagai?"
"Dia marahkan abang dan dia nak orang yang abang sayang mati macam mana dia buat pada bonda.Tak mustahil juga dia akan target Amir,bonda atau nenda pula lepas ni."
Ternganga Tengku Amir mendengar kata-kata daripada abang sepupunya.Apa yang difikirkan,kakaknya dalam bahaya.Kalaulah mamanya tahu tentang ini,makin rungsing fikiran mama mereka.
"Apa yang kita nak buat sekarang?"Tengku Amir semakin risau.
"Abang tengah cari bodyguard untuk jaga kak long sekarang."
****
Tatkala melihat anak-anak yatim dalam majlis itu,hatiku cukup tersentuh.Pada usia yang sangat mentah,mereka kehilangan tempat bergantung harap.Bagaimana agaknya mereka ingin mengharungi onak duri kehidupan ibu dan bapa?Pada saat itu juga,aku terpandang seorang anak kecil dalam lingkungan lima tahun sangat comel.Senyumannya manis sekali dihiasi lesung pipi yang dalam.
Aku mula terbayang-bayang 'Adik' berlari-lari memelukku dengan girang.Anak kecil yang selalu menemani mimpi malamku.Aku sambut pelukan 'Adik' dengan kasih yang mendalam.Pipi gebunya aku cium berkali-kali."Adik sayang mama,"kata Adik dalam anganku.Senyumanku lebar ke pipi.
"Kakak,"tanganku dipegang oleh tangan lembut dan kecil.Aku tersedar dan menyentuh perutku dan tetap tersenyum.'Aaahh...Aku dalam angan rupanya.Dalam hatiku berbisik,'mama sayangkan adik.'Kemudian,aku duduk sama rendah dengan anak kecil comel yang memandangku dengan mata yang sangat bercahaya."Ya,dik.Apa nama adik?"
"Aiman,"ujar Si Comel itu.
Aku usap kepalanya."Aiman nak apa-apa?"tanyaku.Aiman tidak menjawab pertanyaan aku sebaliknya menggerakkan tangannya supaya aku rapat.Aku mengikut saja telunjuk anak kecil itu lalu pipiku dikucup.Selepas itu,Aiman berlari kepada rakan-rakannya dengan gembira.Aku tersenyum dengan gelagat Si Aiman.'So sweet.'
Aku bangkitkan kembali apabila namaku diseru oleh nenda."Ammara."
"Ya,nenda."
"Kenalkan Nur Ammara,cucu menantu saya."Nenda memperkenalkan aku dengan Puan Rashidah,pemilik rumah anak yatim di situ.Kami saling berjabat tangan tanda perkenalan.
"Terima kasih banyak-banyak,Cik Puan atas sumbangan yang diberi.Pihak kami tak tahu nak balas segala kebaikan Cik Puan dan Tengku Aminah.Banyak sangat dah bantu kami ni,"ucap Puan Rashidah dengan rasa syukur.Amanah Tengku Syamil telah aku sampaikan.
"Tak apa,puan.Asal anak-anak di sini gembira,kami tumpang gembira sama,"balasku.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tengku Syamil juga.Umi harap lain kali,Tengku Syamil dapat sertai kita pula,"Puan Rashidah membahasakan dirinya umi.Orangnya sangat lemah-lembut dan bersopan,terserlahlah sifat keibuaannya.
"Hari ni Tengku agak sibuk dengan projek baru,sebab tu tak dapat datang.InsyaAllah,masa akan datang dia boleh turut serta."
"Harapnya begitulah.Oh ya,saya nak kenalkan Cik Puan dengan anak saudara saya!Dia pun banyak juga menyumbang di sini."Puan Rashidah memanggil nama anak saudaranya yang sedang leka melayan kanak-kanak di situ.Nama yang dipanggil sangat terbiasa dengan aku.Apabila lelaki itu berpaling,besar mata aku melihat sosok itu."Adri,"bisikku perlahan.
Adri tidak terperanjat sepertimana aku kini yang seperti nampak hantu.Dia tenang memahatkan senyuman berdiri di sebelah Puan Rashidah.
"Adri,inilah isteri Tengku Syamil yang selalu bagi sumbangan kat sini."Puan Rashidah memberitahu kepada kami.Aku hanya menunduk hormat dan mengukir senyuman.Aku tidak berkata apa-apa.Adri yang kian lama menghilang muncul kembali.
"Korang berbual sekejap,umi nak pergi uruskan hadiah dengan Tengku Aminah,"kata Puan Rashidah tergesa-gesa apabila urus setia memerlukan pertolongannya.Tinggallah aku berdua dengan Adri.Sudah lama tidak berjumpa,kami tidak tahu untuk mulakan perbualan.
"So,Cik Puan Ammara.How is your life now?"Adri memulakan perbualan walaupun agak kekok.
"Tak payah Cik Puan sangat.Ammara saja pun cukup.Hmm...So far,semuanya okay.I'm happy with my husband,"kataku.
"Good to hear that.Ammara ada masa tak?Saya ada sesuatu nak cakap dengan Ammara,"pinta Adri mengharap.
****
Ketika mereka melakukan lawatan dalam kawasan rumah anak yatim itu,aku dan Adri menyambung perbualan di sebuah wakaf kecil yang terletak di tepi padang futsal.
"Actually,bila Adri balik ke Malaysia?"Setahu aku Adri telah berhijrah perpisahan kami.
"Adri di UK cuma 3 bulan saja.Then,Adri balik semula ke JB.Duduk di negara orang tak sama dengan tanah air sendiri.I miss everything about Malaysia.So,Adri ambil keputusan balik semula dan belajar dengan tok guru di Malaysia saja,"jelas Adri Watson.
"Tak kisahlah di mana pun,yang penting niat baik,Allah akan bukakan jalan.Ammara masih tak percaya yang akan jumpa Adri di sini setelah lama terpisah.Tak sangka sangat boleh jumpa di sini."Aku teruja dengan pertemuan itu bukan kerana aku ada hati kepadanya.Cuma sebagai kawan lama,aku gembira bertemu dalam keadaan yang aman dan harmoni.Tiada sengketa.
"Adri dah lama tahu rumah anak yatim Umi Ida ni di bawah naungan Yayasan Tengku Aminah.Adalah beberapa kali Adri sempat join event dengan Tengku Aminah.But I'm not guess you are here today.Biasanya Tengku Aminah datang sendiri,"sambung Adri lagi.Mata mereka menyoroti sekumpulan anak-anak yatim dan rombongan Yayasan Tengku Aminah meninjau kawasan.
"Sebelum ni Ammara kerja,tak sempat nak ikut nenda.Ni lebih kurang dua minggu Ammara dah tukar profession,banyak sikitlah masa terluang tu."
"Ammara kerja apa pula sekarang?Dah tak jadi secretary Tengku Syamil ke?"Adri hairan.
Aku mengemam bibirku."Hmmm..Secretary di rumah saja.I'm officially his housewife.Menarik kan profession tu?"Aku melawak.Adri turut ketawa.
"Adri happy tengok Ammara bahagia.Adri tak kenal Tengku Syamil sedalamnya tetapi Adri tahu dia jaga Ammara dengan baik.Nampak semakin berseri-seri."
Aku tersipu-sipu.Ya,sekarang aku mengecapi kebahagiaan bersama suamiku."So far,kami happy.Tapi Ammara tetap doakan Adri akan happy dengan cara Adri sendiri."Aku memberi kata-kata semangat kepada Adri.
Adri mengjungkit bahunya ke atas."Adri tak layak untuk rasa bahagia."Banyak perkara yang menimbulkan penyesalan dalam hidupnya,salah satunya mengkhianati Ammara yang dahulunya mencintainya.Dia tidak nafikan dia mencintai Ammara tetapi dia tersalah langkah.
Aku menarik nafas."Semua orang layak untuk bahagia tak kiralah bagaimana masa lalunya.You are deserve to be happy."
"Forget it.Adri ada hal penting nak cakap dengan Ammara sebenarnya."Seakan suspen pula perkara yang ingin diperkatakan oleh Adri.
"Tentang apa?"
"Ammara perlu lebih berhati-hati lepas ini.Ada orang merancang sesuatu untuk Ammara,"kata Adri dengan riak risau.Aku tidak faham?Rancang apa?
"Maksudnya?Sorry,I don't understand what you try to say."Aku kehairanan.Kenapa aku perlu berhati-hati?
"Ammara,semua insiden malang yang berlaku sebelum ni memang dirancang oleh seseorang.Kehilangan abah dan keguguran anak Ammara..."Adri gigih memberitahuku tetapi perbualan kami diganggu oleh panggilan telefon aku.Aku tertarik untuk mendengarnya.Aku meminta kebenaran Adri untuk menghentikan perbualan bagi menjawab panggilan tersebut.
"Ya,Che Nah.Ini Ammara,"jawabku apabila kedengaran suara Mek Senah di talian.
"Che Nah nok oyak buwi ni.Opah Ammara supo dok sihat jah duo tigo hari nih.Duk teringat ko Ammara nge abah.Pahtu duk sebut ko natu diyo."
"Opah deme ko?"soalku cemas.
"Che Nah pon dok tau nok oyak.Bade diyo dok panah pon.Cumo make dok selero.Semuo tak mboh.Riso jugok Che Nah.Nok bowok ke sepital,diyo tokse.Kalu Ammara ado maso,keliklah jenguk opah nih,"kata Mek Senah lagi.
"Che Nah tulong nengok kea opah.Dale duo tigo hari nih,Ammara cubo kelik kapung.Ado gapo-gapo Che Nah oyak lalu ko Ammara deh."Bimbang juga aku dengan keadaan opah di kampung.Tapi aku pelik,kenapa opah sebut menantu?Menantunya hanya Tengku Zanariah?'Aahhh...penasaran aku.'
"Maaflah,Adri.Jiran di kampung call bagitau opah tak sihat.Di mana kita tadi ya?"Aku ingin menyambung perbualan yang tersekat tadi.Aku masih pelik bagaimana Adri tahu tentang kehilangan abah dan anak aku?Segala perkembangan aku dia tahu.Sesuatu sangat.
"Nur Ammara!!!"pekik satu suara garau dan kasar memanggil namaku.
****
Lenguh kaki aku mengejar Tengku Syamil melangkah laju masuk ke dalam banglo.Kebengisan pada wajahnya tidak dapat aku sangkal lagi yang dia sedang marah.Dari rumah anak yatim tadi,kemarahannya memuncak.Dia tidak kira siapa,di mana dan apa,dia menarik tangan aku balik segera tanpa pengetahuan nenda.Kesalahfahaman tentang Adri menyemarakkan api kemarahan Tengku Syamil.
Dia berdiri di ruang tamu membelakangkan aku."Rara buat apa dengan Adri tadi?Orang lain sibuk buat lawatan,Rara dengan Adri sibuk berbual berdua.Tak malu ke?Rara tu isteri abang senyum-senyum dengan Adri."Tengku Syamil melepaskan kemarahannya yang ditahan dari tadi.Sakit mata melihat isteri bermesra dengan lelaki lain.
"Abang,kami tak buat apa-apa salah pun,cuma berbual.Dah lama tak jumpa dan bertanya khabar saja."Aku menegangkan benang yang basah.
Kemerahan pada wajah Tengku Syamil jelas terpancar.Dadanya turun naik laju."Rara lupa ke dia tu siapa?Abang dah cakap,abang tak suka Rara rapat dengan mana-mana lelaki lebih-lebih lagi Adri tu exboyfriend dan extunang Rara.Seronok dapat jumpa ex dulu?Boleh mengimbau kenangan,macam tu?"
Aku menarik nafas dalam-dalam.Berhadapan dengan Tengku Syamil yang sedang marah umpama aku berhadapan dengan seekor singa."Abang dah salah faham.Kan Rara dah cakap,kami cuma berbual tanya khabar."
Tengku Syamil bercekak pinggang di hadapan.Rahangya kelihatan terketar-ketar."Tak perlu pun nak tanya khabar lama-lama macam tu.Atau Rara masih ada perasaan kepada dia?Jadi excited dapat jumpa dia balik?"Tengku Syamil serkap cuba serkap jarang.
Tuduhan yang langsung tidak masuk akal kerana aku telah lama buang perasaan aku kepada Adri.Cemburu dia kepada Adri melebihi akal warasnya."Apa abang merepek ni?Memanglah dia ex Rara tapi Rara dah tak ada apa-apa perasaan kepada dia.Kenapa abang nak ungkit benda yang dah lepas?He is nothing to me.Kenapa abang susah nak percaya?"
Tengku Syamil berdiri dengan jarak yang sangat dekat dengan aku.Matanya membolosi mataku.Bagai ada api yang membara dalam anak matanya kini."Nothing konon.Dah berapa kali Rara jumpa Adri yang abang tak tahu?"tuduh Tengku Syamil lagi.
Aku tidak menjawab.Semakin aku menjawab semakin banyak anggapan buruk yang muncul dari mulutnya menambahkan sakit hati aku.Langkah terbaik,aku beredar dari situ tetapi lenganku ditangkap.
"Kenapa tak jawab?Takut?"Dia memprovokasi aku yang sedaya upaya tidak ingin bertengkar.'Tengku Syamil is back.'Sikap keras dan garangnya muncul kembali.
Aku membalas pandangannya dengan tajam.Geramnya hati aku dengan Tengku Syamil yang cemburu tidak bertempat."Rara bukan takut tapi malas nak ambil pusing perkara remeh macam ni.Rara rasa Rara tak perlu jawab soalan-soalan abang yang tak berasas tu.One more thing,suka hati abanglah nak percaya atau tak.Rara tak kuasalah nak layan cemburu buta abang ni."
Tengku Syamil masih mod bengang dengan aku.Jelas dia masih tidak puas hati dengan aku.Apa yang harus aku lakukan lagi jika dia yang berfikir bukan-bukan walhal tiada apa pun yang terjadi.Hanya salah faham.
Lenganku direntap kuat."Lepas ni,abang tak izinkan Rara berkawan mahupun berjumpa dengan mana-mana lelaki termasuk Amir.Abang tak akan benarkan Rara ikut nenda ke apa jua majlis lagi.Dan abang akan upah bodyguard untuk jaga pergerakan Rara."
Aku tidak tahu cemburu atau apa yang merasuk Tengku Syamil ketika ini sehingga mahu pasang 'bodayguard' mengekori aku bukanlah idea yang bernas.Aku mesti berkeras melawan."Abang tak boleh nak sekat Rara macam ni?Rara nak bebas bukannya 24 jam Rara kena berkurung dalam rumah.Rara juga tak perlukan bodyguard.Rara nak bebas."Aku bengang apabila Tengku Syamil cuba menyekat kebebasan aku hanya kerana ternampak aku berbual dengan Adri.
"Abang ada hak nak sekat Rara.So,jangan melawan,"kata Tengku Syamil berbaur arahan.Sudah lama dia tidak tonjolkan perangai diktatornya.
Lenganku yang dipegang aku leraikan daripada pegangan kemasnya.Aku pula diserang rasa marah.Tengku Syamil ingin menguji kesabaran aku agaknya."Abang suruh Rara berhenti kerja,Rara ikut.Tapi kalau pergerakan Rara pun abang nak control,tak adil bagi Rara.Baik abang bina penjara,kurung Rara.Habis cerita."Sesungguhnya aku tidak suka dikawal begitu.Semangat melawan aku yang agak lama tertanam terhadap Tengku Syamil,kini keluar semula.
"Abang tak nak isteri abang bebas keluar dengan mana-mana lelaki."
"Whatever.Buatlah apa yang abang suka."Aku tidak ingin memanjangkan pertengkaran walaupun aku sendiri serabut dengan Tengku dengan arahan Tengku Syamil.Aku melangkah menaiki anak tangga naik ke bilik mencari ketenangan.
****
'Couple Of The Year.'Tajuk berita yang kini berlegar-legar di ruangan media sosial berceritakan kisah Tengku Syamil dan isterinya Nur Ammara.Gambar romantik yang dipaparkan oleh para wartawan media sosial menyebabkan sekeping hati yang lama kesunyian bertukar menjadi dengki dan marah.Telefon bimbit dibaling ke atas tilam.
"Eeeee...Bencinya aku!!"Natasha mengamuk.Tangannya digenggam kuat.Sakit hatinya membaca berita-berita yang hangat itu memandangkan rata-rata netizen memuji pasangan tersebut.
"Kau ni kenapa,Sha?"tanya Maya.Dia mengambil telefon pintar Natasha dan membukanya.Terpapar gambar pasangan viral di media sosial sekarang ini.Maya mengagak yang rakannya itu bengang dengan gambar tersebut.Telah lama Natasha 'stalker' bekas kekasihnya itu,jadi dia tahu serba sedikit tentang lelaki itu walaupun tidak sepenuhnya.
"Alaa...Kau marah sebab gambar ni ke?Kau kan ada Mr.Paul.Apa yang kau nak hairan sangat dengan kerabat raja tu?Mr.Paul pun kaya apa,"kata Maya untuk menyedapkan hati Natasha.Maya pelik juga dengan Natasha masih mengharapkan cinta Tengku Syamil tetapi dia sendiri yang tinggalkan lelaki itu.Jika dibandingkan Tengku Syamil dengan Mr.Paul,suami Natasha sekarang bagai langit dengan bumi.Tengku Syamil jauh lebih muda dan kacak daripada Mr.Paul yang tua.Kelebihan Mr.Paul lebih ialah duit,apa saja yang diingini Natasha tertunai.
"Aku tak puas hati dia dapat isteri cantik,"jawab Natasha bernada dengki.
"Kau memang dah cantik.Hmm...Tapi memang lawa isteri dia ni.Manis je bila dipandang.Sesuailah dengan Encik Tengku tu,bagai pinang dibelah dua."Maya memuji Ammara tanpa sedar.Natasha mula panas hati dengan sahabat yang tidak menjaga hatinya langsung.Cakap main lepas saja.Setajam hujung mata pisau pandangannya kepada Maya.
"Eh,silap tengok!Hmm..Biasa-biasa sajalah Cik Puan ni,"Maya mengubah komen kerana menyedari Natasha marah dia memuji Ammara.
"Kau jangan nak main-main,Maya.Aku pecat kau nanti,"ugut Natasha.
"Yang kau nak bitter dengan dia kenapa?Kau ada segalanya,Sha.Rupa ada,harta berlambak,dikenali ramai.Apa lagi yang kau nak?Setakat isteri kerabat raja,dua tiga hari nanti senyaplah cerita dorang ni.Lainlah kau memang dah level-level international."Maya mengambil hati Natasha yang tidak pernah puas dengan dirinya.
"Sebab dia kahwin dengan Syamil,exboyfriend aku.Dia kahwin dengan orang lain,aku tak kisah."
"Pedulilah dengan mereka tu,Sha.Lebih baik kita fokus dengan shooting esok.Kau tu kena tidur awal,nanti ada eyebag,banyak yang kena touch esok,"ucap Maya.Sebenarnya dia sendiri sudah rimas dengan luahan Natasha tentang bekas kekasihnya,Tengku Syamil.
"Eh,kau carikan aku alamat Tengku ni boleh tak?"pinta Natasha mendapat satu idea.
"Kau nak buat apa?"
Natasha menyerongkan senyumannya dengan sinis."Aku nak buat suprise."
****
'Duduk di rumah.'Nota kecil tertampal pada pintu utama banglo besar yang aku diami.Cebisan nota itu aku konyokkan.Sakit hati.Hanya aku seorang di dalam rumah besar itu.Pembersih rumah telah pulang usai kerja-kerja mengemas tadi.Maka kebosananlah aku.
Kemudian,aku bergegas membuka ke pintu pagar apabila 'alarm' berbunyi menunjukkan ada orang datang.Ya,seorang posmen sedang menanti untuk menyerahkan parcel.Parcel itu atas nama Tengku Syamil tetapi aku hairan,Tengku Syamil tidak suka membeli-belah secara maya.
Dengan menggunakan deria sentuhan,aku merasa barang di dalam bungkusan itu dengan tanganku."Macam buku."Aku bawa bungkusan itu masuk ke dalam rumah.
Di ruang tamu,bungkusan aku itu aku buka.Biarlah Tengku Syamil mahu marah pun alang-alang memang sudah bermasam muka tidak menegur sapa.Tanganku ligat mengoyak parcel dan plastik yang membaluti barang itu.Ya,memang tepat tekaan aku.Sebuah buku ensiklopedia Sejarah Islam Asia Tenggara.
"Boringnya.Buku macam ni yang dia order,"aku bermonolog seorang.Tetapi tanganku menyelak kulit buku yang tebal untuk meninjau isinya.Baca buku sejarah memang tidaklah.Aku bukan ulat buku.Sedangkan novel pun jenuh aku mahu habiskan,inikan ensiklopedia Sejarah yang bagiku membosankan.
Ketika itu,di kulit buku itu terdapat seperenggan tulisan yang sangat cantik dan kemas.Pada mulanya aku teruja membaca kerana aku kira Si Penjual meninggalkan nukilan untuk Si Pembeli tetapi sangkaan aku jauh meleset.Setiap bait-bait kata dalam tulisan itu buat darah aku mendidih.
Dear Syamil,
Kau lebih istimewa daripada Komet Halley yang muncul 76 tahun sekali kerana kamu muncul satu kali dalam hidupku dan tiada terganti.Aku rindu saat kau genggam tanganku yang membuat aku sadar betapa engkau tak ingin melepaskanku.Janganlah lepaskan aku seperti malam-malam kau memelukku suatu masa dahulu.I love you.
From : Your heart,Natasha
Menyirap darah aku membaca nama penghantar buku tersebut.Mahu dikoyak-koyak saja setiap helaian buku itu sehingga tiada satu pun tertinggal sempurna.Hatiku tertoreh di kala ini.Bagaimana aku ingin meletakkan kepercayaanku kepada Tengku Syamil setelah membaca tulisan ini?Kiriman nukilan manis cukup buat hatiku dirobek-robek kasar.
****
Aku berpeluk tubuh di atas sofa saat Tengku Syamil pulang dari kerja.Tiada sambutan seperti yang selalu aku lakukan.Sebenarnya dua hari aku tidak menyambut kepulangannya kerana masih marah dengan pertengkaran tempoh hari.Cuma aku bercadang untuk memujuk kebekuan dan kedinginan Tengku Syamil tetapi buku sejarah yang mencipta sejarah luka hati aku siang tadi membantutkan niat aku untuk berbaik.Buku sejarah itu masih terletak di atas meja kecik hadapan aku.
Tengku Syamil tidak endahkan aku di situ dan berlalu begitu saja."Rara ada sesuatu nak cakap dengan abang,"aku serius berkata.Entah mengapa aku rasa tertipu dengan Tengku Syamil.Banyak perkara yang disembunyikan terutamanya Natasha.Apabila bertanya,dia menunjukkan reaksi tidak berminat yang buat aku percaya dia telah lupakan Natasha.Aku tertipu dengan lakonannya.
Tengku Syamil masih tegak di anak tangga pertama menanti bicara daripada aku.Aku bangun membawa naskhah tadi dan berdiri di hadapannya."Sekali lagi Rara tanya siapa Natasha?"Aku mengulangi soalan yang pernah aku tanyakan dulu.
Tengku Syamil mengeluh di hadapanku."Rara jangan nak tutup salah Rara dengan wujudkan persoalan tentang Natasha."Tengku Syamil menganggap aku ingin menutup kesalahanku dengan Adri.Tidak adil langsung.
"Siapa yang nak tutup kesalahan?Salah ke Rara nak tahu gerangan yang hantar nukilan semanis madu kepada abang tu?"Aku mula membentak.Benar hatiku terguris.
Tengku Syamil mengangkat bahunya bersama dengan kerutan dahinya."Nukilan semanis madu?Apa yang Rara merepek ni?"
Aku tidak menjawab lalu aku serahkan naskhah sejarah yang diterima siang tadi.Tengku Syamil membukanya dengan pelik.Selakan pertama,matanya terhenti pada nukilan tersebut.Mulutnya terkumat-kamit membaca madah-madah perlahan.Aku tidak mendengar sebutannya.Reaksi terkejut tergambar ketika dia membaca nama pengirim di akhir ucapan.
"Your heart,Natasha konon!"Aku menyindir.
Berubah air muka Tengku Syamil waktu itu.Daripada riak tegas bertukar gelabah."Rara,abang tak tau mana datangnya buku ni dan ayat-ayat ni..."
"Selama ni abang masih berhubung dengan dia kan?Sampai alamat rumah pun tahu,siap hantar bungkusan lagi.Apa yang abang nak jelaskan sekarang?Patutlah setiap kali Rara tanya abang tak nak jawab."Aku semakin menggila.Manakan tidak,aku rasa dicurangi dan dibohongi oleh suamiku sendiri.
"Kalau Rara nak tahu sangat,Tasha is my exgirlfriend abang masa di UK dulu.Kami dah lama putus dan berhubung pun tak.Abang tak tahu macam mana dia boleh kirim buku ni,"jelas Tengku Syamil.Aku tidak tahu mahu percaya atau tidak.
Senyuman sinisku aku tunjukkan kepada Tengku Syamil."Kalaulah buku ni tak sampai sini,sampai mati pun Rara tak tahu tentang dia.Rara dah mula ragu-ragu dengan kesetiaan abang."
"Rara nak ragu-ragu kenapa?Dia bukan siapa-siapa pun dalam hidup abang.Tolonglah matang sikit berfikir tu,Rara."
"Rara dah cukup matang untuk berfikir.Budak sekolah mungkin akan percaya bulat-bulat kata abang.Abang nak bohong apa lagi?Ini jelas menunjukkan masih ada hubungan abang dengan dia."Air mataku mula mengalir deras.
"Tak,sayang."Tengku Syamil menafikannya.Kepercayaan aku terhadap kesetiaannya semakin roboh.Jika tidak berhubung dengan Natasha,harus bagaimana Natasha tahu Tengku Syamil berpindah ke sini dan ayat-ayat Natasha sangat menyakitkan hati.
"Sampai bila abang nak tipu Rara dan sembunyikan Natasha.Abang,Rara tak bodoh nak percaya cakap abang macam tu saja.Kalau tak ada angin,macam mana pokok boleh bergoyang.Kenapa dia hantar buku ni beserta nota cinta tu?"
"I don't even know.Abang memang tak tahu apa-apa.Dia dah lama menghilang dan dah kahwin pun."
"Abang kalau buat innocent dan play victim memang nombor satu.Tiba-tiba abang jadi tak tahu dan hilang ingatan tentang semua perkara.Rara tak tahu nak cakap macam mana,tapi Rara tak percayakan abang."Kesangsian aku terhadap Tengku Syamil mula bertapak sedikit demi sedikit.Apa yang dia lakukan di belakang aku,tiada siapa yang tahu.Persoalan demi persoalan,andaian demi andaian bermain di mindaku.
"I am not play victim.Enough is enough,Nur Ammara.Abang tak nak kita bertengkar pasal Natasha lagi."Tengku Syamil mengalah.
"Bila sebut tentang Natasha,abang dengan mudah minta Rara hentikan.Kenapa?Abang takut Rara korek rahsia abang dengan dia?"
Lama Tengku Syamil merenung tajam aku dengan mata hazelnya.Dia kehilangan kata-kata malahan mengubah haluannya ke bilik tidur.Aku dibiarkan tanpa sebarang jawapan untuk pertanyaan aku.Benarkah Tengku Syamil setia dengan aku atau bermain kayu tiga di belakang aku?
****
"Kau tak balik lunch hari ni,"tanya Kimi mengusik.Dia datang untuk memberitahu info kemalangan yang menimpa Ammara dahulu.Dia telah menjumpai beberapa klu yang dapat membantu siasatan sekaligus mencari dalang kemalangan dan kes tembak Ammara.Walaupun begitu,Tengku Syamil tidak kelihatan gembira.Monyok seperti ayam berak kapur sahaja.
"Kau ni ada problem ke?Lain macam saja monyok tu.Gaduh dengan isteri ke?"usik Kimi lagi.Tengku Syamil tetap berdiam tetapi dia menghulurkan naskhah kiriman Natasha kepadanya.
"Aku tak minatlah baca buku Sejarah.Tengok tajuk pun aku dah rasa boring.Kat sekolah dulu tu terpaksa baca sebab exam je."Kimi tidak ingin membeleknya.
"Aku bukan suruh kau baca buku ni.Aku nak kau belek dan tengok."Tengku Syamil memaksa Kimi menyelak naskhah tebal tersebut.Demi menjaga hati Tengku Syamil,Kimi selaklah juga ensiklopedia itu.
"Oh my God.Seriuslah,Tasha yang bagi buku ni pada kau?"Kimi bertanya sebaik menghabiskan tinta pada sebelah dalam kulit buku yang diberikan kepadanya.Dia mengecilkan matanya merenung Tengku Syamil.
"Ni yang aku tak tau tapi tulisan dan tandatangan tu sama macam Tasha.Disebabkan benda ni,Ammara mula ragu-ragu dengan aku.Kami dah gaduh besar semalam."
"Dua hari sebelumnya bergaduh pasal Adri,semalam pasal Natasha pula.Apasal dengan ex-ex korang berdua ni buat kemunculan semula.Ada reunion ke?"seloroh Kimi.Jelingan maut pula yang dihadiahi Tengku Syamil kepadanya.
"Okay-okay.Janganlah jeling macam tu,takut I.Hmm...Adri tu sebab kau tu cemburu lebih.Tapi yang aku hairan Tasha ni tak ada angin,tak ada ribut hantar buku ni.Ayat bukan main.Eh,dia bukan dah kahwin dengan Mr.Paul yang kaya-raya tu ke?Apasal nak rindu-rindu kau pula?"
"Aku tak tahu.Aku pun serabut fikir hal ni.Ammara tak cakap dengan aku,siap lari tidur bilik lain lagi."Puas Tengku Syamil memujuk Ammara tetapi dia tetap berkeras hati tidak ingin mendengar.
"Ammara tak pernah tau tentang Tasha ke?"Kimi menyoal kembali.
"Nope.Dia tak tahu dan aku rasa dia tak patut tahu pun.Dia ada tanya aku beberapa kali.I just said,she is nothing.Memang betullah yang Tasha bukan siapa-siapa lagi kepada aku.Buat apa aku nak serabut kepala?Benda dah lama berlalu."
Kimi menggeleng-gelengkan kepala diiringi dengusan kasar."Syamil,Ammara perlu tahu.At least,bila jadi macam ni,dia tak cepat melatah.Silap kau juga tak cerita awal-awal."Kimi menyalahkan Tengku Syamil.
"Aku dah lupa pun dan aku malas nak ungkit kisah lama.Kau ingat Ammara akan bertepuk tangan,bersorak gembira kalau dia tahu hal yang sebenar tentang Tasha?"
"Syamil,Ammara isteri kau.Aku pasti yang dia akan terima kau seadanya.Dia tahu awal-awal,tak adalah dia rasa ralat sangat dengan kau lebih-lebih lagi terbaca ayat-ayat bunga macam ni,"kata Kimi.
"Kimi,itu zaman kejahilan aku.Aku sendiri pun seboleh-bolehnya nak lupa kebodohan aku dulu."
"Kalau dia tak tau langsung pasal Natasha,okay lagi tapi sebab dia dah tanya kau.Aku rasa kau patut jujur walau seburuk mana pun kau dulu."Kimi memberi nasihat.
"Kau nak aku cakap apa dengan Ammara?Yang aku dengan Tasha dah terlanjur jauh.Bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan dan hidup macam suami isteri.Macam tu?Kau rasa Ammara akan happy ke kalau dia tahu yang Tasha tu pernah mengandungkan anak aku?"Tengku Syamil mengenang zaman kegelapannya dengan dunia tipu-tipu bersama Natasha dulu.Kebenaran yang akan melukakan hati isterinya sendiri jika dia berterus-terang.
"Syamil..."
Pintu ruangan kerja Tengku Syamil terbuka dengan tiba-tiba.Ammara berdiri tegak di hadapan pintu yang terkuak luas itu dengan perasaan yang sangat kecewa.Satu persatu rahsia Tengku Syamil terbongkar.Perbualan antara Tengku Syamil dan Kimi yang didengar tadi sangat meruntun hati hingga menitiskan air mata yang berjuraian.Belum habis lagi kisah semalam,ditambah pula dengan realiti yang baru didengar.Hatinya berkecai lagi.
"Rara."Kedua-duanya cuak apabila Ammara muncul.
"Apa lagi rahsia yang Rara tak tahu?Banyak mana lagi rahsia abang?Cakap dengan Rara sekarang."Aku tidak dapat mengawal kekecewaan yang melanda hati.Aku menanti cerita Tengku Syamil yang selanjutnya.
"Rara,abang tak ada niat nak rahsia apa-apa."
"Sampai hati abang kan?Rara kat rumah macam tunggul,abang seronok-seronok dengan perempuan lain.Siap mengandung lagi.Apa semua tu?"
"Rara dah salah faham ni."Tengku Syamil merapati aku.Kimi hanya menunduk duduk di meja.Dia telah terperangkap dengan pergaduhan aku dan Tengku Syamil.
"Salah faham apa?Rara dengar sendiri abang dah terlanjur.Tasha mengandung anak abang.So,what?Itupun abang nak berdalih lagi."
"Dalih apa,sayang.Rara duduk dan dengar apa yang abang nak cakap.Yang tu Rara dengar separuh cerita saja."Tengku Syamil beria memujuk.
"Rara tak nak dengar apa-apa.Cukup semua pembohongan abang selama ini."Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.Terbit rasa benci untuk menatap muka Tengku Syamil.Penipuan yang terbesar Tengku Syamil terhadap aku.
"I hate you,Tengku Syamil."Aku tidak mampu lama-lama di situ lagi,lantas aku mengangkat kaki untuk keluar.Tengku Syamil mengejarku.
Haa..Miss J payung chapter 29.Korang kasihan kat siapa sebenarnya?Rara ke TS?Siapa yang salah faham?Adri dgn Tasha pula masa2 mcm ni nak muncul.Hehehe...Selamat membaca
Share this novel