'Nak apa-apa tak?Aku on the way balik ni.'Pesanan yang diterima tidak aku endahkan.Tekakku tidak berselera untuk menelan sebarang makanan.Aku dicutikan oleh Tengku Syamil kerana alahan yang aku alami semakin teruk.Sementara menanti Tengku Syamil balik kerja,aku tinggal di rumah abah untuk pantau kesihatan aku.Tengku Syamil risau aku bersendirian jika terjadi apa-apa pada diriku.Betapa sayangnya dia terhadap bayi yang aku kandung sekarang.Apa saja dia sanggup lakukan supaya aku menjaga benihnya yang aku kandung.
"Anak papa jangan nakal-nakal tau papa pergi kerja.Kasihan mama,"kata Tengku Syamil sebelum pergi kerja pagi tadi.Dikucup perut kempis aku berulang kali.Hobi barunya yang suka bercakap dengan anak kami kadang-kadang buat aku rimas.Adakalanya aku mengurungkan diri di dalam bilik kerjanya semata-mata mengelak daripada Tengku Syamil.
"Rara,nak makan apa-apa tak?Abah masakkan,"soal abah tatkala aku terkulai layu di atas sofa itu.Aku stres dengan keadaan aku sekaran.Aku melepek sahaja kerana badanku sangat penat dan tidak larat.'Arrghhhh...berapa lama aku harus bertahan lagi?Cepatlah sembilan bulan.'Aku meraung dalam hati.
"Rara tak nak apa-apalah,bah.Tak ada selera nak makan."Aku mengurut-ngurut kepalanya.Ya,perutku lapar tapi semua makanan yang masuk ke dalam mulutku akan keluar semula walaupun aku cuba tahan.Aku mengeluh.'Baby ni sangat menyusahkan.'
"Minum air susu ni sikit.Perut tu tak boleh kosong,nanti cucu abah dalam tu lapar.Dia sedang membesar perlukan khasiat yang cukup."Abah menasihati aku.Aku tiada bantahan lalu meneguk susu yang abah buatkan untuk aku.Tidak lama kemudian,kedengaran suara Tengku Syamil memberi salam.Aku menyandar pada sofa tanpa aku kisah dengan kepulangannya.
"Syamil pujuklah.Dia tak makan dari tadi."Cuping telingaku menangkap perbualan Tengku Syamil dengan abah.Hanya bertanya khabar keadaan aku.Begitulah rutinnya setiap hari sejak seminggu ini sebaik balik kerja.Abah tinggalkan kami berdua untuk mengintai orkid-orkidnya di luar.
Tengku Syamil menghenyakkan punggungnya di sebelah aku.Tangannya melekap pada perutku.Aku tidak peduli."Anak papa dah makan?Atuk kata mama tak makan apa-apa lagi.Kan papa cakap jangan buat mama."Tengku Syamil berbual dengan bayi kesayangannya.Aku mengunci mulut kerana tiada apa yang penting untuk aku katakan kepadanya.
Selepas itu,aku terdengar dia membuka bungkusan plastik.Bau sup yang sangat sedap menerjah deria bauku.Aku menelan air liur manakala perutku berkeroncong."Rara,mari makan mi sup ni.Kau suka kan?"
Mulut aku katupkan rapat-rapat.Aku memang teringin sangat makan mi sup itu tetapi aku tahu aku akan muntahkan kembali.Apa guna aku makan?Buat sakit tekak aku saja.
"Makanlah sikit.Kasihan kat baby tu."
Aku bengang mula rasa nak meradang."Awak asyik fikir pasal baby ni.Habis saya ni macam mana?Saya nak makan pun tak boleh,nak bangun pun tak larat,awk tak fikir?Asyik baby,baby,baby...Awak dengan anak awak sama saja menyusahkan saya."Aku melepaskan apa yang terbuku di hati bagai perempuan meroyan.Dalam keadaan begini,aku sangat sensitif dengan segala hal.
Tengku Syami menutup mulut aku."Shhhh...Tenang Rara.Tak baik cakap macam tu.Nanti abah dengar kau mengamuk."Mata berkaca aku memandangnya.Mulutku dilepaskan dengan berhati-hati.
Aku menjatuhkan air mataku di hadapannya."Saya dah tak tahan,awak.Saya penat.Penat sangat.Sampai bila saya nak terkulai macam ni?"
Tengku Syamil menyedut oksigen dalam-dalam sebelum dilepaskan.Dia juga mengawal perasaan untuk berhadapan dengan karenah aku."I am sorry,Rara.Kalaulah aku boleh ganti tempat kau tanggung segala kesakitan yang kau rasa,aku rela tapi aku tak boleh.Aku cuba sedaya yang boleh untuk kurangkan apa yang kau alami sekarang.Cakap kat aku,apa yang aku boleh buat untuk kau?"Tengku Syamil berlembut.Sejak-sejak bakal bergelar papa,dia banyak berubah terutamanya mengawal emosi dia untuk melayan aku.'Ahhh...Peduli.Anak dia,layan sajalah.Nak sangat kan?'
Aku merengek lagi."Saya lapar."
"Meh aku suapkan.Sedap tau.Kau cubalah sikit,mana tau kena tekak kau dengan baby ni.Hari-hari aku belikan sekali dengan tukang masaknya nanti."Tengku Syamil cuba berlawak walaupun hambar.Aku tersenyum kelat.Nasib dia mahu melayan aku.
Aku menghirup kuah sup dalam sudu yang disuakan oleh Tengku Syamil.'Ya Allah,nikmatnya dapat makan.'Tiada apa-apa reaksi ketika itu.Aku makan dengan berselera sehingga sudah separuh mangkuk,perutku bergelojak di dalam.Letusan bakal menghamburkan mi sup keluar dari mulutku.Dengan sepantas kilat,aku ke singki dapur memuntahkannya.Berair biji mataku menghamburkan isi perut.Pedih dadaku kerana terpaksa menolak keluar mi bercampur angin dari tubuhku.
Selesai membasuh muka,aku lantas memeluk tubuh Tengku Syamil."Kan saya dah kata saya tak boleh makan apa pun.Saya penat,awak.Saya tak sanggup nak hadap semua ni."Aku menangis dalam dakapannya.
"Jangan cakap macam tu,aku ada jaga kau.Jom aku hantar kau masuk rehat.Jap lagi aku keluar cari makanan yang kau boleh makan."Tengku Syamil memujuk cemas.Ketika melangkah masuk,kakiku terasa lemah,pandangan mataku semakin kelam.Aku rebah di samping Tengku Syamil tidak sedarkan diri.Tengku Syamil memanggil namaku berkali-kali namun tidak aku dengari lagi.
****
"Tenang,Tengku Syamil.It's normal for first trimester pregnancy but you must alert with the simptom.Kebiasaanya alahan ibu mengandung akan berkurangan apabila masuk minggu ke-12.Cuma alahan isteri Tengku agak membimbangkan buat badan dia jadi lemah.Dia mengalami dehidrasi dan kencing kotor kerana kekurangan air dalam badan.So,kami dah masukkan air ke dalam badannya.Buat masa ni dia perlukan perhatian agar dia tidak mengalami hyperemesis gravidarum.So,kami perlu tahan isteri Tengku di wad untuk beberapa hari sehingga keadaannya pulih,"jelas Doktor Ravi.Tengku Syamil yang tidak faham simptom apakah yang dinyatakan oleh Doktor Ravi.Berkerut-kerut dahinya.Ammara masih terbaring lena di atas katil hospital.Wajahnya sedikit pucat.
"Maaf,doktor.Boleh jelaskan lebih terperinci apa hyperemesi gravidarum tu?Saya tak tahu istilah perubatan ni."
"Alahan muntah dan tak dapat menerima makanan yang berpanjangan sehingga usia kandungan mencecah sembilan bulan.Ini yang tak normal sebab akan ganggu perkembangan dan pertumbuhan baby kerana tak dapat nutrient yang cukup.Jika berlarutan,ibu akan jadi lemah sebab she is didn't get any food to produce energy for her body and baby.But,you have not to worry because your fetus around 7 weeks.Ianya normal jika alahan sehingga minggu ke-12.Take care of her and your baby.Find some food that she can eat like yogurt,nuts,oat,bread,biscuit,fruits and vegetables."Panjang lebar dia jelaskan kepada Tengku Syamil yang mengangguk faham.Sebagai orang awam,mana dia tidak pernah ambil tahu hal-hal itu selagi isteri sendiri tidak hamil.
"Please,doktor.Buatlah macam mana pun asalkan isteri dan anak saya sihat."Tengku Syamil panik.Bimbang dengan keadaan Ammara yang tidak bermaya.
"Don't worry,kami akan pantau keadaan isteri Tengku.Yang penting sokongan suami perlu supaya isteri tak stres dengan keadaan dirinya sekarang."Doktor Ravi senyum menyentuh bahu Tengku Syamil.Dia mengangguk tanda memahami penjelasan Doktor Ravi.
Setelah Doktor Ravi berlalu,Tengku Syamil duduk di sisi Ammara yang tidak sedarkan diri lagi.Dia merenung wajah kesayangannya yang pucat.Masih cantik,puji Tengku Syamil ketika menyentuh pipi isterinya.Tapak tangannya mendarat pada perut Ammara."Papa akan jaga mama dan anak papa ni macam nyawa papa sendiri.Papa sayang kamu berdua,"Tengku Syamil berdialog ketika Ammara tidak sedar.Rasa cinta dan sayang semakin memekar kepada isterinya.Dia tahu Ammara tidak reda dengan kandungan itu tetapi dia nekad untuk baiki hubungan mereka dan buat Ammara mencintainya.
Jari-jari runcing Ammara digenggam diselangi kucupan.Dia membawa genggaman tangan mereka ke pipinya."I love you,my love."Tengku Syamil meluahkan rasa cinta.Cinta yang telah lama menjadi milik Ammara tanpa dia ketahui.
"Syamil,macam mana dengan Ammara?"tanya Tengku Zanariah yang baru masuk bersama abah.Tengku Zanariah berlagak biasa tetapi dia kelihatan sangat risau pada riaknya.
"She is fine.Tapi kena tahan jugalah sebab doktor nak pantau keadaan dia dulu,bonda."
Abah berdiri sebelah Tengku Syamil."Syamil balik rehat dulu,biar abah jaga Rara malam ni.Balik kerja tadi,Syamil tak rehat lagi."Abah menawarkan diri untuk menjaga Ammara.
"Tak apa,abah.Biar Syamil yang jaga malam ni.Cuma Syamil nak minta tolong abah tengokkan Ammara sementara Syamil balik bersihkan diri dan ambil keperluan Ammara di kondo,"pinta Tengku Syamil.
"Boleh,Syamil.
"Syamil baliklah dulu.Bonda dengan abah Ammara boleh tengokkan dulu.Nenda pun dalam perjalanan ke sini,"kata Tengku Zanariah dengan senyuman.Dia mengubah pandangannya kepada Ammara.'Kasihan anak mama.Bertahanlah,sayang.'
****
"Sofia nampak pucat.Mama ada bawakan stew daging dengan roti.Syamil cakap Sofia tak boleh makan nasi,jadi mama cubalah buat stew ni.Mana tau kena dengan tekak Sofia."Tengku Zanariah membuka tupperware dan aroma supnya membuka selera aku.Gulp...'Sedapnya bau.'
"Tengku tak payah susah-susah buat semua ni untuk saya.Saya ada abah yang boleh buat apa saja untuk saya."Aku jual mahal.
"Tak ada susahnya.Jarang-jarang mama dapat masak untuk Sofia."Tengku Zanariah mengoyak sekeping roti menjadi cebisan kecil lalu dicelupkan ke dalam stew.Kemudian,roti yang dicicah dengan sup itu disuakan ke mulut aku.
"Makanlah.Kasihan baby Sofia lapar juga.Kesihatan baby bergantung dengan ibunya untuk dapatkan khasiat yang cukup."
Aku menunduk dengan genangan air mata.Kenapa semua orang hiraukan anak ini?Muak aku mendengarnya.'Baby...Baby..Baby..dan baby.Orang itu baby,orang ini baby.'Tiada seorang pun cuba faham perasaan aku.Yang mereka tahu 'bayi' perlu sihat untuk membesar.
"Kenapa Sofia menangis?"Tengku Zanariah cemas aku teresak tiba-tiba.
Dia cuba mendakap tetapi tangannya aku tepis."Jangan sentuh saya.Tangan ni pernah buang saya,jadi tangan Tengku tak layak sentuh kulit saya walau seinci."Aku masih berdendam dengannya.Aku tidak mahu berbaik dengannya tetapi dia tidak pernah putus asa.Tidakkah dia tahu aku membencinya?
"Katalah apa yang Sofia nak hamburkan kepada mama.Mama tak kisah.Selagi mata mama masih terbuka untuk tatap wajah anak mama,mama rela telan kata-kata Sofia walaupun pahit."Tengku Zanariah tidak endah lagi dengan ketajaman lidah anaknya berkata-kata.Dia reda dan akan maafkan Ammara dengan cepat.Naluri keibuannya hanya ingin dekat dengan anaknya selagi ada masanya di dunia ini.
Aku kelu ketika itu.
"Izinkan mama jaga Sofia.Mama tau Sofia tak larat,tubuh Sofia lemah lagi.Kalau Sofia tak dapat terima mama,Sofia anggap saja mama Tengku Zanariah.Anggap mama mak saudara Syamil yang mengambil berat tentang isteri anak buahnya.Panggillah mama dengan apa saja gelaran yang Sofia selesa."Tengku Zanariah merayu kepadaku.
Aku mengusap air mata yang mengalir.Ujian apakah ini?Anak dan mama yang tidak pernah aku idamkan hadir dalam hidup aku telah menjadi sebahagian dari ceritera hidupku.
"Saya tak ada mama..."Aku tidak sempat habiskan ayat,pintu wad dibuka.Nenda mengelek beg tangannya menuju ke arah kami berdua.
"Haaa...Zana dah sampai rupanya."
"Baru saja,bonda."Tengku Zanariah berbasa-basi.Intipati perbualan kami dirahsiakan apabila nenda sampai.Masing-masing mengunci mulut.Aku tahu Tengku Zanariah tidak berani membongkar rahsia hubungan kami berdua kepada sesiapa.Malulah dia jika tembelang perbuatannya kepada abah pecah.
"Ammara dah makan belum?"tanya nenda dengan ceria.Aku menggeleng.
"Ni ada roti,biar nenda suapkan.Stew bonda Zana ni yang terbaik di dunia."Nenda rela hati ingin menyuap aku.Aku segan dilayan dengan begitu baik oleh nenda.'Hmm..memang sedap roti cicah stew daging masakan Tengku Zanariah.'Tengku Zanariah tersenyum gembira melihat aku menikmati air tangannya.
"Eh,semua ada!"Tengku Syamil pula tiba di wad.Tengku Syamil meluru kepada aku.
"Haaa..Dari mana,Syamil?"tanya nenda.
"Officelah,nenda.Waktu rehat ni,datang jenguk buah hati sekejap.Rindulah,nenda tinggal lama-lama."Tengku Syamil mula sembang ke bulan.Rindu konon.Ucapannya tidak sama dengan isi di dalam hati.
"Mengadanya bakal ayah sorang ni.Tak payah nak rindu lebih-lebih,awak tu dah tua bangka.Tiga siri dah pun."Nenda membidas Tengku Syamil.
"Tiga siri pun handsome,nenda."
"Hmmm...Malas nenda bertekak dengan Syamil.Asyik nak menang je."Nenda mengalah.Mana pernah mampu berdebat dengan cucunya yang seorang ini.
****
Abah merenung aku yang mengunyah oat yang dia sediakan untuk aku.Aku rasa serba tidak kena pula dengan renungan abah itu."Kenapa abah tengok Rara macam tu?"
"Abah rasa macam mimpi tak lama lagi yang abah akan timang cucu.Masa Syamil beritahu abah yang Rara mengandung,abah gembira tak terkata."Khabar yang dia bakal bergelar seorang datuk daripada mulut menantunya menggembirakan Saifuddin.Siapa yang tidak gembira menyambut orang baharu?Tidak berhenti bibirnya memanjatkan syukur kepada Allah.
Aku berhenti mengunyah.Kenapa perasaan aku tidak sama dengan mereka?Aku seorang sajakah yang tidak gembira dengan kehadiran bayi ini?Rata-rata mereka sangat gembira dan tidak sabar menanti kelahiran bayiku.Adakah aku seorang ibu yang jahat?Tapi aku punya ada alasan tersendiri.
Aku beranikan diri bertanya abah,"kenapa abah gembira dengan baby ni?"Soalan bodoh yang tidak seharusnya aku tanyakan kepada abah bahkan sesiapa pun.
Kening abah hampir bersambung di titik tengah dahinya."Soalan apa Rara tanya ni?Cucu abah mestilah abah gembira.Dialah penyambung generasi abah.Hmm...pelik-peliklah soalan Rara ni."
"Bah,andai kata Syamil ambil anak ni dan jadikannya hak mutlak dia macam mana?"Aku bertanya lagi.
"Namanya nanti pun berbin atau bintikan Syamil,mestilah hak mutlak Syamil."Abah tidak menangkap maksud aku.
Aku berdehem."Maksud Rara,kalau satu hari nanti kami berpisah dan anak dia ambil anak ni bagaimana?"
"Laillahaillah.Apa yang Rara merepek ni?Tengah-tengah mengandung macam ni cakap pasal berpisah pula.Tak ada sebab korang nak berpisah.Syamil tu sayang sangat pada Rara dan anak Rara tu,takkan dia nak buat macam tu."Abah membela Tengku Syamil.Aku diam sebentar.Kalaulah abah tahu perkahwinan kami untuk langsaikan hutang-hutangnya,mesti abah sangat kecewa.Aku telah melakukan pembohongan yang terbesar dalam hidupku yang akhirnya menjerat diri aku sendiri.
"Rara,Syamil tu sanggup penat lelah jaga Rara.Dia ambil berat pasal Rara.Ni pun dia kena uruskan projek mega,kalau tak dia dah ambil cuti jaga Rara kat sini."
"Dia nak jaga anak dia,bah bukannya jaga Rara pun,"kataku selamba.Anak ini sangat bermakna bagi Tengku Syamil untuk menjadi pewarisnya kelak.Setelah dia dapat anak ini,aku?Mungkin dibiarkan seperti kain buruk atau dia akan tinggalkan aku dan hidup senang-lenang dengan anaknya.Aku bukan prejudis tetapi itu yang diberitahu awal-awal dulu.Dia mahu anak daripadaku untuk mewarisi segala hartanya.
"Isssh...Tak baik kecilkan suami,Rara.Dia tak senang hati kat pejabat tu,asyik tanya abah keadaan Rara,makan ke tak?Ni abah pula kena hantar laporan setiap jam.Nampak ni?"Abah menayangkan mesej-mesej Tengku Syamil.Ya,hampir setiap jam dia tanya perkembangan.'Aahh..Kau tak payah nak acah-acah touching.Dia buat semua sebab tanggungjawab.Dah anak dia ada dengan aku.'
"Untung Rara dapat suami penyayang macam Syamil,"puji abah.
'Wekkk!!!'Untung?'Nak muntah aku rasa apabila abah melambung-lambung memuji Tengku Syamil.Kalau dia dengar,mendabik dada banggalah dia.Eeeuuww..Aku dapat bayangkan muka berlagak dia.'
"Hmmm..Untung sangat.Abah cakap kat dia tak payah whatsapp abah setiap jam.Boleh je whatsapp Rara sendiri nak tanya.Tangan Rara ni kuat lagi setakat nak balas whatsapp dia."Aku berdecit.Aku tidak ingin dia susahkan abah.
Tidak lama kemudian,telefon pintar aku mengisyaratkan pesanan whatsapp masuk.'Kau sihat?Baby okay?Kau dah makan belum?Macam mana pemeriksaan nurse dan doktor hari ni?Kau bosan tak?'Bertalu-talu soalan yang diajukan kepadaku.Aku pun tidak tahu mahu jawab soalan yang mana.
"Tanya soalan satu-satulah.Ni tanya sekaligus macam dah tak ada esok,"omel aku sendiri.
"Jangan garang-garang sangat,Rara."Abah menegur.
'Hmmm..Pantang disentuh menantu kesayangan dia tu.Balik-balik aku juga yang salah."
****
Tengku Syamil berdiri menyilangkan tangannya di dada memberi ruang kepada jururawat muda memeriksaku.
"Hmmm...Bagaimana keadaan isteri saya,nurse?"Tengku Syamil ingin tahu dengan nada yang risau.
Jururawat itu senyum dan menafsir rekod aku."Keadaan isteri Tengku semakin baik.Bacaan tekanan darah,gula dan hb semakin baik."
"Maksudnya isteri saya dah boleh pulang kan?"tanya Tengku Syamil.
"Hmmm...Itu atas Doktor Ravi.Dia akan pantau lagi nanti dan dia akan buat keputusan sama ada isteri Tengku kekal di wad atau dibenarkan balik.Tapi Tengku jangan risaulah sebab ikut pengalaman saya,bacaan semua normal memang boleh balik."Jururawat muda itu memberi penjelasan.Aku mengurut dada tenang diberi jaminan sebegitu.Hatiku bersiul riang mendengarnya.Tinggi harapan aku untuk keluar dari wad kerana pergerakan aku sangat terbatas.Mati kutu aku lama-lama terperap dalam wad.
"Syamil,bawa saya pergi jalan-jalan kat taman bawah boleh?Saya bosanlah.Dah banyak hari pandang siling dengan dinding konkrit ni,stres saya.Sekali-sekala nak juga ambil angin luar,jamu mata dengan pokok-pokok hijau."Aku meminta sebaik saja jururawat tadi keluar.Harapnya Tengku Syamil tidak keberatan bawa aku mengambil angin.
"Jap,aku ambilkan kerusi roda."Tengku Syamil bangun dari katil.Tangannya sempat aku sambut.
"Saya ni alahan saja,Tengku Syamil bukannya patah riuk nak berkerusi roda bagai.Kaki saya ni gagah lagi nak jalan."Aku menepuk-nepuk lutut aku yang keras.Badan aku terasa lebih segar setelah mendapat rawatan beberapa hari.Lenganku dipangku oleh Tengku Syamil ketika menuruni katil.'He is so caring.'
"Baiklah,tuan puteri.Patik menjunjung perintah.Boleh turun tanpa kerusi roda dengan syarat kena jalan macam ni."Pinggang aku dirangkul kemas manakala sebelah tangan aku dipimpin.Aku tidak selesa berjalan serapat itu dengan dia di khalayak ramai.
"Rapat sangatlah,Syamil macam ni.Malulah orang tengok."Aku memalingkan muka menatap dia di sebelahku.Matanya juga membalas tatapan mataku.
"Nak malu apa?Kita bukan buat benda tak senonoh pun.At least kalau kau rebah,aku sempat sambut kau,"katanya dengan romantis.
Aku menggigit bawah bibir tika menatap matanya yang bersinar.Ada satu perasaan aneh muncul dalam jiwaku.Rasa ingin dekat dengannya sentiasa.Jujurnya,setiap hari aku menanti kepulangan dia menjaga aku di wad.Aku mengira detik waktu untuk melepaskan kerinduan.Rindu?Ya,aku rindu dia melayan aku dengan baik.Dia tidak lagi garang-garang atau marah-marah kepadaku.Mungkin aku tidak sihat dan mungkin juga kerana bayi kami.'Kan bagus kami dapat hidup sebagai satu keluarga sampai bila-bila.'Aku segera mengemam bibirku supaya terkunci.Apakah ada rasa sayang dan cinta mula berputik dalam hati aku?'Aahh..pembawakan baby ni.'
"Hmmm...agak-agak berapa lama kita nak main tenung-tenung macam ni?Ni hospital,jangan cuba-cuba nak goda aku dengan mata sepet kau ni."Tengku Syamil mengenyitkan mata kepadaku.Aku melirik tajam.
"Excuse me.Saya tak goda awak pun."Aku menafikan.Dia tersengih kepadaku.'Handsome.'
Tengku Syamil mengikut rentak langkah aku berjalan.Kehangatan Tengku Syamil mendorong keinginan aku untuk memeluknya tetapi aku tahan kehendak itu.Aku musykil,aku rasa bahagia rapat dengannya.Kebahagiaan yang tidak terungkap dengan kata-kata dan aku sendiri tidak mengerti.Hatiku berbunga-bunga sepanjang perjalanan turun.Aku berasa hairan dengan perasaan aku sendiri tetapi itulah yang aku alami.Sungguh hebat penangan bayi ini,buat aku ingin menempel dengan papanya.
****
"Amir,tolong hantar kak long balik rumah abah dia boleh?Abang baru habis meeting dan ada hal yang nak diselesaikan dulu."
"Thank you,Amir.Make sura kak long makan nanti,"kata Amir lagi di corong telefon pintarnya.Dia ingin pastikan Ammara dalam keadaan baik dan sihat.Ikutkan hatinya,dia sendiri ingin menjemput Ammara tetapi kedatangan Kimi secara tiba-tiba di pejabat membantutkan niatnya.
Tengku Syamil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.Sampul putih yang diserahkan oleh Kimi dibuka dengan berhati-hati.Beberapa keping foto diteliti satu persatu dan dia sangat mengenali dua orang manusia dalam foto tersebut.
"Kau kenal lelaki tu?"soal Kimi.
Laju Tengku Syamil menggangguk."Danial bekas kekasih Adri.So,apa hubungan Danial dengan Auntie Salina?Ada hubungan bisnes atau anak ikan?"Tengku Syamil berteka-teki.Dia mengupah Kimi mengekori Cik Puan Salina supaya dia dapat mempertahankan keluarganya.Menurut firasatnya,Cik Puan Salina merancang sesuatu untuk membalas dendam untuk adiknya,Raimi.
"I am not sure.Aku akan siasat dengan lanjut hubungan mereka.Kemungkinan Danial rakan bisnes ya,anak ikan pun ya."
"Aku rasa dorang berkomplot nak kenakan aku tapi aku tak tau apa permainan mereka."
"Auntie Salina tu semua orang tau dia memang ada simpan dendam dan tak puas hati dengan kau dalam banyak aspek.But Danial?Apa motif dia nak kenakan kau?"
Tengku Syamil herotkan senyuman dia."Kau lupa yang Adri tinggalkan dia sebab pergolakan dengan Ammara?Ada kebarangkalian dia marahkan Ammara atau aku sebab perpisahan dia dengan Adri."Tengku Syamil membuat andaian sendiri.
"So,Ammara mungkin dalam bahaya."
Tengku Syamil mengetap giginya sambil otaknya ligat berfikir."Hmmm..Kalau betul,bukan Ammara sorang bahkan anak aku juga dalam bahaya."Kegusaran mula timbul dalam hati Tengku Syamil.Cik Puan Salina tidak akan berdiam diri selagi dia tidak dapat apa yang dihajati.Dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga melindungi Ammara dan anaknya.
"Kimi,kau tolong aku dapatkan maklumat apa perancangan mereka."
****
Semangat aku berkobar-kobar mengemas pakaian kerana aku dibenarkan pulang hari ini.Sengaja aku menolak tawaran abah untuk menjemputku supaya aku dapat berkepit dengan suami aku.Perasaan ini menjelma sejak aku berbadan dua.Aku beria-ria menyuruh Tengku Syamil menjemput.'Amboi,mengadanya kau!'
Usai mengemas,aku tercongok di atas katil.Kebosanan mula datang perlahan-lahan menemani aku.Lebih kurang satu jam lagi Tengku Syamil akan tiba.Jadi,aku kembali berbaring sehingga terlelap.
"Kak long."Sayup-sayup kedengaran suara Tengku Amir menyeru aku bangun.Bahuku ditolak-tolak manja.Kelopak mataku dibuka dan sepasang mata aku mencari Tengku Syamil tetapi hampa.Hanya Tengku Amir seorang berdiri di hadapanku."Abang Syamil mana?"tanya aku.
"Abang Syamil sibuk sikit.Tadi dia call Amir suruh datang jemput kak long dulu,dia tak sempat datang."
"Jadi,dia tak datang la ye?"Aku kecewa namun aku berlagak biasa.Malulah jika Tengku Amir dapat menghidu kemendungan hati aku.Lain yang aku tunggu,lain yang aku muncul.Ada ke patut dia kirimkan sepupunya bawa aku balik?Lebih baik aku balik dengan abah pagi tadi,tidak perlu buang masa menunggu.'Huh!!!'Lelaki memang suka menabur janji,tunainya tidak.
Aku nak Syamil!!'Hati aku merintih di dalam.'Ammara,perkara kecil macam ni pun kau nak kecil hati.Bukan kau tak tau kerja Tengku Syamil.Kau kan setiausaha dia.'Suara hatiku berbisik supaya aku bersangka baik namun pendirian aku tetap mahukan Tengku Syamil.'Aaahhhh...Parah dah ni.'
"Mana barang-barang kak long?Mari Amir bawakan."Pertanyaan Tengku Amir menyedarkan lamunan aku.Aku menyerahkan beg pakaian aku kepadanya lalu beredar dari hospital.
Dalam perjalanan,aku hanya memandang ke luar jendela melayan rasa kecewa.Tengku Amir pula menyanyi lagu mengikut rentak lagu yang diputarkan.Suaranya yang sumbang aku layankan saja.Terhibur juga dengan tahap keyakinan diri yang tinggi menyanyi depan aku dengan suara yang tidak merdu.
Aku menutup mulut dengan telapak tangan menahan ketawa.
"Ketawa sajalah,kak long.Amir tak ambil tak ambil hati pun.Amir sedar suara Amir sumbang tapi saja nak hiburkan hati kak long yang kecewa tu."Tengku Amir berseloroh.'Alamak..dia dapat baca fikiran dan hati aku.'
"Maaflah,kak long bukan nak ejek Amir tapi kak long memang nak gelak."Aku mengaku dan gelakku memecah kesunyian tadi.Tengku Amir yany sempoi turut sama gelakkan diri sendiri.
"Kan bagus kak long ketawa.Ni senyap je.Hmmm...Tak lari ke mana pun Abang Syamil tu.Nanti selesai kerja dia baliklah jumpa kak long.Tak payah nak sedih-sedih sangat."
Aku tersipu-sipu.'Eh..eh..Dia ni tau pula aku fikiran Syamil.'
"Mana ada kak long sedih.Pandai saja Amir ni serkap jarang."Aku menahan malu.
"Tengok muka mendung macam hari nak hujan tu pun Amir dah tau yang kak long kecewa Abang Syamil tak datang.Haaa...Mengaku.Mengaku."
Aku menampar lengan Syamil."Taklah.Badan kak long penatlah bukan sebab kecewa."Aku tetap berdalih.
"Yalah tu.So,macam mana sekarang?Ada feel?"Tengku Amir menyoalku.Aku tidak faham.
"Feel apa?"
"Feel pada Abang Syamil lah?Takkan pada Pak Cik Salleh annoying sebelah rumah tu."Tengku Amir ketawa.
"Sebut pasal Pak Cik Salleh,sebelum kak long masuk hospital,dia datang rumah abah nak pinjam duit.Abah pula baik hati,sedekah katanya.Kak long ni kecil besar je tengok dia.Nasiblah kak long tak larat masa tu."Aku membebel.Teringat perangai tak tahu malu Pak Cik Salleh memujuk abah untuk meminjam duit.
"Haaa...Kak long jangan nak tukar topik cerita Pak Cik Salleh.Jawab soalan Amir tadi."
"Soalan apa,Amir?"Aku buat-buat tidak mengerti.Helah aku untuk menukar tajuk perbualan tidak menjadi gayanya.Tengku Amir bukan orang yang mudah tertarik dengan perkara lain selagi tidak dapat jawapan yang dia mahu.
"Feeling kak long pada Abang Syamil?Dah jatuh cinta?"Tengku Amir memandang sekilas kepadaku lalu kembali fokus memandu.
"Errr...Hmm...Tak ada cinta-cintalah.Mana ada rasa apa-apa.Feel kak long biasa-biasa saja pada dia."
Dari sisi aku nampak Tengku Amir mengangkat keningnya."Kalau tak ada rasa,baby tu...datang dari mana?"
Lidahku terkelu sekejap.Aku hampir terlupa aku membawa satu nyawa dengan aku."Hmmm...Datang dari kerajaan langit."Aku melawak.
"Amir ni memang tak kahwin lagi.Girlfriend pun tak ada tetapi Amir tahu dari gaya dan cara Abang Syamil ambil berat pasal kak long dengan baby,nampak sangat dia sayangkan kak long.Takkan kak long tak rasa?"
Sayang?Tengku Syamil hanya sayangkan anak dia bukan aku.Walaupun aku suka dengan perhatian Tengku Syamil tetapi aku sedar ianya hanyalah sementara.
"No komen."Reaksi tiada perasaan aku berikan kepada soalan Tengku Amir.
****
Aku mengelap air yang membasahi mulutku dengan tuala yang aku sangkut pada bahuku.Aku baring dengan keseksian tahap minima apabila kepalaku berpusing.Berehat dak tenangkan diri.Terlopong mulut Tengku Syamil melihat aku terbaring dengan sebahagian tubuhku terdedah.'Aaahh...Malas aku nak peduli.Kepala aku pening nak berdiri.'
Aku memanjangkan rajuk aku.Aku tidak menyapa apatah lagi bercakap dengan dia.Haaa...Rasakan.Mungkir janji lagi.Dia meniarap melintang mengadap perutku.
"Baby,tengok mama ni muncung dari papa balik tadi.Cakap dengan papa pun tak."Tengku Syamil menyembamkan pipinya ke perut aku.'Nak buat baiklah tu.'
Aku menjeling pura-pura tidak dengar dialog dia dengan anak kesayangan dia.Aku pejamkan mataku.'Bukan main lagi kau,Ammara.Merajuk panjang-panjang.'
"Tengok ni,sayang.Mama tak nak pandang papa pun.Kasihan kat papa tak ada kawan nak cakap.Cepat-cepatlah keluar,kalau mama merajuk papa ada teman nak berborak."Tengku Syamil masih tidak berhenti bercakap.Dia ingat aku tak tahu yang dia sengaja mahu menarik perhatian aku.Jangan haraplah.
"Hmmm...Tapi papa rasa mama ni seksi-seksi macam ni mungkin nak goda papa.Saja nak buat papa geram,"kata Tengku Syamil mendongak memandang aku dengan kenyitan mata nakal kepadaku.Matanya meliar menjamu kulit gebu aku yang terdedah.Aku bingkas bangun duduk menyandar pada kepala katil.Selimut putih aku tarik menutupi badanku hingga ke dada agar mata miang milik Tengku Syamil tidak melekat pada aku.
"Awak boleh diam tak,Syamil?Awak nak cakap dengan anak awak sangat,tunggu dia keluar.Yang dengar awak cakap sekarang ni,saya,"bentak aku.
"Kajian menunjukkan, bercakap dengan baby dari dalam perut lagi dapat merangsang otak baby."Tengku Syamil tidak mahu mengalah berdebat dengan aku.
"Hmm...Suka hati awaklah,Syamil.Saya pening ni,nak tidur."Aku malas pedulikan dia.Makin dilayan,makin pening kepala aku.
Kepala Tengku Syamil masih berlabuh di perutku."Jap.Takkan kau nak tidur seksi-seksi macam ni?Tercabut towel kau,aku tak jamin yang aku akan biarkan."
Aku mengerling.'Eee..masa-masa macam ni pun dia nak menggatal.'Lantas aku menolak kepalanya ke atas tilam.Aku cubit lengannya berkali-kali.
Dia ketawa terbahak-bahak sambil mengaduh kesakitan."Rara,sakitlah.Kau tu mengandung,tak elok ganas-ganas sangat."
"Nanti kalau baby ni keluar muka masam memanjang,tak nak senyum.Jangan salahkan aku pula ye."
Aku mengecilkan mataku."Apasal pula tak boleh salahkan awak?"
"Yalah,macam mana anak tak masam kalau dah muncung mama dia pun panjang sedepa."Tengku Syamil menyakat aku lagi.
Aku meraup rambut panjang aku belakang.Aku menyedut oksigen di sekeliling aku."Saya merajuk sebab awak tau tak?Awak janji nak datang ambil saya kat hospital tapi alih-alih Amir yang muncul.Saya tunggu awak."Aku muntahkan isi hati kepadanya.Aku terlalu sensitif walaupun untuk hal yang kecil.
Apa yang aku luah dibalas dengan senyuman daripadanya.'Kau rasa?'Dia yang berbaring merangkul aku ke dalam dakapannya.Dakapan hangat yang aku sangat rindui.Bau badannya menyenangkan aku.Aku berbaring pada dada bidangnya mendengar detak jantungnya.
"Kau tak tegur aku sebab aku tak ambil kau tadi?"tanya Tengku Syamil.Aku mengangguk dengan deraian air mata.Rambutku diusap dengan lembut dan setiap sentuhannya menyenangkan aku.Aku menongkat dagu pada dada dan bertentang mata dengannya.
"Don't cry.Aku minta maaf.Memang aku nak ambil kau tadi tapi meeting dengan Mr.Chin tadi lambat habis.Kau pun tau kerja aku bagaimana?Aku tak sengaja nak mungkir janji dengan kau."
Aku tahu kerja dia tetapi aku sengaja buat-buat tidak faham.Apa yang aku inginkan ialah dia selalu di sisi aku.Aku tidak tahu mengapa tetapi perasaan ingin dia selalu di depan mata aku semakin menjadi-jadi.Perubahan hormon barangkali aku jadi begini.
"Awak langsung tak ambil berat pasal saya,"kataku dengan nada rajuk.
"Siapa kata?Sepanjang masa kat office aku teringatkan kau."
"Awak tipu.Awak hanya sayangkan anak awak bukan saya."
"Hei,aku sayang dua-dua!Anak aku sayang.Mama dia pun aku sayang."
Kata sayangnya buat aku melayang di awang-awangan.Benarkan dia menyayangi aku atau ingin menyedapkan hati aku?Ataupun telinga aku yang salah dengar?
Aku rasakan dia memeluk aku semakin erat rapat ke tubuhnya.Tatapan matanya buat aku cair ditambahkan wajah tampannya memukau pandangan aku.
"Maafkan aku,ya?"
Aku menggeleng lalu bibirku mengukirkan senyuman kepadanya.
Sape yang rindu TS dan Rara tu?Haa..Miss J dah belanja ni....Selamat membaca karya Miss J yang tak seberapa ni..Enjoy...:-)
Share this novel