Bab 35 : Fitnah

Romance Series 697932

Tengku Syamil menilik belakangnya melalui cermin besar dalam bilik persalinan.Pedih kerana kesan cengkaman kuku panjang Natasha.Tengku Syamil kembali merenung mukanya dalam cermin itu.Dia marah dengan lelaki terbias yang berdiri di hadapannya."Kenapalah aku bodoh sangat?"Tengku Syamil mengetap bibir.Marah dengan dirinya yang terjebak dengan kelakuan tidak bermoral.Paling dikesali ialah Ammara.Bagaimanakah harus dia beritahu Ammara?Dia menduga dan sangat pasti yang Ammara akan terluka dan kecewa dengan dirinya.Yang paling digeruni,Ammara akan meninggalkannya lagi.Kesalahan yang dia sendiri sedar sukar untuk dimaafkan oleh mana-mana isteri.

"Abang,kenapa tutup pintu ni?Rara nak masuk,"panggil Ammara dengan ketukan pintu beberapa kali.Tengku Syamil cepat-cepat menyarung tshirt ke badannya supaya Ammara tidak nampak kesan calar tersebut."Sekejap,"sahut Tengku Syamil.

Tidak lama kemudian,Tengku Syamil membuka pintu.Ammara meluru masuk membawa sebakul pakaian untuk dikemaskan dan disusun rapi."Abang buat apa lama sangat dalam ni?Tak pernah-pernah abang kunci pintu ni,"tanya Ammara sambil tangannya ligat memasukkan penyangkut baju dalam leher baju sebelum digantungkan.

Tengku Syamil menggaru kepalanya yang tidak gatal."Saja.Takut sayang serbu abang nak pakai baju."

"Eh,sebelum ni Rara serbu ke tak,abang tak kisah pun!"Ammara membalas.Nadanya ceria manakala dalam hati Tengku Syamil ribut melanda.Soalan isterinya ringkas tetapi dia tidak dapat menjawab dengan tepat.

"Abang gurau sajalah,Rara.Abang tak kunci pun,tombol tu memang dah tertekan masa abang tutup pintu agaknya,"kelentong Tengku Syamil mengundang tawa kecil Ammara.

"Abang ni gelabah lain macam saja.Are you hiding something from me?"tanya Ammara tanpa memandang Tengku Syamil semakin terkulat-kulat.Pertanyaan Ammara tepat mengena dengan situasinya kini.Setiap persoalan pula,dirasakan sukar untuk menjawabnya.Tersilap jawab,isterinya akan berduka.'Arrghhhhh...'Ikutkan hati dia ingin mengunci diri dalam bilik supaya tidak diaju soalan-soalan memerangkap dirinya sendiri.

"Mana ada gelabah.Biasa saja."Tengku Syamil berlagak biasa.

"Hmmm..Rara rasa abang lain hari ni.Abang merajuk dengan Rara pasal semalam ke?Rara minta maaf.Bukan sengaja nak mungkir janji tetapi Rara tergesa-gesa.Tiba-tiba,Doktor Erin call awalkan janji check up.Kalut Rara dibuatnya,"cerita Ammara.Makan tengah hari mereka di 'suite' tergendala gara-gara mendapat panggilan daripada Doktor Erin.Dia sempat tinggalkan bekal makanan di lobi hotel sahaja tanpa sempat bertemu Tengku Syamil.Sebab itu,Tengku Syamil merajuk dengan dia agaknya.Ammara meneka sendiri.

Tengku Syamil bersandar pada almari pakaiannya."Abang tak marah pun,Rara.Rara hantarkan lunch box untuk abang pun dah kira baik.So,apa kata Doktor Erin?Baby sihat?"

"Dua-dua baby baik-baik saja.Elok hisap ibu jari masa scan.Good news,baby kita girl tapi sorang sajalah yang betul-betul nampak jantina.Yang sorang lagi main tarik tali,doktor cakap kemungkinan baby girl juga.Nanti Rara tunjuk video scan kepada abang."Riang Ammara berceloteh mengenai anak-anak mereka.

Tengku Syamil turut teruja.Hilang sekejap bebanan di otaknya.Dia menunduk bercakap dengan Si Kembar dalam perutku."My sweet girls pilih kasih ye.Mama pergi klinik sorang nak tunjuk jantina.Time papa ikut,sorok.Nampak sangat nak jadi anak mama ni,"seloroh Tengku Syamil.Ammara mengusap-ngusap rambut Tengku Syamil.Bahagia menanti orang baharu.

"Haruslah anak mama.Dah mama yang mengandungkan dua orang ni,takkan tiba-tiba nak jadi anak papa."

Tengku Syamil berdiri memandangku dan tersenyum."Mama kena ingat kalau tak ada papa,mama tak akan mengandung.Dua ketul yang dalam perut Rara ni anak kita.Anak papa dan mama."Tengku Syamil mengusap-usap perutku.

Aku mencubit hidung mancung Tengku Syamil."Nak juga menang.Tapi Doktor Erin cakap Rara nanti mungkin bersalin ceaser sebab baby ni twins,anak sulung pula tu.Maybe ceaser seawal minggu 35,bergantung dengan keadaan Rara macam mana.Kalau Rara tak ada problem,minggu 37 atau 38 bru ceaser."Aku memberitahu apa yang Doktor Erin sampaikan kepada aku.Tekun Tengku Syamil mendengar.

Mata Tengku Syamil mula berkaca lalu dipisat saat ianya mengalir.Dia lebih beremosi daripada aku"Rara okay dengan semua tu?Rara tak takut?"ajunya kepadaku.

Aku senyum."Berdebar juga tapi itu kan proses menjadi seorang ibu.Rara tak kisah apa yang berlaku pada Rara asalkan anak-anak kita selamat dan sihat."

Dia terus mendorong aku ke tubuhnya."Maafkan abang,disebabkan Rara kandungkan anak abang,Rara terpaksa tanggung semua ni.Terima kasih,sayang atas segala pengorbanan Rara sanggup jadi ibu kepada anak-anak abang,"sayu saja dia mengucapkan kata-katanya.

Aku merebahkan kepalaku pada dadanya."Rara tak kisah pun.Ini moment yang indah Rara pernah rasa dalam hidup Rara.Perasaan jadi seorang ibu ni indah sangat.Yang paling tak sabar nak tengok twins kita itupun kalau Rara dipanjangkan umurlah."

"Jangan cakap macam tu,Rara.Abang tahu Rara kuat.Rara dan baby twins akan selamat nanti."

Aku mengemaskan dakapan pada Tengku Syamil.Tidak semena-mena air mataku turut mengalir.Aku tidak tahu sama ada aku akan terus bernafas atau nyawaku terhenti saat melahirkan nanti tetapi aku bahagia.Bahagia aku berpeluang merasa menjadi seorang ibu.

****
'You akan tahu nasib you,Syamil.You takkan terlepas dengan mudah setelah apa yang you dah buat pada I.'Mesej yang dikirim oleh Natasha memberi amaran.Pagi-pagi lagi perempuan itu mengacau hidupnya dengan pesanan sebegitu.Otaknya serabut fikirkan Natasha yang hampir menjebak dia dalam penzinaan.Pesanan dipadamkan.Dia merenung ke arah kolam mandi sendirian.Banyak kali dia menghela nafas tidak senang.

"Abang ni kenapa termenung je dari tadi?"Aku bertanya.Dia tersentak.Aku pelik dia berperangai pelik sejak malam semalam dibawa ke hari ini.Kali ini,dia termenung di tepi di kerusi rehat tepi kolam mandi kami.Mengeluh tidak tentu arah.Aku merasakan ada sesuatu yang menganggu fikirannya.Pasti ada perkara yang belum beres.Aku duduk di kerusi bertentangan mencari sebab ketidaktentuan dia.

"Tak ada apalah."

Aku hulurkan tapak tanganku lalu menggenggam jari-jarinya.Aku bimbang Tengku Syamil ada masalah yang dia tidak berani ceritakan kepadaku."Are you hiding something from me?Abang ada masalah?Share lah dengan Rara."Aku bersedia untuk mendengar perkongsiannya.

"No,sayang.Abang tak ada apa-apa masalah."Dia berbohong menyembunyikan gelisah di hati.Takut untuk dibicarakan kerana terlalu besar untuk isterinya menerima.

"Memang kita kahwin tak lama tapi dari riak abang,cara abang Rara tahu ada benda yang abang cuba sembunyikan.Jangan pendam masalah abang seorang.Rara ada setia mendengar semua masalah abang.Mana tahu Rara boleh tolong."Aku cuba menggali perkara yang mengganggu suamiku dari semalam.Naluri aku terlalu kuat dia sembunyikan sesuatu.

Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali."Betul,Rara.Abang tak ada masalah cuma abang terfikir kalaulah Rara lari dari hidup abang,abang tak taulah macam mana abang?"

"Rara nak lari ke mana,abang?Lari ke hati abang?"Aku bergurau supaya dapat menceriakan suasana.Tengku Syamil melirik senyuman tetapi tidak semanis biasa walaupun senyumnya lebar.Ada kepahitan tersorok di sebalik senyuman lebar itu.

"Hmm..Abang takut anda satu hari nanti Rara bawa anak-anak tinggalkan abang.Abang tak tahu nak hidup macam mana."

"Tak ada alasan Rara nak bawa anak-anak lari daripada abang.Abang ni kenapa?Kenapa Rara rasa abang lain macam hari ni,"kataku menyambung penyiasatan tadi yang belum habis.

Tengku Syamil melepaskan helaan nafas dengan berat.Kerongkongnya seakan-akan tersumbat dengan objek untuk berkata.Soalan yang aku ajukan,dia tidak menjawab malahan pandangannya dialihkan ke kolam.

"Abang Rara ni taklah kejam sangat nak menghukum.Beritahu Rara kenapa dengan abang?Share dengan Rara masalah abang hatta masalah berat sekalipun.Rara akan terima abang.Abang termenung,mengeluh macam ni masalah takkan selesai."Aku mendesak lagi.

Bibir merekahnya dikemam memandang aku.Duduknya juga tidak senang seperti cacing kepanasan.Matanya redup tanpa menipu perasaan sebenarnya."Rara tak senang hati tau abang diam macam ni.Ada masalah cakap pada Rara,biar Rara tahu.Rara tak suka abang sembunyikan masalah dan pendam sendiri."Melihat tingkah Tengku Syamil yang aneh menimbulkan kerisauan dan keraguan dalam hati aku.Aku mengintai-intai wajahnya untuk mendapatkan respon.

Ehem..Ehem..Respon Tengku Syamil,berdehem beberapa kali.Anak mata coklatnya menusuk ke mataku."Rara akan tinggalkan abang tak andai kata abang ada buat sesuatu sukar dimaafkan?"Tengku Syamil memberi klu.

"Hmmm...Bergantung pada salah abang.Kenapa?Abang ada buat salah ke di belakang Rara?"Aku menongkat dagu tersenyum kepadanya.Dia tidak menjawab.Tengku Syamil meneguk air oren sejuk lalu mengalihkan pandangan ke arah lain.Anak matanya tidak statik dan sentiasa bergerak-gerak.

Lengannya aku tolak-tolak.Mataku dikecilkan dan menunjuk ke arahnya."Abang buat salah apa belakang Rara?Abang ada perempuan lain ya?"Aku bermain teka-teka.

Pantas Tengku Syamil menjawab."Hissh..Kan abang cakap abang ada Rara seorang je."

"Dah abang tanya Rara macam tu kenapa?"

"Banyak lagi salah lain kan?Takkan ke situ pula."

"Salah yang paling besar bagi seorang perempuan ialah suami curang dengan perempuan lain.Pada Rara,itu salah yang paling sukar untuk seorang perempuan maafkan dalam dunia ni.Sakitnya hati dicurangi itu umpama sekeping hati ini dicarik-carik menjadi cebisan kecil lalu dilemparkan ke laut."Aku tidak sedar mataku bertakung menyatakan hal itu.Tengku Syamil memandang saja aku menyeka air mata.Tidak menjawab.

"Eh,teremosi pula!Rara terbawa-bawa emosi cerita Korea yang Rara baru layan,The World of Married.Tapi tulah walaupun cerita,sebagai isteri Rara dapat rasa sakitnya dicurangi...Tapi jangan risau,Rara percayakan abang.Rara tahu abang tak akan buat begitu di belakang Rara kan?"Aku senyum.Tanganku menepuk-nepuk belakang telapak tangannya.Drama Korea pun boleh terbawa-bawa dalam realiti.Emosi sangat.

Tengku Syamil mengangguk.Namun,rentak hatinya pantas mendendangkan melodi debaran.Kata-kata isterinya sangat menusuk hati dan jiwa.Jiwanya tidak tenteram.Dia sangat takut kehilangan hingga tiada satu pun perkataan dapat diungkapkan waktu itu.Mengunci mulut lebih baik.Biarlah peristiwa hitam di 'suite' itu terkubur dan menjadi rahsia.

"Maafkan Kak Pah ganggu Tengku dan Ammara.Ada pihak polis datang nak jumpa Tengku,"kata Kak Pah.Aku dan Tengku Syamil saling berpandangan.Mengapakah pula datang?Ada kes lagi?

"Tak apalah.Saya ke sana sekarang,"kata Tengku Syamil kepada Kak Pah lalu mengangkat punggungnya dari kerusi."Rara stay here.Abang ke sana kejap."

Aku tidak mendengar arahan Tengku Syamil.Aku turut membuntutinya dari belakang.Entah mengapa hatiku berasa sangat gundah dengan kehadiran pihak polis ke rumah kami.Masih ada lagikah orang berdendam dengan aku mahupun Tengku Syamil selain Danial?

'Ahhhh...Tak kira siapa pun.Aku nak tahu.'

Aku rapat ke belakang Tengku Syamil.Ada beberapa orang polis sedang menanti di ruang tamu.Aku tidak tahu punca kehadiran mereka ke sini namun hatiku tidak sedap.

Ketika tiba di ruang tamu,sesuatu mengejutkan berlaku.Antara nyata dengan mimpi,aku tidak pasti."Maaf Tengku Syamil.Ini waran tangkap.Tengku ditahan atas tuduhan cubaan memperkosa seorang model terkenal,Luna Latisya."kata salah seorang pegawai polis tersebut dengan tegas.Waran tangkap ditunjukkan kepada kami.Aku terbuntang mendengarnya.Terkelu lidah aku.Percaya dengan tidak sama banyak bermain di minda dan hati aku.Suami aku memperkosa?Luna Latisya,Si Model yang aku berikan amaran baru-baru ini.

"Memperkosa?Tuan,saya sekeras-kerasnya menafikan saya tak berbuat demikian."Tengku Syamil tidak mengaku.

Aku kekal membatu.Pergolakan perasaan aku di dalam lagi hebat.Memperkosa bukan tuduhan yang ringan bagiku.Jika tiada angin masakan pokok bergoyah.Kepercayaan aku kepada Tengku Syamil mula goyah.Aku tahu siapa dia satu masa dahulu,tidak salah juga aku berprasangka buruk terhadapnya.Aku lebih percayakan polis daripada Tengku Syamil.

"Maafkan kami,Tengku.Kami hanya jalankan tugas.Laporan telah dibuat oleh pihak Luna.Apa-apa kenyataan,Tengku perlu jelaskan di balai polis.Sila ikut kami ke balai,"jawab seorang polis dengan berhemah.

Tengku Syamil meraut rambutnya ke belakang."Shit Tasha!!!How could you done this to me?"Aku mendengar Tengku Syamil membentak menyebut nama Tasha.Aku tersentak.Hati aku kian berkecamuk.Kesangsian aku kepada suamiku semakin mendadak naik.Adakah Luna Latisya orang yang sama dengan Natasha?Rahsia lagi?'Arghhhhh....Semuanya buat aku jadi gila.'Air mata aku menitis meniti di pipinya perlahan-lahan.Apa lagi yang di sembunyikan daripada aku?

Tengku Syamil datang kepadaku memohon rayuan."Rara,percayakan abang kan?Sumpah demi Allah abang tak buat semua tu,"rayu Tengku Syamil memohon aku menyokongnya.

Pandangan berkaca aku halakan kepadanya.Aku enggan tahu apa yang berlaku jika ianya menyakitkan hati aku.Aku cuma ingin tahu siapa Luna dan siapa Natasha."Who is Tasha?Who is Luna?Orang yang sama ke?"tanya aku.Tengku Syamil terdiam menunduk.Gawat.

Aku tidak dapat mengawal emosi.Pergerakan nafasku semakin pantas."I'm asking you,Tengku Syamil!Who is Luna?"Beroktaf-oktaf ton suara aku meninggi.Pihak polis turut tersentak dengan tengkingan aku.

Terketar-ketar bibir Tengku Syamil."Aa...maa..raa.."namaku diujarkan dalam suara bergetar.Lama dia memandang aku.

"Rara tak percayakan abang?"

"Rara percayakan abang tapi Rara tak percayakan nafsu abang,"kataku teresak-esak.Mereka ada sejarah tetapi gelap.Perlukah aku memberi kepercayaan kepada Tengku Syamil.Tengku Syamil termangu.

"Tuan,bawalah suami ke balai.Saya tak ada apa yang nak dicakapkan lagi.Berkali-kali hati saya kecewa,"ucap aku.Sebak di dada aku hanya Tuhan mahu tahu.Aku memegang perutku.Anak-anak aku pula bergerak aktif saat ini.

Tengku Syamil diam seribu bahasa dan menyerahkan diri kepada pihak polis.Ekoran mataku menyoroti pemergian dia diiringi pihak polis.Simpati tetapi apa dayaku.Di samping kesakitan yang aku rasa melebihi rasa simpati aku kepadanya.Aku terduduk atas lantai menangisi ujian ini.Aku tidak terjangka ini semua berlaku dan kejutan paling besar bagiku ialah Natasha.

Kak Pah memelukku."Sudahlah,Ammara.Tengku tak akan apa-apa."

Pelukan Kak Pah aku balas dengan erat."Hati saya sakit,Kak Pah.Sakit sangat.Tergamak Tengku Syamil buat saya macam ni."Aku mengadu.Aku perlukan seseorang untuk aku bertongkat menghadapi dugaan besar ini.

****
"Maksud kau Auntie Salina yang rancang kes tembak di klinik tu?"tanya Tengku Amir.Kimi mengangguk yakin berdasarkan bukti yang diperoleh.

"Abang Syamil tahu pasal ni?"Tengku Amir sambung menyoal Kimi.Habislah Cik Puan Salina jika abang iparnya tahu lagi-lagi tembakan ditujukan kepada Ammara.

Kimi menelan air yang diteguk."Aku call tadi,dia kata sibuk.Malaslah aku nak kacau.So,aku beritahu kau dulu,nanti aku pergi office dia hari Isnin ni."

Tengku tergelak."Abang Syamil sekarang dah susah nak keluar lepak.Kena ikat kaki dengan kak long aku cuti-cuti macam ni."Tengku Amir berseloroh.Dia melawak dengan Kimi yang sememangnya suka mengutuk Tengku Syamil tidak kira depan atau belakang.

"Itu aku setuju.Takut isteri."Semakin pecah ketawa mereka di kedai makan itu.Seronok mengata Tengku Syamil.

"Senyap weh,ramai orang pandang kita."Kimi berkata manakala jari telunjuk menutup mulutnya dengan ketawa yang masih tersisa.Dia menyedari mereka mengganggu pelanggan lain dengan hilai tawa mereka yang besar itu.

"Adoiii!!!Sakit perut aku gelak.So,apa tindakan seterusnya?Nak report polis?"

"Kita tunggu jawapan dan keputusan Syamil.Tapi aku rasa dia akan hantar mak cik botox tu meringkuk dalam penjara.Kau pun tahu kan,dorang tu berdendam sesama sendiri.Tapi mak cik tu melampau sangat."Kimi dapat meramal tindakan Tengku Syamil kepada Cik Puan Salina.Hubungan tegang antara anak beranak tidak memungkinkan Tengku Syamil lepas tangan dan ambil ringan.

Tengku Amir menonton rakaman kamera tertutup itu sekali lagi."Bodoh juga penjenayah ni.Nak buat jahat,nombor plat motor terpampang.Pekat sangat bengap tu."Tengku Amir mengomel kerana dengan mudah hal mereka dapat mengesan Sang Penjenayah.

"Budak ni main barang,bukan mahir pun.Dia dah mengaku dia buat semua tu sebab Auntie Salina bayar mereka mahal buat kerja tu.Orang macam tu,asal dapat duit saja."

"Yang ni pun ada kaitan dengan Danial ke?"Tengku Amir teringatkan arwah Danial yang dijatuhkan hukuman bersalah.

"Yang ni tak ada kena-mengena dengan Danial.Memang arahan Auntie Salina seorang saja."

Perbualan mereka tersekat apabila telefon pintar Tengku Amir memanggil.Sambil menanti Tengku Amir menjawab panggilan,Kimi menghabiskan baki air dalam gelasnya.

"Kimi,Abang Syamil kena tahan dengan polis.Aku nak pergi kat kak long aku dulu."

Hampir tersembur air yang diteguk Kimi.Berita yang sangat menggemparkan."Haaaa?Kena tahan dengan polis?Kenapa?"

"Story dalam kereta nantilah."Tengku Amir tergopoh-gopoh.Dia mencari dompet untuk selesaikan bayaran.

****
Sekembalinya Tengku Syamil dari balai setelah semalaman di situ,dia terus mencari Ammara.Tengku Amir telah pun pulang selepas menghantar Tengku Syamil kembali ke rumah.

"Kak Pah,Ammara di mana?"

"Ada di bilik,Tengku."

Tengku Syamil tidak menyoal banyak kepada Kak Pah.Dia segera memanjat tangga menuju ke kamar mereka.Tengku Syamil tidak sabar menemui Ammara walaupun dia tahu badai bakal melanda.Dia tidak kisah asalkan dia dapat bersemuka dengan Ammara.

Saat dia menguak pintu,satu bagasi besar di tepi pintu.Ammara tiada dalam ruangan tidur."Rara."Tengku Syamil memanggil isterinya.Dia mencari segenap bilik dan bilik air tetapi batang hidung Ammara tiada.Seterusnya,dia berlalu ke bilik persalinan.

Ketika dia membuka pintu bilik persalinan,Ammara sibuk menyimpan pakaiannya ke dalam bagasi ditemani air mata.Mata isterinya itu merah berair tidak pedulikan dia yang masuk ke situ.Tengku Syamil menapak langkah demi langkah."Stay away from me!'marah Ammara dalam esakan.

Langkah Tengku Syamil tergendala."Rara nak ke mana kemas baju-baju ni?"soal Tengku Syamil dengan lembut.Ammara mengangkat mukanya mencerlung tajam kepada suaminya yang masih tercegat.

"Rara nak balik rumah mama,"jawab Ammara.Tangannya ligat menyusun pakaian.

"Kenapa sayang?"

Ammara berdiri.Dia merapati suaminya tertunduk sayu."Abang tanya lagi kenapa?Abang ingat Rara ni bodoh ke apa?Kalau perempuan lain buat laporan,Rara taklah rasa ralat macam ni tetapi ini Luna a.k.a Natasha.Natasha...bekas kekasih abang."Emosi Ammara tidak tentu hala.Hati Ammara lagi terluka tahu Luna Latisya ialah Natasha daripada tuduhan perkosaan.Dia rasa tercabar sangat kerana perempuan itu Natasha.Cinta pertama yang pernah menghuni hati Tengku Syamil.Kisah silam Tengku Syamil dan Natasha menjadikan dia lebih prejudis terhadap suaminya sendiri.Dia tidak percayakan nafsu kedua-duanya.

"Abang dengan Tasha tak ada apa-apa hubungan."

"Abang bohong."

"Tak,sayang."Tengku Syamil berusaha menyejukkan hati Ammara yang tengah panas.

Ammara memukul-mukul dada Tengku Syamil dengan tangannya."Abang tipu..Habis tu,kenapa selama ini abang tak pernah cakap Luna dan Tasha orang yang sama?Abang dah janji dengan Rara tak ada rahsia antara kita tapi kenapa abang sembunyikan padahal Tasha ada depan mata Rara?Atau abang memang ada sorokkan sesuatu daripada Ammara?"Ammara tidak berhenti menyoal.Beberapa kali dia pernah bersua muka dengan Natasha tetapi dia rasa diperbodohkan kerana Tengku Syamil sikit pun tidak memberitahu siapa Luna Latisya kepadanya.

Tengku Syamil memegang tangan Ammara yang masih meronta-ronta.Tengku Syamil menarik nafas."Abang boleh jelaskan,Rara."

"Jelas apa lagi?Dah jadi macam ni baru abang nak jelas?Maksudnya abang masih jumpa dia kan?Dia tak boleh buat apa-apa tuduhan kalau abang tak pernah jumpa dia dan apa-apakan dia.Jangan tipu Rara.Kenapa Rara rasa ini bukan tuduhan tetapi abang memang ada hubungan dengan dia di belakang Rara?Naluri Rara kuat mengatakan abang memang ada sesuatu dengan dia."Ammara mula fikir yang bukan-bukan.Hubungan Tengku Syamil dan Natasha sebelum ini cukup kukuh untuk membuktikan dirinya didustai dan dibohongi.

Kedua-dua tangan Tengku Syamil melekap pada bahu Ammara.Isterinya mula menggila dengan amukan perasaan.Sangat sukar dia mengawal Ammara ketika ini.

"Yes,she is Natasha.Tolonglah percayakan,abang.Abang tak pernah ada apa-apa hubungan dengan dia di belakang Rara.Ya,abang ada jumpa dia tapi semuanya secara tak sengaja.Tapi silapnya,abang mungkin tersalah langkah semuanya jadi haru-biru macam ni..."Tengku Syamil menyesal kerana tidak bertegas dengan Natasha dari awal.Sikap sambil lewa dia menganggap Natasha tidak mampu merosakkan rumah tangganya mengundang bencana besar.Dia tidak menyangka dia hampir terjerat dengan godaan Natasha.

Bulat mata Ammara memandang wajah Tengku Syamil.Giginya diketap geram.Leher baju Tengku Syamil direntap kuat."Tersalah langkah?Maksudnya abang cuba rogol dia?This is crazy.Nafsu abang lebih teruk daripada binatang tahu tak?Abang rindu sangat tubuh seksi dia sampai sanggup buat kerja terkutuk macam tu?"Ammara lepaskan leher bajunya dengan kasar.Api kemarahannya menyala-nyala.Terluah segala kemarahan yang dipendam dari semalam.

"Dengar dulu cakap abang.Abang tak berniat apatah lagi mencuba untuk perkosa Tasha."

"Dah tu,suka sama suka?"

Tengku Syamil menunduk ke bawah lalu menggeleng."Tak,sayang.Tolonglah,Rara jangan marah macam ni.Tenang ya.Rara mengandung,abang tak nak Rara stres."Tengku Syamil cuba menjernihkan keadaan.Ammara tidak ada tanda-tanda akan berhenti dan kembali tenang.

Tubuh Tengku Syamil ditolak.Ammara meraut rambut panjangnya ke belakang."Macam mana Rara nak tenang?Abang dah bodohkan Rara!Abang tipu Rara!Abang buat Rara stres.Apa tak cukup lagi layanan Rara pada abang selama ni?Atau sebab Rara mengandung abang rasa batin abang tak terisi?"

"Enough,Rara!!!Tasha fitnah abang!!"tengking Tengku Syamil pula.Sudah cukup sabar dia dituduh dan diherdik tanpa usul oleh Ammara.Ammara terkedu lalu membelakangkan Tengku Syamil.Bahunya terhinjut-hinjut menangis.Terlalu banyak tuduhan dihamburkan kepada Tengku Syamil.Dia menarik nafasnya panjang-panjang.

"Tasha fitnah abang.Tuduhan tu tak betul,Rara.Asalnya kesilapan abang tetapi tak ada apa-apa yang berlaku antara abang dan Tasha.Tasha dah manipulasi hal sebenar,"beritahu Tengku Syamil setelah mendapat peluang mempertahankan diri.

Tengku Syamil memeluk Ammara dari belakang."Abang tahu Rara marahkan abang.Sangat marah.Apa yang abang nak cakap,abang tak pernah curang dengan Rara.Rara satu-satunya cinta hati abang,nyawa abang.Semua ini berlaku terlalu pantas sampai abang tak sempat nak kawal.Abang tak sedar apa yang berlaku,"tuturnya dengan lembut.Ammara memejamkan matanya.Sudah penat dia mengalirkan air matanya sehingga dia terlupa dia mengandung.Kemarahannya beransur reda tetapi tidak sepenuhnya.Ammara masih was-was untuk percayakan Tengku Syamil.Dia melonggarkan pelukan Tengku Syamil.

Ammara berpaling memandang suaminya.Seribu satu rasa dirasainya."Perasaan Rara berbelah bagi.Rara tak tahu siapa yang Rara boleh percaya sekarang.Rara keliru,"kata Rara.Nada suaranya mendatar lembut.Dia lelah dengan semua ini.Ammara kembali menutup bagasi yang dikemas tadi.Tengku Syamil memerhati.Ammara terkial-kial menarik bagasinya tetapi ditahan oleh Tengku Syamil.

"Rara.Please."

Ammara menggeleng."Rara tak boleh tengok abang.Semakin Rara dekat dengan abang,semakin sakit hati Rara."Ammara berdegil.

"Abang tak izinkan Rara keluar,"tegas Tengku Syamil menghalang.

"Abang izin atau tidak Rara tetap akan balik rumah mama.Tolonglah abang,Rara nakkan ketenangan.Rara lemas dengan masalah kita.Kalau abang tak nak Rara bawa anak kita lari lagi jauh,jangan cari Rara."

Tengku Syamil terkedu.Ammara benar-benar merajuk hati dengannya.

"Janganlah,Rara."

"Rara akan datang ke perbicaraan abang nanti."Ammara berlalu keluar.

****
"You rindu I ke ajak I jumpa ni?Atau you dah ubah fikiran?"kata Natasha.Dia menarik kerusi lalu duduk.

"You memang perempuan tak tahu malu kan?I nak you tarik balik tuduhan tu,"marah Tengku Syamil.Tengku Syamil sangat-sangat bengang dengan perbuatan gila Natasha.

"Janganlah marah-marah.Apa kata kita order makanan dan minum dulu,"ajak Natasha ceria seperti tiada apa yang berlaku.

"I datang bukan nak makan.I tak ada selera nak makan tengok muka you.Apa yang I nak,you tarik balik tuduhan bodoh tu."Tengku Syamil duduk menyilangkan kakinya.Mukanya ternyata serius.Tiada garisan senyum walau sedikit.Natasha tidak haruas diberi muka lagi.

Natasha ketawa."Tarik balik?Excuse me?Seorang pencabul datang minta mangsa tarik balik tuduhan?Eeuuww...Buruknya perangai you."Natasha mengejek.Puas hati dia dapat kenakan Tengku Syamil.

"Jaga sikit mulut you tu sebelum I tampar you.I tak desperate sangat nak cabul perempuan macam you,"jawab Tengku Syamil dengan muka jijik.

"Tamparlah?I boleh caj you dengan tuduhan memeras ugut dan mengasari I.Berani?"Natasha mencabar.Dia sememangnya sengaja menaikkan darah Tengku Syamil.

Helaan nafas dihembuskan.Natasha cuba menguji tahap kesabarannya."You memang dasar perempuan hina.Sanggup buat apa saja demi kepuasan diri sendiri.Shitt!!"Tengku Syamil menghentak meja.Ruangan VIP itu hanya menempatkan mereka berdua.Jadi,orang lain tidak akan mendengar dan melihat situasi yang berlaku.Dia sangat menyesal dengan ketelanjurannya mengakibatkan dia terperangkap.

"Cakaplah apa yang you nak cakap.I tak kisah.Yang penting hati I puas."

"You memang jahanam,Tasha.I kata tarik balik tuduhan tu.You tak malu ke kalau orang tahu apa yang berlaku dalam suite tu?"

"I tak akan tarik balik.I nak malu apa?I mangsa pencabulan you.Jadi,you yang patut malu.Sekarang ni,di media sosial dah hangat perkatakan Tengku S dituduh mencabul seorang model terkenal.Panass.."Seyakin-yakinnya Natasha berkata.Ya,isu tersebut kecoh diperdebatkan dalam media sosial.

Tengku Syamil mencerlungkan matanya.Ikutkan hati mahu ditampar-tampar saja pipi perempuan itu.Tangannya digenggam kemas agar tidak melampaui batas."Fine.I akan awan kes ni.I tak takut sebab tak ada apa-apa yang berlaku dalam suite itu.You yang create story.Memang dasar perempuan penipu.Fake."

"You ingat ada orang percaya ke cakap you?You ada bukti yang you tak salah?You baca komen-komen netizen semua berpihak pada I,"ujaran Natasha lagi.Gayanya cukup menyakitkan hati Tengku Syamil.Dia tidak peduli apa yang diperkatakan netizen yang hanya tahu mengulas tanpa tahu hal sebenar.Ammara lebih penting daripada mulut-mulut netizen yang lebih gemar menghukum.

Tengku Syami bingkas bangun.Dia menghalakan jari telunjuk ke muka Natasha."Pergi mampuslah dengan you punya netizen.Kalau you tak tarik balik,fine.I akan lawan balik untuk buktikan yang I tak salah.You yang manipulasi hal dalam suite tu."Tengku Syamil bengang.Berunding dengan Natasha tidak akan menguntungkan.Hanya meningkatkan tekanan darah tinggi.

"Wuuuu...Takutnya I."Natasha mengejek.

"Jangan main-main dengan I,Tasha."

"Okay.Kita tengok siapa yang menang dan siapa yang kalah.You atau I."

"Fine,see you in court,"kata Tengku Syamil lalu meninggalkan Natasha.

****
Encik Omar menyemak beberapa dokumen.Dia menghela nafasnya."Susah Tengku nak menang kes ni,"kata Encik Omar yang merupakan seorang peguam.Tengku Syamil ingin mengupah Encik Osman untuk membela kes pertuduhan mencabul yang difailkan oleh Natasha terhadap dirinya.Dia ingin membersihkan imejnya.

"Saya tak salah,Encik Osman."Tengku Syamil membela diri.

"Saya boleh teruskan kes tapi peluang untuk kita menang sangat tipis.Kes eksploitasi seksual terhadap lelaki jarang boleh menang melainkan ada bukti yang kukuh."Encik Osman tidak berani mengambil risiko kerana hasil semakannya,sangat sukar untuk mereka memenangi kes tersebut.Tengku Syamil berfikir sejenak.Dia perlu melawan dakwaan tidak berasas Natasha terhadap dirinya.

"Tolonglah,Encik Osman.Saya nak lawan juga kes ni.Berapa pun bayarannya saya tak kisah,"pinta Tengku Syamil.

Encik Osman memegang bahu Tengku Syamil."Bukan masalah duit,Tengku.Kita boleh lawan tetapi macam yang saya kata untuk menang kes ni sangat tipis.Kes seperti kes Tengku Syamil sangat terpencil untuk dibawa ke muka pengadilan.Beberapa kes sebelum ini memang kalah dan tergantung kerana bukti tak kukuh,"kata Encik Osman berdasakan pengalamannya.

"Tapi ini memang terjadi.Luna dah putar belitkan keadaan sebenar."

"Saya faham,Tengku.Kes mcm ni memang terjadi cuma dari perspektif dan stigma masyarakat kita akan berpihak kepada kaum wanita.Dah memang pola pemikiran masyarakat kita,lelaki yang selalu melakukan gangguan seksual kepada wanita.Kes sebegini banyak berlaku dalam masyarakat kita,sebab itu masyarakat tidak percaya jika lelaki yang terganggu,"jelas Encik Osman secara terperinci.Tengku Syamil mengangguk faham.

"Dari sudut lain,jika Tengku kalah kes ini nama dan imej baik Tengku akan tercemar.Tengku faham-fahamlah media Malaysia laparkan cerita-cerita hangat lagi-lagi jika kes melibatkan artis terkenal,lagilah mereka suka siarkan.Nama dan muka Tengku akan terpampang dengan tajuk-tajuk yang mengjengkelkan.Itu risikonya jika kita kalah kes ni.Jika kes tergantung pun,imej Tengku tetap akan buruk,'sambuang Encik Osman panjang berjela supaya Tengku Syamil jelas impak melawan kes tersebut.Padanya lebih banyak kontra daripada pro.

"Pendapat peribadi saya,lebih baik Tengku mengaku salah dan selesaikan kes secara tertutup demi menjaga nama baik Tengku.Tengku pun sudah berkeluarga,kes-kes macam ni boleh merosakkan rumah tangga Tengku,"nasihat Encik Osman.Dia bukan enggan membantu tetapi impak negatifnya lebih besar kepada Tengku Syamil.Sebagai peguam bertauliah,dia tidak memikirkan wang semata-mata.

Tengku Syamil mengangguk."Saya faham,Encik Osman tapi saya tetap akan lawan."Dia berkeras mahu melawan dengan Natasha.

"Baiklah kalau Tengku mahu teruskan juga,saya akan cuba tetapi saya tak janji akan berjaya."

****
"Saya tak nak mengulas panjang tentang kes ni sebab ianya masih dalam siasatan.Segalanya saya serahkan kepada keputusan mahkamah nanti,"kata Luna Latisya dalam rakaman video temu bualnya yang viral di media sosial.Kes pencabulan Tengku Syamil terhadap Luna Latisya hangat diperkatakan oleh netizen-netizen Malaysia.Aku membaca satu persatu komen yang ditulis oleh netizen.Semuanya mengherdik dan mencaci suami aku.Walaupun aku marahkan dia,tetapi aku turut terasa dengan komen-komen hinaan tersebut.Ingin sekali aku membalas cercaan itu satu demi satu tetapi apa guna aku melayan manusia yang hanya tahu menghukum.

Tiba-tiba,telefon di tanganku dirampas oleh Tengku Amir."Dah tahu sakit hati jangan baca komen-komen tu,kak long.Abaikan saja,"kata Tengku Amir menyandar di sebelah aku.Dialah peneman aku di kala aku berduka merangkap penasihat selama dua hari aku di rumah mama.

"Kak long memang sakit hati dengan apa yang dia dah buat tapi dorang tak patut hina Abang Syamil begitu,"ujarku mempertahakan Tengku Syamil.

"Kata marah,biar sajalah dorang cakap macam tu."Tengku Amir sengaja menguji aku.

"Jahat-jahat Abang Syamil pun,dia tetap papa anak yang kak long kandung ni."

"Amir tahu kak long sayang abang.Hmm...Kak long tatknak balik bagi sokongan pada abang?Amir dengar dia nak lawan kes ini di mahkamah."Tengku Amir menguji aku.

Aku melepaskan nafas dan merebahkan kepalaku di atas bahu Tengku Amir.Aku keliru dengan perasaan aku."Sebab perempuan tu ialah Natasha,Amir.Dan apa dia buat di suite hotel Abang Syamil?Suite tu tempat privacy Abang Syamil,macam mana dia boleh masuk ke situ kalau dia tak ada akses?Tiga orang saja dibenarkan masuk ke dalam suite tu iaitu Abang Syamil,kak long dan seorang housekeeping khas di situ.Macam mana kak long nak percaya?"Aku memberitahu keraguan aku kerana laporan kejadian berlaku di 'suite' Tengku Syamil.

"Amir no komenlah yang tu."Tengku Amir tidak berani mengulas kerana dia kurang arif dalam bidang penyiasatan.Otaknya lambat berfikir jika perlu menyiasat sesuatu kes.

"Yang kak long lagi sakit hati,dia tak pernah beritahu kak long Luna tu Natasha.Kak long rasa sakit hati sangat sebab kak long dengar dari mulut dia masa polis datang ke rumah.Aku luahkan kepada Tengku Amir rasa sakit hatiku.

Aku menyambung lagi sesi luahan perasaan."Bila jadi macam ni,susah kak long nak percayakan Abang Syamil.Lagi-lagi Si Luna tu bekas kekasih dia dan kak long tahu bagaimana kehidupan silam diorang.Kadang-kadang kak long terfikir ianya bukan mencabul tetapi atas suka sama suka."Aku tidak habis-habis berfikiran buruk apabila teringatkan kisah silam mereka.

"Amir faham tu,kak long tapi macam mana kalau Luna je yang syok kepada Abang Syamil?Dia yang terhegeh-hegeh tapi Abang Syamil tak layan pun.Haaa..Lepas tu,dia reka cerita yang Abang Syamil cuba cabul dia."Tengku Amir bersangka baik.Dia tidak mahu kakaknya terlalu awal menghakimi abang iparnya.Natasha juga seorang yang licik.

"Isunya Amir,kenapa di suite Abang Syamil?Kalau Abang Syamil tak bawa dia masuk,macam mana dia boleh ada dalam tu."Aku menegakkan teori aku.Kepercayaan masih berbelah bagi.

"Kalau nak tahu cerita yang sebenar,kita pergi ke perbicaraan lusa ya.Kita dengar daripada keterangan kedua-dua pihak.Lepas tu,baru kita boleh nilai.Okay?"cadang Tengku Amir.Aku sememangnya berhajat untuk pergi ke perbicaraan tersebut walaupun tidak diajak oleh Tengku Amir.

Sorry terlambat you alls...Miss J ada kerja tadi,lambat sikit..Huhu..Okay,itu semua fitnah kpd TS yg dibuat oleh Tasha.Ammara dah merajuk tp sayang tu.

Share this novel

awer
2021-07-31 20:45:40 

mj..ble nk smbung..aduh...x sabo nihhh

ChiChi Normala Bawi
2021-07-22 22:23:45 

cepat update...xsabar nya

Roz Zana
2021-07-22 13:58:54 

update laju2 mj


NovelPlus Premium

The best ads free experience