Detik waktu terus berlalu namun mataku masih segar.Aku tidak dapat melelapkan mata walaupun aku cuba.Bayangan wajah Alisa,Adri dan Danial bermain di mindaku.
Luluh hatiku mengetahui kebenaran.Kebenaran yang sangat menyakitkan.Sakit hatiku seperti dihiris-hiris halus.Kenapa aku begitu bodoh?Aku tidak nampak tanda-tanda sikap Adri.
"Adri is a gay,Ammara."Ayat yang keluar daripada mulut Alisa membuat hati dan jantungku luruh serentak.Aku betul-betul terkedu.Mulutku terkunci rapat.Air mataku mula bergenang.Apakah benar Adri gay?
"Saya tak percaya macam tu.Dia bukan gay."Aku membela Adri.Aku tak dapat menerima kenyataan ini.Aku sangkakan Alisa kekasih atau isteri yang mengandungkan anak Adri.Itulah yang selalu berlaku dalam kehidupan normal.Berbeza dengan aku.Tunang aku curang bukan dengan perempuan tetapi suami orang.Lelaki sama lelaki.Logik akalnya aku cuba menafikan.
Alisa memegang tanganku."Mula-mula saya pun tidak percaya Danial gay.Tapi selepas saya jalani ujian HIV/AIDS pada awal kehamilan,saya didapati positif AIDS.Danial tak nak mengaku dan tidak mahu menjalankan ujian.Setelah diselidik,rupa-rupanya Danial terlibat dengan hubungan songsang.Bukan dengan Adri saja malahan ramai lagi,"terang Alisa kepadaku.Sekali lagi aku terkedu.Simpatinya aku kepada Alisa dan anak dalam kandungannya.Pandangan masyarakat,aku pasti akan salahkan Alisa.
"Berapa lama mereka berhubungan?Macam mana Alisa tahu semua ini?"Aku mula bersuara.
"Sejak lima tahun lepas.Saya tak sangka suami saya begitu sedangkan dia layan saya dengan baik dan romantik.Satu hari mungkin Allah nak tunjuk,saya terbaca whatsapp dalam group songsang mereka.Siap ajak berparti bagai.Apa perasaan Ammara jika berada di tempat saya?"Alisa teresak-esak.Wajah yang aku lihat tenang tadi mula menumpahkan air mata yang tidak terhentik.Sekian lama dia menahan kesakitan.
Perasaan aku?Hancur berkecai.Di luaranku nampak tahan namun di hatiku bagai taufan yang melanda.Pembohongan Adri Watson sangat melampau.Tujuh tahun aku ditipu hidup-hidup.Tiba-tiba aku terkenangkan Meo.Bersalahnya aku dengan Meo.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya sekarang.Semuanya bercampur.Marah,geram,sedih,kecewa dah sebati sekarang ni."
"Begitulah perasaan saya masa mula-mula dapat tahu tentang Danial.Tak boleh nak diungkapkan kesedihan tu.Sebab tu saya datang jumpa Ammara.Saya tak nak perkara yang sama berlaku kepada awak.Hentikan pernikahan awak dengan Adri.Saya rasa dia juga positif sebab saya pasti mereka berhubungan,"kata Alisa lagi.
Benarlah hanya perempuan yang memahami hati perempuan.Allah pertemukan aku dengan Alisa supaya aku terlindung daripada perbuatan terkutuk Adri.Tapi aku simpati dengan nasib Alisa dan anaknya.
Prangggggg!!!Bunyi pinggan jatuh di atas lantai.Lamunan aku terhenti dengan dan keluar.Jam sudah pukul 4.00 pagi.Pasti itu abah yang bangun menyediakan bahan jualannya.Aku menjenguk abah di dapur.
"Awal Rara bangun,"tanya abah yang sedang bersihkan pinggan kaca yang bersepai sepertimana hancurnya hatiku.Aku membantu abah.
"Rara tak boleh tidurlah,bah."
"Ni mesti sebab aku fikir nak kahwin jadi tak lena tidur."Abah mengusikku.Aku tersenyum kelat.Bagaimana harus aku katakan kepada abah siapa Adri?Pasti abah juga akan terkejut.
"Tak adalah,abah.Mana ada Rara fikir pasal kahwin.Rara cuma tak mengantuk."
Aku masih rahsiakan daripada abah.Nantilah aku cerita kepada abah.
****
Aku mencelikkan mataku.Lama aku tertidur di sofa.Selepas solat Zohor,aku terlena.Mengantuk.Semalaman aku tak tidur memikirkan masalah yang bukan aku cari.Aku memisat-misat mataku mencari abah.
"Abah!!Abah!!"Bagai kanak-kanak kecil mencari ayah aku memanggil abah.Aku terdengar abah menyahut dari dapur.Tidak lama kemudian,abah muncul dengan sedulang air.
"Kenapa,Rara?Mimpi tak elok ke panggil-panggil abah?"Abahku duduk di sebelahku selepas meletakkan dulang di atas meja.Lantas,tubuh abahku kupeluk.Mutiara jernih mula menitis.
Abah hairan."Kenapa,Rara?Cerita dengan abah."
"Sampai hati Adri buat Rara macam ni.Rara percayakan dia tetapi dia tipu Rara hidup-hidup."Aku menangis dalam pelukan abah.Abah terpinga-pinga dengan tindakan aku.Masih tidak faham.
Rambutku abah usap lembut dengan penuh kasih sayang seorang ayah."Apa yang Adri dah buat pada Rara?Salah faham tu biasalah,Rara.Memang dah adat dalam perhubungan.Kahwin nanti lagi banyak rintangan.Masa tunang ni Rara dah tak mampu hadap,macam mana nak berhadapan apabila kahwin nanti."Abah menasihatiku.Sangkanya hanya salah faham.
"Rara tak nak kahwin dengan dia.Batalkan pernikah Rara dengan Adri.Rara tak sanggup jadi isteri dia.Ini bukan salah fahan biasa,abah malahan lebih besar."
"Tapi kenapa?Dua minggu lagi Rara nak kahwin.Apa kata orang kalau Rara batalkan?Pihak keluarga sana bagaimana?Persiapan semua sudah hampir siap."Bertubi-tubi abah bertanya.
Aku mengangkat wajah memandang abah."Rara tak boleh tahan lagi,abah."
Saat aku mahu mulakan cerita,telefon bimbit memanggil.Alisa memanggil.Aku mengesat air dan berdehem beberapa kali sebelum menjawab panggilan.
"Kondominium Mewah Sri Kayangan?Ya,saya boleh akses masuk ke dalam."
****
Tengku Syamil tersengih sinis."Adri.Adri.'Foto-foto Adri dan Danial ditatap dengan pandangan sinis.Tengku Syamil mengambil sekeping foto.
"Sayang kau handsome tapi gay."Adri bercakap dengan foto itu.Kimi turut tersengih.Hasil kerjanya sangat memuaskan hati Tengku Syamil.
Kimi menyilangkan kakinya.Sofa Tengku Syamil disandar."Kau buat semua ni demi secretary kau yang nama Ammara tu kan?"Kimi menyoalnya.Kimi tidak teragak-agak bertanya Tengku Syamil.Sememangnya mereka sangat rapat dan sudah lama berkawan.Perubahan tingkah Tengku Syamil berbeza sejak bertemu Ammara.
Kening kanannya diangkat tinggi."Well,you know me,Kimi.Anyway,thanks tolong aku selesaikan kerja ni,"Tengku Syamil meneguk air kopi yang dibuatnya sendiri.
"Aku tak faham.Kenapa kau tak nak beritahu sendiri saja kepada dia tentang Adri?Bukti pun kau dah ada."
"Aku tak nak Ammara tahu yang aku kisah tentang dia."
"Kau suka berterus-terang sajalah,Syamil.Kan senang.Tak payah kau nak stalk dia diam-diam.Kau ingat aku tak tau ke kau selalu follow dari jauh kan?"
Nafasnya dihembuskan.Jari-jarinya bermain jambangnya yang dicukur kemas itu."Tak sampai masanya lagi untuk dia tau tentang aku.Cukup dia mengenali aku sebagai bosnya saja."
"Sampai bila,Mil?Lambat-lambat disambar orang,kau menyesal nanti.Ammara tu boleh tahan lawanya.Siapa yang tak nak?Aku pun nak kalau ada peluang."Kimi sengaja mengusik Tengku Syamil.Dia mula menjeling tajam kepada Kimi.Pantang baginya ada lelaki yang memuji Ammara lebih-lebih di hadapannya.
Kegarangan riak Tengku Syamil buat Kimi tergelak.Lucu melihat muka orang cemburu."Hei,aku tak caras hak kawan aku sendirilah!Jealous,bang?"
"Kau jangan main-main,Kimi!Ammara tak boleh janji hak milik orang lain selain aku."Tengku Syamil memberi amaran.
"Bro,kalau duduk dalam cengkerang saja tak nak luahkan,tak payah sembang pasal hak.Buktikan dulu,baru aku percaya.Gentleman macam kau ngorat Tasha dulu."
"Kau tak faham,Kimi.Ammara tak semudah Tasha untuk aku dapatkan dengan sekelip mata saja.Tapi tak apa,aku sukakan cabaran."
Kimi dan Tengku Syamil serentak memandang meja.Telefon Tengku Syamil berdering.Ammara atas talian.
"Shhhhh...Sekejap.Aku jawab dulu."Tengku Syamil meletakkan jari pada bibirnya supaya Kimi senyap.
"Ya,Ammara?"
"Saya tak kira,Tengku mesti tolong saya.Saya nak akses masuk ke kondo Tengku dan bawa saya ke tingkat atas yang ada pool tu malam ni."Ammara bercakap tanpa henti.Tengku Syamil menggerakkan bebola matanya.Kimi menutup mulut menahan gelak.Baru dia faham kenapa Ammara berbeza dengan Natasha.
"Kau nak mandi pool malam-malam buat apa?Siang esok tak boleh ke?"Tengku Syamil menggaru-garu keningnya.
"Ini ada kaitan dengan hidup dan mati.Tengku jangan banyak cakap,just help me and I will appreciate it.Okay,saya sampai malam ini saya call."Ammara terus memutuskan talian tanpa sempat Tengku Syamil membalas katanya.
Tengku Syamil meletakkan telefonnya di atas meja kembali dan tersenyum kepada Kimi."Kau tengok,liar dia lain macam.Bos dia sendiri pun dia boleh langgar.Sebab tu aku perlu cool and steady."Tengku Syamil mengeluh.Ammara bukan kira siapa jika dia mahu membebel.
"So,apa plan kau?"
Tengku Syamil tersengih."Aku dah ada plan.Ammara tetap akan jadi milik aku nanti."Senyuman Tengku Syamil penuh rahsia.Ada sesuatu yang dia rancang lebih awal.
****
Langkahku laju.Tak sabar pula aku berhadapan dengan Adri sehingga aku terlupa Alisa yang sarat hamil termengah-mengah mengejar langkahku.
"Ammra,kau boleh tak jalan slow sikit?Puan ni mengandung nak kejar langkah laju kau tu."Tengku Syamil menegurku.Aku menepuk dahi.Macam mana aku boleh terlupa Alisa.Aku menghentikan langkahku.
"Maaf,Alisa."Aku memimpin tangan Alisa masuk ke dalam lif.Tengku Syamil menekan nombor 12.Alisa pula menongkat pada besi lif untuk menyeimbangkan badannya.
Perjalanan ke tingkat 12 terlalu lama.Aku tidak senang hati di dalam lif."Apasal lif lambat sangat?Rosak ke?Tempat VVIP macam ni pun lif boleh rosak.Tengku tak buat aduan ke?"Aku membebel.Tengku Syamil menggelengkan kepala.Jarinya menunjukkan nombor digital atas pintu lif tertera nombor 8 dan beralih ke angka sembilan.Mungkin dia malas menjawab soalan aku.
"Aku tak faham kau kelam-kabut sangat ni kenapa?Pool tu tak larilah kau nak kejar sangat.Kau datang serang-serang macam ni kenapa?"Tengku Syamil bertanya.Dia pelik dengan kehadiran Ammara di situ.Ini bukan perancangannya.
Aku tidak menjawab lantas keluar dari pintu lif."Ikut mana kolamnya?"Aku tanya lagi.Tengku Syamil jalan di hadapanku dan Alisa.
Ada satu tangga yang perlu kami daki untuk sampai ke bumbung kondo.Apabila sampai di pintu yang tertulis 'exit',Tengku Syamil menekan tombol lalu menolaknya.Dia mempersilakan aku dan Alisa masuk.
Sebaik melangkah masuk,kedengaran lagu "On The Floor" nyanyian Jennifer Lopez berkumandang.Wah,berparti sakan!Apa yang aku nampak?Parti.Bukan parti biasa-biasa tetapi parti yang hanya dihadiri oleh golongan lelaki saja.Lebih menggelikan,tetamu yang hadir di situ separuh bogel,hanya memakai boxer dan seluar dalam saja.Arak juga menjadi santapan mereka di situ.Ada tarian tiang juga di mana terdapat tiga orang lelaki berbadan sado dan berketul melakukan gerak-geri yang mengghairahkan dan menggoda.Geli aku dengan pemandangan di situ.
Aku gagahkan jua kaki mengharungi lelaki-lelaki separuh bogel di situ mencari kelibat Adri.Tengku Syamil dan Alisa di belakangku.Tengku Syamil sempat menyambar lengan aku."Ammara,agak-agaklah kau nak cuci mata pun.Takkan datang parti macam ni?Siapa yang jemput kau.Menyeramkanlah,"bisik Tengku Syamil di telingaku.Aku tidak menjawab pertanyaan.Aku lebih fokus mencari Adri berbanding kata-kata Tengku Syamil.
Ya,akhirnya aku ternampak dua lelaki di hujung kolam renang bersantai dengan romantik di atas kerusi panjang.Adegan yang terpapar di hadapanku cukup menjijikkan.Danial duduk atas riba Adri yang sedang menghembuskan asap rokok seperti pasangan kekasih?Kedua-dua jejaka itu hanya menyarungkan boxer ketat.Tangan Adri mengusap-ngusap belakang Danial.Sekejap-sekejap bibir mereka bertautan.Cukup romantis seperti adegan cerita Korea.Sungguh kehadiran aku dan Alisa di situ tidak mereka sedar dek kerana panahan asmara cinta agaknya.Menyampah.
Arrghhhh!!!Aku tidak tahan lagi.Tanganku digenggam erat.Bibirku diketap rapat.Tengku Syamil menghalangku langkahku berjalan.Dia berdiri di hadapanku."Aku rasa lebih baik kita balik.Kau tak sesuai ada di sini.Selesaikannya esok,"cadang Tengku Syamil kepadaku.Alisa sepertinya reda dan tidak terkejut sedikit pun dengan aksi itu.Tenang sekali.
"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Saya dah terlanjur tiba di sini,lebih baik saya tonjolkan diri.Saya nak dia sedar rahsianya sudah terbongkar."Aku menolak tubuh Tengku Syamil ke tepi lalu berjalan menuju ke sudut hujung kolam itu.
Jeng!Jeng!Apalagi?Terkejut beruk dua orang itu apabila aku tiba-tiba berdiri di hadapan mereka.Bulat dengan mata-mata mereka memandang aku.Danial segera bangun daripada riba Adri.Tergamam bukan?Adri bingkas bangun dari duduknya.
Aku tidak berkata apa.Tidak tahu apa yang harus kuungkapkan ketika itu.Kejutan demi kejutan membuatkan lidahku kelu untuk berbicara.Tiada air mata yang menitis.Bukan kerana aku pasrah tetapi aku kecewa sehingga aku tidak mampu menangis ketika itu.
Danial sibuk memujuk Alisa.
Aku saling berpandangan mata dengan Adri.Riak terkejutnya masih tersisa pada wajahnya.Mungkin dia tidak percaya aku akan sampai ke situ."Ammara...errr...Love..."Tergagap-gagap suaranya menyebut namanya.Ammara dan Love pun dia sudah tidak dapat beza.
Aku mengangkat tangan dan halakan kepadanya."Cukup,Adri.Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan.Semuanya sudah jelas."
Aku mencabut cincin tunang yang terletak indah pada jari manisku.Sekarang tidak indah lagi.Akan kupulangkan kembali.Cincin kubaling di hadapan Adri."It's over."
Waktu itu aku mula sebak.Dadanya mula berombak.Air mataku juga bergenang.Aku berpaling dan mengorak langkah pergi dari syurga dunia mereka.Adri mengejarku."Love,wait."
Tanganku ditarik dari belakang namun aku sentak."Lepaskan tangan saya.Mula hari ini,kita akhiri segalanya.Persahabatan,pertunangan,dan perkahwinan kita semua sudah tamat."
"Ammara,I am sorry."Baru kedengaran suaranya yang banyak membisu dari tadi.Aku lari dari bumbung kondo itu.
Tengku Syamil di belakang Adri menanti Alisa yang berjalan perlahan.Tak sampai hati dia meninggalkan Alisa.Ada beberapa jejaka tidak berbaju datang kepadanya.Tangan mereka meraba-raba pipi dan dada bidang Tengku Syamil.Tangan-tangan itu ditepis kasar.
Kedua-dua tangannya diangkat."Woooo....Aku straight.Tak minat lelaki.Geli."Tengku Syamil menggeliatkan tubuhnya lalu memimpin tangan Alisa.Lelaki-lelaki tadi mencebik kepadanya.
****
Tengku Syamil meminta Kimi menghantar Alisa ke pulang.Kebetulan,Kimi baru tiba di rumah Tengku Syamil untuk bersembang.Aku berjanji akan bertemu semula dengan Alisa nanti.
Tinggallah aku dan Tengku Syamil berdua-duaan di dalam ruang tamu yang sunyi dan suram itu.Ruang itu diterangi dengan lampu dinding yang kecil dan cahayanya agak terhad.Tak mengapalah asalkan aku tenang.
Aku menunduk.Mataku merenung lantai mozek di bawah.Aksi-aksi romantis tadi terbayang-bayang di mataku.Tidak aku sangka ada parti sebegitu rupa untuk kaum-kaum yang terpesong jauh.Betapa hancur dan musnahnya hati aku melihat kemesraan Adri dan Danial.
Arghhhh!!!Aku sukar melenyapkan mereka daripada bayangan mataku kini.Adri dan Danial silih berganti.
Berkecai hatiku dengan kecurangan Adri.Segala kenangan kami bersama mula terimbau.Dari hari pertama aku kenal,dia sikit pun tak pernah berubah.Baik,romantis,penyayang dan prihatin tehrhadapku.Tiada tanda-tanda kecuranganya kepadaku.Tidak aku duga diuji seberat ini.Aku sangat sedih.
Di kala ini,air mataku mula menitis.Tengku Syamil sudah mendarat atas sofa yang tidak jauh daripadaku.Mukaku kuraut ke belakang.Rambutku yang dilepaskan mengikut rentak jari-jemariku.
"Tujuh tahun saya bina hubungan dengan dia,last-last ini balasannya.Curang dengan lelaki.Dia tipu saya hidup-hidup selama tujuh tahu"Esakan tangisku semakin kuat.Aku tidak kira siapa di hadapanku asal aku dapat luahkan apa yang terbuku di hati.
"Kenapa semua ini berlaku kepada saya?Saya percayakan dia tetapi dia membuat onar di belakang saya,Tengku.Bodohnya saya dipermainkan selama tujuh tahun."Aku tidak berhenti menangis.Tidak dapat kuseka lagi air mataku daripada pecah di empangan.
Tengku Syamil meletakkan tangannya pada bahuku."Terimalah kenyataan,Ammara.Tak perlu kau nak menyesal.Sekurang-kurang kau tak menjadi mangsa pembohongan dia."
"Saya cukup kecewa.Berhubung sesama jenis memang tidak dapat diterima akal.Saya tak tahu,Tengku sama ada gembira atau sedih.Saya tak dapat gambarkan perasaan saya sekarang.Yang saya tahu,saya cukup sakit hati.Sakit hati yang amat."Semakin laju air mataku mengalir.Biarlah buruk rupaku ketika ini tetapi aku tak peduli.
Esakanku semakin kuat.Melihat aku yang tidak stabil,Tengku Syamil menarikku dalam dakapannya.Aku merelakan keadaan itu.Entah mengapa aku berasa selamat dalam pelukan lelaki itu.Aku biarkan walaupun aku sedar ianya salah.Basah juga baju tshirt hitam yang melekat pada tubuhnya.
Jangan lepaskan aku,Tengku.Aku mahu begini.
"Menangislah,Ammara.Lepaskan apa yang kau rasa jika itu dapat mengurangkan beban di hati kau.Aku sudi menjadi pendengar setia kau."Tengku Syamil mengusap rambutku berulang kali.Aku hanya menangis tanpa bicara.Sudah tidak mampu untuk aku bicarakan.Biarlah takdir yang menentukan.
Aku membalas dakapan Tengku Syamil.Erat.Sungguh aku tidak mahu dia melepaskanku saat ini.
Agak lama aku dalam pelukan Tengku Syamil,aku rasa emosiku semakin stabil.Tangisanku semakin reda.Bajunya lembab dengan air mataku."Aku hantar kau balik ke rumah.Sekarang sudah pukul 1.00 pagi.Risau pula abah kau menanti."kata Tengku Syamil.Perlahan-lahan dia melonggarkan dakapan tubuhku.Aku mengesat air mataku yang tersisa.
Aku malu sendiri apabila menyedari keadaan tadi.Aku tidak berani membalas pandangan Tengku Syamil."Maafkan saya,Tengku.Saya teremosi tadi."
Tengku Syamil berdiri di hadapanku."Aku faham.Aku bersiap dulu,nanti aku hantar kau balik."Tengku Syamil menghilang ke dalam bilik pakaiannya.
Haaa....Adri dah terkantoi!!!Apa pula yang terjadi nest chpter?Semoga terhibur. Hari ni,Sis Mih J sempat payung satu episod lagi ni.Terim kasih.Sayang korang-korang sesat.
Share this novel
ingatkan Adri curang dgn perempuan lain rupanya gay