Bab 9 : Langkawi

Romance Series 697932

"Saya tak habis lagi dengan Tengku ni,"kata aku sebaik mendarat pada kerusi roda hadapan Tengku Syamil.Banyak yang aku tidak puas hati kepadanya.Masalah aku bertambah-tambah dengan perangai gila Tengku Syamil.Rasa nak pecah kepalaku memikirkannya.

Tengku Syamil mengerling lalu menyambung menyemak fail.Dia buat tidak tahu saja.Aku tak pasti dia tak dengar atau pura-pura tak dengar."Saya cakap dengan Tengku ni."

"Hmmm...Ada apa,Ammara?Aku tengah fokus ni,"jawab Tengku Syamil.

"Tengku ni tak habis-habis buat saya sakit kepala.Saya dah cukup banyak masalah,Tengku tambahkan lagi masalah saya."Aku membebel lagi.

"Sekejap.Aku nak tanya kau satu perkara boleh tak Cik Nur Ammara?Dah lama aku nak tanya tapi aku tak ingat.Alang-alang aku teringat ni,baik aku tanya terus supaya tak mengganggu fikiran aku."

Soalan Tengku Syamil itu agak saspen.Mendebarkan juga."Apa?"

"Masa mengandungkan kau,mesti mak kau mengidam makan burung murai kan?Betul tak?"

"Haaa?Tengku melawak ke?"Aku kehairanan dengan soalan Tengku Syamil.Pertanyaan jenis apakah itu atau dia sengaja mahu mengubah topik perbualan.

"Yela,mulut kau ni tak letih-letih pot pet macam murai cabut bulu.Aku yang dengar ni pun letih."

What?Aku disamakan dengan murai pula.Aku banyak cakap sebab perangai dia.

"Tengku samakan saya dengan murai?Tengku yang pandai-pandai buat perjanjian nak bayar duit Dato' Nasir,macam mana saya tak angin?Tengku sengaja nak susahkan hidup saya."Aku mengerling.Tanganku disilangkan.Aku masamkan muka.Kalaulah aku ahli sihir,aku akan sumpah Tengku Syamil jadi murai.Baru dia tahu erti sebenar murai cabut bulu.

"Suka hati akulah,duit aku.Nak harapkan kau,raya puasa tahun depan pun belum tentu selesai masalah.Patutnya kau berterima kasih kepada aku sebab dah putuskan pertunangan kau."

Aku menggenggam penumbuk tanganku.Kenapa lelaki ini selalu menyakitkan hati aku?Patutlah tak ada seorang perempuan pun yang mahu dekat dengan dia.Bad attitude.

"Masalahnya,ini melibatkan saya.55k bukan jumlah yang sikit.Mungkin sikit bagi Tengku tapi banyak bagi orang yang kais pagi dan petang macam saya.Dan saya tahu apa yang Tengku buat ni bukan free.Saya tak nak terhutang budi dengan Tengku."

Aku meluahkan kegusaran aku.Masalah aku tetapi Tengku Syamil pun terlibat sama sedangkan dia bukan siapa-siapa kepadaku.

"Dah tahu tak apa.Aku bukan tolong kau percuma,tiap-tiap bulan aku potonglah gaji kau.Selagi kau tak habis hutang,kau jangan berhenti kerja.Kau lari daripada bayar hutang,aku cari kau sampai lubang cacing."Tengku Syamil memberi amaran kepadaku.Secara automatik,aku sudah berhutang dengannya.

Permainan apakah ini,Tengku Syamil?Aku merenung Tengku Syamil dari tepi.Lelaki ini memang tiada perasaan.Sikit pun tidak ada rasa simpati dengan nasib aku.Aku pula sudah jatuh ditimpa tangga.Bukan sekali tapi berkali-kali aku ditimpa nasib malang.

"Sampai hati Tengku perangkap saya macam ni.Niat Tengku sebenarnya memang nak saya kerja dengan Tengku sampai mati kan?Sebab saya setiausaha yang selalu akur dan mudah dibuli Tengku kan?"

"Exactly.You are clever girl,Ammara.So,aku tak payah susah-susah cari secretary baru.Tapi kalau kau tak setuju,aku ada satu lagi cadangan bernas di mana kau tak perlu jadi secretary aku lagi tapi hutang langsai."

Mata yang aku bulatkan,aku pandang kepada Tengku Syamil.Aku tidak dapat membaca fikirannya itu.Arghhh..."Apa,Tengku?"

"Kahwin dengan aku.Kau duduk rumah jaga aku dengan anak-anak.Aku kira kau tak payah bayar apa-apa kepada aku."

Menganga mulut aku mendengar ungkapan yang tidak aku sangka-sangka.Tawaran apakah itu?Berkahwin dengan Tengku Syamil ialah satu mimpi ngeri.Mana mungkin aku setuju.Aku baru saja terlepas daripada Adri Watson,kini Tengku Syamil pula.Lagilah parah hidup aku.

"Kahwin dengan Tengku?Memang taklah."Aku menolak.

"So,aku potong gaji kau.Selesai masalah."Pantas Tengku Syamil menjawab.

'Suka hati Tengkulah.'Aku mencebik.Aku beredar dari situ.Malas aku berunding dengan Tengku Syamil lagi kerana aku tahu akhirnya aku akan kalah juga.Lelaki poyo dan tiada perasaan itu hanya pentingkan diri sendiri.Setuju atau tidak aku tetap perlu membayar segala hutang kepadanya.

"Ammara."Tengku Syamil memanggil aku memaksa aku menghentikan langkah di muka pintu.

"Jangan lupa lusa kau kena ikut aku ke Langkawi untuk projek usaha sama dengan Mr.Chen.Ingatkan Meo sekali."Tengku Syamil mengingatkan aku tentang rundingan usaha sama di Langkawi.Aku tidak menjawab lalu tinggalkan Tengku Syamil.

****
Gerak langkahku dilajukan menuju ke kereta.Tidak sabar rasanya mahu pulang,merehatkan tubuhku yang kepenatan ini.Tanpa memandang kiri kanan,aku membuka pintu kereta dan duduk di kerusi memandu.Sempat aku memandang wajahku pada cermin pandang belakang.Agak pucat kerana solekanku juga sudah kucuci sebelum solat Asar tadi.'Aaahhhh...Balik rumah bukan ada orang tengok pun.Setakat Pak Cik Salleh tak kuasa aku hendak melayan.'

Setelah puas hati,aku pun menarik pintu kereta namun disekat oleh seseorang.Adri tiba-tiba muncul menahan pintu keretaku.

"Ammara!!!Keluar!!"marah Adri.Merah padam mukanya.Aku tidak mampu melawan kudratnya untuk menarik pintu kereta.Aku terpaksa akur dengan permintaannya.

'Huh!Lelaki ini suka menyusahkan hidup aku.'

Aku keluar.Pada waktu itu Adri memegang sebelah pinggangnya berdiri di hadapanku.Kami dipisahkan dengan beberapa langkah sahaja.Kutatap wajahnya.Terasa rindu pada wajah itu tetapi aku harus kuat menepis kerinduan itu.Dia bukan untukku lagi.Telah aku akhiri segala cinta kami tempoh hari.

Tanganya menolak aku hingga tubuhku tersandar pada kereta.Dia merapatiku."Kenapa kau buat aku macam ni,Ammara?Kau jumpa mama dan papa aku putuskan pertunangan sesuka hati kau."Adri membentak tidak puas hati.

"Saya dah bagitau yang saya akan jumpa mama dan papa awak kan?Awak nak apa lagi?Kita dah tak ada apa-apa lagi.So,berhenti ganggu hidup saya lagi."Aku melawan.Tubuh Adri juga kutolak agar jauh dariku.

Adri menengking aku."Shitt!!Aku dah cakap dengan kau jangan jumpa mereka!Kenapa kau degil haaa!!"Rambut yang aku ikat kuda ditarik oleh Adri.Terdongak kepalaku ke belakang.'Main kasar kau,Adri.'

"Aku sakitlah,Adri."Aku mengetap bibir menahan sakit.

"Hoi!!"Suara kepit menempik Adri.Meo berlari ke arah kami dan pantas menolak Adri daripada memperlakukan begitu kepadaku.'Sayang juga Meo kepada aku walaupun merajuk.'

Meo melakukan aksi ingin menumbuk Adri di hadapanku."Kau ni jantan jenis apa?Belum kahwin lagi dah kasar macam ni?"Meo mengomel.

Adri menjungkitkan keningnya ke atas.Senyuman sinis ditunjukkan kepada Meo."Kau tak payah nak tunjuk herolah,pondan.Sekali aku tepis,kau dah tumbang,"kata Adri dengan berlagak.

"Berani,cubalah masuk."Meo mencabar Adri.Dia cuba menumbuk-numbuk.Adri mengelak dan menumbuk pipinya menyebabkan dia terjelepok di atas tar.Aku terus mendapatkan Meo.Bibirnya berdarah.

"Kau tak apa-apa,Meo?"Aku cemas dengan keadaan Meo.Adri menolak Meo dan mencengkam kolar baju kemeja Meo.Diangkatnya Meo bangun dengan kasar.

"Pondan bodoh,kau jangan masuk campur urusan aku dengan tunang aku."

Panas telinga aku dengan kata-kata Adri Watson yang masih mengaku aku tunangnya.Tak sedar diri.Aku cuba melepaskan cengkaman Adri namun tidak berjaya.Sekali lagi Adri mengangkat tangannya untuk menumbuk namun dengan sepenuh tenaga aku menendang pehanya dari tepi.Adri terpelanting ke tepi dan cengkamannya terlepas.Tak sia-sia abah hantar aku belajar taekwando dulu.Rasakan penangan tendangan Nur Ammara.Nasib baiklah aku pakai seluar,senang aku nak buka langkah.

Adri datang ke arah kami lagi namun dengan pantas aku menghayunkan penumbukku ke mukanya pula.Terpaling ke kiri mukanya terkena tumbukan aku.'Haaaa....rasakan.'Apabila melihat Adri tiada tindakan lagi,aku membangunkan Meo.

Adri menghentikan langkahnya daripada menghampiri aku dan Meo.Tajam renungannya kepadaku yang bersedia membuka langkah membelasahnya."Kita dah tak ada apa-apa,Adri.Bermula saat ini dan sampai bila-bila aku tak ingin kau tunjukkan lagi muka kau depan aku.Aku benci kau dan aku benci keluarga kau.Faham?"Aku sudah bosan dengan semua ini.Sayangku bertukar benci.

"Tapi aku masih sayangkan kau,Ammara."Adri cuba memujuk.Nada suaranya dilembutkan kembali.Sayang?Apa gunanya sayang kepadaku tetapi tubuhnya diserahkan kepada Danial dan lelaki-lelaki lain.Jijik.

"Fuhh...Kau simpan saja sayang kau,Adri.Aku tak nak jadi seperti Alisa yang terpaksa makan hati melihat suami berselingkuh.Aku tak sekuat Alisa untuk bersama suami macam kau,Adri.Suami tapi di belakang...."Aku tak dapat habiskan ayat itu kerana sebak dadaku mengenangkan apa yang terjadi.

Adri membisu.

Pipi Meo aku sentuh.Butang bajunya yang terbuka aku katupkan semula."Kau tak apa-apa?Aku hantar kau balik rumah.Kereta kau tinggal je,pagi esok aku jemput kau."Meo mengangguk.Aku pimpin Meo masuk ke dalam kereta.

Sebelum aku beredar,Adri menghampiri Adri.Aku renung matanya dalam-dalam."Adri,terima kasih untuk tujuh tahun yang membahagiakan.Maafkan saya sebab saya tak dapat tunaikan janji saya untuk sehidup semati dengan awak tapi saya selalu mendoakan awak berubah.For the last,awak minta supaya awak periksa kesihatan awak.Saya harap awak tak menerima nasib seperti Alisa."Jelas tergambar riak Adri berubah ketika itu.Terkejut dan terkedu.

Aku berlalu dengan linangan air mata masuk ke dalam kereta.Di dalam kereta,aku menundukkan muka pada stereng.Aku menangis lagi.

Meo menyentuh belakangku."Ammara,kau okay?"

Kepalaku angkat,ternyata wajahku basah dengan air mata."Don't worry.I am fine."

****
Aku menatang dulang yang berisi air serta ubat-ubatan Meo.Aku menghantar Meo ke klinik sebelum ke apartmentnya.Meo duduk menyandar pada sofa.Hanya aku dan dia di dalam rumahnya.Rumah itu sangat kemas dihiasi dengan gubahan bunga orkid yang berwarna-warni.Walaupun berdua,aku tidak teragak-agak duduk di dalam rumah itu.Mungkin kerana perwatakan Meo yang agak lembut buat aku percaya kepadanya.Setakat Meo,aku rasa aku boleh lawan jika dia cuba apa-apakan aku.

Aku duduk di sebelahnya.Tanganku ligat menuam pipi lebamnya dengan ais batu.Sekejap-sekejap Meo mengaduh kesakitan.

"Tahanlah sikit.Bengkak tu."Aku mengalihkan tangan Meo yang menutup bengkak pada pipinya.

"Maafkan aku,Meo.Kau selalu menjadi mangsa belasahan Adri kerana aku."

"Aku tak ada hal asal kau selamat.Tapi aku tak tau pula kau pandai bertaekwando.Boleh tahan juga."Meo memuji aku.

Aku gelak kecil."Aku belajar masa sekolah dulu.Dah berkarat pun.Adri pun tak tau aku juara taekwando dulu,"cerita aku.Meo tekun mendengarnya.

"Kau dah okay,Ammara?Apa sebenarnya yang terjadi kepada kau dan Adri?Mengapa sampai jadi macam ni?"tanya Meo kepadaku.

Aku senyap seketika.Kepalaku ditundukkan dan aku mula terasa sayu.Tidak tahu bagaimana aku inginkan mulakan cerita memori seribu luka.Air mataku tumpah lagi.Aaahh....Bukan mudah untuk aku lupakan Adri begitu saja.

"Take your time,dear.Tak payah cerita andai ianya membebankan jiwa kau.Aku faham."Meo memegang bahuku supaya aku lebih tenang.

"Aku minta maaf,Meo.Aku buta sebab aku tak dengar cakap kau dulu.Aku dah tahu semuanya tentang Adri."Suaraku mula tersekat-sekat.Meo tekun mendengar cerita aku dari mula aku bertemu Alisa sehingga kejadian Adri menyerangku tadi.Air mataku tidak berhenti mengalir.Berulang kali aku memohon maaf dengan Meo.

"Sabarlah,Ammara.Aku faham perasaan kau.Aku tak ambil hati pun,tak payah minta maaf banyak kali.Yang penting kau tak terpedaya dengan dia."

Aku menekup mukaku dengan kedua-dua tapak tanganku."Kau tau tak,sukarnya aku nak berperang dengan perasaan aku sendiri.Aku tak nafikan aku masih sayangkan dia tapi aku perlu lupakannya.Aku boleh gembira di luar tapi hati aku sakit."

Aku luahkan kesakitan yang aku tanggung.Jika hari itu,Tengku Syamil kini Meo pula terpaksa mendengarnya.Selagi aku simpan,aku tak mampu menahannya sendiri.

"Ammara,aku faham perasaan kau tapi kau tak boleh macam ni.Memanglah ambil masa untuk kau lupakan dia tapi aku yakin kau boleh.Jangan sedih-sedih lagi,aku turut sakit tengok kau sakit."Hati aku cukup tersentuh dengan kata-kata Meo.Dialah kawan sejatiku.

Aku menggenggam jari-jemari Meo."Kau jangan tinggalkan aku,Meo.Kau saja kawan yang aku ada dan faham aku."Aku baringkan kepalaku pada bahunya.

"Ammara,aku nak kau tau yang aku akan selalu ada di sisi kau walau apa pun yang terjadi.Aku sayang kau.Kau ada aku tempat kau berkongsi segala suka duka kau."

"Thanks,Meo."Lega aku mendengar jawapan Meo.Sekurang-kurangnya aku tidak bersendirian,aku ada Meo yang sudi mendengar masalah aku dari mula aku mengenalinya.

"Hmmm...Dah la.Tak cantiklah kau nangis-nangis macam ni.Nanti muka kau kedut sana kedut sini,bukan setakat Hyun Bin,Tengku Syamil pun tak nak kat kau."Airmataku diusap oleh Meo sambil membebel buat aku ketawa.

Wajah Meo kupandang."Aku curious,macam mana kau tau dan kenal Adri?Apa kena-mengena kau dengan Adri sebenarnya?"Persoalan yang sudah lama aku ingin tanya kepada Meo baru dapat aku luahkan.Meo seakan kenal rapat dengan Adri.

Ketika itu,Meo membetulkan duduknya.Dia menyilangkan kakinya.Meo kelihatan tidak selesa dengan soalan aku itu.Beberapa kali dia menyisipkan rambutnya ke tepi."Cukuplah kau tau yang aku pernah kenal Adri atau lebih tepat pernah jadi kawan Adri."

****
Aku menarik kerusi untuk abah duduk.Selepas pulang dari rumah Meo,aku sempat membeli ikan patin.Tekak aku teringin hendak makan patin asam tempoyak,jadi belilah juga.Balik tadi,aku cepat-cepat bersilat di dapur untuk memasak.Bakat memasak opah dan abah turun kepadaku walaupun aku jarang-jarang masuk ke dapur dek kerana sibuk dengan kerja.

Aku cedokkan lauk ikan patin ke dalam pinggan abah yang telah berisi nasi."Silakan makan,abah.Bukan senang nak rasa air tangan Rara tau."

Abah menghidu aroma tempoyak yang aku masak."Hmmm...Bau pun dah menyelerakan.Pandai anak dara abah."Abah memuji buat aku tersipu-sipu malu.

"Mestilah pandai.Malulah anak tukang masak tak pandai memasak tapi tetap tak boleh lawan abahlah."

Kami menikmati makan malam sambil berbual.Macam-macam cerita gembira aku kongsikan dengan abah di samping mengubati hati aku yang terluka ini.Sesungguhnya tiada rahsia antara aku dengan abah,jadi aku ceritakan Adri dan Meo tadi aku ceritakan kepada abah.Abah pula tekun mendengar ditambah dengan nasihat yang berguna kepadaku.

"Anak abah kan pandai,cantik pula tu.Tak yah risaulah,abah open tender je,bersusun lelaki masuk meminang Rara.Tu haa...Abang Salleh tu orang paling depan beratur."Abah mengusik aku dengan Abang Salleh.Oh no!!!Memang taklah Abang Salleh menjadi pilihan aku.

"Eee...abah ni.Wanita secantik Rara ni nak dijodohkan dengan Pak Cik Salleh.Pak Cik okay bukan abang."

Abah sengih saja dengan kata-kataku.Abah tahu aku cukup anti dengan Pak Cik Salleh yang gatal itu.

"Kalau tak Abang Salleh,Tengku Syamil mungkin."

Uhukk...Uhuukkk..Uhuukk...Aku tersedak.Dengan pantas aku meneguk air masak untuk mengurangkan rasa nyeri di tekakku.Haiihh..Kenapa abah boleh terfikir nama Tengku Syamil pula?Dia sememangnya tidak pernah ada dalam senarai calon pilihanku.Lelaki poyo.

"Apa abah ni sebut nama Tengku Syamil pula?Dia tak ada kena-mengena dengan Rara."Aku memasamkan muka kepada abah.

Abah senyum tetapi aku tidak mengerti apakah makna senyuman itu."Rara jangan jual mahal.Tengku tu boleh tahan orangnya.Bukan setakat handsome,baik orangnya."Abah memuji.Meluatnya aku mendengar pujian abah kepada Tengku Syamil.Aku sendiri pun tidak tahu bahagian mana yang dikatakan baik itu.Abah atau aku yang buta sebenarnya?Mungkin aku yang tidak tahu menilai Tengku Syamil sebab kami tidak sekepala.Namun tidak aku nafikan,semasa di JB dia melayan abah dengan baik sekali.Bersopan dan berhalus orangnya.Mungkin dia berlakon di hadapan abah,siapa tahu.Dengan aku,jarang sekali dia berlembut,dimarahnya adalah.

Aku meletakkan tangan ke dada dan mata ke atas."Baik sangat."

"Tengku Syamil tu baik,Rara tu yang keras kepala."

Abah menangkan Tengku Syamil daripada aku.Tak boleh jadi macam ini.

"Abah baru kenal dia,memanglah abah rasa dia baik.Rara ni yang hari-hari tengok muka ketat dia tu,rasa nak tempeleng je."Aku tidak bersetuju dengan kata-kata abah tentang Tengku Syamil.Huh!!

"Tak baik,Rara.Kalau dia tak baik dia tak tolong Rara bayarkan ganti rugi yang keluarga Adri minta."

"Hutang,bah.Rara berhutang dengan Tengku dan disebabkan tu gaji Rara dipotong setiap bulan.Beza dia dengan along,Tengku Syamil tak ada caj bunga."

"Kira baiklah tu.Bukan senang kalau Rara nak buat pinjaman bank.Bank pun ada kenakan bunga."

Benar kata abah,walaupun gajiku mencukupi tetapi bagi pekerja swasta seperti aku sukar membuat pinjaman bank.Tapi abah tidak tahu yang aku perlu bekerja dengan Tengku Syamil selagi hutang aku tidak habis.

"Abah rasa Tengku Syamil tu suka pada Rara."

Sekali lagi kenyataan abah buat aku tersedak.Mahu terkeluar anak tekak aku.Cukuplah abah,jangan cakap tentang Tengku Syamil lagi.Aku dan dia bagai enggang dengan pipi jika dilihat dalam sistem sosial.Berdepan dengan dia pun bagai anjing dengan kucing.Asyik bertekak saja,macam mana nak wujud perasaan antara kami.

"Hai,abah dah pandai berangan nak menantu kerabat diraja pula ke?"Aku memerli abah.

"Bukan macam tu.Firasat abah ni rasa Tengku Syamil ada hati kepada kamu.Dari cara dia,dia kisahkan kamu cuma tak pandai tunjuk.Tak tahulah kalau abah salah."

Kepala aku gelengkan dengan firasat abah.Ada-ada saja abah aku seorang ini main firasat-firasat pula.Janganlah masin mulut dia.Buatnya berjodohan sungguh.Kelam dunia aku.

"Abah ni merepek saja.Kalau Rara nak cari pengganti Adri pun bukan Tengku Syamil.Lagipun,Rara dah malas la nak fikir tentang jodoh-jodoh ni.Kalau ada,adalah."

Sejujurnya aku masih kecewa dengan Adri sehingga aku berasa serik untuk bercinta apatah meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang.Jodoh?Aku serahkan segalanya kepada Allah yang tentukan tetapi bukan Tengku Syamil seperti firasat abah.Aku tidak pernah menyimpan atau punya perasaan kepada Tengku Syamil.Dia ialah bos aku dan aku ialah setiausahanya.

"Abah tau Rara kecewa.Ambil masa Rara untuk ubati kelukaan hati tu.Abah faham,bukan mudah untuk lupakan Adri tapi Rara perlu moved on.Usah salahkan takdir.Demi menyelamatkan Rara daripada orang yang salah,Alllah mematahkan hati Rara dulu."Mendalam nasihat abah kepadaku.Aku tidak menyalahkan takdir sama sekali malahan aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku.

Jariku menguis-nguis tulang ikan dalam pingganku yang sudah licin."Rara tak salahkan takdir,abah cuma patah hati saja.Biasalah tu,lama-lama nanti Rara okaylah.Sedih sikit saja."Aku tersengih-sengih menyakinkan abah.Aku bukan spesis 'frust menonggeng' yang tidak boleh meneruskan kehidupan cuma aku perlukan masa untuk rawat hati aku.

"Hmmm...Tapi jangan lama-lama nak patah hati tu.Abah ni dah tua,umur Rara pun semakin meningkat.Abah pun teringin juga nak timang cucu."Abah berpesan kepadaku.Aduhai,abah!Jangankan cucu,calon ayah kepada cucu abah pun tiada lagi.

"Sabarlah,abah.Susah-susah sangat abah sajalah yang pilih suami untuk Rara.Siapa-siapa pun Rara tak kisah,"gurau aku.

"Betul ni?"Abah sepertinya serius dengan gurauan aku.Silap hari bulan,esok dia bawa balik calon suami untuk aku.Masak aku.

"Kalau tak ada sangat,bolehlah."

"Okay,abah dah ada calon."Laju saja abah bercakap.Aku tidak tahu pula yang abah sudah merancang sesuatu untukku.

"Haaa?Siapa,abah?"

Abah sengih-sengih."Abang Salleh atau Tengku Syamil."

Huh!!!Abah bergurau pula.

"Abah ni,tak naklah dua orang tu.Rara rela jadi anak dara tua daripada kahwin dengan salah sorang tu."Aku mengomel sambil mengemas pinggan-pinggan kosong untuk dibasuh.Abah ketawa kepadaku.Tidak beragak langsung gurauan abah untuk anak dia yang patah hati ini.

****
Langkawi

"Aku puas hati gila malam tadi,"kata Meo yang sedang memandu.Tengku Syamil ada di belakang.Diam saja mendengar perbualan aku dengan Meo.Entahkan dengar atau tidak,suka hati dialah.Aku malas nak ambil tahu.Tiada kepentingan.

"Kenapa pula?"

"Oh Yoon Hee yang jadi suara latar si gila Cheon Seo Jin.Terkejut beruk Seo Jin tengok Yoon Hee datang."Meo mengulas drama Korea 'Penthouse' yang ditonton malam tadi.Aku turut terjebat dengan drama itu kerana plot drama itu sangat mendebarkan dan boleh buat darah tinggi mencanak naik.

"Aku tengok juga.Padan muka Seo Jin,jahat sangat.Perasaan diva.Geram pula aku tengoknya."

Aku dan Meo sama-sama ketawa.Tengku Syamil di belakang berdehem beberapa kali."Korang membawang pasal siapa?Tak pernah dengar pun nama yang korang sebut tu,"Tengku Syamil mencelah dari belakang.

"Eee...Tengku takkan tak layan drama Korea baru,tajuknya Penthouse.Best gila.Kisah persaingan orang kaya dan orang miskin."Meo menjawab.Aku skrol telefon pintar pada tanganku.Tidak berminat aku menyampuk percakapan mereka.

"Aku tak minat layan drama-drama Korea ni.Heronya ayu sangat.Apalah yang korang minat sangat?"

"Dalam drama Korealah boleh berangan lelaki yang romantik,Tengku.Dunia nyata...hmmm..."Meo memberitahu Tengku Syamil buat aku hendak tergelak.Maaflah,Meo.Aku tengok drama Korea bukan berangan nak lelaki romantik tetapi aku lakonan dan plot cerita yang dipaparkan.

"Lelaki Malaysia ni tak ada yang romantik ke?Belum cuba,belum tau romantiknya macam mana."Tengku Syamil mempertahankan hujahnya.

Meluat aku dengar.Tengku Syamil romantik?Aku hendak gelak besar-besar nanti dia terasa pula.Maka terpaksalah aku senyum kambing saja.Aku tidak nampak di mana romantiknya Tengku Syamil dengan muka ketatnya itu.Kalau betul-betul romantik,tak adalah membujang sampai ke tua.Sudah melepasi tiga siri masih tidak berumahtangga.Sesuatu sangat.

"Kau gelakkan aku,Ammara?"tanya Tengku Syamil apabila melihat aku menutup mulutku dengan tangan menahan ketawa.

"Mana ada,Tengku.Saya tak kata apa-apa pun."Aku berdalih.Memang aku gelakkan dia tetapi tidak mengaku.

"Hmmm..."Hanya ini jawapan balas Tengku Syamil.Suasana dalam kereta kembali sunyi.Hanya lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ Radio saja berkumandang.Tengku Syamil kembali menyandar di belakang bermain tabnya.

"Apa yang kau tengok tu,Ammara?"Meo menyoalku.

"Aku baca gosip Luna Latisya.Model terkenal ni katanya nak balik Malaysia tak lama lagi.Lawa gila kot Luna ni.Muka cantik,badan tinggi lampai,suami kaya.Untungnya jadi dia."Aku memuji Luna Latisya,seorang model antarabangsa berasal dari Malaysia.Sangat cantik.

"Aku tak nafikan dia cantik tapi aku rasa kau lagi cantiklah daripada dia.Kau pun kalau jadi model,kalah Si Luna ni."

"Tak payah pujilah orang sebelah awak tu,Isma Danial.Kembang setaman nanti."Tengku Syamil menyampuk lagi.Apa masalah Tengku Syamil tak puas hati dengan aku?Aku intai wajahnya dari cermin pandang belakang.Matanya tertacap pada tab tapi kata-katanya lebih tajam daripada mata pisau.Boleh cari gaduh Si Tengku seorang ini.

****
Ting Tong!Ting Tong!Ting Tong!

Berkali-kali loceng bilik Meo berbunyi.Apabila pintu dibuka,Tengku Syamil berdiri tegap di muka pintu.Dia merenung ke arah aku yang turut muncul di pintu bilik Meo.

Tengku Syamil menjenguk-jenguk ke dalam seperti mencari sesuatu."Korang berdua buat apa dalam bilik ni?"soal Tengku Syamil kepada kami.Riaknya agak terkejut melihat aku di situ.

"Tak ada apa,Tengku.Layan movie saja,"Meo menjelaskan.

"Ammara,come to my room right now.Kau perlu siapkan proposal tu malam ni juga.Esok aku nak serahkan kepada Mr.Chin,"kata Tengku Syamil serius.Aku sikit pun tidak terkejut kerana memang selalunya begitu.

"Sekejap lagi boleh?"

"No.Sekarang juga."

Aku memuncungkan bibirku keluar dari situ.Tengku Syamil dengan sikap diktatornya memang tidak dapat dipisahkan.Apa yang dia mahu perlu dituruti sama ada rela atau tidak.

Aku turuti jua kehendak Tengku Syamil.Selepas mengambil barang di bilikku,aku masuk ke 'suite' dia dengan wajah mencuka.Setelah membuka pintu bilik untuk aku masuk,Tengku Syamil mendarat di atas sofa.Aku bersiap-sedia duduk mengadap komputer tanpa memandang dia.Menyampah.

"Kau buat apa di bilik Meo tadi?"tanya Tengku Syamil.

"Kan saya dah kata tadi,kami tengok movie."Bosannya mahu jawab soalan sama Tengku Syamil.

"Berdua saja?"Nada suara Tengku Syamil lain.

Aku memusingkan kerusi yang aku duduk lantas memandang Tengku Syamil."Ya.Kami berdua saja.Kenapa Tengku?"

"Tak elok berdua-dua dengan lelaki di dalam satu bilik."

Haaa?Dia tak sedar ke sekarang ini hanya aku dengan dia saja dalam bilik ini?Nasihat apa yang dia cuba beritahu aku sebenarnya?

Aku mengecilkan mata aku merenungnya."Tengku kata ke diri sendiri ke apa ni?Tau tak kita berdua saja dalam bilik ni?Jadi,saya kena keluarlah kan?"Aku menempelak.

"Ini atas urusan kerja,bukan suka-suka menonton movie atau apa."

'Eleh..Kalau kena tang dirinya,ada saja yang dibolehkan.'

"Kerja pun masih berdua-duaan kan?"

"Kau ni ada saja yang kau nak pertikaikan.Kau tak takut ke pergi bilik Meo?Berdua dalam tu,buatnya Meo apa-apakan kau?Tak takut?"

'Hahahahahaha...Adakalanya Tengku Syamil sangat melucukan.Pemikiran di luar kotak sungguh.Entah apa yang ada dalam fikirannya aku pun tak tahu.

"Saya lebih takut dengan Tengku daripada Meo.Saya yakin Meo tak akan apa-apakan saya."

Mata Tengku Syamil masih memandang tabnya tetapi mulutnya bercakap dengan aku.

"Jangan terlalu yakin,Ammara.Meo tetap lelaki dan ada nafsu terhadap perempuan."

Aku mengeluh kecil."Tengku pun lelaki,maksudnya Tengku pun sama juga kan?Saya perlu elakkan daripada berdua-duaan dengan Tengku demi keselamatan saya."

Tengku Syamil bangun dari duduknya dan menuju kepadaku.Dia menongkatkan kedua-dua tangannya kepada pada meja kerja di situ.Alamak...aku berada dalam kurungan tangannya.Masa ini matanya memandang mataku dengan sengihan yang lebar.Aku terpana.Tidak pernah Tengku serapat ini dengan aku.Ombak di dadaku mula menghempas.Hembusan nafas hangatnya dapat menyentuh kulit pipiku.Bibirnya beberapa inci saja mengena bibirku.

Oh,tidak!!!Jangan tergoda,Ammara.

"Don't worry,Ammara.Aku tak akan apa-apakan kau.Lagipun,aku tak suka memaksa.Tak syok,"bisik Tengku Syamil di hadapanku.Aku terkedu.Dengan jarak sedekat itu,lidah aku kelu untuk berkata-kata.Bukan kerana kau takut tetapi getaran pada jiwaku buat aku terpana.Ditambah pula dengan tatapan mata hazel milik Tengku Syamil itu menawan hatiku.

Tengku Syamil meninggalkan aku dengan senyuman yang nakal.Aku termangu di situ.Mulutku terkunci rapat.Masih terkesima dengan situasi tadi.

"Jangan berangan,Cik Ammara.Sambung kerja kau,"tegur Tengku Syamil menyedarkan aku dari khayalan.

Cepat-cepat aku menyambung kerja aku.Hal tadi kulupakan.

****
Aku menarik selimut tebal menutup tubuhku yang sejuk kerana udara dingin daripada pendingin hawa menyentuh kulitku.Selesa sangat tidur di atas tilam nan empuk dan lembut itu.Entah pukul berapa aku terlena malam tadi,aku tidak sedar.Susahnya kelopak mataku terbuka pagi ini.Aku terdengar ada orang mandi dalam bilik air tapi siapa?Takkanlah abah guna bilik air aku? Aku kan di Langkawi.

'Alamak...Aku di Langkawi.Siapa dalam bilik air tu?'Mataku yang berat tadi dengan sepantas kilat kubuka apabila menyedari aku bukan rumahku.Kupandang sekeliling,sah ini 'suite' Tengku Syamil.Apa aku buat di sini?Di atas katil Tengku Syamil?

Segera aku memeriksa pakaianku,semuanya masih lengkap.Aku memegang kepalaku cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi.Rasanya aku hanya selesaikan kerja.Setelah aku cetak 'proposal' aku menyandar pada kerusi seketika untuk berehat.Selepas itu?Arrghhh..Aku tidak ingat.Apakah mungkin Tengku Syamil melakukan sesuatu tanpa relaku?

Krekkk!! Pintu 'sliding' bilik air dibuka.Aku memandang.Sekali lagi jiwaku rebah melihat Tengku Syamil selepas mandi hanya bertuala.Dugaan apakah ini?Pagi-pagi hari aku dihidangkan dengan pemandangan yang indah.'Gatal kau,Ammara.'

Tanpa rasa segan Tengku Syamil berjalan masuk ke dalam ruangan bilik.Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain walaupun aku suka melihatnya.Kenakalan mataku perlu aku jaga.

"Kau dah bangun?"tanya Tengku Syamil.Di hadapanku dia menyarungkan tshirt putih nipis.

"Macam mana saya boleh tidur sini,Tengku?"Aku tergagap-gagap bertanya.Walaupun aku nakal tetapi aku takkan menggadaikan maruah aku kepada lelaki yang bukan suamiku.

"Aku angkat kau.Nampak penat sangat tidur di kerusi roda tu."

"Kenapa Tengku tak gerak saja saya?Saya boleh bangun balik ke bilik saya.Tengku tidur di mana?"Aku mendapatkan kepastian.

Tengku Syamil diam saja.Dia memuncungkan bibirnya ke hala bantal di sebelah pembaringan aku.'Kau dah gila,Ammara?Takkan kau tidur dengan bos kau.'Air mukaku rebah ketika itu.Takut.Takut dengan imanku yang berbolak-balik sehinggaku tidak sedar apa yang aku lakukan.

Aku memeluk kedua-dua lututku.Air mataku mula bergenang.Menyesali perbuatan yang aku sendiri tidak tahu terjadi atau tidak."Apa yang berlaku dengan kita malam tadi?"Terketar-ketar suaraku menyoal Tengku Syamil yang berlagak biasa.

Tengku Syamil naik ke atas katil dan berbisik di telingaku,"kau betul-betul nak tau apa jadi malam tadi?"

Aku diam.

"Hmmm...Indahnya malam tadi.Takkan kau tak ingat apa-apa?Kau yang tak nak lepaskan aku."

Arrghhh...Benarkah ini?Kupejamkan mataku,tak sanggup melihat wajah Tengku Syamil.Aku malu.

"Sini aku nak beritahu,kita saling berpelukan,bercumbuan dan...."Tengku Syamil tidak habiskan ayatnya.

"Dan apa?"Aku memandang Tengku Syamil dengan sayu.

"Kau faham-fahamlah stage seterusnya.Takkan aku nak cerita satu-satu."Pada wajah Tengku Syamil tiada sikit pun rasa menyesal atau bersalah.Aku faham apa yang Tengku Syamil cuba katakan.Aku merapatkan mukaku pada lutut lalu menangis.

Tidak lama kemudian,aku terdengar hilai tawa Tengku Syamil berkumandang.Benci aku dengan tawanya itu.Aku tidak memandangnya."Mak cik oiiii,dah lah menangis.Kau masih sucilah.Tak ada apa-apa yang berlaku pun,"kata Tengku Syamil dengan tawa.

Aku pandang tajam kepadanya."Tengku jangan main-mainlah,"marah aku.

"Aku tak main-mainlah.Sakit badan aku tidur kat sofa sana tau tak?Jahat-jahat aku,aku tak rogol anak dara orang."

"Eeeee....Tengku ni!!!Menyakitkan hati tau tak?"Aku menempik kepada dia.Geramnnya aku,boleh pula dia bergurau bodoh begitu dengan aku.Aku ambil bantal,aku hentak dia beberapa kali.

"Stoplah,Ammara.I'm just kidding."Tengku Syamil mengelak daripada serangan bertubi-tubi.

"Nak bergurau pun agak-agaklah,Tengku.Tak kelakar tau tak?"Aku berhenti memukulnya.Tengku Syamil turun dari katil dan memakai kemejanya.Dia menghilang di bilik persalinannya untuk memakai seluar barangkali.

"Kau tak payah ikut aku jumpa Mr.Chin.Just stay at your room untill I'm calling you,"kata Tengku Syamil yang muncul dari bilik persalinan.Butang bajunya dikatupkan.

Aku mengemas katil dan melipat selimutnya."Tapi kenapa?"Aku hairan.

"Dia mata keranjang.Aku tak nak kau buat dia hilang fokus.Biar aku handle dia sendiri.Susah aku nanti kalau dia rembat setiausaha aku."

Aku akur.Maksudnya aku bolehlah berehat sekejap.Bagus juga idea Tengku Syamil.Tidak tergesa-gesa aku bersiap dan bersolek.Sebelum Tengku Syamil siap,aku keluar dari biliknya.

****
Aku berjalan laju menuju ke kolam mandi VIP membawa 'proposal' yang diminta oleh Tengku Syamil.Dia terlupa membawa cetakan 'proposal' tersebut dan akulah yang terpaksa menghantarnya.

Dari jauh aku ternampak Tengku Syamil dan Meo serta beberapa orang lagi yang aku tidak kenali.Mungkin rombongan Mr.Chin.Agak kacak Mr.Chin rupanya.Patutlah Tengku Syamil tidak mahu aku turut serta.Dengan kelebihan yang ada,Mr.Chin boleh dapatkan apa saja yang dia mahu termasuk perempuan.

"Tengku!!"Aku memanggil dari tepi kolam.Semua mata di situ memandangku,tidak terlepas juga Mr.Chin yang tampan lagi buaya itu.Ketika aku berjalan,aku terpijak lantai licin lalu tergelincir masuk ke dalam kolam.Habis 'proposal' yang aku bawa turut basah kuyup.Huh!!!!

"Ammara,don't get out from the water!!"Tengku Syamil menempik lalu berlari ke arah aku.

"Apa?"Aku membalas.Aku masih di dalam kolam mengutip kertas-kertas yang basah lenjun.

"Jangan keluar daripada air,baju kau jarang tu."

Fahamlah aku apa Tengku Syamil katakan.Baru aku sedar yang aku hanya memakai tshirt putih.Jika aku keluar daripada kolam,pasti bayangan tubuhku kelihatan dan terlihat oleh lelaki-lelaki tidak sepatutnya.Aku stay di dalam kolam sehingga Tengku Syamil sampai di pinggir aku.Aku berenang ke tepian berhampiran Tengku Syamil.

"Lain kali hati-hati."Tengku Syamil menghulurkan tangannya menyambutku.Apabila aku naik,cepat-cepat Tengku Syamil menutup badanku dengan baju 'coat' hitamnya.

"Apa yang kau gopoh-gopoh sangat,Ammara?"

"Tak sengajalah,Tengku.Malang tak berbau kan?"Aku membela diriku.Mana aku tahu yang lantai itu licin.Aku redah sajalah.

"Kau balik bilik,print yang baru.Nanti aku suruh Meo pergi ambil,"arah Tengku Syamil sambil menghulurkan kad akses ke 'suite' miliknya.

Kemudian,tiba kumpulan Mr.Chin tadi dekat kami berdua.Aku senyum dan menunduk hormat.Cara pandangan Mr.Chin dari atas ke bawah itu menyeramkan aku.Benar kata Tengku Syamil,dia mata keranjang."Who is she?"tanya Mr.Chin kepada Tengku Syamil yang mungkin berminat dengan aku.

"She is my girlfriend."Tengku Syamil memperkenalkan aku kepada Mr.Chin sebagai teman wanitanya.Suka-suka hati saja mengaku.

"Oh,I see.I think she is your staff.Nice to meet you,Miss..."Mr.Chin berbasa-basi denganku.Ramahnya lain macam walaupun Tengku Syamil menyatakan aku teman wanitanya.Ini betul-betul buaya tembaga.

"Ammara."Tengku Syamil memintas.Bahuku dipegang erat dengan mesra.

"I'm soryy,Mr.Chin.I want to send her back to our room."

Our room?Bila masa pula aku sebilik dengannya.Aku sempat mengerling Meo di belakang Mr.Chin tersengih-sengih.Sah mamat Meo mengejek aku.Siaplah kau,Meo.Aku balas balik nanti.

"Let's go,honey.Change you cloths and wait me back,"kata Tengku Syamil dengan romantis sekali.Aku pandang matanya.Tidak kusangka dia mengenyitkan matanya kepadaku.Aku mengerti permainannya.Wau,sungguh hebat lakonanmu,Tengku Syamil!

Aku mengikut gerak langkahnya berlalu dari situ.

****
"Ammara,kau tau tak?Mr.Chin tu tadi cakap ruginya kau dah dapat ke Tengku Syamil."Meo beria-ria bercerita ketika aku melepak di tepi pantai dengannya.Kejadian aku tergelincir ke dalam kolam itu sungguh memalukan.

"Habis tu kau cakap apa?"

"They are getting married soon."

Besar mataku memandang Meo.Pandai-pandai saja aku hendak berkahwin dengan Tengku Syamil."Haaa?Kau gila?"

"Biarlah.Patutlah Tengku tak bagi kau join tadi,gatalnya Mr.Chin tu tak boleh bawa bincang.Habis semua perempuan kt hotel ni dia nak try tadi.Tapi Tengku dah warning awal-awal,jangan kacau staf dia.Cool gila,Tengku.Jatuh cinta I."

Meo kalau bercerita tentang Tengku Syamil memang bersungguh-sungguh.Kadang-kadang cerita yang biasa pun akan jadi luar biasa penangan keterujaan Meo.Tapi aku tidak menafikan,Tengku Syamil sangat menjaga maruah staf-stafnya.

"Tadi masa kat kolam,aku nampak Tengku gentleman sangat jaga kau.Macam kau betul-betul girlfriend dia."

Aku menolak bahu Meo."Banyaklah kau punya gentleman.Sudahlah merepek.Kau pergi mandi pantai cepat."

"Eleh...malulah tu.Aku nak pergilah ni.Kau jangan main jauh-jauh okay."Meo mencuit pipiku,kemudiannya berlari anak ke pantai untuk mandi.Aku perhati dari jauh.

Sedang aku berswafoto,Tengku Syamil berdiri di belakangku.Aduh,spoil!

"Tengku boleh pergi jauh sikit tak?Kacau gambar saya saja."

Tengku Syamil turut duduk di atas tikar yang aku bentangkan.Aku tak jadi 'selfie' dengan kehadiran Tengku Syamil di situ.

"Suka-suka hati saja Tengku Syamil cakap saya girlfriend Tengku kepada Mr.Chin tadi."

"Habis tu nak aku cakap apa?Isteri?"Tengku Syamil menyuakan buah epal yang aku potong.

"Girlfriend tak,isteri pun tak.Tengku cakap macam tu,dah la Meo tu suka fikir bukan-bukan.Tadi dia dah kacau saya."

"Kisah pula aku dengan pandangan Meo.Tak berkudislah setakat kata-kata Meo tu."

Huh!!!Susah cakap dengan Tengku Syamil.Tidak pernah kisahkan orang.

"Cakap sajalah yang saya secretary Tengku."

"Mr.Chin tu lain macam tau tak.Dia akan dapatkan apa yang dia nak kalau dia tahu kau single.Kau nak habis madu sepah dibuang,judi teman tidur dia.Dia dah puas,kau dia tinggalkan.Kalau kau betul-betul nak,aku tak ada hal."

Aku tidak menjawab.Memang tidaklah aku dijadikan barang pakai buang sebegitu.

"Kau ni tak patah hati ke putus tunang?Aku tengok kau biasa saja,banyak cakap semacam.Orang lain kecewa diam tapi kau tak berhenti bercakap."

"Habis tu,Tengku nak saya tunjuk kesedihan saya pada semua orang?Jika dilayan rasa patah hati tu,tak tenang hati.Saya bukan hamba cinta nak meratapi kekecewaan saya.Saya percaya dengan perancangan Allah."

"Kau ni pelik,Ammara."

Aku mengerutkan keningku."Apa yang pelik?"

"Entahlah.Aku cuma rasa kau pelik."

Apa yang pelik dengan aku?Di mata aku,Tengku Syamil yang pelik tetapi di matanya aku pula pelik.Ahhh...malas aku mahu fikir.Kita raikan saja perbezaan diri masing-masing.

Hola-hola..hehehehe...Miss J baru dapat update..hehehe..Bukan main Tengku ya?

Share this novel

Roz Zana
2021-03-21 11:41:51 

bila nk update sis.....huhuhu

Roz Zana
2021-03-21 11:41:50 

bila nk update sis.....huhuhu

Roz Zana
2021-03-18 07:39:27 

update pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience