Bab 4 : Rindu

Romance Series 697932

Tengku Syamil termenung balkoni menikmati panorama bandar Kuala Lumpur pada waktu malam.Asap rokok yang disedut dihembus keluar.Dia bukanlah perokok tegar tetapi dia akan merokok apabila jiwa dan perasaannya kacau.

Sungguh kacau jiwanya tika ini.Wajah Ammara kerap bermain di matanya.Sejak bertemu dengan Ammara,Tengku Syamil merasakan jiwa kosongnya kembali terisi.Senyumanya,gelagatnya,keletah dan karenah Ammara mencuit hatinya.Luka lima tahun lalu terubat sedikit demi sedikit.Natasha terus lupus daripada memoriya.

'Apakah perasaan ini?Adakah aku menyukai Ammara?'

Tengku Syamil menghembus asap yang terakhir.Baginya sudah memadai menghisap sebatang rokok untuk melepaskan stres.Emosinya terganggu akibat pertunangan Ammara dan Adri Watson.

Tidak lama kemudian,dia masuk semula ke dalam bilik.Dia mengeluarkan komputer riba,kemudian mendarat di atas katil.Tengku Syamil keluarkan bungkusan kemas yang diserahkan oleh Kak Pah beberapa hari lepas.Disebabkan memikirkan Ammara,Tengku Syamil terlupa memeriksa apa yang terakam dalam video kamera tersembunyi tersebut.

Dia mengeluarkan kad memori daripada kamera tersebut.Terdapat satu video tersimpan dalam galeri.Pantas jari Tengku Syamil membuka fail video itu.

Tengku Syamil terkejut bukan kepalang tatkala menonton video tersebut.Dia memejamkan mata.Wajah Si Pelaku jelas terpampang pada awal-awal video diputarkan.

"Ammara."Keluar nama setiausahanya daripada mulut Tengku Syamil.

****
"Eee...bencilah macam ni.Tak suka.Tak suka buat kerja macam ni."Meo mengomel seorang diri memandang komputernya.Dia meraut rambut pendeknya ke belakang.Bengang dengan kecuaian sendiri.Semalam dia terlupa menyimpan fail yang dibuat kerana terlalu memikirkan Ammara.

Kak Nani pandang dari meja kerjanya."Apa yang kau benci sangat tu?Kalut semacam je kau ni."

Meo bangun dan berjalan 'cat walk' ke meja Kak Nani yang memegang jawatan sebagai akauntan di situ.Kerusi roda ditarik dan dia duduk menyilangkan kaki di hadapan Kak Nani.Bibirnya dimuncungkan."Kak Nani...Aku tak save design banner yang aku buat untuk promosikan hotel kita.Matilah aku nanti.Kalau Tengku minta tak ada,masak aku."Meo gelisah.Kakinya dihentak-hentak.

"Apa susah?Kau tempah saja banner dan kau suruhlah dorang design.Kau pun tak payah susah-susah nak fikir.Tengku tanya,kau jawablah dalam proses.Settle masalah."Kak Nani memberi cadangan.

"Aku dah menyerahkan jiwa dan raga aku buat design tu.Meletop pulak tu.Penat tau macam ni."Meo mengadu kepada Kak Nani.

"Ikut kaulah,Meo.Aku dah bagi cadangan tak nak dengar.Yang senang ade kenapa nak fikir benda susah?Hidup ini kan ada pilihan."

Meo bangun pula.Memang tak boleh duduk diam seorang Meo ni.Dia berdiri di sisi Kak Nani.Selamba saja dia mencubit pipi tembam Kak Nani."Alaaa...Aku nak manja dengan kau.Nak mengadu domba.Kaulah satu-satu manusia yang ada dalam office ni sekarang."

Pannnggg!!!!

Mata mereka terarah ke sudut hujung pejabat mereka apabila terdengar bunyi hentakan kuat.Aidil kegelisahan.Mundar-mandir di mejanya seperti mencari sesuatu.Mukanya sangat gelisah.

Meo mencuit bahu Kak Nani dan berbisik kepadanya."Kenapa dia tu?"Kak Nani menggelengkan kepala.Masing-masing tidak tahu dan hairan.Biasalah,Aidil sangat pendiam dan tidak bergaul dengan mereka.Tiba-tiba,dia kelihatan seperti lipas kudung.Siapa tak hairan?

"Depresi kot.Kau tanyalah kenanpa tu."Kak Nani berbisik semula kepada Meo.Tingkah Aidil membongkar lacinya mencurigakan.

Ehemmm...Ehemm...Meo membetulkan tekaknya."Encik Aidill oiii...Mengamuk ke?"

Pertanyaan Meo tidak dijawab oleh Aidil.

"Encik Aidil ooiii...Kalau ada masalah ceritalah kat kitorang ni.Kitorang boleh dengar."

Aidil datang ke meja Kak Nani.Dia menghempas buku di atas meja Kak Nani dengan kuat.Terkejut mereka berdua dengan tindakan keras Aidil.

"Kau jangan sibuk hal aku,Sotong."Aidil menengking.

Meo ke hadapan dan berdiri bertentangan dengan Aidil."Amboi,sedapnya mulut cakap orang sotong!Kau tau tak harga sotong mahal sekarang?Tak nak orang masuk campur hal kau,janganlah tunjuk emosi tak stabil kau tu kat sini.Ini office bukan rumah kau."

Aidil mendengus kasar.Dia angkat kaki keluar dari pejabat itu.

****
"Good morning,Tengku."Serentak Kak Nani dan Meo mengucapkan selamat kepada Tengku Syamil yang baru tiba.Sapaan itu tiada sambutan sebaliknya dia menutup pintu dengan kuat.

Meo dan Kak Nani saling berpandangan.Pagi ini saja,dua kejadian hentak-menghentak berlaku dalam pejabat mereka.

"Hari ni hari hentak sedunia ke,Kak Nani?Kenapa semua orang suka hentak barang dan pintu kuat-kuat hari ni?Atau kita ketinggalan train.Ada challenge Tik Tok baru kot."Meo bercakap dengan Kak Nani dari mejanya yang tidak jauh.Pelik pagi-pagi terpaksa berhadapan dengan orang yang mental.

Tidak lama kemudian,Tengku Syamil keluar semula daripada biliknya.Tengku Syamil pergi ke meja Kak Nani."Mana fail akaun?

Kak Nani ternganga tiba-tiba fail akaun.Biasanya hujung bulan fail itu akan disemak dan ditandatangan.Kak Nani mengambil fail di rak belakang tempat duduknya.Fail itu diserahkan kepada Tengku Syamil.

"Mana akaun bulan ni?Ni semua yang bulan-bulan lepas.Saya nak yang latest."Tengku Syamil membebel.Tergagap-gagap Kak Nani mahu menjawab.

"Bulan ni tak habis lagi.Hujung bulan baru tutup akaun.If Tengku nak tengok segera saya boleh printkan.Maklumat yang ada pun untuk dua minggu ni saja sebab saya tak boleh bajet lagi untuk dua minggu akan datang.Saya kena tengok duit yang keluar masuk sepanjang bulan."Kak Nani menerangkan tugasnya kepada Tengku Syamil.Fail itu dikembalikan kepada Kak Nani tanpa apa-apa persoalan.

"Kau Isma Danial?"Kali ini Meo pula menjadi sasaran soalan Tengku Syamil.Tengku Syamil lebih suka memanggilnya dengan nama penuh Meo.

Teragak-agak Meo menjawab.Dia tidak tahu apa yang Tengku Syamil inginkan."Ya,Tengku."

"Hmmm...Tak ada apalah."Tengku Syamil tidak jadi bertanya Meo.Dia sendiri tidak tahu apa yang ingin disoal.Semua tidak kena.Akhirnya,dia melangkah ke pintu biliknya.

Langkah Tengku Syamil terhenti apabila terpandangkan meja Ammara.Meja itu disusun kemas.Matanya terbayang Ammara tekun membuat kerja di situ.Dia memisat-misat matanya beberapa kali,Ammara tiada.

Dia mengalihkan pandangan kepada Meo di sebelah meja Ammara.Meo terpinga-pinga.

"Meo,buatkan saya kopi macam Ammara.Now."Tengku Syamil menyuruh Meo.Lidahnya teringin merasa air kopi buatan Ammara.Ketagih sungguh.

Meo berlari anak ke meja Kak Nani."Akak,aku mana pandai buat kopi macam Ammara.Macam mana ni?"Meo mula gelabah.

"Buat jelah,Meo asalkan kopi.Cepatlah.Mood Tengku macam tak berapa baiklah."Kak Nani menolak tubuh Meo.

Meo mengorak langkah ke pantri mini di belakang.

"Kenapa aku?Arrrggghhhh....Ammara cepatlah habis cuti.Aku tak tahan dengan mental orang kat sini."

****
Aku masuk ke dalam 'suite' yang dikhaskan untuk Tengku Syamil.Hiasan dalaman sangat indah berkonsepkan English moden.Padanan warna kelabu dan krim menambahkan seri suite tersebut.Pasti orang yang mereka konsep ini teliti orangnya.

Bukan mudah orang kebanyakan seperti aku dapat menikmati suasana begini.Dalam mimpi sajalah.Kadar harga suite untuk satu malam mencecah ribuan ringgit.Tidak hairanlah hotel milik Tengku Syamil ini bertaraf lima bintang.

Bukan semua orang boleh keluar masuk ke suite Tengku Syamil dengan senang-lenang.Tengku Syamil tidak suka.Aku dapat akses ke dalam suite ini atas urusan kerja jika dipanggil oleh Tengku saja.Aku kira beruntunglah.

Aku duduk di atas sofa sementara menunggu Tengku Syamil mandi.Aduhai,berdebar pula aku!Janganlah Tengku Syamil keluar bilik air pakai tuala lagi.Aku tak kuat iman.

Tak!!!Ya,bunyi pintu bilik air terbuka.Aku mula tak senang duduk atas sofa.Mataku dipejam rapat.Bukan tidak sanggup melihat Tengku Syamil.Aku risau mata nakal aku yang akan terpesona.

"Ammara."Tengku Syamil memanggilku.Mata kucelik perlahan-lahan.Aku menarik nafas lega.Tengku Syamil lengkap berpakaian di hadapanku.

Fuh,selamat!

Tengku Syamil duduk menyandar sebelah aku.Lebih kurang 5 inci jarak kedudukan aku dan dia.Segar deria bauku dengan haruman lelaki di sebelahku.Berdebar pula aku lelaki setampan ini di sebelahku.Mata nakal aku melirik Tengku Syamil di sisi.Dia membaringkan kepalanya pada sofa.Tangannya memicit-micit dahinya.

Aku tidak mahu berlama dengan dia.Biasa aku datang menyelesaikan kerja,jadi aku tidak bertumpu kepadanya.Kali ini aku tidak pasti mengapa Tengku Syamil memanggilku ke mari.Dia cuma tinggalkan pesan datang ke suite saja tanpa bawa apa-apa.

Dia menegak kembali."Aku sebenarnya tak berapa sihat hari ni.I need a rest."Tengku Syamil berkata kepadaku.Ya,Tengku Syamil memang kelihatan tidak bermaya dari pagi lagi.

"So,ada apa-apa yang saya boleh bantu Tengku?Kerja apa yang saya kena buat?"Aku sudah terbiasa disuruh untuk melakukan kerjanya jika dia tidak sihat.Segalanya aku uruskan.Sedikit sebanyak aku tahu juga selok-belok perniagaan hotelnya yang tidak diketahui orang lain.

"Layan aku."

Aku membeliakkan mata.Pantas aku bangun dari sofa itu.Apa Tengku Syamil sudah gila?

"Tengku ingat saya ni perempuan jenis apa?Saya masih ada maruah.Layan Tengku bukan tugas saya.Tengku carilah perempuan lain yang boleh beri layanan istimewa kepada Tengku."Aku mengorak langkah untuk pergi.Hatiku mula panas.Jika menanti lama,sama ada aku atau dia akan menjadi mangsa.

Tengku Syamil berdiri dan memanggilku."Sekejap,Ammara."

Aku mula membuka langkah teakwando yang aku belajar dulu untuk pertahankan diri.Bersiap siaga jika Tengku Syamil menyerangku."Tengku jangan dekat dengan saya.Saya belasah Tengku nanti.Saya ada teakwando tau."Aku belajar seni pertahanan diri itu dari bangku sekolah menengah.Berguna juga saat terdesak.

Tengku Syamil mengekek suka."Adoi,Ammara!Macam ni punya orang pun ada.Jangan serius sangatlah.Aku gurau.Saja nak test kau tadi,kot-kot ada rezeki."

"Tengku memang berniat kan?"Aku melirik tajam kepadanya.

Untuk pertama kalinya Tengku Syamil senyum lebar dan ketawa di hadapanku.Aku?Sahlah terpesona dengan senyuman itu.Kan bagus kalau hari-hari senyum macam ini.Lelaki yang jarang senyum tetapi sekali senyum mampu melumpuhkan hati perempuan seperti aku.

"Aku main-main saja.Tak ada niat apa-apa.Mari sini.Aku ada benda nak tunjuk kepada kau."Tengku duduk semula dan membuka komputer riba di atas meja.Dia kembali serius.

Aku mendekatinya tetapi lebih berhati-hati.Bila-bila masa saja aku akan buka langkah andainya Tengku Syamil melakukan sesuatu kepadaku.

"Kau buka sendiri fail dan tengok sendiri sampai habis."Tengku Syamil beredar ke sofa bertentangan dengan aku.

Mata aku fokus kepada skrin tertera.Aku mengetik simbol berbentuk segi tiga mengiring untuk memainkan video.

Bagai nak pitam aku menonton rakam video tersebut.Air mataku mula mengalir di pipi.Luluh hati aku diperlakukan begini.Video aku mandi dalam bilik air yang hanya mengenakan pakaian dalam saja.Keseluruhan tubuhku terdedah.

Dadaku seperti dihempap batu besar.Sesak nafasku melihat diriku sendiri begitu.Aku malu dengan Tengku Syamil.Aku percaya dan yakin dia yang dia sudah lihat keseluruhannya.Mana aku mahu sorok muka aku?Aku tidak dapat menyembunyikan diri dalam 'suite'.Terpaksa juga aku tebalkan muka menghadap lelaki itu.

Aku meraup wajahku terduduk membisu.Aku mengetik butang pangkah.Tidak sanggup lagi menontonnya.Bukan aku saja yang terlibat malahan Kak Nani dan Kak Pah turut terlibat sama.Bilik air itu hanya digunakan oleh kami bertiga.

Aku menggenggam penumbuk."Saya rasa nak bunuh saja manusia gila seks tu."Gigiku diketap geram ketika bercakap.Di mata aku membayangkan wajah gila yang memasang kamera tertutup itu di bilik aku gunakan.Jantan sial!

"Sabar,Ammara.Aku faham kau pasti marah."Tengku menenangkan aku.

"Mana Tengku dapat video ni?Apakah Tengku bersubahat dengan Aidil?Pasang CCTV dalam bilik air perempuan."Aku mengesyaki Tengku Syamil juga walaupun pada awal video terpampang wajah Aidil yang beria meletakkan kamera itu.

Tengku Syamil mengangkat kedua tangannya."Ho..Ho..Berat tuduhan kau.Daripada aku ambil video kau sembunyi macam ni,lebih baik aku tidur dengan kau saja.Bukan susah pun nak dapat kalau aku nak.Lumayan.Setakat video buat modal melancap,sia-sia."Percakapan Tengku Syamil tidak berlapik langsung.Geli pula aku mendengarnya.

Aku membaling kusyen kepada Tengku Syamil.Aku tak kira sama ada dia bos aku atau bukan.Sakit hati,geram dan malu sama banyak aku rasakan."Tak boleh cakap benda yang senonoh sikit ke?"Aku tak boleh nafikan apa yang dikatakan itu adalah benar.Apa lagi yang orang lelaki lakukan menonton video begitu?Aku tak reda video aku digunakan untuk tujuan memuaskan nafsu.Aku rasa mahu menjerit saat ini.

Tengku Syamil menarik nafas dalam-dalam."Aku minta maaf sebab aku dah tertengok rakaman tu.Aku dapat benda ni minggu lepas daripada Kak Pah.Dia yang jumpa kamera ni kat bilik air dan terus serahkan kepada aku.Bukan kau sorang saja mangsa."Tengku Syamil menjelaskan keadaan sebenar supaya aku faham.

"Bukan kau seorang saja yang dipanggil.Aku akan panggil Nani dan Kak Pah secara personal juga.Untuk pengetahuan kau,aku akan serahkan kes ini kepada polis.Tindakan berat akan dikenakan ke atas Aidil.Aku tak nak simpan toksik dalam office aku.Tujuan aku tunjuk video ni pun supaya kau tahu yang kau telah menjadi mangsa."

Dadaku ditutup dengan kusyen yang aku peluk erat.Rasa diriku bertelanjang di hadapan Tengku Syamil selepas tengok rakaman bodoh itu.Celaka kau,Aidil!!Diam-diam kau buat kerja terkutuk.Nahas kau aku kerjakan nanti.Aku menarik geram bucu kusyen itu.

Tengku Syamil bangun.Dia membelakangi aku.Tangannya dimasukkan ke dalam saku seluarnya."Aku nak kau cool.Buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku.Biar dia datang ke office tanpa rasa bersalah,lagi senang aku nak serahkan dia kepada polis."Tengku Syamil memulakan perancangannya.Aku setuju walaupun aku rasa nak bunuh saja Si Aidil.

"Tengku,sudah berapa banyak rakaman yang dia dah buat selain ni?Adakah ini yang pertama atau ada lagi dalam simpanan dia yang kita tak tahu?"Aku bimbang Aidil telah lama melakukan kerja-kerja begini tanpa kami sedar.Risau video aku disebarkan melalui laman-laman gelap.Siapa tahu?

Aku nampak Tengku Syamil menjungkitkan bahunya."Aku tak tahu,Ammara.Semuanya akan disiasat.Kau berdoa sajalah video ini yang pertama."

****
Aku menghempaskan tubuhku di atas katil.Penat seharian bekerja dan ditambah pula dengan masalah rakaman video di bilik air itu membebankan kepala aku.Aku berbaring memandang siling.

Malu bukan kepalang Tengku sudah lihat tubuhku sebelum Adri.Tapi itu bukan disengajakan.Si Aidil keparat itu layak dikerat 18 bahagian dan dicampak ke dalam laut.Dasar gila seks.Gara-gara dia maruah aku dan kawan-kawan aku tercalar.

Aaahhhh!!!Malaslah aku nak fikir tentang rakaman memalukan itu.Aku nak buat bagaimana kalau Tengku tertengok pun.Dia sendiri pun tidak tahu.

Aku memusingkan tubuhku meniarap pula.Perbualan dengan Meo petang tadi juga agak tegang.Kenapa Meo tak suka aku dengan Adri?

"Kau memang dah nekad nak kahwin dengan Adri,Ammara?"tanya Meo.

Aku memandang tidak mengerti."Aku dah jadi tunang Adri pun.Mestilah aku nak kahwin dengan dia.Kau ni kenapa,Meo?Kau ada masalah dengan Adri ke?"

Meo menghela nafas."Kau betul-betul dah kenal dia?Siapa family dia?Dengan siapa dia berkawan?Apa dia buat?Kau tak pernah siasat?"

"Tujuh tahun aku kenal Adri,mestilah aku tahu latar belakang dia.Semua aktiviti yang dia buat aku tahu."Aku rasa tidak enak dengan penyataan Meo.Dia seolah-olah mahu aku berpisah dengan Adri.Apakah dia cemburu?

"Siasatlah dengan lebih mendalam.Aku takut kau menyesal nanti.Tujuh tahun kau kenal dia tidak menjamin yang kau akan kenal luar dalamnya."

Aku berdiri dari mejaku."Apa masalah kau ni,Meo?Kau dengki dengan aku ke?"

Terkebil-kebil Meo mendongak kepadaku.Kak Nani dan Aidil turut terkejut aku meninggikan suara kepada Meo.Meo tidak melawan sebaliknya dia mengalah.Dia beredar duduk di tempatnya kembali dengan.Sayu wajahnya.

Aku tersentak dari lamunan.Telefonku berdering.Aku senyum nama 'Bie' tertera pada skrin telefon.

"I miss you,Love.Buat apa?Dah tidur ke?"Kedengaran suara Adri bertanya.Rindu kepada bakal suamiku ini.Aku dan Adri menghitung hari-hari bahagia kami.

"Love tengah rindukan Bie.Weekend nanti dapat jumpa tak?"Aku memanjakan suaraku bercakap dengan Adri.Lupa segala masalah di tempat kerja tadi.

"Olololo..Sabar ye,Love.Pertengahan bulan depan Bie akan jadi suami Love.Tak sabar Bie nak tinggal berdua dengan Love.Pagi,petang,siang dan malam Love akan tengok muka Bie sampai jemu Love nak tengok."

"Eh,mana ada jemu!Makin hari makin sayang adalah."Gatalnya seorang Ammara ini.Dengan Adri bukan main lembut dan manja.'Pick up line' ada di mana-mana.Bersemut sangat.Darah manislah katakan.

"Pandailah Love nak mengayat Bie."

Aku sedang membayangkan Adri tersipu-sipu tika ini.Aku memang suka berangan yang manis-manis.Buat aku bahagia.

"Bie,may I ask you something?"Aku bertanya.Aku tidak mahu persoalan ini membebankan jiwa aku.Aku perlukan jawapan daripada mulut Adri sendiri.

"Kenapa,Love?"

"Betul Bie tak pernah kenal Meo?Mungkin Bie pernah terjumpa di mana-mana.Cuba Bie ingat balik."

"Seingat Bie tak pernah kenal.Kenapa?Dia ada cakap pasal Bie ke?"Mendatar suara Adri bertanya aku kembali.

"Dia suruh siasat latar belakang Bie.Dia cakap takut Love menyesal nanti.Love pun tak tahu apa masalah dia.Macam nak buruk-burukkan Bie saja."Aku mengadu kepada Adri.Sungguh aku tidak selesa dengan Meo dua tiga hari ini.

"Love jangan percayakan dia.Love dah kenal Bie tujuh tahun,nak siasat apa lagi?Bie rasa dia jealous dengan kita.Tu sebab dia mereka cerita.Dasar pondan."

Aku terdiam.Sebagai kawan aku tidak suka Meo digelar pondan.Segala yang berlaku kepada dirinya bukan kehendak dirinya sendiri.Aku tahu segala kisah silamnya.Meo adalah mangsa kerakusan manusia-manusia yang bertopengkan syaitan.

"Love on air atau dah tidur tu?Senyap je."Adri memanggil dalam talian.Aku tersedar.

"Ya.Ada."

"Love dengar cakap Bie.Jauhkan diri Love daripada budak Meo tu.Bie pun tak suka dia kawan dengan Love.Bawa pengaruh negatif nanti.Tengoklah,asyik cerita buruk tentang Bie saja."

Rezeki readers..Miss J sempat update mlm ni walupun agk busy...Apa kaitan Adri dengan Meo sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience