Imbas kembali
Natasha mengemas pakaiannya ke dalam bagasi.Tengku Syamil hairan kelakuan Natasha agak tergesa-gesa menyumbat segala barangnya."You kemas-kemas barang ni nak pergi mana?"Tengku Syamil menyoal Natasha setelah bangkit dari tidurnya.Matanya dipisat-pisat.
"I dapat tawaran tu and tak lama lagi I akan jadi supermodel yang terkenal.My dream will come true.Can you imagine,I'm a big superstar and be top of the world as a model."Natasha berangan-angan.Cita-citanya untuk menjadi model terkenal bakal menjadi kenyataan apabila dia ditawarkan untuk menjadi muka depan Armani.
"One day,nama I akan setanding dengan Kendal Jenner dan Bella Hadid.I'm so excited,"kata Natasha dengan cita-cita yang tinggi.Tengku Syamil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal mendengar celoteh impian besar Natasha.Berita itu sebenarnya tidak menggembirakan Tengku Syamil kerana dia kurang gemar Natasha menceburi bidang permodelan.Dia berdiam saja daripada memberi sebarang komen.
Natasha datang kepadanya yang tercongok di atas katil."You ni macam tak happy je?"Natasha sedar yang Tengku Syamil tidak memberi sebarang respon positif kepadanya.Hanya dia seorang yang rasa seronok dan bangga.
"Hmm..Berapa lama you pergi?"Mendatar saja nada Tengku Syamil.
Natasha duduk menyilangkan kakinya di tepi katil."I tak pasti sebab I tak tengok jadual lagi.Mungkin lama sikit kot,"jawab Natasha.Tengku Syamil merangkak perlahan-lahan duduk rapat dengan Natasha.Pinggang ramping kekasihnya itu dirangkul erat seperti tidak ingin melepaskan gadis itu pergi.
"Tasha,I rasa ini last untuk you shooting.Lepas I habis belajar ni,I akan kahwin dengan you.I akan cari kerja dan sara hidup kita bertiga,"pinta Tengku Syamil.Dia memang berniat mengahwini Natasha setelah graduasi tidak lama lagi dan menetap di UK bersama buah hatinya.
"What?Syamil,karier I baru nak bermula you dah sekat.Dah lama I tunggu peluang ni dan lepas ni mungkin I akan dapat tawaran yang lebih bagus untuk I kembangkan karier I.Memang impian I untuk jadi supermodel,you tak boleh halang."Natasha memberontak Tengku Syamil tidak menyokong impiannya.Dia melepaskan tangan Tengku Syamil pada pinggangnya dan berdiri di jendela dengan muka masam mencuka.
"You tau kan yang I tak suka you terlibat dengan dunia model?"
Natasha mula mengeluh."I tak suka you control I.You know,I bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.Senang-senang you nak kuburkan impian I.No way."
Tengku Syamil turun dari katil dan menghampiri Natasha.Kedua-dua bahu Natasha dipegang dan matanya ditatap dengan rasa kasih."I tak berniat nak kuburkan impian you tapi I tak suka you terlalu menonjol.I nak you jadi orang biasa dan hidup biasa dengan cara kita.Lagipun,tak lama lagi anak kita akan lahir,"pujuk Tengku Syamil.
Natasha meleraikan pegangan tangan Tengku Syamil."Ini yang I nak bincangkan.I tak nak baby ni.I tak ready nak jadi ibu lagi.Tambahan pula,I baru nak mulakan kerjaya.Nanti habislah market selepas melahirkan.Bukan senang nak dapat body yang cantik lepas bersalin.Sebelum terlambat baik I bertindak dulu."
"Apa maksud you?"Tengku Syamil tidak sedap hati.Dia seolah-olah dapat mengagak apa yang Natasha ingin lakukan tetapi pura-pura bertanya.
"I dah buat keputusan akan gugurkan baby ni.I dah buat appointment dengan doktor."Senang sekali Natasha menyatakan hasratnya.Membulat mata Tengku Syamil mendengar ketekadan Natasha.
Tengku Syamil mengetap gigi memarahi Natasha."You dah gila ke,Tasha.Baby ni anak kita,senang-senang you nak buang dia.You buang tabiat ke apa?"
Muka Natasha memerah menahan marah."You yang nak baby ni.I tak nak.Baby dalam perut I,so I yang buat keputusan nak simpan atau gugurkan saja."
Tengku Syamil geram menggoncang tubuh Natasha."Kalau you gugurkan baby ni,you bukan lagi kekasih I.Kita putus,"Tengku Syamil menggertak Natasha.Natasha terus terdiam lalu mencapai beg 'sling' lalu keluar.
****
"You nak ke mana lagi,Tasha?"Tengku Syamil bersuara garang.Natasha bersiap-siap mengenakan dress pendek paras paha tanpa lengan menonjolkan bentuk tubuhnya yang melentik bak kerengga.
Sikap Natasha sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi menyebabkan Tengku Syamil berang.Dia terlalu sibuk dengan dunia peragaan dan penggambaran hingga tiada masa untuk Tengku Syamil.
"I ada parti di kelab ekslusif.Kat situ hanya ada orang-ornag ternama dan terkenal saja.Uuuu..Tak sangka I dijemput,"ujar Natasha tanpa memikirkan reaksi Tengku Syamil yang agak membahang.Dia mengoles lipstik pada bibirnya warna merah delima menambahkan seri solekannya.
Tengku Syamil mendekat lalu mencengkam lengan Natasha yang semakin liar."Tasha,boleh tak you berhenti jadi model?Fokus kepada hubungan kita.Tak lama lagi kita akan kahwin dan ada anak.Tak sesuai you tayang-tayang body you depan orang ramai."
Tangannya direntap kasar untuk melepaskan pegangan Tengku Syamil."Excuse me.Kahwin?Anak?What the hell are you talking about?Siapa yang nak kahwin dengan you?Anak?I rasa you ni mimpi di siang harilah."Natasha menjawab dengan gerak lentuk badan yang berlagak.
Tengku Syamil mengetap bibir.Natasha benar-benar berubah."Kita dah janji,Tasha.Kita kahwin dan besarkan anak kita sama-sama."
Natasha gelak sambil menyilangkan tangannya."Syamil,karier I baru nak bermula.Takkan I nak kahwin saat-saat nama I baru nak naik dan dikenali.Tak ada orang yang nak ambil I seandainya I kahwin dengan you dalam waktu terdekat ni."
"You nak ke tak nak,you kena kahwin dengan I sebab anak dalam perut you tu makin membesar,"bicara Tengku Syamil memikir anak dalam kandungan Natasha.
Natasha ketawa sekali lagi melihat muka Tengku Syamil yang kerisauan akan bayi yang dikandung.Dia memaut tengkuk Tengku Syamil rapat dengan wajahnya."You tak perlu risau,Syamil.For your information,I dah gugurkan anak ini masa I pergi Paris.So,tak ada isu kenapa I kena kahwin dengan you dalam masa terdekat ni.I tak nak rosakkan karier dengan fantasi family bodoh yoy tu."Natasha membuat satu kejutan kepada Tengku Syamil.Melolong mata Tengku Syamil merenung tajam kepada Natasha.Tusukan kata-kata Natasha mengenai hatinya.
Dua-dua bahu Natasha dicengkam dan digoyang kuat."Bila you buat kerja bodoh tu?Perempuan jenis apa you ni buang anak sendiri?Anak tu lambang cinta kita,Tasha.Kenapa you bodoh sangat?"Tengku Syamil semakin berang.Terasa panas seluruh badannya dengan aliran darah yang mendidih melalui venanya.Perlahan-lahan air matanya jatuh di pipi.
"Hei,I tak pernah cakap yang I nak anak tu!You yang beria-ria nak I simpan anak tu.Sia-sialah usaha I pergi auduition berkali-kali,hantar resume,buat iklan itu ini kalau I ikut cakap you.Anyway,ni surat hospital yang I pergi dan you boleh simpan bukti yang you ada pernah anak tetapi bukan rezeki you."Natasha mengambil sekeping kertas putih dan diserahkan kepada Tengku Syamil dengan kasar.Tengku Syamil menunduk meratap sayu dokumen itu dan menggenggam penumbuknya.Keangkuhan Natasha buat dia sedar sesuatu yang cinta mereka tidak dapat menjamin kebahagiaan mereka.Natasha lebih mementingkan kerjaya berbanding membina keluarga bersama.Tengku Syamil.
Dokumen di tangan dikeronyokkan.Dia tidak memandang Natasha."I dah cakap,you gugurkan baby tu secara automatik kita akan putus.We are over.You boleh keluar dari sini serta-merta."Tengku Syamil menghalau Natasha.Dia membelakangi Natasha kerana mula timbul rasa benci terhadap wanita itu.
"You ugut I?"
"I tak ugut you,Tasha.You boleh pergi ke mana you suka dan kejar impian you,"Tengku Syamil bersuara dengan rasa kecewa.Tiada bicara yang panjang untuk Natasha kerana Natasha telah mengguris hatinya.
Natasha beredar ke hadapan Tengku Syamil.Matanya dicerlung ke arah lelaki itu."I pun tak hadaplah nak hidup dengan kerabat raja yang miskin macam you.You tak bermakna pun dalam hidup I,just sleeping partner untuk lepaskan keinginan I.I pun dah lama tunggu you putuskan I sebab masih berlambak lelaki kat luar sana menanti I.Bukan salah I you cinta mati dengan I."Natasha membidas Tengku Syamil.
"Go,Tasha.Sini bukan tempat you lagi."Tengku Syamil menghalau lagi.Pedih dengan sikap Natasha yang pentingkan diri dan kerjaya.
"Yes,tempat I bukan dengan lelaki macam you.Anyway,thank you for your love.I harap you boleh moved on dengan I tapi kalau tak boleh,I boleh buat apa.You tataplap gambar I dalam majalah.Okay?Bye,my darling."Natasha mengucup pipi Tengku Syamil sebelum beredar dari apartment itu dengan gembira.Itulah kali terakhir Tengku Syamil bersemuka dengan Natasha.
****
Berkepul-kepul asap rokok dihembus daripada mulut Tengku Syamil.Ruangan terbuka itu menjadi lepak melepaskan perasaannya sejak Ammara hilang beberapa hari lalu.Dia tidak dapat menjejak Ammara kerana Ammara tidak memberitahu sesiapa ke mana dia pergi dan panggilan telefonnya sering dimatikan.Berpuluh-puluh pesanan Whatsapp dikirim kepada isterinya namun sekeping pun tidak berbalas.
"Pick up you phone,Rara."Tengku Syamil bercakap dengan telefonnya saat mendail nombor Ammara tapi hanya deringan 'beep' tanpa jawapan.
"Where are you,sayang?Jangan buat abang risau.Janganlah diam macam ni."Tengku Syamil bercakap sendiri.Dia menyalahkan dirj sendiri kerana telah menjadi punca kehilangan isterinya.Dia pasti Ammara sangat kecewa dengan dirinya.
Tengku Syamil mundar-mandir di situ.Jiwanya kosong dan rasa hidupnya tidak lengkap tanpa Ammara di sisinya.Salah faham yang berlaku merosakkan hubungan mereka.Ammara terdengar perbualan dia dengan Kimi tentang Natasha dan membawa hati entah ke mana.Dia merisik dengan teman-teman Ammara yang dikenali namun tidak ada seorang pun yang tahu di mara Ammara berada.
'Rara baliklah.Abang akan jelaskan kepada sayang.Jangan tinggalkan abang sendiri begini.'Sekeping lagi kiriman dihantar kepada Ammara namun sunyi sepi.Tengku Syamil semakin buntu.Seperti pungguk rindukan bulan,begitulah perasaan Tengku Syamil merindui Ammara.Dia berbaring atas kerusi sehingga terlelap dalam kegelapan malam.
****
Sayup-sayup kedengaran suara ombak menghempas pantai.Buih-buih memutih kelihatan berapungan membasahi gigian pantai.Matahari kelihatan bersinar indah di kaki langit biru bersama gumpalan awan yang putih putih menebal.Angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa.Rasa nyaman dan dingin membelah suasana jiwaku yang berduka lara.Aku bermenung di bawah pepohon merimbun di tepi pantai dengan rasa rindu dan kecewa yang sama banyak.
Kenyataan yang aku dengar buat aku dadaku sukar bernafas.Oleh hal yang demikian,aku memutuskan pulang ke Tumpat tanpa sesiapa tahu pemergianku.Biarlah aku membawa hati yang terluka untuk tenang seketika.Aku ingin jauh daripada realiti,jauh daripada Tengku Syamil.
Mesej dan panggilan Tengku Syamil yang berpuluh-puluh kali diterima aku tidak hiraukan.Aku takut menghadapi kenyataan.Aku takut kekecewaan.Aku takut diduakan saat benih-benih cinta kian bercambah.
Hati isteri mana yang tidak terluka jika suaminya masih bersama bekas kekasih dan paling menyayat hati,mereka punya anak bersama.Aku perlukan kedamaian jiwa sebelum aku bersedia menghadapi realiti yang menyakitkan.Aku kebingungan.
"Mama harap Adik ada dengan mama sekarang.Mama tak kuat nak bersemuka dengan papa,"ujarku sendiri.Air mata yang mengalir aku usap dengan tanganku.Semakin aku menahan,semakin banyak bertakung lalu mencurah ke daratan pipiku.
****
Pak Cik Salleh bergaya memakai kaca mata dan jeans seperti orang muda masuk ke dalam kereta Danial.Mereka akan terus ke pejabat Danial untuk menandatangani kontrak pinjaman wang yang diminta oleh Pak Cik Salleh.
"Sebelah rumah pak cik tu kosong ya?"tanya Danial ingin tahu.Rumah itu seperti tiada penghuni tetapi dijaga dengan rapi.Dari mula dia sampai,dia tertanya-tanya tentang rumah itu.
"Ooo...Dah berbulan tak ada orang duduk selepas tuan rumah meninggal akibat kemalangan.Anak menantu dia saja sekali-sekala datang melawat dan bersihkan rumah,"cerita Pak cik Salleh tentan rumah itu.
"Ooo...Anak menantu dia tinggal jauh ke?"Danial sengaja beramah mesra agar tidak sunyi di dalam kereta.
"Taklah.Anak dia sorang tu saja.Perempuan tapi dah kahwin.Untunglah dia dapat kahwin dengan kerabat raja,kaya pula tu.Iyalah,orang cantik mana pandang pak cik ni."Pak Cik Salleh melobi diri.
'Tak padan ke tua orang tua ni,"desis hati Danial tetapi agak terhibur dengan Pak Cik Salleh.Seorang tua yang suka bergaya dan agak mata keranjang.
"Rezeki dialah pak cik."
"Hmmm..Tulah.Rezeki dialah.Dia hilang 300 ribu lebih tetapi digantikan dengan harta yang tinggi menggunung selepas kahwin.Mana tak kaya,hotel saja ada tujuh cawangan dalam Malaysia.Hotel pula bertaraf lima bintang."Pak Cik Salleh berhenti bercerita.Danial terfikir sekejap.Hanya ada seorang kerabat raja yang memiliki 7 cawangan hotel di mewah di Malaysia.Tengku Syamil.
"Tengku Syamil dengan Ammara ke yang pak cik maksudkan?"tanya Danial inginkan kepastian.
"Haaaaa...Betullah tu.Danial kenal?"
"Siapa tak kenal Tengku Syamil?Hmm..Tentang duit 300k tu apa hal?"
"Begini,masa tu pak cik pinjam duit ah long tapi tinggi bebenor bunganya sampai pak cik tak sempat nak bayar.Din tu terlibat sebab dia jadi penjamin pak cik,maka ah long cari dia sekalilah.Si Ammara yang tolong bayarkan hutang tu."
"Dia kerja secretary saja.Mana dia dapat duit sebanyak tu?"tanya Danial lagi.Dia berasa ada sesuatu yang tidak kenal.
"Entahlah,katanya buat pinjaman bank.Sebulan selepas itu dia kahwin dengan Tengku Syamil.Untung kan dia?"sambung Pak Cik Salleh lagi.Otak Danial ligat berfikir kerana tidak lama putus dengan Adri,Ammara bernikah dengan Tengku Syamil.'Sama ada Ammara memang ada hubungan dengan Tengku Syamil dari awal atau dia yang menikahi Tengku Syamil disebabkan duit.'
****
'Sayang,where are you?Abang minta maaf sebab tak beritahu Rara hal sebenar dari awal.Sayang balik,kita bincang.Please come back to me.'Barisan rayuan Tengku Syamil dalam WhatsApp aku berikan tanda biru dann padam dengan serta-merta.Panggilan,mesej dan audio record tidak aku simpan malah aku tidak membaca atau mendengar sebaliknya terus membuangnya daripada memenuhi memori telefon pintarku.Aku terus menyekat nombornya lalu meniarap melayani koleksi lagu-lagu sedih dalam telefonku.
Sedang lara melayan perasaan,opah menguak pintu bilikku lalu datang kepadaku."Bakpo gok monyok jah cucu opah ni?"tanya opah.Matanya kelihatan sembab.Sejak aku pulang,opah seperti tidak bermaya.Makan juga kurang berselera dan banyak termenung mengalahkan aku yang berduka lara ini.
Aku duduk bersila di atas katil mengikat rambutku yang terlepas.Senyuman kelat aku tunjukkan kepada opah."Takdok gapo,opah.Rara sero dok sedap bade jah.Letih kali."Aku berbohong kepada opah.Aku tidak ceritakan masalah aku kepada opah kerana tidak ingin dia susah hati dengan aku.
"Hmm...Bokali ado bendo hok Rara susut dari opah ni."Opah meletakkan tapak tangannya pada perutku.
"Takdok susut gapo-gapo pon.Hmm..Bakpo opah dok tidur lagi?"Aku menyoal opah.Kebiasaannya opah sudah diulit mimpi waktu-waktu begini.Mataku beralih ke sisi opah yang ada kotak biskut butter yang lusuh.
"Opah nok Rara teme opah make sekut cicoh air tea ko?"tanya aku ternampak tin biskut.
Opah menggeleng dan mengambil tin biskut itu.Dibukanya tin biskut itu di hadapanku dan mengeluarkan album gambar saiz 3R,rantai leher dan sekeping sijil lahir.Sijil lahir kepunyaan aku yang terpampang tertulis 'Tengku Sofia Ammara Binti Saifuddin'.Aku selak album gambar itu mengandungi gambar-gambar aku ketika bayi bersama dengan Tengku Zanariah dan abah.Dalam gambar itu,Tengku Zanariah sangat menyayangi aku tetapi itu semua palsu bagiku.
"Opah,bakpo bagi Rara bendo ni semo?Surat beranok ni meme hok Rara ko?"Aku mula rasa keliru.Benarlah Tengku Zanariah memanggil aku dengan nama itu.
Opah memegang tanganku.Garisan kedutan tua pada wajahnya telah timbul.Ratapan matanya kepada sangat sayu."Doh sapa masonyo Rara tau kebenarenyo.Opah takut opah dok sempat oyak ke Rara."Opah berterus-terang.Terlalu berat menanggung rasa bersalah selama ini.
Aku hairan."Kebenare gapo,opah?"
"Tengku Sofia Ammara namo asal Rara sebelum opah uboh.Meme itu namo hok ma nge abah Rara buwi."Opah mula teresak-esak.Aku tidak menangkap lagi apa yang opah ingin katakan kepadaku.
"Uboh namo?Gano tu,opah?"Aku bingung.
Opah menarik nafas sedalam-dalamnya dan terdengar hembusan nafasnya dilepaskan di hadapan."Mama Rara dok saloh lasung,opah hok jadi punco Rara berpecog nge ma Rara."
Aku memandang mata opah yang dilimpahi air mata."Mama hok pegi tingga kito kea?"
Sekali lagi opah menggelengkan menidakkan pertanyaan aku."Sebelum ma Rara balik jupo keluargo diyo,opah,mama dea abah gaduh besar.Abah janji nge mama Rara nok kelik Johor etek nge Rara.Dok dea abah kelik,opah upoh oghe pukul abah bio abah cedero tapi opah dok seko demo pukul abah sapa abah dok ingat lasung.Opah cumo tak mboh abah kelik jupo mama Rara.Meme opah nok pisoh kea abah nge mama."Opah terhenti seketika dengan tarikan nafas yang panjang.Aku terkedu mendapat tahu hal itu.Aku beristighfar dalam hati dan sabar menanti opah menyambung.
"Maso abah sakit,mama date nok jupo Rara nge abah tapi opah tok buwi.Opah halau diyo.Sebab opah tak mboh diyo mari lagi,opah sengajo baka ghumoh kito dea pindoh ko Bentung.Opah mitok sepupu opah uboh maklumat Rara nge namo di JPN.Opah bue semuo hok ado kaite nge ma Rara supayo dok tingga satu pon kecuali ratai ni."
Terketar-ketar bibirku mencelah."Maksud opah mama dok penoh tingga Rara nge abah?"Aku kuatkan semangat bertanya.Satu lagi kenyataan yang menyakitkan aku selain daripada mulut Tengku Syamil.Bertimpa-timpa sakit yang aku rasa saat ini.Aku benar-benar diuji.
"Sebab abah dok ingat,opah reko cerito ma Rara meningga maso lahirkea Rara.Pah tibo-tibo,diyo muncul pulok cari lagi maso Rara nge abah kat KL dulu.Opah hok putar belit cerito oyak diyo lari tingga Rara nge abah padahal diyo sayang Rara nge abah.Diyo sanggup date,keno hino nge opah banyak kali sebab nok jupo Rara tapi opah hok halau diyo."Esakan opah semakin kuat,begitu juga aku.Tidak aku sangka selama ini opah yang pisahkan aku dengan mama aku.Sisi gelap opah yang aku tidak tahu baru terbuka kisahnya.
"Allahuakhbar.Astaghfirullahalazim.Apo hok opah doh buat ni?Sapa hati opah pisoh kami anok-beranok sapa Rara beci ma Rara sendiri.Rara kure aja nge mama Rara sebab fitnoh opah.Rara dok seko opah sanggup buat gitu pado anok nge cucu opah."Aku melepaskan rasa kesal dan kecewaku terhadap opah.Orang yang membesarkan aku merupakan orang yang memisahkan aku dengan mama aku dengan zalim.
"Opah mitok maaf,Rara.Opah raso bersaloh nge Rara,ma Rara dea abah Rara.Opay nyesal sangat."
Aku meraup muka aku dengan tangan.Aku bingkas bangun dari katil dan berdiri di jendela."Opah dok raso berdoso ko maso buat gitu.Abah Rara...Abah sapa diyo meningga pon diyo tok tau kisoh hok sebenar.Ya Allah,zalimnyo opah.Rara kecewo ado nenek mace opah."Aku tidak tahu ingin gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu.Sedih,kecewa,benci,sakit hati semuanya ada.Tengku Syamil dan cerita opah buat aku hampir gila.Aku ingin menjerit sekuat hati aku waktu ini tetapi aku tidak berdaya.
"Opah doh tobat,Rara.Opah oyak semuo ko Rara sebab opah nok Rara baik mula nge mama Rara.Diyo tok saloh."
"Opah tau dok opah buke sajo pisohkea Rara nge abah jah.Opah dah buat Amir hile abah,hile kakok dari kecik.Amir tu adik kandung Rara..Amir adik Rara."Aku menempik keras.Tidak sanggup aku memandang opah.Rambut aku tarik-tarik mengurangkan rasa denyutan di kepalaku.
Opah menuruni katil dan mendekatiku yang memandang ke luar tingkap.Dengan kudrat tuanya,dia melutut di hadapanku."Opah mitok maaf.Opah sujud kat kaki Rara supayo maafkan opah.Opah berdoso.Ampunkan opah,Rara."Opah bersujud beberapa kali di hadapanku.Aku yang kaget dengan tindakan opah cepat-cepat mengangkat opah bangun.
"Opah jange sujud pado Rara mace ni."
Mata merah opah meratapi wajah aku dengan lama.Kedua-dua pipiku dia sentuh."Opah mitok maaf.Rara bulih dok bawok opah jupo ma Rara?Selagi nyawo dikandung bade,opah nok pelepas semuo.Opah nak mitok maaf nge Zana,"pinta opah dalam sebak.Pada mulanya aku memang marahkan opah tapi apakan dayaku untuk menghukum.Opah sangat-sangat menyesal dengan perbuatannya.Aku perlu memaafkan opah.Sejahat mana pun opah,dia pernah membesarkan aku.
****
Tengku Amir dan Kimi menerjah masuk ke ruang tamu Tengku Syamil.Di atas meja itu penuh puntung rokok manakala susuk tubuh abang sepupunya terlentang di atas sofa dengan mata yang terpejam.Hanya berseluar pendek tanpa baju.Kusyen-kusyen pula bergelimpangan di atas lantai.Meo menelefonnya Tengku Syamil beberapa hari tidak masuk kerja dan selalu marah-marah di pejabat.Stres mencari Ammara tidak jumpa.
"Abang Syamil,"panggil Tengku Amir menolak-nolak bahunya namun Tengku Syamil buat tidak tahu malah menarik kusyen menutup mukanya.
Tengku Amir menarik kusyen tersebut."Abang bangunlah.Matahari dah tegak ni.Masuklah office,Meo dah rungsing tu.Kalaulah nenda tahu abang buat perangai macam ni,mengamuk nenda nanti."Tengku Amir gigih menggerak Tengku Syamil yang malas bangkit.
Kimi berdiri di tepi Tengku Amir membantu gerak Tengku Syamil yang sangat liat itu.Kimi menarik kaki Tengku Syamil."Woi,bangunlah!Kau nak cari Ammara tapi terbaring lembik macam ni,macam mana nak jumpa."
Tengku Syamil membuka sebelah matanya."Korang pergi cari Ammara.Dah jumpa Ammara baru aku bangun,"kata Tengku Syamil lalu matanya dikatup kembali.Menggelenglah Si Kimi dan Tengku Amir dengan sikap stres dan putus asa Tengku Syamil.
"Kau jangan sampai aku dan Amir bacakan Yassin dan talkin untuk kau."Kimi mengugut.Hampir tergelak Tengku Amir mengugut.
"Aku rela kau bacakan talkin kalau Ammara tak balik,"kata Tengku Syamil lagi.
"Dia ni masa putus dengan Natasha dulu taklah frust menonggeng sampai depresi macam ni.Kau tengok,ni kalah beruang kutub berhibernasi,'bisik Kimi kepada Tengku Amir mengata Tengku Syamil.Mereka berdua gelak.
"Haaa...Aku dengarlah.Kau jangan sebut nama perempuan tu.Sebab dialah Ammara lari."Tengku Syamil bingkas bangun.Dia rasa menyampah apabila nama Natasha disebut-sebut.
Kimi membaling kusyen ke mukanya."Eee...Menyampah pula aku dengan orang frust ni."
"Abang Syamil,pergilah bersiap cepat.Meo dah gelabah abang tak masuk office.Hari ni ada produser pengiklanan kat hotel abang tu buat penggambaran,"beritahu Tengku Amir.Meo menelefonnya berkali-kali mencari Tengku Syamil.Pening juga dia mahu menjawabnya.
"Amir faham tak abang tak ada mood nak masuk office.Tolonglah cari Ammara dulu sampai jumpa.Abang dah hilang separuh semangat abang,Ammara tak ada."
"Abang call la suruh kak long balik.WhatsApp ada,video call ada."
"Masalahnya kak long bukan setakat tak jawab dan tak balas,dia siap block abang."Tengku Syamil rasa sesal.Ammara terus menjarakkan diri daripadanya.
"Macam nilah,Amir cari kak long.Abang masuk office.Nenda tahu nanti lagi parah kena bebel setahun,"kata Tengku Amir.Maka,Tengku Syamil melangkah lemah-longlai untuk bersiap.Dia rimas dengan dua orang manusia itu datang mengganggu.
"Tunggu kejap.Abang pergi dengan Amir,balik pun dengan Amir nanti tapi tak nak lambat.Sharp pukul 5 abang nak balik."Tengku Syamil meminta.Adik sepupunya itu mengangguk saja menuruti kehendak Si Abang Sepupu yang nampak kurang stabil.
Mata Kimi dan Tengku Syamil menyoroti pergerakan Tengku Syamil yang tersangatlah perlahan untuk sampai ke tangga walaupun jaraknya dekat.Kimi mencuit Tengku Amir di sebelah."Kau tengok tu,badan je sado tapi jiwang karat.Frust dia tak boleh bawa bincang,"bisik Kimi sambil ketawa.
Ketika itu,Tengku Syamil baru tiba di anak tangga pertama."Aku dengarlah,"sampuk Tengku Syamil.Tengku Amir cepat-cepat menekup mulut tiada insuran Kimi.
****
Sebaik masuk saja ke dalam pejabat utama,Meo bergegas menghampiri Tengku Syamil tidak kiralah seketat mana wajah Tengku Syamil.Sudah berapa berapa hari,Tengku Syamil tidak masuk ke pejabat buat kepalanya berpusing.
Tidak diduga tindakan Meo sujud syukur di hadapan Tengku Syamil."Syukur alhamdulillah,Tengku masuk office juga hari ni.Gembira tidak terkata saya,"kata Meo bersemangat.Tengku Syamil menaikkan keningnya.Dia tidak pasti Meo betul-betul bersyukur atau memerlinya.
"Awak ni kenapa,Isma Danial."
"Haaa...Tengku tak ada,semua jadi haru.Orang tu call,orang ni call sampai saya tak tau nak jawab apa.Tengku pula satu hal,call tak jawab,WhatsApp tak balas,notis tak ada."Meo mengomel.Terbeban dia dengan ketiadaan Tengku Syamil tanpa apa-apa notis.Dia pula tidak boleh buat apa-apa.sebarang keputusan tanpa persetujuan Tengku Syamil.Memang kelam-kabutlah jadinya.Ammara juga tidak dapat dihubungi,lagilah serabut kepalanya.
"Awak ni mesti belajar dengan Ammara teknik bebel tu.Pot pet pot pet kat saya tak berhenti."Tengku Syamil bertanya.Kak Nani di belakang menahan ketawa dengan perlakuan dua orang itu.
"Saya cakap benda yang betul,Tengku bukan bebel.It's okay lah.For your information,hari ni ada pengarah shooting di suite ekslusif kita.Modelnya tip top,bukan calang-calang model,"Meo memberitahu.Sebut tentang model,memang dia teruja sangat.Pertama kali berjumpa model cantik bertaraf antarabangsa.
"Awak ni tengok model je ye.So,diorang ada di sanalah sekarang?"tanya Tengku Syamil.
"Yup.Haaa...Pengarah tu tadi ada cakap nak jumpa Tengku.Nak saya call beritahu dia ke?"
"No need.Saya pergi sendiri ke sana."Tengku Syamil memakai cermin mata hitamnya lalu beredar keluar ke lokasi penggambaran yang diberitahu Meo tadi.
Ketika tiba di bilik ekslusif itu,kedengaran pengarah memberi arahan kepada peragawati menggayakan tubuhnya mengikut kehendaknya."Lentikkan sikit pinggang you ke tepi dan keluarkan kaki kanan you.Yes,like that."
Tengku Syamil berdiri di pintu dan dia agak terkesima model tersebut ialah Natasha.Dia berdiri lama di pintu perhatikan gerak-geri Natasha yang mengikut arahan pengarah.Semakin kacau jiwa Tengku Syamil melihat susuk Natasha ada di situ.Adakah ini memang takdir yang menemukan mereka kembali?Teringat pula masalah yang diciptakan Natashan untuk Ammara.
"Excuse me Tengku,kami nak lalu,"sapa dua orang peramu saji menolak troli makanan ke dalam.Ketika itu semua mata memandang ke arah Tengku Syamil termasuklah Natasha.Tengku Syamil serba tidak kena namun dia berlagak biasa.Dari hujung mata,Natasha memerhati gerak langkahnya.
"Tengku Syamil ya?"sambut pengarah yang duduk di atas kerusi tadi.Dia memimpin tangan Tengku Syamil masuk ke dalam 'suite' dengan gembira.
"I Zack.Terima kasih memberi izin kepada kami shooting di sini.Very nice room and nice decoration."
"Tak ada masalah.Semuanya ditanggung beres ke?Jika ada apa-apa masalah,you boleh beritahu staf I,"kata Tengku Syamil walapun tidak begitu selesa anak mata Natasha kerap memandangnya.
"Zack..."panggil Natasha dengan sangat manja.Dia menyertai perbualan Tengku Syamil dan Zack.Dia suka lihat Tengku Syamil tidak keruan dengan panahan matanya.
"Oh ya!This is Luna Latisya.Model yang gantikan Aurel yang tiba-tiba ada hal yang tak dapat dielakkan."Zack memperkenalkan Natasha kepada Tengku Syamil.Lirikan mata Natasha sangat nakal memandang Tengku Syamil.Kelihatan ingin menggoda lelaki di depannya itu.
"I'm Luna Latisya.You look more handsome.I'm glad to know you,"kata Natasha ingin berjabat tangan tetapi Tengku Syamil hanya menunduk hormat.Natasha terasa malu kiriman tangannya tidak disambut.Dia berpura-pura tersenyum kelat.
"Thank you,Luna.I ada kerja nak selesaikan.So,korang sambung shoot.Excuse me."Tengku Syamil meminta izin untuk beredar.Tidak berminat untuk lama di situ dengan kehadiran Natasha yang menggedik dan cuba menarik perhatian.Jika dibandingkan,Ammara lebih bersopan walaupun ada perangai masuk air.
****
Azan berkumandang di surau berhampiran menyedarkan aku daripada tidurku yang tidak terlalu lena.Aku menggeliat beberapa kali meregangkan ototku yang kendur.Aku menyambung baringku kembali kerana aku rasa awal untuk bangkit.Selimut aku tarikkan ke menyelubungi tubuhku yang kedinginan.Aku mengiring ke kiri,ruang di sebelahku kosong.Biasanya ada Tengku Syamil akan mendakap aku pagi-pagi sebelum menunaikan solat Subuh.Aku berbaring atas lenganku menatap sepi ke arah bantal kosong di sebelahku.Tanganku meraba-raba bantal itu dengan perasaan rindu tiada berteman.
"Abang."Spontan aku memanggil suamiku walaupun tiada.Sakit dalam rindu.
Setengah jam melayani perasaan,aku duduk pula.Biasanya opah akan menggerak aku bangun sembahyang subuh.Pagi itu sunyi sepi,tiada suara opah memanggil dan mengetuk pintu.Pelik.Aku bermenung di atas katil sebelum turun wudhu.
Usai menunaikan solat,suasanan di dalam rumah kayu itu masih lagi sunyi sepi.Tiada gerak kaki opah memijak lantai kayu yang menghasilkan bunyi.Aku keluar dan ke bilik opah untuk melihatnya.Ketika membuka pintu,aku lega opah sedang bersujud menunaikan solat.Aku keluar semula lalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami berdua.
Di dapur,aku membuka periuk nasi.Masih berbaki nasi semalam dan boleh aku jadikan nasi goreng ringkas untuk pagi itu.Aku sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng seorang diri.Selesai menggoreng nasi,opah masih tidak keluar dari biliknya.Selalunya riuh mulut opah membebel ketika aku memasak."Opah ni mana?Nak kata mengaji,tak dengar pula suaranya.Senyap je.Ke sambung tidur."Aku berteka-teki sendiri.
Risau dengan keadaan opah yang tidak kunjung tiba,sekali lagi aku menjenguknya di bilik.Aku tidak enak kerana opah masih lagi dalam posisi bersujud seperti tadi."Opah solat apa lama sangat ni,"bisikku sambil menggigit kuku.Aku masuk dan duduk di hujung katil belakang opah menantinya selesai solat.Perasaan aku tidak berasa lain macam apabila opah tidak bangun-bangun dari sujudnya setelah beberapa minit aku tunggu di situ.
Aku beranikan diri menyentuh opah walaupun tidak elok mengganggu orang solat tetapi aku betul-betul tidak sedap hati.Sesaat aku menyentuh bahunya,tubuh pegun opah jatuh ke sisi dengan keadaan mata yang tertutup."Opah!!!"pekik aku.Air mataku mula mengalir deras.Aku memangku badan opah dan memegang tangannya.Sangat sejuk.Aku peluk opah sekemasnya namun opah tidak sedar.Akhirnya,aku kuatkan diri aku memeriksa nadi dan pernafasan hidunganya.Aku tersandar di situ dengan genangan air mata memanggil opah."Opah!!!Jangan tinggal Rara.Rara dah tak ada siapa-siapa lagi."Aku tersedu-sedu apabila opah ternyata tidak lagi bernafas.Opah pergi dalam sujud terakhirnya.
Aku menangis tidak berhenti.Wajah opah aku raup berkali-kali walaupun aku tahu opah telah tiada.Tiada kata yang mampu ucapkan,hanya air mata yang berbicara.
Hari ini aku berjanji dengan opah untuk menghubungi Amir dan ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk membawa opah bertemu mama tetapi hajat terakhirnya tidak tercapai.Opah pergi sebelum sempat meminta maaf dengan mama aku.Aku sungguh terkilan.Tubuh dingin opah aku peluk tanpa aku rasa kasih yang mendalam.Aku menyeluk saku seluar tidurku mengambil telefon.Aku hidupkan semula telefonku dan mencari nama Tengku Amir.
Beberapa minit berdering,kedengaran suara Tengku Amir di corong telefon."Kak long ada mana?Puas Abang Syamil cari?Mana kak long menghilang?"cemas suara Tengku Amir bertanya tanpa aku sempat berkata apa-apa.
Keronkong seperti dihalang untuk berbicara.Aku menekan dadaku namun tidak terluah.Aku mampu menangis.Suara tangisan aku didengari Tengku Amir.
"Kak long menangis?Kenapa tu?"
"Amir...Opah...Opah.."Tergagap-gagap aku ingin mengucapkannya.
"Kenapa opah?Kak long dekat mana ni?"
"Opah dah tak ada..Amir datang Tumpat sekarang,"pintaku dengan esakan dan dada yang sesak.
****
Hujan panas menitis selepas selamat opah dikebumikan.Seorang lagi orang yang aku sayang pergi mengadap Ilahi dalam keadaan aku tidak betul-betul bersedia.Siapa saja yang bersedia?Mati tidak mengira waktu.Seharusnya manusia perlu bersedia sebenarnya kerana semua orang tahu mati itu pasti.
Tengku Amir memimpin aku ke kereta.Dia sempat ke bergegas ke Tumpat menaiki kapal terbang selepas mendapat perkhabaran aku pagi tadi.Tengku Amir datang tanpa mama.'Marahkah mama dengan aku?'
Aku matikan langkah aku di parkir kereta."Amir,mama tak datang?Mama masih terasa dengan kak long?"tanya aku dengan perasaan bersalah.Tengku Amir berdiam saja.
"Baik kita bincang di rumah,kita balik dulu.Hujan panas ni,nanti demam.Kak long pun nampak lesu."Tengku Amir tidak menjawab pertanyaan aku sebaliknya mengajak aku balik.
"Amir tak beritahu Abang Syamil kan kak long di sini?"tanyaku lagi.Aku melarang dia memberitahu Tengku Syamil di mana aku berada.Opah tiada juga Tengku Syamil tidak tahu.Biarlah,aku malas libatkan orang yang menyakitkan hati aku di kala aku dilanda kesedihan.Silap hari bulan,aku yang mengamuk kepada suamiku itu.
*Seperti yang Amir janjikan.Abang Syamil langsung tak tau Amir ke sini.Kak long jangan risau."Tengku Amir menepati janjinya kepadaku.Aku rapat dengan Tengku Amir lantas aku memeluknya diselangi esakan.Aku perlukan seseorang untuk aku mengadu dan aku kira Tengku Amir yang paling sesuai memandangkan dia juga adik kandungku.
"Maafkan kak long,Amir.Kak long dah tak ada siapa-siapa lagi.Amir saja tempat kak long bertaut sekarang ni.Semua orang yang kak long sayang dah pergi,"kataku.Tengku Amir turut sebak dengan keadaanku.Dia membalas pelukan aku.
"Kak long jangan cakap macam tu.Kak long masih ada Amir,ada mama.Kita balik dulu ya?"ajak Tengku Amir.Aku mengangguk faham.Sewaktu aku menapak,dunia ini seolah-olah berpusing.Aku tidak dapat berjalan dengan betul kerana pandangan aku berpinar.Langit dan tanah terbalik di mataku.Pepohon di hadapan sedang menari-nari.Aku tidak bertahan lagi lalu rebah di sisi Tengku Amir.
Rara hilang opah pula.Sedihnya hidup Rara.Harap TS tak tinggalkan dia juga.So,Rara dah tau pasal mama,agak2 mama boleh maafkan Rara tak?Hehhehhe..Cuba komen sikit kasi idea pada Miss J.
Share this novel