Kelopak mata kuangkat dengan pergerakan perlahan.Mataku terasa berat sekali.Entah berapa lama aku berada dalam keadaan separa sedar.Aku tidak pasti.Kali terakhir aku ingat waktu Doktor Gan bertemu dengan aku,memperihalkan sedikit sebanyak keadaan bayi-bayiku.Itu pun aku kurang jelas kerana aku terlalu lemah untuk fokus.Sejurus selepas itu,aku tidak lagi peka terhadap keadaan sekeliling.
Aku mengesotkan punggungku tetapi kesan jahitan di perutku terasa pedih.Aku pejamkan mata dan mengetap bibir menahan rasa sakit.Aku berbaring statik untuk melegakan luka pembedahan.Seingat aku,aku terpaksa bersalin pembedahan kecemasan kerana jantung anak-anakku semakin lemah.Bagaimana agaknya keadaan mereka sekarang?Naluri keibuan aku semakin membuak-buak ingin melihat mereka.
Nafas kutarik panjang apabila pedih tadi beransur lega.Ketika itu,tanganku tersentuh rerambut seseorang.Tengku Syamil terlena.Kepalanya terbaring sisi katil.Aku alihkan pandangan aku ke arah lain.Aku berusaha bergerak menuruni katil ingin mengetahui perkembangan si kembar aku.
Ketika itu juga,Tengku Syamil terjaga.Dia memisat matanya supaya pandangannya jelas."Sayang nak ke mana?
"Nak pergi tengok anak-anak.Macam mana keadaan anak-anak sekarang?"rontaku di atas katil.Bayangan anak-anak aku yang masih kecil pasti memerlukan ibu.
Tengku Syamil segera duduk di sisiku.Dirapatkan aku ke dadanya."Rara,tenang.Rara pun tak sihat ni.You need a rest."Tengku Syamil memujuk aku agar tenang.Bagai dihiris pisau tajam pada bahagian perutku apabila aku tersedu-sedu.Rambut aku dielus oleh Tengku Syamil namun aku menolak Tengku Syamil menjauhi aku.
"I don't need you.Stay away from me."Aku berjauh hati.Perasaan aku cukup menderita.Tekanan yang aku alami menyebabkan anak-anak dalam kandungan aku stres.Mereka terpaksa dikeluarkan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.
"Rara."Melopong Tengku Syamil dengan tindakan aku.
"Turun dari katil ini.Jangan dekat dengan Rara dan jangan cuba sentuh Rara.Cukuplah abang sakiti Rara dengan anak-anak.Pergilah balik."Aku menghalau.Kehadiran Tengku Syamil hanya menambahkan kesakitan aku.
"Abang nak jaga Rara dengan anak-anak kita,"pujuk Tengku Syamil.Mukanya redup.
"Kalau abang kisah pasal Rara dengan anak-anak,abang tak akan buat kerja bodoh.You know what,Rara pujuk hati Rara maafkan abang tapi balasan abang menyakitkan hati.Abang tak menghargai pun pengorbanan Rara.Apa yang abang tahu nak marah dan salahkan Rara.Abang terlalu egois."
Tengku Syamil terkedu.Ammara makan hati dengan perbuatannya semalam.Sepanjang malam menjaga Ammara selepas bersalin menginsafkan dirinya.Dia sedar dia telah banyak menyakiti hati isterinya.Anak-anak yang dikandung turut menjadi mangsa.Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu ego.
"Maafkan,abang."
"Minta maaf memang senang tapi memaafkan bukan mudah setelah berkali-kali abang sakiti Rara."
"Rara...."
Aku mencelah."Listen to me,Tengku Syamil.Kalau jadi apa-apa kepada anak-anak,tiada maaf bagimu lagi,Tengku Syamil."Aku bertegas.
****
Luluh hati aku memandang anak-anakku yang masih kecil di dalam inkubator.Saiznya sangat kecil di mana setiap seorang hanya mencapai dalam lingkungan satu kilogram saja.Warna kulit mereka juga agak gelap.Tubuh kecil itu hanya dilitupi dengan kulit berkedut.Oleh sebab mereka pramatang,mereka dimasukkan ke dalam inkubator kerana suhu persekitaran tidak sesuai untuk bayi pramatang.
Bunyi bingit ventilator memilukan hati aku melihat perjuangan mereka untuk hidup.Nafasnya bergerak pantas.Sampai bila mereka mampu bertahan,aku tidak tahu.Aku berharap mereka terus kuat.
Air mataku perlahan-lahan gugur."Maafkan,mama,"esakku atas kerusi roda.Bahuku yang terhinjut-hinjut dipegang oleh mama.Air mata Tengku Syamil turut bercucuran.
"Sofia,sabarlah.InsyaAllah,mereka kuat.Doa ibu ialah doa yang paling mujarab.Sofia doakan untuk mereka banyak-banyak."Mama memujuk hati lara aku.
"Sofia terlalu banyak berfikir sampai Sofia lupa dua nyawa yang menghuni rahim Sofia."Sepanjang menguruskan kes Tengku Syamil,aku mengabaikan kesihatan diriku sendiri.
Tengku Syamil membisu.Kata-kata Ammara memukul hatinya.Wanita itu bekerja keras demi menjaga maruahnya tetapi kerana ego dia melukakan hati Ammara.Anak-anak dan isteri menjadi mangsa akibat kebodohannya.Kini,Ammara juga tidak ingin berkompromi dengannya.
"Mama tahu anak-anak mama kuat.Mama takkan berhenti berdoa untuk kamu berdua.Mama tak sabar nak peluk cium anak-anak mama.Mama tunggu saat-saat itu,ya sayang,"kataku lagi.Aku dilarang oleh doktor untuk menyentuh Si Kembar buat masa ini kerana mereka sangat terdedah dengan jangkitan.Doktor Gan memberitahu mereka perlukan rawatan intensif kerana paru-paru dan organ dalamannya yang lain tidak matang.Mereka juga tidak mampu bernafas sendiri.Gula mereka juga rendah.Namun begitu,harapan aku setinggi gunung agar keadaan mereka stabil.
"Sofia,kita turun dulu.Balik ke wad Sofia.Sofia tak makan apa-apa lagi.Anak-anak pun mesti nak tengok mama diorang sihat."Mama mengajakku.Lama aku berada di situ.Aku mengangguk.
"Mama pergi dulu,ya.Nanti mama datang teman anak-anak mama kat sini.Mama sayang kamu berdua,"ujarku.Berat hati aku ingin meninggalkan Si Kembar kerana aku rasa mereka sangat memerlukan aku di sisi mereka.
Mama terus menolak kerusi roda keluar dari NICU.Tengku Syamil mengikut langkah mama dari tadi mengatup mulutnya.Seribu satu perasaan bermain dalam jiwa Tengku Syamil.Isteri dan anak-anak mengalami kesakitan yang dia sendiri tidak dapat rasai.Melihat tubuh kecil dan kaku anak-anak menambahkan lagi rasa bersalah dan kerisauannya.
Tiba-tiba,mama berhenti di ruangan menunggu luar."Syamil bawa Sofia turun dulu.Mama nak ke tandas sekejap."
"Tak apalah,mama.Sofia tunggu mama saja."Aku membalas dengan senyuman.Mama pun segera pergi mencari tandas.
Tengku Syamil duduk di kerusi menunggu di hadapan Ammara.Dia merenung wajah isterinya.Terserlah kepenatan dan pucat pada raut isterinya.Mata Ammara bengkak dek menangis.Ammara tidak pedulikan kehadirannya di situ.
Lama-lama Tengku Syamil berani bersuara dengan kedinginan Ammara kepadanya."Rara..."
"Sorry,saya tak minat nak dengar apa-apa.Tolong kunci mulut abang."Aku berkata mematikan niat Tengku Syamil.
****
Seminggu kemudian
"Buah oren ni kena makan banyak sikit.Elok untuk luka ceaser tu."Mama hulurkan sepinggan potongan buah oren kepada Tengku Syamil dan berlalu keluar.
Aku memilih berpantang di rumah mama dan Tengku Syamil hanya mengikut kemahuanku.Seminggu berlalu,hubungan kami tetap masih dingin.Aku tidak menegurnya walaupun dia berkali-kali memohon keampunan.Aku menyalahkannya apa berlaku kepada Si Kembar.
Tiada hilai tawa dan kegembiraan dalam bilik itu lagi.Hatiku sedingin salju.Beku untuk Tengku Syamil.
"Hari ni Rara berehatlah di rumah.Biar abang yang pergi jenguk anak-anak.Dah seminggu Rara tak rehat sangat,"cadang Tengku Syamil.Kerlingan aku hadiahkan kepadanya.
"Anak-anak Rara lagi penting daripada rehat.Abang jangan nak tunjuk yang kononnya abang concern tentang anak-anak dengan Rara."Aku membidas Tengku Syamil.Aku tidak mengenal erti penat dan lelah melawat Si Kembar.Sehari tidak menatap Si Kecil,aku kerinduan.
Tengku Syamil mengeluh."Abang tahu Rara marahkan abang tapi abang betul-betul risaukan Rara apatah lagi anak-anak.Simpanlah marah Rara tu dulu.Dah sihat nanti,hamburkanlah kemarahan Rara.Sekarang ni,Rara perlu pulihkan emosi dan fizikal Rara."
"Abang punca semua ini berlaku."Aku menyalahkan Tengku Syamil.
"Ya,sayang.Abang tahu abang salah pada Rara,salah pada anak-anak.Abang sendiri pun menyesal.Rara ingat abang tak sedih,tak risau tengok anak-anak kaku dan penuh wayar macam tu?Setiap hari abang doa untuk diorang berdua agar ada keajaiban.Dan abang tak pernah tinggalkan Rara dalam doa abang,"luah Tengku Syamil.Doa yang baik tidak pernah lekang dari bibirnya dan hatinya untuk anak-anak dan Ammara.Kesakitan yang dia ciptakan berbalik kepada dirinya sendiri.Dia pedih melihat isteri dan anak-anaknya.Walaupun di depan mata,ketiga-tiga insan itu dia tidak dapat didakap ke dalam pangkuannya.Ibarat bayang-bayang yang berdamping dengannya tetapi tidak boleh disentuh.
"Please,sayang.Abang tak nak cakap pasal ni lagi,"rayu Tengku Syamil.
"Abang nak lari daripada masalah?"
Tengku Syamil menggeleng."Abang bukan nak lari,sayang.Abang tak nak ganggu emosi Rara,tak nak Rara stres lagi.Biarlah Rara dah pulih sepenuhnya,baru kita bangkitkan hal ni.Sekarang,abang nak Rara happy dan fokus pada anak-anak."Tengku Syamil mengucup jari-jemari aku yang digenggam.
"Hello...Ya..Syukur alhamdulillah.Saya segera ke sana?"Tengku Syamil menjawab panggilan yang diterima.Butirannya aku tidak tahu tetapi tergambar kegembiraan pada wajahnya.Aku memandangnya dengan mata kuyuku.
Tengku Syamil menatap mata aku dengan mata yang bertakung.Bibirnya terketar-ketar seperti ingin menyampaikan sesuatu kepada aku.Aku menanti dengan debar.Adakah ianya berkaitan dengan anak?
"Sayang,Doktor Gan call....."Tersekat-sekat suaranya diselangi tangisan.Aku membesarkan mataku.
"Kenapa?Ada sesuatu terjadi kepada anak?"
"Anak-anak semakin stabil.Doktor Gan cakap anak-anak dah tak perlu guna ventilator,"kata Tengku Syamil dengan gembira.
Aku menutup mulutku dengan tangan seakan tidak percaya.Khabar itu buat aku ingin melompat kegembiraan di atas katil."Alhamdulillah.Syukur Ya Allah."Aku mengucapkan syukur kepada Allah.Masalah dengan Tengku Syamil hilang serta-merta.Raut comel Si Kembar berlegar-legar di ruangan mataku.
Tengku Syamil menyambung lagi."Kakak dah buka mata dan bergerak aktif.Adik tiada pergerakan lagi tapi nafasnya semakin baik."
Tengku Syamil terus sujud syukur di lantai.Aku terhalang oleh luka pembedahan yang menghadkan pergerakan aku.Aku tidak berhenti berdoa dan berterima kasih kepada Allah.Aku teringat yang semalam,aku perasaan jari-jari kaki Si Kakak mula bergerak sikit-sikit.
****
Natasha berendam dalam tab mandi seorang diri.Dia berkurung di dalam bilik hotel selepas kesnya disahkan kalah.Dia tidak berani berhadapan dengan dunia di luar.Para wartawan gigih memburunya untuk dapatkan cerita panas tentang dirinya.Lebih menyayat hati,dia diberi notis untuk keluar daripada bilik hotel tersebut.Wangnya sudah habis digunakan.
Dia menyandarkan kepalanya pada tab mandi.Air matanya meleleh ke sisi.Dalam sekelip mata,dia kehilangan segalanya.Suami,duit,peminat dan orang-orang yang dia sayang turut meninggalkannya terkapai-kapai seorang diri.Rata-rata netizen menghentam dan mencaci Natasha di media sosial.Dia menutup semua komen di Intastagram,Tweeter dan Fac.
Hidupnya hancur kerana kes yang diciptakan sendiri.Kariernya jatuh merudum.Tawaran-tawaran penggambaran ditarik semula.Para penaja hilang kepercayaan kepada dirinya.Oleh sebab itu,punca pendapatannya turut merudum.
Dia mengambil telefon cuba call Maya."Kau nak apa lagi?"bentak Maya dalam telefon.
"Maya,pinjamkan aku duit sikit.Hotel dah halau aku keluar.Makan pun cukup-cukup ni,Maya."Natasha merayu meminta pertolongan walaupun Maya bukan pengurusnya lagi.Tetapi Natasha kematian akal.Dia tidak ada sesiapa yang ingin membantunya lagi.
"Arrggggghhhhhhh!!!"Natasha menjerit.Dia mengalami tekanan perasaan dan jiwa.Lantas dia mencapai pisau kecil yang terletak di hujung bucu tab mandi.Ketika ini,dia terdengar seperti ada suara-suara menghasutnya mengelar pergelangan tangannya.
Pisau kecil bermaya tajam itu dipandang lama oleh Natasha."Ini pilihan terakhir aku.I'm sorry."
****
'LUNA LATISYA DITEMUI MATI BUNUH DIRI DALAM TAB MANDI.'
Meo membaca tajuk berita hangat yang diperkatakan dalam media sosial.Aku tergamam memandang Meo dan Adri di sofa hadapan.Air mukaku berubah serta-merta.Berita yang sangat mengejutkan aku."Innalillahiwainnahirojiun.."jawabku sayu.Rasa bersalah mula menghuni hati.
"Meo,dia bunuh diri sebab aku ke?"Menggigil tubuhku mendengar berita tersebut.
"Bukan salah kau,Ammara.Dia yang tak pandai control diri dia."Meo menyedapkan kegundahan hati aku.
"Tapi yang buat dia tak boleh control dirinya sendiri kan?Dia mesti tertekan dengan kes tu.Kau tengoklah warganet mengutuk dia pasal kes tu,"kataku.Aku yakin dia bunuh diri kerana dia tidak dapat mengawal kekalahan kes perbicaraan.Sesungguhnya aku tidak berniat untuk menghancurkan hidupnya.Aku lakukan demi harga diri Tengku Syamil.
"Cool,Ammara.Dah memang sampai ajal dia.Kau tak buat apa-apa kesalahan pun,"sambung Meo.Aku mengukir satu senyuman kelat.Walaupun aku dan Natasha bermusuhan tetapi aku tidak sesekali mentertawakan kematiannya.Sedikit rasa menyesal singgah di hati aku.
"Well,Ammara.Adri pun rasa Ammara tak payah fikir pasal ni.Itu kehendak dia sendiri.Apa yang Ammara buat itu perkara yang betul.Now,fokus pada diri Ammara dan anak-anak,"Adri pula memberi nasihat kepadaku.Aku mengangguk saja.
"So,how your twins?Sihat?Macam mana perkembangan mereka?"Adri menyoal aku.
"So far,so good.Kecil-kecil cili padi pun,diorang dah semakin aktif.Now,Ammara buat kanggaroo mother care for babies,'jelasku.Betapa gembiranya aku dibenarkan bermain dan mendukung anak kembarku.
Meo mengerutkan dahinya.Keningnya hampir bertemu."Apa ke benda tu?"Meo 'blur' dan tidak faham.Sejujurnya aku pun baru belajar terapi sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan anak.Dalam terapi ini,ibu digalakkan merangsang bayi dengan sentuhan ibu.
"Terapilah.Nak bagi nak aku rasa sentuhan mama diorang."
Tidak lama kemudian,Tengku Syamil mendarat di sebelah aku.Aku tidak endahkan dia.Dia duduk serapat-rapatnya dengan aku.Kebiasaannya jika ada lelaki ada dekat dengan aku.
Meo menyilangkan kakinya."Ammara,kenapa kau tak cakap yang baby kau twins?"tanya Meo.Ammara tidak pernah dedahkan yang dia hamilkan anak kembar.
"Suprise.Tapi terlebih suprise pula sebab terbersalin awal."
"It's okay dear asalkan baby selamat dan sihat.Bila agaknya aku dapat jumpa Si Kembar tu kan?Mesti cute kan?"
"Nanti dah keluar wad,kau bolehlah datang tengok.Eh,korang balik nanti,aku nak tumpang boleh?"
Tengku Syamil di sebelahku berasa hairan dengan pertanyaan aku.Sekali lalu dia memandang Adri.
"Ammara nak ke mana?"
"Hospital.Jenguk Si Kembar."Aku menjawab.Aku sedar Tengku Syamil tidak suka tindakan aku membelakangkannya.Panas juga hati Tengku Syamil namun ditahan kemarahannya.Dia bangun meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.
"Errr...Actually,kitorang tak lalu hospital.Lagipun,Si Meo ni ada jemputan kahwin,nak cepat.Maaf ya,Ammara."Adri serba salah.Bukan dia tidak ingin membantu tetapi dia mengerti ada sesuatu yang tidak kena antara Ammara dan Tengku Syamil.Reaksi Tengku Syamil cukup menunjukkan dia berkecil hati dengan tindakan Ammara.
Meo juga turut menyedari keadaan itu menyokong Adri."Haah la...Aku ada jemputan kahwin hari ni."
****
Tengku Syamil tercongok di atas katil dengan dada yang turun naik.Aku buat-buat tidak faham keadaan dan gelora perasaan dia.Aku sandarkan badanku ke katil."Rara dah kenapa?"tanya Tengku Syamil dengan ton suara yang disekat.
Aku tidak faham kononnya."Kenapa apa?"
"Rara ingat abang ni tunggul ke?Kalau Rara nak pergi jenguk anak di hospital,cakap dengan abang.Tak perlu nak menumpang orang lain sedangkan abang ada."
"Saja tak nak menyusahkan abang."Acuh tak acuh aku membalas.Mataku sikit pun tidak memandang Tengku Syamil.
Tengku Syamil berdiri di tepi katil,tempat aku bersandar."Susah?Rara tanggungjawab abang.Yang dekat hospital tu anak-anak abang.Apa yang susahnya?Jangan menidakkan tanggungjawab abang sebagai papa kepada anak-anak."Tengku Syamil berang.Dia tercabar dengan keangkuhan Ammara yang sengaja menuji kesabarannya.
"Ya,sebab anak-anak abanglah Rara masih di sini.Ikutkan hati Rara,dah lama Rara tinggalkan abang tapi Rara tak tergamak nak pisahkan anak-anak dengan abang."Aku turut membentak.
Tengku Syamil memejamkan mata menarik nafas panjang."Apa lagi yang sayang nak abang buat supaya sayang boleh maafkan abang?Terima abang macam dulu."
"Hati Rara dah tawar untuk abang selepas malam itu.Apa guna Rara terima abang tapi abang tak hargai Rara.Rara tak mengharapkan abang ucap terima kasih atau sanjung Rara tapi abang tak patut balik marah-marah dan salahkan Rara."Aku berbalik ke malam pergaduhan sebelum aku bersalin.Sakitnya hati aku disalahkan oleh Tengku Syamil kerana hal seremeh itu.
Tengku Syamil terkedu.Pergaduhan malam itu menjadi asbab rajuk hati aku hingga kini.Dia duduk di sisi aku."Abang salah malam tu.Abang cakap ikut perasaan marah abang.Abang tak fikir perasaan sayang.Abang minta maaf."Kedua-dua tanganku dicapai dan dikucup dengan kasih sayang.
Aku menarik kembali tanganku daripada genggamannya."Rara tak tahu Rara boleh maafkan abang atau tak."
****
Mama duduk di hujung kakiku.Minyak herba dilumur ke betis hingga ke tapak kakiku.Diurutnya kakiku dengan cermat.Dalam dua minggu ini,pantang aku ke laut kerana aku lebih fokus kepada anak-anak berbanding diriku sendiri.Mama banyak memantau pantangku di rumah.
"Kaki ni kena urut sebab banyak berjalan ulang-alik ke hospital.Sofia ni pun dah tak pantang mana dah mama tengok.Duduklah berehat sikit.Badan tu kena jaga."Mama menegur aku.
"Nak duduk diam macam mana,mama?Anak-anak Sofia di hospital."
Mama menghela nafasnya."Mama tahu tapi Sofia kena jaga diri juga.Gilir-gilirlah dengan Syamil,biar Sofia tu ada masa untuk diri Sofia sendiri.Badan ni nak pakai lama."Mama memulakan bebelannya.Anaknya itu tidak hiraukan pantang.Aku memekakkan telinga.
"Sofia tak bincang dengan Syamil pasal ni kan?"
Aku berdalih."Mana ada.Sofia cuma tak boleh tak tengok kembar sehari.Rindu,mama."
"Sofia jangan tipu mama.Mama tak buta,tak pekak tapi mama sengaja buat-buat buta dan pekak.Mama dengar Sofia dengan Syamil bergaduh mulut.Mama nampak layanan Sofia pada Syamil macam mana.Mama tahu hubungan Sofia dengan Syamil kurang baik."Tengku Zanariah tahu ribut yang melanda rumah tangga anaknya.Telah lama dia berdiam supaya Ammara dan Syamil boleh selesaikan sendiri namun setelah dua minggu tiada perubahan,dia terpaksa bersuara dan menasihati Ammara.
Aku terkebil-kebil memandang mama.Mama perasan selama ni.
"Sofia,mama nak yang terbaik untuk anak menantu dan cucu-cucu mama.Mama tak nak salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku.Mama tak nafikan yang Syamil memang ada salahnya tapi Sofia tak boleh fikir ego Sofia.Anak-anak perlukan mama dan papa mereka."
"Kalau tak sebab dia Sofia tak bersalin awal."
Mama mengeluh.Tanganku dicapainya."Sofia yakin ini takkan berlaku?"soal mama buat aku terdiam.Aku menunduk sayu lalu menggeleng.
"Sofia fikir,Syamil papa kandung anak-anak Sofia.Dia sendiri pun tak nak semua ini terjadi pada Sofia dan anak-anak.Apa yang terjadi di luar kawalan Syamil.Tak ada ayah dalam dunia ni mendoakan keburukan kepada isteri dan anak-anak.Jika diberi pilihan,dia pun tak nak semua itu berlaku."
Mutiara jernih mula bertakung.Zalimkah aku kepada Tengku Syamil?Aku hanya mahu mengajar dia lebih menghargai.
"Dulu Sofia sendiri,sekarang Sofia dah ada anak-anak.Sebelum buat apa-apa keputusan,Sofia fikir baik buruknya kepada anak-anak.Usia mereka tersangat kecil untuk terima pergolakan yang berlaku antara Sofi dan Syamil.Pulihkan hubungan Sofia dengan Syamil demi kegembiraan anak-anak.Syamil tu bukanlah jahat sangat cuma tergelincir sedikit tapi dia cepat sedar.Sebab apa?Sebab dia sayangkan Sofia dan anak-anak."Panjang lebar mama memberi ceramah rumah tangga kepada aku.Aku berfikir sejenak dengan nasihat daripada mama.Ya,aku akui Tengku Syamil tidaklah sejahat mana.
"Sofia,tak ada rumah tangga yang bahagia sepanjang masa.Ada masanya bergolak juga tapi hati mesti kental sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.Sofia memang dah tak ada sikit pun rasa sayang pada Syamil ke?"Mama menyoal lagi.Sayang?Bohong jika aku tiada rasa sayang itu.Kalau bukan kerana sayang,aku telah lama aku mengatur langkah tinggalkan Tengku Syamil.
"Tak ada."Aku menafikannya.
"Sofia bohong.Mama nampak dalam mata Sofia memendam rasa sayang dan rindu pada Syamil tapi kemarahan dan ego Sofia mengatasi segalanya.Pejam mata Sofia dan tanya hati Sofia,masih sayang atau tidak.Jika bayangan Syamil datang dengan senyuman dan rasa hati masih mengharapkan Syamil,maknya masih ada cinta untuk Syamil."
Aku memejamkan mataku dan ternyata aku melihat sekujur tubuh menghampiriku dengan satu senyuman yang aku rindui.
"Berbincang ialah jalan terbaik untuk selesaikan masalah.Ajaklah Syamil berkomunikasi,mama yakin Syamil akan beri kerjasama.Sofia dengan Syamil baru menimang cahaya mata.Tak kisahlah apa jua keadaan anak-anak,ikatlah kembali kasih sayang kamu berdua."
****
Tengku Syamil termenung di inkubator anak-anaknya.Dia tersenyum melihat Si Kembar itu aktif menendang kakinya.Mungkin masih terkhayal dengan dunia dalam rahim ibunya.Jika bernasib baik,mereka akan tersenyum.Hari demi hari,berat Si Kembar semakin bertambah dan menunjukkan perkembangan positif serta melepasi tahap kritikal.Keadaan ini melegakan hati Tengku Syamil.
Saat melihat kecomelan anak-anaknya,air matanya bercucuran.Rasa syukur dan bersalah menyulami hatinya.Syukur kerana dianugerahkan dua si cilik yang comel walaupun mereka tidak seperti bayi lain yang lain.Rasa bersalah kerana dirinya membuat mereka stres dalam kandungan Ammara.
"Anak-anak papa sangat kuat macam mama.Papa sayang kamu berdua,sayang mama tapi papa dah buat salah besar sampai mama sukar maafkan papa,"kata Tengku Syamil dengan rasa sebak.
"Mama tak nak cakap dengan papa walaupun papa ada depan mata.Papa dah banyak sakitkan hati mama,susahkan hidup mama dari mula papa kenal mama.Papa bukan suami yang baik untuk mama tapi papa tak nak hilang mama dengan anak-anak papa."Tengku Syamil meluahkan rasa hati kepada anak kecil masih tidak mengerti apa-apa.Namun,jiwanya sakit menanggung derita rasa bersalah setiap hari ditambah Ammara tidak ingin memberi ruang kepadanya.Ammara mengelak semahu-mahunya segala kebaikan yang dibuat.
"Maafkan papa bercerita pada kamu.Tak ada sesiapa yang nak dengar isi hati papa even mama sekalipun.Tapi apa boleh buat dah memang papa bersalah.Papa tak salahkan mama.Kamu berdua berdoalah yang mama akan maafkan papa dan kita kembali menjadi satu keluarga yang bahagia,"Tengku Syamil menyambung melontarkan isi hatinya.Sangat terseksa dirasakan memendam perasaan sakit.Dia cekalkan hati demi ingin bersama dengan anak-anak dan Ammara.Segala tohmahan Ammara ditelan saja tanpa membantah.
"Abang..."Tengku Syamil menoleh tatkala Ammara memanggilnya.Ammara baru tiba di hospital dengan bekalan susu yang dipam.Dia tidak menyangka Tengku Syamil akan berada di situ.
"Bukan abang ke pejabat ke?"soal Ammara.Mata redupnya memandang Tengku Syamil berwajah sayu.Luahan hati Tengku Syamil didengar sepenuhnya.Tersentuh hati kecilnya dengan luahan Tengku Syamil.
"Abang rindu anak-anak.Sebab tu abang datang sini.Rara datang dengan siapa?"
"Dengan mama dan nenda tapi diorang pergi beli barang dulu,"jawab aku acuh tak acuh.
****
Aku tersenyum melihat foto anak-anak kecilku.Aku sempat mengambil gambar ketika senyuman terpahat pada bibir mereka.Tatkala memandang mereka,fikiran aku teringat nasihat mama.Benar kata mama,mereka perlukan sokongan aku dan Tengku Syamil.Bukankah mereka akan keliru jika kami membuat haluan masing-masing.Tengku Syamil banyak kali memohon maaf kepadaku dan menyesali perbuatan dia.Apakah harus aku terus memarahinya?Pada yang sama aku merinduinya?
Ketika itu,memori pertemuan dan penyatuan kami berlegar-legar dalam ingatanku.Dia selalu menjadi penyelamat aku ketika dikhianati Adri dan dia juga menyelamatkan aku daripada ah long.Banyak yang dia lakukan untuk aku tanpa aku sedari.Dia sentiasa di sisi aku di saat aku kehilangan abah dan anak sulungku.Apakah itu tidak cukup membuktikan dia menyayangi aku?
Kemudian,Tengku Syamil bertuala muncul dari bilik air.Aku kembali ke dunia nyata.Mataku tertancap padanya dan kami saling berpandangan.Tengku Syamil melarikan pandangan dan segera menyarungkan tshirt dan kain pelikat.Selepas itu,dia berbaring memandang siling di sebelah aku.Aku tidak pasti apa yang berada dalam fikirannya.Jauh merenung ke menembusi siling konkrit.
Aku mengengsot rapat kepadanya sikit demi sikit sehingga bahu kami bertembung.Matanya tidak berganjak memandang siling putih."Kenapa luah perasaan pada anak-anak tadi?"Aku memulakan bicara.Kekok rasanya ingin memulakan hubungan baik semula setelah lama bermasam muka.
"Anak-anak saja nak dengar.Itupun sebab terpaksa.Kalau dah besar nanti,diorang pun lari daripada papa agaknya."
Aku memaut jarinya."Abang kejarlah."
"Hmmm...Mama diorang yang ada depan mata pun abang tak boleh kejar,tak boleh peluk.Pandang je.Itupun dapat jelingan maut paling baiklah.Kalau tak ngauman singa yan abang dapat."Tengku Syamil berbasa-basi menyindirku.'Kurang asam.Elok-elok aku nak berbaik,jadi perang balik nanti.'Aku mengomel di dalam hati.
"So,abang tak sayanglah singa abang ni?"Aku bermain tarik tarik menguji emosi Tengku Syamil.Aktiviti pemanasan sebelum memulakan bicara.
"Hisssh...Mau tak sayang.Bukan semua orang boleh bela singa.Walaupun kadang-kadang liarnya ada lagi tapi abang rela ditelan daripada hilang singa abang."
Aku mencubit lengan Tengku Syamil."Eee...Sudahlah abang ni."Aku mengiring membelakangkan Tengku Syamil.
"Laa..dia yang mulakan dulu."Tengku Syamil mengalah.Dia merangkul tubuhku dari belakang berhati-hati.Luka di perutku masih berparut dan tidak pulih sepenuhnya lagi.
"Sayang,i love you so much.Walau Rara segarang singa sekalipun,abang tetap sayang Rara sepenuh hati,"bisik Tengku Syamil di telingaku.
Aku melebarkan senyuman.Mataku dikatup rapat."Abang,jom kita akhiri masalah kita.Kita bincang dari hati ke hati macam yang kita buat sebelum ini.Sejujurnya,Rara rindu abang yang romantik,sweet,prihatin."Aku mengakuinya.
Aku berpaling mengadap Tengku Syamil.Mata kami saling bertaut.Telapak tangan Tengku Syamil memenuhi pipiku.Dia mengusap lembut dengan senyuman.Tangannya aku sambut lalu kurapatkan ke hidungku.
"Rara minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab dah biadab dengan abang.Rara tak hormat abang sebagai suami dan atas segala tindakan buruk Rara pada abang."Aku mengucup tangan kasarnya berkali-kali.Rasa bersalah aku kepada Tengku Syamil sangat mendalam tambah-tambah lagi setelah diceramah oleh mama.Aku sedar aku juga punya kesilapan dalam kemelut hubungan kami.
"No,sayang.Sayang tak salah.Sayang isteri yang sempurna dan terlalu baik untuk abang.Abang yang tak pandai hargai Rara."Tengku Syamil pula menyalahkan dirinya.
"Abang,kita sama-sama salah.Kita sama-sama ada ego tinggi.Kalau mama tak tegur,Rara tak sedar yang Rara melakukan kesalahan pada abang.Rara hanya berpegang yang abang bersalah sedangkan Rara sendiri ada kelemahan."Esakku semakin kuat.Cepat-cepat Tengku Syamil mendakap pinggang aku.
"Abang tak pernah pun salahkan Rara.In fact,abang kagum dengan Rara sebab Rara mampu bertahan,masih di sisi abang.Thanks,sayang.Sebab tu,Aisya dan Adam kuat macam mama mereka,"puji Tengku Syamil menyebut nama-nama pasangan kembarku,Tengku Aisya Sofia dan Tengku Adam Mikael.
Aku menangis dalam pelukan Tengku Syamil."Sebenarnya Rara tak kuat mana,abang."
Tengku Syamil mengangkat kepalaku pandangnya."Sshhh...Abang tak nak sayang nangis lagi.Cukuplah sayang menangis selama ini.Lepas ni,abang nak gembirakan sayang dan anak-anak kita."
Malam muhasabah yang merungkaikan segala kemelut perasaan kami.Segala hal yang terjadi menjadikan kami lebih matang.Semoga ada sinar kebahagiaan untuk keluarga kecil aku dan Tengku Syamil.
Firstly,maaf miss j lambat publish.Miss j ubah plot sikit sebab miss j nak tambah lagi satu chpter tambahan nanti.Bila ubah plot,paham2 lah.Taip padam berulang kali ditambah dengan terlelap.:-)..so,enjoy ye guys.Ada stu lagi chapter lpas ni.mmg betul2 last ya nnt.
Share this novel
Update pleasee..last chapter
tq miss jebat best dan puas hati bc novel ni
semoga Bahagialah mereka dgn twin