Bab 17 : Kejutan

Romance Series 697932

Aku mengemas pakaianku ke dalam beg.Selepas waktu kerja aku akan bertolak ke Cameron Highlands bersama Kak Nani dan Meo.Tengku Syamil?Aku tinggalkan sekejap.Pandai-pandailah dia menjaga dirinya sendiri.Sebelum menikahi aku,Tengku Syamil sudah biasa hidup sendiri malahan lebih sendu.

"Kau cakap kau tak akan tinggalkan aku sendiri?"rungut Tengku Syamil sambil menyandar pada almari pakaian di bilik persalinan.

"Tengku jangan cakap yang Tengku nak ubah fikiran.Saya cekik Tengku nanti."Aku memberi amaran.Rungutan dia itu boleh mengundang kemarahan.

Dia menyilangkan tangannya merenung aktiviti aku menyusun keperluan ke dalam beg.

"Kalau aku ubah fikiran pun,kau boleh buat apa?"Berlagak dia berkata kepadaku.Aku berpaling mengerling tajam kepadanya.'Dia dah buat balik perangai poyo dia."

Aku bangun berdiri bertentangan dengannya,aku mendada seperti seorang askar menanti arahan ketuanya.Jari telunjukku dihalakan ke mukanya."Tengku jangan nak main-main dengan saya."

Kemudian,tangannya pantas merangkul pinggang ramping aku rapat ke tubuh sasanya.Tanganku dilipat ke belakang.Bibirnya amat rapat dengan bibir aku."Aku suami dan aku perlu patuh dengan arahan aku.Derhaka melawan suami tau."

'Huh!!Masalahnya dia yang mengundang aku derhaka ni.Kenapa dengan mamat ni,tak habis-habis nak buat aku sakit hati?Baik sekejap saja.'

Aku memasamkan muka aku.Muncung mulutku tidak tahulah panjang mana."Mana aci macam ni,Tengku.Tengku dah bagi green light,jangan mungkir janji."

"Ada aku kisah dengan janji kau."Tengku Syamil melepaskan aku,kemudian berlalu keluar dari situ.Aku terkebil-kebil di situ sendirian.Bencinya aku dengan keangkuhan Tengku Syamil itu.Sengaja memberi harapan palsu kepada aku.

Aku duduk bersandar pada 'wardrobe' pakaian menangis.Aku memeluk lututku dan menekup mukaku ke lutut."Dasar lelaki tak ada perasaan."

Lama aku menangis di situ,aku terdengar pintu bilik itu diselak.Siapa lagi kalau bukan Tengku Syamil.Malas aku mengangkat muka berpaling kepadanya.Hatiku hancur dengan sikapnya yang tidak ada perasaan dan menabur janji palsu kepadaku.

Aku merasakan hangat tubuhnya duduk di sebelahku."Hei,aku gurau sajalah!Aku dah janji izinkan kau pergi.Yang kau emo lebih kenapa?"Tengku Syamil menolak-nolak tubuhku.

Aku mengangkat mukanya memandang tajam."Gurau apa macam tu?Kalau tak pandai nak bergurau,jangan bergurau dengan orang.Menyampah tau tak?"Aku marah.Dia boleh tersenyum saja kepadaku.

"Kau tu yang tak tau beza gurau dengan tak.Lepas tu nak emo."

Aku kecilkan mataku.Tangannya dengan laju memukul-mukul Tengku Syamil."Eee...saya tak suka gurau macam ni.Saya benci Tengku."

Tengku Syamil mempertahankan diri daripada pukulan aku."Okay,I am sorry.I'm joking.Stop beating me.Sakitlah."

"Tau pun sakit.Yang Tengku gurau tak bertempat pasal apa?Saya pantang orang gurau-gurau kasar macam tu.Memang mendapatlah."Aku tidak berhenti memukul lengannya.Puas hati aku.

"Ganas sangatlah kau ni.Baru aku tau aku kahwin dengan kaki pukul."Kedua-dua tanganku ditangkap dan dikunci kemas oleh Tengku Syamil.

"Lepaslah,"aku meronta.

"Okay,aku lepaskan tapi dengar cakap aku dulu.Aku izinkan kau pergi.Kali ni aku serius,tak gurau.Tapi ingat semua pesan aku,faham?"

Aku mengangguk.

****
"Woi,sinilah phone aku!Phone kau tu canggih lagi pada aku,nak juga belek yang aku,"pinta Kimi.Tengku Syamil meminjam telefonnya dari tadi.Kimi yang tidak puas hati berdiri di sebelah Tengku Syamil dan mengintai skrin telefonnya.

"Wei,kau stalk isteri kau guna ig aku!"Besar mata Kimi memandang Tengku Syamil.Mahu gelak besar dengan perangai sahabat dia yang seorang ini.Sayang tapi tak nak mengaku.

"Aku tumpang ig saja.Aku mana ada akaun ig nak stalk ig dia."

Kimi tidak menahan ketawa,akhirnya terlepas juga ketawanya itu.Terasa lucu."Tulah,lain kali buat akaun ig sendiri,kan senang kau nak stalk."

"Kau pun tau aku tak suka benda-benda macam tu.Hmm...Aku nak tengok-tengok saja siapa friend dia.Yang cuba nak usya Ammara dalam ig ni."Tengku Syamil tekun memeriksa komen-komen pengikut Ammara.Matanya tidak memandang Kimi langsung tetapi mulutnya bersembang dengan Kimi.

"Parah dah kau ni,Syamil.Takkan dengan followers Ammara pun kau nak jealous?"

"Followers dia nak try usya dia.Kau tengok ni,komen nak berkenalan bagai."Tengku Syamil menunjukkan komen-komen yang dibaca.Cemburu juga dia tetapi nasib baiklah Ammara tidak membalas komen-komen tersebut.Kimi menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aduhai,kau ni!!Bak la telefon aku.Aku nak guna ni."Kimi meminta.

"Sekejap.'Hai awak,kenal saya tak??'Ni bukan kau ke yang komen?"Tengku Syamil memandang tidak puas hati.Alisnya diangkat meminta penjelasan daripada Kimi.

'Aaahhh...Kantoi,Kimi.'

Terkumat-kamit mulut Kimi nak menjawab."Kauu..tengok tarikh bila?Masa awal-awal dia kerja kat sini kan?"

"Ya,aku tau.Tapi apa motif kau komen kat gambar ni?"

"Kau ni cemburu sangat.Ammara kan lawa,mula-mula dulu aku pun nak try usya dia.Tapi dia tak layan,bro.Aku pun sedar diri yang hidup tak mancung,pipi tersorong-sorong.So,aku biarkan saja."Tersipu-sipu Kimi menjelaskan hal sebenar.Dulu dia juga tertarik dengan Ammara tetapi tidak dilayan,dia lupakan saja niat mahu mengorat Ammara.

Tengku Syamil merenung Kimi."Kau jangan main-main,Kimi.Kau buat pasal,aku isytihar perang dengan kau.Putus kawan."Tengku Syamil mengugut dengan muka bengis.Dia memang sensitif jika disentuh tentang Ammara.Bagi dirinya,hanya dia yang boleh memiliki Ammara.

"Woooo...garangnya kau.Rileks,bro.Aku tak caras isteri orang.Yang aku cakap tu dulu,sekarang aku tak ada apa-apa feel pun."

"Kalau kau kacau Ammara,nahas kau."

Kimi menepuk dahinya."Adoiii laa!!!Kau ni jealous sangat."

"Mana aku tak jealous,kawan baik nak try isteri aku."

"Aku cakap dulu kan?Aduh,kau ni!!..Dah la tu,aku nak phone aku.Kalau kau nak stalk sangat medsos dia,kau install fb dan ig dalam phone kau.Nanti aku text kau password dengan username aku."Kimi mengambil telefonnya dari tangan Tengku Syamil.

"Okay,aku percayakan kau.Sekali lagi kantoi,siap kau."Amaran keras Tengku Syamil kepada Kimi yang tersenyum-senyum.Susah ada kawan kuat cemburu.

"Baiklah,bro.Eh,kau tak nak balik lagi ke?Dah pukul 5 lebih ni.Ke kau ada date dengan Ammara ni?"Kimi mengusik nakal.

"Taklah.Ammara ke Cameron Highlands dengan Kak Nani dan Meo.Dah gerak pukul 4 tadi lagi."

"So,kau membujanglah hari ni?Hmm..apa kata kau teman aku makan.Laparlah."Kimi menggosok-gosok perutnya yang berkeroncong.

"Hmmm...Okay,aku teman kau pakej sekali belanja tapi kau tolong aku."Tengku Syamil mendapat satu idea.Kimi yang tidak tahu apa-apa idea Tengku Syamil bersetuju apabila mendengar Tengku Syamil akan belanja dia makan.

****
"Let's kill this love.Rom pom pom rom pom pom."Girangnya tiga sahabat ini menyanyi di dalam kereta mengikut lirik dan irama muzik yang dipopularkan oleh kumpulan Korea Blackpink.Bernyanyi sambil ketawa riang tanpa ada beban.Semua beban ditinggalkan di Kuala Lumpur selepas pukul empat nanti.Tika ini kedinginan dan keindahan kawasan peranginan,Cameron Highlands sudah dirasai oleh kami bertiga.

"Guys,aku tak sabar nak sampai.Esok apa plan kita?Strawberi farm,lavender farm,ladang teh,MARDI?Which one,guys?I is tak sabar."Gembira sekali Meo.Tangannya mengawal baik stereng kereta manakala matanya fokus ke hadapan namun mulutnya sentiasa berbunyi dari Kuala Lumpur hingga ke Tapah ini.

"MARDI?Euwww!!!"

Mimik muka mengjengkelkan Kak Nani diintai oleh Meo melalui cermin pandang belakang.

Meo tidak puas hati."Apasal pula,Kak Nani?"

"Weh,MARDI tu tempat budak-budak sekolah buat lawatan sambil belajar bolehlah,Meo!"Kak Nani mencebik.MARDI ialah singkatan bagi Malaysian Agricultural Research and Development Institute yang menempatkan hasil kajian agrotani bagi tumbuhan beriklim sejuk.

"Kak Nani oii,MARDI ni banyak tempat menarik tau specially untuk kita OOTD.View cantik.Jangan pandang rendah okay.Orang-orang dewasa macam kita ni pun akan kagum dengan kajian yang mereka buat kalau kau tengok nanti."

Aku tergelak saja dengan gelagat dua orang ini bertaki.Ada saja yang tidak berkenan di hati.Comel.

"Alaa...Alang-alang kita dah sampai sini,apa salahnya kita pergi.Bukan selalu kita dapat peluang macam ni.Sambil menyelam kita minum air katakan.Nanti balik KL,kalau orang tanya kita boleh cerita.Ye dak,Meo?"Aku menyampuk pertakian mereka.

"Hmmm...Kalau dah Cik Puan Ammara cakap macam tu,patik turutkan saja."Kak Nani menjawab dengan nada yang bergurau.Bahuku dicuit.

Pacuan empat roda kami melalui kawasan rehat Lata Iskandar yang sememangnya terkenal oleh pengunjung yang ingin ke Cameron Highlands melalui Jalan Tapah.Kawasannya tidaklah begitu cerah.Dalam kesamaran dan kesuraman cahaya,aku dapat melihat air terjun tersebut tetapi tidak begitu jelas.Kenangan lalu menjelma dalam benakku tiba-tiba tatkala melalui kawasan itu.Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini kira-kira enam tahun yang lalu bersama sekumpulan atlet UITM.Waktu itu,bunga-bunga cintaku dengan Adri Watson sedang memekar indah di hati masing-masing.Aku dan Adri berjalan berpegangan tangan ke gerai-gerai jualan di tepi jalan itu dan duduk bersembang tentang perasaan di atas batu berhampiran air terjun itu.Indahnya aku rasakan waktu itu.

"Ammara,apa pendapat kau pula?"tanya Meo.Aku terpinga-pinga tidak tahu apa yang dibincangkan tadi kerana fikiranku melayang ke masa silam.

"Aaapaa?"

Meo menghela nafasnya."Laaa...tak dengar rupanya.Sia-sia saja aku dengan Kak Nani pot pet pot pet,kau tak dengar.Berangan ke apa?"Meo menyoalku.

"Serius,aku tak faham.Korang cakap pasal apa tadi."

Kak Nani menjulurkan kepalanya di antara aku dan Meo."Menggelamun ke encik suamilah tu sampai kat I alls berceloteh ni."

"Mana ada.Aku layan air terjun tadi."

"Jangan nak temberang.Bukan nampak sangat air terjun tu kau nak teruja."Kak Nani mencuit-cuit bahuku dengan jari telunjuknya.Dua orang ini suka membahan aku.

"Hmmm..Yela-yela.Okay,apa yang korang berdua cakapkan tadi?"Aku bertanya semula.Ingatan zaman muda-muda menerbangkan aku dari dunia nyata menyebabkan aku tidak sedar perbualan mereka.

"Bincang plan hari esoklah,nak pergi mana dulu.Kau ada cadangan tak?"kata Meo tersengih-sengih.

"Aku ikut saja asalkan jalan."Aku tidak begitu kisah jadual hari esok asalkan aku dapat makan angin.Hidup jauh daripada kerja dan yang paling tenang tanpa gangguan Tengku Syamil.

Tiba-tiba,nada deringku berkumandang mengejutkan aku.Cepat-cepat aku mengambilnya dari dalam beg.Nama Tengku Syamil terpapar pada skrin telefon lalu aku jawab."Hello."

****
"Kau di mana?Call banyak kali tak dapat.Jangan nak lari pula."Tengku Syamil menyoal.Banyak kali dia menelefon Ammara tetapi hanya operator saja yang menjawab panggilannya.Hatinya tidak tenang kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya.Ketika itu muncul penyesalan mengizinkan Ammara pergi.

"Tapah.Tadi tak ada coverage.Jangan fikir bukan-bukan boleh tak?Saya tak lari pun."Suara Ammara kedengaran memberi penjelasan.Tengku Syamil kembali tenang mendengar suara buah hatinya itu di corong telefon.Macam-macam persoalan yang ditanya kepada Ammara menyebabkan Kimi mahu ketawa namun ditahan memandangkan mereka di kedai makan.

Kimi mengalihkan pandangan dengan bibirnya tersenyum sambil menyedut straw.Ketidakkeruan Tengku Syamil dengan riak cemas yang terpapar menggelikan hati Kimi.Sangat jarang Tengku Syamil begini dengan perempuan malahan dengan bekas kekasihnya Natasha tidak pernah secemas itu.

"Rilekslah,bro.Kan dah selamat tu.Apa yang kau cuak sangat?Aku tak pernah tengok kau caring sampai macam ni.Tasha dulu tak ada pula kau caring macam ni."

"Aku rungsinglah.First time kot dia ke mana-mana tanpa aku.Buatnya ada sesuatu yang berlaku,menangis tak berlagu aku."

Kimi menekup mulut gelakkan Tengku Syamil.Kejang perutnya ketawa sehingga mukanya kemerah-merahan."Bro,kau kahwin dengan dia baru sebulan kot.Sebelum korang kahwin,Ammara tu dah merata pergi jalan tanpa kau.Pandai je dia bawa diri.Kau tu yang over protektif sangat.Adoii,letihlah aku dengan kau ni!"

Terkulat-kulat Tengku Syamil diketawakan oleh Kimi namun dia tidak terasa hati."Kau diamlah Kimi.Kau tu single lagi,girlfriend pun tak ada mana tau erti sayang dan rindu."

"Ooo...Ni kes rindulah ni?Patutlah macam ayam berak kapur saja muka tu.Alaa...malam ni video call saja.Kan teknologi dah canggih,yang jauh boleh dirapatkan."

"Mana sama."

Kemudian,Tengku Syamil memanggil pelayan lelaki yang masih muda untuk membayar makan malam mereka.Selepas itu,mereka berdua kembali dan masuk ke dalam kereta milik Tengku Syamil.Sebaik memakai tali pinggang keledar,Tengku Syamil memacu keretanya keluar dari kawasan kedai.

"Kimi,jom teman aku."

"Ke mana?Teman kau tidur malam ni?Tak ada teman nak peluk la tu."Kimi mengusik.

"Eee...Gelilah aku nak peluk kau.Hmm..Kita ke Cameron."

Luncuran kata daripada mulut Tengku Syamil membulatkan mata Kimi.Dia tidak percaya yang Tengku Syamil sanggup menuruti Ammara di sana."Kau dah gila,apa?"

"Jangan banyak songeh.Kau teman saja aku pergi malam ni.Kita ambil pakaian,then terus gerak."Tengku Syamil tidak lagi tanya persetujuan sebaliknya mengarah sahaja.Kimi terkebil-kebil mengerutkan alis nipisnya memandang Tengku Syamil.

"Kau punya nekad memang tak boleh bawa bincang,Mil.Ini betul-betul kerja gila.Kau memang suka hidup penuh dengan cabaran macam ni."

"Demi Ammara aku sanggup redah kegelapan malam walaupun penat dan lelah.Jomlah."

"Agak-agaklah weh.Esok aku kerjalah."

"Alaa...cuti sajalah.Tak ada orang yang nak bising,kau kan bos.Bukan selalu kita jalan-jalan."Tengku Syamil tidak putus asa mengajak.Hatinya berkobar-kobar untuk ke Cameron Highlands malam itu juga.Penat dan letih ditolak ke tepi.Yang menjadi keutamaannya ialah bertemu Ammara di sana.Tidak sabar dia melihat reaksi terkejut Ammara dengan kemunculannya.

"Eee..Nasib baiklah kau ni kawan baik aku.Dah janji susah senang sama-sama,terpaksalah aku temankan."Kimi mengomel.Pening kepala melayan sikap buang tabiat Tengku Syamil.Demi kegembiraan seorang sahabat,dia turuti kehendak Tengku Syamil.Sekian lama dia tidak melihat Tengku Syamil teruja sedemikian rupa.

"Nanti turn kau,aku pula temankan."

Kimi mencebik."Masalahnya bilalah nak sampai turn aku?"

"Kau tu memilih sangat.Nak cari yang perfect memang tak dapatlah."

"Amboi,sedap mulut kau!Tak salah kan aku memilih?Aku bukan nak yang perfect tapi kalau boleh biarlah seorang yang sedap mata memandang dan menyenangkan hati."

****
Hatiku gelisah dalam diam tatkala melihat peti pesanan Whatsapp.Tengku Syamil menghilang tanpa khabar selepas dia menelefon aku semalam.Mungkin marah padaku?Tetapi suaranya tidak ada menunjukkan Tengku Syamil atau marah atau merajuk.Perbualan mereka berakhir dengan baik tanpa ada selisih faham tetapi beberapa pesanan yang dikirim tidak dibalas oleh Tengku Syamil walaupun ada tanda biru.'Biarlah.Aku dah bagitau apa yang patut.So bukan salah akulah.Dia yang tak nak balas.'

Aku menggoyangkan kaki aku sambil menyandar pada sofa.Bosan aku menanti Meo bersiap yang makan masa setengah jam.

"Mana budak Meo ni?Dia buat apa lama-lama dalam bilik tu?"Kak Nani mula membebel.Sudah kebosanan.

Bahu aku jungkitkan ke atas."Entahlah,Kak Nani.Letih nak tunggu dia."

Kak Nani bingkas bangun mengetuk pintu bilik Meo berkali-kali sekuat hatinya.Nasib baik tidak roboh pintu itu.Kerana seorang Meo bersiap,riuh serumah."Woi,Meo!!Kau buat tu lama sangat?Jangan sampai aku terjah bilik kau.Cepat sikit!"Kak Nani bengang.

Beberapa saat selepas itu,Meo muncul di hadapan pintu dengan senyuman manis tanpa rasa bersalah."Siaplah ni.Kau ni macam mak-mak kejut anak pergi sekolah.Kau tengok Ammara tu,tak bebel-bebel pun."Meo melenggok-lenggok lembutnya berjalan menuju kepada aku.

"Kau nampak muka Ammara dah tension tu?Apa yang kau buat lama sangat mengalahkan kitorang yang perempuan ni?"Kak Nani tidak habis-habis menyoal lagi membuntuti Meo.

"Bersiaplah.Nampak aku handsome tak?"Meo berpusing-pusing menggayakan pakaiannya.Dia kelihatan sangat tampan dan segak dengan memakai tshirt merah dan seluar jeans.

Aku mencelah,"Dah la.Jomlah pergi.Sembang dalam kereta nanti."

Ketika kami bertiga ingin melangkah,pintu rumah kami diketuk dari dulu.Kami saling berpandangan.

"Tuan rumah kita sewa ni kot.Tak apa,korang follow aku."Meo mendahului aku dan Kak Nani dengan yakin.

Apabila pintu dikuak luas,berdiri figura yang sangat aku kenali.Terpana seketika dengan kehadiran dua orang lelaki yang muka pintu itu.Aku mencubit pehaku,terasa sakit.Aku fikir ini adalah mimpi tetapi kenyataan yang Tengku Syamil dan Kimi tegak di hadapanku.Dia tidak tahu tujuannya dia muncul di Cameron Highlands secara tiba-tiba.Adakah dia benar-benar tidak percayakan aku?Agaknya dia mengesyaki aku lari daripadanya seperti yang dia soalku semalam.

"Tak nak jemput kami masuk ke?Saya dah sejuk ni."Tengku Syamil bersuara apabila semua yang berada di situ tergamam dan kelu.Tengku Syamil berpeluk tubuhnya yang kesejukan.

"Errr...Masuklah,Tengku,"jemput Meo dengan gembira.Mereka masuk ke dalam dan perancangan kami untuk memulakan perjalanan tergendala sekejap.

"Tengku dari mana dan nak ke mana sebenarnya?"tanyaku.Tengku Syamil dan Kimi mula mendarat di atas sofa serentak.

"Husband Cik Puan Ammara ni yang rindu awak separuh nyawa sangat semalam.Sanggup ajak saya meredah kegelapan dan kesejukan malam datang ke sini cari awak."Kimi memulakan bicara.Tengku Syamil menyikunya.Aku pula?Tidak tahu mahu gembira atau sedih.Kehadiran tanpa diundang Tengku Syamil mengundang rasa kecewa di hatiku kerana pasti dia akan memerhatikan segala gerak-geriku.Tidak bebaslah aku dia berada di sini.

Aku juga tertanya-tanya dalam hati apakah benar kata-kata Kimi yang dia merinduiku sehingga sanggup ke sini bertemu dengan aku?Mustahillah ada rasa rindu di hatinya untuk aku.Pasti dia ada muslihat yang orang lain tidak tahu.

"Saya sejuk ni.Nak mandi air panaslah.Bilik mana yang boleh guna ni?"tanya Kimi.

"Encik Kimi boleh guna bilik air di dapur tu.Kalau nak salin baju,guna bilik saya saja,"kata Meo.

Kelihatan Encik Kimi teragak-agak untuk pergi ke bilik Meo.Dia berbisik kepada Tengku Syamil,"terjamin tak kesucian aku sebilik dengan mamat lembut ni?Macam seram saja,Mil."

Aku perasaan Tengku Syamil tersenyum.Apa yang dibisikkan oleh mereka berdua,aku tidak tahu.Kemudian,dengan berat Kimi bangun menuju ke bilik Meo membawa beg galasnya.

"Tengku rehatlah dulu ya,kami nak makan angin ni.Minta diri dulu,"kata Kak Nani.

"Nope.Korang kena tunggu kitorang siap dulu.Kami nak ikut sama.Boleh?"kata Tengku Syamil.Dia ingin menyertai kami?Apakah petanda ini?'Boleh merosakkan mood aku macam ni.'

****
Petang sebelum pulang ke rumah penginapan kami,aku duduk bersantai di kafe Ladang Teh menikmati teh panas dan sedikit kudapan.Permandangan hijau disulami dengan tiupan angin yang lembut membelai kulitku terasa amat nyaman.Kak Nani dan Meo masih bergambar di bawah bersama Kimi.Aku dan Tengku Syamil berehat di kafe setelah penat seharian berjalan dan bergambar.Yang menggembirakan hati aku,Tengku Syamil melayan saja perangai masuk air aku bertiga bahkan Kimi juga bersikap gila-gila.

"Kau happy?"tanya Tengku Syamil di hadapanku.Aku mengalihkan pandanganku kepada dia.

"Tengku ada nampak macam saya tak happy ke?"

"Siapa tahu?Hati kau,aku tak boleh baca apa yang kau rasa.Just tell me the truth,are you happy?"

"Happy,Tengku.Dapat jalan-jalan,makan-makan macam ni."

Tengku Syamil mengacau air teh yang dipesan."Baguslah kalau kau happy."Matanya mengarah ke ladang teh yang luas dan menghijau.

Aku berdehem."Sebenarnya kenapa Tengku datang ke sini?Ada urusan business atau makan angin?"Aku mengajukan persoalan yang aku fikiran dari pagi tadi.

"Tekalah."

Wah,Tengku Syamil sudah pandai bermain teki-teki!Lain sungguh penangan Cameron Highlands ini.Di sini Tengku Syamil tidak terlampau skema dan mengikut protokol.Pada masa yang sama dia turut bergurau dengan teman-teman baikku.Jarang-jarang sekali berlaku.

Aku mengherotkan bibirku ke kiri dan kanan mencari jawapan."Hhmmm...Macam yang Kimi cakap,Tengku rindu saya."Aku tersengih-sengih seperti kerang busuk sebaik menekanya.'Janganlah dia ingat aku perasan.Aku sengaja nak bergurau.'

Tengku Syamil memandang aku.Keningnya diangkat tinggi seperti 'The Rock' tetapi kekal tampan."Banyak benda lagi yang aku nak buat selain rindu kau.Aku pun nak release tension juga,bukan kau saja.Bercuti tak pelawa aku langsung."Tengku Syamil mengomel.

"Sorry!!Saya tak ajak Tengku?"Aku dipersalahkan kerana tidak ajaknya bercuti?Dia bergurau atau serius?Aku tidak dapat beza.

"Kau ada ajak ke?Yang aku tau kau minta izin nak pergi saja."

Aku menghela nafasku."Tengku tak cakap pun nak ikut.Bukan salah sayalah tu.Lain kali cakap awal-awal kan senang."Aku membela diri.Muncung sedepa sudah terkehadapan.

"Aku tak plan pun nak ikut kau ke sini tetapi memandangkan aku free,aku ke marilah alang-alang kau dah ada di sini."Tengku Syamil membohongi Ammara.Sebenarnya,dia merindui isterinya tiada di sisi dan risau akan keadaan Ammara.

Aku mengangguk.Aku agak terkejut dengan kedatangannya secara tiba-tiba bersama Kimi.Ketika berjalan tadi,Tengku Syamil asyik berkepit dengan aku dan bergambar bersama.'Banyak pula tu.'Yang buat aku rimas,tangan dia sentiasa berada di pinggang aku atau menggenggam tanganku seperti anak kecil yang takut kehilangan ibu.

****
Aku berpeluk tubuh bersantai di balkoni luar rumah penginapan kami.Kesejukan malam menjalar ke seluruh kulitku.Terserlah keindahan malam yang dihiasi kabus putih beserta kerlipan cahaya lampu di kawasan penginapan kami.Sudah lama aku tidak merasa suasana tenang dan nyaman sebegini.

Tengku Syamil menyarungkan baju sejuk ke tubuhku dari belakang dan memelukku dengan erat."Dah tau pakailah baju yang tebal sikit,"kata Tengku Syamil.Aku amat selesa dengan pelukannya.Dakapannya itu menyebarkan kehangatan pada tubuhku.Aku suka diperlakukan begitu.

"Saya nak ambil angin sekejap sajalah,Tengku.Ni pun saya dah nak masuk."

Aku memegang tangan Tengku Syamil yang melilit pinggang rampingku.'Terasa romantik pula.'Kami sama-sama menghayati pemandangan malam dengan pelukan hangat.Beberapa kali Tengku Syamil mengucup kepala dan leherku.

Dia jelas lebih selamba dan terbuka di sini berbanding dengan perwatakan yang aku kenal sebelum ini.Perangai gila-gila aku dilayankan saja dan aku rasakan dia lebih romantik."Jom duduk,"ajak Tengku Syamil melepaskan dakapannya.Dia menarik aku duduk di kerusi bertentangan dengannya.

Tengku Syamil dan aku saling berpandangan.Aku renung wajah tampan lelaki itu dengan mata hati aku.Hati kecilku tidak berhenti memuji ketampanan dan kesegakan dia yang aku rasa mampu mencuri hati mana-mana gadis.Aku akui fizikalnya diidamkan setiap gadis yang melihatnya.Tidak dapat aku nafikan yang dia memiliki rupa yang tampan tetapi hatiku masih terkunci untuk menbuka pintu hatiku mencintai dia.

"Aku tak pernah bawa kau honeymoon,jadi ni kira honeymoon kitalah.Boleh tak?Aku janji nanti aku free,aku bawa kau honeymoon ke tempat lain pula."Lemah lembut tutur kata Tengku Syamil kepada aku.

Aku tergelak."Saya tak kisah pun,Tengku."Berbulan madu dengan Tengku Syamil tidak pernah tertulis dalam kamus hidup aku.Aku sendiri faham yang pernikahan aku dan dia tidak melambangkan apa-apa rasa cinta atau sayang.Landasan pernikahan kami hanya untuk menyelamatkan aku daripada 'ah long'.Kadang-kadang aku merasakan Tengku Syamil ialah penyelamatku dan adakalanya dia hadir dalam hidup hanya untuk menyusahkan aku.

"Okay,apa kata kita main satu permainan?"Tengku Syamil memberi cadangan.Malam ini tinggal aku berdua saja dengan Tengku Syamil di rumah.Kawan-kawanku dan Kimi pula keluar makan angin di luar.Sengaja aku menolak ajakan mereka untuk bersiar-siar kerana badan dan kakiku terasa sangat penat.Tengku Syamil turut memberi alasan.

"Main apa?"

Tengku Syamil mengambil botol air mineral 500 ml yang ada di atas meja itu."Aku akan pusingkan botol ni.Apabila botol berhenti dan tudung botol ni menghala ke arah salah seorang daripada kita,perlu menjawab soalan yang diajukan dengan jujur."

Aku tekun mendengar walaupun aku sebenarnya sudah tahu peraturan permainan itu.Semua orang bermain permainan itu sejak kanak-kanak lagi.Permainan untuk mengorek rahsia seseorang dengan mudah.Memandangkan aku tiada rahsia dengan Tengku Syamil,aku bersetuju saja dengan ajakannya.Kemudian,Tengku Syamil memusingkan botol itu sehingga tudung botol itu mengena kepadaku.

"Alright,soalannya ialah,kau suka lelaki yang macam mana?"

'Apa punya soalanlah.'

"Caring and loving."Ringkas aku menjawab.Aku kebuntuan menjawab soalan itu kerana aku tidak pernah menetapkan ciri-ciri lelaki yang aku suka.Selepas menjawab soalan itu,botol itu diputarkan sekali lagi.

"Your turn,Tengku.Hmm...Tengku memang tak pernah ada girlfriend ke atau sebenarnya Tengku ni gay?"Aku mengajukan soalan yang tidak logik akal.Mustahil Tengku Syamil seorang gay.'Tak apalah,terlajak perahu boleh diundur terlajak kata...hmmm...hadap sajalah.'

"Soalan kau ni macam tak logik.Kau sendiri tau kehebatan aku di atas katil,masih lagi kau terfikir yang aku gay?"

'Aku terkena balik.'Merona merah wajahnya dengan pertanyaan Tengku Syamil.Aku diam dan tersipu-sipu malu.Kalau bab itu aku memang tak dapat nafikan.Jika tidak,tak adalah aku hanyut dengan godaannya.

"Tentang girlfriend?Hmmm...Pernah ada dulu but she leaved me."

Aku senyum mengejek."Saya tahu kenapa dia tinggal Tengku.Ni mesti sebab perangai Tengku yang mengada-ngada kan?Serius,asyik nak marah,moody."

Aku menokok tambah.Saja buat Tengku Syamil panas tapi betul apa yang aku katakan tentang perwatakannya yang sentiasa serius.

Laju tangannya mengepit hidungku."Amboi,kau mengata aku memang tak ada kiasan langsung!Ikut sedap mulut kau je.Aku ni teruk sangat ke?"

"Hmmm...Sikitlah."Aku mengecilkan jariku.

"Aku tak kisahlah apa pandangan kau kepada aku.Aku teruk atau tak,aku tetap suami kau,"kata Tengku Syamil dengan bangga.Satu-satunya hakikat yang perlu aku terima sekarang.Aku tidak menjawab lalu aku menyuap skon yang ditapau tadi.Sedap yang teramat skon dicicah dengan sos strawberi tersebut.Tidak sia-sia aku ke Cameron Highlands demi menikmatinya.

Anak mata Tengku Syamil merenung ke arah leher jinjang aku yang ada seketul tahi tahi lalat.Lama matanya terpacak di situ.

"Ammara,I have something for you.Close your eyes,"pinta Tengku Syamil buat aku rasa hairan.Aku mula berdebar dan memandang Tengku Syamil dengan wajah yang tidak mengerti.

"Tutuplah cepat mata kau!"Keras suara Tengku Syamil.Aku akur dan menutup rapat kedua mataku menanti kejutan apa yang bakal dia lakukan untuk aku.Detakan jantungku mula bergerak dan pergerakannya semakin lama semakin laju.Kedengaran Tengku Syamil menarik kerusi dan bangun dari tempat berlabuhnya.Kini,aku dapat merasakan haba dan hembusan nafasnya di belakang aku.Aku tidak tahu apa yang ingin dilakukan tetapi dia menyelak rambutku ke tepi.

Tidak lama kemudian,ada sesuatu yang sejuk menyentuh leher.Tengku Syamil masih di belakangku membetulkan rambutku kembali.

"Buka mata kau,"arah Tengku Syamil yang membongkokkan badannya berbisik di telingaku.Aku buka mata manakala tanganku menyentuh benda sejuk yang berada di leher.

Seutas rantai emas beserta loket kecil yang terukir dengan nama 'Rara'.Aku terkedu.Apakah Tengku Syamil buang tabiat atau aku yang bermimpi?Tidak percaya apa yang baru aku terima daripada Tengku Syamil.Namun begitu,aku tetap berprasangka buruk kepadanya kerana aku rasa dia pasti ada muslihat di sebaliknya.

"Apa ni,Tengku?"tanyaku tidak senang hati.

"Rantai leher."Dia menyandar pada penghadang beranda itu.

Aku berpaling kepadanya dengan perasaan aneh."Saya tahulah rantai tapi untuk apa?Sempena apa?"

"Banyak songehlah kau ni.Bersyukurlah orang bagi hadiah pada kau.Bukan nak ucap terima kasih,tahu nak complain je."

Aku berdiri di hadapanya."Bukan saya tak bersyukur cuma saya pelik kenapa Tengku hadiahkan saya dengan benda mahal macam ni.Tak ada benda yang free tau dalam dunia ni.Apa sebenarnya niat Tengku?"

Tengku Syamil merangkul pinggangku rapat ke tubuhnya.Renungannya mata hazel coklatnya aku balas."Aku tak ada apa-apa niat.Kali ni aku betul-betul ikhlas hadiahkan kepada kau.So,stop prejudis terhadap aku."

Aku menelan air liurku.Renungan dia menerobos ke dalam mata dan seterusnya ke dasar hatiku.Mungkin dia benar-benar ikhlas seperti yang dinyatakan.Aku khayal dengan pandangan mata kuyunya Tengku Syamil.Dari pandangan jarak dekat begini,raut Tengku Syamil sungguh menawan hatiku.Aku tidak puas menatapnya dan ingin ianya dekat begini dengan aku.Aku mula membayangkan saat-saat romantis berdua.

Khayalanku akhirnya lenyap apabila kehangatan bibirnya rapat dengan bibirku.Seperti biasa aku kalah dengan belaian dia.Aku sendiri rebah ke dalam dakapannya lalu membalas kucupan bibirnya tanpa dipaksa.Ajaib kan?

Aku membuka kelopak mataku selepas dia melepaskan bibirku.Aku memandangnya dengan penuh keinginan."Ammara,leher kau cantik dihiasi rantai ni.Aku belikan rantai ni kerana leher kau kosong.Aku suka kau memakai rantai,nampak lebih elegan dan mengancam."

Kata-katanya buat aku tersenyum."Thanks,Tengku."Aku memeluknya erat dengan hati yang berbunga-bunga.Terlalu banyak kejutan untuk aku yang buat aku gembira.Kepalaku diletakkan atas dada lebarnya.Nyamannya aku berada dalam pelukan Tengku Syamil.

"Halah..Halah..Halah..Dua orang ni,tak kira tempat nak berasmara pun."Suara Kimi mengejutkan aku dengan Tengku Syamil yang leka dengan perasaan masing-masing.Aku tersipu-sipu.Malu dengan Kak Nani dan Meo yang melihat kemanjaan aku dengan Tengku Syamil.

Tengku Syamil melonggarkan dakapannya tetapi tangannya masih memegang pinggang aku.Kak Nani dan Meo dah berbisik-bisik sesama sendiri.'Mesti mengutuk akulah tu.Kerja membawang saja.'

"Spoil lah kau ni,Kimi?"Tengku Syamil menjawab lalu melepaskan pegangannya.

"Tulah,lain kali kau berdua tak sesuai nak bercuti ramai-ramai macam ni.Baik kau booking hotel pergi honeymoon ke mana-mana.Masa tu korang buatlah apa yang korang nak,baru tak spoil."

"Alaa....Encik Kimi ni buat-buat tak nampak dah la.Hmm..Jomlah kita makan KFC ni."Meo menyelamatkan aku.

Selepas itu,kami semua masuk ke dalam dan melepak di meja makan.

****
Aku memegang rantai dan loket yang dihadiahkan kepada aku tadi?Loket itu sepertinya ditempah khas untuk nama panggilan aku.Ukirannya cantik dan sangat halus bagiku.

Kenapa Tengku Syamil baik sangat sampai menghadiahkan aku benda semahal ini?Aku tidak meragukan keikhlasan dia tetapi aku hairan.Adakah Tengku Syamil perlahan-lahan mula jatuh cinta dengan aku?Eh,tidak mungkin!

'Beranganlah kau ni,Ammara.Jatuh cinta apanya?'

Aku terperasan sendiri.Baik tidak semestinya cinta.Ini bukan satu-satunya hadiah yang Tengku Syamil pernah berikan kepada aku.Sudah banyak sebenarnya aku dapat hadiah daripada dia sebagai penghargaanya kepada aku kerana membantu dia mendapatkan projek.Walaunbagaimana pun,rantai ini antara hadiah yang paling mahal pernah aku terima daripada dia.

"Rara!!!"panggil Tengku Syamil yang sedang dari bilik air.

"Apa?"Aku menyahut panggilan dia dan cuba mendengar apa yang dia ingin sampaikan.

"Tolong ambilkan tuala sekejap.Aku lupa nak bawa,"kata Tengku Syamil dengan suaranya diselangi dengan bunyi air paip hujan.Aku tidak membantah dan mengambil tuala yang dia mahu di atas rak penyidai.

"Tengku,"panggilku sambil mengetuk pintu bilik airnya.Apabila pintu dikuak,bukan setakat tuala malahan aku sekali ditariknya masuk ke dalam bilik air.'Arrghh...Gurau kasar.Aku dah mandi kot.'Pancuran air paip yang dihalakan ke arahku membasahi baju aku.

"Basahlah,Tengku.Eeee...Janganlah gurau macam ni.Saya ada satu ni saja lagi baju untuk tidur,"aku tidak puas hati.Aku tidak punya baju untuk tidur malam ini kerana pakaian yang aku bawa cukup-cukup saja.

"Kau tak payah pakai apa-apa."Tengku Syamil menjawab dengan sengihan sinis.Aku menjeling kepadanya yang hanya memakai boxer.

"Sejuk."Aku memberi alasan.

"Aku kan ada untuk panaskan kau."

Alis nipisku diangkat ke atas.Kemudian,dia menolak aku ke dinding bilik air yang basah dengan percikan air.Setiap kali dia rapat dengan aku,jantung hatiku mula mengorak langkah dengan kelajuan minima sehingga maksima.Matanya memandang rantai di leherku dengan senyuman bangga.

"Leher kau nampak lebih seksi dengan rantai ni."Jari telunjuknya gatal mengusap leherku.Aku menggeliat kegelian manakala bulu romaku mula terpacak.Aku rimas dalam keadaan begini lalu tubuhnya aku tolak ke tepi dan aku mengatur langkah untuk masuk semula tetapi gagal.Dia lebih pantas mendakap aku dari belakang.

"Tengku,saya sejuklah.Saya nak masuk."Apabila badanku tidak terkena air suam,suhu sejuk akan menyapa kulit aku.

Dia tidak pedulikan kataku bahkan pelukan dia lebih kemas dan erat supaya aku tidak dapat lepaskan diri."Teng..."Mulutku ditekup dengan tangannya.

"Don't call me Tengku anymore.Panggil aku Syamil atau lebih afdal panggil aku sayang."Dia berbisik keras di cuping telingaku.

'Sayang?Macam geli saja aku nak panggil sayang.'

Aku meronta minta dibukakan mulutku."Mulai hari ini,aku akan panggil kau Rara."

Aku menarik nafas lega setelah dia melepaskan mulutku."Tengku...errr..Syamil..Ahh..whateverlah.Boleh tak lepaskan saya?Saya nak masuk sekarang.Discussion is over.So,saya panggil Syamil saja dan ikut awaklah nak panggil saya Rara pun."Dia menarik aku sehingga basah lenjun semata-mata untuk bercakap tentang nama panggilan saja.

"Actually,aku bukan nak berbincang sangat.Aku nak kau.Temankan aku mandi,"kata Tengku Syamil berterus-terang.Aku faham keinginan dia.Teman bukan sekadar teman tetapi akan berakhir dengan kepuasan.Dia memang tidak pernah menyempat.

"Kat dalam kan boleh,"kata aku.

Dia tidak hiraukan aku lalu terus memusingkan badanku mengadap dia.Aku ditolak menyandar ke dinding sekali lagi.Sejuk."Kau jangan sesekali tolak aku."Lantas bibir lembut dia mencium aku dengan kasar.Aku kelemasan kerana tidak sempat bersedia namun aku membalasnya dengan kasar juga.Aku tidak akan mampu menepis Tengku Syamil.Kesejukan yang aku rasakan tadi perlahan-lahan meningkat hangat.

Kedua-dua tanganku diangkat ke atas lalu baju tshirt aku dibuka.Tangannya juga dengan pantas melurutkan seluar tidur yang tersarung.Tinggallah pakaian dalam saja yang membaluti aset pentingku namun ianya seketika saja.Tengku Syamil tak akan membiarkan ia menghalangi kehendaknya yang membuak-buak untuk bersatu dengan aku.

Aku mengetap bibir ketika bibir lembut dia mengucup leher hingga ke peha gebuku dengan rakus.Rambut pendeknya aku tarik.Dia kembali ke atas mencium bibirku.Tangan dia memang tidak mengenal erti berhenti.Kancing bra aku dilonggarkan lalu dibiarkan bra aku basah di lantai.Telapak tangannya menggenggam buah dadaku yang tidak beralas.

Dia berbisik kepadaku,"This is my favourite."Kemudian,beralih ke aset kegemarannya.

Aku sudah di bawah pengaruh sedar ketika itu.Aku relakan saja Tengku Syamil memperlakukan aku sesuka hatinya kerana aku sendiri tidak mampu mengawal nafsu yang semakin membara.

"You make me crazy,Syamil.I'm yours."

Desahan aku menjadikan Tengku Syamil semakin galak dan geram.Tidak habis di bilik air,dia menyambung pula di dalam bilik tidur.

'The hot man I ever met entire of my life.'

Yeeayyy!!!Dapat juga Miss J update.Miss J sibuk sikit tambah2 bulan puasa ni,jadual agak full..Sorry guys. Kalau nak tengok TS,boleh ke ig Miss J.Enjoy it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience