Cik Puan Salina melemparkan beg tangannya ke atas tilam dengan wajah yang mencuka.Danial yang leka dengan telefonnya hairan.Cik Puan Salina menghenyakkan punggungnya di bucu katil dengan tangan disilangkan.Sakit hatinya dengan anak tirinya itu.Danial merangkak perlahan-lahan merapati Cik Puan Salina dan menyangkutkan dagunya pada bahu Cik Puan Salina.Tangannya melingkari pinggang ramping wanita yang berusia 47 tahun itu.Leher dan belakang telinganya dicium lembut oleh lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
"What happen,darling?Tarik muka semacam je.Siapa yang buat you marah-marah ni?"tanya Danial kehairanan.Sesampai saja dalam bilik hotel,Cik Puan Salina seakan-akan mengamuk.Bibirnya tidak berhenti singgah pada leher Cik Puan Salina.Walaupun tua,perempuan itu masih bergetah dan Danial tidak peduli tentang umur perempuan itu asalkan hajatnya tercapai.
Cik Puan Salina mendenguskan nafasnya."Apa you yakin yang orang suruhan you tu tak tinggalkan sebarang bukti?"Cik Puan Salina meluahkan kegusaran di hatinya.Beberapa malam dia memikirkan amaran Tengku Syamil kepadanya.Kesalahan yang dibuat bukan biasa-biasa malahan melibatkan kehilangan jiwa orang lain.
"Don't worry,dear.I dah banyak kali guna khidmat dia dan dia sangat teliti bab-bab menutup bukti.You tak payah risau,polis tak akan saspek kita.Melainkan you sendiri yang buka mulut,"kata Danial.Dia tenang dan yakin kerana ini bukan kali pertama dia membuat kerja-kerja begitu.Selain itu,dia sendiri yakin yang rancangan kes kemalangan itu sangat rapi disusun sehingga tidak meninggalkan satu pun klu.
Cik Puan Salina memalingkan badan menghadap Danial yang kelihatan agak menggoda hanya menyarungkan tuala.'Untung aku dapat anak ikan setampan ni.Maksudnya aku taklah kerepot macam Syamil cakap tu.Aku masih bergetah.Kalau tak,takkanlah Si Danial ni boleh sangkut dengan aku.'Cik Puan Salina berasa bangga kerana berjaya mengumpan lelaki sekacak Danial untuk dijadikan mainan pemuas nafsunya.
Cik Puan Salina berdehem apabila dia sedar dia terpukau seketika dengan keseksian Danial."Buat apa yang nak buka pekung di dada I?I bukan apa,I risau sebab Syamil dah mula siasat kes kemalangan tu.I takut ada bukti yang tertinggal.Semalam I ada ke hospital dan staf mereka kata polis dah dapatkan rakaman CCTV kat parkir tu."Gigih Cik Puan Salina ke hospital untuk dapatkan bukti CCTV namun dia terlambat kerana pihak polis telah mendahuluinya.Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan hal itu.
Danial tersenyum sinis dan tersangat tenang.Tiada riak cuak atau gementar."Rakaman video tu tak akan dapat membuktikan apa-apa sebab I dah plan baik punya.You jangan risau sebab pihak polis takkan syak kita pun.Syamil siasatlah macam mana pun,I yakin dia takkan dapat bukti."Danial tenangkan perempuan tua yang serba tidak kena itu.Dia sudah menjangkakan apa yang berlaku dan dia telah sediakan 'plan B' supaya mereka tidak tertangkap.
"You terlalu yakin?Apa you ada plan yang I tak tau?"soal Cik Puan Salina meragui Danial.
"Chill,darling.Nanti I cerita pada you macam mana kes tu berjalan.I yakin kes itu akan diklasifisikan sebagai kes kemalangan atau akan menjadi arkib yang tak selesai."
Cik Puan Salina mengukir senyuman lebar.Lega hatinya dengan jaminan Danial.Sebelum ini,segala perancangan Raimi yang uruskan tetapi kini dia sudah mempunyai Danial."Tapi I pelik,kenapa you benci sangat dengan Si Ammara tu?Apa yang dia dah buat?Dia tolak cinta you ke?"Cik Puan Salina ingin tahu tetapi soalannya berbaur cemburu.Mana boleh kalah dengan Ammara.
"I tak pernah ada hati dengan dia.I cuma nak balas dendam sebab dia dah buat I hilang orang yang I sayang.I nak dia rasa macam mana rasa kehilangan."Danial bercerita.Adri Watson mula terbayang dalam fikirannya.Dia kehilangan Adri kerana Ammara.
"Mesti girlfriend you kan?"
Danial tersenyum tidak menjawab persoalan Cik Puan Salina.Biarlah Adri Watson menjadi rahsia hatinya.
****
Aku leka membelek gambar-gambar Tengku Syamil zaman muda-mudanya dulu.'Memang sejak azali lagi suami aku ni handsome rupanya,'getus hatiku.Aku senyum seorang diri di laman belakang vila nenda.Haruman segar mawar-mawar nenda terasa segar.Sekebun mawar berwarna-warni kepunyaan nenda sangat indah dipandang.Aku menukar album foto yang lainnya,semuanya koleksi foto Tengku Syamil.
Uhuukk....Uhuukk..."Hmm..Kalau rindu video call lah.Kan senang?"suara Tengku Amir menyapa aku.
"Mana ada rindu.Kak long saja-saja tengok gambar ni.Nak tau juga bagaimana rupa Kanda Syamil zaman muda-muda."Aku berdalih.Sebenarnya aku segan ditegur oleh Tengku Amir tadi.Memanglah aku rindu,Tengku Syamil suamiku.Setiap hari aku tidak sabar menanti dia pulang dari kerja.
Amir mengambil tempat di kerusi batu hadapanku yang dipisahkan oleh meja batu bular berwarna hitam."Abang Syamil hero pujaan ramai kot masa dulu.Dia je yang jual mahal,takut market jatuh."
Kening aku diangkat setinggi-tingginya."That means,Abang Syamil banyak peminat?Berapa orang awek dia dulu?"Aku bernada cemburu.Jika dilihat pada paras rupa,tidak mustahil Tengku Syamil dahulunya seorang kasanova atau lebih tepat lelaki buaya darat.
Tengku Amir melepaskan ketawa."Peminat tu ramai tapi dia yang tak nak masa tu.Sorang awek pun tak ada.Zaman tu,Abang Syamil gemar bersendirian dan tak pedulikan pun gadis-gadis yang minat dia,"jelas Tengku Amir.Aku mencebik tidak percaya.
"Habis tu,Tasha?Datang dari celah mana pula?"Nama Natasha secara spontan keluar dari mulutku.Sebenarnya,aku telah lama terlupakan nama itu tetapi lidahku pantas menuturnya apabila Tengku Amir bercakap mengenai kekasih.
Tengku Amir mengalihkan pandangannya ke tempat lain seperti tidak ingin mempersoalkan tentang itu denganku.'Jika dia tidak nyatakan tentang Natasha dulu,aku tak akan tau pun perempuan bernama Natasha malahan Tengku Syamil juga tidak pernah menyebut tentang dia.'Jadi,sebelum ini aku menganggap Natasha tidak wujud lagi di hati Tengku Syamil.Cuma aku tidak faham kenapa setiap kali nama Natasha timbul,aku teringin sangat ingin tahu dan aku berasa iri hati.
"Amir,jawablah.Tasha tu siapa?Kak long pernah selongkar barang-barang Abang Syamil tapi kak long tak jumpa apa-apa."Aku mendesak.
"Amir tak boleh nak jawab tentang Tasha sebab Abang Syamil lebih layak untuk buka mulut.Kak long jangan risau,Tasha cuma masa lalu dia tetapi kak long masa kini dan hadapan Abang Syamil."Tengku Amir sedaya upaya cuba mengelak.Silap cerita,mahu perang besar kakak dan abang sepupunya malam ini.
"Amir yang mulakan kisah Natasha,so Amir tak boleh cerita sekerat jalan."
Tengku Amir menyedut udara dan haruman segar di situ."Masa tu Amir ingat kak long dah tau."Tengku Amir mempertahankan diri.Aku tidak puas hati dengan jawapan Tengku Amir.
"Amboi,rancak borak!Borak pasal apa ni?"Nenda pula muncul membantutkan siasatan aku.Tengku Amir nampaknya menarik nafas lega kerana dapat mengelak daripada menjawab pertanyaan aku.
"Amir cakap dengan Ammara nak bawa calon isterinya jumpa kita."Aku berbohong.Sengaja mahu kenakan Tengku Amir.Wajahnya jelas cuak dan pemerah pipi semulajadi merona di pipinya yang putih.Aku pura-pura tidak tahu renungannya padaku.'Haa..jawablah kau dengan nenda.'
"Betul ke,Amir?Elok sangatlah tu,Amir.Kamu tu pun bukannya muda lagi,umur kamu tu dah cukup matang nak beristeri.Tak payahlah tunggu lama-lama,"ucap nenda dengan gembira.Aku menutup mulutku geli hati apabila Tengku Amir mengerling kepada aku.'Marahlah tu.'
"Hissh..kak long reka cerita je,nenda.Amir ni calon pun tak ada,inikan pula nak bawa datang sini,"nafi Tengku Amir buat nenda sedikit kecewa.
Nenda menggoncang yang warnaya seperti air teh."Hmm...Kamu dengan Abang Syamil kamu sama saja.Nenda tak taulah,korang ni tak laku ke atau tak pandai nak bercinta.Tunggu umur kepala tiga,baru dapat jodoh."Nenda mengomel sambil menghidu air yang digoncang tadi.
"Nenda,tak payah terburu-buru soal cari jodoh ni.
Jodoh lambat pun bahagia apa.Buktinya,tengok Abang Syamil.Dia kahwin lambat pun dapat kak long yang cantik jelita ni.Amir tengok dorang bahagia je.Kak long kan?"Tengku Amir menghalakan soalannya kepada aku.Aku mengiakan saja.
"Haah la,nenda.Walaupun Syamil dah tua tapi Ammara rasa dia makin hot.Sebab tu Ammara terjatuh cinta pada dia."Beraninya aku mengaku di hadapan nenda tapi memang suami aku 'hot'.Mana-mana perempuan pun akan terpikat dengan Tengku Syamil lagi-lagi saat dia romantik.'Arghhh...mampu meleburkan hati yang beku.Akulah perempuan yang cair tu.'
Nenda menghulurkan botol 'shaker' 500 ml yang digoncang tadi kepada aku."Hot tak hot.Nah,ambil minum air campuran air akar kayu ni!Nenda reneh tadi.Baik untuk kesihatan dalam dan kuatkan rahim tu.'
OMG...'Ini yang aku tak nak.'Aku meneguk air liur menyambut botol itu.Tengku Amir mengekek ketawakan aku.Dia tahu aku terpaksa menelan air akar kayu yang pahit itu.Sekarang pun,aku sudah dapat rasa pahit dan kelat pada lidahku sedangkan aku tidak minum pun lagi.
"Hmmm...Nenda,air ni kelat.Memang wajib minum ke?Lagipun Ammara rasa dah sihat,"kataku yang mahu mengelat.
Nenda mengerling kepadaku."Haaa...kelat tu ubat.Ni air campuran buah pakma dengan beberapa herba terbaik.Sangat elok untuk orang yang keguguran untuk kuatkan pulihkan rahim.Walaupun rasa sihat,kesihatan dalaman tetap kena jaga terutamanya rahim.Haa...minum sekarang."
Dengan terpaksa aku teguk juga air itu.Nafasku tahan manakala hidung aku tutup sehingga habis air dalam botol itu aku telan.Setelah itu,aku merebut air mineral di tangan Tengku Amir lalu aku teguk dengan laju.Nenda dan Tengku Amir ketawakan aku.
****
"Tadi kan masa di rumah nenda,Rara tengok gambar lama abang."Aku memulakan titik perbualan ketika Tengku Syamil khusyuk dengan komputer ribanya.Dari tadi,hati aku tidak keruan kerana gerangan yang bernama Natasha.
Tengku Syamil mengintai aku disebelak komputernya."So,abang handsome tak muda-muda dulu?"soal Tengku Syamil.Tidak sangka pula dia akan bertanya aku soalan begitu.
Aku menongkat daguku dengan tanganku."Tak adalah teruk sangat tapi sedaplah mata memandang."Aku berbasa-basi.Malas aku mahu memujinya lebih-lebih,kelak terperasan sendiri pula.
"Sayang nak tengok abang lagi handsome tak?"
Pertanyaan Tengku Syamil menghairankan aku?'Bila masa dia tak handsome?Ada zaman yang lagi handsome ke?Plastic surgery ke?OMG..Takkan suami aku buat plastic surgery.'Fikiran aku jauh terpesong mengenai suamiku.
Tengku Syamil memusingkan skrin komputer ke arah aku.Gambar-gambar dia ketika belajar di luar negara dahulu dan kebanyakan gambarnya bersama Kimi,kawan baik yang selalu ulang-alik jumpa Tengku Syamil di pejabat.Aku pun tidak tahu apa pekerjaan Si Kimi itu.Itu adalah.foto ketika dia berusia dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun.Aku membuka satu-satu fotonya,mungkin ada terselit sejarah dengan Natasha.'Argh...Kenapa aku nak tau sangat ni?'
"Semua gambar abang,Kimi dan Amir saja.Tak ada orang lain ke dalam hidup abang?"Aku menyoal.
Tengku Syamil teringat sesuatu dan mengambil kembali komputer ribanya."Haaa..Ada-ada.Kejap abang tunjukkan."Aku berdebar-debar menanti apa yang bakal ditunjukkan kepada aku.Apakah aku mendapat jawapan yang aku kehendaki?Aku penasaran.Dia memandang aku dan skrin komputer berselang-seli dengan muka yang cuak.
"Rara datanglah duduk sebelah abang.Kalau Rara tengok jangan marah abang okay.Ini rahsia abang dan tak ada siapa pun tau."
Aku tidak membuang masa pergi ke kerusi di sebelah.Terpapar folder yang tertulis 'My Love' buat jantungku berombak.Dia berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku.Semakin pantas detakan jantungku.Kalaulah ada gambar mesra dia dengan Natasha,aku juga yang akan kecewa.Menyesalnya aku bertanya di mana akhirnya aku sendiri akan kecewa.Lebih baik aku tidak tahu.'Menyesalnya!!!'
Aku klik folder tersebut dan aku buka fail gambar pertama dengan rasa tidak tentu hala.Terpampang gambar aku di skrin tersebut dan jari-jari aku menekan dan menekan lagi papan kekunci melihat gambar seterusnya sehingga foto terakhir.Koleksi foto tersebut semuanya gambar yang diambil secara curi-curi.Aku tidak pernah tahu masa bila ianya ditangkap tetapi yang aku tahu semua itu ketika aku ada bersamanya.'Selama ni,dia curi-curi ambil gambar aku.Liciknya.'
Aku mengangkat keningku berkali-kali untuk mendapatkan penjelasan.Tengku Syamil tersengih-sengih menggaru hujung keningnya."Actually,abang dah mula rakam gambar sejak Rara interview minta kerja lagi.Selagi ada shot yang cantik,abang tak lepaskan peluang curi gambar Rara."
"Untuk apa abang simpan gambar Rara banyak-banyak ni?Abang ni dah kira mencuri tau,Rara boleh saman abang."Aku buat-buat garang sedangkan melodi cinta sedang bermain dalam hatiku.Mustahillah aku marah suami aku sendiri yang telah lama menyimpan perasaan kepadaku.Memang aku terkesima tetapi aku bangga kerana tidak sangka suami aku gigih mengumpul koleksi gambar aku.
Tengku Syamil menggenggam tanganku.Si Penjenayah Cinta yang cuak apabila rahsia terbongkar ditambah dengan aku yang sedikit pun tidak mengukirkan senyuman.Telapak tangannya aku rasa sejuk."Abang bukan nak mencuri tapi dari mula jumpa Rara,hati abang ni bagai dipanah asmara.Sana sini abang nampak Rara je.Jiwa abang ni meronta-ronta nakkan Rara.Gambar ni abang ambil untuk lepaskan rindu walaupun dulu Rara ni boleh tahan bekeng dengan abang.Dulu,inilah teman abang sebelum tidur.Hmm..Sayang marah ke?"Tengku Syamil teragak-agak.'Haaa..Tau pun takut.'Pengakuan yang mampu buat aku tidur dalam senyum malam ini.'Alahai Syamil,why you so cute?'
Aku kekal bereaksi serius."Abang tau tak apa yang abang buat ni salah besar?Ambil gambar Rara tanpa kebenaran Rara dan buat koleksi abang."
Ketika itu Tengku Syamil menunduk.Dia tahu dia bersalah tetapi semakin dia nafikan,semakin tinggi keinginan dia untuk memiliki Ammara."Abang tau abang salah.Masa tu abang hanya mampu mengejar bayang-bayang Rara saja.Tak dapat Rara,dapat tengok gambar pun jadilah.Sebab tu abang curi-curi tangkap foto Rara."
Betulkah apa yang aku dengar?Sekian lama Tengku Syamil cinta dalam hati terhadap aku.Aku saja yang tidak perasaan.
"Salah abang bukan setakat curi gambar saja,abang dah curi hati Rara sekali."
Tengku Syamil yang tadinya menunduk bersalah mengangkat mukanya memandang aku.Aku sudah semestinya memberikan senyuman yang paling lebar dan manis.Manakan tidak aku tersenyum hingga ke pipi,ada seorang lelaki yang mencintai aku sedalam itu.Sejujurnya aku sangat bahagia.
"Rara tak marahkan abang kan?"Keikhlasan dari anak matanya buat aku terpesona.'Kenapa aku rasa dia naif malam ni?'
Aku menyantuni kedua-dua pipinya."Rara tak marahkan abanglah.Cuma Rara nak tau sesuatu."
"Apa?"
"Abang gunakan foto Rara untuk apa lagi?Maksud Rara,mungkin abang..."Aku angkat kening ala-ala Ziana Zain.
Tengku Syamil menggeleng kepala.Dia faham apa yang aku maksudkan."Rara ingat abang pervert sangat ke nak buat modal melancap tapi kalau termimpi tanpa sengaja tu ada.Tapi tu kan mimpi,mana abang sedar masa tu.Bangun-bangun pagi dah basah,"kata Tengku Syamil tidak berlapik.Aku mencuit pipinya.
"Abang ni tak cakap tak pandang kiri kanan kan?"
"Sayang,dalam rumah ni kita berdua saja.Tak payah pandang kiri kanan sebab mata abang akan terpaku pada Rara saja."
Huh!!!'Sudahlah dengan pick up line,Syamil.Nanti aku makin hanyut."
****
Aku berjalan-jalan di sekitar Pavilion menemani nenda membeli-belah.Bosan duduk di rumah,dia mengajak aku bersiar-siar cuci mata.Aku mestilah tidak lepaskan peluang kerana dua minggu aku terperap di rumah.Esok aku akan mula bekerja semula setelah doktor mengesahkan aku sihat sepenuhnya.Leganya rasa.
Aku tidaklah berniat untuk membeli apa-apa memandangkan harga barangan dalam 'mall' itu memang kayangan.Walaupun aku mampu membelinya tetapi aku memilih untuk makan angin melepaskan gian semata-mata.Ketika aku merayap di luar butik Coach yang nenda singgah,mataku terpandangkan sebuah butik keperluan bayi dan kanak-kanak.Dari cermin lutsinar itu,aku perhatikan sepasang suami isteri semangat mencari keperluan yang bakal lahir aku kira.Tidak semena-mena telapak tangan aku mendarat atas perut yang berlapik fabrik yang aku pakai."Adik,"bisikku sendiri.Sayunya aku rasakan kerana aku tidak sempat merasa momen-momen indah itu.Aku dan Tengku Syamil tidak sempat mempersiapkan barang-barang bayi untuk anakku seperti pasangan itu.Air mataku mula bertakung tanpa aku minta.Aku teringin menikmati saat-saat indah yang itu tetapi aku telah sia-siakan.
"Ammara,"panggil nenda dari belakang.Aku tersentak dan serta-merta mengelap air mataku tadi.Malu rasanya aku teremosi di tempat awam.Nenda memandang wajahku."Ammara,nenda faham apa yang Ammara fikir.Jangan sedih-sedih,nanti adalah rezeki Ammara dan Syamil."
"Ammara cuma rasa terkilan sebab tak sempat rasa semangat membeli barang-barang baby."Aku meluahkan rasa sesalku tetapi air mataku sudah berhenti mengalir.
Nenda menyentuh pipiku."Be strong,dear.Allah sebaik-baik perancang dan nenda percaya Allah akan gantikan anak yang lain untuk Ammara cuma perlu bersabar sikit saja.InsyaAllah,akan tiba masa tu.Jangan sedih ya,"pujuk nenda.Aku mengangguk.
Nenda merangkul lenganku sambil berjalan.Aku mengikut rentak langkahnya saja."Nenda bawa Ammara shopping sebab nenda tak nak Ammara sedih.Nenda tau Ammara bosan duduk di rumah dua minggu.Sebab tu nenda minta dengan Syamil nak bawa Ammara sekali.Bolehlah kita pergi spa,release tension."
Aku tersenyum semanis mungkin.Aku tidaklah begitu rapat dengan nenda tetapi seminggu bersamanya,aku tahu dia seorang nenek yang sangat penyayang.Dia melayanku dengan baik sekali dan terlalu mengambil berat tentangku.Oleh sebab itu,aku selesa meluah segala isi hati dan perasaan aku kepadanya tanpa rasa kekok.
"Baiklah,nenda.Maafkan Ammara,teremosi sekejap tadi."
Kami beriringan serentak berjalan sambil berbual tanpa mempedulikan orang sekeliling."Itu perkara biasa yang dialami seorang perempuan.It's okay.Take a chill and enjoy our day.Jom,nenda belanja Ammara.Pilih Ammara nak apa?Baju?Handbag?Perfume?Jam tangan?"Nenda bersungguh-sungguh menarik lenganku ke bahagian pakaian wanita.
****
Meo membetulkan kolar kemejanya walaupun dalam keadaan elok.Tengku Syamil merenungnya dari mula dia melangkah masuk sehingga kini mereka duduk bertentangan mata.Tidak keruan Meo dengan renungan itu.Berkali-kali dia menelan air liur mengawal rasa takut.'Apa salah aku kali ni?'Dia tidak tahu mengapa dia dipanggil tiba-tiba.
Setelah beberapa minit,Meo membuka mulut memulakan bicara."Tengku nak tenung saya berapa lama?Kalau tak ada yang penting,saya nak keluar dulu."Meo tergagap-gagap meminta kebenaran supaya dapat melepaskan diri.
"Apa yang awak tau tentang Danial?"Tengku Syamil menyoal dengan serius.
Meo mengerutkan dahinya memandang hairan kepada Tengku Syamil."Danial pemilik kelab malam ekslusif tu ke,Tengku?"
"Yup.Do you know about him?"Ringkas Tengku Syamil menjawab pertanyaan Meo dengan menyoalnya kembali.Meo berfikir seketika cuba-cuba mengingati tentang Danial tetapi agak kabur.
"Hmmm...Err...Saya tak kenal sangat dia.Yang saya tau dia antara pemilik pusat hiburan terbesar di Malaysia.Tak silap saya juga,dia dah bercerai dengan isteri dan anak-anaknya,"kata Meo.Agak aneh soalan Tengku Syamil kepadanya.Dia mula teringatkan Ammara apabila nama Danial disebut oleh Tengku Syamil.Hal ini kerana,kali terakhir dia mengambil tahu pasal Danial semasa dia menjalinkan hubungan dengan Adri.
"Selain daripada tu?Rangkaian kawan-kawan dia?Apa yang dia buat?Pernah bunuh orang tak?"
Terlopong Meo dengan soalan akhir Tengku Syamil.'Danial ada bunuh orang ke?Apa kaitan dengan aku?'Meo mula gelisah takut dijadikan kambing hitam sedangkan dia tidak tahu apa-apa kegiatan Danial."Bunuh-bunuh orang ni saya tak tau,Tengku.Sumpah saya tak berapa kenal dia."Meo mengangkat tangan.
"Habis tu,macam mana awak boleh kenal dia?Macam mana awak tau dia ada isteri dulu?"
"Saya kenal dia sebab lepas saya putus dengan Adri,dia couple dengan Danial.Adalah kawan bercerita tentang Danial tapi saya tak ambil port sangat sebab saya tak berminat,"terang Meo.Dia masih tertanya-tanya motif Tengku Syamil menyoalnya.'Jangan cakap Tengku minat dengan Danial pula.'
"Hmm..tak mengapalah macam tu.Awak boleh keluar,"arah Tengku Syamil.
"Kalau Tengku nak dapatkan maklumat tentang dia,saya ada kawan yang mungkin boleh tolong."Meo menawarkan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti tujuannya.Lantas,dia menyerahkan kad nama sahabatnya kepada Tengku Syamil sebelum beredar.
****
Dengan rasa gembira dan berkobar-kobar aku mendarat kembali di meja kerjaku.Tidak sabar aku menanti Kak Nani dan Meo masuk ke dalam pejabat.Mesti mereka terkejut.Aku menyusun fail-fail di atas mejaku yang diterajui oleh Meo sebelum ini.Kemas juga kerja Si Meo.Patutlah Tengku Syamil lebih suka dia gantikan aku daripada cari pengganti yang lain.
Ting...Ting..Notifikasi Whatsapp masuk.Aku senyum simpul membacanya.'Welcome back my lovely secretary.Ada masa free,masuk ke bilik abang.Nak lepaskan rindu.I love you my sweetheart.'Titipan manis daripada Encik Suami yang mula kerinduan dan kerisauan akan isteri yang disayangi.Bahagianya.
Tidak sempat aku menaip,dia menghantar lagi kiriman yang lain kepadaku.'Come to my room and give me your morning kiss.This is order!!Urgent!!'
'Mengadanya suami aku sorang ni.Nasib baik sayang.'Aku bangun lalu masuk ke biliknya.
Bukan main tersenyum lebar dia melihat seorang Ammara muncul di dalam biliknya."Yes,Tengku.Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"Aku berlagak seperti setiausahanya sedangkan aku tahu kenapa dia memanggilku ke dalam.Aku bersedia dengan tab untuk mencatat kononnya.
"Come on,sayang.Jangan skema sangat boleh tak bila kita berdua-duaan macam ni."Tengku Syamil datang dekat dengan aku.Aku mengemam bibirku.Tab pada tangangku diletakkan atas meja.Dia mendorong aku rapat ke tubuhnya lalu mendakap pinggang aku dengan erat.Bibirnya hampir singgah mengucup bibirku namun aku elak.
"Abang,kita kat office sekarang.So,behave yourself.Nanti orang nampaklah kita macam ni.Malulah."Aku memberi alasan selogik yang mungkin.
"Tak ada orang yang akan nampak.This is my room.Nobody can come into my office room without my permission."Dia mula menggatal menjelajah leherku yang terdedah.Aku biarkan saja.Tak ada guna aku melawan Tengku Syamil yang manja tidak kena tempat.'Mentang-mentang dia bos.'
Dia muncungkan bibirnya seperti merajuk apabila aku tidak memberi tindak balas yang sepatutnya."Tahu tak,abang rindu Rara.Please,give me your morning kiss,"pintanya dengan suara manja yang dibuat-buat.Konon-kononnya kurang kasih sayang.'Arrghhh...Syamil!!!'
"Okay,kalau Rara bagi morning kiss abang,janji yang abang akan lepaskan Rara sambung kerja?"Aku menuntut janji.Bukan boleh percaya tahap kemiangan Tengku Syamil jika hormonnya meningkat.
"Promise but give me your kiss first,"kata Tengku dengan mata miangnya menatap rekahan bibirku yang dioles dengan lipstik berwarna merah jambu neutral.Dia memuncungkan bibirnya.Layankan saja kehendak Si Suami.Bebola matanya dikatup dengan kelopak mata menanti ciuman daripada aku.'Chup'.Sekali saja aku menciumnya lalu aku ingin melepaskan tangan di pinggangku tetapi gagal.
"Ini bukan kiss yang abang nak."Tengku Syamil dengan rakus menyatukan bibirkan kami tanpa memberi isyarat kepadaku.Bibirku digigit manja dan dikemam lama.Aku kehilangan nafasku.Lemas.Pada masa yang sama,aku menikmatinya.
Setelah puas,Tengku Syamil melepaskan aku dengan senang hati.Sengihan nakalnya menggambarkan dia telah berjaya memenuhi keinginannya."Okay,seperti yang dijanjikan,sayang boleh sambung kerja,"katanya dengan nakal.Dia bertenggek pada bucu meja memandang aku yang kalut mengelap bibirku dengan tisu.Lipstikku sedikit comot perlu aku bersihkan sebelum keluar.Malulah aku kalau mahkluk Tuhan paling seksi dua orang itu nampak aku.Kecoh sepejabat nanti.
"Siap abang.Nanti Rara akan balas.Wait and see.'Aku memberi amaran.
****
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!"Bingit telinga aku mendengar jeritan Kak Nani dan Meo yang menggamit kesunyian pejabat.Kak Pah juga bergegas masuk ke ruangan kerja dengan cemas.
Mereka berdua berlari-lari anak mendapatkan aku macam tidak pernah jumpa aku setahun.'Over daripada Kak Pah gelagat mereka.'Kak Nani memeluk aku manakala Meo menggigit jarinya sambil terlompat-lompat kecil.
"Babes,kau dah masuk kerja?Tengku tak ada cakap apa-apa pun pasal kau masuk kerja semula,"kata Meo terkinja-kinja kegembiraan.
"Ala..aku yang tak bagi Tengku Syamil kecoh-kecoh aku nak masuk kerja.Aku nak suprise kan korang,"ucapku dengan riang.Awal-awal lagi aku minta Tengku Syamil tutup mulut supaya mereka tidak tahu.
Kak Pah juga datang kepadaku dengan senyuman."Alhamdulillah,Ammara dah sihat.Seronok Kak Pah tengok."
"Syukur,alhamdulillah.Allah masih bagi peluang kepada saya untuk bernafas lagi,Kak Pah."
"Haaa..apa kata kita sarapan sama-sama.Aku ada belikan kuih.Kau buat kopi macam biasa.Kak Pah jangan nak mengelat.Sarapan dengan kami dulu baru sambung kerja."Meo mengajak.
"Yalah.Kak Pah ambil bekal dulu."Kak Pah beredar dari situ.Kak Nani dan Meo mengheret aku melepak di mejaku.'Meja aku juga sasaran melepak diorang.,'
"Syukur Ya Allah,kau dah kerja balik.Tak sabar aku nak bagi serahkan tugas kau kepada tuan empunya badan.Dalam banyak-banyak kerja kau,buat kopi je aku tak pandaj buat macam kau.Lelah aku nak tepati citarasa tekak laki kau.Nak kopi sama macam kau,memang jauh panggang dari apilah jawablnya."Meo berdecit.
"Yalah,Ammara.Ada sekali tu Tengku bad mood minta Si Meo buat kopi berkali-kali.Tak sama rasa katanya dengan kopi kau.Adoiii.Then,aku yang kerja mengira nombor-nombor pun kena buat kopi juga.Matilah nak buat sama macam kau.Lepas ni,kau kena tinggal formula air kopi kau kat kitorang.Senanglah nanti kau cuti,kitorang boleh buat kopi sebiji macam kau,"sokong Kak Nani.Aku tergelak kecil.
"Belajar-belajarlah buat kopi ala Ammara ya.Rindu nanti senang,buat sendiri je.Nanti aku tampal memo besar-besar tinggal kat pantri.Semua orang guna resepi aku."
"Eh,kau ada cermin tak,Meo?"tanyaku.Sementara menanti Kak Pah sampai,aku ingin membetulkan solekan aku lagi-lagi bahagian bibir yang dikucup rakus oleh Tengku Syamil.
Meo mengangkat tangannya."Hello,I dah lelaki sekarang!Sorry,I dah tak bawa cermin ke mana saja,okay.Tak macho lah,"kata Meo dengan berlagak.
"What the hell are you talking about?Baru berapa bulan aku tak ada,macam-macam perubahan yang berlaku.Jangan main-mainlah.Meh sini aku nak pinjam sekejap."Aku tidak percaya dengan kata-kata Meo.
"Tak percaya pula.Tengok aku jalan dah tak kepitlah.Haaa...gitu.."Meo 'bercatwalk' di hadapanku dengan yakinnya.Jika benar Meo ingin berubah,aku turut bersyukur dan mendoakan segala yang baik untuk dirinya.Sebagai kawan aku gembira dengan khabar ini.
****
Tengku Syamil menggeliat-geliat di hadapan pintu bilik air usai bersihkan diri.Dia sekadar mengenakan tuala putih untuk menutup bahagian pinggang ke bawah.'Super sexy.'Kemudian,dia berdiri pula di hadapan cermin menayangkan kesasaan tubuhnya yang menonjolkan 'six pack' pada bahagian perutnya.
Aku perlahan-lahan mendakapnya dari belakang.Kesejukan tubuhnya dapat aku nikmati sebaik kulit kami bersentuhan.Sengaja aku mengenakan baju tidur yang terdedah di bahagian dada dan paha."Hmmm..hangatnya,sayang,"kata Tengku Syamil.Aku menghidu aroma mandian yang dipakai oleh Tengku Syamil.Sangat wangi dan berbau maskulin.Aku terpesona dan tergoda.
Aku memimpin tangannya ke ranjang kami.Tubuhnya aku tolak terlentang di atas katil lalu aku menindihnya."Wooo...Sayang buat apa ni?"tanya Tengku Syamil dengan suara yang bergetar.
"Saja.Gesel-gesel dan gosok-gosok.Tak boleh."Aku berbisik tetapi masih dapat didengar jelas.Terbeliak mata Tengku Syamil waktu aku ungkapan ayat itu.Cepat-cepat dia menarik bantal menutup bahagian dadanya.Lucu sekali perbuatannya.
"Rara,ini bukan waktu yang tepat untuk kita..."
Chupp!!Aku menangkap bibirnya sepertimana dia lakukan aku di pejabat tadi.Dia tidak melawan malah membalas.Tapak tangannya mengusap belakangku berulang kali dengan lembut.Aku senang keadaan itu.Tidak lama kemudian,dia melepaskan aku dan mengalihkan aku turun dari tubuhnya.Dia tercongok di tepi katil berfikir sejenak.'Bahaya ni.Lama-lama macam ni mau aku terkam Si Rara ni.Janganlah goda abang,Rara.'
Aku tidak berputus asa menggodanya sekali lagi.Biasanya dia dengan senangnya akan jatuh ke dalam perangkap aku.Tanganku pula melekat di pinggangnya.Terasa lipatan 'six pack' pada perutnya yang berketul-ketul ototnya.Kali ini,belakang telinga menjadi mangsa ciuman aku.Bulu romanya kian menegak dan dia menggeliatkan badannya.'Syamil wake up.Isteri kau tak habis lagi pantang.'
"Stop,sayang.Rara jangan goda abang macam ni,takut abang tak mampu tahan."
"Tak tahan teruskanlah.Rara kan isteri abang,halal untuk abang lakukan apa saja."
"Ya,abang tau halal.Tapi sekarang ni tak sesuai lagi untuk kita bersama,Rara.Badan Rara baru nak sihat elok.Bagi ruang untuk badan Rara berehat.Sayang baru dua minggu jalani proses D and C.Berehatlah."
Tangan nakal menjalar pada tualanya tetapi ditahan olehnya.Nafasnya juga tidak keruan tetapi sedaya upaya dia mengawalnya agar dia tidak terlanjur."Ya,tapi doktor cakap Rara dah okay.Dah sihat sepenuhnya.Siap boleh plan untuk dapatkan baby."
"Not now,sayang.Opah dah pesan abang kena puasa sebulan.Dalam masa terdekat ni,abang tak nak Rara pregnant lagi."Lembut budi Tengku Syamil menolak karenah aku.Aku melepaskan rangkulanku dan duduk bersimpuh di atas katil.Aku menarik muka tidak puas hati.
"Rara,jangan marah abang.Ikutkan hati abang,sekarang juga abang dah terkam sayang tetapi demi kesihatan sayang,kita hold dulu ya.Memanglah doktor cakap boleh tapi tidak digalakkan."Tengku Syamil berhati-hati agar isterinya tidak terguris hati.
Aku mencebikkan bibirku."Tak boleh la ni ya?"Aku pura-pura tanya.
"Nope."Sepatah Tengku Syamil menjawab soalanku.Aku tidak memberi sebarang respon namun aku perhatikan belakang.'Kuat juga iman abang menepis godaan Rara.Dalam tak nak,abang layan juga tadi.'Dia memalingkan badannya kepadaku yang menyimpulkan senyuman.'Alamak,kantoi!'Tengku Syamil pelik aku tidak kecewa mahupun sedih sebaliknya aku tersenyum seorang.
"Rara senyum apa?Ada yang lucu ke?"
"Abang ni kira hebat jugalah sebab boleh tahan daripada tergoda dengan Rara."
Tengku Syamil melepaskan tawa kecilnya."Tak juga.Abang hampir tersungkur tadi.Siapa tak tersungkur dapat isteri cantik dan seksi macam Rara?Rara pula seolah-olah memberi light green,bergetar lutut.Haissshhh...sabar jelah."Tengku Syamil mengeluh di hadapanku.Mencuit hati sungguh Si Jejaka tampan ini.Lututnya ditumbuk-tumbuk dengan tangannya.'Yes,misi aku berjaya.'
"Abang tau tak,Rara saja nak uji abang.Nak balas dendam yang pagi tadi.Kan Rara dah kata nak balas."Aku menutup mulut supaya gelakku tidak nampak.Suamiku mempamerkan mimik geram.
"Rara ni saja nak seksa batin abang.Okay,fine."Tengku Syamil bingkas bangun lalu menolak aku baring.Kini giliran dia naik ke atas tubuhku.Tanganku dikunci kemas sehingga aku tidak dapat bergerak.Senyum nakal aku ukirkan saat berlawan pandangan mata dengannya.Matanya tidak dapat menyembunyikan keinginannya yang sangat membara.
"You are damn sexy,Rara.Tapi Rara boleh tarik nafas lega sebab Rara terselamat hari ni sehingga tiba waktunya.Masa tu,Rara tak akan terlepas daripada cengkaman Tengku Syamil.Remember that."Tengku Syamil memberi peringatan kepadaku.Kemudian,dia beredar dari situ ke bilik persalinan bersiul senang hati.
Miss J ingat nak publish semalam.Edit2 sikit,terlelap pulak.Sorry guys..Next chapter hari Sabtu ya. Rara saja nak buli TS.Saja kan..:-)
Share this novel