Bab 32 : Terlerai Sudah

Romance Series 697932

Tengku Amir meluncur kereta menghala ke rumah nenda.Nampak gayanya beria-ria nenda menyuruh semua balik ke vilanya kerana ada perkara yang perlu dibincangkan.Nada dan emosi nenda tidak begitu baik.Mungkin ada sesuatu yang mengganggu nenda.Rela atapun tidak,aku akan bertemu dengan Tengku Syamil juga di vila nenda sebentar lagi setelah dua minggu aku melenyapkan diri.Fizikalku mungkin bersedia tetapi mental dan emosi aku tidak pasti.'Aahh...Hadap sajalah.'

Dalam terang cahaya lampu neon berwarna-warni melimpahi kegelapan kota,aku merenung ke luar jendela.Titisan nipis air hujan menempel-nempel pada cermin tingkap kereta.Tidak lama ianya menekap,kemudian akan mengalir turun ke bawah mengikut irama kereta yang bergerak.Jari-jari aku bermain dengan titisan air dari dalam.Setiap pergerakan titisan yang jatuh aku gerakkan sekali dengan jariku ke bawah.

"Sofia dah ready nak jumpa Syamil?"suara mama memecah kesunyian dalam perut kereta dipandu oleh Tengku Amir.Dari cermin anaknya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi gelabah atau gelisah.Bermula perjalanan dari rumah,Ammara bermenung saja.

Aku mengangkat kepalaku."Hmm...Mahu ataupun tidak Sofia harus berdepan juga dengan dia.Tak apalah,mama Sofi mengikut arus masa yang menentukan nanti."Setenang-tenang percakapan dan kelakuanku,dalam hati bagai mahu meletup.Aku gagahkan diri aku demi insan yang lain.

"Amir harap Abang Syamil tak buat dramalah kat rumah nenda.Rosak program nanti."Tengku Amir menyampuk.Melihat kepada keadaan Tengku Syamil,dia rasa abang sepupunya akan buat drama nanti.

"Drama pun tak apalah,isteri dia.Siapa tak sayang isteri merajuk.Bukan sehari,makan minggu tu,Mir."Mama menokok tambah.

Aku senyum saja di belakang.Ada-ada saja mama dengan Tengku Amir mahu kenakan aku.

"Dia buat drama cinta dorang,Amir tak kisah ma.Yang Amir takut,nanti Abang Syamil serang Amir kalau dia tahu kita sorokkan isteri dia.Mama tak apalah,Abang Syamil tak berani nak apa-apakan.Amir ni bakal menjadi mangsa.Dahlah hampir setiap hari Amir jumpa dia tapi Amir tak cakap sepatah pun pasal kak long."Tengku Amir rungsing dengan tindakan Tengku Amir kepadanya.Pasti mengamuklah abang sepupunya itu tapi apakan daya demi kakak tersayang dia berkomplot sama.

"Amir jangan takut.Kak long akan bake up Amir kalau Abang Syamil marah nanti."Aku mencelah.Semestinya aku akan mempertahan Tengku Amir yang banyak membantuku selain dia ialah adikku.Pada masa yang sama sebenarnya aku kasihan juga dengan Tengku Amir.Dia tersepit dalam permasalahan aku dengan Tengku Syamil.

"Macam nilah kakak Amir."

Setelah itu,kami bertiga rancak berbual di dalam kereta sementara sampai ke vila nenda.Masuk sahaja ke perkarangan vila nenda,kelihatan kereta hitam milik Tengku Syamil baru mematikan lampu.Tandanya dia juga baru sampai di situ.Aku yang tadinya tenang berubah tidak tentu hala.Leherku panjang menjenguk-jenguk ke luar mencari kelibat Tengku Syamil.Tengku Amir dan mama sudah pun berada di luar kereta.

Aku perhatikan Tengku Syamil berdiri selepas menutup kembali pintu keretanya.Aku intai dari jendela.Benarlah kata Tengku Amir,dirinya kurang terurus.Segala roma-roma di bahagian mukanya bercambah subur.Tiba-tiba,rindu kepada susuk itu mula menjemput.Ingin sekali aku memeluk tubuh lelaki itu seeratnya dan tidak mahu melepaskannya.Perutku aku pegang sekali lagi.

Sedang seronok mereka berbual,aku mengambil keputusan untuk keluar juga daripada perut kereta.Bergetar kakiku ingin melangkah untuk menonjolkan diri tetapi aku gagahkan jua,melawan perasaan aku.

Jelas terkejut Tengku Syamil apabila aku menuruni kereta mama.Melekat matanya memandang aku dari atas ke bawah.Tengku Amir nampak sangat cuaknya.Mata kami saling berpandangan,tidak percaya dengan pertemuan ini.

"Rara."Tengku Syamila menyebut tetapi masih kaku berdiri di situ.

"Amir,"panggil Tengku Syamil menekan nada suaranya.

"Eerr...Err...Nanti Amir explain.Hmmm...Amir masuk dengan mama dulu."Tengku Amir mengelak.Takut dengan renungan tajam mata Tengku Syamil kepadanya.Manakala aku buat-buat tidak nampak Tengku Syamil yang seperti nampak hantu melihat aku.Tengku Amir sudah mengangkat kaki dari situ mengejar mama masuk ke dalam.Tengku Syamil tidak hiraukan Tengku Amir melarikan diri bagai lipas kudung.

Dia menapak kepadaku lalu badanku yang sedikit berisi dipeluk dengan kemas.Penuh kerinduan."Rara ke mana?Abang rindu sangat pada Rara,"esak Tengku Syamil di telingaku.Aku tidak membalas pelukannya kerana aku tidak tahu reaksi bagaimanakah harus aku pamerkan.Lantas aku meleraikan pelukannya.

"Let me go."

"No,sayang.Abang tak nak lepas sebab abang rindu.Rara tak rindu ke tinggal abang lama-lama?"Pertanyaan Tengku Syamil buat aku sebak.'Terlalu rindu,abang.'

Aku memalingkan muka aku ke tepi."Pergilah kat perempuan tu.Buat apa nak rindu Rara pula?"

"Syamil,Sofia masuk.Opah panggil,"Mama memanggil kami masuk dalam vila.Tengku Syamil tidak mahu melepaskan aku.Tanganku digengggam dan dipimpin bawa masuk ke dalam bersama-sama.Semakin aku meronta,semakin kuat pegangan tangannya.Penyudahnya,aku ekori saja langkah tanpa rela hati.

****
Tengku Syamil pantas duduk bertempek di sebelah aku.Rapat-serapatnya sehingga tiada jarak yang menjadi pemisah antara kami hatta satu sentimeter.Tangannya pula tidak lepas merangkul pinggang aku yang sedikit berisi daripada biasa.Rimas.

Dari hujung mata aku mencuri pandang Tengku Syamil di sebelah sekejap-sekejap.Jambang,misai dan janggut semakin menebal.Aku sangat merinduinya.Dua minggu aku menahan rindu sangat menyeksakan jiwa aku.Tidak pernah aku rasakan rindu begini.Hanya untuk Tengku Syamil.'I miss you so much,abang.'

Tidak lama itu,mataku memandang dia tertangkap oleh Tengku Syamil.Dia hadiahkan senyuman kepadaku.Secepat yang mungkin aku mengalihkan pandangan pura-pura tidak bersalah.Dia semakin merapatkan bibirnya ke cuping telingaku.Hembusan hangat nafasnya menaikkan roma-roma halusku.

"Abang tahu Rara rindu abang.Mengaku sajalah.Tak payah curi-curi pandang macam tu."Dia berbisik kepadaku.Aku menyiku dadanya.

Selepas itu,nenda datang ke ruang tamu dengan wajah yang tegang.Aku tidak tahu kenapa.Yang pasti dia mungkin marah atau tidak puas hati dengan sesuatu perkara.Agaknya kemarahan dia melibatkan kami semua.Oleh hal yang demikian,dia memanggil kami semua hadir perjumpaan tergempar ini.Sebelum nenda memulakan bicara,dia menjeling kepada aku dan Tengku Syamil.'Nenda marahkan aku dengan Syamil ke?'

"Bagus semua orang dah ada.Tujuan nenda ajak korang semua datang ke sini sebab nenda ada hal yang sangat penting untuk dibicarakan.Nenda tak suka ada spekulasi murahan murahan yang akan menjatuhkan imej keluarga kita."Tegas suara nenda.Duduknya pun menegak.Kami semua tekun memberi fokus walaupun masing-masing tidak faham maksud nenda sebenarnya.

"Spekulasi apa,bonda?"Mama bertanya tetapi tidak dijawab.Nenda mengambil telefon pintarnya dan memperdengarkan kami satu audio.

"Aku yang paksa Ammara kahwin dengan aku sebagai cagaran aku bayar hutang-hutang dia."

"So,dia pun setujulah ya?Then,kehendak zahir dan batin kau dia kena layanlah kan?Ehh...Sekejap..Mestilah dia layan batin kau,kalau tak takkanlah dia boleh mengandung."

"Sekurang-kurangnya dia tidur dan layan aku seorang saja."

Kesemua orang terkejut mendengar audio perbualan Tengku Syamil dengan Cik Puan Salina.Aku menunduk malu.Bulat besar mata Tengku Syamil membalas renungan tajam nenda yang serius itu.Aku tidak berani memandang wajah sesiapa.

"Betul ni,suara Syamil?"Nenda memulakan siasatan.

"Ya,nenda.Kenapa dengan rakaman tu?"Tengku Syamil tenang menjawab.Dia mengakui itu ialah suaranya.

"Kenapa Syamil tanya?Syamil sedar tak apa yang Syamil dengan Ammara dah buat ni?Kamu berdua dah tipu kami semua.Kahwin disebabkan hutang.Ni nenda dah ambil penyata akaun Syamil,300k Syamil keluarkan untuk bayar hutang Ammara dan ini dokumen pinjaman palsu atas nama Ammara semata-mata untuk mengaburi mata semua orang."Satu persatu nenda letakkan di atas meja.Aku membeku di sebelah Tengku Syamil.

"300k tu duit simpanan peribadi Syamil,jadi tiada siapa yang punya hak untuk persoalkan Syamil guna untuk apa.Pasal audio ni hanya suntingan pendek saja,nenda tak dengar habis cerita yang sebenar.Ini kerja Auntie Salina.Nenda tahu kan dia macam mana,yang nenda percaya dengan dia mengapa?"Tengku Syamil mempertahankan diri.Aku tidak menyangka rahsia perkahwinan kami terbongkar juga.Aku hampir terlupa tentangnya kerana aku dan Tengku Syamil telah bersepakat untuk membuka lembaran baru untuk hidup yang lebih baik kerana kami saling menyayangi.

"Nenda tak kisah ini kerja siapa.Syamil dengan Salina sama saja,lidah bercabang.Isunya sekarang,Syamil dan Ammara dah tipu kami pasal perkahwinan korang."Nenda sangat kecewa dengan berita tersebut.Walaupun dia tahu Cik Puan Salina itu bagaimana tetapi dia tidak menyangka cucunya sendiri tergamak melaburkan duit untuk meniduri seorang perempuan

"Apa yang tipu?Syamil kahwin dengan Ammara secara sah kan?"Tengku Syamil membidas nenda semula.

Nenda mencerlung mata kepada Tengku Syamil.Cucunya itu memang suka sangat menjawab."Memang sah tapi niat Syamil tu dengan Ammara kahwin untuk apa?Ammara selesaikan hutang,Syamil pula untuk meniduri Ammara."

Ketika ini,Tengku Syamil hanya menggelengkan kepalanya.

Nenda beralih kepada aku pula."Ammara beritahu nenda,mana kontrak perkahwinan korang?Apa lagi intipati perjanjian yang kamu dengan Syamil?Berapa lama usia pernikahan kamu sebelum bercerai."Bertalu-talu aku disoal oleh nenda.Aku hanya mampu menggelengkan kepala.Tiada satu pun yang aku dapat jawab dengan tepat walhal aku tahu jawapan sebenar.Tiada.

"Nenda jangan desak Ammara.Benda-benda yang nenda tanya tu tak pernah wujud pun.Ya,memang Syamil yang paksa dia kahwin dengan Syamil sebagai bayaran balik hutang ah long yang Syamil laburkan.Tapi kami tak ada buat apa-apa perjanjian atau kontrak.Sekadar kontrak melalui mulut saja yang dia sanggup jadi isteri Syamil."Tengku Syamil memberitahu.

Nenda merenung aku."Salah satu perjanjian korang,Ammara kena tidur dan layan nafsu Syamil?Macam tu?Tak ubah seperti perempuan simpanan."

Pedihnya kata-kata yang dihamburkan oleh nenda kepadaku.Bahuku terhinjut-hinjut menangis.Malapetaka apakah yang melanda diri aku sekarang ini?Satu demi satu masalah menghimpit jiwa aku.Aku rasa mahu melarikan diri ke tempat yang langsung tiada orang mengenaliku.

"Hentikan,nenda.Nenda sedang bercakap tentang isteri Syamil."Tengku Syamil meradang.Dari tadi dia pertahankan aku.

Nenda tidak mendengar.Dia tetap mendesak aku."Ammara desperate sangat ke sampai kena buat perjanjian macam tu?Apa Ammara tak malu menyerahkan harga diri Ammara kerana duit?Hanya pelacur buat macam tu untuk dapatkan duit."Nenda menghina status aku sebagai isteri Tengku Syamil.Sesak nafasku.Mahu melawan aku tidak berdaya.Aku kehilangan kata-kata walaupun aku berhak mempertahankan diri.

Tengku Syamil bangun dari duduknya."Ammara bukan pelacur atau perempuan simpanan macam yang nenda cakap.Dia isteri Syamil yang sah."

"Isteri?Nenda nak Syamil ceraikan Ammara.Nenda tak nak ada toksik macam Salina dalam keluarga kita."

Tengku Syamil bengang dengan permintaan nenda.Mana mungkin dia menceraikan isterinya."No,nenda.Syamil tak akan ceraikan Ammara walau nenda hunus pedang pada tengkuk Syamil."Tengku Syamil berkeras.

Nenda sekadar menjeling Tengku Syamil.Aku pula diserang bertubi-tubi."Nenda tak sangka Ammara pun sama macam Salina yang sanggup pertaruhkan tubuh demi wang.Terlalu murah harga diri Ammara ataupun Ammara sudah biasa buat macam tu?"Nenda tidak henti-henti mencerca aku.Aku tidak mampu mengawal rasa sebak yang semakin menebal.Dengan kebisuan,aku lari keluar dari ruang tamu itu.Tidak sanggup aku mendengar cercaan nenda yang bertalu-talu.

"Ammara,tunggu abang."Tengku Syamil mengejar langkahku dari belakang sehingga menghilang daripada pandangan nenda.

Nenda mengeluh kasar.Dia sangat kecewa mereka berkahwin dengan cara sebegitu bukan kerana cinta.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang Salina lakukan kepada anaknya.

"Ciri-ciri Si Salina ada pada budak Ammara ni.Sakitnya hati.Keturunan Syamil disumpah ke apa,semua dapat perempuan jenis mata duitan dan tak ada harga diri."Nenda mengomel.

Tengku Zanariah rasa terpukul dengan kata-kata ibu saudaranya kerana yang dihina itu anak kandungnya sendiri."Tak baik bonda cakap macam tu kepada Ammara.Dia bukan macam yang bonda fikir."

"Bukti yang ada ni tak cukup lagi ke nak buktikan dia tu perempuan murahan yang mata duitan?Nanti beritahu Syamil,suruh dia ceraikan saja perempuan macam tu.Perangai tak ubah macam GRO,"tambah nenda.

Tengku Zanariah berdiri.Dia dan Tengku Amir pun tidak sanggup berlama di situ.Tersangat pedih hati mereka.

"Zana dengan Amir pun nak balik?"soal nenda apabila mereka ingin beredar.

Tengku Zanariah yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tersenyum kelat."Biarlah Zana balik bawa puteri Zana.Zana tak sanggup dengar bonda hina anak Zana samakan dia dengan pelacur."

Nenda terpana mendengarnya."Aappaa....Anakk.."

"Ya.Budak yang bonda cakap pelacur dan murah itu anak kandung Zana yang dah lama hilang.Bonda,Sofia hanya mangsa keadaan.Apa pilihan yang dia ada selain bersetuju dengan cadangan Syamil masa tu?Memang Syamil agak kejam mengambil kesempatan atas kesulitan Sofia tetapi mereka saling mencintai.Di pihak Zana sebagai ibu,Zana tak nak dorang bercerai."Tengku Zanariah merintih.Kemudian,dia pergi bersama Tengku Amir.Tinggallah nenda terkebil-kebil dalam vila yang serba besar itu.

****
"Ammara!"Tengku Syamil menyoroti langkah aku belakang.Aku bermandikan air mata.Di kala ini hanya air mata yang bisa berbicara kerana mulutku tidak mampu lagi mengucapkan kata-kata.Aku keluar mencari ketenangan daripada terus dihina oleh nenda.Apa guna aku menadah telinga aku jika menyakiti hati sendiri?

Aku berhenti di parkir kereta tadi kerana aku rasa mengah.Tengku Syamil memelukku dari belakang."Sayang,jangan lari dari abang lagi,"rayu Tengku Syamil.

"Lepaskan,Rara."Aku meronta-ronta apabila Tengku Syamil mendakap aku dengan erat.Sukar untuk aku melepaskan diri dalam keadaan ini.Rontaan aku tidak bermakna kerana kudrat Tengku Syamil lebih gagah sebaliknya aku hanya mampu menangis tanpa melawan.

"Seumur hidup Rara tak pernah rasa sehina ini.
Rara tidak semurah yang nenda katakan,"aku luahkan kepada Tengku Syamil.Ketajaman lidah nenda menambahkan kedukaan hati aku.Sejak tadi aku memendam rasa.

"Abang kenal Rara luar dan dalam,abang tahu Rara bukan perempuan macam tu.Abaikan apa yang nenda cakap.Rara ikut abang balik ya,"ajak Tengku Syamil yang turut sama menangis.Aku menggeleng tidak mahu.

Dakapan tangan Tengku Syamil di abdomenku buat nafasku tersangkut di dada.Terlalu kuat.Aku perlu selamatkan dua nyawa lain."Abang lepaskan Rara.Rara lemas,tak boleh bernafas abang peluk Rara macam ni,"pintaku.Tengku Syamil menuruti kemahuanku,pelukan kemasnya dilepaskan sikit-sikit.Barangkali dia khuatir aku akan melarikan diri.

Aku menyedut oksigen masuk ke dalam rongga hidungku sebelum ianya mengalir ke paru-paru.Jarak Tengku Syamil dengan aku tidak sampai satu meter."Rara tak pernah minta semua ini terjadi.Ya,Rara kahwin dengan abang sebab nak lunaskan hutang tapi harga diri Rara tak serendah itu.Nenda tak patut cakap Rara macam tu.Kalau Rara ni sejahat yang nenda sangka tu,abang ikutlah cakap nenda.Ceraikan Rara daripada Rara terus dihina."

"Apa nak cerai pula ni,sayang?Abang tak akan ceraikan Rara walau nenda bunuh abang sekalipun.Dua minggu Rara hilang pun abang dah gila,inikan pula nak ceraikan Rara."

"Rara terjerat dengan semua ini sebab abang.Tiada langsung nilai yang sesuai untuk diri sayang.Apa pun pandangan nenda,Rara tetap isteri abang dan abang tak pernah anggap Rara menjual diri kepada abang.Abang cinta dan sayangkan Rara.Jom balik,sayang."Tengku Syamil menghulurkan tangan tetapi tidak aku sambut manakala tanganku disorokkan ke belakang.Aku menggeleng.

"Rara tak nak balik...."Dirian aku tidak stabil.Badannku terhuyung ke kiri dan kanan.Saat aku menghadapi situasi gusar,kepalaku akan berpusing dan semua objek di hadapanku seakan-akan bergerak dan berputar dengan laju.Aku tidak dapat menapak dengan tegap.Pandanganku kelam dalam kegelapan lalu rebah tidak sedar.Tengku Syamil menyambut aku daripada terhempas ke atas tar keras.

"Rara,kenapa ni?"Tengku Syamil panik.Muka Ammara basah dengan air mata dan peluh.Dia memangku dengan cermat.Pipiku ditepuk-tepuk

"Syamil,kenapa dengan Ammara?"Tengku Zanariah dan Amir muncul dari belakang bersama Tengku Syamil.

"Ammara pengsan."

"Ya Allah.Angkat dia bawa balik."

Tengku Syamil mendukung isterinya yang sedikit berat masuk ke dalam perut keretanya.

****
"Bonda dengan Amir minta maaf sebab sembunyikan Ammara di rumah bonda,"tutur lembut Tengku Zanariah menjelaskan perkara sebenar kepada Tengku Syamil.Dari cerita pemergian opah dan identiti Ammara dirungkai sekali.Tengku Syamil berhak tahu siapa sebenarnya Ammara.

"Hhmm..Ralatnya Syamil tak sempat jumpa opah,"rungut Tengku Syamil dengan rasa sesal.Dirinya orang terakhir yang tahu opah Ammara telah dijemput Ilahi.'Bagaimanalah perasaaan Ammara masa tu?Aku tidak ada di sampingnya saat dia mengalami kesulitan.'

"Tak mengapalah,Syamil.Dah tiba ajal opah.Yang penting kita teruskan doakan untuk arwah,"kata Tengku Zanariah.Tengku Amir dari tadi menikus di belakang Tengku Zanariah.Dialah penyimpan cop mohor Ammara sepanjang kehilangannya.

"Baiklah,bonda."

"Haaaa...Lepas ni,abang kena panggil mama.No bonda-bonda anymore,"Tengku Amir baru berani mencelah perbualan mereka setelah abang sepupunya nampaknya semakin sejuk dan tenang.

"Eh,baru bersuara!Tadi senyap saja,"tegur Tengku Syamil mengejek.Dia tahu Tengku Amir takut akan dimarahi.Jauh di sudut hati,dia sangat berterima kasih kepada Tengku telah menjaga Ammara dengan baik.

"Tadi tak ada modal nak cakap sebab mama dah cakap dah semuanya.Amir diam sajalah.Salay cakap nanti cari nahas pula,"Tengku Amir sempat berseloroh.Memanglah dia takut jika Tengku Syamil mula mengamuk,lebih dahsyat daripada gempa bumi gegarannya.

Tengku Amir semakin berani mendarat di sebelah TengkuSyamil.Tangannya diletak atas bahu Tengku Syamil."Sekarang ni boleh tak buang cemburu abang kepada Amir sebab kita dah jadi ipar.Hmmm...Sepupuku,abang iparku.Boleh buat tajuk sinetron ni."Tengku Amir membuat lawak di sampingan mengenakan abang iparnya kini.

Tengku Zanariah menggeleng saja dengan gelagat Tengku Amir dan Tengku Syamil.

"Tak tercapai dek akal Syamil yang Ammara anak bonda...errr...mama.Patutlah Ammara tu cantik macam mama.Syamil ke orang yang terakhir tahu?"kata Tengku Syamil yang masih tidak percaya akan hal itu.Disangkanya Ammara orang jauh,rupa-rupanya saudara terdekat dia juga.Jodoh kata orang tidak mengenal siapa kerana ianya telah tertulis.Begitulah jodoh dia dan Ammara yang semuanya secara kebetulan.

"Nenda pun baru tahu tadi.Sebelum mama keluar,mama dah beritahu nenda.Terpulanglah kepada nenda nak terima atau tidak."

"Hmm..Syamil minta maaf sebab Syamil dah susahkan hidup Ammara.Nenda tak patut cakap Amara macam tadi.Jika bukan idea bodoh Syamil ajak kahwin dengan cara macam tu,semuanya takkan jadi macam tu.Tapi apa Syamil memang dah lama sayangkan Ammara bukan sebab Syamil nak tidur dengan dia,mama.Record tu tak lengkap apa yang Syamil cakap."Tengku Syamil diburu rasa bersalah lagi-lagi Tengku Zanariah ialah mama Ammara.Dia tidak ingin Tengku Zanariah salah faham terhadap dirinya kerana dia mengahwini Ammara atas dasar cinta walaupun ketika itu Ammara tidak mencintainya.Rakaman itu boleh menimbulkan anggapan yang dia hanya ingin pergunakan Ammara.

"Mama dah tahu dari awal mengapa Syamil kahwin dengan Ammara.Mama tak nak salahkan Syamil mahupun Ammara sebab memang dah jodoh kamu berdua."

"Mama jangan risau,Syamil akan jaga Ammara sebaiknya.Syamil nak bagi jaminan yang Syamil tak akan ceraikan Ammara seperti yang nenda minta tadi.Mama jangan risau."

Tengku Zanariah tersenyum.Sesungguhnya hatinya sangat lega dengan jaminan Tengku Syamil."Kalau dah Syamil kata macam tu,senang hati mama.Cuma untuk masalah sekarang ni,Syamil selesaikanlah baik-baik dengan Ammara.Mama tau Ammara tu keras kepala sikit,susah Syamil nak handle."

"Pandailah Syamil uruskan Ammara tu nanti,mama.Dah ada depan mata,senang Syamil nak handle dan pujuk Ammara.Mama jangan risau."Tengku Syamil dampak yakin.Ammara ada bersamanya lebih mudah untuk dia mengatur strategi memujuk Si Isteri.

"Tak apalah kalau macam tu.Mama dengan Amir balik dulu.Dah lewat ni."Tengku Zanariah berdiri dan matanya melilau mencari anak bujangnya,Tengku Amir.

"Amir mana?"tanya Tengku Zanariah.

"Ada ni,mama.Amir ke tandas tadi.Sakit perut pula."Tengku Amir menggosok-gosok perutnya yang memulas.

"Jomlah balik."

"Let's go captain,"kata Tengku Amir menuruti mamanya.Tengku Syamil mengiringi Tengku Zanariah dan Tengku Amir ke pintu.

Tengku Zanariah berhenti di muka pintu tatkala dia teringat sesuatu tentang Ammara.Telapak tangannya mendarat pada bahu Tengku Syamil dan mengukir senyuman lebar."Mama harap Syamil bersabar pujuk Ammara.Biasalah,emosi pembawakan budak ni lain sikit."

Tengku Syamil kebingungan dengan klu yang ibu mentuanya berikan.Faham dan tidak sama banyak."Pembawakan budak?"soal Tengku Syamil.

Tengku Zanariah tetap tersenyum."Hmm...Itu Syamil tanya Ammara sendiri."Tengku Zanariah bermain tarik tali dengan Tengku Syamil.Fikirannya kabur untuk memahami maksudnya.Tengku Zanariah berlalu biarkan Tengku Syamil tertanya-tanya.Biarlah Ammara sendiri yang memberitahu khabar gembira buat mereka berdua.

"Oh ya,sebelum mama terlupa!Malam-malam biasanya Ammara tidak dapat tidur lena.Kakinya kadang-kadang kejang.Syamil standby minyak untuk urut kaki Ammara,"pesan Tengku Zanariah dengan ceria.Tengku Syamil mengangguk faham dan melambaikan tangannya kepada Tengku Zanariah serta Tengku Amir berpergian.

****
Aku memijat-mijat kepala aku yang berat seperti dihempap batu besar.Aku bergolek-golek bersama bantal peluk.Ketika itu aku baru tersedar yang aku bukan berada di rumahku.Ruangan bilik yang sangat aku kenal.Lampu,katil,perhiasan dan wangian yang aku rindui selama dua minggu.Ya,Tengku Syamil bawa aku balik ke rumah banglo kami yang aku tinggalkan dua minggu lepas.'Huh'.Aku mengeluh dalam pembaringan aku.

Aku pura-pura pejamkan mata apabila kedengaran pintu bilik terkuak oleh seseorang.Badanku mengiringi ke kiri agar tidak terpandang ke arah pintu.Gerakan langkah kaki menuju ke arah katil pembaringan aku.Selang beberapa saat,katil itu terasa dihenyak oleh Tengku di hadapanku.'Dia duduk di depan aku pula.Habislah kalau dia tahu aku dah sedar.'Aku meneruskan lakonan aku.

Pada waktu itu,jari-jari kasar milik Tengku Syamil mengusap pipi dan bibirku."Bibir ni,pipi ni,mata ni,hidung ni dan semua tentang Rara abang rindu.Setiap detik abang teringatkan Rara.Terubat rindu abang sayang dah ada di sisi abang sekarang."Tengku Syamil bermonolog.Aku tetap memejamkan mata menantikan ucapan yang seterusnya.

"Tahu tak,hidup abang tak tentu hala Rara tak ada.Baru abang mengerti erti tidur tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah itu benar.Abang dah rasa perasaan itu.Tidur teringatkan sayang,makan pun tak selera dan jangan terkejut kalau abang cakap nak mandi pun abang malas.Teruk kan?"luah Tengku Syamil tentang kehidupannya tanpa aku.

'Malas mandi?Abang jangan buat lawaklah.'Bab malas mandi itu sangat mencuit hati aku.Aku tahan gelak.

"Tapi Rara tetap cantik walaupun abang tak ada.Marah-marah Rara pada abang,pipi pun makin kembang ni,"tegur Tengku Syamil sambil jarinya mengoles pipiku semakin mengembang.Biarlah dia mahu kata aku kembang pun.Memang aku selera makan aku meningkat sejak tinggal dengan mama.Pagi,petang,siang dan malam aku makan.

"Tengok abang ni.Jambang dengan misai pun tak terjaga.Makin lama Rara hilang,rasanya abang dah bertukar rupa jadi Goerge dalam filem Rampage agaknya,"sambung Tengku Syamil lagi.Aku tidak dapat berpura-pura lagi.Sebelum ketawa aku tersembur,lebih baik aku membuka mataku.Wajahnya tepat di bertentangan dengan aku.Tatapan mata sayunya itu mengubati kerinduan aku kepadanya.

"Hello my sweetheart,dah sedar?"Soalan Tengku Syamil menyedarkan aku daripada menghayati terus menghayati rautnya.Aku tidak memberi apa-apa respon lantas bingkas bangun.Aku duduk bersila di atas tilam yang empuk itu.

"Kenapa abang pandai-pandai bawa balik Rara ke sini?Rara tak nak balik sini?"tanya aku pula.Sakit hati aku kembali menyelusuri perasaan aku.Malam ini aku terpaksa berhadapan dengan Tengku Syamil yang selama ini aku elakkan.Bersediakan aku mendengar penjelasannya?Tengku Amir telah menceritakan serba sedikit tentang Natasha tetapi masih ada persoalan yang tidak terjawab.Aku tidak cukup tabah untuk mendengarnya.

"Abang yang minta dengan mama nak bawa Rara ke sini masa Rara pengsan tadi.Tempat Rara di sini,di sisi abang dan abang takkan benarkan Rara pergi lagi.Terseksa tanggung rindu pada Rara buat hidup abang tak keruan.Please,sayang.Jangan tinggal abang lagi."Tengku Syamil di mengucup tanganku berkali-kali.Tersentuh hati aku.Tidak semena-mena air mataku luruh.Aku cepat-cepat seka.

Kebisuan aku mendorong Tengku Syamil memohon kemaafan daripada aku."Sayang,abang minta maaf sebab abang tak beritahu Rara awal-awal tentang Tasha.Abang boleh jelaskan sekarang kepada Rara."Tengku Syamil memulai bab Natasha.Ya Allah,aku tidak sanggup mendengar kebenaran.Aku tidak cukup kuat.Aku harap semua ini dihentikan.

Aku mengalihkan fokus Tengku Syamil."Rara tak nak cakap pasal ni.Rara nak mandi.Panas."Tangan aku mengipas-ngipas.Sememangnya aku ingin mengelak dan pada masa yang sama badan aku panas dan melekit.Aku turun dari katil ke bilik pakaian.

Di dalam bilik pakaian aku mengurut-ngurut dadaku.Lama aku di situ melayani perasaan aku.Aku tidak tahu apa yang dilakukan oleh Tengku Syamil.Sunyi saja.Setelah agak tenang,aku mengambil baju tidur lalu keluar.Tengku Syamil tiada di dalam bilik.Mungkin dia turun ke bawah atau ke bilik lain.

Aku mencapai tuala putih masuk ke dalam bilik air.

"Aaaaaaaaa!!!"Aku menjerit seperti nampak hantu.Sosok Tengku Syamil di sebalik pintu memeranjatkan aku.Aku hampir tergelincir tetapi sempat disambut oleh Tengku Syamil.Dia hanya bertuala manakala mesin pencukur pada tangannya dicampak semasa menyambut aku.Aku segera kembalikan posisi aku.Aku tidak boleh membalas renungannya kerana renungan itu akan buat aku lemah.

Rambut yang berjuntaian aku selitkan ke telinga."Rara okay?"soalnya.

"Hmmm..Tak ada apa-apa.Abang buat apa kat sini?Kenapa tak tutup pintu nak guna bilik air?"Aku tidak senang hati di juga berada dalam bilik air.

"Abang nak cukur jambang dan misai abang yang tebal ni,barulah handsome.Tak adalah isteri abang ini lari daripada abang lagi."Dia mengadap cermin dan menyapu krim cukur pada mukanya dengan selamba.

"Abang,Rara nak mandi ni."

"Mandi sajalah."

Aku melepaskan nafasku.'Huh.'

"Macam mana Rara nak mandi abang ada kat sini?"

Tengku Syamil mengalihkan pandangannya kepadaku."Sebelum ni tak ada masalah pun,siap ajak abang mandi sama-sama lagi.Rara mandilah,abang tak intai pun."

Aku tidak tahu dia ada perasaan atau tidak.Dalam keadaan sebegini dia boleh setenang itu.Seperti tiada apa yang berlaku.Tadi dia beremosi sekejap,sekarang tenang dan riang.Mudahnya hatinya berdamai dengan perasaan.

Aku kekal tercegat di situ memeluk tubuh."So,abang tak nak keluarlah?"

"Nope.Abang pun nak mandi juga sekejap lagi.Seharian abang tak mandi hari ni.Pagi tadi saja mandi sekejap,"akui Tengku Syamil tanpa rasa malu.

'What?'Tidak mandi sehari?Biar betul?Parah sangat masalah Si Tengku Syamil.Ini bukan mandi tidak basah tapi malas mandi.

"Eee...Pengotorlah abang ni.Abang mandilah dulu sorang-sorang.Rara tak ada selera nak mandi."Aku memalingkan badan lalu keluar.

****
Setiap kali bangun malam,bahagian kaki dan betisku akan terasa sakit,lenguh dan kejang.Bersabarlah,Ammara ianya tidak lama.Hanya beberapa purnama lagi ketidakselesaan itu akan berakhir.Aku menyandarkan belakangku pada kepala katil dan kaki lunjurkan.Aku mengurut-ngurut.Biasanya mama yang akan lakukan untuk aku tetapi malam ini aku terpaksa buat sendiri.Tengku Syamil pula sudah dibuai mimpi.

Aku turun dari katil tanpa menyedarkan Tengku Syamil.Aku ingin mencari peti ubat-ubatan mendapatkan minyak urut.Ketika aku berjalan aku rasa otot-ototku tegang seperti ditarik-tarik.Kaki aku tidak mampu berdiri tegak.Aku terjelepuk."Abang.."Spontan mulutku memanggil Tengku Syamil.

Dia sedar lalu datang kepadaku."Kenapa ni,Rara?"cemas Tengku Syamil.Aku mengurut kaki kananku yang kekejangan.Sakitnya bukan kepalang.Tengku Syamil melunjurkan kaki aku lalu memicitnya perlahan-lahan sehingga aku sakit aku berkurangan.

"Abang terlupa nak sediakan minyak urut.Mama ada pesan sebelum balik tadi,"kata Tengku Syamil.Dia benar-benar terlupa pesanan Tengku Zanariah.

"Aaahhh...Sakit.Jangan urut kuat sangat."Aku merengek.Terasa sakit kerana Tengku Syamil menekan kuat betisku.

Setelah lega,Tengku Syamil mengangkat aku ke atas tilam kembali.Tangannya masih mengurut kakiku.Aku pandang kerisauan wajahnya."Sakit lagi?"soalnya.

"Dah okay sikit.Tak sesakit tadi."

"Hmmm...Selalu ke jadi macam ni?"

"Sejak dua minggu lepas."Aku menjawab ringkas.

"Rara ada sembunyikan apa-apa daripada abang ke?"Soalannya buat aku berdebar.Aku terus menggeleng.Tengku Syamil mendiamkan dirinya.Dia kekal memicit kakiku sehingga hilang rasa sakitnya.

"Rara rasa dah tak sakit.Cukuplah tu."Aku menahan perlakuan Tengku Syamil daripada terus melayan aku dengan baik sebegini.Aku takut aku sukar melepaskannya nanti.

Usai mengurutku,dia memegang tangan aku."Rara,abang minta maaf pasal Tasha."

'Sudah.Dia mulakan lagi.'Aku tidak suka nama itu disebut lagi.Emosi aku akan terganggu serta-merta."Rara tak nak cakap pasal dia dan Rara tak nak tahu pun siapa dia.Okay?Rara nak tidur."Aku membentak.

"Tapi Rara perlu tahu siapa abang,"ucap Tengku Syamil dengan nada sayu.Janganlah dia menyebut perkara-perkara yang akan melukan hati aku.

"Rara nak tidur."Aku tidak ingin mendengar.Aku menarik selimut ke paras dada.Mata kututup rapat walhal aku tidak rasa mengantuk.Aku hanya berpura-pura untuk mengelak daripada berbicara perkara yang mengguris hati sendiri.

Tengku Syamil tidak berbaring sebaliknya dia menyandarkan belakangnya pada kepala katil.Isterinya mahu mendengar atau tidak,dia bernekad menyingkap rahsia hitam dirinya."Abang bukan lelaki yang baik.Rara kenal abang setelah abang meninggalkan kehidupan jahil abang dulu.Abang tergelincir dari landasan agama.Arak,disko,zina itu menjadi makanan abang.Hidup abang terlampau bebas,"Tengku Syamil memulai cerita sisi gelapnya.Aku masih membisu tetapi aku mendengar dan beristighfar dalam hati.

Tengku Syamil menyambung kembali kisahya."Abang kenal Tasha di UK.Dia student dan model sambilan di sana.Sejak kenal dia,abang terus hanyut dengan cinta dia.Abang tak mampu kawal nafsu abang dan Tasha juga lebih terbuka.Jadi,kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dan kami memanfaatkan kebebasan itu dengan berzina..."Tengku Syamil sebak untuk meneruskan cerita.Aku yang tadi memejamkan mata mula mengangkat kelopak mataku.Sungguh aku kaget.Tengku Syamil boleh bertindak sejauh itu bersama Natasha.Dia telah menyentuh wanita lain selain aku.Pedihnya aku rasa tapi aku masih ingin mendengar selanjutnya.

Dia meneguk air liurnya."Tapi Tasha bercita-cita tinggi mahu jadi supermodel.Dia tinggalkan abang demi mengejar impian untuk bergelar super model terkenal.Dalam diam dia menggoda pengarah dan penerbit untuk naikkan namanya.Abang kecewa sangat.Dia ditinggalkan demi karier glamour yang dia idam-idamkan.Then,kami berpisah.Abang betul-betul kecewa.Abang tinggalkan kehidupan bebas abang,.Abang tutup hati abang untuk semua perempuan sampailah abang bertemu Rara,"Tengku Syamil berterus-terang.Dia terluka tetapi dapatkah aku terima masa lalu dia?Aku simpati tetapi aku sakit hati.Dia pernah bersama menggauli wanita lain selain aku.Aku sudah sedia tahu tetapi perasaan kecewa itu aku tidak dapat buang.

Aku segera bangun dari pembaringan aku."Habis anak tu?Tasha mengandungkan anak abang?"

Lemah Tengku Syamil menggangguk.Mungkin sebab dia ingin menjaga hati aku tetapi hatiku terguris sejak dua minggu lalu."Mana dia?"Aku tidak sabar ingin tahu status anaknya.

"Tak ada.Tasha gugurkan baby tu.Sebab itu juga kami berpisah,"kata Tengku Syamil.Mataku turut berkaca meratapi wajah sayu itu.Penuh kelukaan yang dia hadapi.

"Rara percayalah cakap abang.Abang dah buang semuanya dari hidup abang.Abang menyesal buat semua perkara itu dulu."Beria-ria Tengku Syamil menyakinkan aku.

"Kenapa abang tak pernah beritahu Rara?"

"Abang tak nak Rara kecewa kalau Rara tahu siapa abang.Tak ada yang akan buat sayang gembira jika Rara tahu cerita sebenar."Tengku Syamil memujuk.Bukan niatnya merahsiakannya tetapi alasannya dia tidak ingin Ammara kecewa dan sedih dengan kehidupan lampaunya.

****
Saat aku menyelak daun mataku,Tengku Syamil masih lena di sisi.Entah pukul berapa dia tidur aku tidak pasti.Sesi luahan perasaan malam tadi melapangkan dada aku.Sekiranya dari awal aku memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan hal sebenar,tidaklah aku menanggung rasa rindu sendirian.Aku cuma takut untuk mendengar kebenaran.Takut kecewa namun semuanya sudah terlerai rasa takut itu.

Ketenangan wajahnya dalam nyenyak mengundang rasa bersalah dalam hati aku.Aku tidak sepatutnya menghukum tanpa mendengar.Tengku Syamil yang aku kenal bukan sejahil Tengku Syamil yang dikisahkan.Itu hanya kisah silam,aku tidak ingin lagi jadikan ia satu isu dalam rumah tangga kami.Aku ingin buka lembaran baru untuk hidup tenang dan gembira bersama Tengku Syamil.Kisah silam biarkan ia berlalu pergi kerana siapa aku untuk mengungkitnya.Aku juga manusia yang ada khilaf.Pedoman mama,memaafkan itu lebih indah daripada kehilangan orang yang kita cintai.

Tanganku mengusap pipinya.Sudah bersih daripada bulu-bulu tebal.Wajah ini aku ingin pandang setiap kali aku sedar dari lenaku.Wajah ini aku ingin pandang sepanjang hayatku.Wajah ini ingin aku jadikan teman dalam mimpi indahku.Aku mengukir senyuman melihatnya.Aku bertuah memiliki hatinya.

Kelopak mata Tengku Syamil bergerak-gerak saat aku mengelus pipinya.Alamak..Aku tidak berniat untuk mengejutnya tetapi dia tersedar pula.Dia melirihkan senyuman kepadaku."Good morning,sayang,"katanya dengan mata buka tutup.

"Morning,"balasku dalam renungan.Tidak puas aku menikmati wajah lelaki Si Pencuri hati aku.

"Kenapa pandang abang macam tu?Rindu abanglah tu tengok lama-lama."

Air mataku mula meleleh ke sisi."Rara minta maaf sebab tak bagi peluang abang jelaskan cerita sebenar.Rara berprasangka buruk pada abang tanpa siasat dulu."

"Abang dah maafkan,Rara.Tak payah rasa bersalah."

"Abang,tak kisahlah sehitam dan seteruk manapun masa lalu abang,Rata tetap terima abang seadanya.Rara tak nak hidup berpaksikan masa lalu tetapi masa hadapan kita nanti."

"Rara tak marahkan abang?"

"Mula-mula Rara kecewa tapi perkara itu dah berlalu.Jika benar abang dah tinggalkan semua itu,why not Rara terima abang.Kebahagiaan Rara ialah abang."Aku lebih terbuka.Apa yang berlaku pada masa lalunya,aku tidak layak menghukum.Masa hadapan kami lebih mustahak.Aku ingin mencorakkan masa hadapan kami agar lebih indah tanpa bayangan lalu.

Tengku Syamil mengucup dahiku."Terima kasih sayang sudi menjadi suri hati lelaki yang tidak sempurna ini.Janji dengan abang yang Rara tak akan lari daripada abang walau apa pun masalah yang mendatang.Setia di sisi abang.Abang tak boleh hidup tanpa Rara."

Aku mengangguk."Rara tak akan tinggalkan abang dan kekal di sisi abang.Rara akan habiskan sepanjang hayat dengan abang dan anak kita yang bakal lahir nanti."Aku bawakan tangannya ke perutku.Rahsia yang aku ingin sekali dengan Tengku Syamil selama aku menyepi.

Terbuntang matanya memandangku.Dia tercengang sekejap."Sayang pregnant?"tanya Tengku Syamil seakan tidak percaya.Reaksi yang berbeza aku terima semasa aku hamil dulu.Aku mengangguk mengiakan pertanyaannya.

"Bila sayang?Dah berapa lama?Jadi betullah sangkaan abang semalam?"Tengku Syamil menunjukkan respon teruja dan gembira.Tepatlah tekaannya setelah memikirkan klu yang mama sampaikan semalam.Aku bahagia melihat reaksinya.Ternyata dia bahagia,begitu juga aku.

"Rara tahu hari yang kami bertiga ditembak di klinik.Masa tu dah dua bulan lebih.Sekarang dah masuk bulan ketiga.Lusa Rara check up baby di klinik.Abang temankan Rara boleh?Rara ada suprise untuk abang."

"Suprise apa?"Tengku Syamil mengerutkan keningnya.

"Hmmm..Nak tau abang teman Rara check up."

Maaf terlewat sikit.Jenuh menaip dengan idea hilangnya.So,Rara dan TS dan berbaik.Good news,Rara pun pregnant.Apa suprise yang Rara nanti?Macam mana dengan penyondol tu nanti?Hhehe

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-07-13 02:57:45 

next please..tq update...

Asmah
2021-07-12 17:17:39 

suprise adakah baby twins


NovelPlus Premium

The best ads free experience