Imbas kembali
Tengku Syamil menapak masuk ke dalam wad yang menempatkan ayahandanya,Tengku Fakhry.Berbelas-belas tahun dia tidak mengendahkan ayah kandungnya itu sejak perpisahannya dengan bonda Tengku Syamil.Tengku Fakhry terbaring lemah di atas katil hospital kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.Kulitnya kering kerana menjalani rawatan radioterapi.Tengku Syamil bergerak perlahan-lahan menuju ke katil ayahandanya terlantar beristirehat.
Tengku Fahkry mengangkat kelopak matanya apabila menyedari ada orang datang melawat.Dia tersenyum lesu melihat Tengku Syamil berdiri tegak di sisi katilnya.Wajah yang sangat dirindui sejak akhir-akhir ini.Lama dia tidak menatap wajah itu.
"Syamil."Suara Tengku Fahkry tersekat-sekat menahan sebak.Terharu melihat Tengku Syamil sudi menjenguknya di hospital.Dia menghulurkan tangannya supaya disambut oleh Tengku Syamil yang membisu.Mungkin terkejut dengan perubahan fizikal ayahandanya yang semakin kurus.Dua hari lepas nenda memujuk dia agar melawat ayahandanya kerana ayahandanya ingin berjumpa dengannya.Dalam keterpaksaan,Tengku Syamil gagahkan diri bertemu ayahandanya.
"Terima kasih datang melawat ayahanda di sini.Dah lama ayahanda tak tengok Syamil.Syamil sihat?"tanya Tengku Fahkry memulakan bicara.
"Sihat."Sepatah Tengku Syamil membalas.Kerana telah lama tidak bertemu,dia sangat kekok untuk berbual dengan ayahandanyanya itu.Dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah ayahandanya.Di hatinya mula timbul rasa simpati dan kasihan kepada ayahandanya.
"Ayahanda ada hal nak jumpa Syamil ni.Sebab tu,ayahanda nak jumpa Syamil sebelum ayahanda tutup mata."Penyakit yang tiada penawar itu telah menyerang organ utamanya menyebabkan dia tidak bermaya lagi
"Hal apa,ayahanda?"
"Syamil buka locker tu ada beberapa sampul dan keluarkan.Syamil buka satu demi satu sampul tersebut,nanti Syamil akan faham."
Tengku Syamil tidak banyak membantah sebaliknya mematuhi suruhan ayahandanya itu.Laci itu dibuka dan terdapat dua sampul warna putih.Seperti yang diminta,Tengku Syamil membuka sampul tersebut dan mengeluarkan surat wasiat dan dibacanya."Apa motif ayahanda?Syamil dah tau lama yang harta ayahanda dah letak atas nama perempuan tu."Tengku Syamil membentak.Cara ayahandanya sengaja menyakitkan hati.Dia sudah bermasam muka.
"Syamil jangan salah faham.Ayahanda nak Syamil cari peguam untuk betulkan kembali wasiat tu.Ayahanda akan kembalikan hak Syamil dan bonda,"kata Tengku Fahkry.
Tengku Syamil kehairanan memandang ayahandanya.Seluruh harta dan perniagaan hotel ayahandanya diwasiatkan kepada Auntie Salina tetapi dia pelik mengapa ayahandanya tiba-tiba berubah fikiran."Apa maksud ayahanda?"Nada Tengku Syamil kembali mendatar.
"Syamil cari peguam tanpa pengetahuan Auntie Salina datang jumpa ayahanda.Ayahanda nak tukar penama dalam wasiat ayahanda."
"Untuk apa,ayahanda?Ayahanda tukar pun tak dapat kembalikan bonda."Tengku Syamil merintih sedih teringatkan arwah bondanya.
"Ya,ayahanda tahu.Ayahanda mahu pastikan yang harta hasil titik peluh ayahanda dan bonda jatuh ke tangan orang yang tepat iaitu Syamil,satu-satunya waris kami."
Senyuman Tengku Syamil diherotkan ke kanan."Syamil tak nak semua harta ayahanda.Bagilah semuanya kepada perempuan jahanam tu.Syamil tak berminat."Tengku Syamil membuka langkah untuk pergi namun disekat oleh ayahandanya.Langkahnya dimatikan.
"Tunggu,Syamil.Kalau Syamil nak tuntut hak bonda,Syamil perlu ikut cakap ayahanda.Ya,ayahanda tersalah langkah selama ni kerana meninggalkan Syamil dan bonda dalam kesengsaraan.Ayahanda nak tebus balik kesalahan ayahanda dulu.Dalam harta ayahanda ada hak milik bonda yang ayahanda nafikan selama ini.Ayahanda merayu tolong pertahankan hak bonda dan ayahanda daripada dapat ke tangan Salina,"kata Tengku Fahkry penuh dengan keikhlasan.Tengku Syamil berfikir-fikir dalam benak.'Apa yang buat ayahanda berubah dengan drastik?'
"Pertahankan untuk apa?Kan ayahanda memang berniat untuk serahkan semua kepada Auntie Salina?Dalam wasiat ni dah tertulis nama dia,so apa yang Syamil nak kisahkan lagi?"
"Syamil buka sampul yang satu lagi dan Syamil akan faham."Tengku Fahkry meminta sampul putih sederhana besar yang berada pada tangan Tengku Syamil.Dia tidak membantah malahan dia membukanya dengan cermat.Dikeluarkan isi dalam sampul dan dia mengeluh berat.Foto-foto Auntie Salina bersama dengan beberapa orang lelaki yang berbeza sedang bersuka-ria dan berseronok di kelab malam dan beberapa lokasi percutian.Setelah itu,barulah dia faham mengapa ayahandanya beria-ria ingin menukar wasiat.
"Sekarang Syamil dah faham kan?Ayahanda tak mahu Salina berseronok dengan jantan-jantan lain menggunakan harta ayahanda dan bonda.Sekarang pun dah nampak belang dia apatah lagi ayahanda mati nanti.Sejak ayahanda sakit,ayahanda dah nampak kelakuan jalang dia.Lama rupanya ayahanda tertipu dengan kecantikan dia."Tengku Fahkry kesal.
"Habis tu,ayahanda nak Syamil buat apa?"
"Pertama sekali,carikan peguam untuk urusan wasiat baharu.Sesiapa pun tak boleh tahu tentang wasiat ni kecuali kita berdua dan peguam.Secondly,ayahanda akan perkenalkan Syamil sebagai CEO besar Hotel Royal Pacific yang akan menggantikan tempat ayahanda kepada semua ahli lembaga pengarah dan staf kita,"terang Tengku Fahkry.
"Hmmm...Jangan terburu-buru.Biar Syamil fikirkan dulu cadangan ayahanda."
****
"Selepas itu,abang berbaik semula dengan ayahanda dan hubungan kami sangat rapat walaupun hanya enam bulan.Dia menghembuskan nafas terakhirnya dia depan mata abang."Tengku Syamil bercerita perihal dirinya dan keluargaku kepada aku.Sadis juga kehidupannya.Dibuang ayahanda sendiri dan dinafikan hak selama bertahun-tahun.Satu yang buat aku kagum,terlalu mudah dia memaafkan ayahandanya sedangkan ayahandanya sendiri merancang pembunuhan bondanya.
"Hmm..Senang-senang abang dapat maafkan ayahanda walaupun dia buat abang macam pengemis?"tanya aku.Aku cuba menyelami hati suamiku.
"Abang lagi menyesal jika abang tak beri peluang dan maafkan ayahanda.Jahat dan seburuk mana pun dia,ayahanda tetap ayah kandung abang.Memaafkan lebih baik daripada membenci darah daging sendiri.Dia dah menyesal dan insaf,tak salah abang terima dia balik.Dan enam bulan terakhir ayahanda ialah saat yang paling manis bagi abang sebab kami banyak habiskan masa bersama sebagai satu keluarga bahagia.Mungkin ayahanda dah tersilap langkah tetapi dia sempat sedar kesilapannya."
Debuuk!!Setepek aku terkena.Kata-kata Tengku Syamil buat aku sentap dan ayatnya sangat makan dalam.Hatiku bagai ditusuk-tusuk pedang namun aku berlagak biasa sebab aku tahu Tengku Syamil tidak tujukan kepada diriku.Dia hanya bercerita tentang dirinya sendiri tetapi aku yang terasa pula.
"Hmm..Apa reaksi Cik Puan Salina apabila ayahanda umum abang sebagai CEO?"Aku ingin tahu.
"Sentap dan terkejut.Dalam bilik mesyuarat tu juga dia tunjuk perasaan tetapi ayahanda kekal cool and steady.Ayahanda tetap pertahankan posisi abang dengan mengatakan syer bonda masih ada dalam hotel tu.Jadi,dia tak boleh buat apa-apa memandangkan ahli lembaga pun setuju,"sambung Tengku Syamil lagi.Rumit juga masalah keluarga mereka walaupun kelihatan tenang dan tiada isu.
"Tanpa ayahanda,abang ni tak ada apa-apa pun dan mungkin kita tidak akan berjumpa.Lagipun,masa tu abang memang berhajat hendak bekerja di luar negara.Tapi Allah itu maha mengetahui,aturan hidup kita semua Allah sudah tentukan.Abang kembali bekerja dengan ayahanda dan abang jumpa dengan Rara.Nikmat apa lagi yang abang nak dustakan?"kata Tengku Syamil dengan rasa bersyukur yang teramat.Perjalanan hidup yang berliku diakhiri dengan kemanisan.
"Kalau abang di luar negara,entah perempuan mana yang akan landing di dada abang sekarang kan?"
"Maybe Selena Gomez,Ariana Grande or Lisa Blackpink."Selamba nama gadis-gadis idola ramai itu disebut oleh Tengku Syamil.'Amboi,boleh tahan dia ni!'
Tengku mengadu sakit apabila jariku mencubit kulit perutnya."Rara cubit memang sakit.Stop.Stop."
"Abang tu,ada hati nak perempuan-perempuan hot.Rara ni apa pula?"rajukku.
"Laa..Tadi kan Rara tanya kalau kita tak jumpa,siapa akan landing pada dada abang ni?Abang hanya menjawab soalan Rara.Takkan tu pun nak cemburu sayang oii,"Tengku Syamil menggosok-gosok perutnya.'Haah kan?Kenapa pula aku nak cemburu?'
"Don't worry,di mata dan hati abang,Nur Ammara Binti Saifuddin lah yang paling hot and spicy."
Tidak semena-mena bibirku mengukir senyuman lebar.Aku dakapnya memenuhi pelukanku.Sayang dan cintaku kepadanya semakin subur dan aku mengharapkan ianya akan kekal merimbun dalam perhubungan kami.
****
I need somebody who can love me at worst,
No,I'm not perfect,but I hope you see my worth.
"Aaaaaaaaaaa!!!"Lagu yang didendangkan di bibir Meo bertukar menjadi satu jeritan kuat apabila Danial tersandar pada sofa ruang tamu apartmentnya dengan kaki yang disilangkan.Berkali-kali Meo memeriksa pintu apartment tetapi tiada kerosakan pada pintu tersebut.
Meo takut-takut."Macam mana kau masuk dalam rumah aku ni?Kau nak apa?"Meo berdecit.Tetamu yang tidak diundang itu memecah masuk rumahnya.
Danial berdiri sekaligus melepaskan ketawa yang berbunyi sinis.Sakit hati Meo mendengarnya."Security apartment kau ni bukannya selamat sangat.Senang-senang aku boleh ceroboh."
Meo membaling kasut yang terdapat atas rak ke arah Danial namun dapat dielak oleh lelaki itu.Dia tahu kemunculan lelaki itu pasti ada udang di sebalik batu."Baik kau cakap kau nak apa daripada aku sekarang,"gesa Meo dalam keadaan dengan jantung yang berdegup kencang.
Danial mengatur langkah mendekati Meo.Meo.sangat gementar dan lututnya menggigil.Lelaki berbadan sado di hadapan semacam mempunyai penyakit psikologi.Danial tidak berhenti ketawa mengejek melihat ketakutan pada raut Meo.
"Di mana kau sorok Adri?"Keras Danial menekan suaranya.Meo kebingungan.Tuduhan Danial itu langsung tidak berasas kerana sekian lama dia tidak bertemu dengan Adri malah berhubung juga tiada.Selepas berpisah dengan Ammara,Adri hilang dari radar kehidupan mereka.Ke mana Adri pergi dan berada dia tidak tahu.
"Aku tak tahulah,bodoh.Adri dah lama menghilang,kau pergilah cari sendiri.Kenapa kau tanya aku?Aku dah lama tak ada kena-mengena dengan Adri,"jawab Meo dengan geram.Dia tidak ingin dikaitkan dengan Adri Watson lagi.
Danial mempamerkan wajah bengis menolak kuat tubuh Meo tersandar pada dinding konkrit.Sakit tulang vertebrata Meo berlanggar dengan dinding keras itu.Danial melekapkan kedua-dua tangannya pada dinding untuk mengunci pergerakan Meo."Kau jangan tipu aku,pondan!!Aku tau Adri dah balik dan ada di KL.Mustahil kau tak tahu."Danial serkap jarang mencari jawapan yang ingin dia dengar.Seminggu lepas dia terserempak dengan Adri dan mengekori lelaki itu menuju ke aparment Meo.
Jelingan mata Meo kepada Danial ditajamkan."Kau tak faham bahasa ke?Aku dah cakap aku tak tau,aku tak taulah.Di mana dia berada bukan masalah aku nak ambil tau,"bentak Meo.
Danial mencengkam kedua-dua pipi Meo menyebabkan rahangnya terasa sakit."Kau sombong dengan aku,pondan tak sedar diri.Seminggu lepas aku nampak Adri datang ke aparment ni,dia jumpa siapa kalau bukan kau?"Danial memberitahu.Meo terpinga-pinga kerana dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu lagi.Dalam situasi tegang iti,Meo mendapat akal untuk melepaskan diri.
"Aku memang tak tahulah,bodoh."Laju lutut Meo menghadiahkan tendangan padu pada kemaluan Danial.Danial terasa senak lalu membongkokkan badannya."Sial!!!"
Meo berusaha membuka pintu lari tetapi kolar bajunya ditarik oleh Danial yang sedang menahan kesakitan.Tidak mungkin dia akan lepaskan Meo begitu saja.Lelaki lembut itu berani bertindak kasar kepadanya.Dari belakang,Danial menciduk leher Meo dengan lengannya besarya.Meo tercungap-cungap kekurangan bekalan oskigen mengalir melalui sistem respitorinya.
"Kali terakhir aku tanya kau,di mana Adri?"Danial mengetap giginya dengan kuat.Meo mencabar kesabarannya.Semakin kuat dia menyentap leher Meo hingga Meo terjelir.
Meo memukul-mukul lengan Danial yang berotot kental itu untuk melepaskan diri tetapi tidak terdaya kerana daya Danial lebih kuat."Aku dah cakap aku tak tau."Serak suara Meo.
"Kau masih nak sorok,ya?Okay,fine."Danial mencengkam leher Meo semakin kuat.Kali ini,tiada rongga untuk oksigen dihantar ke paru-parunya kerana telah tersekat dek cengkaman Danial.Meo tidak tahan lagi dan membayangkan malaikat maut akan datang menjemputnya sebentar lagi jika Danial terus menekan lehernya.
Bukkk!!!Terpelanting ke belakang Danial apabila pipinya ditumbuk dengan buku tangan Adri yang datang tiba-tiba menambahkan lagi konflik antara mereka.Meo terbatuk-batuk dan sempat meneguk air mineral ketika Adri membelasah Danial.Setelah diserang berulang kali,Danial mengaku kalah menyandarkan badan pada dinding.
Danial memegang rahangnya yang terasa bagai tercabut ditumbuk oleh Adri."Lastly,kau muncul juga Adri.Where have you been?"tanya Danial
Adri mengusap-ngusap buku tangannya yang agak pedih menumbuk Danial tadi."Ke mana aku pergi bukan masalah kau."
"Memang masalah aku pun sebab I really miss you.Kau memang dah lupakan aku dan kembali kepada pondan tak guna ni,"kata Danial tidak puas hati.Meo membeliakkan matanya.
"Excuse me,Mr Danial.Tolong jangan babitkan aku dengan dia lagi.Dia datang dari planet mana sampai sini pun aku tak tahu apa-apa."Meo menidakkan anggapan Danial.Hubungannya dengan Adri Watson telah lama terputus dan dia memilih untuk menjadi seorang lelaki walau secara zahirnya dia masih berpewatakan lembut.
Danial meraup mukanya."Sembanglah kau tak tau.Aku tak percaya yang ini merupakan kali pertama Adri menjejakkan kaki di sini.Dalam banyak-banyak jantan,Si Pondan kepit juga yang kau cari balik.I don't believe it.Apa kurangnya aku?"Danial tidak mahu mengaku kalah dengan Meo.
Meo bercekak pinggang manakala sebelah jarinya telunjuknya ditujukan kepada Danial.Panas telinganya mendengar omongan kosong Danial."Kau cakap baik-baik sikit,Danial.Kepit-kepit aku pun,aku tau dosa dan pahala daripada kau yang masih tak sedar diri.Sini aku nak beritahu supaya kau sedar apa kekurangan kau....Kau tu L.E.L.A.K.I faham tak?Mana boleh sesama jantina menjalinkan hubungan.Sebab tu Adri pun tak nak kepada kau,dah tersasar daripada fitrah.Faham?"Meo menyedarkan Danial yang tidak pernah mengenal erti keinsafan walaupun telah dijangkiti penyakit yang tiada penawarnya.
Danial meluru laju ke arah Meo tetapi dihalang oleh Adri."Kau balik sekarang dan jangan berani ganggu Meo lagi sebab dia memang tak ada kena-mengena dengan aku lagi.Seperkara lagi,aku ada perhitungan dengan kau.Aku akan hubungi kau untuk selesaikan hal tersebut secara baik."
"Baiklah,aku akan balik.Aku tunggu panggilan kau atau kau boleh datang ke kondominium untuk berjumpa aku."Danial menepuk-nepuk dada Adri dengan gembira.
Seterusnya Adri beralih kepada Meo."Kau tak apa-apa,Meo?"Adri nampaknya risau.Meo sedikit menjauh.Takut diapa-apakan Adri pula.
Meo menyimpulkan senyuman."Aku tak ada apa-apa.Thanks,selamatkan aku."
"Welcome,"jawab Adri Watson.
"Kau dari mana sebenarnya?Bukan kau ada di luar negara ke?Bila kau balik?Kenapa tiba-tiba kau ada di sini?"Meo menyoal tidak berhenti.
"Sekejap lagi aku cerita pada kau.Hmm...Ammara ada mana?"tanya Adri.
"Ammara bercuti di Pulau Perhentian bersama Tengku Syamil."
****
Aku bangun daripada pembaringan aku menuju ke beranda luar.Bilik kami berhadapan dengan pandangan laut menyegarkan mataku.Air laut membiru beserta pasir halus berwarna putih sangat serasi bersama bekerjasama mengindahkan permandangan pantai.Bayu yang bertiup sungguh mengamankan.Aku mendepakan tanganku menikmati sentuhan bayu lembut sambil menghirup udara segar.Sungguh mengasyikkan.
"Layan perasaan nampak."Tengku Syamil duduk melunjur menegurku.Dia melepaskan lelah setelah lama melakukan senaman tekan tubi.Peluh menitis di setiap inci tubuhnya yang tidak berbaju.
Aku menyandar pada kekisi beranda memandangnya Tengku Syamil sedang menarik dan melepaskan nafasnya."Rara suka permandangan sini.Cantik,tenang,nyaman,bersih dan harmoni.Thanks bawa Rara ke sini."Aku sangat teruja bercuti di Pulau Perhentian bersama suamiku.Semestinya aku tidak sabar untuk aktiviti kami seterusnya selama seminggu di sini.Hanya berdua dengan Tengku Syamil.Aku ingin melupakan segala hal yang menyedihkan berlaku dalam hidupku.
"Ada ubi ada batas,ada hari sayang kena balas.Tak ada yang free dalam dunia ni."Tengku Syamil serongkan bibirnya ke kanan.
"Maksudnya?Nak Rara balas apa?"
Tengku Syamil dengan badan berkeringatnya mendekati aku.Tanpa mengira peluhnya masih mengalir,dia menarik pinggang ke rapat dengan badan sasanya."Hmm..nanti abang beritahu Rara."Dia mencium-cium pipiku.
"Eeuwww..Badan abang melekitlah.Banyak peluh.Don't mess me like that."Aku menolak.Lekit-lekit peluh Tengku Syamil melembapkan tshirt aku.'Arrghhh..Tak suka.'
"Ada abang kisah ke?Isteri abang,suka hati abanglah nak peluk masa bila."Tengku Syamil menggeselkan jambangnya pada pipi aku.Aku menggeliat kegelian.
"Abang bau masamlah.Pergilah mandi dulu."
"Rara temanlah abang mandi.Kata honeymoon,takkan mandi sorang-sorang."Tengku Syamil dah mula dengan perangai miangnya.
"Tak nak.Rara nak bersantai kat sini.Nak tengok permandangan lautan yang membiru."Aku menolak.
Tengku Syamil berjalan undur ke belakang."Betul tak nak ni?Tak menyesal?"
"Takkkkk....."
****
"Kenapa kak long selalu sakitkan hati mama?"tanya Tengku Amir.Julung kalinya,Tengku Amir menunjukkan wajah serius di hadapanku.Tengku Amir tidak seceria biasa apabila berjumpa dengan aku.
"Kak long tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa tapi mama Amir yang selalu ganggu hidup kak long.Kalau dia tak sibuk ganggu kak long,tak ada masa kak long nak ambil tahu pasal dia."Aku menyilangkan tanganku dengan angkuh.Aku tidak rasa diriku bersalah kerana bagiku Tengku Zanariah yang memulakan segala masalah.Aku rimas dan tidak mahu Tengku Zanariah berbuat baik kepadaku apatah lagi mengaku aku anaknya.
Tengku Amir menarik nafas panjang sebelum dihembuskan.Mungkin telah lama dia bersabar dengan karenah kakaknya yang tidak pernah menghormati mama mereka."Dia mama kita,kak long.Kak long tak sepatutnya layan mama macam tu atas apa pun alasan kak long.Kalau macam ni cara kak long,sia-sia mama menangis untuk kak long selama ni,"kata Tengku Amir yang tidak berkenan dengan sikap Ammara.
Aku tersengih."Kak long tak pernah minta pun Tengku Zana membazirkan air matanya menangis untuk kak long.Dia ada atau tidak dalam hidup kak long,dia tetap tak ada makna.Don't you understand?"
Aku melihat Tengku Amir menggeleng-gelengkan kepalanya."Amir tak faham,apa yang susah sangat kak long nak terima mama?Sepanjang hidupnya menanggung rindu kepada anak yang tak pernah hargainya pun.Kak long tak fikir langsung perasaan mama.Amir kecewa ada kakak macam kak long."Tengku Amir bengang dengan jawapan kakaknya yang tidak berpijak di bumi yang nyata.Terlalu angkuh dan sombong.
"Terserahlah Amir nak cakap apa kepada kak long.Andai kak long tahu dari awal yang Amir anak Tengku Zana,kak long takkan sesekali cuba rapat dengan Amir.Kak long dah cukup baik luangkan masa untuk Amir hari ni.So,kak long dah tak ada apa yang nak cakap.Kak long minta diri dulu."Sebelum keadaan bertambah tegang,lebih baik aku mengundurkan diri.Tengku Amir tetap menyalahkan aku 100 peratus,tidak ada sebab untuk aku tunggu dan berbincang lagi.
"Nanti kejap,kak long."Tengku Amir bangun berhadapan dengan aku yang kematian langkah.Aku menjeling berlagak biasa.Pandanganku beralih ke ruangan bilik kerjanya.
"Kak long nak tunggu mama meninggal dulu ke baru kak long nak menyesal?Masa tu,kak long menangis air mata darah sekalipun,takkan dapat perbetulkan dosa-dosa kak long kepada mama,"kata Amir.
Aku tersentak.Meskipun begitu,aku tetap dengan pendirian aku."Kak long tak pernah ada salah dengan Tengku Zana.Kak long dah malas nak cakap soal ni
Buat sakit hati saja.By the way,pesan pada mama Amir,lepas ni tolong jangan ganggu kak long lagi.Okay?"
Tengku Amir menyerongkan pandangan kepadaku."Kak long ni semuanya cantik tetapi sayang hati kak long tak secantik rupa,"kata Tengku Amir dengan giginya yang diketap.Aku tidak berpaling meneruskan langkah kaki aku keluar dari situ.
"Amir,"panggil mamanya.Dia kembali ke alam realiti saat disapa oleh mamanya.Senyuman kelat diberikan tatkala menoleh kepada Tengku Zanariah.
"Termenung apa?"
"Tak ada apalah,mama."Tengku Amir berdalih.Dia tidak berniat untuk bercerita tentang pertemuannya dengan Ammara tempoh hari.Pasti akan mamanya akan bertambah sedih dengan kata-kata angkuh kakaknya.
****
Aku mundar-mandir di beranda ditemani angin malam pantai yang dingin.Fikiran aku terganggu dengan pertemuan Tengku Syamil dan rakannya tadi ketika mendaki di Kincir Angin petang tadi."I'm glad to see you here.I happy you bukan dengan Tasha,"kata seorang lelaki yang merupakan sahabat lama mereka di universiti.Aku tidak tahu siapa sahabatnya itu tetapi Natasha lebih menarik perhatian aku.Sehingga kini nama itu aku tidak ketahui siapa gerangannya.
"Kenapa nampak macam rungsing je?"tanya Tengku Syamil lengkap bertshirt dan seluar pendek.Dari tadi dia melihat isterinya berulang-alik sambil mengigit kuku.Tengku Syamil memimpin tanganku masuk ke dalam ruangan tidur yang semerbak dengan bau mawar segar.Dia mengajak aku duduk di atas bucu katil.
"Apa yang ganggu fikiran Rara?"Soalan yang sama diajukan kepada aku.
"Natasha."Terpacul nama wanita yang aku tidak kenali itu dari bibirku.Tiada sebarang riak pada wajah Tengku Syamil apabila nama itu aku sebut.Ya,aku menanti Tengku Syamil memulakan kisah Natasha.
"Kenapa Rara nak tau tentang dia?"Tengku Syamil bertanya biasa.
"Rara ada dengar nama dia beberapa kali terkait dengan abang.Who is she?Mengapa abang tak pernah cerita kepada Rara tentang Natasha?"
Tengku Syamil menggerak-gerakkan bibirnya ke kanan dan kiri."Hmmm...Abang rasa tak penting untuk ambil tau hal dia.Dia bukan siapa-siapa pun antara kita.Abang pun langsung tak ingat dia,buat apa abang nak cerita?"jawab Tengku Syamil tanpa menonjolkan apa-apa perasaan.Kosong.
"Rara boleh agak apa hubungan abang dengan dia dulu.Rara nak tau siapa dia di hati abang sekarang?Apa dia dia istimewa bagi abang?"
Aku tidak sangka Tengku Syamil akan melepaskan ketawa dengan soalan aku.Apakah lucu soalan yang aku ajukan itu?Aku mengerutkan dahiku.Ini bukan jawapan yang aku mahukan.
Tengku Syamil meraut pipi aku,daguku dipegang dengan lembut."Abang rasa abang tak perlu jawab soalan Rara.Jawapan untuk pertanyaan itu ialah Rara.Rara tak perlu tahu apa tempat dia di hati abang sebab orang yang mendapat tempat di hati abang ada di sini.Di depan abang.Abang pilih Rara sebagai teman hidup abang,sudah cukup untuk buktikan yang Rara lebih istimewa daripada perempuan-perempuan lain.So,don't asking me about Natasha anymore.She is nothing."Tengku Syamil berwaspada menjawab soalan.Silap jawab boleh tercetus perang dunia ketiga rasanya.
"Rara cuma nak tau."
Tengku Syamil menaris nafasnya dalam-dalam."Sayang,abang bawa Rara honeymoon sini sebab abang nak bercinta dengan Rara tanpa ada gangguan.Mood abang nak penuhkan 7 hari hanya bersama Rara.Semuanya tentang kita bukan tentang orang lain atau anasir-anasir yang tidak berkaitan.Just you and me."
Aku menunduk rasa bersalah.Ya,tidak sepatutnya aku membangkitkan isu Natasha semasa kami berbulan madu seperti sekarang."Maafkan Rara sebab dah spoil mood abang."
"Hmmm..."balas Tengku Syamil.Di kelihatan tidak seceria tadi.Dia beralih kedudukannya dengan berbaring di atas katil berbantalkan tapak tangannya.
"Abang,Rara minta maaf.Rara janji tak akan tanya lagi hal ni kepada abang."Aku berusaha memujuk suamiku yang mungkin terasa dengan aku.'Kau punya pasal tanya perkara-perkara merepek.Kan dah moody.'Aku gagahkan diriku berbaring di atas otot lengannya.
"Tak mengapalah,sayang.Abang penatlah.Jom tidur.Esok nak berkayak dengan snorkeling pula,"kata Tengku Syamil lalu memejamkan matanya.
****
"Akhirnya,Adri Watson is back.Selamat kembali ke pangkuan aku.I miss you so much,"sambut Danial dengan pelukan kepada Adri.Serta-merta Adri meleraikan pelukan itu kerana geli dengan tindakan Danial.Lama dia meninggalkan dunia bergelumang dengan dosa maksiat itu.Saat ini dia mula merasa jijik dengan dirinya sendiri kerana pernah terjerumus dengan hubungan songsang.
"Aku datang bukan nak berbalik dengan kau.Aku cuma nak bagi amaran,kau jangan kacau Meo dan Ammara lagi."Adri mencerlung tajam memanah anak mata Danial.
"Why?Kenapa dua orang bekas kau tu penting sangat sampai aku tak boleh sentuh dorang?Come on Adri,Ammara dah bahagia dengan suami dia Si Tengku tu.Meo dah cuci tangan.Kau?Berputih mata saja,Adri.Kau tak dapat apa-apa."Danial meracuni fikiran Adri tetapi Adri tidak termakan dengannya.Telah lama dia mengenali taktik provokasi dan dia tidak akan tertipu dengan lelaki sebegitu.
"Apa yang aku dapat kalau bersama kau pula?"Adri menyoal Danial yang meneguk air di sofa setelah ditolak oleh Adri tadi.
"Keseronokan dan kenikmatan dunia yang tiada sempadan macam dulu-dulu.Di atas sofa ni dulu kau dan aku...Bukankah dulu kau suka aku melayani kau daripada bersama dengan Si Ammara tu?"Danial cuba menggoda.Adri mengalihkan pandangan matanya daripada memandang sofa yang ditunjuk oleh Danial.Dia telah insaf dan benci dengan kejahilannya dulu tetapi Danial masih hanyut dengan keenakan dunia.
Danial kembali merapatinya."Adri,kembalilah kepada aku,"bisik Danial sambil tangannya singgah pada pinggul Adri.Perangainya tidak ubah seperti seorang pelacur yang dahagakan sentuhan.Sekali lagi badan sasa Danial ditolak kuat oleh Adri sehingga terduduk ke atas sofa.
"Kau jangan mimpilah,Danial.Sekali aku melangkah,aku tak akan berundur ke belakang semula.Kau tu berubahlah.Berapa lama lagi kau boleh hidup dan enjoy?"bentak Adri.
"Aku habiskan sisa-sisa hidup dengan have fun.Kau insaf pun,penyakit tu dah ada dalam badan aku.Kau ingat Ammara akan terima kau balik?Tak payah beranganlah.Tak ada siapa yang akan terima kau balik hatta Si Pondan Meo tu."Danial menyilangkan kakinya seperti bos.Rokok dihidupkan dan menghembuskan kepulan asap putih berkepul-kepul ke udara.
"Aku tak kisah Ammara terima aku atau tidak,yang penting aku tak nak kau ganggu dia lagi.Hentikan semua rancangan jahat kau.Aku tau kau yang rancang kes langgar di hospital hari tu sampai membunuh abah dia."Adri geram.Dia tahu semua itu rancangan jahat Danial terhadap Ammara.
Danial meninggikan keningnya."Aku boleh buat lebih lagi,"kata Danial dengan berlagak.
"Kau jangan libatkan Ammara dengan masalah kita.Dia tak ada kena-mengena pun."
"Siapa kata tak ada?Disebabkan dia,kau tinggalkan aku.Insaf konon."Danial sepertinya mengejek Adri.
"Aku tinggalkan kau sebab aku tak nak mengumpul dosa dengan kau.Ammara mangsa keadaan,kenapa kau nak salahkan dia?"
"Wow,nampaknya masih ada sayang kau pada dia!Kalau dia tak tinggal kau,sah-sah kau masih dengan aku.Kau pernah janji walaupun kau kahwin dengan Ammara,kau tetap akan cari aku,"jawab Danial.Adri merasakan alasan Danial itu tidak masuk akal langsung.
"Gila!!!Makin lama aku di sini,makin banyak alasan yang tak masuk akal aku dengar."
Adri menghentak pintu dengan kuat apabila keluar.Dia tidak sanggup mendengar omongan bodoh Danial itu.
****
Selepas menonton pertunjukkan api,aku berjalan-jalan di tepi pantai bersama Tengku Syamil.Angin semakin kuat bertiup menggoyangkan beberapa pohon di situ.Aku lihat ke langit,tiada bintang dan bulan menandakan hujan akan turun.Tidak sempat aku sampai ke hotel,aku dan Tengku Syamil ditimpa hujan lebat sehingga basah kuyup kami berdua.Kami berlari-lari dalam kesejukkan sehingga ke hotel.
Tubuhku berbalut dengan tuala putih yang diberi oleh petugas hotel semasa di lobi.Menggigil aku menahan kedinginan menusuk kulitku.Tengku Syamil mengambil tuala dalam almari menggantikan tuala basah yang aku gunakan.Di situ juga aku membuka dress yang aku pakai dan digantikan dengan tuala yang dihulur oleh Tengku Syamil.
Aaaiichummm!!!!Aku terbersin kerana sejuk.Tengku Syamil yang ketika itu masih dengan pakaian basahnya mendekati aku."Sayang sejuk?"Dia menyoalku.Aku mengangguk.Aku ingin melangkah ke bilik air tetapi tanganku ditangkap oleh Tengku Syamil.
"Rara sejuk ni.Nak mandi air panas,"kataku terketar-ketar menahan kesejukan.
"Abang nak ikut sama boleh?Abang sejuk juga,"pintanya dengan senyuman melebar.Aku membalas senyumannya lalu mengheret tangannya mengekori aku ke bilik air.
Di dalam bilik air,Tengku Syamil menaburkan air suam membasahi tubuhku yang menggigil tadi.Lega rasanya dapat merasa kehangatan.Mana tak sejuk,hujan lebat sekali pakej dengan angin menimpa kami.
Di hadapanku,Tengku Syamil melonggarkan tshirtnya menampakkan sesosok tubuh yang menawan.Dada yang bidang dan lapisan perut yang berketul.Aku memandangnya dari atas ke bawah meneguk air liur.Permandangan apakah ini yang disajikan?
Dia senyum kepadaku."Rara dah habis pantang kan?Abang kira-kira jadual opah,dah lebih sepuluh hari."Tengku Syamil berbasa-basi denganku meramas lembut bahuku yang terdedah.Matanya beralih ke lurah di bahagian dadaku.Aku tidak tahu apa respon yang sesuai yang aku harus tunjukkan kepadanya.Mahu ataupun tidak mahu?
"Entahlah.Rara tak kira pula berapa hari."Aku berlagak tidak tahu.
Tengku Syamil menolak aku ke dinding memagar aku dengan kedua-dua tangannya yang melekap pada dinding."Rara milik abang.Abang dah cakap hari tu,sampai masa abang tak akan lepaskan sayang."Tengku Syamil dengan matanya melirik ke seluruh mukanya.
"So,abang nak buat apa?"Aku sengaja memancing padahal aku tahu kehendak yang ditahan selama ini berkobar-kobar untuk dilunaskan.
"Abang nak Rara serahkan seluruh jiwa dan raga Rara kepada abang."
Tangannya telah mula melonggarkan ikatan tuala pada dadaku.Maka terbalaslah rindu dendamnya kepada aku lebih kurang 40 hari dia menahan gelora nafsunya.
Adri is back..Seronok berbulan madu gitu..
Share this novel