Bab 10 : Masalah

Romance Series 697932

"Semua kau punya pasal,Danial."Memerah raut Adri mengamuk kepada Danial.Sekeping kertas berwarna putih dibalingkan kepada Danial.Kertas itu dikutip dan Danial sedikit pun tidak terkejut. Keputusan ujian HIV/AIDS yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan positif.

Danial duduk bersandar di atas sofa sambil menarik rambut berulang kali."So,kau dah buat tau?"

Adri bengang.Ditariknya leher baju Danial dengan kuat.Matanya dicerlung dengan muka yang bengis."Jadi,selama ini kau dah tau kau positif tapi kau diamkan saja?Kau memang celaka!!"

Danial menepis cengkaman Danial."Apasal kau nak salahkan aku sorang?Mungkin kau pembawa,siapa tahu?"Danial membentak.Berang dia dimarah oleh Adri.

"Aaahh...Kau tu bedal semua mana tak jangkit?Jantan betina kau sapu."Adri menuduh.Tidak sangka dirinya dijangkiti penyakit yang tiada ubatnya itu.

Danial menuding jari ke arah Adri."Sedar sikit,Adri.Kau pun sama saja,mana-mana lelaki yang kau jumpa kau bedal."

Adri berpaling daripada Danial.Dinding rumah dihentak dengan tangannya."Bodoh!!Sial!!Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?Kau memang nak dajalkan aku kan sebab kau dengki aku nak kahwin dengan Ammara?"

Danial menarik bahu Adri dari belakang.Jelas terpancar keserabutan pada wajahnya ditambah pula rambutnya yang agak serabai tanpa disisir kemas."Hei,kau nak kahwin dengan Ammara sebab nak sembunyikan tabiat sebenar kau daripada diketahui orang macam aku gunakan Alisa!Aku sikit pun tak hairanlah sebab kau akan cari aku juga."

"Aku bukan macam kau.Aku tetap sayangkan Ammara."Adri menunduk dengan suara mendatar.Bayangan wajah Ammara mula bermain di matanya.Aaah....Dia telah mensia-siakan Ammara kerana nasfu menguasai diri.

"Come on,Adri.Nak menyesal pun dah tak guna.Apa kata kita enjoy saja dengan sisa-sisa hidup yang masih ada?"Tangan Danial mula menjalar ke bahagian dada Adri.Dia merangkul erat tubuh Adri yang sama besar dengannya.

Adri memaling mukanya apabila Danial cuba mengucup bibirnya.

Danial merenung mata Adri."Kau jangan nak jual mahal,Adri.Apa yang kau boleh buat lagi?Sakit ni memang tak ada ubatnya.Alang-alang dah terjangkit,kita enjoy our life."Danial menggoda.Leher Adri dicium hangat tanpa rasa geli.Akhirnya,Adri meleraikan rangkulan Danial pada tubuhnya.Dia menjarakkan dirinya daripada Danial.

"Aku menyesal dengan apa yang aku buat selama ni.Aku masih sayangkan Ammara."Adri mengundurkan langkahnya ke belakang.

"Baru tau nak menyesal?Dah terlambat,Adri.Kau ingat Ammara nak kau lagi ke dengan apa yang terjadi?Ammara dah tau tentang penyakit kau sebab Alisa dah cerita semuanya kepada Ammara.Now,kita boleh hidup bebas tanpa gangguan perempuan-perempuan tu.Alisa pun aku dah ceraikan."Tiada rasa sedih atau kesal dalam jiwa Danial.Apa yang dia tahu hanya rasa seronok.

Adri terdiam sekejap.Air matanya berguguran seperti daun-daun yang gugur semasa musim luruh.Penyesalan yang tiada penghujungnya baru singgah di hatinya.Dia keluar meninggalkan Danial di situ.

****
Aku hairan rumahku kelam sedangkan sudah pukul 8.30 malam.Biasanya abah ke masjid tetapi dia tidak pernah tinggalkan rumah dalam keadaan gelap.Agaknya abah terlupa membuka lampu sebelum keluar tadi.

Aku menjinjit beg tanganku masuk ke dalam rumah.Alangkah terkejutnya aku dengan situasi di dalam rumah itu.Abah dan Pak Cik Salleh dipegang erat oleh lelaki berbadan sado manakala seorang lelaki Cina duduk menyilangkan kaki pada sofa.

"Abah!!"panggil aku dengan cemas.Seorang lelaki lagi lelaki berbadan tegap berkulit sawo matang terus mendapatkan aku tanpa aku sempat melawan.Tanganku dilipat ke belakang dengan kemas.

"Ini lu punya anak ka?Manyak cantik."Lelaki Cina itu datang kepadaku.Pipiku diusap berulang kali.Aku cuba mengelak tetapi tanganku terkunci rapat.Mataku dikerutkan memandang lelaki itu silih berganti dengan abah dan Pak Cik Salleh.Aku tidak kenal siapa lelaki ini dan apa kaitannya dengan abahku.

"Tolong jangan kacau anak saya,bos.Dia tak tau apa-apa."Abah merayu kepada lelaki Cina itu.

"Apa semua ni,abah?Apa yang terjadi?Siapa mereka ni?"Aku mengajukan soalan kepada abah.Aku ingin tahu siapa mereka yang berani melakukan perbuatan ini kepada kami.

"Awak punya apak sudah hutang sama saya.Dia ada jamin itu dia punya kawan."Lelaki Cina itu memberitahu sambil tampar tangannya menampar-nampar lembut pipiku.Aku membalas pandangan abah di arah yang bertentangan.Abah sayu sangat.Baru aku faham siapa mereka ini setelah mendengar ucapannya.Lintah darat atau lebih terkenal dengan panggilan 'ah long'.Plotnya masih kurang jelas kerana aku tak tahu bagaimana abah boleh terjebak dalam masalah ini.Yang aku pasti

"Lu punya anak manyak cantik.Hutang boleh langsai kalau lu kasi lu punya anak sama aku.Manyak untung maa ini macam cantik maa.."Sekali lagi pipiku diusap-usap dengan tangan kasar lelaki itu.Aku memalingkan mukaku ke tepi untuk mengelakkan sentuhannya.Nafas kuhembus kasar.Aku mencari akal melepaskan diri tetapi lelaki sado tadi mengunci tanganku dengan erat sehingga aku tidak dapat berbuat apa-apa.

Lelaki Cina itu memandang tajam kepadaku sepertu mahu diterkamnya aku.Aku menundukkan wajahku ke bawah.Tidak berani aku membalas pandangan lelaki itu yang penuh dengan keinginan.Daguku diangkat ke atas memandangnya."Amoi cantik,malu sama saya ka?"tanya ah long itu.

Aku cuba menggerakkan tanganku tetapi sukar sekali.Aku mesti melepaskan diri aku.Senyuman gatal ah long itu sungguh menggelikan aku."Lepaskan akulah!!Kau nak apa?"kata aku dengan gigi diketap.Panas hati juga aku dengan lelaki itu tetapi aku tidak berdaya.

Lantas pipiku dipegang dan ditekan kuat oleh ah long tersebut."Aiiyaaa..Manyak garang,amoi cantik.Saya mahu duit saya saja hoo..Lu bayar sekarang,saya keluar dari ini rumah."

Nafasku laju ketika itu,mengawal marah."Aku tak nak bayar."Aku berkeras.

"Ini macam senang cerita hoo."

Tanpa aku duga dia bertindak lebih liar.Dia lantas mencium leherku dan cuba mengucup bibirku dengan bibirnya.Aku mengelak sehabis dayaku.Waktu ini aku berdoa dalam hati agar agar ada orang datang menyelamatkanku.Jika tidak,aku bakal menjadi santapan lintah darah miang ini.

"Berhenti!!!"Tempik abah dengan kuat.Ah long itu berhenti daripada menciumku.

"You bagilah saya masa satu minggu untuk cari duit bayar hutang you.Saya janji hanya satu minggu tetapi jangan apa-apakan anak saya,"pinta abah kepada lintah darat tersebut.Sayu aku mendengar rayuan abah.Sebagai seorang ayah,aku faham abah tidak rela melihat aku diperlakukan begitu.Kasihan abah turut terperangkap.

Ah long itu pergi kepada abah dan Pak Cik Salleh.Terdapat beberapa kesan lebam pada pipi Pak Cik Salleh."Itu macam ka?"

"Ya,saya akan tunaikan janji.Saya akan bayar hutang you."Abah berjanji dengannya.Ah long itu sedang berfikir untuk bersetuju dengan cadangan abah.Kemudian,dia memberi isyarat supaya melepaskan aku.Tubuhku dicampak sehingga terlanggar abah.

"Aku pegang lu punya janji maa..Satu minggu talak langsai,lu punya anak aku angkat jadi balaci aku."Ah long itu memberi amaran dengan pandangan yang miang.

Aku mendakap abah.Aku tidak bersuara,hanya mendengar saja perjanjian mereka.

"Ya,saya janji.Saya akan selesaikan.Jika tidak,you boleh bunuh saya dan lepaskan anak saya."

Tersentak aku mendengar janji abah.Aku tidak berkerdip memandang abah.Kenapa sampai begitu sekali abah pertaruhkan nyawanya demi aku?Pilunya aku rasanya.

"Ini macam aku ada rugi juga.Lu mati,lu punya anak jadi hak aku maa.Baru ada sikit untung."

'Eh..eh..eh..Apek seorang ni banyak cantik.Ingat aku barang dagangan ke?'Aku tak akan biarkan semua itu berlaku.Abah tidak akan mati di tangan Si Apek tidak berguna ini.

Aku memberanikan diri untuk bersuara."Baiklah.Seminggu lagi kau datang sini dan aku akan pulangkan semua wang kau.Aku kau tak nak ganggu hidup abah aku lagi."Entah dari mana kekuatan yang aku dapat sehingga aku sendiri berani menabur janji kepada ah long gila ini.

"Lu manyak pandai ya,amoi cantik.Lagi satu minggu,aku datang."Ah long itu mengingatkan kami lalu beredar dari rumahku.

****
"Apa?RM350 000 termasuk bunga?"Terbeliak mata aku memandang abah dan Pak Cik Salleh.Musibat apakah ini yang menimpa aku?Mana aku mahu cekau duit sebanyak itu dalam masa seminggu.'Ammara,kau yang pandai-pandai berjanji tadi.Mampuslah aku.'Aku tidak sangka jumlah yang begitu besar Pak Cik Salleh pinjam daripada lintah darat itu.Patutlah hidup bermewah dan beli kereta Honda baru.Yang menjadi mangsa aku dan abah.

"Pak Cik Salleh buat apa pinjam duit sebanyak tu?Pak cik tau tak,pak cik dah menyusahkan saya dengan abah saya?Sampai hati pak cik ambil kesempatan atas kebaikan abah saya."Kecil besar saja aku pandang Pak Cik Salleh.Disebabkan kebodohan dia,aku dan abah terpaksa menanggung masalah begini.

"Pak cik tak sangka akan jadi macam ni.Pak cik ingat pak cik dapat bayar balik tetapi pak cik tak boleh sebab bunganya tinggi."

Huh!!!Sengaja bagi aku naik angin saja Pak Cik Salleh ini.Ikutkan geram,aku rasa aku dulu yang ingin belasah Pak Cik Salleh sebelum geng lintah darat itu.Memandangkan abah ada di situ,aku masih dapat bersabar.

"Saya tak kisah pak cik nak pinjam duit sebanyak mana pun,itu urusan pak cik.Yang jadi masalah apabila pak cik libatkan abah saya supaya jadi penjamin.Tak pasal-pasal kami terpalit sama dan diburu oleh geng ah long tu.Boleh tak pak cik buat sesuatu tu fikir dulu baik buruknya.Nak hidup mewah tak salah tapi jangan sampai menyusahkan orang lain."Panjang aku mengomel.Aku tidak kira dia lebih tua daripadaku ketika ini.Tua tetapi tidak gunakan otak,tidak salah aku marah.Bukan semua orang tua betul,contoh terdekat ialah Pak Cik Salleh.

Pak Cik memandang ke lantai.Mungkin rasa bersalah.Aahhh...Tiada gunanya lagi rasa bersalah.Nyawa dan maruah aku dipertaruhkan sekarang.

"Sabar,Rara.Perkara dah jadi pun.Sekarang ni kita sama-sama cari jalan penyelesaian."Tenang abah berkata.Aku hairan bagaimana abah boleh reda sebegini.Masalah kami bukannya kecil.

"Nak sabar macam mana,abah?Bukan sikit-sikit dia pinjam,350k.Nak buat pinjaman bank pun tak lepas,abah.Simpanan pun tak cukup nak bayar hutang dorang.Silap-silap abah dibunuhnya,Rara dijadikan pemuas nafsu mereka."

"Maafkan,pak cik.Hmm..Apa kata kita pinjam daripada ah long lain,kita bayar duit dia dulu?"Pak Cik Salleh memberi cadangan.Cadangan yang hanya dapat menaikkan lagi tekanan darahku.Makin lama aku dengan Pak Cik Salleh,mahunya pecah pembuluh darah aku.

Aku bangun dari dudukku."Pak cik ni tak habis-habis ah long.Idea pak cik ni bukan dapat selesaikan masalah pun tapi menambahkan masalah lagi adalah.Saya tak fahamlah kenapalah ada orang macam pak cik kat dunia ni."Aku menyilangkan kedua-dua tanganku.

"Habis tu,kita nak buat macam mana?Pak cik tak ada duit sebanyak tu nak bayar.Kalau pak cik berduit,pak cik tak pinjam ah long."

Aku mengela nafas dengan kasar.Setiap kata-kata keluar dari mulut Pak Cik Salleh buat aku rasa panas hati.Kata-kata dan perbuatannya tidak sematang usianya yang sudah menjangkau 50 tahun.

"Tau pun tak ada duit.Tulah,lain kali kalau nak bergaya ikut kemampuan diri sendiri.Inilah jadinya ikutkan nafsu sangat.Menyusahkan ramai orang.Nasib baik abah saya terlibat sama tau tak,kalau tak saya sendiri serah pak cik pada ah long tu.Biar dia kerat-kerat pak cik campak dalam laut."

"Rara marah-marah pun tak guna sekarang.Silap abah juga tandatangan kontrak tu tanpa banyak soal."

"Abah tak salah pun.Yang salah Pak Cik Salleh ni,dah la guna nama abah,hutang tak nak bayar."

Aku cukup bengang dengan Pak Cik Salleh.Bertimpa-timpa masalah datang kepadaku.Mungkinkah ini hukum karma atau balasan aku meninggalkan Adri?'Arrghhh...Sakit otak aku fikirkannya.'Banyak betul dugaan yang menimpa aku sekarang ini.

****
"Macam mana kau buat kerja ni,Ammara?"Tegas suara Tengku Syamil kepadaku.Jadualnya aku tersalah susun menyebabkan mesyuaratnya bertindan.Fikiran aku cukup serabut,masih tinggal tiga hari untuk aku selesaikan hutang tetapi wang yang kumpul tidak mencukupi malahan tidak sampai RM 100000 pun.Segala duit simpanan aku dan abah aku keluarkan tetapi masih kurang.Aku cuba berunding dengan bank pun susah dengan jumlah sebanyak itu.

"Maafkan saya,Tengku.Saya silap.Saya janji tak ulangi lagi."Aku mengakui kesilapan.

"Kerja elok-elok,kau masih berhutang dengan aku.Jangan ingat,kau buat kerja sambil lewa aku akan buang kau."Tengku Syamil mengingatkan aku.

Dengar saja perkataan hutang buat jantungku berdegup kencang.Hidup aku huru-hara gara-gara hutang yang dibuat oleh orang lain.Aku terfikir juga untuk meminjam dengan Tengku Syamil tetapi memikirkan masalah yang bakal timbul,aku batalkan niat itu.Faham-fahamlah,Tengku Syamil dengan ah long sama saja cagarannya.Siapa yang mahu rugi?

"Saya betulkan balik mana yang silap.Sekali lagi saya minta maaf."Aku menunduk-nunduk memohon maaf daripada Tengku Syamil.Aku tidak berniat untuk bertaki dengan Tengku Syamil.Fail di atas meja aku ambil.

Ketika aku memaling tubuhku untuk beredar Tengku Syamil memanggil namaku,"Ammara."

Aku menoleh dan fail kukelek.Aku memaniskan wajahku untuk menyembunyikan segala kegusaran di hatiku."Ya,Tengku."

"Kau ada masalah ke?"tanya Tengku Syamil buat aku serba tidak kena.'Alamak..dia boleh baca riak aku.'Macam ahli nujum pula Tengku Syamil boleh meneka aku menghadapi masalah.Namun begitu,aku sedaya upaya menyorokkan semua masalah yang menimpa aku.Dia tidak perlu tahu kerana aku tidak mahu dia gelakkan aku pula.

Aku senyum kelat."Eh,mana ada,Tengku!Muka saya nampak saya ada masalah ke?"Aku berbasa-basi.Biarlah ianya menjadi rahsia aku saja.Aku tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun apatah lagi Tengku Syamil yang tiada apa-apa dengan aku.

"Hmmm.Aku teka saja.Biasa kau tak pernah cuai macam ni.Adri kacau kau?Atau kau memang sengaja buat-buat cuai?"Tengku Syamil bermain teka-teki.Tajam betul pemerhatian dia terhadap aku.Yalah,dia sudah terbiasa dengan kerja-kerja aku yang agak teliti.

Aku gelak kecil di hadapannya."Dua-dua tekaan Tengku salah sebab saya tak ada apa-apa masalah pun.Tentang cuai tu,biasalah saya kan manusia.Ada masa buat silap juga."

Tengku Syamil mengangkat kening kanannya."Aku kenal cara kerja kau.Dah beberapa hari kau melakukan kesilapan walaupun kecil tapi tak mengapa.Mungkin aku silap meneka.Lepas ni,jangan cuai lagi."Lembut tutur kata Tengku kali ini.Tenang aku mendengarnya.Kalau hari-hari macam ini kan bagus,tak adalah aku bertaki dengannya.Ada saja yang tidak kena tetapi hari ini dia lebih tenang dan bersahaja walaupun aku melakukan kesalahan.

"Baik,Tengku.I'm promise.Saya tak akan cuai lagi.Ada apa-apa yang Tengku nak pesan atau cakap?Kalau tak,saya nak keluar dulu."Aku meminta kebenaran.

"Nope.Kau boleh sambung kerja."

****
Tengku Syamil dan Kimi memarkir kereta selang dua baris daripada rumah Ammara.Tengku Syamil menikmati cappucino latte yang sudah suam dibeli tadi sebelum ke kawasan perumahan Ammara.

"Mil,kenapa kita kena buat kerja ni?Apa motif kau ajak aku intip buah hati kau ni?"Kimi pelik dengan Tengku Syamil.

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Ammara."Mata Tengku Syamil melekat ke arah pagar rumah Ammara.Dia tidak mahu terlepas sesuatu yang mencurigakan.Beberapa hari ini, hatinya tidak sedap melihat Ammara yang lalai dalam tugasnya.Ammara juga tidak seceria seperti biasa walaupun senyuman terukir di bibir merah jambu gadis itu.

Kimi menutup botol air mineral yang diminum."Kau expect dia bawa balik lelaki ke rumah?Biarlah,Syamil.Itu hal peribadi dia,kau tu bukannya boyfriend dia pun nak marah."

"Kau diamlah,Kimi.Aku nak pastikan dia dalam keadaan baik saja.Tapi dia belum balik lagi ni,dah pukul 8.30 malam.Dia ke mana malam-malam macam ni?"Tengku Syamil mula risau.Kelibat kereta Ammara tidak kunjung juga selama setengah jam dia berada di situ.

"Kau call sajalah,dia.Tanya dia ada mana.Aku suruh confess tak nak,jual mahal.Kau ingat usya dari jauh macam ni,Ammara boleh tau isi hati kau?"Kimi tidak habis-habis membebel.Malas Tengku Syamil melayan.

"Banyak songeh betullah kau ni,Kimi.Hmm..Kau tengok kereta warna hitam tu ada depan rumah Ammara.Dari awal kita sampai kereta tu dah tersadai kat situ."Tengku Syamil menunjukkan ke arah kereta Camry warna hitam yang berhenti depan rumah Ammara dari tadi.

"Kereta jiran dialah tu kot tumpang parking kat situ.Kau ingat filem Hollywood ke,ada orang nak culik dan bunuh Ammara?Siapa sajalah musuh Si Ammara tu?"

"Mungkin bekas tunang dia hantar orang ikut Ammara.Bukan boleh ramal orang macam tu.Kau penyiasat,bukan kau tak tahu selok belok dunia jenayah ni."

Kimi berfikir sejenak.Dia mengiakan apa yang Tengku Syamil beritahu.Pelbagai kes yang dia tangani sebelum ini bermotifkan dendam.Adakalanya berpunca daripada perkara yang remeh sehingga ada yang cedera dan kehilangan nyawa.Ragam manusia di dunia ini tidak dapat diramalkan.

Tengku Syamil menuding jari ke arah kereta tersebut."Kau perhati bayang dua kepala di dalam kereta itu.Kalau dia tidak menunggu mangsa,apa ke jadahnya dia duduk dalam kereta lama-lama?Nak kata beromen,dari aku tengok tak ada pula adegan-adegan pelik."

"Hmmm...Boleh diterima hujah kau.Jangan bertindak melulu,kita perhati dulu."

Tidak lama kemudian,kereta Myvi putih milik Ammara berhenti di hadapan pagar.Ammara turun daripada kereta lalu membuka luas pagar rumahnya supaya mudah memasukkan kereta.

Sewaktu Ammara membuka pagar,dua orang lelaki berbadan sasa turun dan menuju ke Ammara.Identiti lelaki tersebut tidak dapat dikenali kerana samar-samar dengan cahaya lampu jalan yang terletak selang dua rumah dari rumah Ammara.

"Tengok tu,Syamil.Betullah cakap kau,orang dalam kereta itu sesuatu sangat.Dia ingat dia sado,otot-otot ketul-ketul macam tu dia kuat ke?"Kimi pula melebih-lebih.Dua orang lelaki itu berinteraksi dengan Ammara di hadapan rumah.

****
Ketika aku ingin masuk semula ke dalam kereta,langkah kakiku tergendala apabila dua orang lelaki berbadan sasa datang kepadaku.

"Kau nak apa?"Nadaku tinggi bertanya walaupun aku sudah mengetahui tujuan mereka ke situ.

"Aku nak ingatkan kau tentang hutang Tauke Wong.

Aku bercekak pinggang di luar rumah.Sibuk mahu ingatkan aku."Kau tak payah ingatkanlah,aku taulah tu."

"Kau jangan nak lari pula.Kami dah tak sabar nak rasa kau,"kata salah seorang lelaki itu buat bulu romaku menegak.Mereka sudah berencana untuk merosakkan hidup aku.Tersengih-sengih Pak Cik Salleh bayangan dia di mataku.Shit!!

Aku berhadapan dengan lelaki itu."Kau jangan mimpilah nak dapat aku.Duit aku dah nak cukup."

Lelaki itu sengih."Dah cukup bayarlah."

"Aku ikut perjanjian,dalam masa seminggu aku bayar.Kau tak boleh kacau aku sekarang sebab tempoh seminggu belum tamat.Jangan terlalu gelojoh.Kau cakap pada bos kau tu,dia tak akan dapat apa yang dia nak.Go to hell,you and your boss."

Mereka berang dengan aku.Seorang lagi lelaki menolak aku menyandar pada kereta.Sakit tulang belakang aku terhentak pada badan kereta."Cakap besar,kau perempuan.Kau taulah nasib kau nanti.Lepas bos ratah kau nanti,aku akan kerjakan kau cukup-cukup.Baru kau tau erti penyesalan."

Pandangan tajam aku berikan kepada mereka.Aku tidak mahu mengalah kepada lelaki gila seperti mereka berdua.Gerun aku mendengar rencana mereka tetapi kugagahkan jua diriku agak tidak gelabah di hadapan mereka.Aku tidak ingin mereka melihat kelemahanku.Aku sendiri melawan mereka di sini,abah pula masih tidak pulang dari masjid.'Tidak adakah superhero datang menyelamatkan aku sekarang daripada lelaki-lelaki durjana ni,'getus hatiku.

"Woi!!"Suara kasar menempik ke arah kami.Aku menoleh ke arah suara itu,begitu juga dua orang lelaki sasa lagi durjana itu.'Tengku Syamil.'Tengku Syamil hero yang Allah hantarkan kepadaku?Hmm...Bolehlah daripada tiada.

"Kenapa,bro?"tanya Kimi pula.

Apa sebenarnya mereka buat di sini?Melawat rakan atau saudara-marakah atau dijemput ke mana-mana kenduri?

"Kau berdua siapa nak ikut campur urusan kami."

"Aku tak berminat nak ikut campur tetapi perbuatan kau menganggu jiran-jiran.Lagipun,aku nampak kau tolak dia dengan kuat tadi.Jangan kasar sangat,bro.Kudrat perempuan dengan lelaki tak sama kalau kau nak tunjuk gangster pun.Perkara boleh bawa bincang,kenapa nak kasar-kasar."Tengku Syamil berkata kepada dua orang lelaki tak makan saman itu.Aku tak pasti ianya nasihat atau apa tetapi agak melucukan juga bagiku.Dia ingat samseng macam ini boleh dengar nasihat.Memang taklah.

Mata mereka dicerlung kepada Tengku Syamil yang berlagak biasa."Kau siapa nak nasihat kitorang?Perempuan ni dulu yang buat hal."

"Eh..eh..Siapa yang buat hal?Korang yang salah sebab korang datang tak ikut perjanjian.Kau yang datang serang aku.Sampai masa aku bayarlah."Aku melawan membela diriku.

"Mulut kau dari tadi asyik melawan.Bikin aku darah aku mendidih."Salah seorang lagi itu mengangkat tangan untuk menampar aku namun ditahan oleh Tengku Syamil.

"Kan aku dah cakap,jangan kasar dengan perempuan.Mulut dia memang bising macam murai tetapi kau tak ada hak nak menyakiti dia.Dia tetap perempuan yang lemah walaupun mulutnya umpama peluru.Berhadapan dengan aku dulu."Tengku Syamil menghempas tangan gangster itu.

Tengku Syamil sempat menyindir aku pula.Tak habis-habis dia samakan aku dengan murai.Aku hanya pertahankan diri aku,sebab itu mulutku berkata-kata.Geram pula aku.Huh!!!

"Aahhh...kau diamlah,bangsat!"Lelaki itu semakin berang.Dihalakan penumbuk kepada Tengku Syamil tetapi Tengku Syamil mengelak.Kemudian,Tengku Syamil pula menumbuk dia dan menjatuhkan kaki dia.

Aku kagum dengan gerakan pantas Tengku Syamil.Rentaknya sangat kemas tetapi bersahaja.Superb!!!Ikutkan hati,aku ingin bersorak di belakang Tengku Syamil tetapi aku kawal.Aku tak nak Tengku Syamil berbangga diri nanti.Puji dalam hati saja sudah cukup.

Lelaki tadi bingkas bangun dan mengajak kawannya pergi.Dia menilik aku di belakang Tengku Syamil."Ingat hari Sabtu nanti,perempuan sial.Kau akan dapat balasan setimpal."Lelaki tadi memberi amaran kepada aku,kemudian tinggalkan kami.

Aku menggosok belakangku yang terasa sengal dengan tolakan kuat tadi.Kurang ajar punya gangster buat aku macam boneka.

Kimi datang kepadaku."Cik Ammara tak apa-apa?Ada apa-apa saya boleh tolong?"

Aku menggeleng."It's okay,Encik Kimi.Saya tak apa-apa.Anyway thanks sebab tolong saya.Jika tidak,tak tau lah apa yang gengster tu akan buat pada saya."Bersyukur aku kerana mereka tiba.Tengku Syamil di sebelah Syamil diam.

"Kebetulan lalu sini,Cik Ammara.Orang dalam kesusahan kita tolonglah,"kata Kimi lagi.Kimi lebih ramah berbanding Tengku Syamil buat aku selesa dengannya.

Dari tadi Tengku Syamil pandang Kimi yang lebih sudu dari kuah bertanya Ammara.Dia yang banyak songeh tadi,kini menunjukkan keprihatinan kepada Ammara.Geram saja Tengku Syamil sekeh Si Kimi.

"Encik Kimi nak ke mana sebenarnya?"

"Tak payahlah panggil encik.Just call me Kimi,lebih manis kan.Saya ke sini dengan Tengku Syamil sebab..."

"Sebab Kimi ajak aku teman dia mengintip laki orang."Pantas Tengku Syamil memintas.Menggelegak darahnya dengan Kimi mengada-ngada seorang.Kimi sengih seperti kerang busuk melihat Tengku Syamil cemburu dengan kemesraan dia dan Ammara.

Tidak lama selepas itu,abah pulang ke dan melihat kami bersembang di luar rumah.Abah mengajak mereka berdua masuk ke dalam.Terpaksalah aku melayan karenah mereka terutamanya Kimi yang banyak cakap.

****
Suasana di dalam 'suite' Tengku Syamil sunyi sepi.Dia menyandar di sofa tunggal berhadapan aku dan memandang aku tanpa berkerdip.Aku tidak selesa dengan renungan itu lalu aku betulkan bajuku walaupun pakaianku sopan saja.

"Selesai dah masalah kau?"serius Tengku Syamil menyoalku.Aku menggeleng sambil mengeluh kecil.Kejadian semalam membongkar masalah hutang 'ah long' yang begitu banyak.Aku dan abah bercerita kepada Tengku Syamil dan Kimi masalah kami.

"So,apa tindakan kau?"

Soalan yang Tengku Syamil tanya buat aku sesak nafas kerana aku tiada perancangan.Masih berbaki dua hari,aku masih tidak dapat mengumpul wang yang cukup untuk langsaikan segala hutang.Kebuntuan mula menguasai diriku.Apa yang harus aku lakukan kini?Aku termenung jauh.Mungkinkah dua hari lagi,hidup aku akan hancur begitu saja.Aku mahu menangis dengan nasib malang yang menimpa aku.Aku dapat menggambarkan mereka akan kerjakan aku dan abah secukupnya.

'Ini semua salah Pak Cik Salleh.'

"Ammara,are you here now?"Tengku Syamil melambaikan tangannya di mukanya buat aku tersedar daripada lamunanku.

"Apa,Tengku?"soalku dengan suara terketar-ketar.Aku tidak dengar soalan yang ditanya tadi.

"Apa plan kau?"

Aku menghela nafasku."Saya tak tau,Tengku.Saya buntu.Mungkin inilah pengakhiran hidup saya,"keluh aku tanpa aku reda.Otakku beku untuk mencari jalan penyelesaian.Simpanan juga telah aku keluarkan,pinjaman bank sudah kumohon tetapi tidak lulus.

"Berapa yang kau dah kumpul?"

"80k saja yang saya ada.Itupun simpanan saya dan abah.Pak Cik Salleh tidak menyumbang apa-apa."Aku berterus-terang.Pak Cik Salleh berlagak tidak bersalah dan masih menayangkan muka tidak tahu malunya kepada aku dan abah.Sakitnya hati.Sedikit pun tidak membantu aku dua beranak yang berhempas pulas mencari wang.

"Masih banyak yang perlu kau kumpul dalam masa dua hari,"kata Tengku Syamil.

"Apa saya boleh buat,Tengku?Saya bukan orang senang nak cari sebanyak itu dalam sekelip mata."

"So,kau nak jadi hamba mereka?Jadi pelacur seumur hidup kau sedangkan semua yang terjadi bukan salah kau?Kau rela?"

Aku menjungkit bahuku.Dahiku diurut-urut dengan tanganku."Saya tak ada pilihan selain bawa abah melarikan diri atau saya mati saja lebih mudah daripada menggadaikan maruah diri saya menjadi hamba mereka."

Tengku Syamil tersengih lalu berkata"pendek akal kau,Ammara."

"Apa pilihan yang saya ada?"

Tengku Syamil senyum lebar kepadaku melepaskan nafasnya."Aku ada jalan keluar jika kau setuju."

Aku tergamam memandangnya.Apakah jalan keluar yang dimaksudkannya itu?Setiap hari aku memerah otak berfikir tetapi dengan mudah dia jumpa jalan penyelesaian masalahku.

"Apa,Tengku?"

"Aku boleh langsaikan semua hutang kau tapi ada balasannya.Aku tak nak rugi."Tengku Syamil meneguk air kopinya setelah memberi aku sedikit sinar yang malap.Bantuan yang dihulurkan ada balasannha yang dituntut.

Berapa lama lagi aku perlu menghambakan diri untuk bekerja dengannya?Hutang RM55000 pun belum sempat potong lagi,ini sudah bertambah beban yang baru.

"Berapa lama saya kena kerja dengan Tengku dan berapa gaji saya akan ditolak?"Aku menyoal lagi.

"Kau tak perlu kerja dengan aku."

"Habis tu?"

"Kahwin dengan aku dan lahirkan anak untuk aku."

Ternganga aku mendengarnya.Bergurau atau serius aku tidak tahu kerana riaknya tetap begitu.Bergetar lutut aku jika ianya benar.Keluar mulut harimau masuk mulut buaya."Haaa?Tengku bergurau kan?"

Tengku Syamil menggelengkan kepala dan senyum kepadaku."Aku tak ada masa nak gurau.Kau setuju kahwin dengan aku,segala hutang aku selesaikan.Macam mana?"

Tengku Syamil dengan bongkak menyilangkan kaki.Dia tahu aku tiada pilihan melainkan bersetuju tetapi apa motif dia mahu aku kahwin dengannya.'Arrghh...Tengku dan ah long itu sama saja.Gunakan kesusahan aku demi kepentingan diri sendiri.Dasar kapitalis yang menindas orang terdesak seperti aku.'

"Jangan main-main,Tengku.Ini hidup saya dan masa depan saya."

"Sekurang-kurang dengan aku,hidup kau lebih terjamin berbanding kau menjadi hamba gengster tu.Kau ingat dorang akan layan kau bak puteri ke?Dorang tak akan lepaskan kau walaupun sedikit sebab kau akan beri keuntungan berlipat ganda kepada mereka?So now,apa pilihan yang kau ada?Kahwin dengan aku atau kau masuk ke neraka yang dorang akan ciptakan untuk kau."

Aku berfikir sejenak.Sungguh menakutkan kata-kata Tengku Syamil.Ya,aku tahu aku tidak akan terlepas jika sudah terjebak dengan dunia mereka.Tapi apa jaminanya jika aku bernikah dengan Tengku Syamil.Dia juga spesis hati kering yang tidak punya perasaan?Selamatkah aku daripada cengkamannya?Dua-dua aku tidak selamat sebenarnya cuma dengan Tengku Syamil aku,kehormatan aku tidak tercabul begitu saja.Bayangkan berapa ramai lelaki akan bersama aku jika aku menjadi hamba mereka.Jijik sekali.

"Apa perjanjiannya?Berapa lama saya perlu menjadi isteri Tengku?"tanya aku.

"Ammara,kau ingat ini drama Melayu TV3 ke nak kahwin kontrak?"

"Habis tu,berapa lama Tengku nak simpan saya jadi isteri Tengku?"Aku bertanya lagi.Aneh sungguh permintaan dia.Apa motif dia mahu mengahwini aku jika tiada perjanjian yang menguntungkan dirinya.Mungkin juga dia hanya mahukan anak seperti yang disebut tadi.

"Selagi nyawa dikandung badan."

Kening aku dikerutkan lagi."Haaa?Tengku jangan buat kerja gila."

"Aku tak gila.Aku malas nak mengelak soalan nenda yang asyik desak aku kahwin.Aku tangkap muat saja mana yang sempat."Begitu selambanya dia bercakap.

"Tengku carilah perempuan lain yang sudi kahwin dengan Tengku dan sehidup semati dengan Tengku.Kenapa saya pula?"

"Aku rasa kau orang yang paling sesuai untuk aku jadikan isteri dan lahirkan waris empayar hotel aku."

Wau,masalah bertambah rumit!Aku terhimpit antara Tengku Syamil dan ah long.Mana yang akan aku pilih?Keputusan yang sangat sukar untuk aku buat.Aku juga perlu pintar membuat rundingan dengan dia supaya masing-masing dapat manfaat.

"Saya setuju jika Tengku hormati privasi saya.Tengku tak boleh sentuh saya dan tak boleh control kebebasan saya."

Terbeliak mata Tengku memandangku sekejap.Selepas itu,dia gelak kecil."Peraturan apa yang kau tetapkan ni?Aku tak akan control kebebasan kau tetapi permintaan yang satu lagi tu aku tak setuju.Aku tak boleh janji tak akan sentuh kau sebab aku nak zuriat.Aku lelaki dan punya nafsu,mana boleh tahan kalau hari-hari duduk dalam satu bilik dengan kau."Tengku Syamil sangat berterus-terang.Lelaki semuanya sama.Jika bercakap tentang nafsu,tiada seorang pun yang dapat mengawalnya.

"Kita tidur bilik berasingan.Nak anak kita boleh buat IVF."Aku tidak berputus-asa mencuba.

"Fuhhh...Semua aku tak setuju.Lebih baik aku tak payah kahwin kalau macam tu.Baik aku upah saja mana-mana perempuan jadi ibu anak aku."Tengku Syamil membantah cadanganku tadi.

"Then?"

"Pilihan di tangan kau sama ada kau nak layan aku sorang atau kau nak layan bermacam-macam lagi lelaki.Terpulang.So,fikir baik-baik."Tengku Syamil tersengih lagi dengan bangga.

Aku pula?Tersepit?Terhimpit?Nyawa abahku dan diriku sendiri menjadi taruhan dalam masalah ini.Aku tidak dapat memberikan jawapan lagi kepada Tengku Syamil.Soal pilihan,dua-dua akan menjerat diri aku sendiri.Tersalah langkah,gelap masa depanku.Aku sungguh terbeban ketika ini.

Akhirnya dpt update..Maaf kpd readers Miss J.Miss J tersasar dprd apa yg Miss J plan sebenarnya.Maaf sbb buat anda smua tertunggu-tunggu. So,agak-agaknya Ammara sudi tak kahwin dengan TS?Hehehe..Stay tuned for the next chapter..Muaaahhh..I love you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience