Bab 31 : Rumah Mama

Romance Series 697932

Sekembalinya dari Tumpat,aku tinggal di rumah Tengku Zanariah iaitu mama aku tanpa pengetahuan sesiapa.Kehilangan opah membuka mata dan hati aku untuk membina kembali hubungan aku dengan Tengku Amir dan mama.Kami bersatu menjadi sebuah keluarga yang lengkap dan penuh kasih sayang.Betapa aku mensyukuri nikmat Allah yang dikurniakan kepada aku.Aku kehilangan dua orang yang aku sayang tetapi digantikan dengan dua orang yang menyayangi aku.

Kepulangan aku tempoh hari dari Tumpat ditunggu oleh mama yang rasa gembira yang tidak terhingga.Aku fikir mama tidak akan memaafkan aku kerana telah banyak berkelakuan kurang ajar kepadanya.Aku tahu kelakuan aku melampaui batas banyak mengguris hati dan perasaan mama.Aku faham sekiranya dia merajuk hati dengan aku tetapi telahan aku sama sekali salah kerana mama tetap memaafkan dan menerima aku dengan hati yang terbuka.Benarlah kata orang,kasih ibu sampai ke syurga.Seorang ibu tidak akan sanggup melihat anaknya menderita walaupun anaknya banyak kali melukajan hatinya.Aku berdosa tetapi mudahnya mama memaafkan aku.Aku belajar daripada kesilapan aku kerana lambat laun aku juga akan menjadi seorang ibu seperti mama.

"Sofia,termenung apa tu?Teringat Syamil ke?"usik mama membawa semangkuk bubur ayam kepadaku yang masih berasap.Panas.Aku menginjak ke kiri untuk memberi ruang kepada mama untuk duduk di sebelahku.Mangkuk bubur diletakkan di atas meja.

"Tak adalah.Tak rindu pun."Aku nafikan walhal aku sangat merindukan Tengku Syamil tetapi tidak mahu mengaku.Marah dalam rindu menyesakkan nafasku.

"Mama tahu Sofia rindukan Syamil.Baliklah,Sofia ke sisi Syamil.Selesaikan masalah kamu berdua.Sofia menyorok lama-lama,masalah tak akan selesai tau."Mama menasihati aku.Dia tetap memanggil Sofia kerana dia sudah terbiasa memanggil aku dengan nama itu.

Aku menghela nafasku."Sofia bukan tak nak balik,ma cuma Sofia tak ready nak jumpa Abang Syamil lagi.Sofia tak tau nak hadap dia macam mana."

Mama mengusap lembut dan penuh kasih belakangku."Biasalah dalam rumah tangga ada pasang surutnya.Masing-masing ada khilaf sama macam mama dengan abah dulu,ada saja yang tak kena tapi masing-masing kena banyak bersabar dan duduk berbincang.Kadang-kadang memang sakit hati tu rasa macam nak cakar-cakar je muka dia,tapi hati akan lebih tenang setelah dah capai kata sepakat,"sambung mama lagi.Dia sememangnya tidak tahu-menahu punca sebenar pergaduhan aku dengan Tengku Syamil.Masalah aku sebenarnya berat untuk aku bincangkan dengan tenang bersama Tengku Syamil.Aku tidak tahu sejauh mana aku mampu tenang berhadapan Tengku Syamil dalam situasi yang sangat tegang.

"Hmmm...mama,nanti Sofia fikirkan tentang Abang Syamil tu.Buat masa sekarang,Sofia betul-betul tak sedia nak jumpa dia lagi.Harap mama faham Sofia."Aku meminta mama secara baik tidak mahu mempersoalkan tentang Tengku Syamil.

"Mama faham,Sofia tapi janganlah lama sangat berfikir.Mama tak sabar nak umum Sofia sebagai anak mama kepada nenda dan Syamil.Mesti mereka berdua terkejut."Mama kembali teruja.Banyak kali dia menyatakan hajatnya untuk mengumumkan hubungan kami anak-beranak.Raut mama sangat gembira dan ceria.

Mama mengambil mangkuk bubur tadi dikacau isinya."Makan bubur ni.Sedap makan panas-panas macam ni.Mama buat special untuk Sofia ni."Mama menyuakan bubur ke mulutnya dengan senyuman yang melebar ke telinga.

"Malu pula Sofia,dah tua bangka masih disuap oleh mama."Aku menutup mulut mengunyah bubur.Tinggal dengan mama,macam-macam dimasaknya untuk aku dan Tengku Amir.Naiklah berat badan aku nanti.

"Biarlah.Mama sayang anak mama.Kali terakhir mama suap Sofia umur Sofia satu tahun."Mama mengingati kenangan lama kami.Sayu wajahnya.

Aku mula rasa bersalah."Ma,terima kasih mama terima Sofia.Mama tak marah Sofi macam mana Sofia buat mama dulu.Sekali lagi,maafkan Sofia atas semua sikap kurang ajar Sofia pada mama selama ni."Aku mengalirkan air mata terkenangkan perbuatan aku kepada mama.Mamalah sebaik-baik manusia yang aku pernah jumpa.Aku dan arwah opah dimaafkan begitu saja.Terlalu mudah mama memaafkan dan melupakan kesakitan yang dia terima daripada aku dan opah.

"Mama tak pernah ambil hati pun.Cukuplah sekali mama hilang Sofia dan mama tak nak Sofia pergi dari mama lagi.Mama sayang anak-anak mama."Mama mencium dahiku.

"Kalaulah abah masih ada,pasti abah akan gembira kita dah bersatu semula,"kataku merenung mata mama.Kelembutan wajah mama buat aku tenang melihatnya.Tidak salah Allah menjodohkan mama dengan abah kerana dua-dua punya peribadi yang baik.Aku sayang keluarga aku.

****
"Ada apa kau datang sini lagi?Nak buat pengakuan ke?"tanya Tengku Syamil kepada Cik Puan Salina tiba-tiba muncul.Cik Puan Salina datang dengan meminta izin dengan baik daripada Meo berbanding daripada sebelum ini main terjah saja.Dia juga tersenyum memanjang.

Cik Puan Salina duduk walaupun tidak dipelawa oleh Tengku Syamil yang penampilannya kurang kemas.Jambang dan misainya tebal tidak dicukur.Pilihan warna pakaiannya juga caca-marba kerana hanya mengenakan jeans dan tshirt saja.Sangat ringkas.

Cik Puan Salina mengukir senyuman melebar ke pipi pauh melayangnya."Syamil.Syamil.Masih nak menuduh aku.Selama ni kau ada jumpa bukti?Tak ada kan?Janganlah menuduh,tak baik.Actually,aku datang sebab nak dapatkan kepastian tentang ini."Cik Puan Salina dengan senyuman dan renungan manja menyerahkan beberapa dokumen kepada Tengku Syamil.

Tengku Syamil membelek dan membaca dokumen tersebut dengan teliti.Dia kembali memberi fokus dengan kepada Cik Puan Salina meneliti kuku merah jambu dilukis bunga warna putih sabar menanti respon Tengku Syamil.

Tengku Syamil meletakkan tangannya dokumen tersebut sebaik membacanya."Apa yang tak kena dengan perjanjian bank ni?"tanya Tengku Syamil.

"Well,perjanjian itu palsu.Aku dah check di semua cawangan Maybank tentang pinjaman Nur Ammara Binti Saifuddin yang bernilai 300k itu sebenarnya tak wujud pun tetapi ada pengeluaran 300k daripada akaun kau.Kebetulan sangat kan?"

Tengku Syamil sengih sambil menggosok-gosok dagunya yang ditumbuhi bulu."So?Apa yang kau nak cuba buktikan?"

"Aku hanya bertanya.300k tu pun bukan jumlah yang sedikit.Setahu aku pekerja swasta susah dapat pinjaman bank sebanyak itu.Aku dengarlah cerita-cerita orang yang Si Ammara tu kan ada hutang dengan ah long lebih kurang 300k masa tu.Kalau pinjaman bank dia tak luluskan,dari mana dia dapat duit sebanyak itu untuk bayar hutang?Aneh kan?"Cik Puan Salina cuba mengorek rahsia Tengku Syamil setelah mencurigai sesuatu yang diberitahu oleh Danial.

"Dari mana dia dapat duit untuk bayar hutang itu bukan masalah kau sebab kau dah tak ada kena-mengena dengan aku.Lagipun,duit tu hak mutlak aku.Tak salah aku keluarkannya."

Mata Cik Puan Salina semakin galak ingin menggali lagi sampailah dia menemui inti cerita yang dikehendaki."Maksudnya,kau keluarkan duit tu untuk bayar hutang-hutang Ammara?Wauu..baiknya kau!Untung Ammara ada suami sebaik kau.Sanggup berhabis duit dan harta demi dia."

"Duit aku suka hati akulah nak berhabis untuk isteri aku.Macam ayahanda aku habiskan untuk perempuan fake macam kau dulu."

"Hmmm...Kau dengan ayahanda kau sebenarnya tiada beza pun.Kerana cinta kepada Si Setiausaha,rela korbankan wang ringgit.So,Ammara kahwin dengan kau sebab duitlah kan?Bayar hutang 300k kepada ah long dan selebihnya dapat hidup senang dengan harta suami.Samalah macam aku dapat enjoy duit ayahanda kau dulu."Cik Puan Salina berbangga dengan kisah pisau cukurnya dahulu.Apa yang diminta akan dipenuhi oleh Tengku Fakhry waktu itu.

Cik Puan Salina menyambung memprovok Tengku Syamil."Patutlah senang sangat dia move on selepas putus tunang.Bayangkan dalam jangka masa lebih kurang dua bulan,dia dapat kahwin dengan lombong emas untuk dia.Menggoda bos kaya lebih menyenangkan daripada ingat ex tunang kan?"

Tengku Syamil menepuk meja.Tersentak Cik Puan Salina."Ammara bukan mata duitan.Dia bukan wanita penggoda macam kau yang kerja nak kikis harta lelaki saja.Aku yang paksa Ammara kahwin dengan aku sebagai cagaran aku bayar hutang-hutang dia,"jerkah Tengku Syamil buat Cik Puan Salina tergamam.

"So,dia pun setujulah ya?Then,kehendak zahir dan batin kau dia kena layanlah kan?Ehh...Sekejap..Mestilah dia layan batin kau,kalau tak takkanlah dia boleh mengandung.Eeuwww...Jijik juga.Tak ubah seperti pelacur."Cik Puan Salina menghina Ammara terang-terangan.Sengaja dia ingin Tengku Syamil bertambah meradang.

Tengku Syamil menjeling tajam.Dia bangun menarik Cik Puan Salina dari tempat duduknya."Sekurang-kurangnya dia tidur dan layan aku seorang saja.Jangan samakan Ammara dengan kau.Kau tu pelacur yang sebenar sebab kau bukan tidur dengan ayahanda aku seorang.Kau ingat ayahanda dan aku tak tahu kelakuan kotor kau tu.Kau lebih jijik."Tengku Syamil menolak-nolak Cik Puan Salina supaya dia keluar dari situ.Merah padam muka Cik Puan Salina dengan kata hinaan Tengku Syamil yang sememangnya menusuk hatinya.

Cik Puan Salina menghayunkan tangannya cuba menampar Tengku Syamil lebih pantas menyambarnya.Tangan Cik Puan Saliana dirembas kuat."Aku dah tak ada apa nak cakap dengan kau.So,kau keluar dari sini sekarang."Tengku Syamil mengheret dia ke pintu.

Cik Puan Salina melawan."Aku tahu jalan keluar.Tak payah nak tolak-tolak aku,"balas Cik Puan Salina dengan nada marah.

Tengku Syamil mempersilakan Cik Puan Salina keluar dengan menundukkan kepalanya seperti pekerja hotel menghargai tetamu mereka.Masam mencuka Cik Puan Salina beredar.

"Suka aku ingatkan kepada kau,risik-risiklah latar belakang jantan-jantan yang kau nak tidur tu.Jangan main sapu saja.Manalah tahu jantan-jantan yang kau tidur tu biseksual ke,transgender ke atau lebih menakutkan pembawa HIV.Menyesal seumur hidup kau nanti."Tengku Syamil mengingatkan Cik Puan Salina.Dia meneruskan langkah lalu menutup pintu itu sekuat hatinya hingga mengejutkan Kak Nani dan Meo sedang membuat kerja.

****
Kimi dan Tengku Amir menutup hidung mereka bau rokok menembusi rongga hidung mereka.Tengku Syamil menghembus asap rokok ke udara.Apabila dia stres,rokok menjadi peneman.Ammara tidak pulang-pulang setelah hampir dua minggu lenyap dari radar Tengku Syamil.Bosan dengan situasi itu,tangan Kimi pantas merampas rokok pada tangan Tengku Syamil lalu menghenyaknya di dalam bekas abu rokok."Stop it,Syamil.It's not good for your health,"marah Kimi.

Tengku Syamil merengus."Kau ni membebel mengalahkan nenda,Kimi.Baik kau kahwin je dengan nenda,sepadan sangat,"omel Tengku Syamil pula terhadap tindakan rakannya itu.

"Kau yang suruh aku dengan Amir datang sini,jangan nak merokok pula.Nak merokok,aku balik,"ugut Kimi membuang rokok-rokok di atas meja itu.Tengku Syamil menongkat dagu memandang kolam disinari cahaya bulan dan lampu.Mereka melepak di ruang belakang berhampiran dengan kebun bunga Ammara yang semakin membugar.

Tengku Syamil mengunyah kacang yang tersedia di atas meja."Antara korang berdua,tak ada yang jumpa Ammara?Dah lama sangat kot dia hilang,takkan kau tak jumpa,Kimi?"

"Tak ada,Mil.Kau ni nampak macam orang tak betul dah,Mil.Dengan serabainya,jambang tu trim bagi kemas sikit.Kau pergilah terapi jiwa,terapi minda supaya sel-sel kau bersambung semula.Ke nak aku belikan kismis minda?"Dalam kerisauan ada terselit lawak daripada Kimi.Dia dan Tengku Amir datang ke banglo itu semata-mata untuk mengisi hati lara Tengku Syamil yang semakin parah.

"Terapi aku hanya Ammara.Aku nak Ammara,isteri aku balik.She is everything and I'm missing her so much.Balik Ammara,pulihlah segala hati,jiwa dan raga aku.Kau tak pernah rasa macam mana isteri hilang,apa kau tahu?"Hidup Tengku Syamil tidak keruan lagi.Makan tidak tentu,tidur tidak lena dan dia gagal menguruskan dirinya sendiri apatah lagi perniagaannya kini di mana Tengku Amir yang terpaksa menggantikannya sekali-sekala.

"Amir rasa kak long baik-baik saja.Mungkin dia perlukan masa untuk rawat hati dia.Mana tau dia dah bersedia nanti,dia baliklah jumpa abang."Tengku Amir mencelah walaupun dia tahu kakaknya ada di mana.Pada masa yang sama,dia kasihankan Tengku Syamil yang tidak tentu hala hidupnya.Dia tersepit antara Ammara dan Tengku Syamil,masing-masing saling merindui tetapi hati yang terluka sukar dirawati.

Tengku Syamil menghembuskan nafasnya."Kalau betul dia perlukan masa,beritahu abang.Abang faham tapi jangan ignore abang macam ni.Cakaplah sepatah dua kata,at least abang tahu dia dalam keadaan baik.Ni semua dia block abang macam abang ni penjenayah."Tengku Amir sesal dengan tindakan Ammara yang terburu-buru.Rasa bimbang juga tidak ketinggalan kerana dia tidak tahu bagaimana keadaan Ammara,sihat atau tidak.Atau Ammara bahagia tanpanya di sisi.

"Hmm..Amir tak tahu nak komenlah tu sebab Amir tidak di tempat kak long."Tengku Amir tidak mengulas panjang.Masing-masing ada kesilapan.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia dapat menyembunyikan kak longnya.

Kimi menyokong pandangan Tengku Amir."Aku sependapat dengan Amir.Give her a time.Mungkin dia masih terkejut apa yang dia dengar."

Tengku Syamil mendengus.Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi.Bintang-bintang berkilauan di pentas langit dipandang."Dia salah faham,Kimi.Apa yang dia dengar dengan apa yang dia tanggap berbeza.Dia tak nak dengar penjelasan aku,then melarikan diri sampai sekarang.Yes,memang salah aku sebab aku tak pernah bercerita tentang Tasha kepada dia tapi dia pun perlu beri ruang kepada aku untuk jelaskan bukannya menghilang."Tengku Syamil membela dirinya sendiri.Matanya masih memandang ke langit gelap yang diterangi bintang-bintang dan bulan.

"Abang Syamil tenang ye.Kita cuba cari kak long dulu sampai jumpa.Amir yakin kak long akan balik kepada abang dengan selamat nanti.Mungkin dia pun tengah rindukan abang sekarang."

Tengku Syamil tidak beralih kedudukan tadi."Harapnya begitulah.Hmmm...Sakitnya menanggung rindu.Balik cepat,sayang.Hidup abang tak lengkap tanpa sayang di sisi.Apa yang abang buat,semuanya serba tak kena,"luah Tengku Syamil di hadapan Kimi dan Tengku Amir.Mereka berdua saling berpandangan dengan luahan rindu Si Pungguk kepada bulannya.

"Mil,kau tak cuba tanya opah Ammara yang di kampung?Manalah tahu Ammara balik ke sana?"soal Kimi tatkala teringatkan Ammara masih mempunyai seorang opah.Tengku Amir pula keresahan Kimi menyebut soal opah.Dia menyuap laju kacang ke dalam mulutnya.

"Dah,Kimi.Masa mula-mula Ammara pergi hari tu.Aku ada call opah.Opah cakap dia tak ada di sana."

Tengku Amir pula menghela nafas lega ketika itu dan kembali seperti biasa.

"Kawan-kawan dia?"

"Aku dah pergi cari rumah kawan-kawan dia yang aku tahu pun tak ada.Eee..Menyesal aku tak install GPS dalam telefon dia."Mukanya diraup-raup sehingga ke rambut.

"Eerrrr..err...Adri?"Teragak-agak Kimi mengeluarkan nama Adri.Dia bakal meletuskan gunung berapi dengan pertanyaan begitu.Bulat besar dan tajam mata Tengku Syamil ketika itu.Berketar lutut Kimi dengan kebengisan tiba-tiba Tengku Syamil.Bayangkan seorang manusia mengamuk berubah menjadi Hulk.

"Kau jangan main-main,Kimi,"marah Tengku Syamil.Nafasnya mula turun naik.

Kimi menepuk-nepuk dada Tengku Syamil."Rileks,bro.Aku tanya saja.Maksud aku mungkin Ammara ada beritahu Adri dia pergi ke mana bukannya dia tinggal dengan Adri ke apa.Control sikit cemburu buta kau tu."
"Kalau Ammara nak mengadu ke apa mesti dengan aku bukan lelaki lain.Aku suami dia."Tengku Syamil mendengus kasar dan beredar dari situ.Gerun pula Kimi dan Tengku Amir lihat sikap panas itu.Tengku Amir paling rasa ngeri kerana dia sorokkan Ammara.Andainya terbongkar,menempah maut barangkali dikerjakan oleh Tengku Syamil.

****
Malam yang hening itu,Meo dikejutkan dengan ketukan pintu apartmentnya bertubi-tubi.Meo sedang melayan drama Korea bangkit dari kedudukannya lalu menuju ke pintu.Dia mengintai dari lubang kecil pintunya memastikan gerangan yang mengetuk pintu bagai nak rak itu.Mujur tidak roboh.Setelah dikenal pasti,Meo menyelak daun pintu dan tegak berdiri Adri di hadapannya.Adri mengalami kelebaman pada mukanya.

Meo gelabah.Dia menjengukkan kepalanya ke kiri dan kanan luar pintu rumahnya mencari orang yang memukul Adri.Tiada sesiapa kecuali Adri masih tegak di muka pintu."Tak ada sesiapalah.Boleh aku masuk?"tanya Adri walaupun dia sudah melangkau masuk ke dalam rumah.Meo cepat-cepat tutup pintu dan mengunci dengan serapat-rapatnya.

"Kau ni kenapa lebam sana sini?Gaduh?"soal Meo mencari peti kecemasan dalam almari.

Adri menyandar badannya pada sofa Meo.Dia menekap-nekap lebam tepi bawah matanya yang berdenyut-denyut seperti mahu terkeluar bebola mata."Tengku Syamil tumbuk aku tadi."

Meo terlopong.Ubat-ubatan disusun di atas meja."Kau cari pasal dengan Tengku?Kes apa pula?"Meo bertanya.

"Pasal Ammara."

Meo mencuci luka Adri lantas menekan-nekan kawasan lebam Adri.Adri mengerang sakit."Kau ni nak bunuh aku ke?Aku buat sendirilah."Adri merampas kain basah daripada Meo.

"Ooo..Kau yang sorok Ammara ya?Kau memang takkan tenang ke kalau tak kacau rumah tangga orang?"Meo mula menuduh Adri.Tengku Syamil kecoh mencari Ammara baru-baru ini sehingga ke rumah Kak Nani.Semua teman-teman rapat Ammra disoal selidik.

"Bila masa aku kacau rumah tangga orang pula?Aku tak ada kaitan langsung dengan rumah tangga Tengku Syamil dan Ammara."Adri menidakkan telahan Meo yang menuduh dia sembarangan.

Meo beralih posisi ke sofa tunggal hadapan Adri."Tengku Syamil marah kau atas satu sebab saja iaitu Ammara.Baik kau terus terang kepada aku Ammara ada di mana sekarang?Aku dah serabut bos aku tu asyik bad mood masuk office."Meo mendesak.

"Kenapa semua orang nak tanya aku ke mana Ammara?Bos kau tu tak ada hint,tak tanya terus tumbuk aku tanya mana aku sorok Ammara.Lepas tu di blah macam tu je.Sumpah aku tak tahu di mana Ammara.Apa yang berlaku sebenarnya?"cerita Adri kebingungan apabila dirinya disyaki menyorokkan Ammara.Bengang Adri dibelasah Tengku Syamil tanpa sebab.Tengku Syamil tidak memberi peluang kepada Adri bersuara menumbuk mukanya beberapa kali.

Nafas lembut dieluskan Meo."Kau tak tahulah yang Ammara menghilangkan diri?"soal Meo lagi.Adri menggelengkan kepalanya.

"Ammara hilang ke mana?"

"Tu semua orang pelik sekarang ni.Whatsapp,call semua orang tiada respon.Manalah Si Tengku tu tak gila,Ammara.Dah dekat dua minggu Ammara tak balik dan tak dapat dikesan."Meo memberitahu hal yang terjadi.Barulah Adri faham.Dalam hati tetap juga memaki Tengku Syamil kerana memukul dia sebelum menyoal siasat.Namun fikirnya tertangkap kejadian di rumah anak yatim yang berlaku kira-kira dua minggu lepas.'Takkan gara-gara aku.'Ketika dia berbual dengan Ammara,Tengku Syamil muncul.Tiada garisan senyuman menarik tangan Ammara pergi dari situ.

"Dorang bertengkar ke?"

"Eeee...Aku tak taulah bertengkar ke tak.Tak ada siapa yang tahu masalah dalaman dorang.Sebelum tu,aku tengok elok je.Tup.tup..Hilang.Hmm...Macam tulah kisahnya."

Adri tekun mendengar di samping memikirkan hal di rumah anak yatim tempoh hari.Dia tidak berhajat beritahu Meo yang kepoh.Silap-silap bertambah besar masalah Ammara dan suaminya.

"Sekali lagi,betul kau tak tau Ammara di mana?"Meo berterus-terusan menanya seperti Adri pula yang menyembunyikanny.

"Issshh...Sejahat-jahat aku Meo,aku tak sorok isteri orang."

****
Tengku Syamil tekun melukis potret isterinya dalam.Cara dia melepaskan rindunya dengan membayangkan Ammara melalui hasil karyanya.Manakala fail-fail yang dihantar oleh Meo tadi tidak lagi disemaknya apatah lagi emel.Jasadnya saja yang ada di pejabat tetapi jiwanya terbang jauh mencari Ammara.Segala kerjanya terabai sejak dua menjak ini hingga Meo mendesak untuk menyiapkannya.Itupun dia minta Kimi atau Tengku Amir menyemaknya.

"Tengku,Luna Latisya nak jumpa Tengku."Suara Meo berkumandang melalui interkom.

"Dia nak apa?"tanya Tengku Syamil bermalas-malasan.Dengar nama model itu pun sudah buat 'mood' nya ke laut.Tiada rasa minat untuk bertemu dengan Natasha kerana tiada kepentingan baginya.

"Just want say thank you.Tapi dia berharap ni,Tengku,"pujuk Meo.

"Hhmm...Okay."Tengku Syamil membalas.Dia menyambung melakar potret kesayangannya,Nur Ammara.Selang beberapa saat,Natasha muncul membawa buah tangan dalam kotak berjalan dengan penuh gaya seperti atas pentas peragaan.Tengku Syamil tidak memandangnya.

Natasha lantas duduk dan meletakkan kotak berikat reben di atas meja walaupun tidak dijemput.Tengku Syamil tetap berdiam dan tangannya laju melorek bahagian bibir isterinya.Natasha diburu rasa cemburu apabila Tengku Syamil tidak memandangnya langsung malahan menumpukan potret wajah Ammara.'Eee...Menyampahnya aku.'

Ehem...ehem...Natasha berdehem untuk menarik perhatian Tengku Syamil.Dia menggulung-gulung rambutnya dengan jari runcingnya.

"Ada apa yang boleh saya tolong Puan Luna Latisya?"Tengku Syamil bertanya tanpa memandang.Natasha terasa hati dengan kelakuan Tengku Syamil.Tengku Syamil telah banyak berubah berbanding dulu.Dahulunya,wajah anggunnya menjadi tarikan Tengku Syamil tetapi kini mahu pandang pun dia tidak lalu.

"You pandanglah I kalau nak bercakap.I tak selesa bercakap dengan orang yang tak bagi tumpuan pada I,"jawab Natasha mengada-ngada.Tengku Syamil pula tetap begitu.

"You yang datang nak jumpa I.So,cakap sajalah apa yang you nak cakap.I ada telinga,boleh dengar suara you bercakap walaupun mata I tak pandang you."

Natasha menarik muka menyampah dengan ucapan Tengku Syamil yang seolah-olah menganggap dia objek kaku yang tidak berguna.Sentap jantung hatinya.'Sombongnya kau,Tengku Syamil.'

Natasha membetulkan dress yang terbelah di tengah-tengah dadanya.Kaki disilangkan menampakkan paha yang menggebu melalu belahan dress seksi itu.Taktik yang selalu digunakan untuk menggoda Tengku Syamil suatu ketika dahulu.Tengku Syamil tidak hairan langsung.

Apabila tiada reaksi yang diharapkan daripada Tengku Syamil,Natasha menukar strategi baru menarik perhatian lelaki berhati beku itu."Cantik potret you lukis,"Natasha berpura-pura memuji.

Tengku Syamil mengangkatnya kertas lukisan tersebut lalu merenungnya di hadapan Natasha."Cantik sangat tapi lebih indah empunya badan yang asli.Sesiapa pandang pasti tergoda,"tambah Tengku Syamil memuji potret Ammara.

Natasha mencebik membuat muka menyampah."You nak buat I jealous ke apa?"

Tengku Syamil mengangkat mukanya mengerutkan kening yang tidak berapa tebal itu."Normallah seorang suami puji isteri sendiri.Apa yang you nak jealous pula?Suami you tak pernah puji you ke?"

Natasha mengeluh.Geram pula bercakap dengan Tengku Syamil."Whatever,Syamil.Tak sangka pula you golongan jutawan juga di Malaysia ni.Bukan dulu you kata you tak ada apa-apa ke?Macam mana you boleh jadi sekaya ni?"

"Itu dulu.Hmmm...Sebab apa you datang ke sini ni?"

"I datang bawa tart telur ni.Saja nak hadiahkan untuk you.You kan suka makan tart telur."Natasha menolak kotak cantik bereben kepada Tengku Syamil.Tengku Syamil memandang sepi ke arah kotak itu.Sikit pun dia tidak terliur.Kemudian,dia menolakkkan kembali kepada Natasha."Sebenarnya,I lagi suka tart telur yang isteri I buat.I tak makan tart sembarangan.Sorry."Tengku Syamil tidak mahu menerimanya padahal Amamra tidak pandai pun buat tart telur.Sengaja dia ingin mengapi-apikan Natasha yang jelas cemburukan Ammara.

Teringin di mencilikan mulut Si Tengku Syamil tetapi dia bersabar.Niatnya datang bukan untuk mencari gaduh.Dia mengatur langkah semakin lama semakin hampir dengan kedudukan Tengku Syamil.Wajahnya ditundukkan ke telinga Tengku Syamil."I am really missing you,Syamil."

Kening Tengku Syamil diangkat tinggi."Really?"kata Tengku Syamil diiringi tawa mengejek.

"Tasha.Tasha.Antara you dengan I dah tak makna rindu lagi.Rindu untuk you dah lama mati.Baik you balik lepaskan kerinduan kepada suami you daripada meluahkan rindu pada I."

Natasha tidak berputus asa.Dia tanpa rasa malu mendarat di atas riba Tengku Syamil dan memaut tengkuk bekas kekasihnya dengan rasa ghairah."Syamil,I memang rindukan you.You dah banyak berubah sekarang.I datang sini semata-mata nak jumpa you.I ambil job secara percuma gantikan Aurel sebab I nak dekat dengan you semula,"kata Natasha tidak berselindung.

"You tu bodoh.Tak ada orang suruh you buat kerja sia-sia."Tengku Syamil menempelak.Natasha buat muka mengada-ngada di atas ribaan Tengku Syamil.

Tengku Syamil tidak selesa dengan keadaan itu serta-merta menolak Natasha dari ribanya.Natasha terjelepuk di atas lantai membuat muka kasihan kepada Tengku Syamil."You ni memang tak tau malu ke?I tak ada masa nak layan rindu dendam you ni.Baik you keluar sekarang,"marah Tengku Syamil.Natasha tidak pernah berubah dengan sifat penggodanya.

Natasha bangun dan melirik rambut ke belakang."Kali ni you tolak I.It's okay,mungkin dah lama tak jumpa.Pasti you rasa kekok,lama-lama nanti you akan biasa semula."Natasha meraba-raba wajah Tengku Syamil dengan pandangan bernafsu.

Tengku Syamil menempeleng muka Natasha hingga terpusing ke sisi."Pervert.You keluar sekarang kalau you tak nak I heret you."Tengku Syamil naik menyampah dengan sikap mengada Natasha.Natasha memang bermuka tembok.Marah macam mana pun Tengku Syamil,dia tetap begitu.Dia melangkah dengan punggungnya terangkat-angkat menuju ke pintu.Sebelum keluar dia mengenyitkan mata gatal kepada Tengku Syamil.

****
"Abang jangan risaukan Ammara.Ammara sihat saja.Sampai masanya nanti,Ammara balik jumpa abang.Just give a time."Aku membaca kuat ayat-ayat yang ditulis oleh Tengku Amir dan dihantar secara curi-curi menggunakan telefon pintar aku.Nombor Tengku Syamil yang aku sekat dibuka kembali.Aku memandangnya tidak puas hati tetapi dia tetap berlagak tidak bersalah.

Ting...'Finally.Leganya hati abang Rara dalam keadaan baik.Rara,abang rindu Rara.Rara ada mana?Abang pergi ambil Rara.'Mesej yang dibalas oleh Tengku Syamil.Cepat-cepat aku mematikan telefonku agar Tengku Syamil tidak menelefonku pula.Aku merenung tajam kepada Tengku Amir yang bersiul-siul di atas buaian besi.Dia meminjam telefonku semata-mata untuk menyamar menjadi aku.'Eeee..Tak guna punya adik.'

"Ni kerja Amir kan?"Aku bertanya walaupun sudah tahu helah Tengku Amir.

"Ni yang send Whatsapp kepada Abang Syamil.Kak long tak send ni."Aku membebel sambil bercekak pinggang.Bukan dia tidak tahu masalah aku dengan Tengku Syamil.

Tengku Amir turun daripada buaian dan mendekatiku yang berpeluk tubuh menghadap kolam ikan koi mama.Aku memang suka melepak di laman mama ini kerana landskapnya berkonsepkan kehijauan flora dan fauna.Pelbagai pokok hiasan hujan ditanam di laman itu.

"Kak long,sampai bila?Kasihan kat Abang Syamil dah macam orang sasau.Tak terurus langsung,"kata Tengku Amir mengenangkan keadaan abang sepupunya yang serabai dan tidak bersemangat.

"Siapa suruh buat perangai?"

Tengku Amir menarik aku ke kerusi kayu yang dipotong daripada kayu balak aku rasa berhampiran kolam ikan koi itu.Seorang satu kerusi.Kamu duduk bertentangan.Mata dan kepalaku dihalakan ke dalam kolam memerhatikan ikan koi riang berenang-renang.

"Kak long,Amir cuma kasihan Abang Syamil.Kak long tak nak balik pun,at least beritahu dia yang kak long dalam keadaan sihat.Tak adalah dia risau sangat."Tengku Amir teringat kata Tengku Syamil.

Aku mendengus kasar.Aku tetap mendiamkan diriku.

"Kak long tenangkan fikiran dan balik bincang dengan Abang Syamil baik-baik.Kak long diam,masalah makin besar nanti.Amir pasti kak long akan jumpa jalan penyelesainnya.Just facing it."Tengku Amir menasihati aku.Ketika itu mataku mula digenangi dengan air mata lagi.Rasa terluka yang aku cuba elakkan.Aku tidak mahu sakit hati.Aku cintakan Tengku Syamil tetapi aku tidak boleh terima.

"Amir faham tak apa yang kak long rasa.Kak long takut nak dengar semua itu.Kak long takut kak long akan terluka.Dalam diam dia bersekedudukan dengan Tasha.Macam mana kak long tak sakit hati.Ini bukan main-main tau,Amir."

Tengku Amir memaut tanganku.Aku menunduk teresak-esak."Amir nak kak long dengar apa yang Amir nak cakap tentang Abang Syamil dan Tasha.Lepas kak long dengar,kak long nilai dan fikir sebaiknya."Tengku Amir ingin merungkai rahsia.Langkah terbaik supaya kakaknya tidak terus-menerus salah faham dan menyalahkan Tengku Syamil.

Aku memandang Tengku Syamil dengan mata yang berkaca."Amir tahu tentang Tasha?"

Tengku Amir mengangguk dan menggenggam tangan aku semakin kemas."Hmmm...Tasha masa silam Abang Syamil yang wujud lima ke enam tahun lepas.Mereka kenal di UK masa Abang Syamil belajar di sana.Memang kehidupan Abang Syamil bebas di sana tambah-tambah dia kenal Tasha yang memang dah sosial.Memang mereka tinggal bersama dalam tempoh perkenalan itu.Yang tu Amir tak nak ulaslah,baik kak long dengar sendiri daripada mulut Abang Syamil."Tengku Amir memulakan kisah walaupun dia serba salah untuk membuka aib Tengku Syamil tapi dia terpaksa.

"Then?What happen?"Semangat inkuiri ku kembali.Aku ingin tahu cerita selanjutnya.Kisah gelap suami aku yang aku tidak pernah tahu.

"Tasha nak kejar cita-cita jadi supermodel lalu tinggalkan Abang Syamil.Selepas itu,mereka tidak berhubung lagi dan Abang Syamil sememangnya dah lupakan dia pun.Cerita yang kak long dengar sekerat jalan tu,kisah lama yang Abang Syamil sendiri pun dah tak nak ingat.Amir tak nafikan hubungan mereka dah melampaui batas tapi itu dulu.Sekarang Abang Syamil dah tak macam tu.Dia memang berubah."

Semakin deras air mataku mengalir.Aku tidak tahu begitu jauh terpesong suamiku masa lalunya.Tapi layakkah aku menilainya kerana sejak mengenalinya tiada lagi sisi gelap itu.Aku mengenalinya sebagai Tengku Syamil yang aku kenal sekarang bukan seperti yang diceritakan oleh Tengku Amir.Kenapa harus disembunyikan hal itu?

"Tapi anak yang Tasha kandung tu..."Tertinggi pula suaraku sehingga Tengku Amir menekup mulutku.

"Shhhh...Jangan kuat sangat,nanti mama dengar.Mama dan nenda langsung tak tahu pasal Tasha dan Abang Syamil.Hanya Amir dan Kimi saja tau."

"So,anak tu macam mana..."tanya aku lagi.

"Yang tu memang Amir tak tahu.Kak long kena tanya Abang Syamil sendiri."

Aku menunduk berfikir.'Kalau ini cerita dulu,maksudnya anak itu mesti sudah besar.Maybe dalam 5 atau 6 tahun,'aku bermonolog dalam hati kecilku.

"Kenapa selama ini Abang Syamil tak pernah cerita kepada kak long?"

Tengku Amir menggeleng."Amir tak tahu.Mungkin Abang Syamil tak nak kak long rasa sedih dengan dirinya dulu.Hmmm..Amir tak pastilah.Sebab itu,kak long bersemuka dengan Abang Syamil.Dia saja yang boleh soalan-soalan kak long."Tengku Amir senyum kepadaku.

Sekali aku penasaran.Setiakah Tengku Syamil kepadaku?Banyak persoalan-persoalan timbul dalam otak aku saat ini.Haruskah aku berlapang dada dengan kisah silamnya?Bagaimana dengan Tasha dan buku Sejarahnya itu?'Arrghhhh...Aku tidak tahu.Bantulah aku.'

Haa..Amir dah cerita tu.Ammara nak terima ke tak TS ni?TS pun dah tak jadi kerja.Heehehehe

Share this novel

Roz Zana
2021-07-09 01:09:54 

mengada2 sgt rara ni merajuk. dgr la dulu suami nk explain. nanti sendiri yg menyesal kottt


NovelPlus Premium

The best ads free experience